Bismillahirahmannirrahim, Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Pertama sekali saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia atas kepercayaan dan mandat yang diberikan kepada kami. Ucapan syabas dan tahniah kepada Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum) yang telah bertungkus lumus membuat segala perancangan dalam merealisasikan Pesta Pantun Perpaduan Sekolah Menengah Peringkat Negeri Perak 2023. Kokurikulum merupakan satu lapangan tersedia untuk murid menonjolkan bakat. Melalui pertandingan dan program penggalakan yang dirancang menjurus kepada pembentukan identiti murid dalam mendepani masa hadapan yang mencabar. Tidak dinafikan pencapaian akademik murid itu penting. Namun, Kokurikulum adalah pelengkap dan nilai tambah kepada murid umtuk mempraktikkan segala teori dalam bilik darjah. Kedua-dua perlu seimbang dalam menghasilkan murid kalis masa depan. Akhir kata, semoga usaha yang dilaksanakan dapat meningkatkan pencapaian potensi murid dan seterusnya mengangkat nama Perak ke puncak kegemilangan di segenap peringkat. KOKURIKULUM GEMILANG, PERAK TERBILANG. YBRS. ENCIK MOHAMAD FAUZI BIN MAHSON, AMP., PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI PERAK KA A ALU-ALUAN
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera, Alhamdullillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya kita dapat bersama-sama dalam Pesta Pantun Perpaduan Sekolah Menengah Peringkat Negeri 2023. Sekalung tahniah dan syabas saya ucapkan kepada pihak Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum), Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Perak atas komitmen serta kerjasama yang baik dalam pengelolaan pertandingan ini. Ucapan tahniah saya tujukan kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Perak atas kesepakatan dan komitmen yang cemerlang sepanjang perancangan dan pelaksanaan pertandingan ini. Secara peribadinya, saya menyambut baik jaringan dan jalinan yang telah berlaku antara pihak JPN Perak dan pihak Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Perak, dalam mempelopori kerjasama dua hala antara jabatan. Kita ingin lihat semangat kesepakatan ini subur dan mekar dalam sebuah pasukan yang mempunyai imej dan standard yang terbaik. Saya percaya pelibatan dua entiti ini akan menjadi contoh dan suri teladan kepada kerjasama jabatan atau agensi lain. Akhir kata, saya berdoa dan berharap semoga segala usaha gigih dalam merealisasikan kemenjadian murid ini diberkati dan dimanfaatkan. YBRS. ENCIK MANSOR BIN MOHD HASHIM PENGARAH PERPADUAN NEGERI JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL PERAK KA A ALU-ALUAN
Pantun merupakan puisi tradisi Melayu yang diwarisi zaman berzaman. Dalam usaha untuk mewarisi puisi tradisional ini dihayati oleh generasi muda. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan pertandingan berbalas pantun antara Sekolah Menengah Malaysia pada tahun 1989 yang dikenali sebagai Pesta Pantun Sekolah-sekolah Menengah Malaysia. Sehubungan dengan itu, Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum), Jabatan Pendidikan Negeri Perak menyahut seruan untuk memartabatkan tradisi Melayu ini melalui Pesta Pantun Peringkat Negeri Perak 2023. PENGENALAN • Mengaplikasi kemahiran berbahasa dalam menjual dan membeli pantun. • Memupuk perpaduan dalam kalangan murid melalui pertandingan pantun. • Menggunakan daya fikir dalam berpantun dengan cepat, tepat, kritis dan kreatif. • Membina keyakinan diri dan semangat bersaing secara sihat dalam pertandingan. • Mengekal dan mengembangkan pantun serta seni berpantun sebagai khazanah puisi Melayu tradisional dan warisan. OBJEKTIF Satu usaha menjadikan pertandingan ini sebagai satu medan bagi membina keterampilan diri murid menjadi seorang yang berani mengemuka idea dan buah fikiran melalui pembinaan ayat-ayat yang berirama. Dalam masa yang sama juga, melalui kemahiran membina bahasa berirama secara spontan akan membina dan melahirkan murid-murid yang pintar dan cerdas dari segi kebolehan bertindak secara aktif, kreatif dan kritis. MATLAMAT
PENYERTAAN BIL. PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH (PPD) SEKOLAH 1 MANJUNG SMK SERI MANJUNG 2 BAGAN DATUK SMK TUN ABD RAZAK 3 HULU PERAK SMK BATU 4 4 KINTA SELATAN SMK TOH INDERA WANGSA AHMAD 5 BATANG PADANG SMK BIDOR 6 KUALA KANGSAR SMK RAJA PEREMPUAN KELSOM 7 KINTA UTARA SEKOLAH RAJA PEREMPUAN TAAYAH 8 KERIAN SMK ALANG ISKANDAR 9 PERAK TENGAH SMK DATO' SERI MAHARAJA LELA 10 MUALLIM SMK KHIR JOHARI 11 HILIR PERAK SMK ABDUL RAHMAN TALIB 12 LARUT MATANG DAN SELAMA SMK SIMPANG PENCAPAIAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH (PPD) SEKOLAH JOHAN NAIB JOHAN KETIGA KEEMPAT KELIMA PEMANTUN TERBAIK KETERAMPILAN TERBAIK KEPUTUSAN
8.30 Pagi : Pendaftaran Sarapan Pagi 9.00 Pagi : Pertandingan Bermula 2.30 Petang : Ketibaan Tetamu Jemputan 3.00 Petang : Ketibaan Perasmi ENCIK MOHAMAD SAYUTI BIN ABAS Ketua Penolong Pengarah Unit Pembangunan Bakat Murid Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Negeri Perak Nyanyian Lagu Lafaz Ikrar Rukun Negara Persembahan 1 Bacaan Doa Tayangan Multimedia Ucapan Perasmian Penutupan ENCIK MOHAMAD SAYUTI BIN ABAS Ketua Penolong Pengarah Unit Pembangunan Bakat Murid Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Negeri Perak Persembahan 2 Penyampaian Sijil Penghargaan Pengumuman Keputusan dan Penyampaian Hadiah Penyampaian Cenderamata Sesi Bergambar Minum petang/ Bersurai ATUR CARA
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Perak Jabatan Pendidikan Negeri Perak Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara Pengetua, Guru Besar dan Warga Sekolah Jawatankuasa Pengelola Barisan Pegawai Teknikal, Hakim dan Urus Setia Guru Pembimbing dan Peserta Pesta Pantun Perpaduan Sekolah Menengah Peringkat Negeri Perak 2023 dan Semua pihak yang memberikan kerjasama sama ada secara langsung atau tidak langsung. Ada padi adalah beras, Bertanak, nasi periuk tembaga, Ada budi adalah balas, Orang berbudi kita berbahasa. Dari Daik pulang ke Daik, Sehari-hari berkebun pisang, Budi baik dibalas baik, Dalam hati dikenang orang. Jikalau ada lenggundi pahit, Belanga baru saya jerangkan, Jikalau ada budi yang baik, Menjadi abu saya kenangkan. PENGHARGAAN