SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TOBIAR
06700 PENDANG, KEDAH
MINIT MESYUARAT KURIKULUM
BIL 1/2021
1
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TOBIAR
06700 PENDANG, KEDAH DARUL AMAN
MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL 1/2021
Tarikh : 20.01.2021 (Rabu)
Tempat : Dewan Isyraq
Masa : 2.00 petang
Kehadiran :
1.
2. Pn. Sharipah Bt Md Isa (Pengetua)
3.
4. Pn Faridah binti Derani (Penolong Kanan Pentadbira )
5.
6. En. Zubaidi bin Ibrahim ( Penolong Kanan HEM )
7.
8. En. Shaharim bin Jaafar (Penolong Kanan Kokurikulum)
9.
10. Pn.Hjh Hashimah binti Abdul Manab (Guru Kanan Bahasa)
11.
12. Pn Sharipah binti Yaakob (Guru KananTeknikdanVokasional)
13.
14. En. Saiful Azli bin Majid ( GK Sains dan Matematik )
15.
16. Pn. Shahriza binti Daud (Kaunselor)
17.
18. Tn Hj Asharil Suhardi bin Abdullah (Guru Data)
19.
20. Pn Wan Shuhadah bt Wan Abdul Rahim
21.
22. Pn.Hjh. Sunarti bt. Muhamad Fahuzi
23.
24. En. Fadzil bin Omar
25.
26. En. Abdul Rahman bin Ahmad
27.
28. En. Ahmad Zaki bin Haron
Pn. Salwa Asmari bt Abu Hassan
Pn. Norma binti Mat
Pn. Haniza binti Lutpi
Pn. Norsuhaila binti Hanafi
Pn. Ruhaidah binti Omar
Pn. Maheran binti Che Far
Pn. Hjh. Munawarah bt Rofiee
Pn. Sarina binti Hashim
Pn. Sopiah binti Ismail
Pn. Rose Izamrin binti Awi
Pn. Rohiza binti Mahamud
Pn. Norzaila binti Md Isa
Pn Siti Zamira binti Zakaria
Pn. Hezrin binti Abdullah
2
29. Pn. Nazhoriah binti Md Isa
30. Pn. Zahratulain binti Bakhori
31. En. Noor Zaman bin Nayan
32. Pn. Rosnita binti Md Yusoff
33. Pn. Haryati binti Badaruddin
34. En. Mohd Faiz bin Mohammad
35. Pn. Hariza binti Hamzah
36. Pn. Roshimah binti Bakar
37. Pn. Zanita binti Ghazali
38. Tn. Hj. Rosly bin husin
Guru Tidak Hadir Bersebab:
1. En.Mohd Asri bin Daud (Guru KananKemanusiaan) - MC
2. Pn. Najwa binti Ishak- MC
1. ALUAN PENGERUSI
1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah.Tn.Pengetua selaku
pengerusi mesyuarat merakamkan ucapan terima kasih atas kehadiran
semua guru.
1.2. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang hadir semasa
cuti persekolahan bagi membantu pihak sekolah menyiapkan pelbagai
tugasan.
1.3 Seterusnya beliau juga turut menyampaikan ucapan penghargaan dan
tahniah daripada Dr. Zainal Abidin dan Pn.Norhayati binti Saad SISC+ atas
komitmen semua guru melaksanakan tugas dan tanggungjawab sepanjang
pelaksanaan PKPB/PKP,harapan mereka agar perkara ini dapat
dilaksanakan berterusan.
Makluman : Semua guru
2. MEMBENTANG DAN MENGESAH MINIT MESYUARAT YANG LALU
2.1 Ustzh. Sunarti selaku pencatat minit, membentangkan Minit Mesyuarat
Kurikulum Bil-3 Tahun 2020.
2.2 Pn. Sopiah mencadangkan Minit Mesyuarat Kurikulum Bil-3 Tahun 2020
disahkan.
3
2.3 Pn. Nazhoriah menyokong Minit Mesyuarat Kurikulum Bil-3 Tahun 2020
disahkan.
3. PERKARA BERBANGKIT
3.1 Tiada perkara berbangkit
4. TAKWIM KURIKULUM ( FOKUS KURIKULUM )
4.1 Penolong Kanan Pentadbiran (PKP) memperkenalkan jawatankuasa kurikulum
dan takwim unit kurikulum bagi tahun 2021 ( Rujuk Manual Pengurusan
Sekolah 2021 )
4.2 Takwim aktiviti unit kurikulum terpaksa dipinda mengikut kesesuaian semasa
kerana sesi persekolahan berubah disebabkan tempoh Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP).
4.3 Terdapat beberapa perubahan Jawatankuasa di bawah unit kurikulum.
Antaranya :
4.3.1 Ketua Bilik Khas – Kafeteria : Pn. Ruhaidah bt Omar
4.3.2 Guru Tingkatan 1AG : Pn. Rohiza bt Mahamud
4.3.3 Guru Tingkatan 5KK2 : Tn. Hj. Rosly bin Husin
4.3.4 AJK Headcount : Pn. Sarina bt Hashim
4.4 Satu mesyuarat khas di bawah Jawatankuasa Unit Projek KMR/PBL akan
diadakan dalam masa terdekat. Ia penting kerana projek yang akan
dilaksanakan di bawah unit ini perlu direkodkan sebagai PBD pelajar.
Tindakan : Jawatankuasa Unit Kurikulum
5. PEMANTAPAN TS25
5.1 PINTAS/OPPM
5.1.1 Pihak sekolah akan menjemput Pn. Norhayati binti Saad ( SISC+ ) untuk
membimbing guru-guru untuk menyediakan OPPM/PINTAS sebagai
langkah penambahbaikan.
5.2 LEARNING WALK
5.2.1 Learning walk bagi tahun 2020 telah berjaya dilaksanakan sebayak 13
kali seperti yang dijadualkan. Ia dimulai dengan pemantauan daripada
kumpulan pentadbir dan diakhiri oleh Panitia Bahasa Inggeris.
4
5.2.2 Bagi tahun 2021, learning walk akan dijalankan selepas peperiksaan
SPM 2020 atau setelah tamat tempoh PKP. Guru-guru diharap sentiasa
bersedia kerana learning walk akan dilaksanakan pada bila-bila masa
sahaja tanpa dimaklumkan terlebih dahulu sebagaimana sebelum ini.
5.2.3 Pada tahun ini, kumpulan learning walk akan dibahagi kepada tiga
kumpulan, iaitu kumpulan pentadbir, kumpulan guru kanan dan
kumpulan panitia bersama ahli panitia masing-masing.
5.3 PENGURUSAN BILIK KHAS
5.3.1 Semua bilik khas perlu bersedia untuk menerima kedatangan pelajar
untuk kembali ke sekolah. Ini termasuklah bilik kaunseling.
5.3.2 Pn. Rose Izamrin, selaku ketua makmal ICT memaklumkan bahawa unit
ICT telah membuat lima kali pembelian berkaitan peralatan dan
kelengkapan ICT. Ia termasuklah speaker, keyboard, mouse, extension
wire, LCD dan android stick yang akan digunakan di dalam kelas, khusus
untuk smart TV. Semua pembelian telah direkodkan dan setiap dokumen
telah dibuat salinan.
5.3.3 Beliau mengingatkan agar remote TV perlu dihantar ke pejabat setiap
kali waktu pulang dan boleh ambil semula pada keesokan harinya.
Setiap penggunaan peralatan tersebut perlu direkodkan.
5.3.4 Berkaitan komputer lama yang terletak di bilik ICT, Pn. Rose
memaklumkan bahawa ia telah dilupuskan dan akan diganti dengan
komputer baru.
5.3.5 Beliau juga memaklumkan bahawa kemudahan wifi di sekolah sudah
dinaiktaraf.
5.3.6 Pn. Sharipah bt Yaakob, selaku setiausaha Jawatankuasa Pengurusan
Aset Sekolah mengingatkan agar semua peralatan sekolah perlu dilabel
dan direkodkan penempatannya.
5.4 PLC/LADAP
5.4.1 Pn. Salwa Asmari, selaku ketua Unit LADAP dan Integriti memaklumkan
bahawa pada tahun 2020, semua guru telah berjaya melengkapkan
jumlah hari LDP sebanyak 5 hari dan ke atas serta berjaya mencapai 43
mata kredit sebagaimana yang dikehendaki.
5.4.2 Sehubungan itu, beliau meminta agar semua guru dapat mencetak
laporan LDP 2020 dan menyerahkannya kepada pejabat selewat-
lewatnya minggu hadapan.
5
5.4.3 Bagi tahun 2021, LDP masih diteruskan seperti biasa. Memandangkan
sesi persekolahan bagi tahun ini yang sangat terkesan dengan situasi
PKP, beliau memaklumkan bahawa guru-guru boleh mempelbagaikan
kaedah untuk mencukupkan bilangan mata kredit, iaitu dengan membuat
sinopsis daripada pembacaan buku, sekurang-kurangnya tiga buah serta
melengkapkan kursus EPSA.
Tindakan : Semua guru
6. PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH ( PBS )
6.1 Pelaksanaan PBS terdiri daripada komponen akademik dan ko-akademik.
6.2 Komponen akademik adalah melibatkan pentaksiran di peringkat pusat seperti
SPM dan PT3 serta pentaksiran di peringkat sekolah.
6.3 Manakala komponen ko-akademik melibatkan PBD, PAJSK, SEGAK dan
psikometrik.
6.4 Kedua-dua komponen ini adalah penting bagi setiap pelajar untuk melahirkan
kemenjadian pelajar yang berkualiti. Oleh itu, guru-guru dinasihatkan agar
melaksanakan PBL dan PBD dengan betul dan telus terutamanya ketika
menentukan TP setiap pelajar.
6.5 Guru-guru dinasihatkan agar merancang pelaksanaan PBS ketika waktu PKP
ini kerana persediaan awal ini dapat membantu guru-guru untuk terus
melaksanakannya sebaik sahaja tamat PKP nanti.
6.6 Pelaksanaan ujian SEGAK boleh memberi fokus kepada masalah obesiti di
kalangan pelajar.
Tindakan : Semua guru
7. SKPMg2
7.1 Pengisian SKPMg2 dilaksanakan seperti yang dijadualkan sebagaimana tahun-
tahun sebelum ini.
Tindakan : Semua guru
8. POST MORTEM MODUL 3 2020
8.1 Markah TOV perlu dimurnikan semula untuk setiap matapelajaran SPM. Ia
adalah terpulang kepada panitia masing-masing untuk menentukan markah Tov
tersebut
.
8.2 Guru-guru subjek juga diminta untuk mengenalpasti pelajar cemerlang ( top 15 )
dan kategori 1G di peringkat awal.
6
8.3 Mulai tahun ini, HC3 perlu diisi oleh setiap guru subjek dan disimpan dalam
folder erph masing-masing. Cara ini akan lebih memudahkan guru-guru
terutama ketika mengisi data dialog prestasi.
Tindakan : Guru-guru SPM
9. HAL-HAL LAIN
9.1 Jadual mesyuarat panitia bil 1 2021 perlu dipinda kerana kesan daripada PKP.
9.2 Data epend. khas perlu sentiasa dikemaskini
9.3 Guru-guru perlu menghabiskan sukatan berdasarkan penjajaran kurikulum
panitia masing-masing.
9.4 Pn. Shahriza dari Unit Bimbingan dan Kaunseling menyatakan bahawa pelajar-
pelajar tingkatan empat boleh memilih pakej kelas berdasarkan keputusan ujian
psikometrik. Beliau meminta agar guru-guru yang pernah mengajar pelajar-
pelajar tersebut semasa tingkatan 1 hingga 3 dapat membantu pelajar-pelajar
tersebut untuk menentukan kelas masing-masing.
Tindakan : Semua Guru
PENUTUP
Diharapkan agar segala perancangan dan tugas yang dilaksanakan akan mendapat
keberkatan daripada-Nya.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.43 petang.
Disediakan oleh , Disemak oleh ,
...................................................................... ………………………………………..
( SUNARTI BINTI MUHAMAD FAHUZI) ( FARIDAH BINTI DERANI )
Setiausaha Kurikulum, PK Pentadbiran,
Sekolah Menengah Kebangsaan Tobiar, Sekolah Menengah Kebangsaan Tobiar,
06700 Pendang, Kedah 06700 Pendang, Kedah
7