SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN PADANG TEMU
BUKU SKRAP ANTI DADAH
NAMA : WAN FATINI MAUIDZAH BINTI WAN MOHD RIZA
KELAS : 1 UTP
NAMA GURU : NURUL FARIHAH BINTI AHMAD FAISAL
MAKSUD DADAH
Dadah atau “Drug” ialah merupakan bahan kimia yang amat
merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia dapat
mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi.
Dadah juga merupakan sebarang bahan kimia yang digunakan pada
tubuh manusia atau haiwan untuk menyiasat, merawat atau mencegah
penyakit. Dadah akan mengakibatkan ketagihan, kemerosotan
kesihatan atau keruntuhan akhlak apabila dimakan atau diminum atau
dimasukkan ke dalam badan dengan tidak mengikut peraturan
Dadah juga merupakan bahan kimia “psikoaktif” yang
mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf, yang
menyebabkan keadaan mabuk, euphoria, khayal, ketagih,
gangguan tingkahlaku dan sebagainya.
Dadah merupakan musuh no.1 negara. Penggunaan yang
berterusan akan mendatangkan bahaya dan kerosakan
kepada diri, keluarga, masyarakat, negara dan agama.
Opiat JENIS - JENIS
Stimulan DADAH
Ganja
Halusinogen
Depresen
Ubat-ubatan
1. OPIAT & OPIAT SINTETIK
OPIAT adalah campuran yang diperolehi daripada biji popi. Opiat berasal dari
candu (opium) yang diperolehi dari sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai Papaver
somniferum. Kemudian dikeringkan dan diproses menjadi dadah jenis opiat.
Kesan Pengambilan bahan ini akan menjadikan penggunanya menjadi khayal(euphoria),
ketagihan dan sindrom pengenduran/penarikan yang akhirnya kebergantungan yang
berpanjangan sehingga menjejaskan fungsi kehidupan seharian seperti pembelajaran,
pekerjaan , rumahtangga dan hubungan sosial.
❑ Candu ❑Kodien JENIS – JENIS
❑Moffin OPIAT
❑Heroin ❑Opiat
Sintetik
Candu
Candu adalah sejenis narkitik yang
mempunyai fungsi menekan dan
memperlahankan aktiviti sistem saraf tunjang.
Candu dihasilkan daripada getah buah popi
yang bertukar daripada warna putih kepada
coklat dan kehitaman. Ia mempunyai bau yang
kuat, mengajal (elastik) apabila masih segar
dan menjadi keras jika terdedah kepada udara.
Morfin
Morfin adalah sejenis alkaloid yang diperolehi
setelah diproses daripada candu mentah.
Dalam pasaran gelap ia selalunya dikenali
sebagai morfin mentah, bes morfin, morfin
sulfat atau morfin hidroklorik.
Cara Mengunakan :
Menelan, menyuntik
Nama Jalanan :
"M", "White Powder", "Monkey", "Morpho"
Heroin
Heroin adalah dadah jalanan yang paling kerap
disalahguna oleh penagih dadah di Malaysia.
Heroin dalam bentuk tulen adalah serbuk putih
pahit yang merupakan produk yang terhasil
daripada pemprosesan morfin. Heroin mempunyai
kekuatan berkali-kali ganda morfin.
Cara Menggunakan :
Menyuntik, menghidu, menghisap
Nama Jalanan :
"Fit", "Fun", tepung, cik putih, barang, "Penang
pink"
Kodein
Kodein adalah bahan alkaloid yang wujud
secara semula jadi di dalam candu. Walau
bagaimanapun, kebanyakan kodein di pasaran
adalah yang dihasilkan daripada morfin. Dalam
bidang perubatan, kodein digunakan untuk
melegakan kesakitan sederhana dan sebagai
ubat batuk.
Cara Menggunakan :
Menelan, menyuntik
Nama Jalanan :
Ubat batuk
Opiat Sintetik
Opiat Sintetik meliputi bahan-bahan seperti
"methadone", "pethidine", "dipipanone" dan
"dextropropoxyphene". Bahan-bahan ini mempunyai
sifat yang serupa dengan opiat dan digunakan
dalam bidang perubatan untuk melegakan
kesakitan. Kini "methadone"digunakan dalam
rawatan penagihan opiat di negara kita.
Cara Mengunakan :
Menelan, Menyuntik
Nama Jalanan :
"Fizzies", "Dollies"
Stimulan merupakan bahan kimia psikoaktif yang
merangsang aktiviti sistem saraf pusat. Terdapat
dua jenis stimulan iaitu jenis amfetamin
atau “Amphetamine-type-stimulants (ATS)” dan
kokain. 2. STIMULAN
JENIS – JENIS Amfetamin
STIMULAN
Methaphetamine hydrochloride
Kokain
MDMA ( Pil ecstacy )
Amfetamin Amfetamin adalah stimulan sintetik buatan
manusia. Pada masa ini tidak ada ubat yang
mengandungi amfetamin yang didaftarkan
dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.
Dadah perangsang jenis amfetamin
seperti methamphetamine (ice/syabu)
dan “Methylenedioxy methamphetamine” adalah
dadah yang sangat berbahaya.
Cara Mengunakan :
Menelan, menyuntik, menghisap, menyedur
(“chasing the dragon”)
Methaphetamine Methaphetamine juga merupakan satu jenis dadah
yang berbentuk kaca pecah dan kadangkala
berbentuk seperti tawas.
Contoh “methaphetamine hydrochloride” yang
terdapat di negara Malaysia ialah syabu. Syabu
diproses secara haram dan tidak mempunyai kegunaan
dari aspek perubatan.
Cara Menggunakan :
Menghisap, menyedut (“chasing the dragon”)
Nama Jalanan :
“Ice”
Kokain Kokain adalah serbuk putih yang berasal daripada daun
koka yang terdapat di Peru, Bolivia dan Colombia di
Pergunungan Andes, Amerika Selatan. Ia banyak
digunakan di negara-negara Amerika Utara, Selatan
dan Tengah di samping negara-negara Eropah.
Kokain “Freebase” adalah bes kokain yang bebas
daripada segala campuran dan dihisap dalam bentuk
tulen dengan menggunakan paip khas.
Kokain “Crack” adalah campuran kokain dengan serbuk
penaik dan berbentuk “granusles”. “Crack” mempunyai
ketulenan sehingga 90% dan sangat berbahaya kerana
ia boleh menyebabkan ketagihan teruk dalam masa yang
singkat.
Cara Menggunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap
Nama Jalanan : “Coke”, “Crack”, “Snow”, “Flake”
MDMA (Pil Methylenedioxy-methamphetamine” (MDMA)
Ecstasy) merupakan analo meskalin dan amfetamin.
Ia dipanggil “feel good drug” dan boleh meningkatkan
daya tahan pengguna. Pil MDMA seringkali dibentuk
dengan ikon atau logo bagi memenuhi cita rase pengguna
muda.
Cara Menggunakan : Menelan
Nama Jalanan : “Ecstasy”, “XTC”
3. GANJA
Ganja atau dikenali juga kanabis ialah istilah umum yang digunakan untuk
semua jenis dadah yang diperoleh daripada pokok “cannabis sativa”.
Pokok ini berasal dari kawasan beriklim panas seperti Asia, Mexico, Afrika
dan Timur Tengah. Ia merupakan bahan yang sangat kompleks dan
mengandungi sekurang-kurangnya 421 jenis bahan kimia yang
mana“tetrahydrocannabinol” (THC) merupakan bahan psikoaktif yang utama.
CONTOH POKOK GANJA
Kanabis Herba JENIS – JENIS
Hashish GANJA
Minyak Hashish
merujuk kepada daun dan pucuk berbunga pokok “genus kanabis”
yang dikeringkan dalam bentuk ketulan. Ia menyerupai tembakau
tetapi berwarna lebih kehijauan.
Kandungan THC :
0.25% – 8%
Cara Mengunakan :
Menghisap, menelan (bersama makanan / minuman)
Nama Jalanan :
Ganja
adalah merupakan resin getah kanabis (hashish) ialah getah pucuk
bunga kanabis yang dikumpulkan dan dihasilkan menjadi ketulan, serbuk atau
dicampurkan dengan lilin. Warnanya berbeza-beza daripada
coklat muda ke hijau, coklat tua atau hitam.
Kandungan THC : 4% – 12%
Cara Menggunakan : Menghisap
dihasilkan daripada pengasingan bahan kanabinoid dengan
menggunakan bahan pelarut. Ia menyerupai minyak tar,
tidak larut dalam air dan menjadi pekat apabila terdedah kepada udara.
Kandungan THC :
Sehingga 60%
Cara Menggunakan :
Menghisap
4. HALUSINOGEN
Halusinogen adalah jenis dadah asli dan sintetik yang mengubah
pencerapan deria. Ia mengubah pandangan visual dan menyebabkan ilusi
sehingga susah membezakan yang benar dan tidak benar.
Halusinogen adalah ubat-ubatan terjadual di bawah kawalan
Kementerian Kesihatan.
LSD, DMT, PCP, meskalin dan psilosibin semuanya termasuk dadah jenis
halusinogen. Kesan penyalahgunaan ubat-ubatan ini sukar dibuktikan.
Ubat-ubatan ini amat popular disalahgunakan oleh
gologan “hippies” pada tahun 1960-1970. Kini ia diguna oleh
kebanyakan penagih di negara-negara barat.
5. DEPRESEN
barbiturates
Ubat “depresen” termasuk juga ubat-
ubat “sedative” dan “tranquilizer”. Ubat-ubat ini
bertindak dalam sistem saraf tunjang manusia untuk tranquilizer
memperlahankan atau menghentikan fungsi-fungsi tubuh.
Contoh ubat “sedative” ialah “barbiturates” .
Contoh “tranquilizer” ialah “erimin-5″,
“rohypnol” dan“valium”. erimin-5
JENIS – JENIS UBAT DEPRESEN
Alkohol
Alkohol adalah minuman keras yang lazimnya disalahguna. Alkohol juga bertindak ke atas sistem
saraf manusia dengan cara memperlahankan fungsi dan reaksinya.
Penyalahgunaan alkohol bersama dadah boleh menyebabkan pelbagai kesan sampingan seperti
hilang keseimbangan badan, tidak sedarkan diri dan jika diambil diambil secara berlebihan
akhirnya boleh membawa maut.
Gamma-hydroxybutyric (GHB)
Gamma-hydroxybutyric (GHB) boleh diperoleh dalam
bentuk cecair jernih, serbuk putih, pil dan kapsul. GHB
atau “gamma-hydroxybutyric acid” tidak pernah diiktiraf
sebagai ubat dan dikeluarkan dalam makmal haram tanpa
sebarang kepiawaian.
Ketamin
Ketamin pula sejenis ubat bius haiwan yang kerap disalahgunakan.
Ketamin yang digunakan dalam bentuk cecair tidak mengkhayalkan.
Ia boleh menyebabkan pengguna tertidur dengan cepat.
6. UBAT - UBATAN
Selain daripada ubat bius dan “depresen”, lazimnya ubat-ubatan yang
kerap disalahguna adalah berkaitan dengan ubat penenang, ubat tidur,
ubat untuk menahan sakit (“pain killer”) dan sebagainya.
Penggunaan yang kerap, banyak dan secara berpanjangan akan
menyebabkan kebergantungan kepada ubat-ubatan berkenaan
Steroid
Steroid sejenis ubat yang merupakan hormon testeron sintetik.
Steroid digunakan oleh doktor untuk merawat pesakit lelah dan
lain-lain.Steriod kerap disalahgunakan oleh atlit di seluruh dunia
walaupun terdapat kajian baru yang menunjukkan steroid tidak
menyebabkan pertumbuhan otot atau peningkatkan kekuatan
fizikal.
Gam, Petrol dan Inhalan lain
Gam, petrol dan inhalan lain walaupun tidak perlu
dibeli di pasaran haram, juga boleh menghasilkan
kesan seperti dadah apabila disalahgunakan.
Daun Ketum
Daun Ketum atau “species mytragynine” yang telah disenaraikan sebagai racun dan bahan
psikotropik dalam Akta Racun 1952 juga kerap disalahgunakan oleh segolongan rakyat di Utara dan
Timur Semenanjung Malaysia. Pokok Ketum ialah sejenis tumbuhan daripada keluarga Rubiaceae
yang banyak terdapat di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan
Thailand.
Daun Ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi
wanita yang baru lepas bersalin. Daun ini direbus dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, juga
bagi rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang. Bagaimanapun air
rebusan daun Ketum telah disalahgunakan dan mula dijual secara meluas kepada pengguna biasa.
PUNCA – PUNCA
PENYALAHGUNAAN
DADAH
PUNCA – PUNCA PENYALAHGUNAAN DADAH
REKREASI RASA PENGARUH MERAWAT
INGIN RAKAN DIRI
TAHU SEBAYA
SENDIRI
SEJARAH DADAH TEKANAN KESEPIAN
KELUARGA PRESKRIPSI MENTAL
•Kesan Kepada Diri KESAN
•Kesan Kepada Keluarga NEGATIF
PENYALAHGUNAAN•Kesan Kepada Masyarakat
•Kesan Kepada Negara DADAH
KESAN KEPADA DIRI
❖ Penagihan akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan
kumpulan penagih, pengedar dan penjenayah.
❖ Tidak bertanggungjawab kepada persekolahan dan prestasi kerja.
❖ Dari segi fizikal, penagih akan menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan kelihatan
seperti dalam khayalan.
❖ Pitam, pengsan, & berperasaan ganas
❖ Daya tahan penyakit akan menjadi lebih dan mudah dijangkiti seperti
kancing gigi, Hepatitis, Tibi, HIV/Aids dan maut.
KESAN KEPADA KELUARGA
❖ Menjatuhkan maruah dan nama baik keluarga
❖ Membebankan keluarga penagih kerana menghabiskan masa, tenaga dan wang
yang banyak untuk merawatnya.
❖ Rumah tangga menjadi porak peranda.
❖ Berlaku perceraian dan keganasan rumah tangga di kalangan anggota keluarga.
❖ Anak-anak menjadi terabai & seterusnya mengundang
masalah sosial kepada mereka.
KESAN KEPADA MASYARAKAT
❖ Mengancam ketenteraman awam dengan kejadian jenayah seperti rompakan & samun
❖ Perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan
remaja dan belia dengan dadah.
❖ Persengketaan dan perselisihan antara masyarakat berlaku akibat penglibatan anggota
masyarakat dengan dadah.
KESAN KEPADA NEGARA
Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi
akibat daripada masalah penyalahgunaan dadah yang berterusan.
LANGKAH
MENGATASI
PENYALAHGUNAAN
DADAH
Menjalankan Gaya LANGKAH
Hidup Sihat MENGATASI
PENYALAHGUNAAN
Mengadakan Kempen
Kesedaran DADAH
Memperketatkan tindakan
undang-undang
Program Pendidikan
Seperti Ceramah, Pameran
Penubuhan Pusat
Pemulihan
AGENSI YANG
TERLIBAT DALAM
MENANGANI
MASALAH
PENYALAHGUNAAN
DADAH
AGENSI ANTI DADAH
KEBANGSAAN (AADK)
KERAJAAN POLID DIRAJA AGENSI YANG TERLIBAT
MALAYSIA DALAM MENANGANI
MASALAH
PENYALAHGUNAAN
DADAH
PERSATUAN AGENSI BUKAN
MENCEGAH DADAH KERAJAAN (NGO)
MALAYSIA PENGASIH
(PEMADAM) MALAYSIA
SLOGAN
Dadah merupakan penyakit masa kini yang semakin menular khususnya
dalam kalangan generasi muda. Generasi muda yang diharapkan mampu
mewarisi kepimpinan negara semakin tidak menyedari tanggungjawab
yang diamanahkan kepada mereka hanya disebabkan penyalahgunaan
dadah. Telah banyak usaha yang dilakukan oleh kerajaan bagi menangani
masalah ini namun masih tidak berhasil. Oleh itu, kerajaan harus
mengembleng tenaga serta tindakan yang drastik harus dilakukan bagi
membendung masalah ini dari terus membelenggu masyarakat.
❖ BUKU TEKS
❖ BAHAN DARIPADA INTERNET
SEKIAN
TERIMA KASIH