The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

"Mertua, jangan pernah engkau mengkritik segala kekurangan menantumu, kerana pastinya anak lelakimu juga punya kekurangan di mata isteri dan mertuanya".

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurulrifqah10, 2023-01-25 21:41:28

HUBUNGAN MENANTU DENGAN MERTUA DALAM ISLAM

"Mertua, jangan pernah engkau mengkritik segala kekurangan menantumu, kerana pastinya anak lelakimu juga punya kekurangan di mata isteri dan mertuanya".

A N O V E L B Y N U R U L R I F Q A H ( A 1 9 2 5 1 1 ) I Z Z A T U L N A J W A ( A 1 9 2 5 0 8 ) D I R E C T O R D R I L Y A N A


Tanggal 9 oktober 2021 Naufal dan Aisyah mendirikan rumah tangga. Naufal merupakan anak tunggal kepada Puan Roslina dan Encik Hafiz manakala Aisyah merupakan anak ke 2 dari 3 adik beradik. Selepas berkahwin, Naufal decide untuk duduk bersama dengan ibunya kerana tidak mempunyai kewangan yang stabil dan Naufal juga merupakan anak yang manja dan rapat dengan ibunya. Maka disinilah bermulanya kehidupan Aisy bersama ibu dan bapa mertuanya. Selepas sahaja berkahwin Aisy dan Naufal terus duduk sebumbung dengan ibu dan ayah Naufal, tanpa banyak persoalan Aisy terus kata setuju kerana aisy faham akan situasi Naufal “Sayang nanti kita stay rumah ibu dulu tau, kalau abang dah cukup duit nak sewa rumah, kita akan keluar dari rumah ibu dan hidup berdua, okay” “baik abang Setelah beberapa hari, kehidupan aisy bersama ibu mertua nya sangat indah. Mereka masak di dapur bersama sama,kemas rumah bersama dan tengok tv pon sama sama. Tak dinafikan kehidupan mereka sangat seronok di permulaannya. Yela kalau kita tak tolong ibu mertua kita nanti kita dianggap sebagai menantu yang jahat. Kalau kita duduk dengan


mertua kita, kita mestilah tunjuk perkara yang baik baik sahaja, nak goyang kaki pon kena hati hati. “Aisy jom tolong ibu masak ikan 3 rasa, ni favourite ayah dengan Naufal ni, aisy kena belajar macam mana nak masak masakan ni nanti senang aisy nak masak kalau Naufal craving” “Baik ibu” Aisy pon patuh akan arahan ibunya Setelah beberapa bulan aisy duduk bersama ibu mertuanya, apa apa yang dilakukan oleh Aisy mesti tak kena dipandangan ibunya sedangkan itulah apa yang lakukan oleh Aisy sepanjang sebulan yang lalu. Aisy sampai fikir yang bukan-bukan, siapalah yang hasut ibu mertua aku ni. Pada waktu petang (waktu berehat) “Aisyyyyy, mana aisy ni kenapa rumah bersepah, kata puan roslina sambil menjerit” “ohh ibu, tadi masa tengahari aisy dah kemas rumah tak tahu pulak bersepah, dalam rumah ni mana ada budak kecil lagi, kata aisy” “itulah ibu panggil aisy, aisy tahu tak ibu penat balik kerja ni, lepastu tengok rumah bersepah pulak” “aisy tak tahulah ibu, tapi sekarang waktu rehat aisy”


“ibu tak kesah sekarang waktu rehat aisy ke tak, yang penting aisy kena kemas rumah sekarang” “macam mana lah nanti kalau Naufal tahu aisy pengotor macam ni” “ibu tak baik tau kata aisy pengotor, aisy tak buat semua benda ni, aisy ingat, tadi tengahari aisy dah kemas rumah ni” “ibu jangan lah pandang hina sangat menantu ibu ni. Aisy duduk rumah pon bukan goyang kaki je, aisy buat kerja rumah jugak” Setelah beberapa perteligkahan yang berlaku antara aisy dan Puan roslina, Aisy tidak sabar menunggu kepulangan suaminya Naufal untuk bercerita apa yang berlaku antara ibu dan aisy Naufal membuka pintu bilik, “abangggg (dalam keadaan sedih)” “abang tahu tak tadi kan sayang kena marah dengan ibu sebab katanya sayang tak kemas rumah sedangkan tadi tengahari sayang dah kemas dah rumah, sayang tak tahulah siapa yang hasut ibu untuk bencikan aisy” “aisy sedihlahhh, ujar aisy sambil nangis”


“Allahu sayang abang, abang faham perasaan sayang. Biasalah tu ibu, dia mesti nak yang terbaik untuk menantu nya” “tapi abang, sebulan yang lalu apa yang sayang buat semuanya okay, takde pon yang tak kena dimata ibu” “sayang peliklah” “abang faham, abang janji nanti kalau abang dah ada duit yang cukup kita keluar dari rumah ibu dan kita duduk berdua. Nanti sayang nak buat apa pun abang tak larang” “tapi tula buat masa sekarang dalam 2/3 bulan, sayang kena tahan sikitlah dengan ibu tu” “sebenarnya sayang faham je abang, tapi tulah sayang tak mampu nak hadap kalau semenjak dua menjak ni kena marah je, ada je benda tak kena depan mata ibu” “sayang penat” “its okay sayang, InsyAllah nanti dua bulan lagi kita pindah. Abang yakin setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya”


من حق الزوجة أن يكون لها مسكن خاصمع زوجها وأوالدها ، ال يشاركها فيه أحد ، ال أب وال أم وال قريب . وإىل هذا ذهب جمهور الفقهاء من الحنفية والشافعية والحنابلة ، وأن لها االمتناع من السكن مع أبيه وأمه وإخوته . ولو أراد الزوج أن يسكنها مع ضرتها أو مع أحمائها كأم الزوج وأخته قال الكاساني في بدائع الصنائع )24/4" :) وبنته من غيرها وأقاربه فأبت ذلك ; عليه أن يسكنها في منزل مفرد ; ألنهن ربما يؤذينها ويضررن بها في المساكنة ، وإباؤها دليل األذى والضرر وألنه يحتاج إىل أن يجامعها ويعاشرها في أي وقت يتفق وال يمكنه ذلك إذا كان معهما ثالث " انتهى. Antara hak seorang isteri ialah dia mempunyai tempat tinggal yang khusus bersama suaminya dan anak-anaknya yang tidak dikongsi bersama orang lain sama ada ayahnya, ibunya atau kaum kerabat yang lain. Ini adalah pendapat majoriti ulama daripada mazhab Hanafi, Syafie dan Hanbali. Si isteri berhak untuk enggan tinggal bersama mertuanya dan kaum kerabat suaminya. Imam al-Kasani menyebutkan dalam Badai' al-Sona'i: Seandainya si suami mahu menempatkan isterinya bersama dengan madunya, atau keluarga suami, seperti ibu suami, adik beradik perempuan suami, atau anak-anak perempuan suami daripada isteri yang lain, atau kaum kerabat suami, lalu si isteri enggan, maka wajib untuk suami menyediakan tempat tinggal yang berasingan kepada si isteri. Ini kerana mereka yang tinggal serumah itu mungkin boleh menyakiti hati isteri atau memukulnya jika mereka tinggal serumah. Keengganan si isteri merupakan petunjuk bahawa beliau terganggu atau disakiti. Ini jua kerana si suami perlu jua mampu untuk melakukan hubungan seksual dengan isteri atau bermesra dengannya pada bila-bila masa, dan ini tidak mungkin berlaku apabila adanya orang ketiga di dalam rumah. 4 Mazhab tentang menantu dan mertua duduk sebumbung Pendapat Mazhab Syafie,Hanbali dan Hanafi Pendapat Mazhab Maliki Golongan Maliki berpandangan bahawa haruslah dibezakan antara isteri yang berstatus mulia dan isteri yang rendah status. Mereka mengatakan bahawa tidak boleh menjadikan isteri yang berstatus mulia tinggal bersama ibu bapa, tetapi itu dibenarkan bagi isteri yang rendah taraf, kecuali jika membiarkan isteri yang rendah taraf hidup bersama ibu bapanya akan memudaratkannya.


P E R S O A L A N Seandainya benar-benar tidak mampu, maka tidak berkewajipan menyediakan kediaman berasingan. Ini adalah pendapat Ibnu Taimiyyah. Dalam hal ini, sepatutnya sebelum perkahwinan dilangsungkan kedua-dua pihak jujur dengan bakal pasangan masing-masing. Bakal suami hendaklah jujur menjelaskan situasi kewangannya yang belum mampu. Bakal isteri pula hendaklah jujur dalam menyatakan sama ada bersetuju atau tidak untuk tinggal serumah dengan mertua buat sementara sehingga suami mampu. Ketidakjujuran dalam membincangkan hal ini sebelum perkahwinan akan menimbulkan masalah di kemudian hari. Perlu diingatkan, bahawa kemampuan itu bukanlah bermaksud perlu membeli rumah sendiri. Yang penting ialah ada kediaman sama ada menyewa atau dibeli. Jika mampu rumah yang kecil maka sewa yang kecil, usah menunggu sehingga mampu membeli sendiri atau menyewa yang besar. Bagaimana jika si suami memang benar-benar tidak mampu menyediakan kediaman yang berasingan untuk isteri kerana suami miskin atau belum menemui rumah yang sesuai dengan kemampuannya?


1- Isteri hanya wajib berkhidmat kepada suami, bukan kepada ibu bapa suami apatah lagi adik beradik suami. Suami tiada hak memaksa isteri untuk menjaga ibu bapa suami, menyediakan makan minum mereka, membasuh baju mereka dan sebagainya. Jika si isteri melakukannya, itu adalah ihsan isteri secara sukarela, yang insya-Allah mendatangkan pahala, tetapi tetap bukan kewajipan isteri. Oleh itu suami tidak berhak memaksa isteri dalam hal ini. Suami perlu ingat, kewajipan menjaga ibu bapanya, adalah kewajipannya dan adik beradiknya, bukan kewajipan isterinya. PERSOALAN Seandainya si isteri dengan rela hati sudi tinggal bersama keluarga suami, dia tetap berhak menarik balik persetujuannya pada bila-bila masa kerana pada asalnya, haknya adalah untuk tinggal berasingan. Suami pula, jika isteri bersetuju untuk tinggal bersama ibu bapa suami atau ahli keluarga suami, perhatikan perkara berikut: 2- Suami hendaklah mengambil kira aspek aurat, hukum khulwah yang mana ini akan berlaku apabila di dalam rumah terdapat ipar duai. Ini akan menyusahkan kehidupan isteri sehingga 24 jam di rumah perlu menutup aurat dengan sempurna kerana terdapatnya bukan mahram. Apatah lagi isu khulwah apabila di rumah hanya ada isteri dan ipar duai atau anak-anak buah suami yang bukannya mahram kepada si isteri.


ISU SEMASA DI MALAYSIA


RUMUSAN Secara kesimpulannya, suami hendaklah berusaha untuk mendamaikan antara isterinya,ibunya dan juga ahli keluarganya dan hendaklah memberikan kepada setiap orang haknya. Oleh itu hendaklah suami memberikan kepada isteri haknya iaitu kediaman yang berasingan. Akan tetapi hendaklah kamu berterusan menjalinkan hubungan silaturahim dengan kaum kerabat kamu, ibu kamu, dan adik beradik kamu. Suami juga perlu segera menyediakan kediaman yang berasingan, dan berusaha mendapatkan keredhaan ibu dengan perkataan yang baik, dan kerap menziarahinya, mengambil berat keadaannya, memberinya hadiah dan sebagainya. Suami itu hendaklah tahu bahawa keluarnya dia dari rumah ibunya tidak termasuk dalam penderhakaan kepada ibunya.


KITAB TURATH (BADAA AL SANAI) KITAB TURATH ( MATHOLIB ULI AN NUHA) HTTPS://SINARPLUS.SINARHARIAN.COM.MY/AGAMA/T ANGGUNGJAWAB-MENANTU-TERHADAP-MERTUA-INIYANG-PERLU-KITA-TAHU/ HTTPS://UTUSANTV.COM/2021/06/22/HAK-IBUMERTUA-ATAS-MENANTU-DAN-HAK-ISTERIENGGAN-SERUMAH-DENGAN-MERTUA-USTAZMOHD-MASRI-BERI-PENJELASAN-PADU/ HTTPS://WWW.HMETRO.COM.MY/WM/2020/10/62850 8/TINGGAL-BERSAMA-MENTUA AL-IMAM ALAUDDIN ABI BAKR BIN MAS'UD AL-KASANI ALHANAFI (1996), KITAB BADA'I AL SANA'I, DAR AL-KOTOB AL-ILMIYAH SHEIKH ALI BIN ABDULLAH AL-ASALI (1994), MATHALIB ULI AL-NUHA FI SYARH GHAYAT AL-MUNTAHA, ALMAKTAB AL-ISLAMI, JIL 5, MS 122 RUJUKAN


Click to View FlipBook Version