Nama: Nur
Qaireen Afrina
Binti Mohd
Ahfizullah
Kelas: 5Berlian
Tajuk: Haiwan
Nama Guru: Cikgu
Saidatul Safinar
Maksud
kemandirian
spesies haiwan
Kemandirian spesies haiwan
ialah keupayaan
haiwan untuk mengekalkan
spesiesnya
bagi mengelakkan kepupusan.
Berlindung
daripada musuh
Ciri-ciri khas
Ciri-ciri khas pada anggota
badan haiwan dapat
melindunginya daripada
musuh.
1. Lebah, lipan dan
tebuan mempunyai
sengat yang
mengeluarkan bisa yang
dapat menyakitkan atau
membunuh musuh.
2. Pepijat, kumbang
dan lipas
mengeluarkan bau
yang busuk .
3. Rama-rama
mempunyai corak yang
merupai mata palsu pada
sayapnya untuk
memperdayakan musuh.
4. Sisik keras yang
terdapat pada buaya
dan ikan Arapaima
melindungi dirinya
daripada kecederaan.
5. Kuda, arnab dan katak
mempunyai otot kaki yang
kuat untuk bergerak
pantas bagi
menyelamatkan diri
daripada musuh.
6. Tanduk tajam yang
terdapat pada rusa,
kerbau dan seladang
digunakan untuk
mempertahankan diri.
Tingkah laku
khas
Tingkah laku khas untuk
melindungi diri daripada musuh.
1. Landak akan memecut
masuk ke dalam sarang
bawah tanah jika diserang.
Jika gagal melarikan diri,
landak akan
mengembangkan duri
tajam pada badannya
untuk menakutkan musuh.
2. Apabila berasa terancam,
ikan buntal akan
mengembungkan badannya
yang berduri tajam
sehingga saiznya menjadi
tiga kali ganda untuk
menakutkan musuh. Ikan
buntal juga beracun.
3. Cicak dan kurita akan
memutuskan anggota
badannya apabila
diserang.
4. Sotong dan kurita
akan mengemburkan
dakwat hitam ke
arah musuh apabila
diserang.
5. Kura-kura akan
memasukkan anggota
badan ke dalam
cangkerang apabila
berasa terancam.
6. Tenggilng akan
menggulungkan diri
apabila berasa
terancam.
7. Ulat gonggok akan
menggulungkan diri
untuk melindungi
kepala saya apabila
berasa terancam.
8. Gajah hidup
berkumpulan untuk
melindungi diri dan
mengurangkan risiko
diserang oleh musuh.
9. Semut bergerak
dalam kumpulan
bagi menjamin
keselamatan.
Ciri-ciri khas pada anggota
badan haiwan dan tingkah
laku khas haiwan dapat
membantu haiwan
melindungi diri daripada
musuh untuk memastikan
kemandirian spesiesnya.
Sekian
Terima
kasih