The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PROGRAM KARNIVAL KRS TKRS PERINGKAT KEBANGSAAN 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norhidatulerma, 2023-12-11 22:18:16

BUKU PROGRAM KARNIVAL KRS TKRS PERINGKAT KEBANGSAAN 2023

BUKU PROGRAM KARNIVAL KRS TKRS PERINGKAT KEBANGSAAN 2023

Bismillahirahmanirrahim, Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Allah swt kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya kita dapat bersama-sama dalam Karnival Kadet Remaja Sekolah dan Tunas Kadet Remaja Sekolah Peringkat Kebangsaan Tahun 2023. Sekalung tahniah dan syabas saya ucapkan kepada pihak Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum), Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Perak atas komitmen serta kerjasama yang baik dalam pengelolaan program kali ini. Ucapan tahniah saya ucapkan kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Perak atas kesepakatan dan komitmen yang cemerlang sepanjang perancangan dan pelaksanaan program ini. Secara peribadinya, saya menyambut baik jaringan dan jalinan antara pihak JPN Perak dan Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia, dalam mempelopori kerjasama dua hala antara jabatan. Kita ingin lihat semangat kesepakatan ini subur dan mekar dalam sebuah pasukan yang mempunyai imej dan standard yang terbaik. Akhir kata, saya berdoa dan berharap semoga segala usaha gigih dalam merealisasikan kemenjadian murid ini diberkati dan dimanfaatkan. Kata Alu-aluan ZULKIFLI BIN NORDIN TIMBALAN PENGARAH SEKTOR KURIKULUM, KEJURULATIHAN DAN PENGGALAKAN SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN BAHAGIAN SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2


Bismillahirahmanirrahim, Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera. Pertama sekali saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia atas kepercayaan dan mandat yang diberikan kepada kami. Ucapan Syabas dan tahniah kepada Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum) yang telah bertungkus lumus membuat segala perancangan dalam merialisasikan Karnival Kadet Remaja Sekolah dan Tunas Kadet Remaja Sekolah Peringkat Kebangsaan Tahun 2023. Kokurikulum merupakan satu lapangan tersedia untuk murid menonjolkan bakat. Melalui pertandingan dan program penggalakan yang dirancang menjurus kepada pembentukan identiti murid dalam mendepani masa hadapan yang mencabar. Tidak dinafikan pencapaian akademik murid itu penting. Namun, kokurikulum adalah pelengkap dan nilai tambah kepada murid untuk mempraktikkan segala teori dalam bilik darjah. Keduadua perlu seimbang dalam menghasilkan murid kalis masa depan. Akhir kata, semoga usaha yang dilaksanakan dapat meningkatkan pencapaian potensi murid dan seterusnya mengangkat nama Perak ke puncak kegemilangan di segenap peringkat. KOKURIKULUM GEMILANG, PERAK TERBILANG. DATO’ MOHAMAD FAUZI BIN MAHSON, D.P.M.P., A.M.P. PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI PERAK Kata Alu-aluan 3


Bismillahirahmanirrahim, Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera. Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memastikan bakat dan potensi murid terus digilap melalui program-program yang diadakan setiap tahun. Pertandingan ini telah sudah sampai ke penghujungnya, kepada yang menang jutaan tahniah saya ucapkan. Kepada yang kurang berjaya pada kali ini, jangan mudah berputus asa dan berasa kecewa. Hal ini kerana, anda sememangnya telah pun membuktikan bahawa anda hebat. Teruskan usaha dan jangan mengalah. Akhir kata, bawalah pulang kenangan – kenangan manis sepanjang pertandingan ini berlangsung dan semoga dengan usaha ini dapatlah menjadi pemula serta pencetus kepada kemenjadian murid dalam apa jua program kokurikulum. ZULKAFLI BIN MOHAMED MOKHTAR, P.M.P. TIMBALAN PENGARAH SEKTOR PEMBANGUNAN MURID JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK Kata Alu-aluan 4


Pengenalan Kegiatan kokurikulum bermaksud apa-apa kegiatan yang dirancang daripada proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah yang memberikan murid peluang untuk mengukuh dan menambah serta mengamalkan kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah. Gerak kerja kokurikulum ini hendaklah dilaksanakan secara terancang di semua peringkat dengan menerapkan nilai-nilai murni, jati diri, khidmat masyarakat, keusahawanan dan alam sekitar yang menjurus ke arah pembangunan potensi, pembentukan karakter murid dan Sekolahku SEJAHTERA. Cabaran KRS merupakan inisiatif penting yang dilaksanakan oleh KPM dengan sokongan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk ahli-ahli KRS dan TKRS dalam untuk memberi peluang kepada murid mempamerkan kemahiran teknologi maklumat di samping membuat perkongsian kemahiran dan pengalaman yang ada pada murid. Pelaksanaan program ini diharap dapat memberi ruang kepada murid untuk berkongsi kemahiran ilmu pasukan badan beruniform meskipun pelaksanaan aktiviti secara bersemuka seperti perkhemahan, kursus, dan sebagainya belum lagi dapat dilaksanakan. 5


Objektif • Memupuk disiplin, sahsiah, jati diri, kepimpinan serta penerapan nilainilai murni dalam kalangan ahli pasukan badan beruniform; • Berkongsi kemahiran ilmu pasukan badan beruniform yang dipelajari daripada guru dan jurulatih; • Melahirkan murid yang mempunyai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) serta mempraktikkan kemahiran pembelajaran teknologi maklumat dengan mengaplikasikan kaedah pembelajaran abad ke-21; • Menyediakan murid yang menerima, menghormati dan menguruskan kepelbagaian bagi membina Keluarga Malaysia yang bersatu padu; dan • Melahirkan insan sejahtera yang menyumbang kepada kemakmuran keluarga, masyarakat, negara dan komuniti global melalui konsep Sekolahku Sejahtera. 6


Peryertaan KRS MODUL PERTANDINGAN KATEGORI PENYERTAAN KRS 1 Bantu Mula 3 orang sepasukan 3 pasukan penyertaan bagi setiap negeri 3 putera 3 puteri 2 Gajet Perkhemahan 3 orang sepasukan 3 pasukan penyertaan bagi setiap negeri 3 putera 3 puteri 3 Gerak Wira 15 orang sepasukan 3 pasukan penyertaan bagi setiap negeri 15 putera 15 puteri 4 Reka Cipta Meru Tanda 3 orang sepasukan 3 pasukan penyertaan bagi setiap negeri 5 putera 5 puteri 5 Hafazan Surah dan Doa (kadet Islam sahaja) Individu 5 penyertaan bagi setiap negeri 5 putera 5 puteri Pengucapan Awam (kadet bukan Islam sahaja) Individu 5 penyertaan bagi setiap negeri 5 putera 5 puteri 7


Peryertaan TKRS MODUL PERTANDINGAN KATEGORI PENYERTAAN TKRS 1 Bantu Mula 3 orang sepasukan 3 pasukan penyertaan bagi setiap negeri 3 putera 3 puteri 2 Gajet Perkhemahan 3 orang sepasukan 3 pasukan penyertaan bagi setiap negeri 3 putera 3 puteri 3 Gerak Wira 15 orang sepasukan 3 pasukan penyertaan bagi setiap negeri 15 putera 15 puteri 4 Reka Cipta Meru Tanda 3 orang sepasukan 3 pasukan penyertaan bagi setiap negeri 5 putera 5 puteri 5 Hafazan Surah dan Doa (kadet Islam sahaja) Individu 5 penyertaan bagi setiap negeri 5 putera 5 puteri Pengucapan Awam (kadet bukan Islam sahaja) Individu 5 penyertaan bagi setiap negeri 5 putera 5 puteri 8


Atur Cara 9.30 pagi ➢ Ketibaan tetamu jemputan 9.45 pagi ➢ Ketibaan Pengarah Pendidikan Negeri Perak 9.55 pagi ➢ Ketibaan Wakil Pengarah Bahagian Sukan Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), Kementerian Pendidikan Malaysia. 10.00 pagi ➢ Nyanyian Lagu Negaraku ➢ Nyanyian Lagu Kebesaran Negeri Perak ➢ Lafaz Ikrar Rukun Negara ➢ Bacaan Doa ➢ Ucapan Alu-Aluan oleh Dato’ Mohamad Fauzi bin Mahson, D.P.M.P.,A.M.P. Pengarah Pendidikan Negeri Perak ➢ Tayangan Montaj ➢ Ucapan Perasmian Penutupan oleh Encik Zulkifli bin Nordin Timbalan Pengarah Sektor Kurikulum, Kejurulatihan dan Penggalakan Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia ➢ Jamuan & Persembahan ➢ Penyampaian Sijil Pencapaian dan Medal Karnival Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) Peringkat Kebangsaan ➢ Penyampaian Sijil Pencapaian dan Medal Karnival Kadet Remaja Sekolah (KRS) Peringkat Kebangsaan ➢ Nyanyian Lagu Kadet Remaja Sekolah ➢ Sesi Bergambar 12.00 tengah hari ➢ Bersurai 9


Lirik Lagu Kadet Remaja Sekolah Kadet Remaja Sekolah Menuju satu ikatan bersaudara Bersatu menjulang keamanan negara Menjayakan Ilmu, Iman dan Amal Marilah kita membina peribadi Membentuk insan yang kreatif Ke arah kecemerlangan diri Sepanjang masa yang berterusan Remaja, sambutlah cabaran Menjadi bangsa Malaysia Maju dan cemerlang remaja berwawasan Jangan kita lupa kepada pencipta Remaja, hayati budaya Ilmu, Iman dan Amal Kekalkan di hati dan jiwamu Wawasan Kadet Remaja Sekolah Lagu: Mejar Muhammad Thani B. Shaaban Lirik: Left. Ustaz Roslan B. Abd. Rahman 10


Jawatankuasa Pengelola Program merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia Jabatan Pendidikan Negeri Seluruh Malaysia Sekretariat KRS Negeri Perak Sekretariat TKRS Negeri Perak dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan KARNIVAL KADET REMAJA SEKOLAH DAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 Sekalung Penghargaan 11


Click to View FlipBook Version