Kenangan Raya Dulu-Dulu Memang Menggamit Memori!
Bila sebut sahaja Hari Raya Puasa, pasti kita teringat akan kemeriahan tatkala menyambut Aidilfitri yang diraikan tanda ‘kemenangan’ orang Islam setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadan. Banyak kenangan raya yang menggamit memori masih kekal di sanubari sehingga ke hari ini.
1. Main meriam buluh Menjelang Hari Raya, tak sah rasanya kalau bunyi meriam buluh tidak ‘berkumandang’ di kampungkampung. Walaupun merbahaya, meriam buluh tetap dimainkan oleh penduduk sesebuah kampung untuk berlawan dengan kampung berdekatan. Kebiasaannya buluh terbaik akan diambil sebelum dipotong pendek. Bagaimanapun individu yang mengendali meriam buluh ini perlu peka dan berhati-hati bagi memastikan ianya tidak mendatangkan kecederaan. Namun, tradisi ini makin pupus dan ramai yang lebih memilih membakar mercun yang dijual di pasaran berbanding meriam buluh. p/s: Kalau korang nak tahu, tindakan bermain meriam buluh merupakan satu kesalahan di bawah Undang-Undang Senjata 1960.
Bila hari raya hampir tiba, kad raya antara barangan wajib dibeli di kedai buku. Kad raya digunakan sebagai pengganti diri untuk memohon maaf sekiranya ada melakukan kesilapan sebelum diakhiri dengan ucapan ‘Selamat Hari Raya’. Bukan itu sahaja, ia juga merupakan jemputan rasmi kepada seseorang itu untuk hadir ke rumah pengirim kad bagi meraikan hari kemenangan tersebut. Namun pemberian kad ucapan ini semakin dilupakan selepas kewujudan media sosial yang menghubungkan seseorang tanpa batas. 2. Gantung kad raya
Zaman dahulu apabila tiba saja bulan puasa, mula kelihatan penjualan kad raya di mana-mana. Ada macam-macam saiz kad dengan kata-kata ucapan selamat hari raya. Kad yang ada muzik dah dikira gempak ketika itu, dikira yang termahal. Tradisi menghantar kad raya sangat popular dahulu. Kalau zaman sekarang posmen sibuk menghantar barangan, tetapi dahulu warga posmen sangat sibuk untuk menghantar jutaan kad raya di bulan puasa. Mana yang terlambat pos, bermakna selepas raya baru penerima menerima kad mereka. Dahulu, terasa begitu seronok bila terima kad raya daripada posmen. Lagi pula jika kad raya tu adalah balasan daripada orang ternama seperti golongan artis atau daripada kekasih hati. Malah, kad raya itu turut digantung untuk dijadikan perhiasan. Kemudian ia disimpan sebagai kenangan. Sayangnya pada hari ini sudah sukar untuk melihat kad raya dijual. Perubahan zaman telah menamatkan riwayat kad raya. Zaman sekarang orang hanya menggunakan teknologi melalui gajet atau media sosial untuk menulis ucapan raya.
3. Tunggu pengumuman raya depan TV Jika dahulu sudah menjadi tradisi untuk seisi keluarga menunggu di hadapan kaca televisyen menanti pengumuman raya yang bakal diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Detik tersebut dinanti-nantikan terutamanya kanak-kanak yang begitu teruja untuk menyambut Hari Raya. Bagaimanapun tradisi tersebut makin ‘hilang’ berikutan tarikh hari raya telah ditetapkan pada kalender dan tidak berubah. Namun sehingga ke hari ini orang ramai masih teruja menantikan pengumuman hari raya bagi melihat warna baju yang dipakai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
4. Takbir malam raya keliling kampung Aktiviti bertakbir dari satu rumah ke rumah yang lain pada malam raya secara berkumpulan turut semakin dilupakan. Aktiviti seumapama ini lazimnya dilakukan di kampung-kampung dan tuan rumah akan menyajikan pelbagai juadah kepada para tetamu yang hadir termasuklah ketupat, rendang, kuih raya dan sebagainya. Kanak-kanak juga tidak akan melepaskan peluang turut serta melakukan aktiviti ini kerana pihak tuan rumah kebiasaannya akan menyediakan duit raya kepada tetamu yang hadir.
5. PELITA TUJUH LIKUR Disebut sebagai pesta malam tujuh likur, pelita minyak tanah atau lampu panjut akan dipasang di sekeliling rumah. Zaman dahulu, pelita itu dibuat sendiri sama ada menggunakan bekas tin susu atau buluh, sebelum pelita moden mulai dijual. Ketika itu, apabila hendak tiba ke penghujung puasa atau 10 malam terakhir Ramadan, orang akan mula mencari buluh untuk memasang panjut. Tradisi ini kian pupus apatah lagi bila punjut dan pelita moden daripada plastik yang beraneka warna mulai dijual di pasaran. Apabila punjut mula dihidupkan, semangat raya kian memuncak. Bukan saja menghiasi perkarangan rumah, ia juga masa untuk kanak-kanak rancak bermain bunga api dan mercun. Pada waktu begini juga selalunya penduduk akan melakukan aktiviti gotong royong mengacau dodol atau membuat pulut manis.
Pelita dinyalakan bagi menerangi perjalanan mereka yang pulang lewat ke rumah susulan mengerjakan ibadah bagi memburu malam Lailatul Qadar.
Zaman dahulu apabila hendak memasak untuk hari raya, penting untuk mendapatkan santan segar. Di kawasan kampung, pokok kelapa mudah ditemui. Dulu bila nak raya, akan ada tukang panjat pokok kelapa. Kelapa itu akan dikukur bagi mendapatkan hasil santan yang segar. Zaman sekarang berbeza, semua sudah menjadi lebih mudah. Nak santan, order saja dari kedai. Nak lagi senang, tuang santan kotak saja. 6. SANTAN
7. BISKUT Orang-orang zaman dahulu akan membuat sendiri kuih raya. Sedap tak sedap belakang cerita, yang penting ada kuih raya di atas meja untuk tetamu. Para ibu akan dibantu oleh anak-anak perempuannya. Ada juga yang buat kuih raya beramai-ramai, contohnya buat kuih dengan adik beradik atau sesama jiran tetangga. Lebih meriah. Sambil buat kuih, sambil membawang bak kata orang sekarang. Zaman sekarang, kuih raya lebih mudah dibeli. Jimat masa dan tenaga.
Dua tiga hari nak raya, orang akan mula sibuk mencari daun palas atau pucuk kelapa untuk dianyam. Juga mencari buluh dan kayu bakar untuk melemang, Para ibu akan siap dengan senarai berapa banyak santan, beras pulut dan bahan-bahan lain yang diperlukan. Lepas pengumuman raya, akan bersengkang mata untuk memasak semua juadah. Memang penat sangat tapi seronok. Zaman sekarang dah mudah. Tak mahu letih boleh beli saja semuanya. Bahkan, ketupat dan lemang pun dah dimodenkan ada jenis yang segera. Tak perlu susah-susah hendak bakar seperti zaman dulu. 8. ANYAM KETUPAT