4. Post Mortem/Maklumbalas 1. Kekuatan Kerjasama yang baik antara jawatankuasa Murid mematuhi jadual pengambilan dan pemulangan jubah 2. Kelemahan Jadual pengambilan jubah pada waktu rehat dan tidak mengikut kelas membuatkan tempat pengambilan sesak. 3. Cadangan Penambahbaikan Waktu pengambilan jubah tidak hanya tertumpu pada waktu rehat dan jadual disediakan mengikut kelas bagi memudahkan pengurusan 5. Lampiran
Disediakan Oleh, NOOR ELHIDAYAH BT ELIAS Ketua J/kuasa Pengurusan Jubah JAWATANKUASA KERJA SEMAKAN / PRUF 1. Senarai Ahli Jawatankuasa Kerja
UNIT : SEMAKAN / PRUF JAWATANKUASA: Pn Mahpudzah binti Ahmad ( K ) 2. Senarai Bidang Tugas Bil. J/Kuasa Bahagian Bidang Tugas Tindakan 1. Pruf Menyemak dan membaiki segala kesalahan dokumen seperti surat, teks ucapan, kata alu-aluan, kandungan buku graduasi dan banner Pn Mahpudzah binti Ahmad 3. Senarai alatan/keperluan dan Perbelanjaan Bil. Barangan/Alatan/Dokumen Kuantiti Lokasi Penyimpanan Kepunyaan TIADA Bil. Item Kos(RM) 1. TIADA JUMLAH RM 0 4. Post Mortem/Maklumbalas 1. Kekuatan Kata alu-aluan dan teks ucapan dihantar awal untuk bacaan pruf 2. Kelemahan - 3. Cadangan Penambahbaikan - 5. Lampiran
Disediakan Oleh, MAHPUDZAH BINTI AHMAD Ketua Jawatankuasa Kerja Semakan /Pruf JAWATANKUASA KERJA DOKUMENTASI 1. Senarai Ahli Jawatankuasa Kerja
UNIT : DOKUMENTASI JAWATANKUASA: Ustazah Faiqatul Mardziah binti Hashim ( K) En Muhammad Arsyad bin Ismail 2. Senarai Bidang Tugas Bil. J/Kuasa Bahagian Bidang Tugas Tindakan 1. Dokumentasi Menguruskan dokumentasi program dalam tempoh masa sebulan selepas program Memuat naik semua bahan program ke dalam google drive e- dokumentasi Ustazah Faiqatul Mardziah binti Hashim 2. Gambar Mengambil gambar semasa program berlangsung Mengambil gambar setiap orang murid dan mengedarkan gambar kepada murid En Muhammad Arsyad Bin Ismail 3. Senarai alatan/keperluan dan Perbelanjaan Bil. Barangan/Alatan/Dokumen Kuantiti Lokasi Penyimpanan Kepunyaan TIADA Bil. Item Kos(RM) 1. TIADA 0 2. JUMLAH RM 0 4. Post Mortem/Maklumbalas 1. Kekuatan Gambar pelajar dapat diambil dengan sempurna Dokumentasi program berjalan lancar
2. Kelemahan - 3. Cadangan Penambahbaikan - 5. Lampiran Disediakan Oleh, FAIQATUL MARDZIAH BINTI HASHIM Ketua Jawatankuasa Kerja Dokumentasi JAWATANKUASA KERJA BANNER 1. Senarai Ahli Jawatankuasa Kerja
UNIT : BANNER Penyelia: JK Muhammad Shamsul Bahari B Abdul Rani Boey Goon On 2. Senarai Bidang Tugas Bil. J/Kuasa Bahagian Bidang Tugas Tindakan 1. Banner Design & Tema Muhammad Shamsul Bahari Bin Abdul Rani Pemasangan Muhammad Shamsul Bahari Bin Abdul Rani Boey Goon On 3. Senarai alatan/keperluan dan Perbelanjaan Bil. Barangan/Alatan/Dokumen Kuantiti Lokasi Penyimpanan Kepunyaan 1 Banner Induk 1 Stor Maks 2 Banner Photo Booth 1 Stor Maks Bil. Item Kos(RM) 1. Banner Induk & Photobooth 350.00 2. JUMLAH RM 350.00 4. Post Mortem/Maklumbalas 1. Kekuatan Berjalan lancar 2. Kelemahan Waktu masa yang terhad 3. Cadangan Penambahbaikan Perlukan tempoh masa yang sesuai supaya lebih persediaan dibuat 5. Lampiran
Disediakan Oleh, MUHAMAD SHAMSUL BAHARI BIN ABDUL RANI Ketua J/kuasa BANNER JAWATANKUASA KERJA PENYAMPAIAN SIJIL DAN HADIAH 1. Senarai Ahli Jawatankuasa Kerja
UNIT : PENYAMPAIAN SIJIL DAN HADIAH JAWATANKUASA: Pn Siti Azura binti Mohamad ( K ) Pn Hazurayal Aizal binti Mah Hassan (PK) Pn Gunavathy a/p Sinnapen Pn. Noordiana binti Yusoff 2. Senarai Bidang Tugas Bil. Bidang Tugas Tindakan Catatan 1. Mengadakan raptai majlis Menyusun kedudukan murid di dalam dewan Berurusan dengan JK Pendaftaran, Sijil, Pengacara majlis bagi melancarkan pergerakan murid Pn Siti Azura binti Mohamad Pn. Noordiana binti Yusoff Raptai diadakan sehari sebelum majlis Susunan murid di dalam dewan disusun mengikut meja AJK Pendaftaran menyediakan senarai nama penerima mengikut kehadiran dan susunan yang sama dengan Pengacara dan sijil. 2. Memastikan murid berpakaian sopan dan beretika Pn. Gunavathy a/p Sinnapen Memeriksa pakaian murid semasa pendaftaran 3. Menyusun penerima sijil dan hadiah mengikut senarai nama di luar dewan Pn. Hazurayal Aizal binti Mah Hassan Murid berdisiplin dan beratur mengikut senarai nama 3. Senarai alatan/keperluan dan Perbelanjaan Bil. Barangan/Alatan/Dokumen Kuantiti Lokasi Penyimpanan Kepunyaan TIADA
Bil. Item Kos(RM) 1. TIADA 0 2. JUMLAH RM 0 4. Post Mortem/Maklumbalas 1. Kekuatan Kerjasama yang baik antara ahli jawatankuasa. 2. Kelemahan - 3. Cadangan Penambahbaikan - 5. Lampiran Disediakan Oleh, SITI AZURA BINTI MOHAMAD, Ketua Jawatankuasa Penyampaian Sijil dan Hadiah JAWATANKUASA KERJA _PENGANGKUTAN 1. Senarai Ahli Jawatankuasa Kerja
UNIT : PENGANGKUTAN JAWATANKUASA En Zaiful Helmi bin Zaini (K) En Razmin bin Che Rahim 2. Senarai Bidang Tugas Bil. J/Kuasa Bahagian Bidang Tugas Tindakan 1. Pengangkutan Menempah bas dalaman atau luar Menentukan bilangan kenderaan yang diperlukan Meminjam bas daripada organisasi lain, jika perlu Menentukan jadual pergi balik Mendapatkan nama pemandu dan maklumat lain jika menggunakan bas luar,memastikan bas sentiasa dalam keadaan baik En Zaiful Helmi bin Zaini En Razmin bin Che Rahim 3. Senarai alatan/keperluan dan Perbelanjaan Bil. Barangan/Alatan/Dokumen Kuantiti Lokasi Penyimpanan Kepunyaan TIADA Bil. Item Kos(RM) 1. TIADA 0 2. JUMLAH RM 0 4. Post Mortem / Maklumbalas 1. Kekuatan Mempunyai bas dalam dan memudahkan urusan untuk membuat tempahan dan rujukan jadual
kekosongan penggunaan bas. Kesemua murid yang menggunakan perkhidmatan bas ke majlis tinggal di asrama dan memudahkan urusan masa pergi dan balik. 2. Kelemahan - 3. Cadangan Penambahbaikan - 5. Lampiran Disediakan Oleh, ZAIFUL HELMI BIN ZAINI Ketua Jawatankuasa Pengangkutan JAWATANKUASA KERJA SIARAYA 1. Senarai Ahli Jawatankuasa Kerja
UNIT : SIARAYA JAWATANKUASA: En Mohd Hafiz bin Ahmad( K ) En Khor Yong Hock (PK) 2. Senarai Bidang Tugas Bil. Bidang Tugas Tindakan Catatan 1. Kenal pasti jenis dan bilangan mikrofon serta pembesar suara yang hendak digunakan. En Khor Yong Hock Telah kenalpasti dengan pihak hotel bilangan mikrofon yang disediakan sebelum majlis bermula. 2. Menyediakan anggaran perbelanjaan En Mohd Hafiz Ahmad Tidak perlu perbelanjaan kerana sistem siar raya disediakan oleh pihak Kulim Golf 3. Menguji alat tersebut dan memastikannya berfungsi dengan baik semasa program berlangsung. En Mohd Hafiz Ahmad Telah diuji sewaktu sesi raptai. 3. Senarai alatan/keperluan dan Perbelanjaan Bil. Barangan/Alatan/Dokumen Kuantiti Lokasi Penyimpanan Kepunyaan TIADA Bil. Item Kos(RM) 1. TIADA 0 2. JUMLAH RM 0 4. Post Mortem/Maklumbalas 1. Kekuatan Kerjasama yang baik antara ahli jawatankuasa.
2. Kelemahan - 3. Cadangan Penambahbaikan - 5. Lampiran Disediakan Oleh, MOHD HAFIZ BIN AHMAD Ketua Jawatankuasa Siar Raya JAWATANKUASA KERJA TEKS UCAPAN DAN KATA ALU-ALUAN 1. Senarai Ahli Jawatankuasa Kerja
UNIT : TEKS UCAPAN DAN KATA ALU-ALUAN JAWATANKUASA: Pn. Azlina binti Ab Razali ( K ) Pn. Azizah binti Abidin ( P) 2. Senarai Bidang Tugas Bil. J/Kuasa Bahagian Bidang Tugas Tindakan 1. Teks ucapan dan kata alu- aluan Menyediakan teks ucapan pengetua dan perasmi. Menyediakan kata alu-aluan pengetua dan perasmi. Pn. Azlina binti Ab Razali Pn. Azizah binti Abidin 3. Senarai alatan/keperluan dan Perbelanjaan Bil. Barangan/Alatan/Dokumen Kuantiti Lokasi Penyimpanan Kepunyaan TIADA Bil. Item Kos(RM) 1. TIADA JUMLAH RM 0 4. Post Mortem/Maklumbalas 1. Kekuatan Kerjasama yang baik dalam pasukan. 2. Kelemahan - 3. Cadangan Penambahbaikan - 5. Lampiran
Disediakan Oleh, AZLINA BINTI AB RAZALI Ketua Jawatankuasa Kerja Teks Ucapan dan Kata-Kata Aluan JAWATANKUASA KERJA DISIPLIN & KEBERSIHAN 1. Senarai Ahli Jawatankuasa Kerja
UNIT : DISIPLIN & KEBERSIHAN JAWATANKUASA: En Khalili bin Khalid (K) Cik Nordiana binti Che Daud (PK) En. Norul Azwan bin Din 2. Senarai Bidang Tugas Bil. J/Kuasa Bahagian Bidang Tugas Tindakan 1. Displin Dan Kebersihan Mengawal displin murid sebelum, semasa Dan selepas majlis Memastikan kebersihan tempat pelaksanaan program bersih Memastikan murid memakai pakaian mengikut etika yang ditetapkan En Khalili bin Khalid Cik Nordiana binti Che Daud En. Norul Azwan Bin Din 3. Senarai alatan/keperluan dan Perbelanjaan Bil. Barangan/Alatan/Dokumen Kuantiti Lokasi Penyimpanan Kepunyaan TIADA Bil. Item Kos(RM) 1. TIADA JUMLAH RM 0 4. Post Mortem/Maklumbalas 1. Kekuatan Kerjasama yang baik dalam pasukan.
2. Kelemahan - 3. Cadangan Penambahbaikan - 5. Lampiran Pakaian murid kemas dan beretika Pakaian murid kemas dan beretika Disediakan Oleh, NORDIANA BINTI CHE DAUD Pen. Ketua Jawatankuasa Disiplin dan Kebersihan JAWATANKUASAKERJA BACAAN DOA 1. Senarai Ahli Jawatankuasa Kerja
UNIT : BACAAN DOA Penyelia: Zulkhairi Bin Saaidin Jk Pembaca Doa 2. SenaraiBidangTugas Bil. J/Kuasa Bahagian BidangTugas Tindakan 1. Zulkhairi Bin Saaidin Peyedia teks doa selesai 2. Mohammad Al –Baqir Bin Tajiri Pembaca Doa Selesai 3. 3. Senaraialatan/keperluan dan Perbelanjaan Bil. Barangan/Alatan/Dokumen Kuantiti Lokasi Penyimpanan Kepunyaan Tiada Tiada Bil. Item Kos(RM) 1. Tiada 0 JUMLAH RM 0 4. Post Mortem/Maklumbalas 1. Kekuatan Disampaikan oleh Pelajar 2. Kelemahan Tiada 3. Cadangan Penambahbaikan Tiada 5. Lampiran : - Disediakan Oleh, ZULKHAIRI BIN SAIDIN Ketua J/kuasa Pembaca Doa JAWATANKUASA KERJA HIASAN PENTAS
1. Senarai Ahli JawatankuasaKerja UNIT : HIASAN PENTAS Penyelia: Pn Noorhashikin Binti Haron JK Fairuz binti Darus(K) Pn Marliana binti Ahmad(PK) Pn Siti Nuranis Sofia binti Mohamad Fauzi Pn Siti Noorhidayah binti Ibrahim En Mohd Hafis bin Ibrahim En Sabirin bin Ismail 2. SenaraiBidangTugas Bil. J/Kuasa Bahagian BidangTugas Tindakan 1. Fairuz binti Darus(K) Pn Marliana binti Ahmad(PK) Pn Siti Nuranis Sofia binti Mohamad Fauzi Pn Siti Noorhidayah binti Ibrahim En Mohd Hafis bin Ibrahim En Sabirin bin Ismail Menyediakan anggaran perbelanjaan Lawatan ke tempat program dilaksanakan Penyusunan kerusi, meja dan rostrum Penyusunan kerusi murid dan guru Penyediaan bunga-bungaan Tempat Persembahan Tempat Pengacara Penyusunan kerusi tetamu Penyusunan kerusi guru dan murid Mengemaskan barangan dan dewan selesai 3. Senaraialatan/keperluan dan Perbelanjaan Bil. Barangan/Alatan/Dok Kuantiti Lokasi Kepunyaan
umen Penyimpanan 1 Bunga 3 Tong Stor HAC Sekolah 2 Kerusi VIP 7 Kulim Golf Kulim Golf 3 Kain Hiasan 50 Meter Stor HAC Sekolah Bil. Item Kos(RM) 1. Kain merah dan hitam RM 154 JUMLAH RM 154 4. Post Mortem/Maklumbalas 1. Kekuatan AJK yang sangat membantu Kos minimum,guna apa yang ada sahaja, ditambah dengan kain yang kena dengan tema 2. Kelemahan Warna banner agak kusam, mengurangkan seri pentas 3. Cadangan Penambahbaikan AJK banner perlu serah draft dahulu sebelum cetak 5. Lampiran
Disediakan Oleh, FAIRUZ BINTI DARUS Ketua J/kuasa Hiasan Pentas JADUAL PERGERAKAN PENGGAMBARAN FOTO MAKS TINGKATAN 5
Tarikh : 15/1/2023 (Ahad) Lokasi : Bilik Frog Kelas Masa 5 Sains 1 8.15 hingga 8.50 5 Sains 2 8.50 hingga 9.25 5 Sains 3 9.25 hingga 10.00 5 Sains 4 10.00 hingga 10.35 REHAT 10.35 hingga 11.05 5 Sains 5 11.05 hingga 11.45 1. Semua murid perlu memakai pakaian sekolah yang lengkap. 2. HANYA murid yang menghadiri MAKS SAHAJA perlu mengambil gambar 3. Sila patuhi masa yang telah ditetapkan bagi melancarkan sesi fotografi. 4. Selesai fotografi murid-murid perlu pulang ke kelas untuk sesi pdp seperti biasa. UNIT FOTO DIGITL MURID MAKS 2022 KAD JEMPUTAN VIP
BANNER BUKU PROGRAM
TEKS UCAPAN TUAN PENGETUA Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera Yang Berusaha Puan Hasmah binti Abdullah, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, PPP Pembelajaran Kulim Bandar Baharu, Yang Berbahagia Yazrin Helmy bin Yahya YDP-PIBG, Yang Berusaha Puan Suriati binti Muhammad, Penolong Kanan Pentadbiran Yang Berusaha Ustaz Abdul Razak bin Hassan, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Yang Berusaha En Zanurin bin Mohamad Safar, Penolong Kanan Kokurikulum Yang Dihormati Barisan Guru-Guru Kanan SMK Sultan Badlishah Guru-guru SMK Sultan Badlishah, Seterusnya Murid-murid yang Dirahmati Allah Sekalian Cantik jelita tuan puteri, Duduk bersimpuh di singgahsana, Majlis Aspirasi sambutan dirai, Menjadi kenangan penuh bermakna. Alhamdulillah, marilah kita melafazkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wataala atas rahmat dan izin-Nya jua, kita semua dapat bersama dalam Majlis Aspirasi Kecemerlangan SPM 2022 SMK Sultan Badlishah Tahun 2022 kali ketujuh yang diadakan pada hari ini dalam suasana yang penuh protokol, gilang gemilang dan bermakna buat kita semua. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada AJK Pengelola kerana telah berjaya menzahirkan majlis ini. Saya mewakili seluruh warga kerja SMK Sultan Badlishah mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan serta murid-murid ke majlis ini. Sesungguhnya kehadiran anda semua akan terus mengeratkan ukhwah yang sedia terjalin antara kita. Para hadirin yang dirahmati Allah sekalian, Kumpulan murid yang berada di dalam dewan ini adalah terdiri daripada 131 orang putera dan puteri Tingkatan 5 yang akan menamatkan alam persekolahan dan pembelajaran di sekolah ini. Jadi sebagai tanda penghargaan pihak sekolah kepada anda yang kini berada pada tahun akhir persekolahan diharapkan majlis ini dapat menjadi perangsang untuk mencapai kejayaan dalam segala bidang yang akan diceburi malah dapat mengukir kenangan manis dan mencatat nostalgia penuh bermakna dalam lipatan sejarah para murid sekalian. Semoga majlis ini juga dapat membuat anakanda putera dan puteri tidak melupakan jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh barisan pendidik SMK Sultan Badlishah. Saya pasti aura Majlis Aspirasi Kecemerlangan dalam kalangan murid semakin dirasai dan bahang tersebut seharusnya dikekalkan sehingga murid-murid menduduki peperiksaan sebenar. Saya berharap dengan adanya majlis penghargaan ini akan menjadi satu titik permulaan menggerakkan motivasi murid-murid ke arah kecemerlangan. Saya yakin sebagai murid SMK Sultan Badlishah, yang telah melalui pelbagai program yang dilaksanakan seperti Program SUMUR, Program GEMA, dan sebagainya, anda semua telah melalui segala proses pembelajaran serta
pengalaman transformasi yang disusun rapi, anda telah ditanam dengan nilai-nilai murni yang selari dengan aspirasi sekolah iaitu, Agama, Akhlak, Akademik, dan Aktif pada peringkat Antarabangsa sesuai dengan moto sekolah A LEGACY PAR EXCELLENCE. Sekali gus dapat membentuk keperibadian yang mulia dan inilah DNA SMK Sultan Badlishah yang akan menjadi kebanggaan kita bersama. Sesungguhnya, usaha mencari ilmu memerlukan banyak kesabaran dan kesungguhan. Kita perlu tabah menghadapi pelbagai cabaran dan tekanan yang mendatang. Sebagai analoginya, anggaplah cabaran yang melanda kita umpama proses kejadian berlian di perut bumi. Semakin banyak proses alam dilalui semakin bernilai harga berlian. Begitulah kita, semakin banyak dugaan dan ujian yang ditempuh dalam proses pencarian ilmu, semakin bernilailah ilmu yang kita peroleh. Nescaya, keindahan cahaya kegemilangan pasti akan menerangi kehidupan setiap insan yang tidak jemu-jemu meneroka dunia ilmu. Wawasan pelajaran di negara ini bukan sekadar melahirkan insan berilmu, malah perlu memenuhi pelbagai tanggungjawab untuk melahirkan sumber manusia yang terlatih, dan dapat mengharungi kehidupan dengan misi hidup yang jelas, berdasarkan nilai yang murni dan luhur, akan menjadi kompas dalam kehidupan. Bermula daripada sinilah akan terbentuk kekuatan dalaman dan tidak mudah tergugat atau terasa lemah dengan apa-apa jua cabaran. Pada masa yang sama, pemupukan nilai-nilai budaya yang positif perlu seiring dengan perubahan yang ada bagi membina warga yang memiliki kecemerlangan,keyakinan dan bersatu padu demi memenuhi tanggungjawab bangsa Malaysia yang dahagakan kemajuan. Pencapaian SPM 2021 merupakan garis panduan untuk anda semua. Pihak sekolah menaruh harapan dan kepercayaan yang tinggi agar kumpulan graduan pada hari ini akan mencipta kecemerlangan dan memastikan wujudnya rantaian kesinambungan yang seterusnya meletakkan nama SMK Sultan Badlishah di puncak kegemilangan. Murid-murid pula perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan bagi menjana potensi diri. Murid cemerlang perlu mempunyai daya kepimpinan, keterampilan dan sahsiah yang mulia. Saya yakin murid-murid yang berada di dalam dewan ini telah menjadikan segala rintangan, kekurangan dan masalah yang telah ditempuh oleh anda semua sebagai cabaran, inspirasi dan rangsangan untuk terus maju dalam bidang akademik dan pembinaan jati diri serta sahsiah yang terpuji. Berkat kesungguhan, kesabaran dan semangat juang yang tinggi, maka pada hari ini pihak sekolah berbesar hati untuk menganugerahkan beberapa anugerah penting kepada mereka yang layak menerimanya. Sebagai contoh Anugerah Kecemerlangan Akademik Percubaan SPM, Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum 2022, Anugerah Sahsiah Terpuji, Anugerah Kecemerlangan Kepimpinan, serta anugerah-anugerah lain. Semoga dengan penganugerahan ini sedikit sebanyak dapat membantu serta menjadi pendorong untuk anda semua menanam tekad menjejakkan kaki ke menara gading. Para murid yang diraikan, Anak semilang ditapak tangan, Tertusuk duri bisanya terasa, Mengejar kejayaan beribu halangan, Agar menjadi harapan bangsa.
Hadirin, hadirat dan para murid yang diraikan, Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah sekali lagi kepada semua pihak yang menjayakan majlis ini. Semoga sumbangan idea dan tenaga yang diberikan itu diberkati Allah dan SMK Sultan Badlishah terus gah berdiri sebagai penyumbang kecemerlangan dalam sistem pendidikan di negara ini, insya-Allah. Imam Al Ghazali mengatakan “Kerja seorang guru tidak ubah seperti kerja seorang petani yang sentiasa membuang duri serta mencabut rumput yang tumbuh di celah- celah tanamannya.” Jelas kepada kita bahawa, peranan guru sebagai pendidik amat penting dalam melahirkan generasi ulul albab yang hebat. Pada saat-saat akhir ini berusahalah dengan iltizam yang tinggi dan penuh ketakwaan berbekalkan ilmu yang telah dicurahkan oleh para murabbi untuk memperoleh kejayaan dan seterusnya memartabatkan SMK Sultan Badlishah di peringkat yang lebih tinggi. Gunakanlah ruang dan peluang yang ada pada masa ini untuk memperkasa diri murid -murid dengan pelbagai kemahiran.Hanya mereka yang bergerak dengan kekuatan ilmu dapat berdaya saing. Apabila berjaya, diharapkan murid-murid dapat memberi sumbangan dalam bentuk tenaga, idea atau wang ringgit terhadap sekolah yang tercinta ini. Jika semalam anda dibantu, esok anda perlu membantu. Anda tahu bagaimana gembiranya hati apabila dibantu oleh mereka yang mampu. Jadi, suatu waktu nanti anda akan mengalami satu kepuasan yang sukar digambarkan apabila anda mampu membantu dan menggembirakan orang lain. Para hadirin yang dihormati sekalian, Marilah kita bersama-sama berdoa agar anakanda putera dan puteri dapat menempuh peperiksaan dengan tenang dan mudah serta kejayaan yang kita harapkan tercapai. Ingatlah murid-murid, kata-kata Imam Syafie “ilmu itu bukan yang dihafal tetapi yang memberi manfaat”. Ingatlah jua bahawa jasa guru-guru yang sentiasa mengiringi kejayaan anda umpama seharum limau kasturi yang terus mewangi. Kepada para jemputan, terima kasih atas kehadiran dan sokongan anda semua. Dahanan rendah hinggapan merpati, Pinggiran sena tampak merona, Produk Badlishah keluaran berkualiti, Gemilang nama di mana-mana. Sekian. Wabillahi Taufik walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima Kasih.
TEKS UCAPAN PERASMIAN Yang berusaha Puan Hajah Saniah binti Che Omar, Pengetua Cemerlang SMK Sultan Badlishah, Yang berusaha Encik Yazrin Helmy bin Yahya, Yang Dipertua PIBG SMK Sultan Badlishah, Yang berusaha Puan Suriati binti Muhammad, Penolong Kanan Pentadbiran, Yang berusaha Encik Abd Razak bin Hassan, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Yang berusaha Encik Zanurin bin Mohamad Safar, Penolong Kanan Kokurikulum, Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran, Guru-guru dan semua murid yang diraikan seterusnya hadirin hadirat yang dirahmati Allah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Pertamanya, saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya, dapatlah saya hadir bagi meraikan para murid dalam Majlis Aspirasi Kecemerlangan SPM 2022 (MAKS) pada petang ini. Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak pengurusan sekolah kerana telah berjaya mengadakan program ini sebagai satu program tahunan. Syabas dan tahniah juga saya ucapkan kepada murid-murid yang telah menunjukkan kecemerlangan sepanjang tahun 2022. Pada hari ini, kita mendapati peranan pendidikan telah berubah dengan jelas daripada fungsi tradisionalnya. Para murid bukan sahaja datang ke sini untuk belajar tetapi untuk dididik sebagai pewaris negara agar menjadi modal insan yang berilmu dan berakhlak mulia. Dalam konteks ini, pelbagai inovasi dasar dan prakarsa yang ampuh dalam merealisasikan hasrat untuk memantapkan kualiti pendidikan negara telah diperkenalkan. Kita perlu bersedia untuk melakukan pembaharuan dan pembugaran dalam sistem pendidikan melalui inovasi dasar dan strategi yang berterusan. Sistem pendidikan kita yang bersifat dinamik dan progresif menuntut anak- anak sekalian agar bersedia untuk melalui proses perubahan dan pembaharuan seiring dengan peredaran zaman bagi mempersiapkan generasi muda dengan keperluan abad ke-21. Dengan kata lain, negara kita memerlukan murid yang cemerlang dan kompeten iaitu mencapai standard kualiti untuk merealisasikan aspirasi dan agenda negara. Sidang hadirin sekalian, Pada hemat saya, MAKS pada hari ini amat selari dengan matlamat memberi dorongan dan memotivasikan murid-murid agar terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam semua bidang. Diharapkan semoga program seumpama ini
dapat diteruskan pada masa-masa akan datang. Saya berasa amat bangga pada hari ini kerana dapat bersama-sama anda semua dalam Majlis Aspirasi Kecemerlangan SPM yang saya kira akan menjadi satu memori indah selepas tamat persekolahan nanti. Saya berharap anak-anak akan menimba sebanyak mungkin ilmu, pengalaman dan pengetahuan di alma mater kerana percayalah, hal ini amat membantu anda untuk kehidupan yang bakal ditempuhi di luar sana nanti. Penganjuran Majlis Aspirasi Kecemerlangan SPM secara tidak langsung telah berjaya menonjolkan kejayaan sekolah sebagai satu entiti penting dalam usaha menyemai nilai-nilai mencintai ilmu dalam kalangan murid sekolah. Akhir kata, tahniah sekali lagi kepada para murid SMK Sultan Badlishah dan pihak jawatankuasa yang mengelola program ini. Saya doakan majlis kita pada petang ini dirahmati Allah S.W.T dan perpisahan kita selepas ini dilindungi-Nya dan kita semua tergolong dalam kalangan mereka yang beriman. Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dengan lafaz bismillaa hirrahmaa nirrahrahim, saya merasmikan Majlis Aspirasi SPM 2022. Sekian, terima kasih.