The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MOHD SYUKRI, 2021-12-30 04:07:11

PERANAN MASJID DALAM MELESTARIKAN ALAM SEKITAR BERDASARKAN PERSPEKTIF AL-QURAN DAN AS-SUNNAH

PERANAN MASJID
2021


DALAM




MELESTARIKAN



ALAM SEKITAR




BERDASARKAN




PERSPEKTIF AL-



QURAN DAN AS-




SUNNAH



























KUMPULAN 3

AKADEMI PENGAJIAN ISLAM

UNIVERSITI MALAYA

KUALA LUMPUR




SUBJEK: PENGANTAR PENGAJIAN USULUDDIN (IIX1004).

TAJUK: PERANAN MASJID DALAM MELESTARIKAN ALAM SEKITAR
BERDASARKAN PERSPEKTIF AL-QURAN DAN AS-SUNNAH.
PENSYARAH: DR.ASMAWATI MUHAMMAD

KUMPULAN: KUMPULAN 3 (AL-QURAN)






NO. NAMA AHLI KUMPULAN NOMBOR MATRIKS

1 SHAFIQ BIN ROSLAN U2000153

2 MUHAMMAD ZULHELMI BIN ALIAS U2104291


3 MOHD SYUKRI BIN ZAINUDDIN 17200765


4 MUHAMMAD WAZIF BIN AZHAR U2000362










1

ISI KANDUNGAN





ISI KANDUNGAN 2

MUQADDIMAH 3


ALQURAN 4-5
AS-SUNNAH 6-7

ALAM SEKITAR 8-9

PERANAN MASJID DALAM 10-13
MELESTARIKAN ALAM SEKITAR
BERDASARKAN AJARAN AL-
QURAN DAN AS-SUNNAH.
PENGHARGAAN 14

RUJUKAN 15



































2

MUQADDIMAH


Dengan Nama Allah, Yang Maha Pengasih dan Penyayang”


Segala puji-pujian ke hadrat Allah SWT. Dari-Nya kita memohon
pertolongan dan keampunan, serta perlindungan-Nya dari gangguan
syaitan. Sesiapa yang dikurniakan hidayah oleh Allah SWT, maka mereka
tidak sesat selamanya. Sesungguhnya Allah sahajalah yang selayaknya
disembah dan Nabi Muhammad SAW itu adalah pesuruh-Nya.

Kami memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana dengan limpah
kurnia-Nya kami telah berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan yang
bertajuk “Kepentingan Melaksanakan Penghijauan Alam Sekitar Menurut
Perspektif Al-quran dan Al-sunnah.”Kami memilih tajuk ini untuk
memberi kesedaran kepada umat islam tentang pentingya menjaga alam
sekitar sehingga ia diberi penekanan dalam al quran dan juga hadith. Hal
ini penting bagi menjamin keselesaan dan juga kesihatan semua manusia.


Pada kesempatan ini juga, kami tidak lupa merakamkan terima kasih
kepada Pensyarah kami Dr. Asmawati Muhamad yang begitu ikhlas
memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan yang diberikan


Semoga dengan penghasilan ini dapat memberi manfaat kepada semua
pelajar Universiti Malaya dan juga umat islam dalam memelihara alam
sekitar

























3

AL-QURAN AL-KARIM








































AL-QURAN


Bahasa:


Al-Quran pada bahasa mempunyai beberapa makna iaitu mengumpulkan
dan menghimpun, dan qiraah bererti menghimpun huruf-huruf dan kata-
kata satu dengan yang lain dalam satu ucapan yang tersusun rapi. Quran

pada mulanya seperti qiraah, iaitu masdar dari kata qara’a, qiraatan,
quranan. Allah SWT berfirman:


ِ
ِ
ِ
﴾ ١٨ ﴿ هنآر ق عبَّتاف هنَْأر ق اذإف ﴾ ١٧ ﴿ هنآر قو هعجَ ان ي لع َّ نإ
َ
َ َ َ َ َ
َ ُ
َ ُ
ُ ْ َ ُ َ َْ َ
َ ْ
ُ ْ ْ
ُ َ
Maksudnya: “Sesunggguhnya atas tanggungan Kamilah
mengumpulkannya (di dadamu) dan (membuatmu pandai) membacanya.
Apabila Kami telas selesai membacakannya, maka itulah bacaannya itu.”


4

(al-Qiyaamah: 17-18)


Kata qur’anah (bacaannya) pada ayat di atas bererti qiraatuhu

(bacaannya/cara membacanya). Jadi, kata itu adalah masdar menurut
wazan (konjunsi) fu’lan dengan vokal u seperti ghufran dan syukran. Kita
dapat mengatakan qara’tuhu, quran, qiraatan wa quranan, ertinya sama
saja. Di sini maqru’ (apa yang dibaca) diberi nama quran (bacaan), yakni

penamaan maf’ul dengan masdar.


Istilah:


Kalam Allah s.w.t yg diturunkan kepada Rasulullah s.a.w, melalui
perantaraan Jibril a.s, diriwayatkan secara mutawatir, ditulis pada mushaf

(diawali surah al-Fatihah & diakhiri dgn surah al-Nas), membacanya
mendapat pahala (ibadah), mukjizat ke atas kenabian Muhammad s.a.w. Ia
diturunkan secara beransur-ansur, kitab panduan utk seluruh umat akhir
zaman yg sesuai utk semua bangsa bagi setiap masa & tempat.


































5

AS-SUNNAH






























-





AS-SUNNAH


Menurut ulama’ hadith, hadith atau al-Sunnah ialah sesuatu yang dilaporkan

daripada Nabi Muhammad SAW dari sudut perkataan, perbuatan, taqrir, sifat-sifat
fizikal, akhlak , sirah perjalanan atau riwayat hidup Nabi SAW sama ada sebelum

dibangkitkan menjadi rasul atau selepasnya . Terdapat juga satu ciri lagi kepada al-
Sunnah menurut ulama’ hadith, iaitu sama ada ia memberi implikasi kepada hukum
syara’ atau sebaliknya. Maksudnya hukum syara’ bukanlah syarat atau suatu perkara
yang perlu dimasukkan dalam takrif al-Sunnah menurut ulama’ hadith, bukan seperti

takrif al-Sunnah yang dikemukakan oleh ulama’ usul fiqh. Takrif al-Sunnah menurut
jumhur ulama’ hadith adalah sama dengan takrif al-Hadith. Menurut pandangan
mereka, al-Sunnah lebih menitikberatkan kepada segala apa yang dilaporkan

daripada Nabi Muhammad SAW sebagai seorang manusia yang dipilih yang
menjadi contoh terbaik untuk seluruh manusia. Laporan tersebut sama ada berupa
perwatakan, keperibadian, sirah (sejarah hidup), percakapan, perbuatan dan semua

yang berkaitan dengan Nabi Muhammad SAW itu sendiri tanpa melihat sama ada ia
mempunyai implikasi hukum atau tidak


6

Manakala menurut ulama’ Usul al-Fiqh, al-Sunnah ialah sesuatu yang ditimbulkan
oleh Nabi SAW selain daripada al-Qur’an sama ada perkataan, perbuatan atau taqrir

yang sesuai dijadikan dalil bagi hukum-hukum syara’. Menurut al-Syatibi, al-
Sunnah ialah dalil-dalil syara’ daripada al-Qur`an, daripada Nabi SAW atau ijtihad
sahabat seperti mengumpulkan mashaf dan lain-lain, iaitu setiap yang berlawanan

dengan bid‘ah, sabda Nabi SAW :




َ
َ
" يِدْعَب ْ نِم َنْيِدِشا َّ رلا ِءاَفلُخلا ِةَّنُسو يِتَّنُسب مُكيلَع”
ْ
ِ ْ
َ ْ
Maksudnya: “Hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah al-Khulafa’
al-Rasyidin selepasku”.








Mengikut istilah ulama’ fiqh, al-Sunnah ialah setiap ibadat sunat yang dilakukan
oleh Nabi SAW, iaitu selain daripada ibadat-ibadat yang diwajibkan atau difardukan

ke atas umat Islam.Takrif al-Sunnah seperti yang dinyatakan oleh para ahl al-Hadith
adalah lebih tepat kerana skopnya lebih luas, iaitu merangkumi segala apa yang
dilakukan oleh Nabi SAW sama ada sebelum Baginda SAW dilantik menjadi rasul

atau pun sesudahnya, dan juga ia merangkumi syariat daripada al-Qur’an.


Hadith adalah merupakan sumber perundangan Islam yang kedua selepas al-Qur'an
dan ini telah disepakati oleh semua ulama’. Para fuqaha’ dari kalangan sahabat
semuanya kembali merujuk kepada hadith Rasul Allah SAW apabila menerangkan

makna kandungan al-Qur’an sesuai kedudukannya sebagai sumber kedua syariat
Islam. Hadith-hadith Rasulullah SAW menerangkan serta memperincikan lagi
segala hukum-hakam dan perundangan yang terdapat dalam al-Qur'an.











7

ALAM SEKITAR















































ALAM SEKITAR


Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1972 bahawa alam sekitar membawa
maksud Suatu aset atau simpanan sumber-sumber alam sama ada berbentuk material
dalam kelompok masyarakat atau populasi tertentu, pada waktu dan tempat yang
tertentu bagi menyempurnakan dan memenuhi keperluan manusia dari masa ke

semasa.


Ibnu Abd. Rabbihi pula menyatakan takrif alam sekitar ini didalam kitabnya al-
Jumanah dengan penjelasannya bahawa Alam sekitar ialah yang merujuk kepada

kehidupan ciptaan Ilahi dan kebudayaan yang wujud di mana manusia dapat
menjalani kehidupan di dalamnya.




8

Al-Quran dan sunah telah memberikan satu penekanan yang serius mengenai

penjagaan alam sekitar di mana kedua-dua sumber rujukan umat Islam ini menyeru
setiap manusia untuk mengekalkan pemeliharaannya sebagai satu kurniaan atau
nikmat Allah SWT yang agung.


Ia sama sekali melarang sebarang pencemaran dan kemusnahan alam sekitar
disamping menggesa mereka untuk memanfaatkan khazanah alam ini dengan
sebaiknya untuk kebaikan bersama disamping memeliharanya. Sesungguhnya

usaha murni ini amat disanjung mulia disisi agama Islam bahkan dianggap sebagai
ibadat yang agung disisi Allah SWT.

Alam sekitar tidak terhad kepada aspek estetika dan kebersihan fizikal semata-
mata. Hakikatnya keseimbangan alam sekitar dan ekosistem memberi kesan ketara

kepada keharmonian dan kesejahteraan hidup dan ianya mestilah selari dengan
kemajuan negara serta kemakmuran yang dikecapi.

Tanpa rimbunan pokok, maka tadahan hujan untuk bekalan air akan mengurang.

Tanpa hutan maka keupayaan menyerap gas karbon dioksida di atmosfera akan
berkurangan. Tanpa udara yang bebas bahan cemar, maka kesihatan semua
makhluk akan terancam.



























9

PERANAN MASJID DALAM MELESTARIKAN ALAM SEKITAR BERDASARKAN

AJARAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH.










































Pelestarian dan kepentingan alam sekitar disebutkan secara tersurat dan tersirat
dalam banyak ayat al-Quran dan hadis diantaranya Allah SWT berfirman yang

bermaksud "(iaitu) Orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau
dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan mengenai penciptaan langit dan
bumi (seraya berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan
sia-sia. Maha Suci Engkau, peliharalah kami daripada seksa neraka." (Surah Ali-
Imran : 191).




Ayat ini menunjukkan bahawa secara fizikal, alam sekitar dan seluruh cakerawala
ini adalah tanda kebesaran Allah SWT Yang Maha Pencipta. Orang-orang yang
beriman perlu sentiasa berusaha menjadikan alam sekitar terpelihara dan bersih,
bukan saja dalam keadaan aman, malah didalam apa jua situasi.




10

Antara peranan yang boleh diambil oleh masjid dalam melestarikan alam sekitar
ialah memberi ceramah ataupun kesedaran kepada masyarakat kepentingan menjaga
alam sekitar. Hal ini kerana Rasulullah SAW pernah bersabda dari hadith muslim,

Abu Said al-Khudriy ra. berkata, Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda,
"Barangsiapa melihat kemungkaran, hendaklah merubah dengan tangannya; jika
tidak mampu, maka dengan lisannya; jika tidak mampu maka dengan hatinya,dan
yang demikian itu tingkatan iman paling rendah.".Hal ini menunjukkan kepada kita
bahawa kita perlu mengingat antara satu sama lain.Apabila kita selalu ingat
mengingati antara satu sama lain maka ancaman ataupun pencemaran alam sekitar

tidak akan berlaku,bahkan pelestarian terhadap alam sekitar akan terjaga.Kata-kata
pernah berkata “Jagalah kehijauannya, jagalah kebersihannya dan nikmati
keindahannya” .Oleh itu, masjid juga merupakan unit yang penting dalam
bertanggungjawab untuk menjaga pelestarian alam sekitar agar kita sama-sama
dapat menikmati udara segar seterusnya nikmat-nikmat yang Allah berikan kepada

kita di muka bumi ini,



Seterusnya,antara peranan masjid dalam melestarikan alam sekitar adalah
mengajak masyarakat untuk bergotong-royong.Hal ini dapat dilaksanakan dengan
menjadikan masjid sebagai tempat menyeru dan mengumpul masyarakat untuk
bergotong-royong membersihkan kawasan perumahan dan kejiranan. Ini selari
dengan fungsi masjid sebagai pusat perjumpaan dan mesyuarat berkenaan kegiatan

berkaitan Islam dan Islam itu sendiri amat menitikberatkan soal kebersihan diri dan
persekitaran. Aktiviti dlm gotong royong adalah seperti mengutip sampah sarap,
membersihkan tempat air bertakung yang boleh menjadi punca pembiakan nyamuk
aedes dan pencemaran air disebabkan sampah sarap serta sisa bahan kimia yg
dibuang oleh pihak yg tidak bertanggungjawab.Faedah bergotong-royong adalah

dapat merapatkan silaturrahim dan menjadikan hubungan sesama jiran tetangga
lebih rapat dan mesra di samping berkenalan dgn jiran baru dan jemaah masjid.
bergotong-royong juga dapat menghindari daripada penyakit dan virus seperti
demam denggi dan penyakit bawaan haiwan perosak seperti tikus dan lipas.

Perihal bergotong-royong adalah selari dengan dalil drpd petikan surah al-Maidah
ayat 2:

ْ
ْ
ْ
ْ
ْ
ْ
ْ
ْ
... ِباَقِعلا ديِد َ ِّ َّ اللّ اوُقَّتاو ناوْدُعلاو ِ مثلإا ىَلَع اوُنواعَت َلاو ىوقَّتلاو ِِّ ربلا ىَلَع اوُنواعَتو …
ُ
َش اللّ نإ َ ِّ
َ َ
َ
َ
َ
َ ِ َ
ِ
َ
َ َ َ
ِ
Maksudnya:
11

“… dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan
janganlah tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. Dan bertakwalah

kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya.”





Selain itu,masjid berperanan dalam melestarikan alam sekitar adalah dengan
mengadakan program kitar semula.Objektif dalam program kitar semula adalah
untuk menggalakkan amalan kitar semula dalam kalangan masyarakat dan

mewujudkan persekitaran yang bersih dan kondusif. Antara contoh masjid yang
telah mengadakan program kitar semula adalah masjid putra ioi segamat.Masjid
tersebut telah menjalankan aktiviti kitar semula untuk menggalakkan penduduknya
menjaga kebersihan .Antara alternatif yang dibuat oleh masjid tersebut adalah


menyediakan kawasan khas pengumpulan barang tersebut di mana barang2 seperti

televisyen,peti sejuk dan barang-barang yang tidak boleh dilupuskan akan diletakkan
di kwsn pengumpulan barang tersebut.Hal ini penting kerana barang-barang tersebut

mengambil masa lebih kurang 1000 tahun untuk terurai.Dalam masa yang sama
Allah telah berfirman dlm surah al isra' ayat 27:yang bermaksud sesungguhnya
amalan pembaziran adalah saudara syaitan dan sesungguhnya syaitan amat kufur
kpd tuhannya.Daripada ayt ini kita dpt melihat bahawa Allah telah melarang untuk

kita melakukan pembaziran. Oleh yang demikian kita sebagai umat islam perlulah
memaksimalkan penggunaan barang sehinggalah barang tersebut tidak dapat
digunakan lagi.






Justeru itu,selain daripada Langkah-langkah yang telah disebutkan.antara langkah
alternatif yang boleh diambil oleh masjid juga ialah Penanaman pokok-pokok dan
tumbuh tumbuhan.aktiviti ini boleh dilakukan di sekitar masjid ataupun diluar
persekitaran masjid.Masyarakat dapat Bersama-sama untuk melaksanakan dan

menjayakan aktiviti ini.Hal ini kerana untuk mengelakkan bencana alam berlaku
kepada bumi kita seperti banjir,tanah runtuh dan sebagainya.Seiring dengan konsep
khalifah yang diberi amanah untuk mengurus dan mentadbir bumi ini dengan

sebaiknya, maka sangat penting kita memastikan sumber yang ada dimanfaat sebaik-

12

baiknya serta dijauhkan daripada bencana. Ini bagi memastikan kesinambungan
hidup generasi anak cucu kita yang akan datang dapat menikmati dan

merasainya.Firman Allah SWT dalam surah al-An’am ayat 165:

ُ ِّ
َ ْ


ۗ
ُعيرَس َكَّبر َّنإ ْمُك ىَتاء ٰٓام ىِف م ُكولْبَيِل ٍۢ ت ـَجرَد ٍۢ ضْعَب َق ْ وَف ْمُكَضْعَب عَفرو ِ ض ْ رلْ ٱ فِئٰٓ ـَلَخ ْمُكَلعج َ ىِذل َّ ٱ وُهو“ ِباَقِعل ْ ٱ
َ ْ
َ
َ
ِ
ِ
َ
َ
َ َ
َ َ َ
َ َ
م ي ِ ح َّ ر روُفَغل ۥ َ ُهَّنإو
ٌۭ
ِ َ
Yang bermaksud: ”Dan dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan
meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana ia
hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakan-Nya kepada kamu.
Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksa-Nya, dan Sesungguhnya Ia Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani”.
Oleh itu masjid juga merupakan asset yang penting untuk melestarikan alam
sekitar daripada berlaku sebarang kerosakan mahupun bencana alam. Kita sebagai
individu juga perlu mngingatkan antara satu sama lain untuk menjamin kelestarian
alam sekitar kita kekal terjaga dari sebarang kerosakan.

































13

PENGHARGAAN


Alhamdulillah,dengan penuh kesyukuran kehadrat Ilahi kerana limpah kurnianya,

dapat kami menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya. Kami
mengucapkan sepenuh penghargaan kepada Dr. Asmawati meletakkan kepercayaan
beliau kepada kami untuk menyiapkan kerja kursus ini dalam tempoh yang
ditetapkan.





Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah,ustaz ustazah

yang telah mengajar kami dalam subjek ini dan juga rakan-rakan yang telah banyak
mencetuskan idea yang bernas dan telah memberi banyak sumbangan sepanjang

proses penyiapan tugasan ini.





Syukur Alhamudulillah, dalam menyiapkan tugasan ini banyak yang telah kami
pelajari sepanjang proses penyiapan kerja kursus ini dijayakan antaranya kerja
kursus ini perlu kepada perbincangan dan pencarian-pencarian maklumat yang tepat
dan sahih. Ianya memberi kami seribu satu pengalaman yang amat bermakna.



Terimalah serangkap kata:


Bak kata pepatah melayu


‘’ Lentur Buluh , Biarlah Dari Rebungnya ”.






















14

RUJUKAN



Kami telah menggunakan beberapa rujukan dalam kerja kursus ini.

Antaranya :-


1) https://muftiwp.gov.my/en/artikel/bayan-linnas/2486-bayan-linnas-siri-ke-139-
al-quran-kalamullah-yang-mukjizat.

2) https://oarep.usim.edu.my/jspui/bitstream/123456789/5017/1/Penglibatan%20A
hli%20Akademik%20Terhadap%20Pengajaran%20Hadith.pdf#:~:text=Takrif%
20al-
Sunnah%20menurut%20jumhur%20ulama%E2%80%99%20hadith%20adalah

%20sama,sama%20ada%20berupa%20perwatakan%2C%20keperibadian%2C
%20sirah%20%28sejarah%20hidup%29%2C.


3) https://www.utusan.com.my/gaya/agama/2020/12/program-kitar-semula-jana-

pendapatan-masjid/

4) https://www.ikim.gov.my/index.php/2016/01/04/kesedaran-kitar-semula-
kewajipan-semua/

5) https://www.researchgate.net/publication/341252344_Masjid_Medium_Pendidi
kan_Membina_Masyarakat_Berakhlak

























15


Click to View FlipBook Version