TUAN HAJI SULAIMAN BIN SAMSUDIN
KETUA PENOLONG PENGARAH KANAN
SEKTOR PENTAKSIRAN DAN PEPERIKSAAN JPN PERAK
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,
Terlebih dahulu, marilah kita bersama-sama merafakkan setinggi-
tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana di atas limpah inayah-Nya
dapat kita bersama-sama berkumpul pada majlis yang penuh makna bagi
meraikan 13 orang mantan pegawai dan pembantu tadbir yang telah
berkhidmat di Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan
Negeri Perak dan juga di Pejabat Pendidikan Daerah.
Seperti yang kita maklum, dalam dunia perkhidmatan, sejak kita
mula bertugas, semestinya kita menempuh pelbagai cerita suka duka dalam
sebuah perpisahan dan kehilangan. Perpindahan keluar masuk adalah
sesuatu yang amat menyedihkan. Realitinya, setiap yang patah sudah pasti
akan tumbuh, yang masak akan gugur. Di mana sahaja kita berada atau
ditempatkan, suatu ketika kita pasti akan meninggalkan baik siapa sahaja
yang kita kasihi.
Kita tidak mungkin dapat mengelakkan peristiwa-peristiwa sebegitu
terjadi. Kerana itulah fitrah alam kehidupan. Sebagai seorang manusia yang
waras, kita perlu terus melanjutkan perjuangan agar mendapat lebih
kebaikan dalam sebuah kehidupan pada masa-masa hadapan.
Akhir kata dari saya, selamat maju jaya kepada tuan-tuan dan
puan-puan. Semoga kenangan sepanjang berkhidmat di Sektor Pentaksiran
dan Peperiksaan menjadi memori indah kepada tuan-tuan dan puan- puan
sekalian. Saya juga berdoa agar segala urusan tuan-tuan dan puan-puan
dipermudahkan dan semoga diberkati.
Harum sungguh bunga melati
Terhias indah di atas peti
Budimu mekar setulus hati
Selaut kasih kami hargai
Haji Sulaiman
PENGENALAN
Yang datang pasti akan pergi, itu ialah lumrah di alam ini. Begitu
juga dengan warga SPP ada yang bertukar dan berpindah tempat kerja.
Dengan berbesar hati, kami warga Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan
Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan Pejabat Pendidikan Daerah
mengadakan MAJLIS SEUNTAI BUDI SELAUT KASIH bagi menghargai 13 orang
pegawai dan pembantu tadbir yang telah banyak berjasa sepanjang
berkhidmat di Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan
Negeri Perak ini.
Oleh hal yang demikian, Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan
merancang satu majlis yang sederhana berpandukan Garis Panduan &
Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan
Negara (MKN) bagi menghargai sumbangan mereka sepanjang berada di
Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri Perak.
OBJEKTIF
MAJLIS SEUNTAI BUDI SELAUT KASIH ini diharapkan dapat:
• Memberikan kenangan yang terindah kepada 13 orang pegawai dan
pembantu tadbir yang pernah berkhidmat di Sektor Pentaksiran dan
Peperiksaan JPN Perak.
• Menghargai jasa dan khidmat bakti sepanjang berkhidmat di SPP, JPN
Perak.
• Merapatkan hubungan silaturrahim dan ukhuwah di kalangan pegawai
dan kakitangan.
JAWATANKUASA INDUK
PENGERUSI
TUAN HAJI SULAIMAN BIN SAMSUDIN
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Sektor Pentaksiran Dan Peperiksaan
Jabatan Pendidikan Negeri Perak
NAIB PENGERUSI
ENCIK MOHD ISMAIL BIN NI
Ketuan Penolong Pengarah Sektor Pentaksiran Dan Peperiksaan
Jabatan Pendidikan Negeri Perak
SETIAUSAHA
ENCIK KHAIRUL ZAIDY BIN MANSOR
Penolong Pengarah Sektor Pentaksiran Dan Peperiksaan
Jabatan Pendidikan Negeri Perak
BENDAHARI
PUAN AZWIDA BINTI ZOLKIFLY
Sektor Pentaksiran Dan Peperiksaan
Jabatan Pendidikan Negeri Perak
PENYELARAS MAJLIS
DR NOR HASLAN BIN NOR ZAMAN, AMP.
Penolong Pengarah Sektor Pentaksiran Dan Peperiksaan
Jabatan Pendidikan Negeri Perak
JAWATANKUASA KERJA
PENGACARA MAJLIS ENCIK MOHD KHALIS IKHWAN BIN SANI
PENYAMBUT TETAMU CIK NUR ALIA BINTI ABDUL HALIM
BACAAN DOA ENCIK MOHD ISMAIL BIN HJ NI
BUKU PROGRAM ENCIK AMINUDDIN BIN KHALIT
JURU GAMBAR ENCIK TUN MOHD RUMAIZI BIN HJ MOHD ZAMRI
ENCIK MOHD KHALIS IKHWAN BIN SANI
ENCIK MOHAMAD RADZI BIN MOHD WAZIR
ENCIK TUN MOHD RUMAIZI BIN HJ MOHD ZAMRI
ENCIK AZFARIZAL BIN MOHD ALI
ENCIK ROHAIZAD BIN ABDULLAH FISOL
ENCIK KHAIRUL ANUAR BIN MOHD YUSOP
JAWATANKUASA KERJA
HADIAH PUAN AINOL RAISHAN BINTI ABDUL AZIZ
MONTAJ PUAN AZWIDA BINTI ZULKIFLY
TUGAS-TUGAS KHAS CIK NURUL AFIQAH BINTI ZAINUDDIN
JEMPUTAN CIK NUR AINATUL NABILA BINTI MAHAYUDDIN
CIK NUR AQILAH ASYILAH BINTI BADROL HISHAM
ENCIK NOOR AZLI SHAM BIN SULAIMAN
ENCIK KHAIRUL ZAIDY BIN MANSOR
ENCIK AMIRUL RASHID BIN MEOR AZERI
ENCIK MUHAMMAD HIDIR BIN ABU HANIPAH
ENCIK AHMAD PUAD BIN RAMLI - DOOR GIFT
ENCIK MOHD REZAL BIN ABDUL RAHIM - TAGGING
ENCIK SHAMSANY BIN MOHD SHAH - TAGGING
ENCIK MUHAMMAD HAZIQ BIN ISMAIL - PA SYSTEM
ENCIK MUHAMMAD ARSYAD BIN AZHAR- PA SYSTEM
ENCIK AHMAD PUAD BIN RAMLI
CIK NUR AINATUL NABILA BINTI MAHAYUDDIN
ATUR CARA MAJLIS
2:15 PETANG : Ketibaan Tetamu Jemputan
2:30 PETANG : Ketibaan Tetamu Kehormat
5:00 PETANG Tuan Haji Sulaiman bin Samsudin
Ketua Penolong Pengarah Kanan (KPPK),
Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan JPN Perak
Persembahan 1
Bacaan Doa
Tayangan Multimedia (Montaj)
Ucapan Wakil Mantan AKP
Ucapan Wakil Mantan Pegawai SPP PPD
Penyampaian Hadiah 1
(Kelab SPP PPD - Pengerusi Kelab SPP PPD)
Persembahan 2
Ucapan Wakil Mantan SPP JPN Perak
Ucapan Penghargaan
Tuan Haji Sulaiman bin Samsudin
Ketua Penolong Pengarah Kanan (KPPK),
Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan JPN Perak
Penyampaian Hadiah 2
(SPP JPN Perak dan Kelab SPP JPN - KPPK SPP JPN Perak)
Persembahan 3
Jamuan Makan
: Bersurai
SEKALUNG PENGHARGAAN
Jawatankuasa pengelola program merakamkan jutaan penghargaan dan
terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan
Majlis Seuntai Budi Selaut Kasih
SEKTOR PENTAKSIRAN DAN PEPERIKSAAN
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK