The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by imranhailhuzir, 2022-02-21 05:53:17

Latihan Penulisan Struktur & Essei

Assessment 3 Sejarah

PENULISAN STRUKTUR DAN ESSEI

BAB 1: KERAJAAN ALAM MELAYU

1.

a) Huraikan aspek persamaan antara kerajaan Alam Melayu
b) Huraikan faktor-faktor kemasyhuran kerajaan berikut
c) Buktikan lokasi memainkan peranan penting kpd kemajuan kerajaan di atas

2.

a) Huraikan bentuk hubungan kerajaan Alam Melayu dengan kerajaan luar
b) Jelaskan kepentingan hubungan luar kepada negara kita

1(a)

Dari aspek geografi, kerajaan Alam Melayu meliputi kawasan dari Madagaskar ke
Tanah Melayu, Papua New Guinea, Australia, New Zealan, Kepulauan Pasifik sampai ke
Taiwan. Menurut Abdul Hadi Hassan, Alam Melayu merupakan suatu lingkungan geografi
yang luas meliputi Kepulauan Melayu hingga selatan Thailand. Ismail Hussein pula
menyampaikan dalam Buku Antara Dunia Melayu Dengan Dunia Kebangsaan, Alam Melayu
meliputi Selatan Vietnam, Kemboja, Selatan Myanmar, Segenting Kra, Malaysia, Indonesia,
Brunei dan Filipina. Alfred Russel Wallace, seorang sejarawan luar negara berpendapat
Kepulauan Melayu meliputi Tanah Melayu hingga Tenasserim dan Kepulauan Nicobar,
Filipina dan Kepulauan Solomon hingga Papua New Guinea. Dari pendapat para sejarawan ini
kita dapat simpulkan bahawa Geografi Alam Melayu merangkumi Malaysia, Indonesia,
Singapura, Brunei, Filipina, selatan Thailand, selatan Myanmar dan sel Indochina.

Dari aspek bahasa pula, kerajaan Alam Melayu menggunakan bahasa serumpun iaitu
Bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga tergolong dalam Bahasa Austronesia. Persamaan bunyi
perkataan bagi beberapa etnik di Alam Melayu, seperti Empat dalam Bahasa Melayu disebut
Papat dalam bahasa Jawa, Ampat dalam bahasa Melayu Brunei, Apat dalam dalam bahasa
Tagalog Filipina, Pat dalam bahasa Melanau Sibu dan Apat. Faktor Bahasa Melayu digunakan
secara meluas di Alam Melayu adalah disebabkan orang melayu suka belayar dan menyebarkan
penggunaan Bahasa Melayu ke Alam Melayu, sifat Bahasa Melayu yang sederhana dan mudah
dipelajari menyebabkan ia diterima di Alam Melayu.

1(b)

Kerajaan Srivijaya muncul pada abad ke-7 yang terletak di Selat Melaka iaitu di
Lembah Sungai Musi, Sumatera. Merupakan laluan kapal antara Barat dengan Timur. Mereka
juga memperkukuhkan empayar dengan menakluki Bangka dan Taruma. Sangramadhananjaya
menakluki Sumatera, Selatan Myanmar, Tanah Melayu, Segenting Kra, membolehkan
Srivijaya menguasai jalan laut antarabangsa, Selat Melaka dan Selat Sunda. Membolehkan
menjadi kuasa perdagangan utama di Alam Melayu. Srivijaya juga menjadi pusat pengajian
agama Buddha.

Majapahit muncul pada abad ke-13 yang terletak di Lembah Sg. Brantas, Jawa Timur
yang merupakan laluan kapal perdagangan. Masyhur semasa Patih Gajah Mada menjadi
Perdana Menteri. Beliau berjaya mengembalikan keamanan & keselamatan serta meluaskan
kuasa ke timur Pulau Jawa, Pantai Timur Sumatera, Pesisir selatan & barat Pulau Borneo,
bahagian selatan & timur Sulawesi dan Kepulauan Maluku membolehkan Majapahit menjadi
pusat perdagangan terkenal.

1(c)

Ketiga-tiga kerajaan di atas terletak di kedudukan strategik iaitu laluan kapal antara
Timur dengan Barat. Sebagai contohnya, Kedah Tua terletak di pintu masuk sebelah utara Selat
Melaka membolehkannya ia maju sebagai pelabuhan entrepot. Selain itu lokasi Kedah Tua
yang terletak Gunung Jerai juga menjadi punca Kedah Tua maju sebagai pusat perdagangan.
Gunung Jerai menjadi panduan kepada kapal untuk dating ke pelabuhan Kedah Tua.
Kedudukan kedah Tua yang berjiran dengan Perak, Kelantan dan Terengganu juga membantu
dalam memajukannya sebagai pusat perdagangan. Ini adalah kerana negeri jiran main peranan
untuk membekalkan hasil keluaran untuk diperdagangkan di pelabuhan Kedah Tua. Srivijaya
juga maju sebagai kerajaan maritime disebabkan lokasinya yang trategik. Pelabuhan bagi
Srivijaya iaitu Palembang terletak di muara Sungai Musi yang dalam membolehkan kapal besar
boleh masuk sampai ke pelabuhan untuk menjalankan urusan perdagangan. Selain itu Srivijaya
juga terletak di laluan perdagangan antara timur dan barat di Selat Melaka membolehkan kapal-
kapal pedagang singgah di pelabuhan Palembang untuk menjalankan urusan perdagangan.
Srivijaya juga terlindung dari tiupan angin timur laut dan Barat Daya oleh Banjaran Besar
Sumetera dan Banjaran Titiwangsa. Ini membolehkan urusan perdagangan boleh dijalankan
sepanjang tahun tanpa ancaman angun kencang. Lokasi Srivijaya yang berhampiran dengan
tanah jajahannya di Tanah Melayu dan sebahagian Sumetera juga membolehkan ia mudah
mendapatkan bekalan dagangan untuk diperdagangkan. Majapahit terletak di Lembah Sg
Brantas, Jawa Timur yang merupakan laluan kapal perdagangan yang melalui selat Sunda dan
Laut Jawa. Lokasinya yang terlindung dari tiupan angina membolehkannya menjalankan
kegiatan perdagangan sepanjang tahun. Selain itu lokasinya di Pulau Jawa yang subur juga
membolehkannya mendapatkan bekalan barang daganga terutama hasil pertanian seperti beras.

2(a)

Hubungan perdagangan. Kedudukan strategik iaitu di laluan kapal perdagangan antara
Timur dengan Barat serta kekayaan hasil bumi seperti galian, pertanian dan hasil hutan menjadi
faktor terjalin hubungan perdagangan. Hubungan perdagangan ini menunjukkan sikap
keterbukaan pemerintah Alam Melayu.

Hubungan Keagamaan. Hubungan dengan negara luar mendorong penyebaran agama
Hindu, Buddha dan Islam. Penyebaran agama ini mempengaruhi pentadbiran, perundangan,
ekonomi dan sosiobudaya masyarakat Alam Melayu. Agama Hindu tersebar melalui peranan
pedagang, tentera dan golongan Brahmin. Maharaja Asoka iaitu pemerintah Kerajaan Maurya
menghantar Sami-sami Buddha ke Alam Melayu untuk menyebarkan Agama Buddha. Islam
disebarkan melalui peranan pedagang, pemerintah dan pendakwah. Penyebaran agama ini
menggambarkan sikap keterbukaan penduduk Alam Melayu Hubungan Diplomatik. Menjalin
hubungan diplomatik dengan China dan India. Hubungan ini bertujuan untuk mengukuhkan
kedudukan dan majukan perdagangan

2(b)

Hubungan luar penting untuk mengukuhkan ekonomi negara. Ini adalah kerana dengan
adanya hubungan luar kita mudah memasarkan barangan keluaran tempatan tanpa sekatan
dengan negara yang kita adakan hubungan. Sebagai contohnya hubungan kita dengan India dan
China membolehkan kita mudah mengeksport minyak kelapa sawit ke negara tersebut. Dengan
ini negara kita akan dapat sumber pendapatan yang akan mengukuhkan ekonomi negara kita.
Melalui hubungan ini juga kita mudah menarik kemasukkan pelabur asing untuk membuka
kilang atau perniagaan di negara kita. Ia bukan sahaja membantu pengaliran modal asing malah
ia juga menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. Sebagai contohnya,
hubungan baik dengan negara Jepun dan Korea membolehkan banyak syarikat negara itu di
buka di negara kita.

Melalui hubungan luar juga kita mudah menyelesaikan sebarang pertikaian dengan
negara luar. Sebagai contohnya hubungan dengan Singapura membolehkan kita Berjaya
menyelesaikan beberapa masalah seperti tuntutan bertindih ke atas Pulau Batu Putih dan isu
Tambak Johor.

BAB 2 : SISTEM PEMERINTAHAN DAN KEGIATAN EKONOMI
MASYARAKAT KERAJAAN ALAM MELAYU

1.

a) Huraikan sistem pemerintahan Srivijaya
b) Sistem pen tadbiran yang teratur penting bagi sesebuah negara. Bincangkan.

2.

a) Huraikan kegiatan pertanian yang dijalankan kerajaan Alam Melayu
b) Satu ketika dahulu alam melayu termasuk tanah melayu terkenal dengan pengeluaran hasil

pertanian seperti padi. Namun kini kita mengimport kebanyakan hasil tanaman. Pada
pendapat anda apakah punca situasi ini dan cadangkan langkah untuk mengembalikan
zaman kegemilangan keluaran hasil tanaman negara kita

1(a)

Raja diberi gelaran sebagai Raja di Gunung dan Maharaja di Pulau. Raja dianggap
mempunyai unsur kesaktian. Raja juga dianggap Bodhisattva iaitu sebagai Buddha di bumi.
Pemerintahan dibahagikan kepada dua, iaitu pusat dan wilayah. Raja dibantu anak-anak raja
iaitu Yuvaraja, Pratiyuvaraja atau Rajakumara. Raja dibantu oleh golongan agama, tentera,
pemungut cukai, hakim & penjaga harta kerajaan. Pentadbiran wilayah terbahagi kepada dua
kedatuan dan pradatuan.

1(b)

Mudah melaksanakan dasar. Dasar yang dibuat di peringkat tertinggi seperti cabinet
disampaikan kepada peringkat bawahan untuk dilaksanakan. Dengan ini masing-masing dapat
melaksanakan tanggungjawab dan melaksanakan dasar dengan berkesan.

Pentadbiran dijalankan dengan berkesan. Ini berlaku dengan pembahagian kuasa.
Dengan ini tidak berlaku pembolotan atau pertindihan kuasa. Oleh itu pentadbiran dapat
dilaksanakan dengan lebih berkesan. Negara akan aman. Pemerintahan yang sistematik akan
menjamin kemanan kerana pemimpin akan menjalankan tanggungjawab seperti yang telah
ditetapkan melalui dasar. Dengan ini segala kehendak rakyat akan dipenuhi dan rakyat tidak
akan menentang kerajaan. Dengan ini keamanan dapat dicapai. Ekonomi negara akan
berkembang dengan pesat. Pentadbiran yang sistematik akan mewujudkan keamanan.
Keamanan negara akan memberi keyakinan kepada pelabur untuk melabur modal. Ini bukan
sahaja menambahkan sumber pendapatan negara mlah akan membuka lebih banyak peluang
pekerjaan yang akan menjamin kemakmuran ekonomi.

2(a)

Lokasi petempatan awal dan peranan sungai main peranan penting dalam
perkembangan kegiatan ekonomi kerajaan Alam Melayu. Tanah subur Alam Melayu sesuai
untuk pertanian. Pada awalnya pertanian ditanam untuk menyara diri. Apabila berlaku lebihan,
maka ia dipasarkan kepada penduduk yg tidak terlibat dalam pertanian. Antara tanaman utama
di Alam Melayu adalah tanaman padi, dijalankan oleh kerajaan Funan, Champa Dan Angkor.
Sungai Mekong menyuburkan tanah kerajaan Funan & Angkor di lembahnya. Air hujan
membekalkan air melalui Tasik Tonle Sap. Pemerintah Angkor membina kolam atau Baray
untuk menyimpan air. Kesannya di Angkor, padi menuaikan hasil 3-4 kali setahun. Di Champa,
terdapat ketua air di setiap kampung untuk menyelenggara terusan dan daik iaitu benteng atau
tembok panjang yang dibuat daripada tanah utk mengawal air dan banjir. Pulau Jawa
mempunyai tanah subur gunung berapi yang sesuai untuk pertanian Lava bes. Sungai
Bengawan Solo dan Sungai Brantas yang mengairi padi sawah membuatkan pemerintah
membina sistem pengairan untuk meningkatkan pengeluaran padi. Di kerajaan Srivijaya, padi
merupakan tanaman utama yang ditanam di kawasan pedalaman Palembang, tanah tinggi
Pasemah dan Hulu Musi.

Antara rempah ratus yang terdapat di Alam Melayu ialah bunga cengkih, buah pala dan
lada hitam. Bunga cengkih ditanam di Kepulauan Maluku, buah pala di Pulau Banda dan lada
hitam di Sumatera dan Jawa. Juga menanam tanaman lain seperti pisang, tebu, bijan, kekacang,
kelapa, sayuran dan buah-buahan. Ada yang menangkap ikan di sawah, paya dan sungai.
Terdapat juga yang berusaha mendapatkan kulit kura-kura. Padi ditanam kerana nasi
merupakan makanan ruji penduduk Alam Melayu. Bunga cengkih, buah pala dan lada hitam
ditanam sebagai tanaman dagangan.

2(b)

Generasi muda kurang berminat dengan sektor pertanian. Mereka tidak mahu berkerja
di bawah cahaya matahari dan hujan. Mereka lebih berminat berkerja di kilang atau pejabat.
Langkahnya adalah generasi muda yang tiada berkerja perlu diberi ceramah tentang
kepentingan mereka terlibat dalam sektor pertanian supaya mereka faham tentang sumbangan
mereka terhadap negara dan rakyat dan seterusnya menjadi motivasi kepada mereka untuk
terlibat dalam bidang pertanian

Bidang pertanian kurang menguntungkan atau tiada jaminan untuk mendapatkan
pulangan yang banyak. Ini adalah kerana harga pasaran hasil pertanian ditentukan oleh orang
tengah atau pembeli dari petani. Selain itu mereka juga harus menanggung kerugian jika

berlaku banjir atau kemarau. Caranya adalah kerajaan harus memastikan tiada berlaku
diskriminasi harga oleh orang tengah. Agensi kerajaan seperti FAMA harus main peranan yang
lebih untuk memastikan hasil keluaran petani dijual dengan harga berpatutan dengan FAMA
sendiri menjadi pembeli dan penjual hasil keluaran pertanian. Selain itu kerajaan juga harus
membayar pampasan yang setimpal dengan kerugian yang dialami oleh petani akibat bencana
alam. Tindakan kerajaan seperti ini bukan sahaja menjamin pendapatan yang lebih baik
dinikmati petani malah akan menarik lebih ramai lagi menceburi bidang pertanian

BAB 3: SOSIOBUDAYA MASYARAKAT KERAJAAN ALAM MELAYU

1.

a) Huraikan hasil seni bina kerajaan Alam Melayu
b) Apakah kepentingan binaan kerajaan Alam Melayu pada masa sekarang dan bagaimana

ia boleh dikekalkan

1(a)

Kerajaan Funan hebat dalam membina kapal besar yang boleh memuatkan 700 orang
dan 1000 tan kargo. Mereka juga membina perahu panjang yang boleh membawa 100
penumpang dalam satu masa. Masyarakat Funan membina sistem pengairan yang sistematik
bagi mengawal limpahan air juga mengalirkan air masin keluar dari tanah pengairan. Membina
candi yang berperanan sebagai rumah ibadat, pusat pendidikan & tempat pertemuan
masyarakat. Kerajaan Angkor pula membuat seni bina berkaitan kegiatan pertanian. Mereka
membina Baray iaitu kolam takungan air sebesar 16 km persegi yang boleh menyalurkan 30
juta meter padu air ke sawah. Angkor Wat dan Angkor Thom, dibina oleh Raja Suryavarman
II yang berkeluasan 208 hektar dengan menara utama setinggi 65 meter. Mereka juga membina
kapal untuk tujuan perdagangan dan peperangan.

1(b)

Antara kepentingan binaan kerajaan Alam Melayu pada masa sekarang adalah menjadi
tarikan kedatangan pelancong asing. Tempat yang bersejarah menjadi destinasi pelancongan
seperti Angkor Wat dan Candi Borobudur serta Candi Lembah Bujang. Dengan ini ia menjadi
sumber pendapatan negara kerana pelancong yang datang membelanjakan wang mereka di
tempat tersebut untuk penginapan dan makan minum. Selain itu binaan tersebut juga
membuktikan pencapaian ketamadunan Alam Melayu yang tinggi standing ketamudunan barat
lain seperti Rom dalam aspek seni bina. Binaan tersebut juga menjadi inspirasi kepada generasi
sekarang untuk maju dalam seni bina. Sebagai contohnya pembinaan terusan dan Baray oleh
kerajaan Alam Melayu masih diteruskan oleh negara2 Asia Tenggara untuk majukan sektor
pertanian dengan mengairi kawasan pertanian. Contohnya pembinaan tali air dan empangan di
Malaysia untuk mengairi kawasan tanaman padi. Selain itu binaan tersebut juga menjadi bukti
kewujudan pelbagai agama di Asia Tenggara. Sebagai contohnya seni bina Candid an Wat
menjadi bukti masyarakat Alam Melayu menganut agama Hindu dan Buddha.

Cara mengekalkan seni binaan ini adalah para pengunjung yang mengunjung ke
kawasan binaan tersebut perlu menjaga kebersihan kawasan sekitarnya. Pengunjung harus

buang sampah di tempat yang disediakan dan jika tiada tempat di sediakan untuk membuang
sampah, pihak kerajaan perlu mengambil iniasitif untuk menyediakannya. Kerajaan juga harus
menyediakan peruntukan untuk membaiki kerosakan di binaan tersebut. Ini penting untuk
mengelakkan ia runtuh atau mengalami kerosakkan yang lebih teruk yang mungkin akan
menyebabkan binaan tersebut terus hilang. Kerajaan juga harus menjadikan kawasan tersebut
sebagai destinasi pelancongan dengan menambahbaikkan kemudahan di sekitarnya seperti
tempat penginapan dan gerai jualan. Dengan ini kawasan ini akan tetap terpelihara kerana
menjadi sumber pendapatan negara. NGO juga harus main peranan dengan menganjurkan
kempen kesedaran tentang kepentingan menjaga tapak warisan tersebut. Dengan ini orang
ramai akan sedar tentang kepentingannya serta tidak melakukan sesuatu yang boleh
merosakkannya.

BAB 4: AGAMA, KEPERCAYAAN DAN KEUNIKAN WARISAN
MASYARAKAT KERAJAAN ALAM MELAYU

1.

a) Huraikan kepercayaan awal masyarakat Alam Melayu
b) Adakah kepercayaan animism dan dinamisme masih diamalkan? Jelaskan

2.

a) Salah satu aspek keunikan warisan masyarakat kerajaan Alam Melayu ialah sistem
pemerintahan beraja. Jelaskan ciri-ciri sistem pemerintahan beraja yang diamalkan oleh
kerajaan Alam Melayu

b) Salah satu keunikan Alam Melayu ialah sistem pemerintahan beraja, bagaimana sistem ini
boleh dikekalkan

1(a)

Animisme, kepercayaan setiap makhluk, hidupan dan tumbuhan memiliki roh atau
semangat. Berkaitan dengan kepercayaan terhadap makhluk halus dan menyembah roh nenek
moyang. Dipanggil “Hyang” iaitu menyembah roh nenek moyang untuk mendapatkan
kebaikan atau menghindari kesusahan bagi ahli keluarga yang masih hidup. Contoh perayaan
yang kepercayaan ini adalah Hari Moyang oleh masyarakat Temuan di Bukit Cheding, Banting,
Selangor. Dinamisme, berkaitan dengan kepercayaan terhadap kekuatan yg dikenali “Mana”
atau “Semangat”. Setiap benda atau makhluk mempunyai “mana” yg boleh mempengaruhi
kehidupan seseorang. Contoh upacara yang dijalankan adalah pemujaan semangat tanaman
untuk mendapatkan hasil yang banyak. Pawang masyarakat Iban menyediakan makanan
korban atau “miring” semasa sambutan hari Gawai.

1(b)

Ya. Orang Iban, Sarawak semasa Pesta Menuai mengadakan Upacara Miring untuk
menyatakan terima kasih kepada “petara” atau tuhan. Selain itu, Kaum Kadayan mengadakan
Makan Tahun sebagai tanda kesyukuran atas hasil yang diperolehi oleh petani. Seterusnya,
Kaum Melanau mengadakan Pesta Kaul bertujuan mengelak malapetaka buruk oleh roh jahat
atau Ipok. Pesta Keamatan diraikan oleh Kadazandusun dan Murut yang merupakan simbol

kesyukuran untuk meraikan semangat padi, Bambaazon atau Bambarayon yang dijalankan oleh
Bobohizan dan Bobolian. Upacara kesyukuran kepada semangat padi ini diadakan dengan
harapan tahun depan mendapat lebih banyak hasil tuaian padi. Mengadakan pertandingan ratu
cantik atau Unduk Ngadau. Ia berkaitan dengan asal usul pengorbanan Huminodun yang
merupakan puteri anak Kinoingan atau Minamangun. Korban diri bagi membantu manusia
dalam kesusuhan semasa musim kemarau.

2(a)

Pemerintah mengasimilasikan pengaruh agama dalam pentadbiran. Raja menjadi
tonggak kerajaan. Kedudukan raja diperkukuhkan dengan sistem pemerintahan yang dibantu
oleh pembesar. Rakyat juga wajib mentaati raja. Pemilihan Raja berasaskan keturunan dan
pembesar mengesahkannya. Keturunan raja dianggap suci dan berdaulat. Raja boleh dipilih
daripada golongan tentera seperti di Funan dan Champa. Wanita keturunan raja boleh menjadi
pemerintah di Champa.

Kedudukan Raja. Semasa kerajaan Hindu Buddha, raja dianggap titisan dewa atau
jelmaan tuhan dan mesti dihormati. Selepas Islam sampai di Alam Melayu, mereka
memperkenalkan konsep Khalifah. Raja wajiblah ditaati. Mengingkari raja dianggap ingkari
tuhan dan derhaka.

Gelaran pemerintah. Semasa Hindu dan Buddha, menggunakan gelaran Raja dan
Maharaja. Islam pula menggunakan gelaran Sultan. Bagi menggambarkan kebesaran kuasa,
mereja menggunakan gelaran “Raja Di Gunung Dan Maharaja Di Pulau”. Diberi gelaran
mengikut identiti & keunikan kerajaan. Di Funan, Champa, Angkor dan Srivijaya
menggunakan gelaran Sanskrit iaitu “Varman”.

2(b)

Sistem raja berkuasa mutlak yang ada pada hari ini seperti di Brunei harus diubahsuai
menjadi sistem Raja Berperlembagaan. Ini adalah penting supaya rakyat merupkan mejoriti di
sesebuah negara mendapat hak yang sebenar. Raja harus menjalankan tugas mengikut
peruntukan dalam perlembagaan. Keadaan ini menyebabkan rakyat akan mentaati instiutusi
raja dan seterusnya tidak akan menentang untuk mengubah sistem ini. Rakyat juga harus patuh
kepada perlembagaan yang menjelaskan hak dan kedudukan raja di sesebuah negara. Sebagai
contohnya, di Malaysia Raja menjadi ketua agama Islam, oleh itu rakyat harus menghormati
keputusan raja berkaitan agama Islam. Dengan ini instiutusi raja akan terbela dan akan kekal.

Kerajaan juga harus mengambil tindakan ke atas sesiapa yang mencemarkan nama
instiutusi Raja mengikut peruntukan yang ada dalam undang2. Dengan ini orang ramai akan
takut untuk mencabar instiutusi Raja yang mungkin akan mengancam kedudukan instiutusi
tersebut. NGO juga harus mengadakan kempen dan ceramah untuk menyedarkan orang ramai
supaya mereka menghargai instiuti tersebut serta terus memberi sokongan supaya isnstiutusi
Raja terus kekal

BAB 5: KESULTANAN MELAYU MELAKA

1.

a) Pemilihan lokasi yang strategik oleh Parameswara menjadi kunci perkembangan Melaka
sebagai pusat perdagangan. Buktikan sebab Parameswara memilih melaka untuk
mendirikan kerajaan.

b) Huraikan faktor-faktor kelancaran kegiatan perdagangan di pelabuhan Melaka
c) Huraikan cara majukan pelabuhan negara kita setanding dengan pelabuhan lain

2.

a) Huraikan ciri-ciri undang-undang berikut
b) Pada pendapat anda apakah kepentingan undang-undang bagi sesebuah negara

3.

a) Huraikan peranan Melaka sebagai pusat penyebaran agama Islam
b) Sejauh manakah pedagang main peranan menarik minat masyarakat untuk memeluk

agama Islam

4.

a) Huraikan faktor kejatuhan kesultanan Melayu Melaka
b) Huraikan strategi yang digunakan oleh Melaka untuk menghadapi serangan Portugis

1(a)

Antara bukti kedudukan Melaka yang strategik adalah terletak di laluan perdagangan
antara Timur (China) dan Barat (India) membolehkannya mengawal laluan kapal. Bentuk muka
bumi yang berbukit-bukau sesuai sebagai benteng pertahanan dan panduan kepada kapal
dagang. Pokok bakau dan api-api menjadi banteng pertahanan dan pelindung semula jadi bagi
negeri Melaka. Muara sungai yang terlindung dari angin monsoon membolahkan kapal datang
berlabuh dengan selamat.

1(b)

Peranan syahbandar yang mengendalikan urusan perdagangan, mengurus pasar dan
gudang serta menjaga kebajikan dan keselamatan pedagang. Bertanggungjawab dalam
memeriksa alat timbang, sukat dan mata wang. Mereka juga menjadi hakim di pelabuhan serta
mengurus cukai. Syahbandarlah yang akan menguatkuasakan peraturan keluar masuk kapal.
Selain itu, pedagang tertarik dengan pengurusan cukai yang cekap dan sistematik. Dikenakan
cukai pelabuhan yang rendah. Cukai dan bayaran surat kebenaran berniaga merupakan sumber
pendapatan kerajaan. Terdapat 2 jenis cukai, iaitu cukai rasmi yang dikenali sebagai cukai
“Panduan”. Kadar cukai berbeza mengikut tempat asal pedagang. Cukai kedua adalah cukai
Tidak Rasmi yang ada dalam bentuk hadiah atau persembahan. Dikenakan kepada pedagang
China dan Jepun. Nilai hadiah sama dengan cukai bernilai lima peritus. Bahan makan tidak
dikenakan cukai untuk menampung keperluan makanan di Melaka. Urusan jual beli dijalankan
melalui pertukaran barangan dan menggunakan mata wang. Pertukaran berlaku antara
barangan dari Alam Melayu, China, Barat dan India. Penggunaan mata wang melancarkan

urusan jual beli. Awalnya, digunakan tukaran nilaian seperti jongkong timah, serbuk emas dan
kulit siput. Wang timah dikenali “Calains” yang terpahat nama Sultan Melaka. Terdapat juga
wang emas dan perak. Mata wang dari luar juga digunakan seperti dari Pasai, Hormuz dan
Cambay. Peranan Orang Laut yang terkenal dengan sikap taat setia dan memastikan urusan
perdagangan dijalankan tanpa gangguan. Menjadi pelayar dan penunjuk arah yg cekap.
Menjadi tentera laut untuk menjamin keselamatan pedagang di perairan Melaka. Akhir sekali,
pelabuhan yang dilengkapi dengan kemudahan gudang untuk menyimpan barang, kemudahan
pengangkutan, bekalan makanan dan minuman, khidmat membaiki kapal, tempat penginapan,
Syahbandar yang menjaga kebajikan pedagang serta menyediakan tempat ibadat.

1(c)

Perlu menyediakan pelbagai kemudaan seperti gudang menyimpan barang yang lebih
sistematik dan selamat supaya kapal2 yang berlabuh merasakan ada jaminan keselamatan
terhadap barangan mereka. Kerajaan juga harus menyediakan perkhidmatan pengangkutan
terkin dan pantas supaya barangan dari pelabuhan dapat sampai ke destinasi pada masa yang
tetap. Kita juga perlu memberi latihan terhadap kakitangan pelabuhan supaya mereka mampu
memberi perkhidmatan yang terbaik. Ini penting supaya para pedagang yang menggunakan
pelabuhan kita rasa puas hati dan sering menggunakan pelabuhan negara kita pada masa
hadapan. Kita juga harus berusaha mengeluarkan lebih banyak produk tempatan untuk tujuan
eksport. Dengan ini sudah pasti pelabuhan kita akan sibuk dan digunakan secara obtimum
untuk tujuan import dan eksport. Kerajaan juga harus menyediakan perkhidmatan membaiki
kapal yang lebih moden supaya para pedagang yang menggunakan pelabuhan kita tidak
menghadapi masalah jika kapal mereka mengalami kerosakan.

2(a)

Hukum Kanun Melaka. Ditulis semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah dan
disusun semula oleh Sultan Mahmud Shah. Mengandungi 44 fasal berkaitan hak keistimewaan,
tanggungjawab raja dan Pembesar. Hukum Islam berkaitan jenayah, urusan jual beli dan
kekeluargaan. Hukum Kanun Melaka bertujuan untuk mengatasi masalah jenayah dan
mewujudkan keamanan serta menjamin keselamatan rakyat. Undang-undang Laut Melaka.
Ditulis semasa Sultan Mahmud Shah yang bertujuan menentukan peraturan pelayaran dan
perdagangan. Mengandungi 25 fasal berkaitan peraturan di laut, tertib berniaga, tatacara jual
beli, tanggungjawab nakhoda, anak kapal, kiwi dan syahbandar.

2(b)

Menjamin keamanan negara. Sebarang masalah dapat diselesaikan dengan merujuk
undang-undang negara. Dengan ini negara akan aman tanpa sebarang masalah dan perselisihan
antara masyrakat. Menjadi panduan kepada kerajaan dan pemimpin menjalankan
tanggungjawab kepada rakyat. Ini boleh mengatasi masalah pembolotan kuasa oleh mana-
mana pemimpin kerana mereka perlu menjalankan tugas mengikut undang-undang. Menjamin
hak rakyat. Rakyat akan mendapatkan hak mereka mengikut undang-undang. Sebagai
contohnya hak untuk bersuara dan berpersatuan. Meningkatkan imej negara. Negara yang ada
undang-undang akan lebih aman dan stabil. Oleh itu orang luar akan memandang tinggi negara
tersebut. Menarik kemasukan pelancong asing. Ini kerana keselamatan mereka dijamin oleh
undang-undang yang sedia ada. Ekonomi negara akan berkembang pesat. Keamanan dan

kestabilan yang wujud kerana undang-undang menarik kemasukan pelabur asing dan ini akan
mengembangkan ekonomi negara selain menjamin peluang pekerjaan.

3(a)

Pedagang juga menjadikan agama Islam sebagai tajuk perbualan. Dengan ini penduduk
tempatan memahami ajaran Islam lalu memeluk agama Islam. Mengamalkan nilai islam dalam
Islam dalam perniagaan sepert.jujur dan tidak menipu dalam timbangan. Ini menarik penduduk
tempatan untuk menghayati nilai islam lalu memeluk Islam. Menunjukkan sifat mahmudah
seperti jujur, sopan santun. Ini menarik orang tempatan untuk menerima ajaran Islam.
Mengamalkan sifat berhemah semasa berdakwah. Tidak memaksa sesiapa menerima Islam.
Dengan ini penduduk tempatan menerima Islam secara sukarela. Pedagang juga membawa
ulama dan pendakwah bersama mereka untuk menyebarkan Islam. Pedagang juga menetap dan
membuka perkampungan Islam. Menjadikan perkampungan sebagai pusat perbincangan
tentang Islam. Sifat baik pedagang juga menarik minat wanita tempatan lalu mereka berkahwin
dengan pedagang dan memeluk agama Islam. Pedagang juga mewujudkan hubungan baik
dengan pemerintah tempatan. Menggunakan keistimewaan yang diberikan pemerintah.
Menggunakan jawatan syahbandar untuk menyebarkan Islam

4(a)

Antara faktor dalaman adalah masalah kepimpinan. Kelemahan Sultan Mahmud Shah
dan pembesar menyebabkan ketidakstabilan politik. Amalan pilih kasih, rasuah dan
penyelewengan sering berlaku dalam pentadbiran. Perbalahan sesama pembesar untuk merebut
kuasa. Contohnya Raja Medeliar dan Laksamana Koja Hassan merebut kuasa dengan
Bendahara Tun Mutahir. Kedua adalah masalah perpaduan. Rakyat tidak bersatu dan berpecah
berlaku antara Orang Melayu dengan Tamil Islam kerana persaingan kuasa antara pembesar.
Askar upahan dari luar iaitu dari Pulau Jawa yang tidak taat setia

Faktor Luaran pula adalah disebabkan oleh serangan Portugis. Kekayaan, keagamaan
dan kemasyhuran merupakan faktor kedatangan Portugis. Ingin monopoli perdagangan
rempah. Portugis juga ingin menyebarkan agama Kristian dan menghapuskan penguasaan
pedagang Islam. Kunjungan Lopez de Sequeira pada 11 Sep 1509 memulakan hubungan
Melaka dengan Portugis. Kegagalan rundingan menyebabkan Alfonso de Albuquerque
menyerang Melaka. Terdapat 3 serangan yang dilancarkan Portugis pada 25 Julai, 10 Ogos dan
24 Ogos 1511. Akhirnya, Portugis berjaya menguasai Melaka

4(b)

Menggunakan lancaran dan perahu berapi. Di kawasan pantai pula diperkukuhkan
pertahanan dengan kayu-kayan, pelbagai jenis meriam dan peti-peti berisi serbuk peluru.
Tembakan Meriam tidak terhenti di pantai. Melaka juga menghantar tentera bergajah dan
menggunakan Hikayat Amir Hamzah dan Ali Hanafiah untuk menaikkan semangat askar
Melaka.

BAB 6: KESULTANAN JOHOR

1.

a) Huraikan cabaran kea rah kegemilangan Kesultanan Johor
b) Huraikan strategis yang digunakan oleh Johor untuk menghadapi cabaran
c) Apakah iktibar yang diperoleh melalui strategis yang digunakan oleh Johor dalam

menghadapi cabaran

2.

a) Johor juga terkenal sebagai pusat persuratan Melayu yang terkenal. Jelaskan dua karya
agung yang dihasilkan di Johor

b) Apakah kepentingan hasil karya agung tersebut

1(a)

Persaingan Johor, Acheh dan Portugis juga dikenali sebagai Perang Tiga Segi yang
berlaku selama 100 tahun. Acheh, Johor dan Prtugis berperang untuk menguasai perdagangan
di Selat Melaka. Perang ini berakhir apabila Johor memberi bantuan kepada Belanda untuk
mengalahkan Portugis di Melaka dan Acheh merosot setelah kematian Sultan Iskandar Thani.
Perang Johor Jambi berlaku kerana Johor menuntut wilayah Tungkal daripada kerajaan Jambi.
Pada Jun 1679, Johor menyerang dan mengalahkan Jambi menyebabkan Jambi tunduk di
bawah Kesultanan Johor Riau yang berpusat di Riau. Konflik Pembesar iaitu perebutan kuasa
berlaku antara Bendahara Tun Habib Abdul Majid dengan Laksamana Tun Abdul Jamil.
Berakhir dengan pengunduran Laksamana ke Terengganu dan keturunan Bendahara kembali
berkuasa. Ancaman Raja Kechil pada 1718, Raja Kechil menyerang Johor untuk menuntut
takhta kerajaan Johor dan mendakwa dirinya putera Sultan Mahmud Shah I. Beliau
mengisytiharkan dirinya sebagai Sulatan Johor Riau dengan menggunakan gelaran Sultan
Abdul Jalil Rahmat Shah. Raja Sulaiman, minta bantuan Opu Bugis Lima Bersaudara untuk
mengusir Raja Kechil dan pada 4 Oktober 1722, Raja Kechil kalah.

1(b)

Pusat pemerintahan terletak di sepanjang pesisir Sungai Johor. Semasa Sultan Ibrahim,
Kepulauan Riau Lingga menjadi pusat pemerintahan. Pemindahan pusat pemerintahan
merupakan muslihat mempertahankan diri daripada ancaman Portugis dan Acheh. Selain itu,
membina Kota Pertahanan yang sering berubah. Mengikut lokasi pusat pemerintahan, antara
kota pertahanan yang dibina adalah Kota Kara, Kota Sayong, Kota Makam Tauhid, Kota Batu
Sawar, Kota Seluyut, Kota Panchor, dan Kota Johor Lama. Seterusnya, Kesultanan Johor
mengadakan perjanjian persahabatan dengan Belanda atas dasar berbaik dengan Belanda
merupakan strategi menghadapi ancaman Portugis dan Acheh. Pada 1602, hubungan bermula
apabila Belanda menawarkan bantuan kepada Sultan Alauddin Riayat Shah II untuk
melindungi Johor dari serangan Portugis & Acheh. Pada 17 Mei 1606, Perjanjian Johor-
Belanda antara Admiral Belanda, Cornelis Matelief De Jonge dengan Sultan Alauddin Riayat
Shah II di atas kapal Belanda bernama Orenje. Belanda minta bantuan untuk menyerang
Melaka. Johor mengambil bahagian perang Belanda-Portugis dengan memberikan bantuan
seperti mengangkut peralatan perang, membuat tapak meriam, menggali parit kubu, menyekat

musuh lari ke dalam hutan dan menaikkan semangat tentera Belanda. Johor juga bantu Belanda
dengan mengepung dan menyerang Portugis di Melaka. Pada Januari 1641, Mereka berjaya
menewaskan Portugis di Melaka.

1(c)

Kita harus mengekalkan perpaduan. Perpaduan merupakan benteng pertahanan yang
utama bagi sesebuah negara. Perpecahan di kalangan rakyat akan memberi peluang kepada
orang luar untuk menguasai dan seterusnya menjajah kita. Selain itu, kita harus berhati-hati
semasa mengadakan hubungan dengan kuasa luar. Jika tidak kita mudah dikuasai oleh negara
kita. Sebagai contohnya, walaupun Belanda merupakan rakan baik Johor dan bersepakat
dengan Johor menyerang Melaka namun Johor tidak dapat Melaka selepas Portugis kalah.
Seterusnya, kita harus melengkapkan diri kita dengan sistem pertahanan yang moden. Ini
penting untuk mempertahankan negara kita apabila diserang musuh. Sebagai contohnya
pemerintah Johor membina Kota Kara untuk mempertahankan pusat pemerintahan negeri
Johor. Akhir sekali, kita juga tidak harus mengharapkan orang luar untuk memperkukuhkan
benteng pertahanan negara. Sebagai contohnya orang Bugis berkuasa di negeri Johor setelah
memberi bantuan untuk mengusir Raja Kechil.

2(a)

Sulalatus Salatin yang bermaksud “Salasilah Raja-Raja” atau “Peraturan Segala Raja-
Raja”. Asalnya bernama “Hikayat Melayu” tetapi disusun dan ditulis semula oleh Tun Seri
Lanang pada tahun 1612. Kandungannya adalah mengenai asal usul keturunan raja-raja
Melaka, adat istiadat kerajaan dan sejarah Kesultanan Melayu Melaka. Hikayat Hang Tuah
yang ditulis oleh pengarang di Johor selepas kekalahan Portugis di Melaka pada 1641. Hikayat
Hang Tuah merupakan epik kepahlawanan merentas sepanjang zaman kegemilangan Melaka.
Kandungannya berkaitan ketaatan Hang Tuah kepada raja dan keturunan Kesultanan Melaka

2(b)

Melalui Sulalatus Salatin kita boleh mengetahui Asal usul keturunan raja-raja Melaka
bermula dari pengasas Kesultanan Melayu Melaka hingga pemerintah terakhir sebelum Melaka
jatuh ketangan Portugis. Sulalatus Salatin memberi gambaran tentang Adat istiadat kerajaan
untuk kita ketahui semasa zaman kesultanan Melayu Melaka. Sebagai contohnya adat
pertabalan Sultan, adat pemakaman dan adat perkahwinan. Keseluruhannya melalui Sulalatus
Salatin kita dapat mengetahui Sejarah Kesultanan Melayu Melaka. Seperti pengasasan,
kegemilangan dan kejatuhan kesultanan Melayu Melaka.

Hikayat Hang merupakan karya epik kepahlawanan yang merentas sepanjang zaman
kegemilangan Melaka. Melalui karya Hang Tuah kita dapat gambaran yang jelas tentang sifat
pahlawan Melayu yang gagah berani serta penuh taat setia kepada Raja dan negara. Kedua-dua
karya diatas juga penting kepada kita kerana ia menjadi bukti orang melayu boleh
menghasilkan karya bertaraf dunia. Sebagai contohnya, HHT dan Sulalatus Salatin diiktiraf
sebagai hasil kesusasteraan klasik serta epik Melayu tradisional oleh UNESCO dalam Daftar
Ingatan Dunia

BAB 7: KESULTANAN MELAYU PAHANG, PERAK, TERENGGANU
DAN SELANGOR

1.

a) Namakan kerajaan yang diasaskan oleh waris Kesultanan Melayu Melaka
b) Buktikan kerajaan diatas diasaskan oleh waris Kesultanan Melayu Melaka
c) Jelaskan aspek yang diwarisi negeri diatas daripada Kesultanan Melayu Melaka

1(a)

Pahang dan Perak.

1(b)

Kesultanan Pahang diasaskan oleh keluarga diraja Kesultanan Melayu Melaka. Pada
abad ke-15, Pahang sebahagian wilayah naungan Melaka. Seri Bija Diraja dilantik sebagai
wakil bagi memerintah Pahang. Sultan Mansur Shah kemudiannya menghantar puteranya, Raja
Muhammad untuk ditabalkan sebagai Sultan Pahang. Semasa Raja Muhammad berangkat ke
Pahang, baginda diiringi golongan bangsawan Melaka. Mereka dilantik sebagai Bendahara,
Penghulu Bendahari, Temenggung dan Hulubalang Besar untuk membantu mentadbir Pahang.
Pada 1470, Raja Muhammad mengasaskan Kesultanan Pahang dengan gelaran Sultan
Muhammad Shah. Sultan Muhammad mendirikan pusat pentadbiran di Pekan. Kesultanan
Perak pula diasaskan pada abad ke-15. Perak merupakan wilayah naungan Melaka. Serangan
Portugis menyebabkan Sultan Mahmud dan keluargannya meninggalkan Melaka lalu
bersemayam di Kampar, Sumetera. Pembesar Tun Saban dan Nakhoda Kassim ke Kampar
menjemput putera Sultan Mahmud Shah, Raja Muzaffar untuk ditabal sebagai Sultan. Raja
Muzaffar berangkat ke Perak bersama alat kebesaran sebilah pedang Cura Si Manja Kini,
sebilah keris, cap mohor, nobat dan Surat Ciri. Berangkat bersama anak, isteri, para pengikut
dan pengiring yang menjemputnya dari Perak. Pada 1528, Raja Muzaffar mengasaskan Perak
dengan gelaran Sultan Muzaffar Shah. Tanah Abang di pesisir Sungai Perak merupakan pusat
pentadbiran pertama.

1(c)

Di kedua-dua negeri tersebut Sultan sebagai tonggak utama kerajaan. Pengganti
pemerintah berasaskan adat Temenggung. Di Perak, putera sultan mewarisi takhta melalui
sistem giliran. Sistem pembesar empat lipatan juga diamalkan di kedua-dua negeri tersebut. Di
Pahang sistem pentadbiran turut berasaskan pembesar empat, lapan dan enam belas, sama
seperti Pembesar Empat Lipatan di Melaka. Empat pembesar utama di Pahang ialah Orang
kaya Indera Shahbandar, Orang Kaya Indera Segara, Orang Kaya Pahlawan dan Orang Kaya
Indera Perbajelai. Di Perak juga masih berasaskan pembesar empat, lapan, enam belas & tiga
puluh dua. Empat pembesar utama Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Orang Kaya Besar
Maharaja Di-Raja, Orang Kaya Temenggong Paduka Raja dan Orang Kaya Menteri Paduka
Tuan. Di kedua2 negeri tersebut Sultan merupakan ketua agama Islam sama seperti negeri
Melaka. Hukum Kanun Melaka menjadi asas perundangan bagi negeri-negeri tersebut.

BAB 8: KERAJAAN KEDAH, KELANTAN, NEGERI SEMBILAN DAN
PERLIS

1.

a) Huraikan faktor-faktor penentu hubungan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis
dengan negeri-negeri Melayu yang lain.

b) Huraikan cara negeri-negeri tersebut menjalinkan hubungan diplomatic

2.

a) Jelaskan kepentingan hubungan diplomatik bagi sesebuah negara.

1(a)

Persamaan dalam aspek bahasa dan budaya menjadi pendorong hubungan dengan
negeri lain. Persamaan ini memudahkan interaksi antara kerajaan. Setiap kerajaan bersikap
toleransi dalam menerima amalan budaya kerajaan lain. Selain itu, sempadan negeri jiran
memudahkan hubungan interaksi berlaku. Sumber alam sperti padi, rotan, rempah dan sumber
bumi galian seperti timah, petroleum menjadi faktor tarikan perhubungan. Sungai dikongsi
bersama sebagai laluan perhubungan. Kepentingan sungai mendorong setiap negeri berusaha
menjamin keselamatan laluan sungai. Pembinaan pelabuhan di pinggir sungai menggalakkan
hubungan dengan negeri jiran & kuasa luar. Pangkalan Alor Pasai menjadi laluan perdagangan
pelabuhan Kuala Kedah. Sungai Linggi menjadi laluan penting perhubungan dan perdagangan
serta kawasan pungutan cukai kerajaan Negeri Sembilan. Seterusnya, bermula apabila
pemerintah menerima Islam. Peranan Ulama mengukuhkan kegiatan keagamaan seperti
berkongsi institusi pendidikan agama menerusi kehadiran penuntut dari wilayah lain Masjid
Kampung Laut di tebing Sungai Kelantan membantu menyebarkan islam dikalangan penduduk
tempatan dan pedagang luar.

1(b)

Pengiktirafan. Bertujuan mengabsahkan sultan sebagai pemerintah. Ia mewujudkan
hubungan antara kerajaan berdaulat yang sama taraf. Pada abad ke-15, Sultan Mahmud dari
Melaka mengiktiraf kedaulatan Kedah dan Kedah mengakui ketuanan Sultan Melaka. Pada
1775, Sultan Terengganu mengiktiraf Kesultanan Kelantan yang disatukan oleh Long Yunus.
Pertahanan penting untuk memastikan kelangsungan sesebuah kerajaan. Hubungan pertahanan
akan mengekalkan kedaulatan kerajaan dengan mengelakkan campur tangan asing. Long
Yunus mendapat bantuan ketenteraan dari Terengganu dan Reman (Hulu Perak) semasa
menyatukan Kelantan. Long Gaffar dari Reman dilantik sebagai Perdana Menteri Kelantan dan
Panglima Perang yang membantu dalam mengekalkan keamanan Kelantan. Perkahwinan.
Perkahwinan diraja (Siasah) akan mengukuhkan hubungan dan menjamin kedaulatan. Onang
Kening, puteri Kelantan berkahwin dengan Sultan Mahmud Shah, Melaka lalu melahirkan Raja
Muzaffar yang menjadi Sultan Perak yang pertama. Che’Ku Wan, puteri Long Yunus

dikahwinkan dengan Tengku Muhammad, putera Sultan Terengganu. Raja Perlis, Syed Hussin
berkahwin dengan Tengku Nor Asiah, cucu Sultan Abdullah Shah, sultan Kedah yang ke-20.

2(a)

Hubungan luar penting untuk mengukuhkan ekonomi negara. Ini adalah kerana dengan
adanya hubungan luar kita mudah memasarkan barangan keluaran tempatan tanpa sekatan
dengan negara yang kita adakan hubungan. Sebagai contohnya hubungan kita dengan India dan
China membolehkan kita mudah mengeksport minyak kelapa sawit ke negara tersebut. Dengan
ini negara kita akan dapat sumber pendapatan yang akan mengukuhkan ekonomi negara kita.
Melalui hubungan ini juga kita mudah menarik kemasukkan pelabur asing untuk membuka
kilang atau perniagaan di negara kita. Ia bukan sahaja membantu pengaliran modal asing malah
ia juga menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. Sebagai contohnya,
hubungan baik dengan negara Jepun dan Korea membolehkan banyak syarikat negara itu di
buka di negara kita. Melalui hubungan luar juga kita mudah menyelesaikan sebarang pertikaian
dengan negara luar. Sebagai contohnya hubungan dengan Singapura membolehkan kita
Berjaya menyelesaikan beberapa masalah seperti tuntutan bertindih ke atas Pulau Batu Putih
dan isu Tambak Johor.

BAB 9: WARISAN KERAJAAN KEDAH, KELANTAN, NEGERI
SEMBILAN DAN PERLIS

a) Jelaskan keunikan adat perpatih yang diamalkan di Negeri Sembilan
b) Huraikan sistem pemerintahan di Negeri Sembilan
c) Huraikan kelebihan & kebaikan sistem demokrasi

(a)

Di Negeri Sembilan terdapat adat perpatih di mana jurai keturunan sesuatu suku itu
dianggap sedarah kerana berasal daripada moyang perempuan yang sama sebelah ibu. Kaum
perempuan di dalam sesuatu suku itu dianggap Ibu Soko kerana ibu yang melahirkan anggota
masyarakat dan setiap anak adalah anggota kepada suku ibunya.

Selain itu, adat pelaksanaan hukuman di Negeri Sembilan bersifat pemulihan. Pesalah
akan diberi pertimbangan untuk ke arah kebaikan. Pelaksanaan hukuman itu lebih
mengutamakan perasaan dan kepentingan pesalah. Kesalahan kecil biasanya akan diselesaikan
dengan saling bermaafan dan denda ringan untuk si pesalah.

Seterusnya, perkahwinan mengikut adat perpatih di Negeri Sembilan tidak digalakkan
untuk berkahwin sesame suku kerana dianggap keluarga besar dan bersaudara. Mereka
digalakkan untuk berkahwin di luar suku bagi mewujudkan persaudaraan antara suku. Lelaki
yang berkahwin akan tinggal di rumah isteri dan menjadi anggota keluarga suku isterinya. Di
gelar “Orang Semenda” atau orang mendatang, beliau akan bertanggungjawab dalam
mengerjakan tanah pusaka isteri, berkelakuan baik dan menjaga nama suku isteri. Beliau juga
berperanan mengendalikan urusan peminangan dalam keluarga. Jika berlaku perkahwinan
sesame suku, si wanita akan hilang hak mewarisi pusaka manakala si lelaki akan hilang hak

untuk menyandang jawatan dalam adat. Mereka perlu menjalankan adat memulih pusaka jika
ingin hak mereka dikembalikan.

Mereka juga mempunyai upacara untuk menerima orang dari suku lain menjadi ahli
suku yang dipanggil sebagai upacara Kedim. Si semenda akan bersumpah taat setia &
bersaudara dengan ahli suku yg akan disertai serta dibuat penghebahan. Pusaka serta semua
harta turun temurun akan diwarisi oleh wanita. Bertujuan untuk mengelakkan daripada wanita
menjadi terabai.

(b)

Sistem pemerintahan di Negeri Sembilan akan menggunakan sistem adat Perpatih.
Terdapat tiga kumpulan utama berkuasa untuk melantik penyandang pesaka adat atau
pemimpin bagi sesuatu perut, suku, atau luak. Penyandang pesaka adat ialah Ketua adat.
Penyandang di semua peringkat dipilih hasil permuafakatan atau demokrasi.

Penyandang Yamtuan Besar akan dipilih oleh Undang Yang Empat. Yamtuan besar
berperanan sebagai ketua negeri dan menjadi lambang kesatuan dan persekutuan. Undang pula
merupakan ketua Luak yang dilantik oleh Lembaga. Undang yang Empat terdiri daripada
penyatuan empat daerah iaitu Sungai Ujong, Jelebu, Johol dan Rembau. Lembaga adalah ketua
suku yang dilantik oleh Buapak yang berperanan untuk memilih Undang dan Penghulu. Mereka
akan menjaga keamanan dan keselamatan suku mereka. Mereka juga yang menyelesaikan
pertelingkahan antara suku serta mengurus pembahagian harta pusaka. Buapak merupakan
rujukan aspek berkaitan adat dan hukum. Mereka dilantik oleh Anak Buah dalam Perut.
Penyandang pesaka adat yang terakhir ialah Ibu Soko. Ibu Soko perlu mengetahui, memahami
dan menghafal adat serta asal-usul kelompok keluarga yang diwakilinya. Mereka juga yang
memilih Buapak dalam kelompoknya. Pelantikan pemimpin di semua peringkat tidak boleh
dijalankan tanpa Ibu Soko

(c)

Sistem demokrasi dapat melahirkan taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada
pemimpin yang dipilih. Seperti yang kita tahu rakyat juga terlibat dalam menentukan hala tuju
politik Negara. Oleh itu, Sistem demokrasi memberi ruang dan perluang kepada rakyat untuk
memilih pemimpin yang berkebolehan dan berkualiti.

Seterusnya, rakyat juga mempunyai hak bersuara, berpolitik dan berpersatuan.
Pemimpin yang terpilih akan berkhidmat dengan sebaik mungkin kepada rakyat. Hal ini dapat
membantu dalam perkembangan ekonomi Negara.

Antara kelebihan lain bagi sistem demokrasi ialah, kecekapan pentadbiran Negara yang
sistematik telah dibentuk dan segala permasalahan dapat diselesaikan melalui rundingan. Hal
ni dapat mengekalkan keamanan dan keharmonian negara. Dengan itu, perancangan
pembangunan kerajaan dapat mudah diatur. Disamping itu, kerjasama dalam masyarakat dapat
ditingkatkan. Keadaan ini dapat mengurangkan tekanan antarabangsa.

Akhir sekali, Sistem ini juga dapat memperkukuhkan perpaduan dan menjamin
kestabilan politik yang secara tidak langsung menarik pelaburan asing bagi membantu
perkembangan sistem industri Negara.

BAB 10: SARAWAK DAN SABAH

a) Huraikan kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh masyarakat sabah dan sarawak atau
sejauh manakah bentuk muka bumi dan lokasi petempatan penduduk sabah sarawak
mempengaruhi kegiatan ekonomi mereka

b) Alam sekitar penting untuk manusia meneruskan hidup. Namun ia semakin dalam
keadaan yang membimbangkan kerana aktiviti manusia. Cadangkan langkah pemeliharaan
dan pemuliharaan alam sekitar.

(a)

Kegiatan ekonomi di Sarawak dipengaruhi dipengaruhi kedudukan dan tempat tinggal.
Bagi masyarakat di pesisir pantai, mereka menjalankan kegiatan perdagangan, menangkap
ikan, membuat perahu dan perusahaan sagu. Kebanyakan kegiatan ini dijalankan oleh orang
Melayu, Kedayan dan Melanau yang biasanya duduk di pesisiran pantai Sarawak. Di lembah
sungai, masyarakat di Sarawak akan menanam padi, menanam buah dan sayur-sayuran. Ia
didominasi oleh orang Melayu, Iban, Bisaya, Melanau dan Bidayuh. Bagi masyarakat di
kawasan pedalaman seperti Kenyah, Iban, Penan, Kayan, Kelabit dan Penan, mereka bekerja
mengutip hasil hutan, memburu dan menanam padi.

Kegiatan ekonomi di Sabah pula serupa sahaja dengan kegiatan ekonomi di Sarawak.
Di pesisir pantai, mereka menangkap ikan, membina perahu, mengutip hasil hutan dan
berdagang. Kegiatan ini dijalankan oleh kaum Brunei, Bajau atau Sama, Iranun dan Suluk.
Menjalankan kegiatan pertanian seperti menanam buah dan sayuran didominasi oleh kaum
Kadazandusun, Rungus dan Orang sungai yang tinggal di lembah sungai. Masyarakat Murut
yang tinggal di kawasan pedalaman pula menjalankan kegiatan mengutip hasil hutan, menanam
padi dan mengutip sarang burung.

(b)

Penghutanan semula ialah kegiatan menanam semula hutan yang telah ditebang dengan
spesies pokok yang cepat tumbuh dan bermutu. Melalui cara ini kelembapan suhu dapat
dikekalkan dan seterusnya masalah peningkatan suhu alam sekitar dapat dielakkan terutamanya
di kawasan bandar-bandar besar seperti di kuala lumpur. Contohnya, pokok jenis pain, batai,
dan sesenduk telah ditanam di Bukit Tinggi, Pahang. Jabatan Perhutanan Malaysia perlu
memainkan peranan penting bagi melaksanakan langkah ini dengan cekap dan efisyen.Contoh
penghutanan semula yang telah dilaksanakan adalah seperti di Hutan Simpan Kemasul, Pahang
dan Hutan Simpan Paya Laut, Perak.

Masyarakat sekarang terutamanya petani digalakkan supaya menggunakan baja organik
atau baja asli daripada najis haiwan seperti najis lembu dan ayam serta sisa-sisa tanaman untuk
menggantikan penggunaan baja kimia yang selalu digunakan oleh petani moden pada zaman
sekarang. Kebanyakan petani moden yang menggunakan baja kimia secara kerap telah banyak

mendatangkan masalah kepada alam sekitar terutamanya kepada masalah pencemaran
air.petani yang menggunakan baja organik dapat menambahkan kesuburan tanah, baja organik
juga adalah lebih murah, tidak perlu diproses, dan tidak mencemarkan alam sekitar. Contohnya,
peladang lada hitam di Sarawak menggunakan guano, iaitu campuran najis burung dan kelawar
sebagai baja.

Peladang kelapa sawit di negara kita menggunakan kaedah biologi untuk mengawal
makhluk perosak. Kebanyakan peladang sekarang jarang menggunakan kaedah biologi ini
kerana kaedah ini dianggap sudah ketiggalan zaman. Kaedah biologi yang digunakan ini dapat
mengurangkan penggunaan racun serangga dan racun rumpai yang dapat menyebabkan
berlakunya pencemarkan alam sekitar.Contohnya, di ladang kelapa sawit, ular, burung hantu,
dan burung helang digunakan untuk menangkap tikus, burung, dan tupai yang merosakkan
buah kelapa sawit.

Kerajaan menggalakkan petani-petani tradisional yang mengamalkan pertanian pindah
supaya mengubah cara penanaman mereka kepada pertanian tetap. Kebanyakan petani di
kawasan pedalaman masih menjalankan pertanian jenis pindah. Masalah ini berlaku kerana
masyarakat pedalaman kurang mendapat pendedahan tentang pentingnya alam sekitar terhadap
kehidupan di sekelilingnya.petani sekarang terutamanya di kawasan pedalaman perlu
mengubah teknik pertanian mereka daripada pertanian secara berpindah-randah kepada
pertanian tetap. Langkah ini bertujuan untuk mengelakkan kemusnahan kawasan hutan yang
berharga dan mengurangkan hakisan tanah.

Kaedah perundangan didefinasikan sebagai akta perundangan yang telah digubal dan
dikuatkuasakan untuk melaksanakan tindakan terhadap pesalah alam sekitar antaranya Akta
Kualiti Alam Sekitar(1974). Akta ini digubal bertujuan untuk mengawal perkara-perkara yang
boleh membawa kepada berlakunya kemudahan alam sekitar.serentak dengan ini akta ini perlu
diperketatkan agar usaha memelihara dan memulihara kualiti alam sekitar terjamin. Oleh itu,
dapat dilihat bahawa peruntukan akta ini merangkumi hampir keseluruhan aspek dan masalah
pencemaran alam sekitar seperti masalah pencemaran air, pencemaran tanah, dan pencemaran
udara. Penilaian impak alam sekitar merupakan satu pendekatan yang menekankan aspek
pengurusan alam sekitar secara menyeluruh bagi mengekalkan keseimbangan antara
pembangunan dengan kualiti alam sekitar dibawah aspek pengekalan, pemeliharaan, dan
pemuliharaan alam sekitar. Pihak-pihak yang terlibat terutama badan-badan kerajaan yang
berkaitan alam sekitar perlu turun padang secara kerap bagi memastikan dasar ini (EIA)
berkesan.


Click to View FlipBook Version