KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Pejabat Pendidikan Daerah Bangsar/Pudu
GARIS PANDUAN PERTANDINGAN
KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING
KERJAYA SEKOLAH MENENGAH
PERINGKAT DAERAH BANGSAR TAHUN
2021
KATEGORI : VIDEO DIGITAL
1
PENDAHULUAN
Setiap murid mempunyai kebolehan kreativiti yang pelbagai. Selaras dengan aspirasi
murid di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Negara yang berhasrat untuk
melahirkan murid-murid yang kreatif maka penghasilan pertandingan video digital
diadakan.
OBJEKTIF
1. Menyediakan platform dan mengiktiraf hasil kerja murid yang terlibat di dalam
bidang kerjaya multimedia.
2. Untuk melahirkan generasi muda yang sentiasa dapat menghasilkan karya kreatif
yang menerapkan nilai-nilai murni.
3. Untuk memberi dorongan dan galakkan kepada murid-murid yang sentiasa kreatif
di dalam menghasilkan video digital yang berkualiti.
4. Bagi mencungkil bakat baharu di dalam bidang industri kreatif daripada kalangan
murid-murid di sekolah.
SASARAN
Semua murid sekolah menengah Daerah Bangsar
SYARAT PENYERTAAN
1. Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua murid sekolah menengah yang
sedang belajar di sekolah kerajaan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
2. Satu sekolah hanya boleh menghantar satu penyertaan sahaja.
3. Video Digital hendaklah dicipta mengikut tema yang telah ditetapkan
Kesejahteraan Mental Tonggak Kecemerlangan Bekerjaya.
4. Bahasa yang digunakan dalam video digital ialah Bahasa Melayu atau Bahasa
Inggeris. Tidak dibenarkan mencampur adukkan bahasa dalam satu video.
5. Tempoh durasi produksi mestilah tidak melebihi 3 minit dan tidak kurang dari 2
minit. Video Digital yang dihasilkan mestilah tidak memaparkan isu-isu sensitif atau
kontroversi dari segi budaya, kaum, agama, politik, isu-isu perundangan dan
Perlembagaan Persekutuan.
2
6. Video Digital mestilah karya asal peserta dan tidak pernah memenangi anugerah
dalam mana-mana pertandingan/festival filem/video peringkat kebangsaan dan
antarabangsa.
7. Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak
asli atau diciplak.
8. Semua hasil penyertaan video digital perlu dihantar kepada penyelaras
pertandingan melalui Google Form.
9. Penyertaan perlu dihantar pada atau sebelum 6 September 2021
10. Keputusan panel juri adalah MUKTAMAD. Sebarang bantahan tidak akan dilayan.
11. Peserta mestilah membenarkan pihak penganjur menggunakan produksi tersebut
bagi tujuan program pendidikan pihak penganjur serta promosi dan siaran di TV
atau media selepas pertandingan.
12. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan
berkaitan dengan produksi terhadap peserta oleh mana-mana pihak yang
berkenaan.
13. Setiap penyertaan mestilah mendapat pengesahan atau pemakluman pengetua dan
sokongan guru bimbingan dan kaunseling sekolah.
GARIS PANDUAN PERTANDINGAN
1. Penghasilan video digital ini adalah secara individu dan terbuka kepada semua
tingkatan.
2. Hasil video digital perlu bertemakan Kesejahteraan Mental Tonggak
Kecemerlangan Bekerjaya.
3. Hasil video digital yang mengandungi logo sekolah, nama sekolah dan nama murid
akan dibatalkan penyertaan.
4. Aplikasi yang digunakan adalah bebas mengikut kreativiti para peserta.
5. Semua peserta hendaklah mengisi borang melalui Google Form yang telah
disediakan.
6. Hasil penyertaan murid akan dinilai oleh hakim yang dilantik oleh pihak penganjur.
Markah akan berdasarkan kepada informasi yang disampaikan di samping
kreativitidi dalam menghasilkan video digital tersebut.
7. Hasil video digital hendaklah dalam format MP4.
3
KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYASEKOLAH MENENGAH
PERINGKAT DAERAH BANGSAR TAHUN 2021
BORANG PEMARKAHAN
PERTANDINGAN VIDEO DIGITAL
ZON : BANGSAR
SEKOLAH : _____________________________________________________
BIL ASPEK KETERANGAN MARKAH MARKAH
PENILAIAN PENUH DIPEROLEHI
Fokus kepada tajuk yang dipilih. 25
1 Maklumat / Fakta adalah tepat. 20
informasi Sumber dinyatakan sekiranya 20
ada. 10
Kapsyen yang bersesuaian. 10
10
Bahasa yang digunakan
2 Bahasa bersesuaian. 5
Mudah difahami. 100
Kemahiran menggunakan ruang
Rekaletak / / imej yang seimbang dan
3 ilustrasi menarik. Tulisan hendaklah jelas
dan mudah dibaca.
4 Audio Pemilihan lagu latar / kejelasan
suara.
5 Kreativiti Keupayaan menghasilkan video
digital yang menarik.
Hasil merupakan ciptaan sendiri.
Hasil tidak pernah disiarkan di
6 Keaslian mana-mana pertandingan
sebelum ini.
Mengikut durasi masa seperti
yang telah ditetapkan dalam
7 Durasi masa syarat pertandingan iaitu tidak
melebihi 3 minit dan tidak kurang
dari 2 minit.
JUMLAH
Tandatangan Disahkan oleh
………………………………………… ………..……………………………….
( ) ( )
Hakim Ketua Hakim
4