DISEDIAKAN OLEH: NUR HAILA
BINTI CHE ABD RAHIM
KELAS: BM F
NO ANGKA GILIRAN:
2021232310147
NO KAD PENGENALAN:
011108030142
DISEDIAKAN UNTUK: DR. NOR
ANITA BINTI MAT ISA
KO
D KURSUS: (BMMB1104)
KESUSATERAAN DAN
KEBUDAYAAN MELAYU
ISI
KANDUNGAN
1 PANTUN
2 GURINDAM
3 SELOKA
4 SYAIR
PUISI
TRADISIONAL
APAKAH PUISI TRADISIONAL
Merupakan puisi lama yang lahir dalam
kalangan masyarakat Melayu sejak zaman
berzaman dan puisi ini juga mucul pada
zaman manusia belum mengenal bentuk
tulisan lagi.
CIRI-CIRI PUISI TRADISIONAL
Memperlihatkan penggunaan bahasa yang lebih baik, ekspresif,
kental, mengandungi nilai keindahan serta menimbulkan
rangsangan dan kesan kepada pengalaman dan perasaan.
Mempunyai bentuk tertentu, berkerat-kerat atau berurutan
dalam baris yang sejajar.
Ungkapan kata dan bahasa dipengaruhi unsur muzik, lagu,
itonasi, kadensa, rentak, irama dan keharmonian bunyi.
CONTOH-CONTOH PUISI TRADISIONAL
Pantun
Gurindam
Syair
Seloka
Nazam
Mantera
PANTUN
01 MAKSUD PANTUN
Pantun ialah sejenis puisi Melayu
lama yang paling polpular dan hak
milik orang Melayu.
02 BENTUK DAN CIRI
PANTUN
bentuk pantun Melayu adalah berangkap
dan terdiri daripada dua bahagian, iaitu
bahagian pembayang dan bahagian
maksud.
Bahagian pembayang biasanya diletakkan
di rangkap atas pantun dan tidak
membawa apa-apa maksud.
Sementara itu, rangkap bawah pantun pula
mengandungi maksud atau mesej yang
ingin disampaikan oleh pengarang.
03 JENIS PANTUN
Pantun Nasihat
Pantun Jenaka
Pantun Teka-Teki
Pantun Kasih Sayang
Pantun usik-mengusik
Pantun Agama
04 FUNGSI PANTUN
Pantun digunakan dalam aktiviti masyarakat
seperti dalam seni,keagamaan,dan adat istiadat.
Pantun juga, sebagai alat komunikasi untuk
menyampaikan isi hati dan hajat,seperti
sanjungan,pemujaan dan ucapan selamat kepada
seseorang dalam sesuatu upacara atau majlis
rasmi.
CONTOH PANTUN
MENGIKUT TEMA
02 PANTUN JENAKA 01 PANTUN NASIHAT
Baik-baik mengirai padi,
Takut mercik ke muka orang ,
Baik-baik menjaga diri,
Takut nanti diejek orang
Ada katil ada tilam,
Ada siang ada malam,
Dah banyak kali memberi salam,
Tak pernah pun dia jawab salam
03 PANTUN TEKA-TEKI
Kalau tuan pergi ke kedai,
Belikan saya buah keranji,
Kalau tuan bijak pandai
Apa binatang keris di kaki?
04 PANTUN KASIH-SAYANG
Burung helang tak suka
berkawan
Hinggap sebentar di
pohonan rimbun
Tak jumpa sehari rasa
sebulam
Apatah lagi bertahun-tahun
05 PANTUN USIK-
MENGUSIK
Kelip-kelip kusangka api,
Cahaya terbang tepi perigi;
Hilang ghaib kusangka mati,
Lama menghilang ke mana
pergi?
06 PANTUN AGAMA
Banyaklah rajut perkara rajut,
Rajut bertali bunga bercanggah,
Banyaklah sujud perkara sujud,
Sujud sejati kepada Allah.
GURINDAM
MAKSUD GURINDAM
Menurut Raja Ali Haji, gurindam ialah satu bentuk
puisi Melayu yang terdiri daripada dua baris yang
berpasangan bersajak atau berirama yang
memberikan idea yang lengkap atau sempurna pada
pasangannya.
BENTUK GURINDAM
sejenis puisi yang tidak terikat atau tiada tentu
bentuknya (sama ada terikat atau tidak).
Bentuk yang terikat biasanya terdiri daripada dua
baris serangkap, hampir sama dengan syair dua baris
atau nazam.
Bentuk yang tidak terikat tergolong sebagai puisi
bebas,sama ada berangkap atau tidak; jika
berangkap tidak tentu jumlah baris serangkap, jumlah
perkataan sebaris; dan mempunyai rima atau tidak.
GURINDAM
CIRI-CIRI GURINDAM
Tergolong sebagai puisi bebas.
Tidak terikat dengan rangkap
Jika beragkap, jumlah baris dalam
serangkap atau jumlah perkataan
sebaris adalah tidak tentu
FUNGSI GURINDAM
gurindam dapatlah dianggap sebagai puisi yang
digunakan untuk tujuan pendidikan dan hiburan.
gurindam juga berfungsi sebagai dokumentasi
gambaran masyarakat yang dapat
memancarkan kreativiti dan estetika serta
dayaintelektual masyarakat Melayu lama dalam
menangani hal kehidupan mereka.
CONTOH
GURINDAM
GURINDAM NASIHAT
1. Percuma jadi orang punya harta
Kalau tidak beramal pada sesama
2. Apabila orang banyak berkata
Itu tandanya dia berdusta
GURINDAM CINTA
1. Cinta itu haruslah tulus
Tidak boleh gara-gara fulus
2. Cinta laksana bintang kejora
Sinarnya pancaran kasih mesra
GURINDAM AGAMA
1. Manusia hidup di dunia
Harus berpegang kepada agama
2. Barang siapa tidak takut Tuhan
Hidupnya tidak akan bertahan
SYAIR
syair berasal daripada perkataan arab , syi'r. Dalam
kesusasteraan Arab, syi'r bererti puisi. syair muncul sejak zaman
pra-islam lagi .
ciri dan bentuk
Setiap rangkap syair terdiri daripada empat baris serangkap. Ini
bermakna tiap-tiap satu rangkap syair mengandungi jumlah baris
yang tetap.
Setiap baris mengandungi 4 hingga 5 patah perkataan sebaris
Suku kata syair sebaris ialah di antara lapan hingga sepuluh jumlah
suku kata.
Syair mempunyai skema rima akhir baris a-a-a-a
Dalam satu baris syair, terdapat suatu hentian (pause)
fungsi syair
Sebagai hiburan – sesuai dengan sifatnya
yang demikian maka syair sering dilagukan
dalam majlis-majlis tertentu seperti dalam
pesta dan keramaian, dipertandingkan
atau dalam upacara-upacara adat.
Alat menyampaikan pengajaran melalui
cerita dan lagu terutama dalam hal-hal
yang menyentuh aspek pengajaran agama
Islam
jenis syair
Syair roman
Syair sejarah
Syair agama
Syair nasihat
Syair puji-pujian
Syair teka-teki
Syair simbolik atau
perlambangan
contoh
syair
Syair ini membicarakan contoh syair
tentang nasihat seorang nasihat
ayah kepada anaknya.
Raja Haji Ali telah
memberi gambaran yang
jelas tentang mengenai
keadaan masyarakat yang
akan ditempuhi si anak.
SYAIR NASIHAT KEPADA ANAK
KARYA HAJI ALI
Syair ini juga berfungsi
sebagai pengajaran dan
nilai-nilai yang bekerja dan
berkembang dalam
masyarakat.
seloka
Seloka merujuk kepada puisi Melayu bebas yang tidak mempunyai
bentuk tertentu dari segi rangkap, jumlah baris, sama ada
mempunyai irama atau tidak. Secara amnya,, ia terdiri daripada
ungkapan sejajar yang melebihi daripada dua baris, mempunyai
kadensa yang sama seperti talibun dan prosa berirama.
ciri dan bentuk
Merupakan puisi bebas atau tidak terikat.
Tidak mempunyai pembayang.
Digubah sama ada mengikut bentuk pantun
,syair atau perumpamaan.
Rangkap :Bilangan baris dalam serangkap tidak
tetap
Perkataan :Jumlah perkataan dalam sebaris
juga tidak tetap.
Sukukata :Jumlah sukukata dalam sebaris juga
tidak tetap.
Rima :Rima akhirnya dalam serangkap juga
tidak tetap.
fungsi
Seloka dapat menggambarkan
masyarakat yang melahirkannya
iaitu masyarakat yang amat
mementingkan keharmonian dan
ketatasusilaan.
Bersesuaian dengan sifat halus
orang Melayu, puisi seloka
digunakan untuk mengkritik
sebarang perlakuan negatif
anggota masyarakat tanpa
menyinggung perasaan individu
sasaran.
Sebagai pengajaran ataupun panduan
bagi anggota masyarakat.
Seloka juga digunakan untuk menyindir,
mengejek, menempelak seseorang,
melahirkan rasa benci terhadap sesuatu
kelakuan manusia, memberi pengajaran
dan panduan kepada seseorang dan
sebagai alat kawalan sosial.
CONTOH
SELOKA
SELOKA PAK SELOKA PAK
KADUK PANDIR
Seloka Pak Kaduk bertemakan Tema seloka ini ialah
kebodohan iaitu sindiran terhadap manusia
ketidakmampuan untuk berfikir yang mengutamakan
secara rasional dalam orang lain atau melakukan
melakukan sesuatu perbuatan sesuatu yang akan
atau bertindak melakukan merugikan diri sendiri.
sesuatu tanpa berfikir terlebih
dahulu.
CONTOH SELOKA
SELOKA emak si
randang
Seloka ini mengisahkan
Emak Si Randang yang baik
hati. Dia rela memasakkan
makanan untuk membantu
orang dagang yang tidak
dikenalinya.
PENUTUP
Setiap bentu puisi selain menghibur puisi
merupakan karangan tradisional ini juga
berangkap dan secara mendidik dan
umumnya mempunyai
persamaan dari segi meyampaikan pengajaran
serta tatatusila kehidupan
keterikatannya.
kepada golongan
masyarakat
KESIMPULAN
Puisi-puisi tradisional kaya Nilai-nilai yang terdapat
dengan nilai estetika dan dalam puisi tradisonal
nilai pendidikan. boleh diterapkan kepada
semua pelajar dalam sistem
pendidikan Malaysia.
RUJUKAN
View of Puisi Melayu Tradisional. (2022).
Upsi.edu.my.
https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/J
PM/article/view/3227/2212
ABDUL, Z., & SALLEH, C. (2015).
ZURAKINTAN ABDUL RAZAK & CHE
IBRAHIM SALLEH 121.
INTERNATIONAL JOURNAL OF THE
MALAY WORLD AND CIVILISATION,
3(2), 121–129.
HTTPS://CORE.AC.UK/DOWNLOAD/PD
F/33344506.PDF
PENGKAEDAHAN, T., JOHARI, M., &
YAHAYA, B. (2015). PANTUN
PERIBAHASA MELAYU: ANALISIS
DARIPADA PERSPEKTIF.
HTTP://EPRINTS.USM.MY/30138/1/JOHA
RI_YAHYA.PDF