The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by luqmanzurani, 2022-07-07 12:57:33

HAK Ratib Al-Haddad

HAK Ratib Al-Haddad

‫الراتب الشهير للإمام الحداد‬
Ratib Al Haddad

Yang Masyhur

Disusun Oleh

Al Imam Abdullah
Bin

Alawi Al Haddad

Dengan
Terjemahan Bahasa Melayu

1

2

‫الراتب الشهير للإمام الحداد‬

RATIB AL HADDAD

Yang Masyhur

Disusun Oleh

‫ٱ إلمام ٱلقطب عبد ٱلله بن علوى ٱلحداد‬

Al-Imam Al-Qutub Abdullah bin
Alawi Al-Haddad

3

4

5

6

Tidak akan tercapai niat dan hasrat insan menyempurnakan rasa
kesyukuran terhadap Ilaahi Rabbul Alamin atas kurniaan dan ni’mat sebiji
mata walaupun dengan amalan soleh yang sempurna dan ikhlas dari pagi
hingga malam dan dari waktu dilahirkan hingga akhir hayat. Adakah mampu
kita merafa’kan kesyukuran atas kurniaan Islam dan Iman yang bakal
menjemput kita ke ni’mat jannatun na’im?

Jadi, bagaimanakah cara yang boleh kita aturkan di dunia yang
singkat ini ditambah dengan kesibukan tugas dan tanggungjawab yang
dipikul setiap insan pada setiap masa? Amalan apakah yang dapat
dilazimkan oleh kita yang lemah ini yang bakal membantu Sang Hamba ini
di waktu yang tiada perlindungan selain dari Yang Maha Esa nanti? Kepada
siapakah patut Sang Pencari mendapatkan halatuju meraih keredhaan Allah
?

Sememangnya jelas bahawa jawapan kepada soalan-soalan ini ada
tertera pada kalam Allah  di dalam Al-Quran Al-Karim dan ajaran Rasul
di dalam ratusan ribu Hadith yang disampaikan dan diwasiatkan kepada
ratusan sahabah di waktu hidupnya Baginda. Soalan seterusnya .... yang
manakah akan kita amalkan? Yang mana diutamakan? Yang mana
didahulukan dan yang mana dikemudiankan? Yang mana yang lebih afdhal
dan yang mana sesuai ditinggalkan apabila kekurangan waktu dengan
kesibukan duniawi?

Soalan seperti ini sudah dikaji dengan dalamnya oleh para salaf
assoleh di masa silam. Mereka itu dari ahlil Qur’an, para muhaddithin, para
mufassirin, para alimin dan amilin, para da’i ilallahi yang tidak ada tugas dalam
seumur hidup mereka selain mengabdikan diri kepada Allah . Seiringan
dari pengabdian diri kepada Allah  mereka juga sungguh prihatin
memikirkan zaman-zaman yang bakal merosakkan ummat dan apakah ubat
mujarrab yang diperlukan nanti.

7

Alhamdulillah memang banyak dari para salaf assoleh telah
membantu kita yang hidup selepas mereka ini dengan usaha mereka
menyediakan berbagai susunan amalan yang dipetik dari Al-Quran Al-
Karim, dari Hadith Rasulullah serta para sabiqin (golongan terdahulu).
Mereka yang tidak meninggalkan Al-Quran serta amalan sunnah Rasul 
sebagai tanda cinta sejati yang jauh melebihi cinta terhadap diri sendiri.
Usaha seorang daripada insan seperti ini adalah yang kami muatkan di dalam
buku kecil ini. Beliau adalah Al-Imam Al-Qutub Ad-Da’wah wa Al-Irsyad
Al-Habib Abdullah bin Alawi bin Muhammad Al-Haddad yang pernah
mengisytiharkan bahawa beliau telah mengamalkan kesemua sunnah
Rasulullah ; hanya dengan niat mendorong murid-murid beliau menjejaki
beliau meraih balasan cinta murni daripada Rasul .

Satu daripada sistem wirid yang disusun oleh Imam Al-Haddad
digelar Ratib Al-Haddad atau Ratib Asy-Syahir yang beliau kumpulkan
dari Al-Quran Al-Karim serta Hadith Rasulullah . Ianya boleh dibaca
dalam mana-mana majlis atau tempat, bersama keluarga, berjamaah atau
bersendirian.

Imam Al-Haddad dilahirkan di sebuah perkampungan dekat kota
Tarim di Hadhramaut, Yaman pada 5 Safar tahun 1044 Hijri dan wafat pada
7 Dzulqaedah tahun 1132 Hijri. Beliau terkenal sebagai seorang yang
memiliki ilmu yang luas lagi bermanfaat; bukan sahaja untuk insan yang
hidup pada zaman beliau, bahkan kepada sesiapa sahaja tanpa batasan
zaman atau umur. Kehilangan daya penglihatannya sejak umur empat tahun
telah digantikan Allah  dengan kebolehannya yang luar biasa menyerap
ilmu dan menyebarluaskannya.

Kita sama-sama berdoa ke hadrat Allah  semoga para pengamal
Ratib Al-Haddad dari kaum Muslimin dan Muslimat di Malaysia serta di
mana saja juga mendapat barakah kurniaan Allah  serta meneruskan
perjalanan hidup di alam ini dan alam seterusnya di dalam perlindungan,
maghfirah dan rahmatNya. Amin.

8

Syed Abdul Rahman bin Ali Al-Haddad
Yang Dipertua
Pertubuhan Amanah Hawi Al-Khairat, Malaysia (HAK)
November 2019

Nota:
Acara tahunan Majlis-Majlis Haul (sambutan apabila genap setahun)
sebagai memperingati peninggalan Al-Imam Abdullah bin Alawi Al-
Haddad secara lazimnya dilangsungkan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul
Aziz Shah di Shah Alam pada hari Sabtu pertama setiap bulan
Dzulqaedah. Sila pantau Facebook atau Instagram kami untuk mengikuti
jadual ini setiap tahun.

9

PENGENALAN RATIB AL-HADDAD

Ratib Al-Haddad ini dinamakan penyusunnya, iaitu Al-Imam Al-
Habib Abdullah bin Alawi Al-Haddad . Daripada doa-doa dan zikir-zikir
karangan beliau, Ratib Al-Haddad lah yang paling terkenal dan masyhur.
Ratib yang bergelar Ar-Ratib Asy-Syahir (Ratib Yang Termasyhur) disusun
berdasarkan inspirasi, pada malam Lailatul Qadar 27 Ramadhan 1071 Hijri
(bersamaan 26 Mei 1661 Masehi).

Ratib ini disusun bagi menunaikan permintaan salah seorang murid
beliau, Amir dari keluarga Bani Sa’ad yang tinggal di sebuah kampung di
Shibam, Hadhramaut, Yaman. Dia membuat permintaan untuk
mengamalkan suatu wirid dan zikir sebagai amalan penduduk kampungnya
agar mereka dapat mempertahankan dan menyelamatkan diri dan keluarga
daripada ajaran sesat yang sedang melanda Hadhramaut ketika itu.

Pertama kalinya Ratib ini dibaca ialah di kampung Amir sendiri, iaitu
di kota Shibam setelah mendapat izin dan ijazah daripada Imam Al-Haddad
sendiri. Selepas itu Ratib ini dibaca di masjid beliau iaitu Masjid Al-Fatah
di Hawi, Tarim pada tahun 1072 Hijri bersamaan tahun 1661 Masehi. Pada
kebiasaannya ratib ini dibaca berjamaah bersama doa dan nafalnya, setelah
solat Isya’. Pada bulan Ramadhan ia dibaca sebelum solat Isya’ bagi
mengelakkan kesempitan waktu untuk menunaikan solat Tarawih.
Mengikut Imam Al-Haddad di kawasan-kawasan di mana Ratib Al-Haddad
ini diamalkan, dengan izin Allah kawasan-kawasan tersebut selamat
dipertahankan daripada pengaruh sesat tersebut.

Apabila Imam Al-Haddad berangkat menunaikan ibadah Haji, Ratib
Al-Haddad pun mula dibaca di Makkah dan Madinah. Diberitakan sehingga
hari ini Ratib ini dibaca setiap malam di Bab as-Safa di Makkah dan Bab ar-
Rahmah di Madinah. Murid beliau yang paling rapat iaitu Habib Ahmad
bin Zain Al-Habsyi pernah menyatakan bahawa sesiapa yang membaca
Ratib Al-Haddad dengan penuh keyakinan dan iman dengan terus membaca
“ La ilaha illallah” hingga seratus kali (walaupun pada kebiasaannya dibaca
lima puluh kali), ia mungkin dikurniakan dengan pengalaman yang di luar
dugaannya.

Beberapa perbezaan boleh didapati di dalam beberapa cetakan Ratib
Al-Haddad ini terutama selepas Fatihah yang terakhir. Beberapa doa
ditambah oleh pembacanya. Al Marhum Al-Habib Ahmad Masyhur bin

10

Taha Al-Haddad memberi ijazah untuk membaca Ratib ini dan
menyarankannya dibaca pada masa–masa yang lain daripada yang tersebut
di atas; juga di masa keperluan dan kesulitan. Mudah-mudahan sesiapa yang
membaca ratib ini diselamatkan Allah daripada bahaya dan kesusahan.
Amiiin.

Ketahuilah bahawa setiap ayat, doa, dan nama Allah yang
disebutkan di dalam ratib ini telah dipetik daripada Al-Quran dan Hadith
Rasulullah . Terjemahan yang dibuat di dalam Ratib Al-Haddad ini adalah
secara ringkas. Bilangan bacaan kebanyakan doa dan zikir dibuat sebanyak
tiga kali, kerana ia adalah bilangan ganjil (witir). Ini ialah berdasarkan
saranan Imam Al-Haddad sendiri. Beliau menyusun zikir-zikir yang pendek
yang dibaca berulang kali, dan dengan itu memudahkan pembacanya. Zikir
yang pendek ini, jika sering diamalkan secara istiqamah, adalah lebih baik
daripada zikir panjang yang dibuat secara berkala atau cuai1. Ratib ini
berbeza daripada ratib-ratib yang lain susunan Imam Al-Haddad kerana
Ratib Al-Haddad ini disusun untuk dibaca lazimnya oleh kumpulan atau
jamaah. Semoga usaha kami ini diberkati Allah . Aamin Allahumma
Aamiin…

1. “Syarah Ratib Al-Haddad” – Komentari, pembicaraan dan hujah Ratib Al-Haddad yang
teliti bagi setiap ayat di dalam Ratib Al-Haddad tulisan Al-Habib Alawi bin Ahmad bin
Hassan bin Abdullah bin Alawi Al-Haddad, dalam bahasa Arab yang dicetak oleh Al-Habib
Ali bin Essa bin Abdulkader Al-Haddad di Singapura dan di Maqam Imam Al-Haddad.
Syarah Ratib Al-Haddad juga telah dibukukan dalam Bahasa Melayu oleh Syed Ahmad bin
Semait.

11

ِ‫بِاَوٱالأَلَلَّْرمَّرراَُِوستانحَْٰومحححِۡتلبح‬٢‫تحِنَُٱرَالحْووإح َحعَََٰحوألََلْمهمََصواَحاتَحِيحُِْحكضَْمرحةح‬،‫ُملِهَِْوَوأوٍََإرحْلمَ هَولاب‬،‫وآِلحٱَوُسحهَۡوْحاوَللَحٍو حلمحدَسيَْدِلَّوُِكََممّهأَْْمل‬١‫لا ََلرو–لََُتوَهحاَاولايحَعملحَفهلَِمْايحدُِكحِيحهْتَنَحلاَة‬،‫ُيحمسُِاصحدِبْلسَْوََِلحنلفحٱاحهحّمُحَُِلْْمَتَلَِهََويةّمِفُٱُألٍِدَرحْبَْورلِْْجنحَعُقَٰصبعَحُحَهملّْْْْۡوحمَحيىِلٱ‬.ُۡ‫مأَس‬1‫اَلْو‬

ِِ‫حغِٱضحهو هدنَهِاب‬٥‫ََِّ هلإهييَا َنِ َِِك َأِ حنَن َحععبحمد َِِتإَِويََعا َل َحيكِههن َ حمحِس َت َغ هعحۡيهِيٱِلح َم‬٤‫ِِٱ ه هلصيَرَٰ ه َِنِِطِٱ‬٦‫ِمِ حَسمَٰ َتله هق هيك َِِميَِ حو هم‬٣‫ٱٱلل َر هص هح َريَٰ َهمِِطِِٱلح‬
ِ٧ِ‫َعلَ حي هه حمِ َو ََلِٱل َضٓاله َِي‬

Al-Fatihah dengan niat pengabulan dan kesempurnaan setiap
permintaan dan harapan; dan kepada Rasul Penghulu kita
Muhammad, semoga Allah mencurahkan selawat dan salamNya
ke atas Baginda dan keluarga; dan kepada roh Penyusun Ratib ini
beserta datuk nenek dan cucu-cicitnya, juga bapa-bapa kami,
bapa-bapa kamu, mereka yang telah meninggal dunia di kalangan
kami dan kalangan kamu dan kaum Muslimin sekalian. Al-
Fatihah

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha
Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir
sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Yang Menguasai hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah
sahaja (Ya Allah) yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah
sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang
lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan

12

















yang berhijrah kepada Allah, Ahmad bin Isa, dan kepada roh
Penghulu kita Al-Faqih Al-Muqaddam, Muhammad ibn Ali
Ba’alawi, dan kepada asal-usul dan keturunannya, dan kepada
semua penghulu kita dari keluarga bani ‘Alawi, moga-moga Allah
meninggikan darjat mereka di syurga, dan memberi kita manfaat
dengan mereka, ilmu-ilmu mereka, rahsia-rahsia mereka, cahaya
mereka di dalam agama, dunia dan akhirat. Al-Fatihah.

‫ُيْْعنَلحَوَميُايْل حََكدحاَُقرنُنََجاوااِحِحتححبِحْمْفم حِحَِمففَاشاَْْلخحَرَنّْيحٍحةقر‬،َ‫ولأَنْأََُّصَواّنْوحرفحَحاهيّلحْةملَ أي‬.َ‫فحيَعُحاٍنةََضلْاَفَاِحو–حبِحَمتَاْمغَلةَاَفَحراوِإححبحِبََعُتاَللُةَووأحَمَْحرحهََلّواْمحْحتَوأَأََْْسسرَاَورااَدحارُتحححهنَُهْامْما‬.‫ْارَف‬2ْ‫يَأََعن‬8‫اََوول‬

Bacalah Al-Fatihah kepada roh-roh Penghulu kita Ahli-Ahli Sufi,
di mana saja roh mereka berada, di timur atau barat, moga-moga
Allah meninggikan darjat mereka di syurga, dan memberi kita
manfaat dengan mereka, ilmu-ilmu mereka, rahsia-rahsia
mereka, cahaya mereka, dan golongkan kami bersama mereka
dalam keadaan baik dan afiah. Al-Fatihah.

‫ْدوَاولبححَثَفعُوأالُُاِْلْوتَحُصعمحةبَْحوهالحْححمهد‬-‫َوةَأبحَنْيْأَإحََواَّنحلبحرحاهُلرْمْلََوعْبحيحُوحبدَْعَلحرَكَصااايلِححلتحححَْدمَبحرححِبَْجنفااِلحاَتحّلراَعْمتحلَحديْحوحِحبحنفيقُاَواْبحطلْْلََُنّّندحةنْبياَُاَُومَليَحََإنْوّامَْرفدلَعُشنَاحخااحدَلرْحةِححََبحوَّدْمَغا‬،‫َورالاحعَحلحْردححهَهفْاْمماحِلتََْح‬.َْ‫ْرس‬2ُ‫أَفُلْبح‬9‫َََوووا‬

21

Al-Fatihah kepada roh Penyusun Ratib ini, Qutbil-Irsyad,
Penyelamat kaum dan negaranya, Al-Habib Abdullah bin Alawi
Al-Haddad, asal-usul dan keturunannya, moga moga Allah
meninggikan darjat mereka di syurga, dan memberi kita manfaat
dari ilmu-ilmu mereka, rahsia-rahsia mereka, cahaya-cahaya dan
berkat mereka di dalam agama, dunia dan akhirat. Al-Fatihah.

‫نن‬،‫ْلْحَمََيحنمَّوأاََََّْْي‬،ْ‫تََيوََوواََفدَلّحوأنَََرحداَّينَْجنااَِحاَعتحللََوْْيلمَحَهسحِااَلْمئفحاحرَاكْاحرأَْلْْلََْيَنُّْمحجةَاعحْلس‬،َْ‫ََليحوي‬.‫ْوَااُحملُلاحلإُهَُْْسفيصْمَلحاااِحلمَححتَنوححيُْةَْْيع‬-َْ‫ماويَلْاحلرل‬.َ‫ُححِلرَِيْتأََْفنَةََّانوُيإزحُْماََوَلحدرفلححةليَْحقَاَيكَنلاْغَفّحَافَحّةصسلُارحَإللحعححَحْبَلسحُاطَْْمَْحْديلَحي‬،‫يَُشُْظْاْنَُرلََْيََنفُصاَع‬.‫عح‬3َ‫لْْيَُْلََْيجف‬0‫أاَََُو‬

Al-Fatihah kepada hamba-hamba Allah yang soleh, ibu bapa
kami dan sekalian Muslimin. Semoga Allah mengampuni,
merahmati dan meninggikan darjat mereka di syurga dan semoga
Allah membantu dan memberi taufiq kepada penguasa-penguasa
Muslimin dan semoga Allah Yang Maha Mulia dan Maha
Pemberi memelihara agama Islam dan keimanan buat kita dan
mematikan kita sekalian atas keduanya, serta membangkitkan
kita dalam golongan kaum solehin. Al-Fatihah.

22

Dan berdoalah apa sahaja yang baik kepada Allah  kemudian
ditambah seperti berikut:

ّ‫لنل‬.‫رام‬،ٍَ‫ينَحٌح‬،ِْ‫سبتبحََحْلَْنإنححهَمَنَُّكَطََيحزكَياَْحوَاوَلنوأحَلَْكحدلأََُْقهأسهَْرَْلحلحَكرَْخْيوهآَحْحم‬،َُِ‫حئححلد‬،ٍُْ‫آوَعفلحَعححُفْتيَالُحهوََنحَوظحَمُمأَّوساٍلةََُْنعَحومْنَِنواأَاحْةفجٍَْوطتهَبَحُهََنتَيحوَحْأوَلاؤَلعَحفْلمََمكَمٍَبََُكوْاَسّوسّْيهضُلححْبَتحنَلولَََاححلهََعوَعَونيُحَظَاَضََعوخوَُملأْيْكَْيلَْيْاحَيْعٍَرمومرَصفحانَثَلَاَام‬،ْ‫حِميلَيْنتَحُحيٍدنََحةْموَاخأَْنَََْْيخحٍَْحاةٍْنلورَْيلَْوًٍَأدرَتُُامَنل‬،َّ‫نْانواأَْسلحَعَلحِأَّمْتلََََِْحلحلحَُوْتْبَْفُْمنمىَاتفَتَََبرحكأَُدنََفْظَحْاحهنََبسحَِاَكحليحَّضبَلحنَماَمححادلحاٌلِاقَْنََعْفنبْحالياََبلحَلُْيْنْكأَُُكحُرَمبَفُكْحمدَحلْاْغحَلَح‬،َْ‫ٍَرََْعماوحأَلََلأَنكَُنَد‬.‫ن‬،‫َحاخَيََْبلحَحَْْيتَّنص‬،‫ََرّّّحممْحيْنَناَْحاَحْملإ‬.‫ُُوْيههَلأْْحَرصحَبظح‬3‫ُأَََكَللَّّّْعرلاََح‬1‫للللوْي‬،َََََْ‫ااااا‬

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan
mentadbirkan sekalian alam, segala puji-pujian bagiNya atas
penambahan nikmatNya kepada kami, moga-moga Allah
mencurahkan selawat dan kesejahteraan ke atas Penghulu kami
Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat Baginda. Wahai
Tuhan, kami memohon dengan haq (benarnya) surah Fatihah
yang Agung, iaitu tujuh ayat yang selalu di ulang-ulang, bukakan
untuk kami segala perkara kebaikan dan kurniakanlah kepada
kami segala kebaikan, jadikanlah kami dari golongan insan yang
baik dan peliharakanlah kami Ya Tuhan kami sepertimana Kamu

23

memelihara hamba-hambaMu yang baik, lindungilah agama
kami, diri kami, anak-anak kami, sahabat-sahabat kami, serta
semua yang kami sayangi dari segala kesengsaraan, kesedihan,
dan kemudharatan. Sesungguhnya Engkaulah Maha Pelindung
dari seluruh kebaikan dan Engkaulah yang mengurniakan seluruh
kebaikan dan memberi kepada sesiapa saja kebaikan dan
Engkaulah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Wahai
Yang Maha Pengasih dari segala yang mengasihani.

‫ماب‬،‫َللحوُِْغاَتَحومَللنحّحفََاصلَّارََْلّمرلَُهنَححَّْنتى‬.‫ّا‬،ِ‫لحرلحَْس‬.‫لوْْافَْحمّحررالَْيماْاَحَلْنحََنلَاحَْلحّموحاداْليلُْْْهَُدنَََّويُّاممحَن‬.‫ناوَلمحأنحََتاححماَِْك‬،َ‫رََحووخاَحَْنَحس‬،‫ْيَمََْوْحصوْعاَلَنََََْيَشلنسّااَالأَّلَْةأئَحَْممُْم‬،‫داْأَرَحْءَعووََوَاأوََلَحَءْضصدحلمحدنَْحََْوخحَنعتََُْبْلحهنّحْننَلاحَهَْمواُقلححما‬،‫َُأَاَوومَلْتحَاوََََلّحمَووقَاالَّتبلّحَْصٍدرُهاحدْلََاّيمَََْضنْلَننََحومأَااآَِنّححلزحباْْدلحَحهَووَايَُلحَّن‬،َُ.‫شََيْيّمأْرلنَنَآاانََحسَِمَواَْاغيحضْتَلْْوحفلحححدريُُْْمكمَرََعلمَََلَنَْنّننَّؤاهْااحُمنن‬.َْ‫َحْْسحطؤحنمَْاَعنََححَملاَّْلاَنْنحلَْيإَْحُىَهوالََو‬.َ‫اُْملحَل‬3‫ألَلَْْعْلحُْرصْع‬2‫اأأاَََََلْووواا‬

Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunilah kami, ibu bapa kami, anak-
anak kami, para masyaikh kami di dalam urusan agama, orang
yang berbuat baik kepada kami, orang-orang yang berpesan
kepada kami untuk berdoa dan kepada sekalian Muslimin dan
Muslimat, Mukminin dan Mukminat, yang hidup mahupun yang
telah mati. Ya Allah ampunkanlah kami, rahmatilah kami,
terimalah daripada kami, masukkan kami ke dalam syurga dan

24

selamatkan kami dari neraka. Ya Allah, perbaikilah semua
keadaan kami. Ya Allah, tambahilah kami (kebaikan), janganlah
Engkau kurangkan, muliakan kami dan jangan Engkau hinakan,
kurniakan kami pemberian dan jangan hampakan, jadikanlah
kami meredhaiMu dan redhailah kami, wahai Tuhan yang Maha
Pengasih dari segala yang mengasihani. Semoga Allah mencucuri
selawat dan salam kepada penghulu kami Muhammad,
keluarganya dan para sahabatnya. Segala puji bagi Allah, Tuhan
sekalian alam. Aamiin

Kemudian bacalah doa berikut:

‫َس َخ حط َك‬ ‫حم ْن‬ ‫بح َك‬ ُ‫َونَعُْوذ‬ َ‫َواْْلََنّة‬ ‫حر َضا َك‬ ‫نَ ْسأَلُ َك‬ ‫إحََّن‬ ‫ اَلَلُّه َّم‬.33
(3x) ‫َوالَنّا حر‬
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon keredhaan dan
syurgaMu; dan kami memohon perlindunganMu dari
kemarahanMu dan api neraka. (3x)

‫إنتهى الراتب الشهير‬

Selesailah Ratib Al-Haddad

25

CATATAN
26

27

28


Click to View FlipBook Version