Ikrar Setiaku
2021
SSeuelualsasBRaahsaasa Kata alu-aluan pengarah
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAHTUH DAN SALAM SEJAHTERA.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dengan izin dan limpah kurnia-Nya, Sambutan Bulan Kebangsaan ke-64 dapat
diraikan oleh warga IPG Kampus Bahasa Melayu secara sederhana dan dalam situasi norma baharu seperti tahun lepas.
“ Malaysia Prihatin” merupakan tema Sambutan Bulan Kebangsaan 2021. Tema ini mengekalkan tema pada tahun 2020
sebagai menghargai keprihatinan, kesungguhan dan ketabahan warga Malaysia mengharungi cabaran dan dugaan
wabak Covid-19 yang masih melanda negara termasuk warga IPGKBM yang juga diuji wabak yang sama.
Selain berdepan dengan wabak yang membunuh, negara juga dicabar dari segi kesatuan dan nilai berwarganegara dalam kalangan
rakyatnya. Pengaruh kepesatan teknologi maklumat menelan nilai-nilai positif yang sepatutnya dipunyai oleh setiap rakyat. Kesatuan kita pula
terhakis akibat sikap mementingkan kelompok dan pemikiran sempit yang telah menipiskan jati diri seseorang warganegara. Kesopanan,
kesusilaan dan nilai-nilai patriotik yang menjadi teras Rukun Negara seolah-olah digoncang oleh gelombang kuat yang semakin dirasai pada
masa terdekat dan hal ini sangat membimbangkan.
Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat IPG Kampus Bahasa Melayu diharapkan dapat membaja semula perpaduan dan kesatuan yang
rapuh sungguh pun dalam skala mikro. Diharapkan sambutan ini memberi peluang kepada kita untuk merenung kembali pengorbanan yang
telah dirintis oleh generasi silam. Tanpa susah payah mereka, kita tidak akan menghirup udara merdeka. Alangkah rugi sekiranya kebebasan
yang telah dikecapi,dirosakkan oleh tindakan yang memperjudikan cita-cita dan hasrat yang menjadikan kesatuan dan perpaduan sebagai
tonggak utama.
Jika dalam bidang perubatan, doktor dan jururawat adalah frontliner yang memastikan kesihatan warga, dalam bidang pendidikan pula, guru
adalah frontliner dalam melahirkan generasi yang mapan dari aspek akademik dan akhlak anak muridnya. Pemupukan akhlak dan nilai budi
generasi baharu sepatutnya terus menjadi agenda yang didahulukan oleh para pendidik selaras dengan lafaz Ikrar Perkhidmatan yang
diucapkannya. Kita tidak mahu tugas itu dicemari pemikiran ekstrimis dan radikal yang menular dalam masyarakat. Sama ada kita sebagai
pelatih guru, pensyarah, pentadbir dan kumpulan pengurusan sokongan kita seharusnya berkongsi cita-cita yang sama iaitu untuk terus
menjadi warganegara yang baik dan mematuhi undang-undang dan Perlembagaan Negara serta mengelak persengketaan yang merugikan.
Akhir kata saya ingin merakamkan ucapakan tahniah kepada pihak yang menganjurkan sambutan kali ini. Kolaborasi yang ditunjukkan oleh
Jabatan Sains Kemanusiaan sebagai penganjur utama, Unit Ko-kurikum dan Unit Multimedia, telah merealiasikan nilai perpaduan yang
sepatutnya ditonjolkan. Penglibatan jabatan dan unit-unit lain secara tidak langsung juga amat dihargai. Saya berharap agar kerjasama ini
dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang.
Selamat menyambut Hari Kebangsaan yang ke-62 dan salam Malaysia Prihatin.
Pn.Nor Asilah binti Osman B.C.K
Pengarah
IPG Kampus Bahasa Melayu
kata alu-aluan
Ketua Jabatan Sains Kemanusiaan
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wmt. wbt. dan Selamat Sejahtera.
Syukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, kita dapat bersama-sama
menjayakan sambutan bulan kebangsaan peringkat IPGKBM. Walaupun berada dalam situasi
norma baharu, sambutan ini masih dapat dikekalkan. Menjadi satu tanggungjawab kepada
generasi hari ini, khususnya warga IPGKBM untuk mengenang dan menghayati erti kemerdekaan.
Tugas kita pada hari ini adalah memenuhi dada dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran agar
kemerdekaan yang di miliki dapat di pertahankan dan di kekalkan.
Sebagai warganegara yang bertanggungjawab dan atas nama profesion perguruan, mengingati kemerdekaan negara
seharusnya terus subur dalam kalangan guru kerana unsur patriotisme semestinya terus disuburkan dalam jiwa generasi
muda. Sehubungan itu, telah menjadi satu budaya di IPGKBM, sambutan bulan kebangsaan senantiasa berada dalam
senarai takwim aktiviti pensyarah dan pelajar di sini. Setiap tahun, sambutan bulan kebangsaan ini dimeriahkan dengan
pelbagai acara yang dirancang bagi tujuan menzahirkan perasaan cinta serta menjadi pemangkin dalam memupuk dan
menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan kita kepada tanah air tercinta ini.
Dengan itu, diharapkan program sambutan bulan kebangsaan yang kita jalankan di peringkat IPGKBM ini dapat
mengukuhkan jati diri dalam kalangan bakal guru kerana guru amat berperanan dalam meneruskan penghayatan terhadap
erti kemerdekaan kepada generasi muda yang mendatang. Menyedari ketika ini negara masih berjuang melawan pandemik
Covid 19, sambutan ini menjadi satu peluang kepada seluruh warga IPGKBM agar dapat seiring dan sederap melangkah,
dengan penuh semangat dan kesungguhan yang berkobar-kobar, beriiltizam tinggi untuk menjadi warganegara yang sama-
sama berjuang dalam memerdekakan diri dari wabak yang melanda negara ketika ini.
Diharapkan sambutan ini akan dapat kita jayakan lagi pada tahun-tahun yang mendatang dengan aktiviti yang lebih padat
dan meriah serta memberikan makna bagi seluruh warga IPGKBM. Akhir kata, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada semua Ahli jawatankuasa sambutan bulan kebangsaan peringkat IPGKBM pada tahun ini yang telah menjayakan
pelbagai program bagi terus menyemarak dan menyuburkan erti kemerdekaan yang sepatutnya.
Sekian, Assalamualaikum w.b.t.
Dr.Mahdi Bin Shuib
Ketua Jabatan Sains Kemanusiaan
IPG Kampus Bahasa Melayu,Kuala Lumpur
ATUR CARA
Saluran Youtube Rasmi IPGKBM
Google Meet Bahtera Merdeka 9:45 Pagi
- Nyanyian Lagu Negaraku & Lagu Wilayah Persekutuan
- Bacaan Doa
- Montaj Penutupan Bulan Kebangsaan
- Persembahan Pelajar dan Pensyarah
- Pengumuman Pemenang Pertandingan
10:30 Pagi
- Bicara Sejarah oleh
YBhg. Profesor Datuk Dr. Shamrahayu binti Ab. Aziz (UiTM)
Tajuk: Institusi Raja: Peranan Pendidik dalam
Mendukung Kedaulatan Negara
11:30 Pagi - Sesi Soal Jawab
12:30 Tengah Hari
- Ucapan Perasmian Penutupan oleh
YBrs. Pn. Nor Asilah binti Osman (IPGKBM)
- Nyanyian Lagu Patriotik dan Malaysia Prihatin
Aktiviti Bulan Kebangsaan
Saluran Youtube Rasmi IPGKBM
Google Meet Bahtera Merdeka
10.30 Pagi - Nyanyian Negaraku
- Bacaan Doa
- Montaj Pelancaran Sambutan Hari Kebangsaan 2021
- “Erti Kemerdekaan”
Oleh:
YBrs. Dr. Mahdi Bin Shuid
Ketua Jabatan Sains Kemanusiaan
- Ucapan Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan
Oleh:
YBrs. Pn. Nor Asilah binti Osman
Pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu
- Montaj Pelancaran Pertandingan Sepanjang
Bulan Kebangsaan 2021
Pengerusi YBrs. Pn. Hajah Nor Asilah binti Osman
Timbalan Pengerusi YBrs. Dr. Nirwana Mohd. Rashid
Penyelaras Dr. Mahdi bin Shuid (KJ JSK)
Penyelaras bersama E.n Roslan bin Khalid (KU KOKU)
Setiausaha
En. Zurihan bin Yusoff
Bendahari Puan Nurulhana binti Hussain
JK Pendaftaran
Puan Asmah binti Sahid@ Said
JK Protokol & Pengurusan Puan Punithavathi Sinnapoo
Majlis En. Ahmad Rozi bin Abu
En. Ab Razak bin Mohd Amin
Datin Dr. Thusha Rani Rajendra
Pengacara Majlis Puan Nurulhana binti Hussain
Arif Iswandy bin Sazali
Nur Nabilla binti Mohd Hanapi
Pembaca doa En. Noor Azuddin bin Mohd Noordin
JK Buku Program Digital Cik Asiah binti Mohd Hashim
En. Badrul Zaman bin Mohd Razali
JK Teks Ucapan dan Kata Alu- Puan Ramlah binti Ghani
aluan Dr. Norsalawati binti Wahid
JK Persembahan En. Hafitz bin Kamis
JK Teknikal, Multimedia dan En. Khir Anuar bin Jaafar
Grafik
UNIT MULTIMEDIA
JK Sijil dan Hadiah Puan Zaliyana binti Mohd Hanafiah
JK Dokumentasi & Pelaporan En. Mohamad Safie bin Basri
Moderator Wacana En. Muhammad Firdaus bin Mokhtar
Pengurusan wacana En. Amir Hamzah bin Aman
En. Mustafa Kamal bin Ahmad Zahid
Cik Nor Yatimah binti Osman
Cik Vijayaletchumi a/p Maniveloo
Puan Norliyah binti Sulaiman
En. Razman bin Kamaruddin
Puan Noriza binti Sulaiman
Dr. Izani bin Ibrahim
Dr. Mahdi bin Shuid
En Zurihan bin Yusoff