The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Mesyuarat Agung Muafakat Caw MRSM Merbok kali ke 15 2022.

Tarikh : 30 Ogos 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azrul, 2022-08-29 23:32:03

Mesyuarat Agung Muafakat Caw MRSM Merbok kali ke 15 2022

Mesyuarat Agung Muafakat Caw MRSM Merbok kali ke 15 2022.

Tarikh : 30 Ogos 2022

1

MESYUARAT AGUNG BADAN PERMUAFAKATAN
PENDIDIKAN MARA MALAYSIA (MUAFAKAT)
CAWANGAN MRSM MERBOK KEDAH
KALI KE-15

Tarikh : 30 Ogos 2022 (Selasa)
Tempat : Dewan Seri Merbok, MRSM Merbok

ATUR CARA MAJLIS

12.00 tengah hari - Ketibaan ibu bapa dan tetamu kehormat.

- Kata alu-aluan pengacara majlis.

- Nyanyian Lagu Negaraku & Amanah Rakyat

- Bacaan doa

- Ucapan Perasmian oleh Yang Berbahagia Encik Rusidi bin Mustapha

Pengetua MRSM Merbok

- Mesyuarat Agung MUAFAKAT bermula

2.30 petang - Bersurai

2

KATA ALU-ALUAN

PRESIDEN

BADAN PERMUAFAKATAN PENDIDIKAN MARA MALAYSIA [MUAFAKAT]

SESI 2021-2023

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, marilah kita panjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana diberi kesempatan
untuk berkumpul dan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Badan Permuafakatan Pendidikan
Malaysia (MUAFAKAT) kali ke-15

Di kesempatan ini, saya ingin menzahirkan kesyukuran dan mangucapkan jutaan terima kasih
kepada semua pihak yang hadir meluangkan masa ke Mesyuarat Agung Tahunan MUAFAKAT pada
kali ini. Kehadiran tuan puan jelas menunjukkan komitmen yang tinggi dalam usaha mengukuhkan
institusi pendidikan di bawah MARA seterusnya mencapai objekif penubuhan MUAFAKAT khasnya.

Mesyuarat Agung Tahunan MUAFAKAT ini merupakan medium yang terbaik bagi para ibu
bapa dan pendidik berkongsi buah fikiran dan pandangan yang bernas untuk bersama-sama melakukan
penambahbaikan secara konsisten dan istiqamah bagi memastikan mutu pendidikan institusi di bawah
MARA ini setanding dengan pendidikan di negara-negara maju. Pihak MUAFAKAT akan sentiasa
memberi sokongan dan bantuan kepada pihak MRSM, Kolej MARA dan Kolej Profesioanal MARA
bagi memastikan kebajikan dan kecemerlangan para pelajar terjaga. Koloboratif semua pihak tanpa
mengira masa, tenaga dan berkorban wang ringgit dalam pelbagai aspek akan dapat membantu
kemenjadian dan keberhasilan pelajar yang mampu bersaing diperingkat global.

Akhir kata, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua
pihak yang terlibat dalam menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan MUAFAKAT kali ke-15 ini. Saya
berharap penganjuran Mesyuarat Agung Tahunan MUAFAKAT ini akan dapat meningkatkan ukhwah,
iltizam dan inspirasi kepada semua pihak. Semoga Allah sentiasa mengurniakan kekuatan dan petunjuk
dalam setiap langkah perjuangan kita.
Sekian, wabilahi taufiq walhidayah, wassalmualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

YBHG. DATO’ SAYED ALFEIZAL SAYED AHMAD
PRESIDEN
MUAFAKAT MARA MALAYSIA
SESI 2021-2023

3

YANG DIPERTUA

BADAN PERMUAFAKATAN PENDIDIKAN MARA MALAYSIA (MUAFAKAT)

CAWANGAN MRSM MERBOK

SESI 2021-2023

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah s.w.t kerana dengan keizinan, rahmat dan
kebesaran-Nya, MUAFAKAT MRSM Merbok dapat mengadakan Mesyuarat Agung Kali Ke-
15 pada hari ini. Syabas dan tahniah dikalungkan kepada semua warga MRSM Merbok dan
Jawatankuasa MUAFAKAT yang bertungkus lumus menjayakannya.

Barisan Jawatankuasa MUAFAKAT ini telah diberikan mandat untuk memegang
amanah sebagai wakil kepada impian dan harapan ibu bapa dalam usaha memastikan anak-
anak kita di sini menjadi pelajar yang cemerlang. MUAFAKAT kita juga merupakan
pendokong utama kepada usaha dan strategi pihak maktab ke arah mewujudkan iklim
pengajaran dan pembelajaran yang sempurna demi melahirkan anak bangsa yang berdisiplin,
bersahsiah tinggi, berilmu dan berguna kepada agama bangsa dan negara. Sehubungan dengan
itu, kita telah cuba sedaya upaya untuk menyokong dan membantu baik dari segi sumbangan
mental dan fizikal. Namun, masih ada lagi aspek-aspek tertentu yang boleh kita memberikan
nilai tambahnya.

Lantaran itu, saya mengambil kesempatan di ruang yang terhad ini untuk mengucapkan
jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan, guru-guru, guru asrama dan semua kakitangan
MRSM Merbok yang telah banyak memberikan sokongan bagi membolehkan MUAFAKAT
terus menjadi sayap kanan kepada kejayaan dan kecemerlangan MRSM Merbok. Tahniah dan
syabas dikalungkan buat Tuan Pengetua, Timbalan-timbalan Pengetua, Ketua-ketua Jabatan,
semua guru dan semua warga MRSM Merbok yang menjadi watak penting kepada
kecemerlangan pelajar. Tahniah dan terima kasih juga saya ucapkan kepada semua ibu bapa
yang memberikan sokongan dan mandat kepada jawatankuasa ini untuk menunaikan berbakti.

4

Kefahaman, keprihatinan dan kebijaksanaan daripada semua ibu bapa perlu diteruskan
dan dihargai dalam usaha kita membantu pihak maktab untuk membentuk dan melahirkan
insan-insan cemerlang. Oleh itu, marilah kita sama-sama berada dalam satu saf dan membentuk
satu ’educational partnership’ yang utuh. Saya dengan penuh yakin menyatakan bahawa
semua ibu bapa hendakkan anaknya cemerlang dan semua guru juga hendakkan pelajarnya
menjadi pelajar yang cemerlang. Lantaran itu, saya mengajak semua ibu bapa untuk kita
berganding bahu membulatkan tekad dan iltizam bersama-sama warga pendidik MRSM
Merbok menjadi pendokong utama kepada kecemerlangan anak-anak kita.

Tahniah dan terima kasih sekali lagi diucapkan kepada semua guru, jawatankuasa dan
semua yang terlibat menjayakan Mesyuarat Agung MUAFAKAT Kali-15. Akhirnya, saya
mendoakan agar MUAFAKAT kita terus signifikan dan MRSM Merbok terus tersohor di
pentas pendidikan MARA.

Sekian, terima kasih.
HJ. MOHAMAD SHUKRI B. SEMAN
Yang Dipertua,
MUAFAKAT Cawangan MRSM Merbok
SESI 2021-2023

5

KATA ALU-ALUAN
PENGETUA MRSM MERBOK
Assalammualaikum w.b.t
Beribu kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana diberi ruang dan peluang untuk
kita mengadakan mesyuarat Agung MUAFAKAT untuk kali ke-15.

Terima kasih atas kesudian ibu bapa dan guru menghadiri mesyuarat agung pada kali
ini. Dalam menangani cabaran dunia masa kini, pelbagai usaha telah kita lakukan untuk
menggapai kecemerlangan termasuklah dengan penubuhan MUAFAKAT ini yang objektifnya
membentuk persefahaman, kerjasama dan juga sebagai wadah penghubung antara ibu bapa,
waris, pihak maktab secara khusus dan pihak MARA secara amnya.

MUAFAKAT dibentuk berlandaskan objektif murni iaitu sebagai satu forum dan
perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan pelajar-pelajar di Maktab Rendah Sains MARA.
Aspirasi ini dibentuk dalam usaha untuk melahirkan individu yang berpotensi tinggi dan
berkualiti dalam bidang sains dan teknologi. Malah MRSM turut mengasah potensi pelajar
secara menyeluruh dalam semua aspek dalam membentuk individu berhemah tinggi dan
berketerampilan yang boleh menjadi role model untuk dijadikan contoh dalam menangani
cabaran globalisasi dan dunia tanpa sempadan serta mampu bersaing di peringkat antarabangsa
secara holistik selaras dengan keperluan semasa dan kehendak masa hadapan.

Ekspektasi ini memerlukan kerjasama yang erat dan padu antara guru dan ibu bapa
dalam memastikan impian pelajar untuk mencapai kecemerlangan akan tercapai. Oleh itu,
perjuangan kita dalam memastikan kecemerlangan pelajar-pelajar ini merupakan satu
perjalanan yang tiada penghujung dan bukan satu destinasi yang static

.

6

Oleh itu, pentingnya hubungan dan kerjasama antara guru dan ibu bapa dalam
merealisasikan kecemerlangan pelajar dan maktab secara keseluruhan umpama bulat air kerana
pembentung, bulat kata kerana muafakat.

Akhir kata, terima kasih atas semua sumbangan ibu bapa, waris dan para guru selama
ini. Semoga usaha dan pengorbanan yang terjalin bersama akan berterusan demi memajukan
anak bangsa.
Sekian, terima kasih.
ENCIK RUSIDI BIN MUSTAPHA
Pengetua
Maktab Rendah Sains MARA Merbok, Kedah

7

KANDUNGAN

PERKARA MUKA
SURAT
1. Agenda Mesyuarat Agung MUAFAKAT Cawangan MRSM Merbok
kali Ke-15, tahun 2022 9

2. Ahli Jawatankuasa MUAFAKAT Cawangan MRSM Merbok sesi 10
2021/2023 11
12
3. Visi Dan Misi MRSM Merbok 13-16

4. Objektif MUAFAKAT Cawangan MRSM Merbok

5. Laporan Tahunan MUAFAKAT Cawangan MRSM Merbok

6. Laporan Kewangan MUAFAKAT Cawangan MRSM Merbok 17-23

7. Usul Mesyuarat Agung MUAFAKAT Cawangan MRSM Merbok 24-28

8. Minit Mesyuarat Agung MUAFAKAT Cawangan MRSM Merbok kali 29-37
Ke-14, tahun 2021

9. Catatan 38

10. Penghargaan 39

8

MESYUARAT AGUNG BADAN PERMUAFAKATAN
PENDIDIKAN MARA MALAYSIA (MUAFAKAT)
CAWANGAN MRSM MERBOK KEDAH
KALI KE-15

Agenda Mesyuarat:
1. Ucapan alu-aluan Yang Dipertua MUAFAKAT sesi 2021/2023
2. Pembentangan dan pengesahan minit Mesyuarat Agung kali ke-14, tahun 2021
3. Pembentangan laporan tahunan 2021
4. Pembentangan dan pengesahan laporan kewangan tahunan 2021
5. Pemilihan perwakilan ke Mesyuarat Agung Kebangsaan 2022
6. Perbahasan usul bertulis dan lisan
7. Hal- hal lain
8. Ucapan penangguhan dan bersurai

9

AHLI JAWATANKUASA
BADAN PERMUAFAKATAN PENDIDIKAN MARA MALAYSIA

(MUAFAKAT)
CAWANGAN MRSM MERBOK KEDAH

SESI 2021-2023

Ex-Officio : Encik Rusidi bin Mustapha (Pengetua)
Ex-Officio I : Encik Mohd Adli bin Abdullah (TPKA)
Ex-Officio II : Encik Edeey Ameen bin Ibrahim (TPPP)
Ex-Officio III : Encik Mohd Hanafi bin Ahmad Kamal (TPPB)
Yang Dipertua : Tuan Hj. Mohamad Shukri bin Seman
Naib Yang Dipertua : Encik Mohd Shubhi bin Omar
Setiausaha : Puan Teh Afifah Syahirah binti Abdul Hamid

Pen. Setiausaha : Puan Azlin binti Md Yusof
Bendahari : Encik Ahmad Fikri bin Rozali

Ahli Jawatankuasa:
 Biro Akademik dan Prestasi Pelajar
1. Puan Farizah bt Ahmad
2. Encik Syafiq Atsari bin Zainuddin

 Biro Kokurikulum dan Rekreasi
2. Encik Shamsul Bahri bin Ahmad Fauzi
3. Cik Nor Shahidah Fazilah binti Saad

 Biro Kerohanian dan Sambutan
1. Encik Habib Ahmad Muhaiyuddin bin Habib Danial
2. Puan Suzana binti Abd Rahman

 Biro Disiplin dan Keselamatan
1. Encik Amaran bin Simmon
2. Puan Fuzlina binti Md Yusof

 Biro Ekonomi dan Kebajikan
1. Encik Idris bin Hussain
2. Puan Zarina binti Mohamad Isa

 Biro Kesihatan dan Pemakanan
1. Puan Saliza binti Azrie
2. Puan Nordiana binti Mohd Nor

10

Visi dan Misi
MRSM Merbok

Visi

MRSM Merbok beriltizam untuk menjadi pusat kecemerlangan
pendidikan yang inovatif dan bertaraf dunia

Misi

MRSM Merbok berusaha untuk menyediakan pelajar bumiputera
yang berpotensi tinggi dan berkualiti dalam bidang sains dan
teknologi

Nilai Teras

Saintifik, Berdikari, Kreatif, Amanah dan Patriotik

Moto

Berdisiplin, Berilmu, Beramal

Slogan

MRSM Merbok NO.1

11

MUAFAKAT

Badan Permuafakatan Pendidikan MARA Malaysia (dahulunya
dikenali sebagai Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru) telah dilancarkan
dengan rasminya oleh Dato’ Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi di
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak, Selangor
pada 18 Disember 2002.

Sejajar dengan itu, semua 40 buah MRSM yang beroperasi di seluruh
Malaysia secara rasmi mempunyai badan yang bertindak sebagai
wadah perhubungan antara ibu bapa, waris, pihak maktab secara
khusus dan pihak MARA secara amnya.

MUAFAKAT dibentuk berlandaskan objektif murni berikut:

 Menyediakan sesuatu kegiatan forum dan perkhidmatan bagi
kebajikan dan kemajuan pelajar-pelajar di Maktab Rendah Sains
MARA.

 Membantu dan menambah usaha Maktab Rendah Sains MARA
bagi memenuhi kehendak dan keperluan pelajar dalam kegiatan
mereka.

 Membolehkan ibu bapa, guru-guru dan bekas pelajar Maktab
Rendah Sains MARA bertukar-tukar fikiran dan maklumat
mengenai pendidikan pada amnya

 Membolehkan ibu bapa, guru-guru dan bekas pelajar Maktab
Rendah Sains MARA berunding di antara satu sama lain
berkenaan dengan cara membaiki taraf pendidikan pelajar-pelajar
Maktab Rendah Sains MARA.

 Melaksanakan aktiviti ekonomi bagi membolehkan ibu bapa,
guru-guru dan bekas pelajar mewujudkan dana dan
menyalurkannya bagi membantu membiayai projek-projek
pendidikan MARA.

12

LAPORAN
TAHUNAN MUAFAKAT

CAWANGAN
MRSM MERBOK KEDAH

2021

13

Laporan Tahunan MUAFAKAT 2021

Aktiviti sepanjang 2021:
1. Pembelian pelitup muka pelajar SPM 2020
Tarikh: 2 Februari 2021
Penglibatan MUAFAKAT: Sumbangan wang sebanyak RM 400.00
2. Pembelian kurma untuk Majlis Mohon Restu SPM 2020
Tarikh: 15 Februari 2021
Penglibatan MUAFAKAT: Sumbangan wang sebanyak RM 500.00
3. Pembelian hadiah dan cenderahati Majlis Graduasi
Tarikh: 18 Februari 2021
Penglibatan MUAFAKAT: Sumbangan wang sebanyak RM 500.00
4. Pembelian banner pelajar SPM 2020
Tarikh: 25 Februari 2021
Penglibatan MUAFAKAT: Sumbangan wang sebanyak RM 100.00
5. Pembiayaan Program Tutor.com SPM 2021
Tarikh: 12 Julai 2021
Penglibatan MUAFAKAT: Sumbangan wang sebanyak RM 6,000.00
6. Sumbangan mangsa banjir di Yan untuk 8 orang pelajar
Tarikh: Ogos dan September 2021
Penglibatan MUAFAKAT: Sumbangan wang sebanyak RM 2,400.00
7. Pembiayaan mesin photostat.
Tarikh: Januari hingga Disember 2021
Penglibatan MUAFAKAT: Sumbangan wang sebanyak RM 598.62

14

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa MUAFAKAT

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa telah diadakan sebanyak tiga kali iaitu pada:

1. 9 Oktober 2021
2. 20 Julai 2022
3. 24 Ogos 2022

NAMA 9/10/21 20/7/22 24/8/22
///
Encik Rusidi bin Mustapha ///
(Pengetua / Ex-Officio) //
///
Encik Mohd Adli bin Abdullah //
(TPKA/ Ex-Officio I)

Encik Edeey Ameen bin Ibrahim
(TPPP/ Ex-Officio II)

Encik Mohd Hanafi bin Ahmad Kamal
(TPPB/ Ex-Officio III)

Tuan Hj. Mohamad Shukri bin Seman (YDP)

Encik Mohd Subhi bin Omar (NYDP) //

Puan Teh Afifah Syahirah binti Abdul Hamid (Setiausaha) / / /

Puan Azlin binti Md Yusuf ///
(Pen. Setiausaha)

Encik Ahmad Fikri bin Rozali (Bendahari) ///

Encik Syafiq Atsari bin Zainuddin (AJK) ///

Puan Nordiana binti Mohd Nor (AJK) ///

Puan Zarina binti Mohamad Isa (AJK) ///

Puan Suzana binti Abd Rahman (AJK) ///

Cik Nor Shahidah Fazilah binti Saad (AJK) //

Encik Amaran bin Simmon (AJK) ///

15

Puan Farizah binti Ahmad (AJK) //

Puan Saliza binti Asrie (AJK) /

Encik Habib Ahmad Muhaiyuddin bin Habib Danial (AJK) //

Puan Fuzlina binti Md Yusof (AJK) //

Encik Shamsul Bahri bin Ahmad Fauzi (AJK) / /

Encik Idris bin Hussain (AJK) /

Kewangan
Segala sumber kewangan dan perbelanjaan adalah seperti dalam Laporan Kewangan yang
disediakan oleh Bendahari MUAFAKAT MRSM Merbok

Akaun Simpanan
Bank Islam Malaysia Berhad Cawangan Sungai Petani

Disediakan oleh,
TEH AFIFAH SYAHIRAH BINTI ABDUL HAMID
Setiausaha
MUAFAKAT Cawangan MRSM Merbok

16

LAPORAN
KEWANGAN MUAFAKAT

CAWANGAN
MRSM MERBOK

TAHUN 2021

17

KENYATAAN AHLI-AHLI JAWATANKUASA MUAFAKAT MRSM MERBOK

Kami, HJ MOHAMAD SHUKRI BIN SEMAN dan TEH AFIFAH SYAHIRAH BINTI
ABDUL HAMID, selaku dua daripada Ahli-ahli Jawatankuasa Muafakat MRSM Merbok
menyatakan bahawa pada pendapat Ahli-ahli Jawatankuasa Muafakat MRSM Merbok.
Penyata kewangan yang dibentang seperti yang dilampir, telah disediakan untuk memberi
gambaran yang benar dan saksama tentang kedudukan kewangan Muafakat MRSM Merbok.
Pada 31 Disember 2021, serta prestasi kewangan dan aliran tunai Muafakat MRSM Merbok
bagi tahun kewangan berakhir pada tarikh tersebut.
Bagi pihak Ahli-ahli Jawatankuasa Muafakat MRSM Merbok.

Disahkan oleh,

………………………………………..
(HJ MOHAMAD SHUKRI BIN SEMAN )
Yang Dipertua
Muafakat MRSM Merbok
Sesi 2021
Tarikh: 24/8/2022

Disahkan oleh,

………………………………………..
(TEH AFIFAH SYAHIRAH BINTI ABDUL HAMID)
Setiausaha
Muafakat MRSM Merbok
Sesi 2021
Takrih: 24/8/2022

18

19

20

MUAFAKAT CAWANGAN MRSM MERBOK
PENYATA

PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2021

(RM) (RM)
4,101.55
Baki b/b
PENERIMAAN 36,395.60
Yuran MUAFAKAT 40,497.15

PEMBAYARAN 400.00
Sumbangan pembelian Pelitup Muka Pelajar SPM 2020 500.00
Sumbangan pembelian kurma untuk Majlis Mohon Restu SPM 2020 500.00
Sumbangan Hadiah dan Cenderahati Majlis Graduasi 100.00
Sumbangan banner Menduduki SPM 360.00
Pengeluaran semula wang - Ridwana Irdina 598.62
Pembiayaan fotostat dan penggunaan Januari hingga Disember 3,445.00
Pembiayaan yuran MUAFAKAT Kebangsaan 10% 6,000.00
Sumbangan pembiayaan Program Tutor.com SPM 2021 1,500.00
Sumbangan mangsa banjir untuk 5 pelajar 900.00
Sumbangan mangsa banjir untuk 3 pelajar 85.00
Makan dan minum Mesyuarat Agung MUAFAKAT 3,000.00
Sumbangan Hadiah Cabutan Program Hari Keluarga MRSM Merbok 195.00
Sumbangan makan minum Pendaftaran pelajar 20/11/2021 370.00
Pembiayaan deposit baju Korporat AJK MUAFAKAT
Buku cek 7.50
(17,961.12)

Baki h/b 22,536.03

21

MUAFAKAT CAWANGAN MRSM MERBOK

ALIRAN TUNAI PADA 01 JAN 2021 HINGGA 31 DISEMBER 2021

Tarikh Butir Jumlah Tarikh Butir Jumlah
1.1.2021 Baki b/b 4,101.55 2.2.2021 400.00
198.00 Sumbangan pembelian Pelitup
4,000.00 Muka Pelajar SPM 2020
240.00
7.1.2021 Yuran Muafakat 70.00

10.1.2021 Yuran Muafakat 15.2.2021 Sumbangan pembelian kurma 500.00
untuk Majlis Mohon restu SPM
2020

31.1.2021 Yuran Muafakat

18.2.2021 Sumbangan Hadiah dan 500.00
Cenderahati Majlis Graduasi
16.2.2021 Yuran Muafakat

16.2.2021 Yuran Muafakat 250.00 25.2.2021 Sumbangan banner menduduki 100.00
1.3.2021 Yuran Muafakat 1,700.00 SPM
14.3.2021 Yuran Muafakat 360.00
14.3.2021 Pengeluaran semula wang - 360.00
Ridwana Irdina

31.3.2021 Yuran Muafakat 4,592.00 6.5.2021 Pembiayaan fotostat dan 408.94
10.4.2021 Yuran Muafakat 463.00
30.4.2021 Yuran Muafakat 8,030.00 penggunaan Januari hingga Mei

14.5.2021 Pembiayaan yuran muafakat 3,445.00
kebangsaan 10%

1.5.2021 Yuran Muafakat 1,576.00 12.7.2021 Sumbangan pembiayaan 6,000.00
3.5.2021 Yuran Muafakat 4,010.00 Program Tutor.com SPM 2021 1,500.00
31.5.2021 Yuran Muafakat 210.00
25.8.2021 Sumbangan mangsa banjir
untuk 5 pelajar

30.6.2021 Yuran Muafakat 848.90 1.9.2021 Sumbangan mangsa banjir 900.00
31.7.2021 Yuran Muafakat 187.50 7.9.2021 untuk 3 pelajar 85.00
4.8.2021 Yuran Muafakat 50.00
Makan dan minum mesyuarat
Agung MUAFAKAT

18.8.2021 Yuran Muafakat 473.20 25.10.2021 Sumbangan Hadiah cabutan 3,000.00
31.8.2021 Yuran Muafakat 215.00
Program Hari Keluarga MRSM

Merbok

30.9.2021 Yuran Muafakat 155.00 23.11.2021 Sumbangan makan minum 195.00
14.10.2021 Yuran Muafakat 808.00
30.11.2021 Yuran Muafakat 6,149.00 Pendaftaran pelajar 20/11/2021

1.12.2021 Pembiayaan deposit baju 370.00
Korporat AJK MUAFAKAT

8.12.2021 Yuran Muafakat 140.00 3.12.2021 Buku cek 7.50

22

31.12.2021 Yuran Muafakat 1,670.00 7.12.2021 Bayaran penggunaan fotostat 189.68
6/5 - 6/12
(17,961.12)
Baki h/b 22,536.03
40, 497.15
40,497.15

23

CADANGAN/USUL
MESYUARAT AGUNG

MUAFAKAT
TAHUN 2022

24

USUL & CADANGAN

1. Nama waris: Haslina binti Hj Harun

● Masa outing bagi pelajar lelaki adalah pada hari sabtu dan pelajar perempuan pada hari
jumaat.

● Maklum balas:
Pelajar di benarkan outing sekali sahaja dalam seminggu. Samaada hari jumaat atau sabtu
bersama waris. Outing bersendiri dibenarkan dengan menggunakan bas yang disediakan
oleh pihak maktab. Jadual outing dibuat secara penggiliran untuk keselesaan pelajar.

2. Nama waris: Noor Azura binti Yusop

● Program berkaitan kerjaya untuk pelajar tingkatan 5 diwujudkan bagi menggalakkan anak-
anak berpersatuan selepas tamat tingkatan 5 - Kertas Cadangan akan diusulkan sebelum
19/8/2022

● Maklum balas:
Program kerjaya adalah di bawah Unit Bimbingan dan Kaunseling dan dilaksanakan
kepada semua pelajar tingkatan 5 setiap tahun.

3. Nama waris:Mohamad Yazdi

● Waris yang membenarkan anak-anak membawa smart phone dapat memantau atau
mengawal penggunaannya terutamanya pelajar menengah rendah (1-3). Ini sedikit
sebanyak memberi kesan kepada pelajar lain dan mereka terdedah dengan penggunaan
sosial media tanpa kawalan.

● Maklum balas:
Pihak maktab tidak membenarkan pelajar membawa smart phone ke maktab.

4. Nama waris:Mohamad Khairul Faizi bin Md Isa.

● Pihak maktab membuat penambahbaikan sistem air di asrama.
● Maklum balas:

Pihak maktab telah mengambil beberapa inisiatif untuk mengatasi masalah air ini.

5. Nama waris:Mohamad Sharizal bin Abdullah

 Penempatan pelajar di kiub atau aras asrama bercampur dengan pelajar tingkatan lain.
 Maklum balas:

Buat masa ini pelajar tinggal dalam bilik masing-masing mengikut tingkatan yang sama
kerana isu Covid-19. Cadangan untuk pelajar tinggal bercampur dengan tingakatn dalam
satu kiub buat masa ini dilihat tidak praktikal dan boleh mengundang isu buli dan
sebagainya. Walau bagaimanapun pelajar boleh tinggal bercampur tingkatan pada setiap
aras. Insy-Allah unit guru asrama akan berusaha mengintergrasikan pelajar ketika tinggal
di asrama.

25

6. Nama waris:Julia binti Mohamad Salleh

● Masalah yang sedia ada dapat diperbaiki dengan segera.
● Maklum balas:

Cadangan ini kurang jelas tetapi jika masalah air yang dimaksudkan, pihak maktab telah
mengambil tindakan bagi mengatasi masalah ini.

7. Nama waris:Nur Idawati binti Abdul Wahab

● Menambah bilangan mesin dispenser air atau sekurang-kurangnya water cooler agar
pengambilan air mencukupi untuk pelajar sentiasa kekal terhidrat

● Maklum balas:
Terdapat 9 unit water dispenser telah diletakkan di sekitar maktab dan bilangan ini
mencukupi untuk keperluan pelajar.

● Pelajar dibenarkan pulang bermalam apabila bekalan air terputus bagi mengurangkan
penggunaan air di asrama sekaligus pelajar yang tidak dapat pulang dapat menggunakan
air yang masih ada.

● Maklum balas:
Cadangan ini sememangnya telah dilaksanakan oleh pihak maktab sebelum ini.

● Penyelarasan waktu operasi Dewan Selera agar pelajar dapat mengatur masa makan selain
mengelakkan semua pelajar berebut-rebut pada masa yang sama.

● Maklum balas:
Jadual makan pelajar sememangnya diselaraskan mengikut masa yang telah ditetapkan
kecuali pada masa peperiksaan di mana setiap tingkatan tamat peperiksaan pada waktu
yang berbeza setiap hari.

● Masa yang tepat bagi membuka kunci pintu asrama untuk pelajar masuk ke asrama agar
pengurusan masa pelajar lebih cekap.

● Maklum balas:
Masa pintu asrama dibuka dan ditutup adalah mengikut masa yang telah ditetapkan.

● Waris dan pelajar dibenarkan menggunakan kerusi-kerusi di sekitar asrama bagi tujuan
lawatan kerana kerusi dan meja di hadapan Dewan, Surau dan Pusat Sumber
Pembelajaran(PSP) adalah amat terhad.

● Maklum balas:
Pihak MUAFAKAT bersetuju untuk menambah 10 unit set meja batu untuk kegunaan
waris dan pelajar. Namun begitu, lokasi set meja batu ini akan ditentukan oleh pihak
maktab.

● Tangki air sederhana besar disediakan di setiap aras bagi kegunaan pelajar ketika gangguan
bekalan air.

● Maklum balas:
Pihak maktab telah memasang paip yang menghubungkan bekalan air telaga tiub dan
tandas setiap aras asrama untuk kegunaan pelajar ketika bekalan air terganggu.

26

● Menyediakan seterika yang mencukupi di setiap aras bagi kegunaan pelajar
● Maklum balas:

Bilangan seterika adalah mencukupi di setiap aras asrama.

● Penggunaan telefon pintar dibenarkan memandangkan kebanyakan kerja khusus
memerlukan pelajar mendapatkan pelbagai maklumat dan bahan ilmiah dari internet.
Kawalan penggunaan boleh ditetapkan oleh ibu bapa sebagai kawalan kepada pelajar sama
ada melalui tetapan telefon atau tetapan oleh wi-fi di maktab sendiri. Selain itu penggunaan
aplikasi whatsapp dan telegram juga menjadi platform yang sangat interaktif bagi
perkongsian bahan pembelajaran di antara guru dan pelajar.

● Maklum balas:
Pihak maktab tidak membenarkan pelajar membawa telefon pintar. Terdapat 2 buah
makmal komputer, komputer di Pusat Sumber Pembelajaran(PSP) dan kios untuk
kegunaaan pelajar bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan.

8. Nama waris:Mohd Iskandar Firdaus b Mohd Jamil

 Membaiki plug di maktab yang kebanyakannya rosak.
● Maklum balas:

Ada sebahagian plug yang memang ditutup bagi mengelakkan litar pintas dan risiko
kebakaran.

9. Nama waris:Rosyani binti Ahmad

● Program mini ulul albab diwujudkan bagi pelajar yang berminat untuk menghafaz al-
quran. Tenaga pengajar boleh dilantik dari luar dan bayaran bulanan adalah daripada ibu
bapa sendiri. Misi utama adalah menjadikan al quran sebagai pendamping anak2
walaupun sesibuk mana urusan dunia. Al-quran juga boleh membuatkan IQ anak lebih
cerdik. Selain itu, ia dapat memberi nilai tambah kepada MRSM Merbok.

● Maklum balas:
Program mini ulul albab ini biasanya dilaksanakan setiap tahun oleh pihak maktab, tetapi
terhenti beberapa tahun ini disebabkan Covid-19. Namun begitu, unit agama telah
membuat kelas Al-Quran setiap hari jumaat untuk pelajar yang lemah.

10. Nama waris:Masyiraaisya binti Mokhtar

● Memberi kebenaran kepada pelajar untuk naik ke asrama selepas balik dari sekolah
seperti sebelum ini supaya anak-anak lebih selesa selepas mandi untuk ke kelas
persediaan(Prep).

● Maklum balas:
Tindakan pihak maktab tidak membenarkan pelajar untuk naik ke asrama selepas waktu
sekolah adalah disebabkan terdapat sekumpulan pelajar sengaja tidak turun prep pada
waktu petang. Oleh yang demikian, larangan untuk naik ke asrama terpaksa dibuat bagi
memastikan semua pelajar turun prep petang. Arahan ini adalah sementara sahaja, jika
pelajar berkelakuan baik dan memberikan Kerjasama untuk turun ke kprep petang, arahan
ini akan ditarik balik.

27

11. Nama waris:Shahrul nizam bin Osman
● Pelajar senior (Tingkatan 4 & 5) menjadi mentor untuk pelajar junior dalam
mempertingkatkan kefahaman pembelajaran. Secara tidak langsung ia dapat menambah
ilmu pengetahuan dan pengalaman pelajar senior.
● Maklum balas:
Cadangan ini disambut baik oleh pihak maktab, namun tidak dapat dilaksanakan kerana
kekangan masa terutamanya pelajar tingkatan 5. Kaedah mentor mentee ini hanya
dilaksanakan sesama tingkatan sahaja.

12. Nama waris:Ezri Romel Zuhairi
● Kebenaran outing pada hari yang sama dengan ibu bapa sahaja bagi yang ada 2 orang
anak berlainan jantina.
● Maklum balas:
Pihak maktab sememangnya memberikan kebenaran kepada ibu bapa dalam kes seperti
ini.

13. Nama waris:Asri bin Bakar
● Pihak maktab menubuhkan pasukan bola sepak bawah 15 dan bawah 18 untuk tahun
hadapan bagi menyertai kejohanan antara sekolah daerah Kuala Muda/Yan.
● Maklum balas:
Pihak Maktab telah mewujudkan Kelab Bola Sepak dan telah merangka beberapa strategi
untuk memilih pemain yang boleh mewakili pasukan bola sepak Maktab.

28

MINIT MESYUARAT MUAFAKAT
CAWANGAN

MRSM MERBOK
KALI KE-14, TAHUN 2021

29

MINIT MESYUARAT AGUNG
BADAN PERMUAFAKATAN PENDIDIKAN MARA MALAYSIA

CAWANGAN MRSM MERBOK
KALI KE-14, TAHUN 2021

Tarikh : 4 September 2021
Tempat : Kediaman masing-masing (secara maya)
Masa : 9.00 pagi

Kehadiran:
Rujuk lampiran

Agenda Mesyuarat :

1. Ucapan aluanYang Dipertua MUAFAKAT sesi 2019/2021.
2. Pembentangan dan pengesahan minit Mesyuarat Agung kali ke-13, tahun 2020.
3. Pembentangan laporan tahunan 2020 dan pengesahan.
4. Pembentangan penyata kewangan tahunan 2020 dan pengesahan.
5. Pembubaran Ahli Jawatankuasa MUAFAKAT Cawangan MRSM Merbok sesi

2019/2021
6. Pelantikan Ahli Jawatankuasa MUAFAKAT Cawangan MRSM Merbok sesi

2021/2023
7. Pemilihan dua orang Juruaudit Dalaman
8. Pemilihan perwakilan ke Mesyuarat Agung Kebangsaan tahun 2021.
9. Perbahasan usul bertulis dan lisan.
10. Hal-hal lain.
11. Ucapan penangguhan dan bersurai.

30

Agenda 1: Ucapan aluan Pengerusi Mesyuarat

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan Surah Al-Fatihah. Pengerusi mengucapkan terima kasih
atas kehadiran semua ahli mesyuarat.

1.2 Pengerusi mengucapkan syabas kepada pihak Pengurusan maktab dan guru-guru atas
pengorbanan dalam keperihatinan mendidik para pelajar. Beliau juga menyeru semua
ibu bapa supaya menjadikan Ahli Jawatankuasa MUAFAKAT sebagai satu badan yang
perlu diberi keutamaan dalam melahirkan modal insan yang berkualiti.
Makluman

Agenda 2: Pembentangan dan pengesahan minit Mesyuarat Agung Muafakat kali
Ke-13, tahun 2020

2.1 Minit mesyuarat telah dibentangkan oleh Setiausaha MUAFAKAT, Puan Teh Afifah
Syahirah binti Abdul Hamid.

2.2 Minit Mesyuarat telah disahkan oleh Puan Zarina binti Mohamad Isa dan disokong oleh
Puan Noraini binti Aziz.
Makluman

Agenda 3: Pembentangan laporan tahunan 2020

3.1 Laporan tahunan 2019 telah dibentangkan oleh Setiausaha MUAFAKAT, Puan Teh
Afifah Syahirah binti Abdul Hamid.
Makluman

Agenda 4: Pembentangan penyata kewangan tahunan 2020 dan pengesahan

4.1 Penyata kewangan tahunan telah dibentangkan oleh Bendahari iaitu Encik Ahmad Fikri
bin Rozali.

4.2 Penyata kewangan tahunan telah disahkan oleh Encik Habib Ahmad Muhaiyuddin bin
Habib Danial dan disokong oleh Encik Putra bin Mahmud.
Makluman

Agenda 5: Pembubaran Ahli Jawatankuasa MUAFAKAT Cawangan MRSM Merbok
Sesi 2019/2021

5.1 Ahli Jawatankuasa MUAFAKAT sesi 2019/2021 dengan rasminya dibubarkan

Makluman

31

Agenda 6: Pelantikan Ahli Jawatankuasa MUAFAKAT Cawangan MRSM Merbok sesi
2021/2023

6.1 Pengundian dibuat secara atas talian.
6.2 Hasil daripada undian, jawatan Yang Dipertua disandang oleh Tuan Hj. Mohamad

Shukri bin Seman dan Naib Yang Dipertua disandang oleh Encik Mohd Shubhi bin
Omar.
6.3 Encik Mohd Hafeiz bin Abu Zarin mencadangkan calon-calon yang tidak terpilih
untuk jawatan YDP dan NYDP bertanding jawatan ahli jawatankuasa. Cadangan ini
disokong oleh Encik Habib Ahmad Muhaiyuddin bin Habib Danial.
6.4 Encik Mohd Hafeiz bin Abu Zarin mencadangkan pelantikan jawatankuasa guru dan
juruaudit guru adalah diberi mandat kepada pihak pengurusan maktab untuk membuat
lantikan. Cadangan ini disokong oleh Puan Fakhrati binti Aziz.
6.5 Berikut adalah senarai Ahli Jawatankuasa MUAFAKAT Cawangan MRSM Merbok
sesi 2021/2023:

Yang Dipertua : Tuan Hj. Mohamad Shukri bin Seman

Naib Yang Dipertua: Encik Mohd Shubhi bin Omar

Setiausaha : Puan Teh Afifah Syahirah binti Abdul Hamid

Penolong Setiausaha: Puan Azlin binti Md Yusuf

Bendahari : Encik Ahmad Fikri bin Rozali

Ahli Jawatankuasa Waris:
1. Encik Idris bin Hussain
2. Encik Shamsul Bahri bin Ahmad Fauzi
3. Encik Amaran bin Simmon
4. Encik Habib Ahmad Muhaiyuddin bin Habib Danial
5. Puan Farizah binti Ahmad
6. Puan Saliza binti Asrie
7. Puan Fuzlina binti Md Yusof

Ahli Jawatankuasa Guru:
1. Encik Syafiq Atsari bin Zainuddin
2. Puan Nordiana binti Mohd Nor
3. Puan Zarina binti Mohamad Isa
4. Puan Suzana binti Abd Rahman
5. Cik Nor Shahidah Fazilah binti Saad

Makluman
32

Agenda 7: Pemilihan dua orang Juruaudit Dalaman

7.1 Encik Habib Ahmad Mohiuddin bin Habib Danial mencadangkan Dato’ Azmi bin Hj.
A.Ghani sebagai juruaudit dalaman. Cadangan ini disokong oleh Puan Azlina binti
Abu Bakar.

7.2 Pihak pengurusan maktab telah melantik Encik Ahmad Syafiq bin Che Seman sebagai
juruaudit kedua.

Makluman

Agenda 8: Pemilihan perwakilan ke Mesyuarat Agung Kebangsaan tahun 2021

8.1 Cik Nor Shahidah Fazilah binti Saad mencadangkan agar perwakilan ke Mesyuarat
Agung Kebangsaan diputuskan dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa MUAFAKAT
Cawangan MRSM Merbok sesi 2021/2023. Cadangan ini disokong oleh Puan Azlina
binti Abu Bakar.

Tindakan: AJK MUAFAKAT sesi 2021/2023

Agenda 9: Perbahasan usul bertulis dan lisan

9.1 Terdapat dua usul iaitu:

1. Perkhidmatan dobi layan diri perlu disediakan di asrama lelaki.
(Encik Faizal bin Mohd Hassan)

Maklum balas:
Usul ini akan dipertimbangkan melihat kepada tahap keperluan pelajar.

2. Tabung kecemasan diwujudkan bagi tujuan memberi sumbangan kepada keluarga
pelajar dan guru yang terlibat dengan kesusahan atau bencana.
(Encik Syafiq Atsari bin Zainuddin)

Maklum balas:
Kutipan akan dibuat mengikut keperluan semasa.

9.2 Terdapat empat cadangan iaitu:

1. Menggerakkan penglibatan ibu bapa/ penjaga dengan meluas dan berkesan supaya
dapat mewujudkan jalinan Kerjasama antara maktab, ibu bapa dan pihak swasta.
(Encik Idris bin Hussain)
Maklum balas:
Cadangan ini disambut baik oleh pihak maktab dan perkara ini akan diusahakan.

33

2. Kelas intensif persediaan SPM untuk pelajar-pelajar SPM 2021.
(Encik Yusri bin Ma’asom)

Maklum balas:
Program-program yang telah dilaksanakan dan dirancang oleh jawatankuasa
Program Gemilang dan dibentangkan oleh Puan Zurinda binti Zakria selaku
penyelaras.

3. Pemasangan penapis air Coway di asrama lelaki.
(Encik Faizal bin Mohd Hassan)

Maklum balas:
Tiada keperluan untuk meletakkan penapis air Coway di asrama lelaki
memandangkan terdapat water dispenser di kawasan akademik dan asrama serta
Dewan Selera yang menyediakan air untuk pelajar.

4. Pemasangan soket/plug di dalam bilik pelajar lelaki tingkatan 4 bagi memudahkan
mereka melaksanakan tugasan akademik yang diberi oleh guru.
(Encik Faizal bin Mohd Hassan)
Maklum balas:
Tiada keperluan untuk menambah soket/plug di bilik asrama memandangkan
soket/plug telah dipasang di bilik seterika dan ini bagi mengelakkan berlaku litar
pintas yang akan menyebabkan kebakaran memandangkan kejadian ini pernah
berlaku.

9.3 Terdapat satu cadangan secara lisan iaitu:

1. Dua minggu sebelum pelajar pulang ke maktab, pihak pengurusan
mengarahkan pelajar membuat saringa kesihatan setiap hari dan menghantar hasil
mereka melalui guru homeroom. Ini bagi memastikan tahap kesihatan
pelajar adalah bebas daripada COVID-19.
(Mohd Azrul Nizam)
Maklum balas:
Pelajar sememangnya d iarah untuk menghantar hasil saringan kesihatan mereka
kepada guru homeroom seminggu sebelum pulang ke maktab. Ini adalah amalan
yang biasa dilaksanakan oleh pihak maktab semenjak kes COVID-19.

34

Agenda 10: Hal-hal lain

10.1 Encik Firdurs bin Ahmad mencadangkan Encik Azrol Hisyam bin Abdul Aziz dilantik
sebagai Pengerusi Tetap dan Encik Mat Romli bin Md Peah sebagai Timbalan
Pengerusi Tetap bagi sesi 2021/2023. Cadangan ini disokong oleh Encik Azrul Nizam.

Agenda 11: Ucapan Penangguhan

11.1 Yang Dipertua MUAFAKAT sesi 2021/2023 mengucapkan terima kasih kepada semua
jawatankuasa dan ibu bapa kerana telah memberi mandat sekali lagi kepada beliau
sebagai Yang Dipertua MUAFAKAT Cawangan MRSM Merbok. Beliau juga
mengucapkan tahniah kepada ahli jawatankuasa baru yang telah dilantik.

Mesyuarat ditangguh pada pukul 12.30 tengah hari.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

(TEH AFIFAH SYAHIRAH BT ABDUL (MOHAMAD SHUKRI BIN SEMAN)
HAMID) Yang Dipertua
Setiausaha MUAFAKAT Cawangan MRSM Merbok
MUAFAKAT Cawangan MRSM Merbok

35

Kehadiran: 48. Azmi bin Abu Hashim
49. Munirah binti Othman
1. Wan Nor Atiqah binti Wan Yussuf 50. Mohamad Hatta bin Morad
2. Mawardi bin Mat Usab @ Yusoff 51. Ahmad bin Seman
3. Mohd Azrulnizam Mohd Kamarudin 52. Rushani Cham binti Ali
4. Zakaria bin Mohd Yusoff 53. Abdullah bin Abdul Hadi
5. Mohd Asri bin Shaari 54. Hasliza binti Che Ad
6. Robina binti Ahmad 55. Ruzainida bt Baharom
7. Mohd Ezwan Hafiz 56. Syed Abd Khadir
8. Norfazliwati bt Alimi 57. Mohamad Razif bin Muhammad
9. Noor Almisufiza bt Ishak
10. Muhammad Shazwan bin Abdullah Nizam
11. Zanawai binti Mat Zin 58. Amaran bin Simmon
12. Zaleha binti Zakaria 59. Ahmad Tarmizi bin Ismail, Noriani
13. Normadiah binti Jaafar
14. Rusba Arnika Abu Bakar Binti Awang
15. Nor Hasyini binti Abdul Mutalib 60. Nurul Suhada binti Ahmad
16. Hasnah binti Darus 61. Noor Ashikin bt Mohamad Nor
17. Mohamad Rafa'es bin Abu Bakar 62. Muhd Khairil bin Hashim
18. Mohd Rizal bin Md Nasir 63. Habibah binti Sulaiman
19. Zainol Abidin bin Saad 64. Sahul Hamid bin Omar Hathab
20. Mohd Asri bin Mahamad 65. Shurizah Hanim binti Omar
21. Shazirul Adlee bin Shafie 66. Ruslia binti Osman
22. Mohd Syamsulnizar bin Mohd Roslan 67. Faridah binti Edi
23. Mohd Fadzli bin Mohamad Marzuki 68. Yusri bin Ma’asom
24. Ros Fanizan bin Mat Akhir 69. Norhashimah binti Termiji
25. Ahmad Tarmizi bin Husin 70. Adnan bin Mohamed Lazim
26. Nazreen binti Abdul Rahim 71. Basri bin Wahab
27. Muriah binti Mustafa 72. Mohamad Yusof bin Abu Hashim
28. Nor Adill bin Bahatim 73. Salina binti Abdul Samat
29. Arif bin Mohamed 74. Subri bin Baharom
30. Hadibah Ismail 75. Shamsul Bahri bin Ahmad Fauzi
31. Mohd Faizal bin Bidin 76. Mohd Muslim bin Mohd Izazi
32. Sameer Syauqy bin Mansor 77. Fuzlina binti Md Yusof
33. Cik Sayang binti Ahmad 78. Wiryanty binti Abdul Wahid
34. Nuralia Lusia Binti Abdullah 79. Alawiah binti Ismail
35. Rafizah bt Zainul 80. Adnan Ahmad
36. Mohd Fikri Abu Hassan 81. Norlela Nordin
37. Wahida binti Mohd Zaidi 82. Mohd Rostam bin Mohamad@Ahmad
38. Nurkhairi bin Mohd Shukri 83. Noor Hafiza binti Zainol
39. Habib Ahmad Muhaiyuddin 84. Abdul Faatah b Yahaya
40. Rosmadi bin Morad 85. Yusli bin Mohamad Zaki Khor
41. Rosalina binti Md Isa 86. Junaidah binti Mohamed Anif
42. Sharifah bin Bakar 87. Azrul Hizzat
43. Musyarmimi binti Mustapa 88. Amiruddin bin Saad
44. Mohd Basrun bin Maidin 89. Noorasyikin Yahya
45. Osman bin Azihi 90. Khairul Nizam bin Ismail
46. Idris bin Hussain 91. Farahanim bt Othman
47. Rusba Arnika bt Abu Bakar

36

Kehadiran guru: 31. Kartini bt Husin
1. Nurul Pasda bt Azahari 32. Muhammad Zai Housney bin Abd
2. Bahazir bin Baharom
3. Hamimah Nasution bt Ismail Wahid
4. Iva bt Che Seliman 33. Zurinda binti Zakaria
5. Norzamila bt Che Nadzir 34. Siti Noorsaudah bt Rosli
6. Razmi bin Mohd Idrus 35. Suriani bt Sulaiman
7. Muhammad Hafiz bin Md Zuki 36. Azizul Ariffen bin Md Yusof
8. Mohd Nurhalis bin Baharin 37. Nor Syamsiah bt Halim
9. Siti Noor Azreen bt Che Omar 38. Siti Aisyah bt Hussin
10. Rohaya bt Sharif 39. Azlin binti Md Yusof
11. Mohd Azrul bin Che Mustapha 40. Mohd Hafeiz bin Abu Zarin
12. Nor Azura bt Muhamad Yusuf 41. Noraini bt Aziz
13. Omar bin Sanawi 42. Haslina bt Abdul Aziz
14. Firdus bin Ahmad 43. Saiful Najmi bin Ishak
15. Ahmad Saiful bin Md Zain 44. Fakrati bt Aziz
16. Teh Afifah Syahirah bt Abdul 45. Masyura bt Fadzil
Hamid 46. Hadawiah bt Junaidi
17. Mior Amrin Shah bin Mior Arip 47. Juhaida bt Ismail
18. Haslina bt Ismail 48. Azrol Hisyam bin Abdul Aziz
19. Siti Amirah bt Abdullah 49. Yuhaniza bt Mohd Yusof
20. Ahmad Fikri bin Rozali 50. Rahimah binti Razab
21. Putra bin Mahmud 51. Hamiza bt Azimi
22. Zarina bt Mohamad Isa 52. Wan Azlina binti Wan Azman
23. Khairul Zaim bin Mohd Shaari 53. Nordiana binti Mohd Nor
24. Mat Romli bin Md Peah 54. Nor Shahidah Fazilah binti Saad
25. Suzana bt Abd Rahman 55. Badrul Hisham bin Ahmad
26. Siti Suraya bt Abd Wahad 56. Rudisi bin Mustapha
27. Sabariah bt Mohd Yunus 57. Mohd Adli bin Abdullah
28. Nor Haida bt Muhd Yahaya 58. Mohd Hanafi bin Ahmad Kamal
29. Nur Faradila bt Fabil
30. Nor Baizura bt Yusuf

37

CATATAN

38

PENGHARGAAN

Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa MUAFAKAT
Cawangan MRSM Merbok merakamkan ucapan
terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak
yang telah memberi sumbangan sama ada secara
langsung atau tidak langsung dalam menjayakan
majlis ini

Bukan pena mengugah lakaran jiwa
Tetapi tinta yang merdeka

Mampu mengubah setiap yang enggan langkah
Bukan berus melukis halus sukma
Tetapi warna yang terpilih

Mampu mengalih gelora di kanvas kasih
Niat dan langkah

Biar senada biar seirama
Bulat air kerana pembentung
Bulat kata kerana MUAFAKAT

39

40


Click to View FlipBook Version