Apa itu peribahasa?
Tahukah kamu?????
• Peribahasa ialah ayat atau kelompok kata
yang mempunyai susunan yang tetap dan
mengandungi pengertian yang tertentu.
Simpulan bahasa
Perumpamaan Bidalan
Kata-kata hikmat JENIS-JENIS Pepatah
PERIBAHASA
Bandingan semacam
JENIS-JENIS PERIBAHASA
Perumpamaan • Merupakan jenis peribahasa yang membandingkan sesuatu dengan yang lain. Biasanya,
maksud perumpamaan berlainan daripada kelompok kata yang membentuknya.
• Ia menggunakan kata-kata bandingan seperti bagai, laksana, seperti, umpama, ibarat
dan macam untuk mengiaskan sesuatu secara perbandingan.
• Contoh:
a) Seperti anjing dengan kucing – maksudnya; selalu bertengkar.
b) Seperti katak di bawah tempurung – maksudnya; orang yang cetek pengetahuannya.
c) Bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan – maksudnya; terlalu banyak pada sesuatu
masa
Simpulan • Merupakan bentuk peribahasa yang paling mudah dan ringkas.
bahasa • Biasanya, terdiri daripada dua patah perkataan.
• Mempunyai maksud yang berlainan daripada perkataan yang membentuknya.
• Contoh:
a) Hidung tinggi – maksudnya; orang yang sombong.
b) Kaki bangku – maksudnya; tidak pandai bermain bola.
c) Buah hati – maksudnya; orang kesayangan, kekasih
d) Anak buah – maksudnya; anak saudara
JENIS-JENIS PERIBAHASA
Bidalan • Merupakan sejenis peribahasa yang mengandungi nasihat dan pengajaran yang benar.
• Biasanya, ia merupakan ungkapan pendek yang melekat di mulut orang.
Pepatah • Contoh:
Kata-kata a) Melentur buluh biarlah dari rebungnya – maksudnya; mendidik anak biarlah sejak
hikmat mereka kecil lagi..
b) Sediakan payung sebelum hujan – maksudnya; berwaspada sebelum ditimpa
kesusahan.
• Ialah sejenisperibahasa yang berangkap.
• Biasanya, terdapat pengulangan kata yang berperanan sebagai penegasan atau sebagai
unsur-unsur pengajaran yang hendak disampaikan.
• Contoh:
a) Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan – maksudnya; jika mempunyai cita-cita
seseorang akan berusaha dengan bersungguh-sungguh.
b) Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing – maksudnya; hidup bantu membantu
antara satu sama lain.
• Ungkapan yang mengandungi pengertian, pengajaran, atau falsafah yang berguna.
• Biasanya, ringkas tetapi bernas dan mudah disebut.
Kata-kata JENIS-JENIS PERIBAHASA
hikmat m
Bandingan • Digunakan sebagai cogan kata atau kiasan dalam pertuturan dan penulisan.
semacam • Contoh:
a) Masa itu emas – maksudnya; masa itu sangat berharga.
b) Ilmu itu pelita hati – maksudnya; ilmu merupakan sinar yang memberi panduan pada
kehidupan manusia.
c) Bahasa jiwa bangsa – maksudnya; bahasa ialah semangat sesuatu bangsa.
• Ialah perkataan yang membandingkan sesuatu situasi dengan sesuatu yang lain.
• Perkataan seperti, laksana dan bagai juga digunakan.
• Contoh:
a) Adil macam hakim – maksudnya; sangat adil
b) Berat seperti batu – maksudnya; sangat berat
……