The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mazliza md ali, 2020-01-06 02:20:35

Minit Mesyuarat Kali 4 Panitia Bahasa Inggeris

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Sekolah Kebangsaan Keladi TEL : 04 4951296
FAX : 04 4911509
09000 Kulim, Kedah Darul Aman. EMEL :[email protected]

KBA5006

Ruj. Kami :SKK : 30/002/3 ( )
Tarikh : 11 November 2019



MINIT MESYUARAT PANTIA BAHASA INGGERIS
KALI KEEMPAT 2019


Tarikh : 11 November 2019
Masa : 1.30 petang
Tempat : Makmal Komputer, SK Keladi
Kehadiran :
1. Puan Thelagayathy a/p P. Seenivasan
2. Puan Mazlizawati binti Md Ali
3. Puan Asmohaina binti Mohamed
4. Puan Afida Hanie binti Ahmad
5. Puan Siti Fathiyah binti Abdul Aziz
6. Cik Thenmozhi a/p Subramaniam
7. Puan Mahalakshmi a/p Kamalanathan


Ketidakhadiran :


AGENDA




I. Perutusan Pengerusi

1. Puan Thelaga sebagai pengerusi majlis mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan

oleh semua guru Panitia Bahasa Inggeris sepanjang tahun ini. Beliau berharap semoga semua

aktiviti panitia akan ditingkatkan sejajar dengan usaha meningkatkan lagi prestasi dan

kemenjadian murid.
2. Pengerusi majlis mengalu-alukan kedatangan semua guru ke mesyuarat pada kali ini.

3. Pengerusi juga memaklumkan bahawa akan ada edaran untuk cadangan pemilihan kelas tahun

2020 dan memohon semua guru mengisi mengikut pilihan masing-masing. Cadangan ini akan

diusulkan kepada pihak pentadbiran.


Makluman : Semua guru

II. Aluan Guru Besar

4. Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Nor Hayati mewakili Guru Besar yang tidak dapat hadir ke

mesyuarat ini kerana menghadiri satu perjumpaan di PPD.

5. Puan Nor Hayati mengucapkan terima kasih di atas kehadiran guru-guru ke mesyuarat Panitia
Bahasa Inggeris kali keempat ini. Beliau turut mengucapkan tahniah di atas semua komitmen dan

kerjasama yang diberikan dalam menjayakan aktiviti berkaitan dengan panitia Bahasa Inggeris.

6. Beliau turut memaklumkan agar semua guru melengkapkan dan menyelesaikan semua kerja yang

telah diarahkan.
Makluman : Semua guru




II. Pengesahan Minit Mesyuarat Panitia Kali Kedua

7. Minit mesyuarat telah dibentangkan dan dibaca oleh setiausaha.

8. Minit mesyuarat yang lalu telah disahkan oleh Puan Siti Fathiyah dan disokong oleh

Puan Asmohaina.
Makluman : Semua guru



III. Perkara-perkara Berbangkit
9. Pengerusi memohon agar semua guru menyerahkan analisa dan posmortem Peperiksaan Akhir


Tahun dan PBD untuk difailkan.
Tindakan : Semua guru



10. Perlu memastikan ETR diletakkan dengan lebih teliti dan bersesuaian dengan target untuk
headcount pada tahun hadapan. Ujian 1 untuk Tahun 4 perlu dititik beratkan untuk memperolehi

TOV yang lebih tepat bagi setiap murid.

Tindakan : Semua Guru



11. Semua guru perlu memastikan penyerahan rekod PBD kepada setiusaha panitia untuk difailkan.
Tindakan : Semua guru



12. Semua guru menyatakan perlaksanaan penyatuan Sivik dalam Bahasa Inggeris dijalankan dengan
baik setiap minggu ke-4 setiap bulan.

Makluman : Semua Guru

IV. Laporan Program DLP

13. Program DLP berjalan seperti yang telah dirancangkan. Pengambilan murid DLP Tahun 1 akan
dijalankan semasa Program Transisi.

Makluman : Semua Guru


V. Pintas dan OPPM

14. Setiusaha panitia memaklumkan Bahasa Pintas dan OPPM telah diserahkan kepada Penolong

Kanan Kurikulum untuk tindakan selanjutnya.

Makluman : Semua Guru


VI. Aktiviti PASCA UPSR

15. Aktiviti untuk Panitia Bahasa Inggeris bagi PASCA UPSR telah dijalankan dengan lancar. Panitia

Bahasa Inggeris telah melaksanakan aktiviti selama 2 hari seperti yang telah dijadualkan.

Makluman : Semua Guru


VII. PBD

16. Semua guru memaklumkan Bahawa Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi tahap 1 dan 2 telah
dilengkapkan.

Makluman : Ketua Panitia

VIII. Analisa dan Postmoterm

17. Analisa Pencapaian Bahasa Inggeris untuk Peperiksaan Akhir Tahun (PAT) adalah seperti

lampiran.
18. Puan Thelagayathy telah menyiapkan analisa PAT bagi Tahun 4 dan Puan Asmohaina pula telah

menyiapkan analisa PAT bagi Tahun 5.

19. Analisa PBD bagi Tahap 1 telah disiapkan oleh Puan Siti Fathiyah.
20. Postmortem peperiksaan adalah seperti dalam lampiran.

Makluman dan Tindakan : Semua Guru Bahasa Inggeris


IX. TOV & Headcount


21. Headcount bagi semua kelas Tahap 2 telah selesai. Borang HC3 juga telah dilengkapkan.
Makluman : Semua Guru Bahasa Inggeris



X. Buku Latihan Tahun 2020
22. Setelah berbincang, kesemua guru sepakat untuk pengunaan buku latihan seperti berikut:

a. Tahap 1 : 2 buku panjang dan 2 buku pendek.

b. Tahap 2 : 4 buku panjang

Makluman : Semua Guru Bahasa Inggeris
XI. Penyepaduan Sivik dalam Bahasa Inggeris
23. Pengerusi memaklumkan setiap minggu ke-4 pada setiap bulan, pelaksanaan penyepaduan sivik

dalam Bahasa Inggeris dalam PdPc perlu dilakukan selama sejam. Jika Pdpc berkenaan tidak
dapat dijalankan pada minggu ke-4, ia boleh dilakukan pada minggu ke-5 atau minggu pertama
bulan berikutnya.
24. Beliau memohon agar proses PdPC bagi Penyepaduan Sivik ini dilaksanakan oleh semua guru
seperti yang telah diarahkan.
Makluman dan Tindakan : Semua Guru Bahasa Inggeris



XII. Program PAK21 / KBAT / I-Think
25. Pengerusi memaklumkan semua guru perlu menerapkan ciri-ciri pengajaran berkonsepkan
PAK21 dengan memahami istilah 4K1N.
26. 4K merupakan komunikatif, kolaboratif, kritis dan kreatif. Manakala 1N pula adalah nilai.
27. Selain daripada itu, guru juga perlu membiasakan murid dengan memberi lebih banyak soalan
berbentuk KBAT agar mereka boleh menjawab soalan yang di luar sukatan pelajaran serta

menzahirkan sesuatu yang tersurat.
28. Guru turut digalakkan untuk menggunakan peta I-Think bagi membudayakan kemahiran berfikir

di kalangan murid.
Makluman dan Tindakan : Semua Guru Bahasa Inggeris


XI. PLC

29. Program PLC telah dilaksanakan mengikut keperluan.

30. Terdapat sedikit kekangan memandangkan kekangan masa dan jadual yang padat.

31. Pengerusi memaklumkan akan memberi cadangan tentang penetapan jadual PLC dalam jadual
waktu harian guru kepada PK Kurikulum.

Makluman dan Tindakan : Semua Guru Bahasa Inggeris


XII. Hal-hal Lain

32. RPH untuk tahun hadapan haruslah diselaraskan sejajar dengan arahan dari pihak pentadbiran.

33. CEFR akan menggunakan buku teks baru pada tahun hadapan.

34. Pengerusi memaklumkan supaya semua guru memberi galakan kepada semua murid untuk

menggunakan Bahasa Inggeris di luar bilik darjah.
Makluman dan Tindakan : Semua guru



XIII. Penutup
38. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli panitia yang hadir.



Majlis bersurai pada pukul 3.00 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,


_________________________ _______________________
MAZLIZAWATI BINTI MD ALI THELAGAYATHY A/P P.SEENIVASAN
SETIUSAHA KETUA
PANITIA BAHASA INGGERIS PANITIA BAHASA INGGERIS
SK KELADI SK KELADI


Click to View FlipBook Version