INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA
PERAK DARUL RIDZUAN
BMMB1104
PENTAKSIRAN BERTERUSAN – PENGHASILAN PRODUK
Nama : NUR AIN NATASHA BINTI MOHD
RADZI
No. K/P : 031202-03-0526
Angka Giliran : 2021242310134
Program : PPISMP
Ambilan : JUN 2021
Unit : X5
Nama Pensyarah : Encik Haji Abdul Rani
Bin Hassan
Tarikh Hantar : 14 Mac 2022
PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan Pelajar:ain Tarikh : 14/3/3022
PEMERIKSA MODERATOR
Markah Markah
Tandatangan Tandatangan
Cop Cop
Tarikh Tarikh
PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.
Tandatangan Pelajar:ain Tarikh :14/3/2022
1
TUGASAN 1 : Penghasilan produk (30%):
Karya-karya sastera memaparkan perutusan, amanat serta lontaran idea dan fikiran
pengarangnya. Hasil karya itu mencerminkan gagasan dan daya fikir pengarangnya
yang ingin dikongsi bersama pembaca. Sebuah karya itu terhasil daripada cetusan
gabungan daya rasa, kepekaan dan keprihatinannya terhadap apa yang diamati dan
dialami oleh masyarakat.
Berdasarkan kenyataan di atas, anda dikehendaki menghasilkan produk iaitu e-book
dengan menerangkan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu serta
memanifestasikan akal budi dalam sebuah pantun, sebuah syair, sebuah seloka dan
sebuah gurindam.
Anda dikehendaki menyiapkan e-book tersebut mengikut kreativiti masing-masing yang
merangkumi tajuk-tajuk berikut:
• takrif, jenis, bentuk dan ciri-ciri kesusasteraan Melayu.
• fungsi kesusasteraan Melayu dalam aspek hiburan, pendidikan, dakwah dan kritikan
sosial.
• manifestasi akal budi dalam sebuah pantun, syair, seloka dan gurindam.
2
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1.0 Pengenalan…………………………………………………….4
2.0 Takrif Kesusasteraan Melayu……………………………….4
3.0 Jenis Kesusasteraan Melayu
3.1 Prosa………………………………………………………..5
3.2 Puisi…………………………………………………………5
4.0 Bentuk Kesusasteraan Melayu
4.1 Naratif Lisan……………………………………………….6-7
4.2 Naratif Tulisan……………………………………………..7
4.3 Bukan Naratif………………………………………………8
5.0 Ciri-ciri Kesusasteraan Melayu…………………………….9
6.0 Fungsi-fungsi Kesusasteraan Melayu
6.1 Aspek Hiburan…………………………………………….10
6.2 Aspek Pendidikan…………………………………………11
6.3 Aspek Dakwah……………………………………………..11
6.4 Aspek Kritikan Sosial……………………………………..12
7.0 Manifestasi Akal Budi
7.1 Pantun………………………………………………………13-14
7.2 Syair…………………………………………………………15
7.3 Seloka……………………………………………………….16
7.4 Gurindam……………………………………………………17
8.0 Rumusan………………………………………………………….17
3
1.0 Pengenalan
Secara umumnya,kesusasteraan Melayu merupakan satu bentuk penulisan
yang digunakan oleh seseorang untuk menyampaikan buah fikiran mereka bagi tujuan
tertentu.Tambahan pula,kesusateraan Melayu ini merupakan lambang kepada identiti
Bahasa Melayu yang mana mempamerkan kekayaan Bahasa Melayu dari segi bentuk
kosa kata dan kegramatisan ayat.Dengan perkataan lain,kesusateraan Melayu
mempunyai auranya yang tersendiri dalam menarik minat pembaca atau pendengar.
2.0 Takrif Kesusateraan Melayu
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005),sastera atau persuratan
bermaksud hasil seni yang disampaikan melalui bahasa.Selain itu,sastera juga
merupakan segala ungkapan yang indah sama ada dalam bentuk lisan atau
penulisan.Manakala Melayu pula merujuk kepada nama suatu bangsa atau bahasa
yang terdapat di Malaysia.Oleh itu,dapat disimpulkan bahawa kesusasteraan Melayu
merupakan hasil karya masyarakat Melayu yang mempamerkan keindahan bahasa
mereka sendiri.Menurut Azman Ahmad et al., (2022),yang merujuk kepada Siti Hajar
Abdul Aziz (2011),perkataan kesusasteraan sebenarnya berasal daripada Bahasa
Sanskrit yang membawa makna huruf atau buku yang indah.Pendapat tersebut selaras
dngan maksud kesusasteraan Melayu yang dijelaskan dalam Kamus Dewan Edisi
Keempat. .Menurut Muhd Norizam Jamian & Shaiful Bahri (2015),masyarakat Melayu
pada zaman dahulu memanfaatkan karya sastera sebagai platform untuk
menyampaikan sesuatu maklumat.Dalam konteks ini,sejarah perkembangan
kesusateraan Melayu tidak hanya terhenti setakat zaman tradisional malah ianya
semakin berkembang sehingga kini.Tambahan pula,Malaysia mempunyai sasterawan
yang terkenal seperti A.Samad Said,Usman Awang dan ramai lagi.Di samping itu,aspek
kesusasteraan Melayu ini juga turut diajar di sekolah menengah di bawah aspek
komsas.
4
3.0 Jenis Kesusasteraan Melayu
3.1 Prosa
Secara umumnya,kesusasteraan Melayu terbahagi kepada dua jenis.Salah
satu daripadanya ialah prosa.Dalam konteks ini,prosa terbahagi kepada dua jenis iaitu
prosa tradisional dan prosa moden.Prosa tradisional merupakan hasil karya pada
zaman dahulu yang mana diungkapkan menggunakan ayat-ayat lazim dan tatabahasa
yang asas.Pada dasarnya,prosa tradisional ini terbahagi kepada dua iaitu sastera
rakyat atau juga dikenali sebagai sastera lisan.Hal ini demikian kerana sastera jenis
rakyat ini disampaikan dari mulut ke mulut.Aspek sastera yang kedua dalam prosa
tradisional ialah sastera istana atau lebih dikenali sebagai sastera tulisan kerana ianya
disampaikan dalam bentuk penulisan.Tambahan pula,prosa juga lazimnya ditulis dalam
bentuk karangan dan mempunyai perenggan.Menurut Norazimah Zakaria (2014),prosa
tradisional mempamerkan ciri-ciri sastera yang sama seperti tema,plot dan juga watak
perwatakan.Penghasilan sastera yang menerapkan ketiga-tiga aspek ini dikatakan baik
kerana mematuhi konvensi masyarakat.
Menurut Azman Rahmat et al., (2022) yang merujuk kepada Annas Hj Ahmad
(1988:152),hasil karya yang dicipta selepas tahun 1800 Masihi dikenali sebagai sastera
moden.Berbeza dengan prosa tradisional,prosa moden lebih bersifat bebas.Hal ini
demikian kerana pengarang boleh merangka apa-apa sahaja yang mereka ingin
zahirkan berdasarkan pemikiran mereka tanpa pelu terikat dengan mana-mana tema
atau jalan cerita.Selain itu,pengarang juga boleh membangkitkan isu-isu semasa yang
berlaku di sekeliling sebagai satu mesej atau kesedaran yang perlu pembaca tahu.Di
samping itu,prosa moden ini juga mempamerkan aspek kekreatifan pemikiran
pengarang yang mana karya yang dihasilkan itu mempunyai perkembangan plot yang
tersendiri.Dalam hal ini,perkembangan plot yang menarik akan menyerlahkan satu
daya tarikan kepada pembaca atau pendengar untuk mengetahui klimaks sesebuah
cerita yang disampaikan.Antara contoh prosa moden ini ialah cerpen,novel dan juga
drama.
3.2 Puisi
Jenis kesusasteraan Melayu yang kedua ialah puisi.Secara umumnya,puisi
terbahagi kepada dua iaitu puisi tradisional dan puisi moden.Dalam konteks ini,puisi
tradisional lebih terikat berbanding dengan puisi moden.Antara contoh puisi tradisional
ialah pantun, gurindam, syair, seloka,peribahasa dan juga nazam.Seterusnya,aspek
puisi moden pula hanya terbahagi kepada sajak.
5
4.0 Bentuk Kesusasteraan Melayu
4.1 Naratif Lisan
Secara umumnya,sastera rakyat ataupun sastera lisan sebenarnya tergolong
di bawah prosa tradisional.Sastera rakyat merupakan sebuah karya yang dihasilkan
berkisarkan kehidupan rakyat pada zaman dahulu dan penulis serta asal-usul sesuatu
kisah itu tidak dapat dikenal pasti secara tepat dan jelas.Hal ini demikian kerana
kisah-kisah tersebut hanya disampaikan melalui lisan dari sebuah generasi ke generasi
yang lain.Lazimnya,kisah-kisah yang diceritakan itu lebih menekankan aspek
pengajaran.
Dalam konteks ini,sastera terbahagi kepada dua bentuk iaitu sastera naratif
dan juga sastera bukan naratif.Salah satu contoh sastera naratif ialah mitos.Dalam hal
ini,mitos merujuk kepada kisah yang dikatakan betul-betul berlaku oleh si pencerita dan
masyarakat yang hidup dalam sesuatu zaman tersebut.Kisah mitos ini boleh dikaitkan
dengan unsur alam,haiwan dan juga manusia.Lazimnya,watak utama dalam cerita
mitos ini merupakan makhluk halus atau dewa.Sebenarya,cerita mitos ini boleh
dikategorikan sebagai suatu kisah yang agak aneh sehingga kewujudannya
mendatangkan kesan kepada masyarakat.Contohnya kisah Misteri Tasik Cini.Hal ini
demikian kerana sehingga sekarang masyarakat masih takut dengan tasik tersebut
kerana dipercayai terdapat sebuah naga besar yang menjadi penunggu tasik
tersebut.Tambahan pula,ada yang mengatakan bahawa sebenarnya terdapat sebuah
penempatan di bawah dasar tasik tersebut.
Seterusnya ialah lagenda yang mana turut merupakan sastera naratif.Sama
seperti mitos lagenda dikatakan sebuah kisah yang dianggap betul-betul terjadi tetapi
bukanlah suatu kisah yang suci.Kisah lagenda ini sebenarnya banyak menekankan
tentang sikap ketokohan dan kepahlawanan seseorang pada zaman dahulu.Contohnya
ialah Lagenda Mahsuri yang mana kisah tersebut amat terkenal dengan sikap Mahsuri
yang bermati-matian mempertahankan maruah dirinya.Dalam konteks ini,lagenda juga
boleh dianggap sebagai sebuah kisah yang mempunyai nilai sejarah.Hal ini demikian
kerana lagenda ini banyak berkait dengan nama atau kewujudan sesuatu tempat.Hal ini
dapat dilihat dengan jelas berdarkan Lagenda Mahsuri yang mana tempat berlakunya
adalah di Langkawi dan tempat tersebut benar-benar wujud.
6
Selain itu,cerita rakyat juga turut tergolong dalam sastera lisan yang
berbentuk naratif.Dalam konteks ini,cerita rakyat merupakan sebuah kisah yang direka
dan dianggap tidak betul-betul berlaku.Hal ini demikian kerana sesebuah cerita itu
disampaikan hanya untuk memberikan pengajaran atau hiburan kepada mereka yang
mendengar atau membaca kisah tersebut.Cerita rakyat ini sebenarnya terbahagi
kepada beberapa jenis.Salah satu daripadanya ialah cerita binatang.Contohnya,cerita
Sang Arnab dan Sang Kura-kura.Kisah tersebut memaparkan aspek pengajaran atau
nilai murni yang mana seseorang itu tidak boleh sama sekali bersikap sombong dan
memandang rendah terhadap kebolehan orang lain.
Contoh cerita rakyat yang seterusnya ialah cerita penglipur lara.Dalam aspek
ini,sesebuah cerita itu kebiasaannya akan disampaikan oleh seorang tukang cerita atau
lebih dikenali sebagai Tok Selampit.Kebanyakan cerita penglipur lara berkisarkan
tentang kisah percintaan,peperangan dan pengembaraan.Selain itu watak utama dan
latar tempat sessebuah cerita itu juga banyak berunsurkan istana.
Selain itu,cerita jenaka dan cerita teladan juga merupakan cerita
rakyat.Dalam konteks ini,cerita jenaka lebih bersifat santai dan lawak.Contohnya cerita
Si Luncai manakala cerita teladan pula lebih menerapkan aspek nilai-nilai
murni.Contohnya cerita Bawang Putih dan Bawang Merah.
4.2 Naratif Tulisan
Sastera naratif bermaksud sebuah kisah yang mempunyai binaan plot atau
kronologi.Sastera naratif tulisan terbahagi kepada dua aspek iaitu aspek pra Islam dan
aspek Islam.Antara contoh sastera naratif pra Islam ialah Hikayat Ramayana,cerita
Panji dan juga Epik Mahabrata.Manakala sastera naratif Islam pula terdiri daripada
sastera epik.Contohnya Hikayat Hang Tuah yang mana berkisarkan tentang aspek
kepahlawanan.Seterusnya ialah hikayat berbingkai.Sebenarnya,hikayat berbingkai ini
merupakan kisah-kisah yang berasal daripada sastera Hindu dan kemudiannya diserap
masuk ke dalam sastera Arab dan akhir sekali ianya juga turut disampaikan dalam
kalangan masyarakat Melayu menggunakan Bahasa Melayu.Contoh hikayat berbingkai
yang popular ialah Hikayat Seribu Satu Malam.
Di samping itu,sastera sejarah juga merupakan sastera naratif
tulisan.Sastera sejarah ini banyak menekankan kronologi atau peristiwa yang
mempunyai nilai-nilai sejarah.Contohnya Hikayat Raja-raja Pasai yang mana
mengisahkan tentang salasilah pentadbiran Raja-raja Pasai serta kronologi penyebaran
agama Islam di wilayah tersebut.
7
4.3 Bukan Naratif
Sastera bukan naratif bermaksud karya yang tidak mempunyai kronologi atau
binaan plot.Sastera bukan naratif ini terbahagi kepada tiga elemen.Antaranya ialah
sastera undang-undang.Sastera jenis ini banyak memaparkan tentang pentadbiran
atau peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dalam sesebuah
pemerintahan.Contohnya,Hukum Kanun Laut Melaka yang mana menegaskan tentang
undang-undang laut yang perlu dipatuhi semasa berada di Selat Melaka
tersebut.Elemen yang kedua dalam sastera bukan naratif ialah sastera kitab.Dalam
konteks ini,sastera kitab banyak membicarakan tentang peraturan-peraturan agama
Islam.Contohnya perkara yang berkaitan dengan Rukun Iman dan Rukun Islam.
Akhir sekali ialah sastera ketatanegaraan.Sastera ketatanegaran ini banyak
menekankan aspek pentabiran yang dilaksanakan oleh raja-raja pada zaman
dahulu.Contoh kitab yang terkenal ialah Kitab Sulatus Salatin.
8
5.0 Ciri-ciri Kesusasteraan Melayu
Terdapat beberapa elemen yang merupakan ciri-ciri kesusasteraan
Melayu.Antaranya ialah keindahan bahasa yang digunakan termasuklah dari segi
lenggok dan gaya bahasa yang digunakan.Penggunaan gaya bahasa ini selalunya
bergantung kepada unsur atau tema sesebuah karya sastera yang
dihasilkan.Tambahan pula,keindahan bahasa itu akan jelas terpapar apabila adanya
keutuhan dan keseimbangan gaya bahasa serta keselarasan bahasa yang digunakan
yang mana ianya tidak boleh terkeluar daripada tema atau konteks sesebuah karya
yang ingin dihasilkan itu.
Selain itu,karya-karya sastera yang dihasilkan akan menjadi lebih mantap
apabila realiti-realiti kehidupan yang sebenar diserap masuk ke dalam sesebuah karya
itu.Hal ini demikian kerana aspek tersebut akan mempamerkan pengarang betul-betul
menjiwai atau mendalami setiap idea atau buah fikiran yang dizahirkan dalam karya
tersebut.Tambahan pula,sekiranya pengarang itu sendiri yang pernah melalui dan
merasainya.
Di samping itu,pengalaman seni juga turut merupakan salah satu daripada
ciri-ciri kesusasteraan.Dalam konteks ini,pengarang hendaklah menghasilkan sebuah
karya yang mampu difahami dan dihayati dengan baik oleh peminat sastera.Hal ini
amat penting supaya para pembaca menyedari bahawa karya yang dihasilkan itu
mempunyai nilai atau ada mesej penting yang ingin disampaikan berdasarkan
kekreatifan pemikiran pengarang tentang bagaimana sessuatu idea itu boleh dizahirkan
sehingga mampu memberi kesan yang mendalam kepada pembaca.
Akhir sekali,sesebuah karya sastera itu juga boleh dianggap sebagai karya
seni apabila adanya sifat fiksyen yang mana sesebuah karya yang dihasilkan itu
sebenarnya dibuat berdasarkan imaginasi atau kekreatifan pemikiran pengarang dan
pada masa yang sama turut mengambil kira pengalaman-pengalaman yang pernah
dilalui.Selain itu,nilai estetik juga perlu dikuasai oleh pengarang bagi membolehkan
mereka menzahirkan buah fikiran atau idea mereka secara terang dan mendalam.
9
6.0 Fungsi Kesusasteraan Melayu
6.1 Aspek Hiburan
Secara amnya,karya-karya sastera yang dihasilkan mempunyai tujuannya
yang tersendiri.Antaranya adalah untuk menghiburkan hati pendengar pembaca yang
meminati sastera itu sendiri.Aspek hiburan ini lazimnya boleh dilihat dengan jelas dalam
pantun dan juga cerita jenaka khususnya.Hal ini demikian kerana cara berpantun boleh
dilakukan secara berlagu mengikut irama dan rentak tertentu.Contohya,pantun itu
sendiri boleh diselitkan di dalam lirik-lirik lagu ataupun boleh dijadikan sebagai pantun
teka teki yang mana akan menimbulkan rasa seronok dalam kalangan masyarakat.
Dari aspek cerita jenaka pula,kita boleh lihat dengan jelas tentang sikap atau
kelucuan watak-watak yang terdapat di dalam sesebuah cerita jenaka
tersebut.Contohnya,cerita jenaka Si Lebai Yang Malang.Hal ini jelas terbukti apabila
ada satu plot yang mana memperlihatkan kebodohan dan kelucuan Si Lebai yang mana
dia sebenarnya berasa marah terhadap seekor anjing yang telah melarikan bungkusan
lempeng yang digantung olehnya pada dahan pokok kabung ketika dia hendak
mengambil air nira yang ditinggalkan di atas pokok kabung.Oleh kerana dia tidak dapat
menahan amarah dan geram,dia telah melemparkan air nira tadi ke atas anjing
tersebut.Amarahnya tidak terhenti di situ kerana dia telah mengejar anjing tersebut
sehingga dia mendapati anjing itu sedang bersembunyi di sebalik lubang kayu.Lalu,dia
terfikir untuk menyumbat lubang itu dengan pakaiannya bagi menghalang anjing
tersebut daripada keluar tetapi malngnya anjing tersebut berjaya melarikan diri melalui
lubang yang lain.
Akhirnya,Si Lebai berasa lelah dan ingin pulang ke rumah.Lalu,dia pergi ke
lubang kayu tadi untuk mendapatkan bajunya tetapi ianya tiada.Jadi,terpaksalah dia
pulang dalam keadaan yang tidak berpakaian.Pada masa yang sama,dia juga turut
berasa haus sebenarnya dan tiba-tiba dia teringat akan air niranya tetapi air niranya
juga telah habis dilempar.Berdasarkan jalan cerita tersebut,Si Lebai ini boleh dianggap
sebagai seorang yang tidak berfikir panjang semasa melakukan sesuatu perkara
sehingga mampu merugikan dan memalukan dirinya sendiri dek perlakuannya yang
bodoh itu.Selain menggelikan hati,kisah Si Lebai Yang Malang ini juga turut
mempamerkan nilai pengajaran iaitu kita sebenarnnya tidak boleh bersikap tamak.Hal
ini demikian kerana orang yang tamak selalunya rugi.
10
6.2 Aspek Pendidikan
Selain itu,karya-karya sastera Melayu juga banyak mendatangkan manfaat
dalam bidang pendidikan.Sebagai contoh,subjek Komsas atau lebih dikenali sebagai
komponen sastera merupakan subjek yang wajib dipelajari oleh pelajar di sekolah
menengah.Lazimnya,subjek komsas ini mengandungi novel dan juga antalogi.Dalam
konteks ini,novel yang dibekalkan itu terdiri daripada pelbagai genre manakala dalam
setiap antologi pula akan disertakan dengan prosa dan juga puisi seperti
pantun,sajak,drama,gurindam,syair,cerpen dan sebagainya.
Seperti mana yang kita ketahui bahawa setiap karya satera yang dipelajari itu
sudah pasti mempunyai tujuan atau mesejnya yang tersendiri yang mana akan
membuka mata para pembaca untuk menyedari tentang nilai-nilai murni atau nilai-nilai
kemanusiaan yang wajib mereka amalkan dalam kehidupan seharian demi membentuk
sebuah tamadun bangsa yang seimbang dari segi pendidikan dan juga aspek
insaniah.Hal ini demikian kerana mereka bukan sahaja diterapkan dengan nilai-nilai
murni tetapi pada masa yang sama mereka dapat mendalami ilmu Bahasa Melayu atau
keindahan Bahasa Melayu itu sendiri dengan lebih mendalam sehingga ada di antara
mereka yang berminat untuk menghasilkan cerpen yang berdasarkan imaginasi dan
idea mereka sendiri.Secara tidak langsung,ianya dapat melahirkan sebuah masyarakat
yang mahir berkarya.
6.3 Aspek Dakwah
Di samping itu,kesusasteraan Melayu juga berfungsi sebagai alat
penyampaian dakwah kepada masyarakat Melayu itu sendiri.Karya sastera yang
berunsurkan Islam atau dakwah dakwah ini dapat dikenal pasti melalui penerapan
nilai-nilai agama atau peraturan yang berkaitan dengan kehidupan masyarakat
Islam.Menurut Ahmad Nabil Amir (2019), yang merujuk kepada Siddiq Fazil
(2012),peranan utama sastera Islam adalah menerapkan nilai tauhid dan mendorong
kepada perubahan selaras dengan fugsi sastera itu sendiri yang banyak memberi
kesan terhadap perubahan sosial dan budaya.Tambahan pula,sastera Islam yang
dihasilkan memmpunyai pelbagai mesej dakwah yang mampu mengubah hidup
seseorang ke arah yang lebih baik.Contoh sastera Islam yang popular ialah Hikayat
Nabi Muhammad S.A.W yang mana banyak menceritakan kisah Rasulullah S.A.W
termasuklah ketika berdakwah untuk menyebarkan agama Islam.
11
6.4 Aspek Kritikan Sosial
Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa karya-karya sastera yang
dihasilkan banyak berkisarkan kehidupan masyarakat sekeliling dalam sesebuah
zaman.Kisah-kisah realiti yang diserap masuk ke dalam sesebuah karya itu sebenarnya
bertujuan untuk memberikan satu kesedaran atau sindiran kepada mereka yang
berkaitan terutamanya apabila mereka melakukan sesuatu perkara yang dianggap tidak
wajar.Hal ini jelas terbukti melalui krtikan yang dilakukan oleh Munsyi Abdullah dalam
Kisah Pelayaran Abdullah yang mana sasterawan tersebut telah mengkritik sikap
masyarakat Melayu yang pemalas kerana kebanyakan para suami menghabiskan
masa dengan bersabung ayam dan membiarkan si isteri bekerja mencari nafkah
sedangkan tanggungjawab tersebut merupakan amanah yang perlu digalas oleh si
suami.
Pada masa yang sama,beliau turut melakukan teguran sinis terhadap sultan
di Kelantan yang mana mewajibkan rakyatnya untuk taat kepadanya sepanjang masa
sehingga golongan rakyat ini tidak mempunyai ruang dan peluang untuk mencari rezeki
bagi menyara keluarga.Secara tidak langsung kritikan atau teguran secara halus ini
telah membuka mata masyarakat Melayu pada ketika itu untuk berubah ke arah yang
lebih baik.Tambahan pula,terdapat teguran yang dilakukan itu adalah jelas dan spesifik
serta benar-benar terjadi semasa zaman beliau.
12
7.0 Manifestasi Akal Budi
7.1 Pantun
Pantun Bahasa Jiwa Bangsa
Ikat jerami muat ke kandar,
Selepas makan mandi di telaga,
Ucap difahami wasangka terhindar,
Bahasa kebangsaan penyatu warga.
Berdasarkan rangkap pertama pantun di atas,baris pertama membawa
maksud jerami yang telah diikat diletakkan di atas bahu untuk dibawa ke sesuatu
destinasi.Apabila berasa letih,pengarang berhenti untuk berehat dan kemudiannya dia
mandi untuk membersihkan diri akibat badan yang melekit-lekit kerana sibuk membawa
jerami tersebut ke sana ke sini.Maka baris yang ketiga pula membawa maksud kita
hendaklah mendengar dan cuba memahami terlebih dahulu apa yang diperkatakan
oleh orang lain untuk mengelakkan timbulnya salah faham yang akan mengundang
masalah sesama kita.
Tambahan pula,berdasarkan baris keempat,pengarang mengatakan bahawa
bahasa kebangsaan atau Bahasa Melayu itu merupakan alat perpaduan masyarakat di
negara Malaysia.Hal ini demikian kerana sekiranya seseorang itu ingin menyuarakan
pendapat,mereka perlu menggunakan Bahasa Melayu semasa bertutur supaya
masyarakat daripada semua bangsa yang ada di Malaysia dapat memahami dengan
jelas apa yang diperkatakan.Tambahan pula,sudah menjadi kewajipan ke atas setiap
rakyat Malaysia untuk tahu berbahasa Melayu.
Batang halban dibawa ke huma,
Hendak dirikan sebuah taman;
Bahasa kebangsaan milik bersama,
Kita ungkapkan sepanjang zaman.
Berdasarkan rangkap kedua,pengarang menggunakan batang halban kerana
kayu batang tersebut tebal dan kuat maka ianya sesuai digunakan untuk membina
pondok yang berkonsepkan sebuah taman.Baris yang ketiga pula membawa maksud
Bahasa Melayu adalah milik setiap mereka yang merupakan warganegara
Malaysia.Seterusnya,baris keempat membawa maksud selagi bergelar sebagai rakyat
Malaysia,kita hendaklah menggunakan Bahasa Melayu tersebut seumur hidup
kita.Oleh itu,berdasarkan rangkap ini,pengarang menyeru supaya penggunaan Bahasa
Melayu itu dikekalkan sehingga generasi-generasi yang seterusnya.
13
Terbang tempua ke semak berduri,
Singgah sekali di pohon rumbia;
Bahasa kita lambang jati diri,
Tidak rugi berbahasa Malaysia.
Berdasarkan rangkap ketiga pantun di aats,pengarang menggunakan burung
tempua kerana burung tersebut selalu datang ke kawasan semak yang berduri utuk
mencari makanan dan burung tersebut akan singgah di sarangnya yang terletak di atas
pokok rumbia untuk memberi makan kepada anak-anaknya.Dalam konteks ini,rangkap
ini membawa maksud Bahasa Melayu itu merupakan lambang masyarakat Melayu.Hal
ini demikian kerana sesuatu bangsa itu dapat dikenali berdasarkan bahasa yang
dituturkan.Selain itu,kita tidak akan pernah rugi sekiranya sentiasa memartabatkan
Bahasa Melayu dalam kehidupan seharian kerana ianya akan memperlihatkan diri kita
sebagai seorang yang menghargai dan mahir berbahasa ibunda.
Berbanjar cemara di tanah rata,
Tempat teduhan sekumpulan murai;
Segar dan mesra bahasa kita,
Anugerah warisan usah terburai.
Berdasarkan rangkap terakhir pantun di atas,pohon cemara sememangnya
tumbuh di tanah yang rata dan ianya selalu menjadi tempat untuk burung murai
berteduh kerana ianya mempunyai dahan yang bercabang dan terbuka luas serta trut
mempunyai daun yang banyak.Berasarkan baris yang ketiga dan keempat,rangkap ini
membawa maksud Bahasa Melayu merupakan bahasa yang mesra kerana
kebanyakan masyarakat di Malaysia tahu berbahasa Melayu dan ianya tidak akan
pernah pudar dan hilang.Hal ini demikian kerana Bahasa Melayu sentiasa dibawa dari
sebuah generasi ke generasi yang seterusnya.Oleh itu,jelaslah bahawa Bahasa Melayu
ini tidak dapat dipisahkan daripada masyarakat di Malaysia.
14
7.2 Syair
Syair Alam Sekitar
Bumi yang indah ciptaan Tuhan,
Dipenuhi dengan pelbagai kehidupan,
Selain manusia terdapat haiwan,
Di samping juga tumbuh-tumbuhan.
Rangkap pertama syair di atas membawa maksud Allah S.W.T yang
mencipta dan mencampakkan keindahan di Bumi ini.Dengan perkataan lain,Allah
S.W.T menyediakan keseimbangan ekosistem yang pelbagai seperti
manusia,haiwan,tumbuh-tumbuhan dan sebagainya.Hal ini dapat dilihat dengan jelas
kerana manusia,haiwan dan tumbuh-tumbuhan sebenarnya saling bergantung antara
satu sama lain.Hal ini demikian kerana haiwan dan manusia mendaoat bekalan oksigen
daripada tumbuh-tumbuhan.Di samping itu,manusia dan haiwan juga mendapatkan
sumber makanan daripada tumbuh-tumbuhan.Selain itu,manusia juga turut bergantung
kepada haiwan kerana ada sesetengah haiwan yang menjadi sumber makanan
manusia.Contohnya,lembu dan kambing.
Alam ini kurniaan Ilahi,
Kurnia yang harus kita hargai,
Hendaklah dijaga dan disayangi,
Kerosakan tiada bumi harmoni.
Rangkap kedua syair tersebut membawa maksud Bumi ini merupakan
sebuah anugerah daripada Allah S.W.T untuk dimanfaatkan oleh manusia yang
bertindak sebagai khalifah di muka bumi ini.Maka tanggungjawab setiap manusia
adalah memakmurkan dan memanfaatkan kepelbagaian khazanah yang wujud di Bumi
ini dengan penuh amanah dan sebaik mungkin supaya kesejahteraan masyarakat dan
persekitaran sentiasa terjaga.Dengan perkataan lain,sebagai seorang manusia yang
bertanggungjawab,kita tidak boleh terlalu tamak dalam menguruskan nikmat kurniaan
Allah S.W.T kerana ianya akan mendatangkan malapetaka.Hal ini jelas terbukti apabila
berlakunya pembalakan secara berleluasa maka tidak lama selepas itu akan terjadinya
insiden-insiden seperti tanah runtuh dan banjir besar yang mana banyak mendatangkan
kerosakan harta benda dan yang paling tragis ialah sehingga mampu meragut nyawa
mereka yang tidak bersalah.
Oleh itu,berdasarkan rangkap kedua ini,pengarang dengan jelas menyeru
kita semua supaya memelihara dan memulihara nikmat kurniaan Allah S.W.T seperti
pokok-pokok supaya persekitaran kehidupan kita sentiasa aman dan damai kerana
tiada bencana yang berlaku.
15
7.3 Seloka
Seloka Berbuat Istana di Zaman Dahulu
Baginda menitahkan orang besar empat,
Membuat istana puri berkota;
Lalu dipanggil Pawang Raja.
Pawang mengerah orang bekerja,
Empat puluh empat tukang dan utas,
Siang malam tidak berhenti.
Berdasarkan rangkap pertama Seloka Berbuat Istana di Zaman Dahulu di
atas,terdapat seorang raja yang ingin membina sebuah istana yang sangat indah dan
pada masa yang sama istana tersebut perlu dikelilingi oleh parit dan tembok yang
besar.Hal ini bertujuan untuk menunjukkan kehebatan seni bina istana tersebut.Lalu
baginda mengarahkan empat orang pembesar untuk membinanya.Jadi,keempat-empat
pembesar tersebut telah menjemput Pawang Raja untuk menguruskan proses
pembinaan istana tersebut.Tanpa membuang masa,Pawang Raja itu telah
menggunakan khidmat tenaga buruh atau tukang rumah untuk menyiapakan istana
yang diidamkan oleh raja tadi.Seramai empat puluh empat orang pekerja telah
berhempas pulas sepanjang siang dan malam demi memenuhi perintah raja.
Oleh itu,berdasarkan rangkap pertama syair di atas,dapat disimpulkan
bahawa pembesar-pembesar istana dan tenaga buruh tersebut betul-betul taat dan
setia akan perintah raja.Hal ini jelas terbukti apabila sebaik sahaja raja menyuarakan
keinginannya,maka pembesar-pembesar tadi terus mencari orang yang mampu
membina sebuah istana yang diimpikan oleh raja itu tadi.Selain itu,tenaga-tenafga
buruh yang bertanggungjawab membina istana itu juga sanggup bekerja siang dan
malam tanpa henti demi memenuhi hasrat raja.Di sampng itu,raja tersebut juga
merupakan seorang yang penyayang kerana baginda tahu sekiranya istana yang dibina
dikelilingi oleh tembok yang besar dan tinggi maka baginda dapat melindungi diri dan
penghuni istana terutamanya permaisuri daripada sebarang ancaman musuh.
16
7.4 Gurindam
Gurindam Petua Hidup
Kurang fikir,kurang siasat,
Tentu dirimu kelak tersesat.
Berdasarkan rangkap pertama gurindam di atas,kita hendaklah berfikir
dahulu sebelum berkata-kata.Hal ini demikian kerana sesuatu perkara yang ingin
dibicarakan atau dibahaskan itu perlulah dipastikan kesahihannya terlebih
dahulu.Hal ini amat penting supaya kita tidak membicarakan perkara yang
sia-sia.Tambahan pula,akibat daripada berbicara tentang sesuatu perkara yang
belum pasti,sudah pasti akan menimbulkan huru-hara dan menjadikan diri kita tidak
berada di pihak atau jalan yang betul.
Fikir dahulu sebelum berkata,
Supaya terelak silang sengketa.
Rangkap kedua gurindam di atas jelas menerangkan bahawa kita
mestilah berfikir sebelum mengeluarkan sesuatu kata supaya tiada hati atau
perasaan yang akan tersinggung.Hal ini juga amat penting dalam mengelakkan
sesuatu perbalahan seperi pertikaman lidah daripada terjadi.
8.0 Rumusan
Sebagai kesimpulannya,kesusasteraan Melayu perlu dihargai,dikekalkan
dan dikembangkan dari sebuah generasi ke generasi yang seterusnya.Tambahan
pula, karya-karya yang dihasilkan itu sebenarnya amat bernilai kerana keindahan
Bahasa Melayu dari segi aspek penggunaan kata-kata yang gramatis dan
ayat-ayat yang puitis itu banyak diaplikasikan semasa menghasilkan sesebuah
karya sastera itu.Di samping itu,karya-karya yang dihasilkan juga mempunyai
banyak mesej-mesej pentingyang boleh dijadikan teladan dan peringatan kepada
semua masyarakat demi membentuk sebuah komuniti yang harmoni.
17
Sumber Rujukan
Amir, A. N. (2019).
Falsafah Pemikiran Sastera Islam. Jurnal Kajian Ilmu-ilmu Keislaman, 5(1), 165-180.
Jamian, M. N., & Radzi, S. B. M. (2015).
Kesusasteraan Melayu tradisional sebagai wadah komunikasi massa: Suatu
analisis. Jurnal Komunikasi: Malaysia Journal of Communication, 31(2), 183-194.
Kamus Dewan Edisi Keempat (4th ed.). (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rahmat, A., Zainuddin, M. N., Bakar, S. A., Hassan, A. R., & Awang, H. (2022).
PENGENALAN KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU (1st ed.). Pustaka
Al-Ehsan.
Zakaria, N. (2014).
KONSEP KEPENGARANGAN MELAYU TRADISIONAL DAN PERANAN
PENCERITAAN. Jurnal Pengajian Melayu/Journal of Malay Studies (JOMAS), 25(1),
159-179.
18