NOVEL : JALAN KE PUNCAK
NURUL IMAN NAZIFA BINTI RAZMAN
2 AL BIRUNI
MRSM TRANSKRIAN
TEMA
• Novel ini membawa tema kegigihan seorang pemuda dalam
membina kecemerlangan kerjaya masa depannya dengan cara
berdikari. Buktinya, Laiman yang berkelulusan ijazah kejuruteraan
enggan bekerja makan gaji, sebaliknya dia memilih untuk bekerja
sendiri dengan mengusahakan ladang tembikai di kampungnya.
Laiman turut mengusahakan kolam ikan air tawar, udang harimau,
berniaga kedai makan dan menjadi peraih hasil pertanian di
kampungnya. Berkat usaha gigih Laiman, akhirnya dia berjaya
dalam bidang yang diceburinya dan mendapat pengiktirafan
daripada pihak kerajaan.
PERSOALAN
• 1. Ketabahan menghadapi dugaan hidup
• Contohnya Laiman tabah menghadapi segala rintangan terutama daripada
keluarganya yang tidak bersetuju dengan keputusan untuk bekerja sendiri.
• 2. Keberanian menceburi bidang pertanian yang berisiko tinggi
• Contohnya Laiman berani menolak tawaran bekerja di jabatan kerajaan
sebaliknya mengambil keputusan untuk mengusahakan ladang tembikai dan
menternak ikan air tawar serta udang harimau.
3. Pengorbanan demi kejayaan ahli keluarga
• Contohnya abang dan nenek Laiman telah mengorbankan wang ringgit
demi membiayai pengajian Laiman di universiti.
• 4. Semangat setia kawan
• Contohnya Milan yang merupakan kawan dan sepupu kepada Laiman
sentiasa menyokong usaha Laiman untuk menjayakan projek pertanian
walaupun mendapat tentangan daripada keluarganya sendiri.
• 5. Semangat cinta akan negara
Contohnya Laiman sentiasa menyokong dasar yang dilaksanakan oleh
kerajaan untuk membantu rakyat dengan memilih untuk berdikari dan
bekerja sendiri.
• 6. Keyakinan terhadap usaha yang dijalankan
• Contohnya Laiman yakin usahanya menjadi petani moden akan
membuahkan kejayaan walaupun pada peringkat awal ayahnya
menentang sikapnya yang menolak tawaran kerja di Jabatan Pertanian,
namun akhirnya dia berjaya menjadi petani moden sehingga kejayaannya
diiktiraf oleh pihak kerajaan.
• 7. Sikap dengki lahir kerana perasaan cemburu
• contohnya Laiman yang begitu akrab dengan Soniah telah menimbul
perasaan cemburu di hati Muluk. Hal ini demikian kerana Muluk menaruh
hati terhadap Soniah, namun Soniah tidak melayannya. Kes kebakaran
loji minyak di Miri pada anggapan Laiman ialah hasil perbuatan Muluk.
PERISTIWA PENTING YANG
MEMBUKTIKAN TEMA NOVEL INI
• Laiman yang berkelulusan ijazah kejuruteraan enggan
bekerja makan gaji, sebaliknya dia memilih untuk bekerja
sendiri dengan mengusahakan ladang tembikai di
kampungnya. Laiman turut mengusahakan kolam ikan air
tawar, udang harimau, berniaga kedai makan dan
menjadi peraih hasil pertanian di kampungnya. Berkat
usaha gigih Laiman, akhirnya dia berjaya dalam bidang
yang diceburinya dan mendapat pengiktirafan daripada
pihak kerajaan.
SIPNOSIS
BAB 1 : BAGAIKAN MIMPI
Laiman pelajar dari Sabah,dihantar membuat latihan pratikal di
sebuah syarikat minyak selepas menjalani latihan industri di
Sarawak dan mengambil bidang kejuruteraan. Laiman menolak
tawaran pekerjaan kerana ingin berehat selepas tamat pengajian.
Laiman teringatkan kawan lamanya ,Chow Chin telah membuka
perniagaan kereta terpakai. Laiman menjadikan Chiw Chin itu
sebagai idolanya. Ini kerana Laiman tertarik pada pekerjaan
sedemikian.
BAB 2 : SESAL
Laiman disukai oleh pengurus syarikat minyak kerana sikapnya yg
rajin dan kecekapannya. Namun sedemikian,Laiman tidak merasa
bangga diri. Laiman kemudiannya pergi makan bersama Soniah.
Mereka amat akrab. Selepas itu,mereka pergi berjalan - jalan
bersama adik sepupu Soniah. Mereka berbincang tentang hal kerja
dan tentang hal perangai manusia yang suka menjatuhkan,termasuk
kawan sendiri. Soniah menyebut nama Muluk dalam percakapannya
membuatkan Laiman berasa ingin tahu siapakah lelaki itu.
BAB 3 : MUSIBAH
Tidak lama kemudian,peristiwa yang tidak pernah berlaku terjadi.
Tangki minyak yg dibaiki oleh Laiman dua minggu lalu terbakar.
Laiman sedang berada di Kuching,Sarawak. Sukri,sahabat baik
Laiman berasa amat bimbang jikalau Laiman dituduh mensabotaj
syarikat minyak itu. Kekusutan Sukri dikesan oleh isterinya,Misah.
Dia kemudiannya menceritakan segalanya kepada Misah. Sukri
tahu Laiman tidak akan melakukan perkara sebegitu kerana dia
seorang lelaki yang baik. Mereka berdua berjumpa selepas Laiman
pulang dari Sarawak. Laiman juga berasa hairan bagaimana
kebakaran itu boleh berlaku.Sukri menasihati Laiman untuk
memberitahu pengurus sebelum perkara yang lebih buruk berlaku.
BAB 4 : HASRAT
Sedang Laiman berbual bersama Soniah di sebuah restauran,ada
seorang tua memerhatikan mereka. Mereka bercakap tentang
rancangan masing - masing pada masa akan datang. Laiman
bertanyakan Soniah rancangan yang diimpi - impikan oleh Soniah.
Laiman berasa amat terkejut apabila mengetahui Soniah mengambil
bidang Kejuruteraan dan memberitahunya bidang itu amat susah.
Sonia berasa tersinggung kerana merasakan Laiman merendah -
rendahkannya sebagai seorang wanita. Namun begitu,perbualan
mereka kembali mesra. Keluar dari restauran barulah mereka
bercakap tentang perihal kebakaran tangki minyak. Laiman
mengatakan syarikat tidak menyalahkannya kerana dia berada jauh.
Syarikat itu terpaksa menanggung kesemua kerugian.
BAB 5 : PULANG
Setelah pulang ke kampungnya di Sabah,Laiman berubah.
BAB 6 : TENTANGAN
Pak Kiassim,bapa Laiman tidak suka dia menjalankan kerja - kerja
kampung,misalnya di ladang. Dia mahu anaknya bekerja dia pejabat,makan
gaji. Laiman pula mempunyai pandangan yang amat berbeza dengan
ayahnya. Laiman juga teringat akan Muluk yang selalu memandangnya
dengan pandangan yang tertentu. Laiman mengkaitkan hal itu dengan
kejadian kebakaran tempoh hari. Muluk sudah pun diberkas polis. Rupa-
rupanya,Muluk berasa cemburu Laiman akrab dengan Soniah.
Milan,sepupu Laiman membawa berita bahawa dia ditawarkan bekerja di
Jabatan Pertanian,amat sesuai dengan kelulusan Laiman. Laiman tidak
begitu gembira kerana dia lebih suka bercakap tentang projek yang ada di
dalam fikirannya. Dia bercadang hendak menternak lebah madu dan ikan
air tawar di sebelah dengan tanah Pak Sahok. Milan bimbang jikalau Pak
Sahok tidak memberi keizinannya.
BAB 7 : RESAH
Laiman ditegur oleh ayahnya Pak Kiassim kerana menolak tawaran
bekerja di jabatan pertanian. Ayahnya kesal kerana selama ini dia
telah banyak berkorban untuk pengajian Laiman di Universiti, tetapi
Laiman tidak memanfaatkan kelulusan yang dimilikinya untuk
bekerja terutama dengan jabatan kerajaan sebaliknya Laiman
pulang ke kampung untuk menjadi petani. Laiman begitu tertekan
kerana cita-cita dan impiannya tidak difahami oleh ayahnya. Laiman
ingin membuka mata penduduk kampung supaya gigih berusaha
tanpa mengharapkan bantuan daripada kerajaan seperti mana yang
dilakukannya bersama sepupunya Milan. Laiman mendapat
sokongan daripada sepupunya dalam usahanya itu.
BAB 8 : TEKAD
Rancangan Laiman untuk mengusahakan tanah paya berhampiran
tanah sawah milik Pak Sahok untuk dijadikan kolam ternakan ikan
tidak dipersetujui Pak Sahok. Walaupun tanah paya itu tidak
termasuk dalam geran Pak Sahok, namun Pak Sahok ada
mengusahakan sebahagian paya itu untuk dijadikan sawah. Laiman
tidak berputus asa. Dia terus memujuk Pak Sahok. Sementara itu
kebun tembikainya mula berbuah. Laiman dibantu oleh Milan untuk
mengusahakan kebun itu. Dia juga berazam untuk meneruskan
projek ternakan lebah madu. Laiman bercadang untuk mengambil
anak-anak muda kampung itu untuk bekerja dengan mereka.
BAB 9 : PUJUK
Pak Sahok tetap berkeras dan tidak membenarkan Laiman untuk
melaksanakan projek di kawasan tanah miliknya walaupun
ditawarkan untuk berkongsi pendapatan daripada projek ternakan
ikan air tawar itu. Laiman terpaksa mengalah dan cuba memikirkan
tempat lain yang lebih sesuai. Namun Laiman dan Milan masih buntu.
Pada masa yang sama ayahnya mula menyedari hasil usaha Laiman
telah mendatangkan hasil. Kejayaan tanaman tembikai Laiman mula
menjadi buah mulut penduduk kampung. Pak Kiassim menawarkan
diri untuk berbincang dengan Pak Sahoh berkaitan projek ternakan
ikan air tawar di tanah paya berhampiran tanahnya. Laiman berasa
terharu. Dia meminta maaf kerana selama ini dia tidak dapat
memenuhi hasrat ayahnya supaya bekerja sebagaimana siswazah
lain.
BAB 10 : HARAPAN
Kejayaan projek Laiman mendapat perhatian banyak pihak termasuk
Jabatan Pertanian yang menawarkan pelbagai bantuan. Pak Sahoh
pula telah bersetuju dan memberikan kebenaran kepada Laiman
menggunakan tanah paya untuk projek ternakan ikan air tawar dan
udang harimau. Hasil jualan buah tembikai akan dijadikan modal untuk
projek tersebut. Ramai anak muda yang mahu bekerja dengan Laiman
untuk menjayakan projek yang akan dilaksanakan itu. Kolam telah
mula dikorek, dan dua orang pekerjanya telah dihantar untuk
mengikuti latihan khusus dalam bidang penternakan. Sementara itu
kebun tembikai diserahkan kepada ayahnya untuk diusahakan. Pada
masa yang sama, Soniah sesekali menghubungi Laiman melalui surat.
Kini Soniah melanjutkan pelajarannya di universiti.
BAB 11 : GALAU
Laiman dimaklumkan oleh Milan bahawa dua orang pekerja mereka
iaitu Kadek dan Muali yang dihantar untuk mengikuti latihan dalam
bidang ternakan air tawar telah membuat keputusan untuk
mengusahakan projek ternakan mereka sendiri. Mereka enggan
membantu projek Laiman dan Milan. Laiman sangat terkejut. Pada
mulanya dia amat marah tetapi dia yakin banyak lagi orang
kampung yang berkebolehan. Ayah Laiman mulai menyedari erti
pengorbanan Laiman yang enggan bekerja dengan kerajaan
walaupun Laiman mempunyai ijazah. Dia mula memahami Laiman
telah bersusah payah mencari projek untuk yang akan membuka
peluang pekerjaan kepada anak-anak muda yang menganggur.
BAB 12 : TABAH
Keengganan Muali dan Kedek untuk bekerja setelah dihantar untuk
mengikuti latihan sudah tidak menjadi masalah lagi bagi Laiman.
Abangnya Mail menyokong usaha yang dibuat oleh Laiman dan
menasihati adiknya itu agar melakukan kerja bersungguh-sungguh
tanpa menghiraukan cakap-cakap orang kampung terhadapnya.
BAB 13 : LUMAYAN
Sementara Laiman dan Milan menunggu hasil dari kolam
penternakan mereka yang dijaga oleh enam orang pekerja, Laiman
dan Milan menjalankan kerja-kerja sambilan yang lain seperti
menjaja kuih, meraih pisang dan kelapa. Pendapatan mereka
disimpan di bank untuk kegunaan masa depan mereka.
BAB 14 : SINAR
Laiman masih belum berpuas hati dengan pencapaiannya sekarang.
Tidak lama lagi kolam ternakannya akan mengeluarkan hasil.
Laiman berterima kasih kepada Pak Sahok kerana mengizinkannya
menggusahakan tanah di sebelah tanah Pak Sohok. Kini Laiman
dan Milan telah muncul sebagai usahawantani termuda yang
berjaya. Mereka turut membeli lori yang dapat memudahkan urusan
mereka mengangkut hasil tanaman, ternakan dan perniagaan
mereka.
BAB 15 : IMPIAN TERLAKSANA
Laiman merenung kembali susah payahnya selama ini untuk sampai
ke tahap itu. Nama Laiman disebut-sebut sebagai contoh kepada
anak-anak muda. Dia turut bersedia membimbing mereka yang ingin
berjaya sepertinya. Dia ingin melihat bangsanya berjaya. Kerjanya
kini sebagai seorang penternak, pengusaha kedai makan dan
pemborong yang berjaya walaupun memiliki ijazah dalam bidang
kejuruteraan. Laiman masih mengingati Soniah yang telah tamat
pengajiannya. Laiman sedar dia menyimpan perasaan terhadap
gadis itu. Berita Soniah akan berhijrah ke Sabah untuk bekerja di
syarikat pakciknya amat mengujakan Laiman. Dia berhasrat untuk
mencurahkan isi hatinya kepada Soniah.