PENGERTIAN DAN
PEMBAHAGIAN
KAEDAH FIQH
MPU23052 SAINS,
TKEEKJUNROULTOERGAI A&N
DALAM ISLAM
Nama Pensyarah :
Ustaz Mohd Syahnan
Nama Ahli Kumpulan :
1. Mohamad Nabil Haiqal
Bin Rukman
(15DPB20F1017)
2. Muhammad Syarifuddin
Amsyar Bin Mohd
Shahrin
(15DPB20F1013)
3. Syahrul Hakim Bin
Zainal Arifin
(15DPB20F1032)
4. Muhamad Izzat Bin
Mohd Kamal
(15DPB20F1019)
ISI KANDUNGAN
Kaedah Fiqh Dalam Sains,
Teknologi dan Kejuruteraan
SENARAI KANDUNGAN 2
Isi Kandungan 3
Penghargaan 4
Pendahuluan 5
Pengertian Kaedah Fiqh
Pembahagian Kaedah Fiqh 6
i. Al-Umur bi Maqasidiha 6
ii. Al-Yaqin La Yuzalu Bi al-Shakk 7
iii. Al-Mashaqqah Tajlibu al-Taysir
iv. Al-Darar Yuzalu 8
vi. Al-Adah Muhakkamah 9-10
11-12
Rumusan 13
Rujukan 14
2
PENGHARGAAN
Kaedah Fiqh Dalam Sains,
Teknologi dan Kejuruteraan
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t. Pertama sekali, kami
memanjatkan kesyukuran kehadrat illahi kerana
dengan limpah dan kurnia Nya dapat kami
menyiapkan projek e-folio ini dengan jayanya dengan
kerjasama dan bantuan daripada pengajar.Tidak
dilupakan juga,ucapan jutaan terima kasih kepada
yang dihormati, pensyarah sains, teknologi dan
kejuruteraan islam kami Ustaz Mohd Syahnan Bin Md
Zain kerana dengan penerangan dan tunjuk ajar yang
jelas serta bimbingan dari semasa ke semasa kepada
kami.Akhir sekali, e-folio kami yang bertajuk
PENGERTIAN DAN PEMBAHAGIAN
KAEDAH FIQH ini telah dapat disempurnakan
sebaiknya insyaAllah.
TERIMA KASIH
3
PENDAHULUAN
Kaedah Fiqh Dalam Sains,
Teknologi dan Kejuruteraan
Kaedah fiqh merupakan rangkuman prinsip
yang telah diperakui oleh Syarak. Ia dibuat
oleh para ulama untuk memudahkan proses
merujuk sesuatu masalah fiqh kepada
prinsip Syarak (Abu Ghuddah 1992: 129). la
tidak dianggap sebagai dalil Syarak yang
akan menentukan hukum, sebaliknya adalah
satu rumusan perundangan teliti terhadap
hukum fiqh yang pelbagai. Ia memudahkan
seseorang untuk mengingati, meneliti dan
menguasai hukum hakam fiqh (al-
Zarkashiyy 1982: 65).
4
PENGERTIAN KAEDAH
FIQH
Kaedah Fiqh Dalam Sains,
Teknologi dan Kejuruteraan
Keadah Fiqh atau Fiqhiyyah merupakan
gabungan dua perkataan Arab iaitu Qawaid
dan Fiqhiyyah. Dari sudut bahasa,
pengertian kaedah membawa maksud
tapak,asas rumah dan prinsip. Fiqah pula
membawa maksud suatu kefahaman iaitu
memahami sesuatu perkara dengan
mendalam dan terperinci.
Apabila kedua-dua
perkataan ini
digabungkan, maka
kaedah Fiqh dapat
diertikan sebagai
suatu koleksi kaedah
utama yang bersifat
umum bagi menentukan sesuatu isu atau masalah,
seperti dalam aspek ibadah,perkahwinan,
perubatan, ekonomi dan sebagainya. Penentuan
hukum-hukum ini pula akan ditentukan
berdasarkan kaedah atau formula tertentu.
5
PEMBAHAGIAN KAEDAH
FIQH
Kaedah Fiqh Dalam Sains, Teknologi dan
Kejuruteraan
Berdasarkan kaedah fiqh, terdapat lima
kaedah asas yang terkenal dan digunakan
secara meluas dalam kebanyakan
permasalahan fiqh dan disepakati
penerimaannya oleh jumhur ulama' dari
pelbagai mazhab fiqh iaitu (as-Suyuti,1983) :
1. Al-Umur bi Maqasidiha
Kaedah pertama ini membawa maksud
bahawa sesuatu perbuatan tidak dikira
selagimana tidak disertakan dengan niat.
Niat seseorang itu akan menentukan sama
ada sesuatu perkara yang dilakukan itu
halal atau haram, sah atau batal.Terdapat
tiga peranan niat yang utama iaitu :
I. Membezakan ibadat dan adat.
II. Membezakan peringkat-peringkat ibadat fardhu dan sunat
III. Membezakan perbuatan ikhlas atau riya’
6
PEMBAHAGIAN KAEDAH
FIQH
Kaedah Fiqh Dalam Sains,
Teknologi dan Kejuruteraan
2. Al-Yaqin La Yuzalu Bi al-Shakk
Keyakinan tidak boleh dihilangkan dengan wujudnya
keraguan iaitu perbincangan tentang yakin, kepercayaan
yang sungguh-sungguh, kepastian, kesungguhan dan
ketentutan. Syak pula didefinisikan sebagai rasa kurang
yakin, curiga, sangsi dan was- was. Pengertian yakin
menurut kamus bahasa Melayu ialah betul-betul percaya
(tentang kebenaran, kemampuan sesuatu atau seseorang),
tidak ragu-ragu (syak) lagi, pasti benar (Kamus Dewan
Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat).
7
PEMBAHAGIAN KAEDAH
FIQH
Kaedah Fiqh Dalam Sains,
Teknologi dan Kejuruteraan
3. Al-Mashaqqah Tajlibu al-Taysir
Kaedah ini secara umumnya membawa pengertian hukum
hakam yang mendatangkan kesukaran untuk dilaksanakan
oleh mukallaf
(orang yang
dipertanggungjawa
bkan dengan
kewajipan dan
perintah untuk
menjalankan :
hukum tuntutan agama Islam serta menjauhi larangan-Nya)
akan diringankan cara perlaksanaannya oleh Syarak.Tidak
semua kesukaran diberikan keringanan, hanya ada beberapa
kesukaran sahaja yang dibenarkan iaitu:
I. Kesukaran yang tidak dapat dielakkan dalam menjalani
ibadat.
II. Kesukaran yang biasanya dapat dielakkan dalam
menjalani ibadat seperti kesukaran besar ( melibatkan
kehilangan nyawa, agama, akal, keturunan dan harta),
kesukaran kecil dan kesukaran sederhana.
8
PEMBAHAGIAN KAEDAH
FIQH
Kaedah Fiqh Dalam Sains,
Teknologi dan Kejuruteraan
4. Al-Darar Yuzalu
Kaedah keempat ini adalah bahaya mesti dihapuskan. Ia
diaplikasikan dalam pelbagai isu fiqh, dengan kata lain ia
berkait rapat dengan maqasid syariah al-khomsah dengan
memelihara agama, nyawa ,akal ,keturunan dan harta.
Kaedah ini menjelaskan tentang bahaya mesti ditegah,dielak
dan diharamkan, ia termasuk bahaya yang umum dan khusus.
Secara asasnya kaedah fiqh dalam kategori ini berpandukan
pelbagai nas syarak yang menegah daripada berlaku
kemudaratan dalam sebarang tindakan.
Kaedah ini berasaskan kepada
hadis Rasulullah SAW yang
bermaksud : " Tidak ada
mudarat dan tidak
dibenarkan membalas dengan
kemudaratan. " (Riwayat al-
Bayhaqi, 1994 no hadis
11384) .
9
PEMBAHAGIAN KAEDAH
FIQH
Kaedah Fiqh Dalam Sains,
Teknologi dan Kejuruteraan
Terdapat beberapa kategori bahaya atau
kemudaratan yang dibincangkan iaitu :
I. Al-Darar Yuzal : Kemudaratan itu hendaklah
dihilangkan
II. Al-Darar Yudfa bi qadr al-Imkan : Mudarat itu
ditolak dengan kadar yang boleh.
III. Al Darar la Yuzal bi al-Darar : Mudarat itu tidak
boleh dihilangkan dengan mudarat umpamanya.
10
PEMBAHAGIAN KAEDAH
FIQH
Kaedah Fiqh Dalam Sains,
Teknologi dan Kejuruteraan
5. Al-Adah Muhakkamah
Kaedah kelima dan juga terakhir ini adalah adat dijadikan
hukum.Adat ialah peraturan yang sudah diamalkan turun
temurun dalam sesuatu masyarakat sehingga menjadi
hukum dan peraturan yang harus dipatuhi .
Kaedah ini bermaksud bahawa adat sesuatu
masyarakat yang tidak bertentangan dengan nas
syarak boleh diambil kira dalam menentukan hukum
syarak (al-Ghazi, 1997).
11
PEMBAHAGIAN KAEDAH
FIQH
Kaedah Fiqh Dalam Sains,
Teknologi dan Kejuruteraan
Akan tetapi terdapat beberapa syarat dan kriteria yang
perlu difahami untuk menerima adat sebagai penentu
hukum iaitu (as-Sayuti 1983) :
I. Adat tersebut perlu konsisten dan diterima oleh
majoriti masyarakat. Contoh lafaz ijab dan qabul
dalam transaksi jual beli dan perkataan daging yang
merujuk daging lembu.
II. Tidak bertentangan
dengan al-Quran dan
as-Sunnah jika
berlawanan dengan nas
al-Quran dan as-Sunnah
maka ia ditolak. Sebagai
contoh adat masyarakat
berkahwin wajib
memakai inai, meminumarak, berzina dan seumpamanya.
III. Ia diterima pakai selagi tidak dipersetujui sebaliknya.
12
RUMUSAN
Kaedah Fiqh Dalam Sains,
Teknologi dan Kejuruteraan
Dalam kehidupan manusia, ilmu merupakan
satu perkara yang terpenting dan perkara
tersebut bukan lagi satu rahsia. Sebegitu
pentingnya ilmu terhadap manusia sehingga
mereka menjadi tidak gemar jika dikatakan tidak
mempunyai ilmu atau jahil. Ilmu juga
menjadikan seseorang itu mulia dan dihormati.
Alhamdulillah segala puji bagi Allah akhirnya e-
folio ini sampai ke penghujungnya.. Diharapkan
semoga dengan perkongsian yang diberikan
sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang
mempunyai persoalan tentang kaedah fiqh ini.
TERIMA KASIH
13
Kaedah Fiqh Dalam Sains,
Teknologi dan Kejuruteraan
RUJUKAN
• http://ddms.usim.edu.my/xmlui/handle/123456789/9
938
• https://www.facebook.com/105184537833716/post
s/10pengenalan-keadah-fiqh-atau-fiqhiyyah-
merupakan-gabungan-dua-perkataan-arab-
ia/106068311078672/
• https://www.slideshare.net/cikmelly/kaedah-fiqh
• https://pembahagiankaedahfiqh.blogspot.com/2020/
03/mpu23052-teknologi-dan-kejuruteraan.html
• https://prezi.com/p/btgpwt21yenr/pengertian-dan-
pembahagian-kaedah-
fiqh/?frame=a49610472d4c5998a3b9bc5b0ec5d2d5
67e88370
2