The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PROGRAM MAJLIS PENTAULIAHAN PENASIHAT KEHORMAT KRS NEGERI PERAK 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norhidatulerma, 2023-06-13 07:55:15

BUKU PROGRAM MAJLIS PENTAULIAHAN PENASIHAT KEHORMAT KRS NEGERI PERAK

BUKU PROGRAM MAJLIS PENTAULIAHAN PENASIHAT KEHORMAT KRS NEGERI PERAK 2023

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Setinggi-tinggi kesyukuran dilafazkan kepada Tuhan Pencipta kerana dengan izin-Nya, maka Majlis Pentauliahan Penasihat Kehormat dan Pegawai Pengurusan Kadet Remaja Sekolah Negeri Perak Tahun 2023 dapat dilaksanakan dengan jayanya. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan Sekretariat Kadet Remaja Sekolah dan Tunas Kadet Remaja Sekolah sebagai pengelola program ini. Kerjasama yang kolektif di semua peringkat amat penting bagi menghasilkan impak yang cemerlang. Sekaligus, mampu menyediakan generasi yang hebat pada masa akan datang. Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun di belakang tabir dalam menjayakan Majlis Pentauliahan Penasihat Kehormat dan Pegawai Pengurusan Kadet Remaja Sekolah Negeri Perak Tahun 2023.


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan berkat limpah kurnia-Nya maka kita dapat menjayakan Majlis Pentauliahan Penasihat Kehormat dan Pegawai Pengurusan Kadet Remaja Sekolah Negeri Perak Tahun 2023. Bagi pihak Jabatan Pendidikan Negeri Perak amat berbesar hati kerana berjaya melaksanakan majlis ini. Hubungan yang baik antara peringkat sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Kerajaan Negeri Perak dapat disemai dan disuburkan dengan penganjuran majlis kerjasama sebegini. Ia merupakan satu platform bagi memantapkan perkongsian pintar antara rakan strategik dengan pemegang taruh dan mendapatkan khidmat pelbagai kepakaran luar sejajar dengan Kluster Ketiga Perancangan Strategik Jabatan Pendidikan Negeri Perak iaitu jalinan dan jaringan. Akhir kata, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih atas gembleng tenaga menjayakan majlis ini. Syabas dan tahniah juga kepada barisan jawatankuasa yang komited menjayakan majlis ini.


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak terutamanya Barisan Jawatankuasa Pelaksana Majlis Pentauliahan Penasihat Kehormat dan Pegawai Pengurusan Kadet Remaja Sekolah Negeri Perak Tahun 2023. Menjadi satu titik sejarah kepada kita bersatu mewakili semua daerah di Negeri Perak menjayakan majlis ini. Memupuk kesatuan dan kekuatan berpasukan merupakan sesuatu yang besar. Semangat ini seterusnya akan mengalir hingga ke akar umbi kita di sekolah. Dan hasilnya, kesepakatan ini akan terlihat dalam kalangan murid yang mempunyai jati diri dan kalis masa hadapan. Akhir kata, segala usaha murni yang diusahakan ini untuk mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam membentuk modal insan yang seimbang. Semoga semangat ini akan terus diperluaskan.


Kadet Remaja Sekolah (KRS) ditubuhkan di semua sekolah menengah dan sekolah rendah sebagai platform kegiatan kokurikulum beruniform di sekolah agar kewujudan KRS dapat memenuhi kepelbagaian citarasa, minat dan bakat pelajar berdasarkan objektif yang dikemukakan. Ia terbina agar dapat mengembangkan potensi insan berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah murid di samping penerapan amalan nilai-nilai murni dan moral yang tinggi selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Justeru, pelaksanaan pentauliahan ini berorientasikan kepada membentuk dan mengukuhkan peradaban dan tingkah laku yang mulia, serta hormat-menghormati di samping mengekalkan disiplin tinggi dalam kalangan pemimpin dan pengurusan KRS. Antara lain, dapat memartabatkan etika pemakaian uniform KRS dalam kalangan pegawai di JPN,PPD, dan sekolah. Secara tidak langsung menzahirkan penghargaan kepada tokoh-tokoh kepimpinan & pengurusan KRS dan memartabatkan KRS sebagai entiti beruniform yang unggul di sekolah.


• Membentuk pemimpin yang mampu menguruskan dan mentadbir struktur organisasi yang penuh cabaran dari segi sosial dan budaya. • Menjelaskan latar belakang dan kurikulum latihan KRS kepada pemimpin tertinggi di JPN Perak, PPD dan sekolah seperti Pengetua/Guru Besar serta Penolong Kanan Kokurikulum sekolah-sekolah seluruh Perak. • Menerangkan tatacara berpakaian, pemakaian pangkat, dan etika pegawai KRS semasa memakai uniform di samping mandat dan tauliah untuk mentadbir KRS di daerah dan sekolah. • Memartabatkan kredibiliti KRS sebagai pasukan badan beruniform yang unggul, berintegriti serta dihormati.


Encik Mohamad Fauzi bin Mahson, AMP. Pengarah KRS Negeri Encik Zulkafli bin Mohamed Mokhtar Timbalan Pengarah KRS Negeri Encik Mohamad Sayuti bin Abas Ketua Penolong Pengarah KRS Negeri Dr. Nor Haslan bin Nor Zaman, AMP. Ketua Penolong Pengarah KRS Negeri Encik Mohd Mokhtar bin Shaari Penolong Pengarah KRS Negeri Encik Khairul Afandy bin Osman Penolong Pengarah KRS Negeri


Leftenen Kolonel (KRS) Mohamed Ali bin Abdul Kadir Panel KRS Kebangsaan Leftenen Kolonel (KRS) Hawari bin Wanik Pegawai Tadbir KRS Negeri Perak Leftenen Kolonel (TKRS) Mohamad Fauzi bin Jusoh Pegawai Tadbir TKRS Negeri Perak Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Utara Pegawai Pendidikan Daerah Batang Padang Pegawai Pendidikan Daerah Manjung Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Selatan Pegawai Pendidikan Daerah Kerian Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Kangsar Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak Pegawai Pendidikan Daerah Bagan Datuk Pegawai Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Perak Pegawai Pendidikan Daerah Perak Tengah Pegawai Pendidikan Daerah Muallim Sekretariat KRS Negeri Perak Sekretariat TKRS Negeri Perak


Encik Muhammad Shahidan bin Abdul Rahman Nazri Penolong Pengarah KRS Negeri Encik Wan Muhamad Huzairi bin Shukri Penolong Pengarah KRS Negeri Encik Mohd E’fa bin Khadri Penolong Pengarah KRS Negeri Cik Norhidatul Erma binti Kamarudin Penolong Pengarah KRS Negeri


2:00 petang : Pendaftaran 2:15 petang : Taklimat dan Pentauliahan Pegawai Penyampaian Sijil Lantikan Sekretariat Negeri 2:30 petang : Ketibaan Tetamu Jemputan Ketibaan Perasmi YB Khairudin bin Abu Hanipah, AMP., PPT Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak : Nyanyian Lagu Negaraku dan Kebesaran Negeri Perak : Sesi Melapor : Bacaan Doa : Tayangan Multimedia : Ucapan Ucaptama Oleh YB Khairudin bin Abu Hanipah, AMP., PPT Penasihat Kehormat Kadet Remaja Sekolah Negeri Perak : Pentauliahan : Nyanyian Lagu Kadet Remaja Sekolah : Lapor Keluar 4:30 petang : Jamuan dan Bersurai


Jawatankuasa Pengelola Program merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak Sekretariat KRS Negeri Perak Sekretariat TKRS Negeri Perak dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan MAJLIS PENTAULIAHAN PENASIHAT KEHORMAT KADET REMAJA SEKOLAH NEGERI PERAK DAN PERASMIAN KOPERASI KRS PERAK BERHAD 2023


Kadet Remaja Sekolah Menuju satu ikatan bersaudara Bersatu menjulang keamanan negara Menjayakan Ilmu, Iman dan Amal Marilah kita membina peribadi Membentuk insan yang kreatif Ke arah kecemerlangan diri Sepanjang masa yang berterusan Remaja, sambutlah cabaran Menjadi bangsa Malaysia Maju dan cemerlang remaja berwawasan Jangan kita lupa kepada pencipta Remaja, hayati budaya Ilmu, Iman dan Amal Kekalkan di hati dan jiwamu Wawasan Kadet Remaja Sekolah Lagu: Mejar Muhammad Thani B. Shaaban Lirik: Left. Ustaz Roslan B. Abd. Rahman


Click to View FlipBook Version