JABATAN KEJURUTERAAN AWAM KOD KURSUS:MPU 23052 NAMA KURSUS: SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN ISLAM (TUGASAN BERDASARKAN MASALAH) NAMA PENSYARAH: ENCIK WAN NASIR BIN WAN TIH TAJUK KURMA DAN KHASIATNYA NAMA AHLI KUMPULAN 1.MUHAMMAD ADIB HAKIMIE BIN RAZALI (04DKA23F1045) 2.MUHAMMAD AMIRUDIN HAKIM BIN MOHD HANAPIAH (04DKA23F11049) 3.MUHAMMAD SYAHMI BIN RASDI (04DKA23F1057)
KANDUNGAN MUKA SURAT PENGHARGAAN 1 PENGENALAN 2 AYAT AL-QURAN DAN HADITH BERKENAAN KURMA DAN KHASIATNYA 3 PENDAPAT-PENDAPAT ULAMA 4-5 KHASIAT-KHASIAT KURMA 6-9 KAJIAN SAINS TENTANG KURMA 10-11 TITIK PERTEMUAN 12 KESIMPULAN 13
PENGHARGAAN Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera, Setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat ilahi, Alhamdulillah dengan limpahan rahmat serta nikmat masa dan nyawa yang telah dikurniakan oleh Allah SWT kepada kami, dapat juga kami menyiapkan tugasan berdasarkan masalah yang bertajuk ‘KURMA DAN KESIHANTANYA’ Dikesempatan ini kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ustaz Wan Nasir Bin Wan Tih selaku pensyarah bagi kursus Kod MPU23052 ialtu * SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM" kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada kami dan sudi member tunjuk ajar kepada kamischingga kami dapat menyempurnakan tugasan yang diberikan ini dalam tempo yang telah ditetapkan. Ucapan penghargaan ini juga ingin kami berikan kepada para rakan seperjuangan kerana telah banyak menyumbang tenaga sepanjang tempon penghastian E-folio ini. Tanpa Kerjasama yang diberikan tidak mungkin kami dapat menyempurnakan tugasan ini dengan sempurna bak kata pepatah bagai aur dengan tebing. Akhir kata, kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasin kepada semua pihak yang telah terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan E-Folio ini. Segala bantuan kalian kepada kami dalam menyempurnakan tugasan ini amat kami hargai. Sekian, Terima kasih. 1
PENGENALAN -Kurma adalah buahnya berasal dari pokok kurma (Phoenix dactylifera), yang telah menjadi bahagian penting dalam diet di Timur Tengah dan Afrika Utara selama beribu-ribu tahun. Buah ini terkenal dengan rasa manis yang tersendiri dan tekstur lembut atau kadang-kadang kenyal, bergantung kepada jenisnya. Kurma boleh dimakan dalam keadaan kering atau segar, dan kedua-duanya mempunyai rasa dan tekstur yang berbeza. -Asal usul Kurma telah ditanam selama beribu-ribu tahun, dengan bukti penanaman kurma sejak zaman Mesopotamia purba sekitar 6000 tahun dahulu. 2
AYAT AL-QURAN DAN HADITH BERKAITAN KURMA DAN KESIHATANNYA: 1. AYAT AL-QURAN ِت َو ِمن َٰ َٰـ ِب َمَر ِخي ِل أعنَ ٱلنَّ ثَ ِمأنهُ ا ِخذُو َن َوٱ أْلَ تَتَّ َس ا َك ر ًۭ َو ِر أزق ۗ َّن َح َسن ا إ فِى ِل َك ِ َٰ ذَ ًۭ ايَة َٔ ـ أو ل م َ ِقَ ل و َن يَ أعِقل ٦٧ُ Maksudnya: An Nahlu ayat 67 Dan dari buah tamar (kurma) dan anggur kamu jadikan daripadanya minuman haram dan makanan serta minuman yang halal; sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orangorang yang mahu menggunakan akalnya. 2.HADITH -ia dapat menjadi penawar daripada racun. Daripada Abu Hurairah RA katanya: “Rasulullah SAW bersabda: ‘Kurma ajwah itu adalah dari syurga dan terdapat padanya penawar daripada racun.’” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah dan ad-Darimi. Hadis sahih). 3
PENDAPAT-PENDAPAT ULAMA TENTANG KURMA Seorang hamba ALLAH bertanya kepada ulama tentang kurma dan soalannya berbunyi ’Assalamualaikum w.b.t. Benarkah mengenai kelebihan makan kurma ajwah sebanyak 7 biji pada setiap pagi, akan terselamat daripada racun dan sihir? Mohon pencerahan. Terima kasih.’ . Lalu Ulama itu menjawab Waalaikumussalam w.b.t. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat. Kami mulakan dengan sebuah riwayat daripada Aisyah R.Anha, katanya: َك َل َما ُم َح ى أ آ ُل َّم د َ َّ أي ِه َص للاُ ل َ َعلَ م َّ َو َس ِن ل َّّل أ فِي َيأو م َ أكلَتَأي ِ َم إ ا أح َداهُ أم ر ِ إ تَ Maksudnya: “Keluarga Muhammad SAW tidak pernah makan dua kali sehari melainkan salah satunya ialah kurma.” (Riwayat al-Bukhari (6455) Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani menyebutkan bahawa dalam hadith di atas terdapat isyarat bahawa kurma ialah sesuatu yang mudah bagi mereka mendapatkannya berbanding dengan makanan yang lain. Selain itu, terdapat isyarat lain yang menunjukkan bahawa boleh jadi mereka tidak ada sesuatu untuk dimakan pada hari tersebut melainkan ia cukup untuk sekali makan sahaja sehari. Sekiranya mereka mendapati adanya makanan yang mencukupi bagi dua kali makan pada hari tersebut, maka salah satunya ialah kurma. (Lihat Fath al-Bari, 11/292.) 4
Definisi kurma (Phoenix dactylifera) Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kurma ialah sejenis tumbuhan (palma) yang buahnya manis dan boleh dimakan.[1] Kurma merupakan tumbuhan dari genus Phoenix. Perkataan phoenix berasal daripada perkataan Phoenicia yang bermaksud pokok kurma, dan dactylifera berasal dari perkataan Greek daktulos bermaksud jejari yang menggambarkan bentuk buahnya. Pokok kurma dalam bahasa Arab disebut sebagai nakhl, manakala buahnya yang matang dipanggil tamar. Penanaman pokok kurma bermula sejak sebelum Masihi iaitu 6000 hingga 8000 tahun yang lalu di Mesopotamia.[2] Imam al-Nawawi telah menyebutkan bahawa terdapat sebanyak 120 jenis kurma Madinah. ( Lihat al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, 12/50.) Manakala kurma Ajwah adalah salah satu jenis daripada jenis-jenis kurma. Malah al-Jauhari dan Imam al-Nawawi menyebutkan bahawa kurma Ajwah merupakan antara jenis kurma yang terbaik di Madinah. (Lihat al-Mausu‘ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 36/284; Lihat al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, 14/3.) Selain itu, Ibn Hajar al-‘Asqalani juga turut menyatakan bahawa kurma Ajwah ialah kurma yang terbaik dan paling lembut di Madinah. Kemudian, beliau menukilkan pendapat al-Dawudi yang menyebutkan bahawa kurma Ajwah termasuk dalam kategori kurma yang sederhana saiznya. Di sampin itu, Ibn al-Athir pula menyatakan dalam kitabnya alNihayah bahawa kurma Ajwah merupakan sejenis kurma daripada Madinah, saiznya lebih besar daripada kurma al-Saihani dan warnanya kehitam-hitaman. ( Lihat Fath al-Bari,10/238; Mirqah al-Mafatih, 7/2705) Begitu juga Ibn Qayyim al-Jauziyyah menyatakan bahawa kurma Ajwah Madinah ialah kurma yang paling bermanfaat di Tanah Hijaz secara umumnya, bentuknya baik, isinya padat dan kuat, termasuk juga antara kurma yang paling lazat, lembut dan harum. (Lihat al-Tibb al-Nabawi, hlm. 258.) Justeru, dapat disimpulkan bahawa kurma Ajwah merupakan kurma yang terbaik dan paling lembut di Madinah, warnanya kehitam-hitaman, saiznya sederhana dan isinya padat.
5 KHASIAT-KHASIAT KURMA Pada asasnya terdapat banyak hadith yang menceritakan mengenai kelebihan memakan tujuh biji kurma Ajwah pada waktu pagi. Di antaranya, riwayat daripada Sa‘ad bin Abu Waqqas bahawa Nabi SAW bersabda: َم َح أن َصبَّ تَ ِ َو تَ ة ، َمَر بِ َس ا ت أبع َع أج أم ِل َك َ ل َي ُض َّرهُ ذَ َ يَ أوم َو َّل ِس أح ر ال ، أ م سُ ٌّ Maksudnya: “Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwah pada waktu pagi, tidak akan memberi mudarat sebarang racun mahupun sihir kepadanya pada hari tersebut.” Riwayat al-Bukhari (5445); Muslim (2047) Begitu juga, riwayat daripada Aisyah R.Anha bahawa Nabi SAW bersabda: َّن ِ َو إ فِي ةِ َع أج عَاِليَ ِة أ ِشفَا – أو ء ال َ َه أ ا َّو إ تِ أرَيا ق – َل ِنَّ أكَر أ ِة َ بُ أ ال Maksudnya: “Sesungguhnya pada kurma Ajwah ‘Aliyah itu ada ubat penyembuh atau ia merupakan ubat penawar bagi racun, apabila dimakan pada awal pagi.” Riwayat Muslim (2048) Imam al-Nawawi menyebutkan, ‘Aliyah ialah kawasan yang terdiri daripada kebun-kebun, perkampungan dan pekan dari dataran tinggi Madinah yang menuju ke arah Najd. Atau dataran rendah dari arah yang lain yang menuju ke Tihamah. Kawasan ‘Aliyah yang paling dekat dari Madinah adalah pada jarak 3 batu (mil) dan yang paling jauh adalah pada jarak 8 batu. (Lihat al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, 14/3)
6 Manakala terdapat riwayat lain daripada Sa‘ad bin Abu Waqqas yang datang dengan lafaz tanpa menyebut kurma Ajwah: َك َل َم أن َ َع أ َمَرا ت َسأب ِمَّما بَ أي َن ا َه تَ أم ِحي َن يُ أصبِ ُح، َّلبَتَأي َ م َحتَّى يُ أم ِس َي ل يَ ُض َّرهُ سُ ٌّ Maksudnya: “Sesiapa yang memakan pada waktu pagi tujuh biji kurma, yang ditanam antara dua bebatuan hitam, tidak akan memberi mudarat kepadanya sebarang racun sehinggalah petang.” Riwayat Muslim (2047) Namun, terdapat dalam Mustakhraj Abi Awanah, selepas disebutkan hadith di atas, dinukilkan pula kata-kata daripada Abu Tuwalah yang menyebut bahawa dia mendengar orang ramai menyebut kurma yang dimaksudkan ialah kurma Ajwah. Selain itu, Ibn Wahb turut menyebut perkara yang sama. (Lihat Mustakhraj Abi Awanah, 5/189.) Begitu juga riwayat daripada Abu Hurairah R.A bahawa Nabi SAW bersabda: ِة، وهي ِشفا ء ِم َن ال ُّسِ م َجنَّ ِم َن ال والعَجوةُ Maksudnya: “Kurma Ajwah berasal dari syurga, dan ia merupakan penawar daripada racun.” Riwayat Ahmad (8037); al-Tirmizi (2066); Ibn Majah (3455); Ahmad Syakir menyatakan bahawa sanadnya adalah sahih.
7 Justeru berdasarkan kepada hadith-hadith ini, secara zahirnya sesiapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwah pada waktu pagi akan terselamat daripada sebarang racun dan sihir. Walau bagaimanapun, al-Khattabi menyebutkan bahawa kurma Ajwah bermanfaat bagi mengubati racun dan sihir disebabkan oleh keberkatan doa Nabi SAW kepada kurma Madinah, dan bukan kerana khasiat kurma itu sendiri. Manakala Ibn alTin pula berpendapat bahawa berkemungkinan kurma yang dimaksudkan di sini ialah kurma yang secara khususnya terdapat di Madinah, yang tidak diketahui lagi pada masa sekarang. ( Lihat Fath alBari, 10/239) Hasil daripada dua kenyataan ini menatijahkan, tidak mungkin lagi untuk kita berpendapat bahawa ia adalah bersifat umum merangkumi kurmakurma yang terdapat pada hari ini. Selain itu, al-Maziri pula berpendapat bahawa perkara ini adalah antara perkara yang tidak dapat difikirkan munasabahnya (logiknya) melalui ilmu perubatan kerana kalaulah manfaat kurma sebagai penawar kepada racun dapat dibuktikan melalui ilmu perubatan, maka tiada keperluan lagi untuk meletakan had pada bilangan iaitu tujuh biji dan juga jenis iaitu kurma Ajwah. Boleh jadi ia adalah khusus bagi penduduk pada zaman Nabi SAW atau kebanyakan orang daripada mereka. Sekiranya tidak sabit penyembuhan tersebut berterusan berlaku sehingga kepada zaman kita pada kebanyakan orang, sekalipun ia berlaku pada ramai orang, maka kita boleh simpulkan bahawa ia bermaksud memberi penyembuhan dalam kebanyakan keadaan. Manakala Qadhi ‘Iyad berpendapat fadhilat tersebut adalah khusus buat kurma Ajwa ‘Aliyah dan kurma-kurma yang ditanam di dalam Madinah (antara dua bebatuan hitam) sepertimana penawar yang hanya didapati dalam sebahagian ubat yang terdapat pada sebahagian kawasan dalam sebuah negeri dan bukan daripada jenis selainnya disebabkan oleh tanah dan udara (kawasan tertentu) yang memberi kesan. Sebahagian ulama yang lain pula menyatakan bahawa mengkhususkan kurma Madinah bagi fadhilat tersebut adalah jelas dapat dilihat melalui lafazlafaz pada matan hadith berkenaan. Adapun mengkhususkannya hanya pada zaman (Nabi SAW) sangat jauh (menyimpang). Malah, al-Qurtubi menyebutkan, secara zahirnya hadith-hadith tersebut menunjukkan kepada pengkhususan kurma Ajwah Madinah bagi menyembuhkan racun dan membatalkan sihir. ( Lihat Fath al-Bari, 10/240)
8 Tambahan lagi, Imam al-Nawawi dalam al-Minhaj (14/3) ketika mensyarahkan hadith berkenaan kelebihan kurma Madinah menyebutkan, hadith-hadith ini menunjukkan kelebihan kurma Madinah dan kurma Ajwah. Begitu juga kelebihan memakan tujuh biji kurma pada waktu pagi. Namun kelebihan ini hanya khusus buat kurma Ajwah Madinah sahaja, dan bukannya pada kurma-kurma yang lain. Manakala, bilangan tujuh biji — yang disebutkan dalam hadith — termasuk dalam perkara yang hanya diketahui oleh Allah SWT akan hikmahnya. Sedangkan kita pula wajib beriman dan menerimanya, serta meyakini akan fadhilatnya (adalah benar) dan ada hikmahnya (akan perkara tersebut), sebagaimana ketetapan terhadap bilangan solat, kadar nisab di dalam zakat dan lain-lain. Selain itu, Ibn Qayyim al-Jauziyyah juga ada menukilkan pendapat yang menyatakan bahawa fadhilat tersebut — yakni terselamat dari racun dan sihir — hanya terdapat pada kurma Ajwah Madinah. (Lihat al-Tibb al-Nabawi, hlm. 258)
9 KAJIAN SAINS TENTANG KURMA DAN KHASIATNYA "Menurut kajian, terdapat lebih daripada 15% keperluan harian mineral penting seperti potasium, magnesium dan selenium dapat dipenuhi dengan mengambil kira-kira 4 biji kurma setiap hari." Kurma juga mengandungi vitamin penting seperti vitamin A, vitamin K, vitamin B6, niacin, thiamin, riboflavin dan folate. Selain itu, kurma kaya dengan kandungan serat dan antioksidan yang bagus untuk kesihatan. Terdapat banyak lagi khasiat kurma untuk kesihatan yang telah terbukti melalui kajian-kajian sains perubatan. 1. Sumber Nutrisi dan Tenaga yang Terbaik Sebiji buah kurma mempunyai lebih daripada 50% gula dan mengandungi jumlah serat yang tinggi. Ini menjadikan kurma sangat ideal sebagai pembekal tenaga untuk satu jangka masa yang panjang. Seperti yang dinyatakan, kurma adalah salah satu pembekal tenaga yang baik. Ini disebabkan kurma mempunyai kandungan gula semula jadi yang tinggi seperti glukosa, fruktosa dan sukrosa. Jika sering merasa lesu atau letih, anda boleh menjadikan kurma sebagai energy booster untuk meningkatkan tahap tenaga di dalam badan dengan cepat. Oleh sebab itulah, kita disarankan untuk berbuka puasa dengan kurma untuk mengembalikan semula tenaga dengan cepat setelah seharian menahan lapar dan dahaga.
10 2. Boleh Meningkatkan Kesihatan Otak Menurut kajian yang diketuai oleh Dr. Musthafa Mohamed Essa menunjukkan bahawa khasiat kurma dapat melindungi otak daripada tekanan oksidatif dan keradangan. Terdapat satu lagi penyelidikan mengenai kurma yang membuktikan bahawa kurma adalah merupakan sumber serat makanan yang baik serta kaya dengan total fenolik dan antioksidan semula jadi seperti anthocyanins, ferulic acid, protocatechuic acid dan caffeic acid. Kehadiran sebatian polifenolik ini berpotensi membantu memperlambat perkembangan penyakit Alzheimer dan demensia. 3. Membantu Melegakan Sembelit dan Cirit Birit Menurut kajian, makanan yang mengandungi kandungan serat yang tinggi sangat berkhasiat untuk melancarkan pergerakan usus dan memastikan perjalanan makanan yang selesa melalui saluran usus. Pengambilan kurma juga boleh membantu dan melegakan masalah sembelit. Ini disebabkan kurma mempunyai kandungan serat tidak larut dan asid amino yang bermanfaat untuk merangsang sistem pencernaan. 4. Membantu Mengatasi Anemia Anemia adalah keadaan di mana anda kekurangan sel darah merah untuk membawa oksigen yang mencukupi ke tisu badan. Jika anda mengalami anemia, tubuh badan akan merasa letih dan lemah. Selain itu, anemia juga boleh menyebabkan sesak nafas. Justeru dengan itu, pengambilan makanan yang kaya dengan zat besi seperti kurma mampu membantu pembentukan sel darah merah yang bermutu dan seterusnya melegakan gejala anemia. 11
TITIK PERTEMUAN ANTARA HASIL KAJIAN SAINS DAN HUKUM ISLAM YANG MEMBUKTIKAN KEBENARAN ISLAM Titik pertemuan antara hasil kajian saintifik dan syariat Islam yang membuktikan kebenaran Islam berkenaan kurma boleh didapati dalam beberapa aspek: 1. Pemakanan: Kajian saintifik menunjukkan kurma kaya dengan nutrien penting seperti serat, gula asli dan pelbagai mineral. Hal ini sesuai dengan ajaran Islam yang menganjurkan pengambilan makanan yang baik dan menyihatkan tubuh. 2.Kesihatan: Beberapa kajian juga menunjukkan bahawa pengambilan kurma secara tetap boleh memberi manfaat kesihatan, seperti meningkatkan fungsi penghadaman, meningkatkan tenaga, dan membantu mengawal paras gula dalam darah. Ini bersesuaian dengan prinsip kesihatan dalam Islam yang menekankan kepentingan menjaga kesihatan tubuh badan. 2. Tradisi: Kurma telah menjadi bahagian penting dalam diet dan budaya di dunia Islam sejak zaman dahulu. Tradisi ini mencerminkan nilai dalam Islam yang menekankan kepentingan menghormati dan menggunakan sumber alam dengan bijak. 3. Menghormati Alam Semulajadi: Penyelidikan saintifik tentang kurma juga dapat mengukuhkan akidah Islam tentang keindahan ciptaan Allah dan kepentingan mensyukuri nikmat yang diberikan-Nya kepada manusia. Justeru, titik pertemuan antara hasil kajian sains dan hukum Islam berkaitan mengenai buah kurma menunjukkan bahawa penerapan prinsip Islam dalam kehidupan seharian dapat disokong oleh penemuan sains moden.
12 KESIMPULAN Berdasarkan pembahasan di atas yang telah kami pelajari, dapatlah kami simpulkan pembahsan tersebut kepada beberapa perkara: Kurma merupakan tanaman yang termasuk ke dalam famili Arecaceae dengan nama latin Phoenix dactylifera L. Tanaman ini berasal dari Yunani, akan tetapi banyak diusahakan di Timur tengah, tanaman ini merupakan sumber makanan utama bagi daerah tersebut. Tanaman kurma memiliki bentuk batang yang bulat dan permukaan yang tidak rata, kurma memiliki bentuk daun yang menyirip, daun kurma terdapat duri pada tangkai daunnya, bunga jantan kurma berwarna kekuningan sedangkan bunga betina berwarna keabu-abuan, buah kurma berbentuk lonjong dan berwarna kemerahan. Terdapat juga pelbagai kebaikan yang kita dapati dengan memakan buah kurma.Antara kebaikan atau khasiat yang kita dapat ialah dari segi kesihatan tubuh badan dan dapat menghindar daripada sihir
13