The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Maklumat ringkas tentang salah satu bahasa isyarat yang diguna pakai di Malaysia iaitu BMKT.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Irhaz, 2023-03-09 13:56:56

Bahasa Melayu Kod Tangan (BMKT)

Maklumat ringkas tentang salah satu bahasa isyarat yang diguna pakai di Malaysia iaitu BMKT.

Keywords: BMKT,Education,KTBM,Bahasa isyarat

BMKT: Bahasa Melayu Kod Tangan


Apa itu BMKT? Pengenalan Latar Belakang Latar Belakang Nama: 1. Bahasa Melayu Kod Tangan (BMKT) 2. Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM) ● BMKT adalah isyarat kod tangan yang dicipta oleh golongan akademik yang tidak arif dengn budaya pekak. ● Bukan satu bahasa tetapi kod tangan. ● Diiktiraf oleh KPM untuk menjadi bahasa pengantar di sekolah aliran pendidikan khas masalah pendengaran. Kod tangan ini diambil daripada Bahasa Isyarat Amerika (ASL) dengan tambahan beberapa isyarat tempatan, dan isyarat khusus yang tidak ada di dalam BIM seperti isyarat imbuhan dan lain-lain.


Sejarah Penggunaan BMKT 01 04 02 03 Penerbitan buku kod tangan bahasa melayu (KTBM) edisi 1979 Pembentukan Jawatankuasa Kerja Komunikasi Seluruh. BMKT siap digubal (1978) Kursus pertama BMKT diadakan buat para guru pendidikan khas terutamanya. (1982) Kod tangan bermula di Malaysia (1973)


Carta Organisasi PENGERUSI: Prof. Hajah Asmah Hj. Omar (Pengarah Pusat Bahasa Universiti Malaya) NAIB PENGERUSI: En. Tan Chin Guan (Persatuan orang-orang pekak Selangor & Wilayah Persekutuan) SETIAUSAHA: Pn. Saadiah bt Ahmad (Maktab Perguruan Ilmu Khas) AHLI-AHLI: Pn. Saleena Yahaya Isa (Pengetua, Sekolah Kanak-kanak Pekak Persekutuan Pulau Pinang ) Pn. Liew Yooh Loy (Sekolah Kebangansaan (P) Kampung Baru, Kuala Lumpur) Turut hadir dari KPM bergilir-gilir: En. Abdul Latif Idris, En. Md Hashim Bin Omar, Pn. Wan Kalthom bt Wan Chik Bakar, Cik Marie Jean Low Pada bulan tahun 1978, satu Jawatankuasa Kerja Komunikasi Seluruh telah dibentuk sebagai jawatankuasa kecil kepada Jawatankuasa Kebangsaan Komunikasi Seluruh Kementerian Pelajaran. Tugas: Membantu Jawatankuasa induk mencapai matlamat iaitu membentuk satu bahasa isyarat standard yang dapat diterima pakai di Malaysia. Berjaya menghasilkan bahasa isyarat untuk kanak-kanak peringkat sekolah rendah dan bahasa isyarat tersebut dibukukan.


Kepentingan BMKT Meningkatkan penguasaan bahasa Melayu murid pekak. Meningkatkan kemahiran komunikasi murid pekak. Melatih murid pekak membaca, memahami struktur ayat, membetulkan bahasa dan sebagainya.


Prinsip Nahu Kata Dasar Konsep: 1. Kod bagi sesuatu perkataan adalah menggunakan kata dasar. Perkataan imbuhan akan menggunakan kod imbuhan. Cth- Perhalusi, Merasai, Memasak 2. Kod dasar dikekalkan walaupun perkataan itu membawa banyak maksud. Sifat ini berbeza dengan BIM yang mempunyai isyarat khusus bagi setiap perkataan. Isyarat “Halus” Isyarat “Rasa” Isyarat “Masak”


Prinsip Nahu Kata Majmuk Konsep: 1. Kata majmuk mempunyai dua kata dasar yang digabungkan. 2. Kata-kata majmuk tersebut akan membawa suatu makna atau objek. Oleh itu, hanya satu kod yang akan digunakan. Isyarat “Antarabangsa” Isyarat “Semulajadi”


Prinsip Nahu Perkataan Pergandaan Konsep: 1. Terdapat empat jenis perkataan berganda dalam prinsip nahu BMKT. 2. Jenis-jenis: - Berganda sama Perkataan berganda sama akan mengulang kod perkataan yang pertama. - Berganda tak sama Kod yang akan digunakan ialah kod perkataan mula dan huruf awal pada perkataan berikutnya. - Berganda separuh Semua perkataan berganda separuh hendaklah didahulukan dengan huruf dan diikuti dengan kodnya. - Perkataan Berganda dan Berpenambah Kod dilakukan seperti Berganda Sama, kod dasar diulangi tetapi ditambah awalan Akhiran Cth: Kebiru-biruan Isyarat “Anak-anak” Isyarat “Huru-hara” Isyarat “Jejantas”


Prinsip Nahu Seerti Isyarat “Bah” Isyarat “Banjir” Kod dasarnya sama dengan kod “Bah” tetapi tangan perlu membuat huruf B Jika ada dua perkataan yang sama huruf awalnya, huruf pertama dalam suku kata kedua akan digunakan. Perkataan yang seerti atau membawa maksud yang sama akan dikumpulkan dalam satu kumpulan yang sama dan menggunakan kod dasar yang sama. Bezanya hanyalah pada huruf awal. Contohnya, Bah dan Banjir. Sekiranya kedua-dua huruf dalam suku kata kedua masih sama, huruf akhir pula akan digunakan. Jikalau terdapat persamaan pada huruf akhir juga, maka mana-mana huruf yang terdapat dalam perkataan itu bolehlah digunakan


Prinsip Nahu Angka Konsep: 1. Kod atau simbol bagi angka dan angka yang ditulis adalah berbeza. 2. Terdapat 2 kaedah: - Simbol angka. Contoh, 13 = kod 1 dan kod 3. - Simbol angka perkataan. Contoh, 13 = kod 3 dan kod belas Isyarat “Satu” Isyarat “Tiga” Isyarat “Belas”


Rujukan Syarmeeze. 2009, Julai 3. Kod Tangan Bahasa Malaysia (KTBM). coretan Meeze. http://meeze89.blogspot.com/2009/07/masalah-yang-dihadapi-oleh-orang-pekak.html


Click to View FlipBook Version