1 | P a g e
2 | P a g e KANDUNGAN BIL PERKARA M/SURAT 1 Atur Cara Majlis 3 2 Notis Mesyuarat Agung 4 3 Agenda Mesyuarat 5 4 Senarai Jawatankuasa PIBG Sesi 2023/2024 6 5 Ahli Jawatankuasa Pelaksana 7-8 6 Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-14 9-17 7 Penyata Kewangan Tahunan PIBG Berakhir Disember 2023 18-20 8 Cadangan Usul Daripada Pihak Waris Dan Ajk Pibg 21-25 9 Pencapaian Kurikulum Dan Kokurikulum Tahun 2023 Hingga Jun 2024 26 10 Program Hal Ehwal Murid Mac 2023 Hingga Februari 2024 27 11 Senarai Program/Aktiviti SK. Paya Kemunting Tahun 2023/2024 28-30 12 Penghargaan 31
3 | P a g e ATUR CARA MAJLIS SIDANG 1 2:30 PETANG Lagu Negaraku Aluan pengacara majlis Bacaan Doa Ucapan & Laporan oleh Guru Besar SK Paya Kemunting En. Muhamad Anuar bin Othman Ucapan Yang Dipertua PIBG En. Anuar bin Othman Ucapan & Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SKPK Kali ke-15 oleh En Mohd Yusof Zaki Bin Che Amat Pengetua Maktab Rendah Sains Mara Kubang Pasu Penyampaian Anugerah Khas kepada guru dan waris REHAT SIDANG 2 3:30 Petang Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-15 bermula. Agenda Mesyuarat • Ucapan Aluan Pengerusi • Membentang dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-14 • Perkara Berbangkit • Membentang dan mengesahkan Penyata Kewangan PIBG yang berakhir pada 31 Disember 2023. • Membentang dan membahaskan usul • Hal-hal lain • Penangguhan Mesyuarat. • Cabutan bertuah • Bersurai
4 | P a g e
5 | P a g e AGENDA MESYUARAT Agenda 1 Ucapan Aluan Pengerusi Agenda 2 Membentang dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-14 Agenda 3 Perkara Berbangkit Agenda 4 Membentang dan mengesahkan Penyata Kewangan PIBG yang berakhir pada 31 Disember 2023 Agenda 5 Membentang dan membahaskan usul Agenda 6 Hal-hal lain Agenda 7 Penangguhan Mesyuarat.
6 | P a g e AHLI JAWATANKUASA PIBG BAGI SESI 2023/2024 SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA KEMUNTING PENAUNG / PENASIHAT : En Muhamad Anuar bin Othman ( Guru Besar ) YANG DIPERTUA : En. Anuar bin Othman NAIB YANG DIPERTUA : Pn. Alida binti Ali SETIAUSAHA : En. Mohd Hayazi bin Hashim BENDAHARI : Pn. Rohayati binti Ab Ghani AHLI JAWATANKUASA GURU : 1. Pn. Azra Hiryani binti Abdul Salam ( PK Pentadbiran ) 2. En. Muhammad Johari bin Ahmad ( PK HEM ) 3. En. Arif bin Othman( PK Ko Kurikulum ) 4. Pn. Zatul' Iffah binti Ahmad Ibrahim ( PK PPKI ) 5. En. Mohd Zamruzi bin Idris 6. Pn. Yusni binti Abdullah 7. En. Muzaffar bin Tawang WARIS : 1. En. Hamdan bin Siru ( Baru ) 2. En. Mohd Hafiz bin Che Me 3. Dr. Malikie bin Ibrahim ( Baru ) 4. En. Muhamad Afifi bin Mahadhir 5. Pn. Che Tom binti Ahmad ( Baru ) JURUAUDIT 1. En. Zulkarnain bin Ibrahim 2. En. Ismail bin Chek Saad
7 | P a g e AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SKPK KALI KE 15 TAHUN 2024 Pengerusi : En. Muhamad Anuar bin Othman (Guru Besar) Naib Pengerusi 1 : En. Arif bin Othman ( PK Ko Kurikulum ) Naib Pengerusi 2 : Pn. Azra Hiryani binti Abdul Salam ( PK Pentadbiran) Naib Pengerusi 3 : En. Muhamad Johari bin Ahmad ( PK HEM ) Naib Pengerusi 4 : Pn. Zatul' Iffah binti Ahmad Ibrahim ( PK PPKI ) Setiausaha : En. Mohd Hayazi bin Hashim Bendahari : Pn. Rohayati binti Ab Ghani JK Sambutan En. Muhamad Anuar bin Othman (GB) Pn. Alida binti Ali (NYDP) Pn. Azra Hiryani binti Abdul Salam (PK P) En. Muhamad Johari bin Ahmad (PK HEM) En. Arif bin Othman (PK KOKO) Pn. Zatul Iffah binti Ibrahim (PKPPKI) AJK PIBG JK Jamuan waris Pn. Norafidah binti Abu Seman Pn. Sharifah binti Abd Ghoni Pn. Haniza binti Othman Pn. Halimah binti Din Pn. Nor Hazizi binti Mohd Salleh JK Bacaan Doa En. Muhammad Mushrif bin Radi JK Siaraya & Teknikal En. Ahmad Zukhairi bin Abdul En. Mohd Rahizam bin Ramli JK Laporan Aktiviti & Kejayaan Sekolah Pn. Rosmani binti Jusoh Pn. Marfizah binti Azizan JK Pengacara Majlis Pn. Siti Zakarah binti Ibrahim Pn. Norzuraini binti Zulkefli Cik Nur Najwa Hani binti Hafizan JK Cenderahati & Sijil Pn. Farhanah binti Ibrahim Pn. Nuraini binti Nanyan Che Nor Siti Salwa binti Che yusof JK Persiapan Tempat / Peralatan En. Mohd Zamri bin Omar En. Mohd Hayazi bin Hashim En. Mohd Zamruzi bin Idris En. Muhammad Mushrif bin Radi JK Pendaftaran Waris & Guru Pn. Rosnani binti Abdullah Pn. Nor Hazaina binti Taib Pn. Azlin binti Mohamed Razali Pn. Nor Shanita binti Mohd Fazil JK Cabutan Bertuah En. Mohd Nazer bin Ayub Pn. Sobariah binti Abd Wahab Pn. Siti Aisyah binti Saad Pn. Nur Ashikin binti Salleh Jurufoto & Dokumentasi En. Zainudin bin Aiziz En. Muzaffar bin Tawang Pn. Shakirah binti Mohd Noor Pn. Nor Hidayah binti Jussoh
8 | P a g e AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SKPK KALI KE 15 TAHUN 2024 JK Kebersihan Pn. Siti Zaleha binti Hashim Pn. Asnita binti Abdul Rani Pn. Nor Shahida binti Md.Jalani Pekerja pembersihan JK Pencatat Minit Mesyuarat Pn. Ku Rogayah binti Ku Yaakub Pn. Nurulhuda binti Ahmad Pn. Siti Aminah binti Abu Bakar Pn. NurLiyana binti Md Saad JK Jamuan VIP Pn. Rozilawati binti Shaari Pn. Nabilah binti Shafie @ Hanafi Pn. Intan Khoiriyah binti Abd Manaf Pn. Yasmin binti Mohd Hashim Pn. Ruslina binti Mahmud JK Backdrop & Pentas En. Mohd Faris bin Jaafar Pn. Fadhlina binti Aziz Pn. Mazihan binti Mahtar Pn. Hafishah binti Saad Pn. Zawiyah binti Mat Jarit Pn. Noorazian binti Said @ Nawang JK Buku Program Pn. Yusni binti Abdullah Pn. Norhayati binti Hashim Pn. Mazita binti Mohd Shah JK Publisiti & Banner Pn. Nurul Huda binti Ahmad Pn. Syokriyah binti Hashim JK Lalu Lintas & Parkir En. Muhamad Asraf Rusyaidi bin Amran En. Zamanuzamri bin Othman Pengawal keselamatan sekolah JK Teks Ucapan Perasmi & Guru Besar Pn. Sabarina binti Sharif ( Guru Besar ) Pn. Ruzaini binti Mohd Akib ( Perasmi ) Pn. Nor Faizah binti Hashim ( YDP)
9 | P a g e SEKOLAHKEBANGSAANPAYAKEMUNTING 06000 JITRA KEDAH MINITMESYUARATAGUNGPERSATUANIBUBAPADANGURU KALIKE-14 TAHUN 2023 Tarikh : 13 Jun 2023 Hari : Selasa Masa: 2.30 Petang Tempat : Dewan Perdana SK Paya Kemunting Perasmi : En Anuar Bin Othman YangDipertua PIBGSK Paya Kemunting, Jitra Kedah. AGENDA MESYUARAT : 1.0 Perutusan YDP PIBG 2.0 Membentangkan dan mengesahkan minitmesyuarat agung yang lalu. 3.0 Perkara-perkara berbangkit 4.0 Laporan aktiviti persekolahan daripada Guru Besar 5.0 Laporan penyata kewangan dan pengesahan 6.0 Pembubaran AJK PIBG sesi 2021/2023 7.0 Pelantikan AJK PIBGyang baharu 8.0 PembentanganUsul 9.0 Ucapan penangguhan 1.0 PERUTUSAN YANG DIPERTUA PIBG( EN. ANUAR BIN OTHMAN ) 1.1 Yang Dipertua PIBG mengalu-alukan kedatangan semua dalam mesyuarat agung PIBG pada hari ini. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa atas kerjasama sepanjang sesi 2021/23 serta kepada semua waris yang sentiasa bersedia dan memberi komitmen dalam menjayakan semua aktiviti yang dirancang. Beliau turut mengucapkan terima kasih atas sumbangan PIBG/PIBKS daripada para waris dan berjanji ianya akan ditadbir dengan baik. 1.2 YDPMemaklumkan bahawa lantikan AJKPIBGakan dibuat setiap tahun bermula tahun ini. 1.3 Beliau juga memohon supaya para waris menjadikan PIBG ini sebagai saluran yang betul untuk berhubungan dengan sekolah. Sebarang aduan boleh dimaklumkan terus kepada YDP PIBG untuk dibincangkan bersama pihak sekolah. 1.4 Akhir sekali, YDP berharap agar mensyuarat pada hari ini akan dapat mencari jalan terbaik untuk memacu SK Paya Kemunting ini ke arah yang lebih cemerlang. Tindakan : Makluman
10 | P a g e 2.0 MEMBENTANGKANDAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNGYANGLALU. 2.1 EnMohdHayazi BinHashimselaku Setiausaha PIBGmembentangkanMinitMesyuarat Agung PIBG kali ke-13 bagi tahun 2022 untuk disemak dan disahkan. 2.2 Pn Suwidatul binti Zainalmencadangkan agarminitmesyuarat yang lalu disahkan dan disokong oleh Pn Saidatul Nazdah binti Sobri. Tindakan : Setiausaha 3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT 3.1 Perkara 2.8 : Papan tanda jalan dari Taman Bersatu ke sekolah masih belum diletakkan oleh Majlis Perbandaran. YDP memohon setiausaha menghantar surat permohonan kali ke 2 kepada pihak berkenaan. 3.2 Perkara 2.9 : Tn Guru Besar memaklumkan bahawa sumbangan dana kebajikan yang dicadangkan pada tahun lepas terpaksa dibatalkan berikutan beberapa kekangan yang tidak dapat dielakkan. Semua wang sumbangan yang telah diberikan oleh waris telahpun dipulangkan semula kepada mereka. 3.3 Perkara 2.15 : Usul agar diletakkan penapis air di sekolah telah diselesaikan kerana terdapat individu yang telah mewakafkannya dan diletakkan di Surau Az zahra’. Tindakan : Pihak sekolah 4.0 LAPORAN AKTIVITI PERSEKOLAHANDARIPADA TUAN GURU BESAR ( EN MUHAMAD ANUAR BIN OTHMAN ) 4.1 Tuan Guru Besar mengucapkan terima kasih dan selamat datang kepada semua waris ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke14 pada hari ini. 4.2 Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua AJK yang lalu atas jasa bakti cemerlang mereka dalam mentadbir PIBG SKPK ini dengan jayanya. 4.3 PIBG merupakan medan cetusan idea dan medium terbaik untuk para waris berbincang dengan pihak sekolah dalam menyelesaikan beberapa isu yang timbul. 4.4 seUpaya merupakan slogan yang membawa maksud “Sekolah Unggul Paya Kemunting”. Sedaya upayamenggembeling tenaga ke arah kecemerlangan sekolah. 4.5 Kerjasama dan sokongan daripada waris amatlah penting dalam memberi impak kepada keberhasilan dan kemenjadian anak-anak di SK Paya Kemunting. 4.6 DATAKPM : Tuan Guru Besar memaklumkan bahawa data terkini sekolah ialah : ✓ Bilangan guru : 53orang ✓ AKP : 8 orang ✓ Bilangan murid : 651 orang ✓ Waris : 456 orang ✓ Bilangan kelas : 27 kelas
11 | P a g e 4.6.1 Tuan Guru Besar memaklumkan bahawa KPM memberi penekanan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani dan emosi (JERI) murid secara keseluruhan. 4.6.2 Tuan Guru Besar juga berpesan supaya para waris sama-sama membantu pihak sekolah dengan menjelaskan sumbangan dana PIBG RM30 untuk satu keluarga. 4.6.3 Tuan Guru Besar memaklumkan bahawa terdapat 4 subjek teras yang menjadi fokus utama yang perlu diberi penekanan dalam PDP. Antaranya ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. 4.7 Tuan Guru Besar berharap agar semua pihak dapat menggembeleng tenaga dalam membantu pihak sekolah memacu kecemerlangan SKPK ke arah yang lebih baik. Selari dengan slogan sekolah ”Commitment To Excellent”. Tindakan : Makluman 5.0 LAPORANPENYATA KEWANGAN DAN PENGESAHAN 5.1 Pn Sharifah Nur Intan selaku Bendahari PIBG membentangkan penyata kewangan PIBG bagi bulan Disember 2022 untuk disemak dan disahkan. 5.2 Beliau memaklumkan bahawa baki duit PIBG yang terdapat di dalam Bank Islam pada 1 Januari 2022 ialah sebanyak RM 5528.47 . 5.3 Kutipan Januari sehingga Disember 2022 sebanyak RM 14600.77. Jumlah keseluruhan sebanyak RM 20205.47. Jumlah pengeluaran sebanyak RM 12518.00. Baki berakhir 31 Disember 2022 ialah sebanyak RM7687.47. 5.4 Jumlah perbelanjaan bagi Mesyuarat Agung PIBG kali ke 13 sebanyak RM2000.00 adalah meliputi perbelanjaan keseluruhan majlis termasuk jamuan makan, persiapan tempat, cabutan bertuah dan lain-lain. 5.5 Pn Nabila binti Abd Wahab bertanya berkaitan bayaran buku peraturan sekolah sebanyak RM3.00 seorang dan jumlah keseluruhan dibayar oleh PIBG sebanyak RM2600.00. Adakah ianya dimasukkan ke dalam penyata kewangan tahun ini atau tahun akan datang? 5.6 Pn Bendahari memaklumkan bahawa RM2600 adalah wang pendahuluan yang dikeluarkan oleh PIBG untuk mencetak buku tersebut dan dijual kepada murid dengan sedikit keuntungan dan ianya akan dimasukkan semula ke dalam akaun PIBG. Jumlah pendapatan hasil jualan buku ini akan dikemaskini dalam penyata kewangan dari masa ke semasa. 5.7 En Zainudin memaklumkan hasil jualan buku peraturan ini dari bulan April 2022 sehingga bulan Disember perlu dinyatakan dalam penyata kewangan yang dibentang pada hari ini.
12 | P a g e 5.8 Tn Guru Besar memaklumkan bahawa ianya akan dimasukkan semula dalam penyata kewangan ini dan masih ada lagi baki yang perlu dijelaskan hasil daripada penjualan buku ini. 5.9 Pn Alida binti Ali mencadangkan agar digunakan perkataan pinjaman dana PIBG bagi memudahkan para waris memahami bahawa buku ini dicetak dengan menggunakan wang dana PIBG terlebih dahulu. YDP bersetuju dengan cadangan ini. 5.10Pn Naimah binti Ayub mencadangkan agar laporan penyata kewangan ini diterima dan disokong oleh En Mohd Hafiz bin Che Mei. Tindakan : Bendahari 6.0 PEMBUBARAN AJK PIBGSESI 2021/2023 6.1 YDP PIBG En Anuar bin Othman mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua atas kepercayaan yang diberikan sepanjang beliau dan AJK yang ada mengemudi PIBG SK Paya Kemunting ini. Terima kasih juga kepada semua AJK kerana memberi kerjasama yang baik dalam menjayakan semua agenda PIBG yang telah dirancang. Semoga AJK PIBG yang akan dilantik nanti akan dapat melaksanakan tugas ini dengan lebih cemerlang. 6.2 Dengan itu, beliau membubarkan Ahli Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2021/2023 dengan rasminya. 7.0 PERLANTIKANPENGERUSI SEMENTARA MESYUARAT 7.1 Pn Alida binti Ali mencadangkan agar En Anuar B Othman dilantik sebagai pengerusi sementara Mesyuarat Agung PIBG pada hari ini dan disokong oleh Pn Che Tom binti Ahmad. 8.0 LANTIKAN AJK BAHARU SESI 2023 / 2024 8.1 Pn Alida mencadangkan agar En Anuar binti Othman dilantik semula sebagai Yang Dipertua PIBG SK Paya Kemunting. En Mohd Hafiz bin Che Mei menyokong cadangan ini. 8.2 En Anuar bin Othman mencadangkan agar AJK PIBG yang lalu dilantik semula dan disokong oleh En Zainudin B Aiziz. 8.3 Tuan Guru Besar menyatakan bahawa pihak sekolah telah mencadangkan Pn Rohayati binti Ab Ghani dilantik sebagai Bendahari PIBG yang baharu bagi menggantikan Pn. SharifahNorIntan binti Syed Ibrahim. Beliau jugamengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn Sha.rifah Nor Intan atas jasa bakti beliau sepanjang menjalankan tugas
13 | P a g e sebagai Bendahari PIBGini.Cadangan ini disokong oleh En Mohd Afifi. 8.4 Mandat tandatangan adalah dua pertiga (2/3) daripada penama pemegang akaun PIBG. 8.5 YDP memaklumkan bahawa AJK yang lalu boleh dikekalkan sekiranya mereka hadir dalam mesyuarat ini. Oleh itu, 2 orang AJK yang tidak hadir perlu diganti dengan AJK baharu yang hadir pada hari ini. AJK guru telah pun dilantik oleh pihak sekolah. 8.6 En Muhammad Afifi bin Mahadzir mencadangkan agar Pn Alida Bt Ali dilantik sebagai Naib Yang Dipertua PIBG yang baharu. Cadangan ini disokong oleh En Muzafar bin Tawang. 8.7 En Zainudin bin Aiziz mencadangkan agar En.Hamdan bin Siru dilantik sebagai AJK PIBG yang baharu. Cadangan ini disokong oleh En. Zamanuzamri bin Othman. 8.8 En Muzaffar bin Tawang mencadangkan Dr Malikie bin Ibrahim dilantik sebagai AJK PIBG yang baharu dan disokong oleh Pn. Nabila binti Abd Wahab. 8.9 YDP mencadangkan Pn. Che Tom binti Ahmad dilantik sebagai AJK PIBG yang baharu dan disokong oleh En. Mohd Hayazi bin Hashim 8.10YDP PIBG yang baharu En. Anuar bin Othman membacakan senarai AJK PIBG bagi sesi 2023/2024 • YDP : En. Anuar binOthman • NYDP : Pn Alida binti Ali • SETIAUSAHA : En Mohd Hayazi bin Hashim • BENDAHARI : Pn. Rohayati binti Ab Ghani • AHLI JAWATANKUASA : WARIS : 1. En. Hamdan bin Siru ( Baru ) 2. En. MohdHafiz bin Che Me 3. Dr. Malikie bin Ibrahim ( Baru ) 4. En. Muhamad Afifi bin Mahadhir 5. Pn. Che Tom binti Ahmad ( Baru ) GURU : 1. En. Mohd Zamruzi bin Idris 2. Pn. Yusni binti Abdullah 3. En. Muzaffar bin Tawang 4. Pn. Hafishah binti Saad JURUAUDIT (Dikekalkan) 6. En. Zulkarnain bin Ibrahim 7. En. Ismail bin Chek Saad Tindakan : AJK PIBG
14 | P a g e 9.0 PEMBENTANGANUSUL 9.1 YDPmenyatakan usul yangdiberikanolehkebanyakanwaris adalahberbentuk cadangan dan bukannya usul. 9.2 Usul 1 : Pencadang usul : PnChe Tom binti Ahmad Usul : Mencadangkan pihak sekolah menyediakan tempat transit kepada murid KAFA yang tidak pulang untuk meletak beg di tempat yang selamat daripada hujan dan air kencing kucing. Beliau juga mengusulkan ruang persalinan untuk pelajar KAFA lelaki menyalin pakaian sebelum ke kelas KAFA. Maklum balas : Tuan Guru Besar memberi kebenaran kepada semua murid KAFA untuk berehat dan meletakkan beg mereka di surau Az zahra’ sebelum ke kelas KAFA. Surat akan dikeluarkan berkaitan perkara ini. Usul diterima. 9.3 Usul 2 : Pencadang usul : En. Anuar bin Othman Usul : Mencadangkan Program 1 Murid 1 Pokok, sekolah dalam taman. Maklum balas : Tn. Guru Besar memaklumkan bahawa program ini akan menimbulkan masalah penjagaan pokok tersebut terutama masalah penyiraman pokok ketika musim cuti persekolahan. Usul ditolak. 9.4 Usul 3 : Pencadang usul : En. Anuar bin Othman Usul : Diharapkan pihak sekolah dapat menyediakan locker tempat penyimpanan beg bagi mengelakkan masalah beg berat. Maklum balas : Pihak sekolah telah menyelaras waktu pulang dan juga jadual waktu murid. Penggunaan jadual waktu penjajaran ini menjadikan jumlah mata pelajaran yang diajar setiap hari adalah sedikit dan buku yang dibawa juga tidaklah terlalu banyak. Pembelian buku aktiviti daripada luar juga tidak dibenarkan. Isu beg berat telah selesai kecuali jika murid membawa buku tanpa melihat kepada jadual waktu harian. Usul ditolak. 9.5 Usul 4 : Pencadang usul : En. Muhammad Ridzuan bin Zakaria Usul : Mengusulkan agar dipasang penghawa dingin di setiap kelas bagi memberi keselesaan kepada murid semasa belajar terutama dimusim cuaca panas ini. Maklum balas : Dr. Malikie bin Ibrahim menyatakan usul ini perlu diterima namun pelaksanaannya perlu kepada perbincangan secara berterusan kerana ianya melibatkan kos yang besar. Tn YDP memaklumkan bahawa usul ini akan diketengahkan
15 | P a g e dan pelaksanaannya akan dilakukan dari masa ke semasa. Usul diterima dengan kajian oleh pihak sekolah dan PIBG. 9.6 Usul 5 : Pencadang usul : En. Mohamad Zamri bin Saidin Usul : Mohon pihak sekolah menyediakan ruang menunggu di dalam kawasan sekolah semasa murid pulang dari sekolah supaya keselamatan anak-anak lebih terjamin. Maklum balas : Tn YDP menyatakan PIBG mencadangkan untuk menyediakan tempat menunggu murid ketika waktu pulang ialah di kawasan pokok kelapa sawit di laluan motorsikal. Sekiranya semua waris bersetuju PIBG akan cuba meminta bantuan daripada IKBN bagi menyiapkan tempat menunggu ini. Semua waris bersetuju dengan usul ini. Usul diterima. 9.7 Usul 6 : Pencadang usul : Pn. Alida binti Ali Usul : Mohon pihak sekolah menamatkan kontrak kantin sekolah sedia ada kerana tidak mengamalkan kebersihan, jualan terlalu mahal dan penyediaan makanan yang kurang cermat sehingga menyebabkan keracunan makanan baru-baru ini. Maklum balas : • Tn Guru Besar memaklumkan bahawa, dalam proses penamatan kontrak ini, beberapa prosuder perlu dipatuhi beserta dengan bukti-bukti yang kukuh perlu dikemukakan kepada PPD & JPN. Perbincangan daripada kedua-dua pihak juga perlu dilakukan supaya tidak berlaku ketidakadilan kepada mana-mana pihak. • En Zainudin mencadangkan agar diadakan perbincangan bersama pengusaha kantin dan segala tindakan yang diambil mesti disertakan dengan bukti supaya pihak sekolah tidak disalahkan semula dikemudian hari. Semua tindakan perlulah berhati-hati. • Tn Guru Besar memaklumkan teguran demi teguran sudah beberapa kali diberikan oleh pihak sekolah dan jemaah nazir. Pemantauan oleh Guru Besar dan Penolong Kanan sentiasa dilakukan terutama berkaitan penyediaan makanan RMT yang didapati tidak bersesuaian dengang nilai yang sepatutnya. • Dr Malikie menyatakan bahawa usul ini wajar diterima dan menyerahkan kepada AJK PIBG dan pihak sekolah untuk menamatkan kontrak pengusaha kantin berdasarkan eviden-eviden yang ada dan teguran daripada Jemaah nazir serta bukti berkaitan keracunan makanan yang berlaku. Ini penting demi menjaga keselamatan anak-anak berkaitan dengan isu pemakanan di sekolah. • Semua waris yang hadir bersetuju dengan cadangan untuk menamatkan kontrak pengusaha kantin yang sedia ada dengan mengikut prosuder yang sebenarnya. Usul diterima.
16 | P a g e 9.8 Usul 7 : Pencadang usul : En. MohdNazer bin Ayub Usul : Mohon PIBG untuk membaiki makmal Sains 2 kerana berlaku kerosakkan dibahagian bumbung dan elektrik tidak berfungsi. 2 makmal yang ada tidak dapat menampung jumlah murid yang ramai dalam satu masa. Maklum balas : YDP memohon supaya dibuat kajian kos penyelenggaraan bumbung dan elektrik di makmal Sains tersebut dan diserahkan kepada PIBG. YDP dan Guru Besar akan cuba memohon dana daripada PPD bagi menyelesaikan masalah ini. Usul diterima. 9.9 Usul 8 : Pencadang usul : En. Anuar binOthman (YDP PIBG) Usul : Tuan YDP mencadangkan sumbangan kepada PIBG dan sumbangan lain yang perlu dijelaskan oleh waris adalah seperti berikut : Sumbangan PIBG ( Satu keluarga ) :RM30.00 Sumbangan Surau Az Zahra (Setiap murid ) :RM10.00 Sumbangan Digital ( setiap murid ) : RM 10.00 Jumlah : RM50.00 Maklum balas : Semuawaris bersetuju dengan cadangan ini. Usul diterima. Tindakan : semua waris 10.0 UCAPANPENANGGUHAN 10.1 En. Zainudin mengucapkan tahniah atas pelantikan AJK PIBG baharu bagi sesi 2023/24. Berkaitan kejadian ribut yang berlaku tempoh hari, diharapkan pihak tertentu dapat memperbaiki kerosakan dengan kadar segera demi untuk menjamin keselesaan murid untuk belajar. 10.2 Beliau juga mencadangkan agar guru dapat menetapkan bidang apa yang akan diajar pada hari tertentu supaya murid tidak membawa semua buku pada hari tersebut. Ini penting bagi mengurangkan beban membawa beg sekolah. 10.3 Ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua guru SKPK atas kerja buat mendidik anak- anak agar menjadi anak yang baik lagi cerdik. 10.4 En. Muzaffar bin Tawang mengingatkan berkaitan penggunaan “group whatsapp” kelas. Diharapkan semuawaris dapat memberi perhatian sepenuhnya atas info yang diberikan oleh pihak sekolah. 10.5 Group Whatsapp ini bukanlah tempat meluahkan sebarang ketidakpuasan hati para waris. Sebarang permasalahan bolehlah datang berbincang dengan pihak sekolah. 10.6 Tn. Guru Besar memaklumkan bahawa kutipan dana surau dan digital tidak dinyatakan dalam penyata kewangan kerana penyata yang dibentangkan adalah
17 | P a g e berakhir pada 31 Disember 2022 sedangkan kutipan dana ini baru dicadangkan pada Mac tahun 2023. 10.7 Beliau juga memaklumkan bahawa pelbagai cara dan usaha telah dibuat bagi mencari jalan penyelesaiankepadamasalahkerosakanbumbung sekolahakibatribut yang berlaku. Namun pihak sekolah masih belum mendapat dana bagi membaiki kerosakan ini. 10.8 Terima kasih atas kesudian semua waris yang hadir pada mesyuarat kali ini. Tahniah atas pelantikan AJK PIBG yang baharu. 10.9 YDP PIBG memaklumkan bahawa Pn. Sharifah Intan binti Syed Ibrahim selaku bendahari yang lalu perlu menukar penama akaun PIBG kepada bendahari yang baharu iaitu Pn. Rohayati bt Ab Ghani. Penukaran penama akaun boleh dibuat di Bank Islam Cawangan Jitra. Mandat tandatangan adalah dua pertiga (2/3) daripada penama pemegang akaun PIBG. 10.10 YDP PIBG mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kerana dapat menghadiri mesyuarat pada hari ini. Beliau berharap agar segala apa yang dibincangkan ini akan dapat direalisasikan dengan sebaik mungkin demi untuk kecemerlangan anak-anak SK Paya Kemunting. Semoga SK Paya Kemunting akan sentiasa mencapai kejayaan dan kecemerlangan di peringkat yang tertinggi. Akhir kata, segala apa yang diusahakan ini akan mendapat keberkatan dan kerahmatan daripada Allah S.W.T. Insyaallah. Tindakan : Makluman Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.10 Petang. Disediakan oleh : Disemak oleh : ……………………. …………………. (MOHD HAYAZI B HASHIM) ( ANUAR BIN OTHMAN ) Setiausaha PIBG sesi 2023/2024 YangDipertua PIBG2023/2024
18 | P a g e
19 | P a g e
20 | P a g e
21 | P a g e PENCADANG USUL 3 : NAMA WARIS : ABDUL RASID BIN ABDUL NAMA MURID : PUTERA AZIM RAYYAN BIN ABD RASID KELAS USUL 1 Menghadkan penjualan yang tidak berkaitan selain daripada alat tulis di koperasi sekolah. USUL 2 Memperketatkan kawalan keselamatan di ruangan menunggu di pintu hadapan sewaktu pelajar dibenarkan pulang. CADANGAN USUL DARIPADA PIHAK WARIS DAN AJK PIBG SK PAYA KEMUNTING BAGI MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK PAYA KEMUNTING KALI KE-15 TAHUN 2024 PENCADANG USUL 1 : NAMA WARIS : WAN MUHD ZAKWAN BIN WAN ZIN NAMA MURID : WAN MUHAMMAD AHNAF BIN WAN MUHD ZAKWAN KELAS : 3 EXCLUSIVE USUL 1 Cadangan supaya perjumpaan waris bersama ibu bapa diadakan lebih kerap (e.g 3 bulan sekali) untuk memantau prestasi serta kelakuan anak. Disamping itu dapat mengeratkan hubungan antara ibubapa dan guru. Tahun 2023 tiada perjumpaan diadakan. PENCADANG USUL 2 : NAMA WARIS : MOHD AZRUL BIN MOHD NOR NAMA MURID : NURUL IMAN HUMAIRA BT MOHD AZRUL KELAS : 5 EFFECTIVE USUL 1 Lampu jalan simpang masok ke sekolah selalu tidak menyala. USUL 2 Dilarang ibu bapa parking kereta di sisi jalan lorong masuk ke tempat murid-murid menunggu, dilarbapa parking kereta di depan public fon(menyusahkn waris lain nak masuk ambil anak di tempat menunggu waris) USUL 3 Peniaga depan sekolah banyak menjual jajan pada ank2 sekolah(keropok/gula2 )
22 | P a g e PENCADANG USUL 4 : NAMA WARIS : UMI SYUHADA BINTI HASSAN NAMA MURID : NUR ANIS ZULAIKHA BT MOHAMMAD RIDZUAN KELAS : 2 INNOVATIVE USUL 1 mohon koperasi menjual barang keperluan pelajar sahaja. Anak saya guna duit pergi koperasi beli dompet duit dan macam2 lagi. duit yang sepatutnya dia beli makanan habis dia belanjakan di koperasi. USUL 2 minta kantin update menu dan harga makanan.saya kurang pasti samada duit belanja yang saya berikan pada anak-anak cukup atau tidak. PENCADANG USUL 5 : NAMA WARIS : KHAIRUN NISA BINTI SHAHIDAN NAMA MURID : SYAFFIA NASUHA BT SYAZWAN KELAS : 1 CREATIVE USUL 1 Mohon koperasi sekolah hentikan jualan yg tidak berkaitan dgn barang keperluan sekolah. Merayu sangat. Anak snggup tak makan duk beli brang kt koperasi. Duit sekolah anak cukup2 saja untuk makan. PENCADANG USUL 6 : NAMA WARIS : MOHAMAD MARIANO BIN ABDULLAH NAMA MURID : MUHAMMAD HUD NIYAZ BIN MOHAMAD MARIANO KELAS USUL 1 Saya ada membuat lawatan di beberapa tempat di SKPK, didapati keadaan tandas pelajar teramat kotor dan tidak terurus, mohon pihak sekolah ambil maklum perkara ini. USUL 2 Saya cadangakan guru kelas mata pelajaran akhir memastikan pelajar mengemas buku serta alat tulis. Memastikan setiap pelajar ada peralatan serta buku yg lengkap dan tidak mengambil hak pelajar lain USUL 3 Mohon pengawal keselamatan menjaga keselamatan para pelajar SKPK dengan lebih baik. Memastikan keadaan lalu lintas selamat untuk pelajar.
23 | P a g e PENCADANG USUL 8 : NAMA WARIS : MUHAMMAD ZAMRI B SAEDIN NAMA MURID : NUR QISYA SUMAYYAH KELAS : 1 EXCLUSIVE USUL 1 Menyediakan tempat menunggu bagi murid yang pulang dari sekolah di dalam kawasan pagar sekolah. PENCADANG USUL 9 : NAMA WARIS : ZAMILA BT ZAMRI NAMA MURID : NUR AMIRAH ALZAHRA BINTI MOHD HAMNI. KELAS : 4 EXCLUSIVE. USUL 1 Mohon diubah semula jadual kafa kepada tahun sebelum ini .Anak2 jadi kelam kabut tidak sempat berehat, makan, solat dll.. jgn diminta anak2 stay disekolah. Anak anak jadi lebih letih tiada tempat nk berehat. Di surau murid lelaki suka selak2 langsir intai2 pelajar perempuan. Jadi xboleh nk baring berehat dan buka tudung. USUL 2 Mohon pihak sekolah lebih ambil perhatian tentang jualan di hadapan sekolah. Jualan makanan yg kurang sihat. Juallah makanan yg mengenyangkan pelajar bukan setakat kaut keuntungan sahaja. PENCADANG USUL 7 : NAMA WARIS : SALMIAH BINTI ISMAIL NAMA MURID : AISYA SOFIA BINTI HELMI. KELAS : 4 INNOVATIVE USUL 1 Saya mencadangkan pihak sekolah membenarkan anak tahap 1 dan 2 pulang dalam perbezaan waktu kira-kira 15 minit. Ini kerana bagi menjimatkan masa bagi ibu seperti saya yang perlu mengambil anak pulang. contoh sekarang saya perlu berulang alik ke sekolah sebanyak 3 kali bagi mengambil anak pulang (darjah 1pukul 12.45, darjah 4 pukul 1.15/1.45 dan darjah 6 pukul 1 lebih/2 lebih(solat)). Saya amat-amat berharap pihak sekolah dapat mempertimbangkan usul saya bagi ibu yang bekerja. Oleh itu,saya mencadangkan tahap 1 waktu pulang adalah pada pukul 1.00 tgh.
24 | P a g e PENCADANG USUL 10 : NAMA WARIS : NUR SYUHADA BINTI NASRUDIN NAMA MURID : NUR ALIFA DHUHA BINTI MOHD ISMA ALIF KELAS : 1 INNOVATIVE USUL 1 Kantin kena kaji balik harga makanan. Harga makanan tidak berbaloi dgn kuantiti yang disediakan. Note : masa minggu pertama persekolahan (ayam goreng salut tepung potong kecil2 dan kentang rm3) USUL 2 Makanan dijual di kantin tidak berkhasiat cth : sosej PENCADANG USUL 11 : NAMA WARIS : SAMIDI BIN YAAKOB NAMA MURID : PUTRA MUHAMMAD DANISH ILMAN BIN SAMIDI. KELAS : 5 EXCLUSIVE USUL 1 Laluan keluar kenderaan terlindung disebabkan kenderaan parking di tepi jalan,boleh menyebabkan kemalangan kerana pandangan terlindung. Mohon penambahbaikan. PENCADANG USUL 12 : NAMA WARIS : USUL DARIPADA AJK PIBG USUL 1 kerusi yang ada di sekolah ini tidak mencukupi ketika mengadakan majlis didewan dan murid perlu mengangkat kerusi daripada PSS dan kantin sekolah bagi memastikan semua yang hadir dapat duduk dengan selesa. Bagi meyelesaikan masalah ini diusulkan bahawa pihak sekolah membuka dana wakaf kerusi kepada semua warga sekolah dan semua waris pelajar SKPK iaitu sebanyak RM20.00 sekeluarga. Tiada paksaan. hanya kepada mereka yang berhajat untuk menyumbang demi keselesaan anak-anak di SKPK dan sebagai saham akhirat kepada semua yang menyumbang. USUL 2 Bagi mengelakkan berlakunya kesesakan dihadapan sekolah ketika menghantar dan mengambil anak pulang dari sekolah, AJK PIBG mengusulkan agar dibuka satu pagar baharu di hujung pagar sekolah. Kereta waris tidak dbenarkan berhenti di hadapan pintu pagar sekolah.
25 | P a g e USUL 3 Pihak sekolah memohon agar PIBG dapat membawa usul untuk mendesak pihak atasan supaya dapat menyalurkan peruntukan secepat mungkin bagi memperbaiki 5 kelas yang rosak di sekolah ini. Ini bagi menampung kekurangan kelas yang ada sekarang. USUL 4 Memohon dana PPKI setiap tahun sebanyak RM500.00 untuk menampung kos pembelajaran murid dan penyelenggaraan kelas PPKI
26 | P a g e PENCAPAIAN KURIKULUM DAN KOKURIKULUM TAHUN 2023 HINGGA JUN 2024 BIL AKTIVITI PENCAPAIAN PERINGKAT 1 Karnival Pendidikan Islam Peringkat Daerah Kubang Pasu Dan Negeri Kedah ( Tilawah Al Quran ) Johan Daerah 2 Pertandingan Merentas Desa Pendidikan Khas Peringkat Daerah Kubang Pasu Johan Daerah 3 Pertandingan Tarian Ta'seem Daerah Kubang Pasu 2024 Johan Daerah 4 Pertandingan Video Kreatif TVPSS Sekolah2 Daerah Kubang Pasu Johan Daerah 5 Kejohanan Silat Olahraga Serumpun Panglima AGSP Peringkat Kebangsaan 2024 Johan Kebangsaan 6 Kejohanan Olahraga MSSD Kedua Daerah 7 Pertandingan Karnival Bahasa Melayu Peringkat Daerah Kubang Pasu Tahun 2023 (Bercerita Tahap 1) Kedua Daerah 8 International Hospitality & Education Invention, Innovation And Design (IHEIID 2023) Kedua Antarabangsa 9 Karnival Bahasa Melayu Peringkat Daerah Kubang Pasu Kedua Daerah 10 Kejohanan Bola Jaring Peringkat Zon Hosba Kedua Zon Hosba 11 Kejohanan Silat Olahraga Serumpun Panglima AGSP Peringkat Kebangsaan 2024 Ketiga Kebangsaan 12 Kejohanan Bola Sepak Peringkat Daerah Kubang Pasu Ketiga Daerah 13 Karnival Pendidikan Islam Peringkat Daerah Kubang Pasu (Tilawah Al Quran) Ketiga Daerah 14 Hafazan Al Quran Rendah Daerah Kubang Pasu Ketiga Daerah 15 World Youth Stem Invention Innovation 2023 Ketiga Antarabangsa 16 Kejohanan Boling Tenpin Majlis Sukan Sekolah Daerah Kubang Pasu Tahun 2023 Ketiga Daerah 17 Karnival Pendidikan Islam Peringkat Daerah Kubang Pasu ( Hafazan Perempuan ) Ketiga Daerah 18 Kejohanan Bola Sepak Zon Hosba Ketiga Zon Hosba 19 Pertandingan Brisk Walk (OBES) Ketiga Daerah
27 | P a g e PROGRAM HAL EHWAL MURID MAC 2023 HINGGA FEBRUARI 2024 BIL AKTIVITI TARIKH 1 Program Jom Kembali Ke Sekolah 14 Mac 2023 2 Program Orientasi Prasekolah Dan Suai Kenal Tahun 1 15 Mac 2023 3 Bantuan Awal Persekolahan Tahun (BAP) 12 April 2023 4 Penyerahan Bantuan ( Bakul Ramadhan Dan KWAMP ) Asnaf Dan Anak Yatim 18 April 2023 5 Majlis Pelantikan Pengawas Sekolah 21 Mei 2023 6 Program Sumur Bersama Tahun 6 25 Mei 2023 7 Mesyuarat Agong Pibg Kali Ke 14 13 Jun 2023 8 Kem Aqil Baligh Tahun 6 21 Julai 2023 9 Gotong Royong Madani 19 Ogos 2023 10 Pelancaran Duta Sahsiah 31 Oktober 2023 11 Sambutan Hari Kanak-Kanak 11 Disember 2023 12 Solidariti Palestin 29 Oktober Hingga 2 November 2023 13 Majlis Penyerahan Surat Lantikan Pengawas Sesi 2024/2025 4 Februari 2023 14 Program Penyerahan Beg Dari Lembaga Zakat ( LZNK ) 7 Februari 2023 15 Program Budaya Tutup Sekolah 7 Februari 2023
28 | P a g e SENARAI PROGRAM/ AKTIVITI SK.PAYA KEMUNTING TAHUN 2023/2024 BIL AKTIVITI TARIKH / HARI TEMPAT 1. Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke 13 09.01.2023 (Khamis) Padang SKPK 2. Perasmian Surau AzZahra’ 28.01.2023 (Sabtu) Surau AzZahra’ SKPK 3. Hari Anugerah Citra Murid Unggul (HACMU) 28.01.2023 (Sabtu) Dewan Perdana SKPK 4. Majlis Tamat Prasekolah 06.02.2023 (Isnin) Hotel Bustani 5. Program Orientasi Prasekolah dan Tahun 1 16.03.2023 (Rabu) Dewan Perdana SKPK 6. Program Minggu Pertama Pembukaan Sekolah sesi Akademik 2023/2024 19 - 23.03.2023 (Ahad-Khamis) SKPK 6. Perasmian Program Ihya’ Ramadan 1444H 21.03.2023 (Selasa) Dataran SKPK 7. Aktiviti Moment Of The Year 22.03.2023 (Rabu) Dataran SKPK 8. Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran 09.04.2023 (Ahad) Dataran Terbuka SKPK 9. Kem Smart Solat Siri 1 & Majlis Berbuka Puasa Murid Tahun 5 & 6 17.04.2023 (Isnin) Surau Azahra’ SKPK 10. Majlis Khatam Al-Quran Ihya’ Ramadhan Dan Penyerahan Duit Raya 18.04.2023 (Selasa) Dewan Perdana SKPK 11. Majlis Sambutan Hari Guru 16.05.2023 (Selasa) Dewan Perdana SKPK 12. Majlis Pelantikan Pemimpin Muda Sekolah 21.05.2023 (Ahad) Dataran SKPK 13. Program Sumur Tahun 6 Siri 1 25.05.2023 (Khamis) Surau AzZahra’ SKPK 14. Bengkel Pemantapan Keberhasilan Pemimpin Muda Sekolah 04.06.2023(Ahad) SKPK 15. Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 14 13.06.2023 (Selasa) Dewan Perdana SKPK 16. Program Pelancaran Nilam dan Budaya Membaca 16.07.2023 (Ahad) Dataran SKPK 17. Kem Aqil Baligh Murid Tahun 6 Siri 1/ 2023 20.07.2023 (Khamis) SKPK 18. Program Perjumpaan Pentadbir Bersama Murid Tahun 6 Siri 1 27.07.2023 (Khamis) Surau AzZahra’ SKPK 19. Lawatan Penanda Aras SKPK Ke SK.Santan, Perlis 11.08.2023 (Jumaat) SK.Santan, Perlis 20. Aktiviti Sambutan Bulan Kebangsaan 20.08. – 17.09.2023 SKPK
29 | P a g e 21. Majlis Permuafakatan Waris Tahun 6 16.08.2023 (Rabu) Surau AzZahra’ SKPK 22. Program Gotong Royong Madani Bersama PIBG dan Waris Murid Tahun 6 19.08.2023 (Sabtu) SKPK 23. Sambutan Maulidur Rasul 1445H 27.09.2023 (Rabu) SKPK 24. Lawatan Perkongsian Amalan Terbaik Prasekolah PPD Kuala Terengganu 12.10.2023 (Khamis) Pra Sekolah SKPK 25. Pelancaran Solidariti Palestin 29.10.2023 (Ahad) Dataran SKPK 26. Pelancaran Duta Sahsiah Pemangkin Pembentukan Karekter Karamah Insaniah 31.10.2023 (Selasa) Dewan Perdana SKPK 27. Kejohanan Olahraga Tahunan kali Ke- 14 08.11.2023 (Rabu) Padang SKPK 28. STEM Education FUN LEARNING (UNIMAP/PPDKP) 22.11.2023 (Rabu) PSS SKPK 29. KEM BESTARI SOLAT (KBS) Tahap 2 29.11.2023 (Rabu) SKPK 30. kem Bestari Solat (KBS) 30.11.2023 (Khamis) SKPK 31. Karnival Kokurikulum 05-07.12.2023 (Selasa-Khamis) SKPK 32. Sambutan Hari Kanak-Kanak SKPK 11.12.2023 (Isnin) Dewan Perdana SKPK 33. Majlis Persaraan Pn.Roswita (PK HEM ) 13.12.2023 (Rabu) Dewan Perdana SKPK 34. Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2024 29.01.2024 (Isnin) Kelas Murid 35. Hari Anugerah Citra Murid Unggul 2023/2024 01.02.2024 (Khamis) Dewan Perdana SKPK 36. Majlis Penyampaian Sijil Tamat Pra Sekolah sesi 2023/2024 03.02.2024 (Sabtu) Dewan Perdana SKPK 37. Majlis Sejambak Kasih Semekar Memori Tahun 6 2023/2024 05.02.2024 (Isnin) Hotel Bustani 38. Jamuan Perdana Tahun 1-6 06.02.2024 (Selasa) Dewan Perdana SKPK 39. Majlis Penyerahan Beg dari LZNK 07.02.2024 (Khamis) Dewan Perdana SKPK 40. Program Suaikenal Pra Sekolah & Tahun 1 sesi 2024/2025 04.03.2024 (Isnin) Dewan Perdana SKPK 41. Perasmian Program Ihya’ Ramadhan 1445H 12.03.2024 (Rabu) Dewan Perdana SKPK 42. Program Panitia Pagi ( Murid Tahun 1-6) Bermula 1 April 2024 Dewan Perdana SKPK 43. Penyerahan Bakul Ramadan dan Wang Zakat kepada Golongan Asnaf serta Pemberian Duit Raya kepada Anak Yatim 04.04.2024 (Khamis) SKPK
30 | P a g e 44. Sambutan Hari Raya Aidilfitri 18.04.2024 (Khamis) Dewan Perdana SKPK 45. Bengkel Pemantapan Pemimpin Muda Sekolah Siri 1 2024 22.04.2024 (Isnin) Dewan Perdana SKPK 46. Program Jom Baca Bersama 10 minit Prasekolah & PSS SKPK 23.04,2024 (Selasa) SKPK 47. Kejohanan Merentas Desa 24.04.2024 (Rabu) 48. Watikah Pelantikan Pemimpin muda Sekolah 05.05.2024 (Ahad) Dataran SKPK 49. Perjumpaan Waris Tahun 6 08.05.2024 (Rabu) Surau AzZahra’ SKPK 50. Highly Immersive Programme 12-15.05.2024 (Ahad-Rabu) SKPK 51. STEM INVENTIONS SKPK 14.05.2024 (Selasa) Dewan Perdana SKPK 52. Sambutan Hari Guru 16.05.2024 (Khamis) Dewan Perdana SKPK 53. Program Pembelajaran Luar Bilik Darjah & Kajian Lapangan (KBS) 21.05.2024 (Selasa) Masjid Sharifah Fatimah
31 | P a g e