AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA, KUALA LUMPUR PENGANTAR PENGAJIAN SYARIAH IIX1003 TAJUK : ISU PEMBULIAN SIBER DALAM MASYARAKAT KINI: SATU ANALISA MENURUT PANDUAN AL-QURAN BIL NAMA NO.MATRIK .1 HUMAIRA’ ‘ATHOILLAH BINTI IKMAL HISHAM 22005214 .2 AZRA HANEESA BINTI AZIZOL U2100148 .3 WAN NUR AISYAH BINTI WAN MOHD NAPI 22006441 .4 AIN NAJDAH BINTI MOHD JAMAL NASIR 22005199 .5 NURUL ZULAIKHA BINTI NOOR ROSDI U2100338
ISI KANDUNGAN BIL TAJUK MUKA SURAT 1 PENGENALAN 2 DEFINISI PEMBULIAN SIBER 3 ISU SEMASA BERKAITAN JENAYAH SIBER 4 FAKTOR-FAKTOR PEMBULIAN SIBER 5 KESAN PEMBULIAN SIBER 6 PEMBULIAN SIBER MENURUT PERSPEKTIF ISLAM 7 RUMUSAN 8 RUJUKAN
PENGENALAN Pada era globalisasi yang dilengkapi dengan kemajuan sains dan teknologi yang pesat mendorong kepada kemudahan urusan seharian mahupun urusan kerja. Namun begitu, impak negatif teknologi maklumat ini juga tidak boleh dielakkan. Hal ini rentetan daripada penyalahgunaan teknologi maklumat atau kemudahan siber yang kemudiannya mewujudkan satu bentuk jenayah iaitu jenayah siber. Pembulian atau jenayah siber kini telah menjadi penyumbang tertinggi dalam aktiviti-aktiviti jenayah di pelbagai negara maju seperti di pelbagai negara eropah, Amerika, Jepun serta kini juga terdapat di Malaysia. Jenayah siber ini tidak seperti jenayah yang lain kerana jenayah ini tidak mempunyai bukti fizikal bagi memudahkan hal menganalisis pencarian penjenayah tersebut. kebiasaan jenayah siber yang berlaku melibatkan jenayah kemersial seperti “rompakan” atau pemindahan sejumlah wang yang banyak kepada akuan penjenayah.1 Islam tidak menghalang umatnya untuk mengejar kemajuan tetapi tidak suka umatnya melalukan kerosakan, firman Allah S.W.T di dalam surah Al-Qasas ayat 77 : ِ ٱ ٱلَّدا َر َٔا ِخ َرَة هَّللُ َءاَتٰى َوٱْب ِفي َمٓا َك َتغ َٔ ـ ِمَن َيا َن ِصيَب َك َت َو ن َس اَل ٱل ۖ ْ ٱلُّدن ۖ ْح ِسن ْ َأ ْح َس َن َك َوَأ َمٓا َأ ٱ ْي َك هَّللُ لَ َواَل ِإ ۖ ِإ ِ َف َساَد َتْبغ ٱلْ ِفى ْر ِض ٱ ۖ َّن َأْل ُي ِح ُّب ِسِدي َن اَل ٱهَّللَ ِإ ُمفْ ٱلْ "Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah 1 https://www.academia.edu/37594259/Jenayah_Siber_Menurut_Perspektif_Islam_Punca_dan_Akibat
berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan ".2 Setiap kemudahan yang dibenarkan oleh agama Islam pastinya mempunyai batasan, firman Allah S.W.T di dalam surah Al-Maidah ayat 77 : ْل ق اَ ْه َل ُ ٓ ِب ٰي ِكت ٰ ْوا اَل الْ َح ِّق ِدْيِن َغْي َر ُك ِف ْي ْم َت ْغلُ َو ا اَل الْ ُعْوٓ ِ ب َء َتتَّ ۤ اَ ْهَوا ٍ ْو َق َقْد ا ْوم ْو َق ا َضل ِم ْن ْب ُل ُّ ِثْي ًرا َضلُّ ْو َك ا َواَ َّو َضلُّ َع ْن ِء ۤ ْي ِل َسَوا ِ ال َّسب " Katakanlah (Muhammad), “Wahai Ahli Kitab! Janganlah kamu berlebih-lebihan dengan cara yang tidak benar dalam agamamu. Dan janganlah kamu mengikuti keinginan orang-orang yang telah tersesat dahulu dan (telah) menyesatkan banyak (manusia), dan mereka sendiri tersesat dari jalan yang lurus. “3 Sifat manusia yang melampaui batas dalam penggunaan siber ini boleh mengundang satu bentuk perlakuan jenayah iaitu jenayah siber. Justeru, syariat Islam telah menetapkan garis panduan yang lengkap terhadap setiap aspek kehidupan manusia, sehingga dalam aspek jenayah. Di dalam undang-undang Islam iaitu fiqh jinayat telah disediakan satu panduan umum bagi menangani perbuatan jenayah yang berlaku dalam kalangan umat Islam. Oleh itu, kajian ini akan dilaksanakan mengikut kepada 3 Tafsir Al-Quran 2 Tafsir Al-Quran
pengklasifikasian jenayah siber dalam realiti masyarakat Malaysia. Perkara ini bertujuan untuk memberi kefahaman umum mengenai kedudukan jenayah siber dalam syariat Islam.4 DEFINISI PEMBULIAN SIBER Menurut sumber Kamus Dewan Edisi Keempat, buli atau jenayah didefinisikan sebagai perbuatan jahat yang salah disisi undang-undang. Manakala siber atau Internet ialah rangkaian komputer antarabangsa yang berfungsi untuk membolehkan pihak yang menggunakan teknologi komputer di seluruh dunia berhubung antara satu sama lain serta mencapai maklumat pangkalan data dari seluruh dunia.5 Oleh itu, berdasarkan definisi tersebut, pembulian atau jenayah internet merupakan suatu perlakuan jenayah dengan menggunakan sebarang peranti elektronik sama ada melalui kemudahan internet yang membolehkan sesuatu perlakuan jenayah dilakukan. Perkara ini melibatkan seseorang individu atau sekumpulan orang serta mampu melangkaui batasan dari sebuah negara ke negara lai dalam tempoh masa yang pendek dan tiada batasan. Jenayah siber telah mengakibatkan penderitaan dan kerugian yang besar terhadap mangsa. Jenayah siber yang kebiasaannya digunakan oleh penjenayah siber adalah penipuan dan mencuri maklumat, melakukan pemalsuan, memeras ugut, pengintipan penyebaran virus dan mengubahsuai data-data program secara tidak sah melalui internet. Kepesatan teknologi kini menyebabkan kepelbagaian jenayah baru telah muncul dan sulit untuk dibendung. Antara punca utama perkara ini sukar untuk dibendung disebabkan oleh kesukaran bagi mengetahui pelaku yang terlibat. Pihak jenayah siber ini kebiasaannya adalah individu yang berpengetahuan dan profesional seperti golongan remaja. Kebanyakan remaja yang terlibat dalam jenayah siber ini kerana mereka menerima upah dan amat mudah dimanipulasi oleh pihak yang melakukan jenayah. 5 https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=kamus%20online 4 https://www.academia.edu/37594259/Jenayah_Siber_Menurut_Perspektif_Islam_Punca_dan_Akibat
Kemudahan pengaksesan internet sebagai alat komunikasi terkini telah menjadi satu wadah penyebaran maklumat bagi memantapkan ilmu dan keluasan pengetahuan. Oleh kerana tiada pihak yang mampu mengawal aliran kemasukan maklumat di dunia siber, maka berjuta-juta laman web telah diwujudkan secara meluas merangkumi laman web yang berisi kebaikan dan juga berisi maklumat yang salah. Pelbagai maklumat, ideologi, propaganda serta pornografi telah disebarkan melalui rangkaian internet. Kesannya, ketidakbatasan maklumat yang wujud di dunia siber ini telah menyebabkan kebimbangan kepada pihak pentadbiran segelintir negara yang selama ini berusaha menyekat penduduk mereka dari aspek kebebasan berfikir, bersuara serta mengutarakan pendapat mengenai sesuatu perkara.6 ISU SEMASA BERKAITAN JENAYAH SIBER Isu scammer adalah antara isu siber yang semakin berleluasa di seantero dunia termasuklah negara Malaysia.Aktiviti scamming ini merupakan suatu aktiviti penipuan yang dilakukan oleh individu yang dikenali sebagai scammer untuk tujuan mengaut keuntungan dengan cara menganiaya orang lain.Sepanjang tempoh 2020 hingga Mei 2022, didapati sebanyak 48,850 kes (68%) jenayah komersial yang dicatatkan adalah jenayah penipuan dalam talian.Kejahatan jenayah scam ini semakin meningkat seiring dengan perkembangan teknologi internet pada masa kini. Sejak kebelakangan ini,media tempatan sering melaporkan berkenaan mangsa jenayah ‘Macau scam’.Banyak pihak yang mengatakan bahawa nama ‘Macau Scam’ ini diberikan oleh kerana mangsa pertama penipuan ini yang dikatakan berpunca daripada Macau dan juga operasi penjenayah yang datang daripada Macau.Dalam penipuaan Macau,penipu akan menelefon mangsa dan mendakwa mereka daripada sebuah organisasi tertentu seperti polis, kerajaan atau bank. Penipu akan memberitahu mangsa bahawa mangsa terlibat dalam sesuatu jenayah atau telah melanggar undang-undang, dan meminta mangsa agar membuat bayaran tertentu supaya 6 https://www.coursehero.com/file/42991216/STM-1042docx/
tidak ditimpa lebih banyak masalah. Dalam kebanyakan kes, mangsa penipuan tidak akan mendapat wang mereka kembali. Berjuta-juta ringgit dicuri dan lesap setiap tahun akibat penipuan Macau ini. Dalam sesetengah kes, mangsa kerugian sehingga RM2 juta.Golongan warga emas selalunya dijadikan sasaran mereka kerana menganggap golongan ini tidak mempunyai pengetahuan yang banyak berkaitan teknologi.Namun,segelintir golongan muda tidak juga terlepas daripada menjadi mangsa jenayah ini kerana kita perlulah berwaspada tidak mengira usia. FAKTOR-FAKTOR BULI SIBER Dasawarsa ini, rangkai kata era globalisasi tanpa sempadan membawa maksud yang amat luas yang mana menunjukkan jaringan dan penggunaan internet tanpa batas dan seiring dengan perkembangan teknologi. Antara perkembangan teknologi yang berlaku di Malaysia adalah wujudnya alat-alat komunikasi yang serba canggih dan platform-platform digital yang pelbagai yang menjadi tempat majoriti rakyat Malaysia meluangkan masa. Menurut laman berita Astro Awani, hasil dapatan kajian yang menyatakan bahawa jumlah masyarakat yang menggunakan jaringan internet telah meningkat sebanyak 25.08 juta pengguna, yang mana 79 peratus adalah penduduk Malaysia (Laporan Digital Hootsuit dan We Are Social, 2018)7 . Tambahan pula, daripada jumlah tersebut didapati sebanyak 75 peratus daripada mereka melayari media sosial dan menghabiskan masa purata tiga jam sehari di laman berkenaan. Justeru, secara tidak langsung hal ini akan menyumbang kepada peningkatan bilangan kes buli siber. Golongan remaja dan belia yang mempunyai potensi tinggi untuk menjadi mangsa bagi buli siber ini kerana sebilangan besar peratusan tersebut daripada kalangan mereka malah tidak kurang juga golongan dewasa yang semakin celik dalam bidang teknologi dan internet. Antara media platform yang menjadi tumpuan misalnya, Facebook, Whatsapp, Twitter, Instagram, dan Tiktok merupakan platform yang popular dan menunjukkan kekerapan penggunaan dalam kes buli siber. 8 8 https://www.mkn.gov.my/web/ms/2021/04/23/buli-siber/ 7 https://www.astroawani.com/gaya-hidup/malaysia-negara-ke9-paling-aktif-media-sosial-ke5-paling-ramai-guna-edagang-laporan-166998
Pada era globalisasi kini, perbuatan buli siber ini bukanlah masalah yang baru dalam negara kita dan hal ini menjadi semakin parah serta membimbangkan pelbagai pihak. Hasil laporan mengatakan gejala buli siber dalam golongan belia di Malaysia, mendapat tempat kedua tertinggi di Asia pada tahun 2020(Laporan UNICEF)9 , dan perkara ini bukan lah sesuatu yang boleh dibanggakan malah memerlukan tindakan dan langkah-langkah tertentu bagi membendung masalah ini daripada terus berlaku. Oleh itu, kita hendaklah terlebih dahulu mengenalpasti faktor bagi membendung dan menangani masalah ini daripada terus berlaku. HUBUNGAN KEKELUARGAAN YANG LEMAH Buli siber boleh berlaku disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya mempunyai hubungan kekeluargaan yang lemah. Kasih sayang dan perhatian yang secukupnya daripada ibu dapa dan keluarga sangat diperlukan oleh setiap individu terutama sekali golongan remaja. Apabila tidak menerima kasih sayang dan perhatian yang cukup,mereka akan lebih suka bersendirian atau mencari orang yang salah dan tidak tepat untuk meluahkan sesuatu atau mengambil nasihat yang mana ini menyebabkan hubungan kekeluargaan menjadi semakin renggang. Pertalian kekeluargaan yang lemah antara remaja dan ibu bapa boleh mendorong mereka menjadi mangsa kepada gejala buli siber. Masalah ini boleh berlaku demikian apabila tiada proses komunikasi yang baik dan berkesan antara ibu bapa dan remaja tersebut. Tambahan pula akan terzahirnya rasa takut dan tidak selesa dalam diri mereka untuk berkongsi masalah yang dihadapi. Secara tidak langsung, anak-anak ini akan memendam masalah tersebut secara bersendirian dan akan mendorong kepada masalah yang lebih kritikal.10 10 Che Noh, Che Hasniza. (2018). Meneroka ciri dan faktor buli siber dalam kalangan remaja di Malaysia. 9 https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/01/800032/buli-siber-dalam-kalangan-belia-malaysia-kedua-tertinggi-di-asia
Justeru, ibu bapa harus berkerjasama dengan anak-anak memperbaiki hubungan ini. Tamsilnya, ibu bapa boleh mengumpul semua anggota keluarga untuk menjalankan aktiviti berkualiti bersama dan mewujudkan sesi perkongsian serta perbincangan masalah yang dihadapi. Hal ini demikian menghasilkan proses komunikasi yang berkesan dan menyebabkan anak-anak rasa dihargai serta boleh meningkatkan tahap kepercayaan anak-anak kepada ibu bapa. Secara tidak langsung, hubungan kekeluargaan juga kembali menjadi semakin utuh dan teguh. PENDIDIKAN AGAMA KURANG DIPRAKTIKKAN DALAM DIRI REMAJA Seseorang individu memerlukan didikan agama untuk membentuk sahsiah dan akhlak yang baik11 . Hal ini demikian kerana agama Islam merangkumi semua aspek dalam kehidupan. Jadi, didikan agama yang kurang dalam diri remaja ini juga menjadi antara faktor kepada buli siber. Islam menitikberatkan setiap perbuatan dan perlakuan walaupun sekecil zarah mempunyai balasan dan ganjaran yang tersendiri serta ditimbang dan dihisab di akhirat kelak. Pada era ini, realiti yang menyedihkan stigma masyarakat mengatakan didikan agama sebagai sesuatu perkara yang ketinggalan zaman dan kolot. Mereka lebih suka untuk mengikuti budaya-budaya tertentu dan memuaskan kehendak sendiri dengan berhibur tanpa sempadan. Terdapat juga sesetengah pihak menganggap bahawa pendidikan akademik lebih penting dan signifikan berbanding pendidikan agama yang sepatutnya menjadi teras dan nadi dalam diri seseorang. Hal ini akan mengakibatkan keruntuhan akhlak dan moral seseorang individu dan mendorong mereka untuk tidak menjaga hubungan dengan manusia lain yang sepatutnya menjadi keutamaan dalam agama bagi menjaga hubungan dengan makhluk dan seterusnya akan meningkatkan lagi kes buli. Riwayat daripada Abu Dzar Al-Ghiffari R.A bahawa Nabi SAW bersabda melalui firman Allah SWT: َ"Wahai hamba-hamba-Ku, sesungguhnya Aku telah mengharamkan kezaliman ke atas diri-Ku, dan Aku juga mengharamkannya dalam kalangan kamu, maka janganlah kamu zalim-menzalimi". (Riwayat Muslim). Daripada hadis ini, Allah telah mengharamkan manusia 11 Che Noh, Che Hasniza. (2018). Meneroka ciri dan faktor buli siber dalam kalangan remaja di Malaysia.
daripada berlaku zalim kepada sesama makhluk sebagaimana Allah turut mengharamkan diri-Nya daripada sifat zalim. Tindakan membuli boleh merosakkan hubungan sesama manusia dan keharmonian sesebuah masyarakat dan dikira melakukan kezaliman terhadap makhluk. Tuntasnya, ibu bapa boleh memainkan peranan mereka dengan mendidik atau menghantar ke kelas-kelas agama yang mempraktikkan dan memberi penghayatan yang lebih dalam terhadap agama. Pihak masyarakat juga boleh bersama-sama membantu mengadakan program yang menarik minat remaja untuk terus mempelajari dan mendalami agama. Secara tidak langsung, hal ini sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan kes buli di Malaysia. FAKTOR PERSONALITI YANG KURANG BAIK Personaliti akan menzahirkan tingkah laku seseorang, jika baik personalitinya maka baiklah tingkah lakunya dan sebaliknya. Definisi personaliti berdasarkan Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat adalah perwatakan dan keperibadian. Faktor seterusnya yang menyumbang kepada gejala ini adalah keperibadian dan perwatakan yang kurang baik.12 Demikian merupakan kriteria-kriteria personaliti yang kurang baik, antaranya adalah panas baran, sensitif, pemarah, mudah kecewa dan mempunyai ego yang tinggi. Tidak kurang juga yang memiliki personaliti narsistik dimana masalah perwatakan narsistik merupakan sejenis gangguan personaliti. Seseorang individu yang memiliki personaliti ini cenderung mempunyai sikap egois yang tinggi dan terlampau mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan perasaan dan keadaan orang lain. Mereka juga suka untuk meraih perhatian daripada khalayak ramai dan memiliki kebolehpercayaan dan keyakinan yang terlalu ekstrem terhadap diri. Oleh hal yang demikian, mereka yang mempunyai sikap ini lebih cenderung untuk terlibat dengan gejala buli siber. Pembuli yang berlaku di atas talian ini tidak sama dengan pembuli lain yang melakukan secara berdepan malah lebih teruk kerana pembulian berlaku di alam maya yang tiada had sempadan dan batasan. Hal ini akan menyukarkan mangsa buli mempertahankan dan melindungi diri mereka. Individu yang mempunyai personaliti kurang baik ini boleh bersubahat dengan individu 12 Che Noh, Che Hasniza. (2018). Meneroka ciri dan faktor buli siber dalam kalangan remaja di Malaysia.
yang sepertinya kerana perjumpaan boleh dilakukan hanya di atas talian tanpa perlu bersemuka dan bilangan individu yang boleh turut serta dalam pembulian juga tiada had. Mereka juga akan melakukan pembulian ini sehingga dapat mencapai kepuasan yang diingini selain meraih jumlah tontonan yang banyak. Hal ini akan menyebabkan mangsa buli mengalami tekanan perasaan, resah dan yang lebih teruk boleh bawa kepada kes bunuh diri. Intihanya, bagi membendung dan mencegah daripada perkara ini terus berlaku pihak berwajib boleh memberi pendedahan yang lebih terperinci berkaitan buli siber dengan mengadakan kempen atau ceramah khas di sekolah-sekolah, institusi, tempat kerja dan mungkin tempat-tempat yang mempunyai potensi bilangan mangsa buli yang tinggi. Selain itu, pihak tertentu juga boleh menyediakan perkhidmatan kaunseling dan psikologi kepada kedua-dua mangsa dan pembuli. KESAN PEMBULIAN SIBER Gejala buli siber yang semakin meningkat telah menimbulkan kebimbangan kepada masyarakat dan kesannya yang buruk dapat kita lihat melalui penggunaan aplikasi sosial yang berleluasa. Impak perbuatan memfitnah dan memalukan individu lain melalui medium elektronik ini mampu meninggalkan kesan yang mendalam kepada mangsa dari pelbagai sudut seperti kesan fizikal , mental , emosi dan sosial dimana semua perkara ini diperlukan untuk menjalani kehidupan khususnya dalam melaksanakan perintah Allah.Kita telah sedia maklum bahawa kegiatan buruk ini membawa kepada bencana atau meninggalkan impak yang mendalam kepada masyarakat tidak kira umur , jantima dan bangsa.Masalah ini telah meningkat dari semasa ke semasa dan menjejaskan kehidupan individu dari pelbagai aspek iaitu emosi fizikal dan sosial.tambahan pula, kesan buli siber ini juga dipandang oleh Allah SWT. Ini dapat dibuktikan berdasarkan Firman-Nya :
ِكَت َوُو ِض َع ٰـ ُب ٱل َفَت َرى ِمي َن ْ ُم ْجرِ ُم ِمَّما ِفي ِه َون ْش ٱل ِفِقي َن ْ ِل َيٰـَوْيلََتَن َوَيق ا ُولُ َما ا ِكَت َهٰـذ ٰـ ِب َ اَل ٱلْ ي َرًة َواَل َص ِغي َرًة ُي َغاِد ُر ۭ ِ ِإٓاَّل َكب ى َها ٰ ِإ ْح َص َأ َأ ۚ ۟ َوَو َج َما ُدوا ۟ َع ِمل ا ُوا ۭ ۗ ب َك ْظ َو لِ ُم اَل َحا ِض ًر ُّ َي َر ا) ۭ َحًد َأ ٤٩َ )أ Al kahfi:49 Maksudnya: Dan diletakkan kitab (buku amalan), maka kau dapat melihat golongan yang melakukan dosa-dosa berasa takut terhadap apa yang terdapat di dalamnya. Dan mereka berkata: “Alangkah celakanya kami ini, kitab apakah ini yang tidak terlepas dosa kecil dan dosa besar melainkan kesemuanya tercatat !”, mereka mendapati apa yang telah mereka kerjakan sebelum ini dan Tuhan kamu tidak pernah menzalimi seseorang pun. ( al-Kahf : 49) Berdasarkan ayat tersebut,Allah SWT telah menegaskan bahawa segala perbuatan manusia sama ada baik atau jahat akan dinilai di sisi Allah berdasarkan catatan amalan masing2. Hal ini jelas perbuatan jahat termasuk kegiatan buli siber yang memburukkan individu diambil kira sebagai dosa besar dan dinilai sebagai perbuatan yang hina. KESAN FIZIKAL Kesan fizikal akibat masalah siber buli ini telah mempengaruhi aktiviti badan mangsa dan tingkah laku mereka dalam menjalankan rutin kehidupan seharian.Antara kesan fizikal yang kita boleh perhatikan ialah mangsa buli tersebut tidak mengambil berat tentang penampilan atau perihal mereka apabila .Hal yang demikikan kerana mereka tidak yakin dengan keadaan mereka dan mereka tiada motivasi untuk menampilkan diri kepada orang ramai.Ancaman atau kutukan yang dihadapi oleh mangsa buli siber telah mengakibatkan mereka menolak untuk menjadi perhatian dan mengelakkan diri dari berhubungan dengan keluarga,rakan-rakan serta
komuniti,.Keregangan silaturrahim boleh terjadi apabila mangsa kerap mengasingkan diri daripada bersosial dan keadaan ini akan berlanjutan dan menyumbang gangguan. Seterusnya buli siber ini dapat mengubah tingkah laku mangsa dimana mereka tidak merasakan diri mereka selamat apabila melayari internet.Sebagai contoh , mereka selalu mengelakkan diri daripada menggunakan komputer atau telefon bimbit.Mereka bersikap sensitif terhadap persekitaran mereka dan bersendirian. Hal yang demikian menjejaskan aktiviti harian seperti mereka mengalami gangguan tidur dan pengurangan selera makan.Lantaran dari masalah ini juga memberi kesan negatif kepada pencapaian pembelajaran mereka yang mampu menurunkan prestasi mereka untuk kekal fokus semasa menuntut ilmu.Kesan sampingan lain seperti kewujudan lingkaran hitam pada bawah mata dan penurunan berat badan turut dihadapi oleh mangsa dan keadaan ini boleh menjadi lebih serius jika mangsa tiada hasrat untuk merawati kesan buli siber ini. KESAN MENTAL Buli siber bukan sekadar memberi impak buruk dari sudut fizikal sahaja malah keadaan mental individu turut terkesan akibat perbuatan buli siber di media sosial.Sebahagian mangsa buli siber mendapat penyakit anxiety, depression dan kemurungan kerana stress yang melampau kerana mereka terlalu memikirkan masalah ini.Pemikiran mereka dipengaruhi dengan unsur-unsur negatif tentang perbuatan atau penampilan mereka di Internet.Berdasarkan kajian, mangsa yang menghadapi buli siber berasa malu dengan diri mereka sehingga mereka tidak mahu berjumpa dengan rakan-rakan kerana tidak mahu dipandang rendah oleh mereka.Hal demikian akan berlarutan sehingga mangsa menanggung derita tersebut berseoranganan tidak mahu untuk berkongsi masalah kepada pakar.Apabila tiada sokongan sosial dan bantuan psikologi, masalah ini boleh menjadi lebih teruk dan perlu diberikan perhatian segera. Keadaan ini boleh mengundang kepada pembunuhan diri akibat tekanan dengan situasi yang berlaku.Bukan itu sahaja, mangsa juga turut menanamkan kebencian terhadap pembuli nya dan berkemungkinan mangsa berhasrat untuk membalas dendam melalui cara yang tidak bermoral..Keadaan serius ini menyebabkan kes jenayah akan berlaku kerana mangsa tidak dapat berfikir dengan betul untuk penyelesaian masalah ini dan memilih cara tersebut dengan pembunuhan.
Oleh itu, kesan buli siber ini telah membuktikan tahap kesihatan mental mangsa terjejas sehingga tahap mereka tidak lagi mampu untuk mengawal emosi untuk menstabilkan fikiran mereka.Ini menyebabkan mangsa cenderung untuk mendapat masalah kesihatan dan ketidakupayaan menangani konflik emosi.Ganguan kesan dari jenayah siber ini mampu memusnahkan kehidupan seseorang dan membawa kemudaratan terhadap perkembangan hidup individu. PEMBULIAN SIBER MENURUT PERSPEKTIF ISLAM Umum mengetahui bahawa Islam adalah agama yang bersifat komprehensif atau disebut sebagai syumul yang merupakan suatu cara hidup yang lengkap merangkumi setiap aspek kehidupan manusia sama ada di alam fana ini atau di negeri yang kekal abadi kelak. Agama Islam juga bersifat universal atau dipanggil sebagai alamiyyah, iaitu agama yang diturunkan untuk seluruh umat manusia di dalam dunia ini merentasi sempadan individu, bangsa, tempat dan zaman. Malah, Islam terkenal sebagai sebuah agama yang sejahtera, harmoni, berkasih sayang sesama manusia dan sentiasa memartabatkan kemuliaan insan. Sehubungan itu, mana mungkin sebuah agama yang begitu sempurna akan membiarkan sahaja kegiatan jenayah siber berleluasa di muka bumi ini tanpa sebarang panduan daripada syarak. Justeru itu, Al-Qur’an sebagai sumber hukum utama perundangan Islam hadir untuk memberikan panduan dan solusi terbaik buat manusia untuk menangani kes-kes jenayah yang dapat kita aplikasikan dalam konteks ini iaitu jenayah siber berkaitan pembulian. Tambahan pula, Allah S.W.T. telah berfirman dalam Surah Al-Qasas ayat 7713 : 13 Al-Qur’an Al-Karim. Surah Al-Qasas : 77.
ِ َواْب ِفْي َمٓا ى َك َتغ ٰ ت ٰ ُ ا هّٰللا اْل الَّد ِخ َرَة َ ار َو َس اَل ااْل ٰ ِمَن َيا َن ِصْيَب َك َتنْ دن َواَ ْح ِس ْن َكَمٓا اَ ْح َس َن ْ ُ الُّ هّٰللا ْي َك َواَل ِالَ ِ َف َساَد َتْبغ ال ِفى ْر ِض ْ ا ِۗا َّن اْلَ َ هّٰللا ب ِسِدْي َن هّٰللا اَل ُّ ُي ِح ُمفْ الْ Maksud : Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bahagianmu di dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi. Sungguh, Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan. Berdasarkan ayat tersebut, apa yang dapat kita fahami ialah Allah menyuruh kita untuk berbuat baik kepada seluruh manusia sepertimana Allah juga amat baik kepada makhluk-Nya dan jangan sesekali kita melakukan perbuatan keji dan mungkar yang akan membinasakan hidup kita dan orang lain. Lantaran itu, apabila berbicara soal pembulian siber, maka sudah tentulah ianya sesuatu yang membawa kemudaratan dan kebinasaan kepada orang lain. Sebelum topik pembulian siber ini diperhalusi dengan lebih mendalam, wajarlah untuk kita mengetahui terlebih dahulu sedikit sebanyak apa yang diertikan sebagai jarimah dan jinayah iaitu salah satu komponen dalam Fiqh Jinayat. Jarimah bermaksud satu bentuk perlakuan atau peninggalan sesuatu perkara dimana terdapat nas syariat yang mengharamkan perlakuan tersebut dan pelakunya akan dihukum, manakala jinayah pula bermaksud satu bentuk perlakuan atau peninggalan sesuatu perkara atau sebagai asbab yang dapat memberikan mudharat kepada mana-mana individu atau selainnya yang mana pelakunya akan berdepan hukuman di dunia. Jarimah adalah merujuk kepada sebarang perbuatan yang melanggar hukum syarak yang telah ditetapkan hukuman hudud, takzir berat dan qisas padanya seperti mencuri, berzina dan membunuh manakala jinayah pula merujuk kepada sebarang kesalahan di sisi syarak yang dikenakan hukuman takzir ringan seperti penipuan, pemalsuan maklumat dan perbuatan khianat (Muhamad Asyraf et. al, 2013)14 . 14 Muhamad Asyraf et. al,. (2013). Jenayah Siber : Pengelasan Di Antara Al-Jaraim Dan Al-Jina’i Menurut Sistem Perundangan Islam, hlm. 546-547.
Pelbagai jenis jenayah siber yang berleluasa kini menyebabkan ianya boleh terkandung dalam mana-mana kategori tersebut. Dalam konteks pembulian siber, kebanyakannya diklasifikasikan sebagai jinayah kerana ia tidaklah mencapai tahap yang memerlukan kepada hukuman hudud, qisas dan takzir. Terdapat beberapa contoh jenayah di bawah pembulian siber yang tidak asing lagi di negara kita beserta perspektif agama Islam mengenainya. Antaranya ialah, pemalsuan maklumat. Jenayah buli siber ini sememangnya tidak akan lari daripada unsur penipuan yang berfungsi sebagai teras utama untuk menarik perhatian orang ramai. Sehubungan itu, kebanyakan perbuatan ini membawa kepada pemalsuan maklumat kerana fakta sebenar dan cerita rekaan menjadi bercampur aduk sekaligus menyebabkan orang ramai tidak tahu pokok pangkal cerita, lantas menyebabkan mereka mudah terpedaya dengan segala maklumat yang diperoleh. Pemalsuan maklumat dan data ini kebiasaannya dilakukan dengan tujuan untuk menjatuhkan maruah individu tertentu. Justeru itu, tidak hairanlah kebanyakan kandungan mesej palsu adalah berdasarkan ejekan, penghinaan dan pembohongan yang nyata. Dari sudut pandangan Islam, perbuatan mengada-adakan cerita adalah dilarang sama sekali dan disifatkan sebagai suatu dosa besar. Malah, pelakunya juga diberi amaran dengan azab yang berat di akhirat kelak. Maka, dapatlah kita simpulkan bahawa mewujudkan unsur-unsur kebatilan dalam komunikasi sosial sudah terang lagi bersuluh amat bertentangan dengan etika Islam walaupun ia hanya sekadar gurauan. Hal ini menjadi peringatan kepada kita semua agar mengawal diri daripada menormalkan perkara yang batil dengan alasan bergurau dan terus berusaha untuk menjadi seorang Muslim yang terbaik dari segenap aspek. Tambahan pula, pemalsuan data dan maklumat ini bukan sahaja menjatuhkan maruah dan merendahkan martabat seseorang individu, malah ia juga membawa kepada huru-hara dan kekeliruan dalam kalangan masyarakat yang sekaligus akan menimbulkan perbalahan antara pihak yang bertelagah (Mohammad Fahmi et. al, 2021)15 . Allah S.W.T. telah berfirman dalam Al-Qur’an, Surah Al-Baqarah ayat 19116 : 16 Al-Qur’an Al-Karim. Surah Al-Baqarah : 191. 15 Mohammad Fahmi et.al,. (2021). Cyberbullying in Digital Media: An Islamic Perspective, hlm. 1562.
ِفتْ َنةُ د ِمَن َوالْ ِل اَ َشُّ َقتْ ۚ الْ Maksud : Dan fitnah itu lebih kejam daripada pembunuhan. Kemudian, contoh jenayah pembulian siber yang kedua ialah menjatuhkan maruah atau disebut sebagai pembunuhan watak. Sebagai contoh, terdapat seorang lelaki yang amat baik akhlaknya. Namun, disebabkan pembulian siber yang menjadikan beliau sebagai mangsa, beliau dianggap sebagai orang jahat kerana cerita-cerita fitnah itu telah menutup pandangan orang ramai daripada fakta sebenar. Inilah yang dinamakan sebagai pembunuhan watak. Tambahan pula, martabat dan kehormatan seseorang individu adalah antara harta paling bernilai yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T. kepada setiap manusia, apatah lagi di zaman mencabar sekarang ini. Sehubungan itu, Islam sememangnya menekankan keperluan untuk kita menjaga nama baik (hifz al-'ird) yang bertujuan untuk memelihara kehormatan setiap manusia daripada tergadai dalam keadaan apa sekalipun. Setiap orang juga dilarang untuk mengganggu, memperlekehkan, mempersendakan dan melakukan perbuatan yang boleh menjejaskan kehormatan mana-mana individu lain kerana ianya disifatkan sebagai melanggar nilai kemuliaan manusia (karamah insaniyyah) sebagai salah satu tujuan penciptaan insan di muka bumi ini. Perbuatan ‘trolling’ yang sering berlaku di pelbagai platform media sosial kebiasaannya menyasarkan individu yang berpengaruh dalam masyarakat untuk memburukkan dan menjatuhkan nama baik individu tersebut sehingga hilang rasa hormat daripada masyarakat. Perbuatan ini dilarang sama sekali dalam Islam kerana ianya berkaitan dengan keaiban dan kehormatan yang menjadi sempadan untuk setiap interaksi sosial manusia (Mohammad Fahmi et. al, 2021)17 . Allah S.W.T. telah berfirman dalam Surah Al-Hujurat ayat 11 18 : 18 Al-Qur’an Al-Karim. Surah Al-Hujurat : 11. 17 Mohammad Fahmi et.al,. (2021). Cyberbullying in Digital Media: An Islamic Perspective, hlm. 1563.
ي َها ُّ اَ ٓ ي ٰ ِذْي َن ال ْوا َّ َمنُ ٰ م ْن َق َي ْس ْو ٌم َخ ْر اَل ا ِّ ٍ َق ى ْوم سٓ ٰ اَ ْوا َع ْن ُهْم َخ َّي ْي ًرا ُكْونُ منْ َو ٌء اَل ِّ م ْن ۤ ِن َسا ِّ ٍء ۤ َسا ِّ ن ى سٓ ٰ َّن َع ْن َخ َّي ْي ًرا ُك اَ ۚ ُه َّن منْ َو ا اَل ِّ ِم ُزْوٓ َس ُكْم َتلْ فُ ۗ ُز َو ْوا اَل اَنْ َقا ِب َتَناَب لْ ااْلَ ب َس ِ ْئ ِ ب ااِل ْس ُم ُسْو ُق فُ ْ ۚ ِن ال َب ْعَد ا َو َم ْن ْم اْلِْي َما ل ْب َّ َيت َك ُ ِٕ ِٕى ۤ ٰ ُه لِ ُمْو َن ُم َفاُول ٰ ّظ ال Maksud : Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah suatu kaum mencemuh kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang dicemuh) lebih baik dari mereka (yang mencemuh) dan jangan pula perempuan-perempuan (mencemuh) perempuan lain (kerana) boleh jadi perempuan (yang dicemuh) lebih baik dari perempuan (yang mencemuh). Janganlah kamu saling mencela satu sama lain dan janganlah saling memanggil dengan gelaran-gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk (fasik) setelah beriman. Dan barangsiapa tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. Selain itu, menghina peribadi orang lain juga adalah contoh pembulian siber. Allah S.W.T. telah menciptakan manusia sebagai makhluk yang terbaik dan dimuliakan jika dibandingkan dengan ciptaan-Nya yang lain. Segala perbezaan baik dari segi fizikal, warna kulit, etnik dan sebagainya tidak akan menjadikan seseorang itu lebih mulia atau lebih hina daripada yang lain. Hal ini demikian kerana Allah S.W.T. tidak memandang semua itu. Allah hanya melihat hati kita iaitu sejauh mana kita bertakwa kepada Allah dan mengabdikan diri kepada-Nya. Seperkara lagi yang perlu diingati ialah gurauan dan perbuatan suka-suka yang menggunakan jalan kotor seperti ini tidak akan menghalalkan pembulian siber. Justeru itu, Islam melarang sebarang perbuatan menyakiti, menghina, mengaibkan dan memfitnah orang lain apatah lagi menggunakan kata-kata keji dan kesat seperti mencarut dan sebagainya sepertimana yang sering berlaku di media sosial hari ini. Larangan ini bukan sahaja bertujuan untuk melindungi keperibadian seseorang manusia, tetapi juga untuk mengelakkan sebarang permusuhan antara pelaku dan mangsa. Perbuatan memaki hamun, menghina dan mengaibkan manusia lain adalah dosa besar dan dilarang sama sekali oleh Allah (Mohammad Fahmi et. al,
2021)19 . Hal ini dapat dilihat melalui firman Allah S.W.T. dalam Al-Qur’an, Surah Al-Hujurat ayat 1320 : ي َها ُّ اَ ٓ ي ٰ ا ُس الن ا َّ ُك ِان ْم َّ ٰ ن قْ م ْن َخلَ ِّ َكٍر ذ ى َ ٰ ث نْ ُك َّوا ْم ُ ٰ ن َل ُش َو َجَعل ُعْوًبا ْ ِٕ ِٕى ۤ َّو ْوا َقَبا اَ ْكَر َمُك لِ ۚ ِا َّن ْم َت َعا َرفُ َد ْ ِعن ِ هّٰللا ى ُكْم ٰ ق اَت ِۗا َّن ْ َ هّٰللا َعلِْيٌم ْي ٌر ِ َخب Maksud : Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu). Seterusnya, contoh pembulian siber yang terakhir ialah menyebarkan aib orang lain. Kemudahan dan kecanggihan teknologi serta perkembangan pesat media sosial masa kini menjadikan komunikasi dan hubungan sosial melalui platform siber lebih mudah dan pantas. Namun, penyalahgunaan platform ini telah membawa kepada peningkatan akhlak buruk dalam kalangan masyarakat iaitu salah satunya tingkah laku menyindir orang lain (Al-Sukhriyyah) sama ada secara langsung ataupun melalui perbuatan individu yang tidak bertanggungjawab yang menjadi penyebarnya. Sehubungan itu, perbuatan ini secara tidak langsung telah membawa kepada fitnah (Al-Ghibah) dan mengumpat (Al-Namimah) yang mana kedua-dua perbuatan ini sangat dicela oleh Islam. Allah S.W.T. telah berfirman dalam surah Al-Hujurat ayat 1221 : 21 Al-Qur’an Al-Karim. Surah Al-Hujurat : 12. 20 Al-Qur’an Al-Karim. Surah Al-Hujurat : 13. 19 Mohammad Fahmi et.al,. (2021). Cyberbullying in Digital Media: An Islamic Perspective, hlm. 1563.
ي َها ُّ اَ ٓ ي ٰ ِذْي َن ال وا َّ َمنُ ٰ مَن ا ا ْجَتِنُبْوا َكِثْي ًرا ِّ ۖ ن ن َّظ ِّ ِّ ال ٌم َّظ ال ِا َّن َب ْع َض ْ َي ْغَت َو ْب َت اَل َّو َج َّس ُسْوا اَل ِاث َّب ْع ُض ُكْم ۗ ب ُّ ْم َب ْع ًضا ُي ِح ُك اَ اَ ْن َل َحُد ُك اَ ْأ ْحَم َّي ِخْي ِه ا َ ل اَ َمْيتً ۗ ُمْوهُ ْهتُ ِ تقُوا َو َف َكر اَّ َ هّٰللا ِۗا َّن َ هّٰللا َتَّو ٌ اب َّر ِحْيم Maksud : Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. Individu yang terlibat dalam perbuatan mempersendakan orang lain ini sama ada sebagai pelaku utama atau penyebarnya akan mendapat azab Allah di akhirat kelak. Apatah lagi sekiranya mereka mengada-adakan cerita dan menyebarkan maklumat palsu tersebut kepada orang ramai walaupun dengan tujuan hiburan, maka hukuman yang dikenakan akan menjadi lebih berat. Penyebar maklumat palsu yang telah bersubahat dalam melakukan jenayah tersebut boleh dikenakan tahap hukuman yang sama seperti pelaku. Hal ini demikian kerana tindakan mereka telah menjejaskan kehidupan mangsa dengan cara yang jahat dan keji (Mohammad Fahmi et. al, 2021)22 . Allah S.W.T. telah berfirman dalam surah An-Nur ayat 1923 : ِا َّن ِذْي َن بْو َن اَ ْن َت ِشْي َع َّ ُّ ال ُي ِح َفا ِح َشةُ ال ِفى ِذْي َن ْ ال ْوا َّ َمنُ ٰ ا ُهْم ل ٌ اب َ َعذَ اَلِْيٌم ِفى َيا ۙ دنْ ۗ الُّ اْل ِخ َرِة َوااْل ٰ ُ هّٰللا َو ُم َي ْعل ْم َ تُ ُمْو َن اَل َواَنْ َت ْعلَ 23 Al-Qur’an Al-Karim. Surah An-Nur : 19. 22 Mohammad Fahmi et.al,. (2021). Cyberbullying in Digital Media: An Islamic Perspective, hlm. 1564.
Maksud : Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar perbuatan yang sangat keji itu (berita bohong) tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, mereka mendapat azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. Oleh itu, setiap orang memainkan peranan yang besar dan penting dalam mewujudkan persekitaran yang selamat dan kondusif buat semua lapisan masyarakat ketika berada di alam maya. Meskipun ruang siber itu adalah alam tanpa sempadan, tetapi sebagai manusia dan rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, kita perlulah menghormati hak dan privasi orang lain ketika berinteraksi di media sosial. Malah, setiap pihak juga perlu cakna akan batasan hak, peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia mengenai penggunaan platform media sosial dan aplikasi dalam talian yang lain. RUMUSAN Persoalan akhlak dan etika merupakan elemen utama yang diberikan perhatian oleh Islam selain akidah dan syariat. Atas dasar itulah, pelbagai panduan bersangkutan nilai akhlak dan budi pekerti yang mulia telah digariskan bertujuan mewujudkan hubungan sosial yang harmoni sesama masyarakat. Justeru, gejala ini yang semakin dibudayakan oleh sebahagian pengguna media sosial dilihat sebagai barah yang berpotensi mencetuskan permusuhan dan pergaduhan, di samping merosakkan hubungan sesama manusia. Maka, setiap anggota masyarakat terutamanya pengguna media sosial perlu menahan diri daripada sebarang perlakuan yang menjurus kepada pencerobohan hak dan kehormatan individu lain memandangkan aktiviti ini menyalahi etika komunikasi yang digariskan oleh Islam.
Hasrat mewujudkan ekosistem media sosial yang harmoni dan selamat memerlukan komitmen semua pihak bagi memastikan perlakuan tidak bermoral ini mampu dibendung daripada terus menular dan juga mampu memanfaatkan teknologi yang kita punyai ini dengan lebih baik. RUJUKAN Al-Quran Al-Karim Auji Arashid. (2015). Jenayah Siber Menurut Perspektif Islam : Punca Dan Akibat. Universiti Brunei Darussalam. Al, Amin, et al. “MANGSA BULI DAN KESAN BULI Bully Victims and the Effects of Bullying.” SAINS ISLAM MALAYSIA Journal of Islamic Social Sciences and Humanities مجلة اإلنسانية و اإلسالمية الثقافة ,vol. 11, 2017, pp. 114–120, oarep.usim.edu.my/jspui/bitstream/123456789/5278/1/MANGSA%20BULIDANKESANBULI. pdf. Che Noh, Che Hasniza. (2018). Meneroka ciri dan faktor buli siber dalam kalangan remaja di Malaysia.https://www.researchgate.net/publication/325256832_Meneroka_ciri_dan_faktor_buli_ siber_dalam_kalangan_remaja_di_Malaysia
Hassan, Helma. “MENYEDIHKAN, Inilah Realiti Buli Siber Di Malaysia - Kena Hentikan Sebelum Parah!” Hello Doktor, 4 July 2018, hellodoktor.com/kesihatan-mental/hubungan-yang-sihat/buli-siber-di-malaysia/. Ismail, N. A., Abdul Majid, N., & Rajan Naidu, P. (2021). Cyberbullying and emotional implications among secondary school students. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 14(1), 62-69. https://doi.org/10.37134/bitara.vol14.1.7.2021 Mohammad Fahmi, Khairul Azhar, Ahmad Arif Zulkefli, S Salahudin Suyurno, Mohd Khairul Nizam & Mohammad Najiy. (2021). Cyberbullying in Digital Media: An Islamic Perspective. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 11(9), 1555–1567. Muhamad Asyraf, Muhammad Ikhlas Khairul Azhar, Syamsul Azizul & Mohd Anuar Ramli. (2013). Jenayah Siber: Pengelasan Di Antara Al-Jaraim Dan Al-Jina’i Menurut Sistem Perundangan Islam. Conference: International Seminar on Islamic Jurisprudence in Contemporary Society (ISLAC) 2013. Universiti Sultan Zainal Abidin. Tamrin Amboala, Ainnur Hafizah, Mohd Zulkifli & Nasrul Hisyam. (2015). Undang-Undang Siber Dari Perspektif Islam. Jurnal Teknologi (Sciences & Engineering) 72:1 125–130. WELLJOEL WALTER. “Kesan Negatif Buli Siber.” Kesan Negatif Buli Siber, 23 June 2021, pendidikjalanan.blogspot.com/2021/06/kesan-negatif-buli-siber.html.
https://www.academia.edu/37594259/Jenayah_Siber_Menurut_Perspektif_Islam_Punca_dan_Ak ibat https://www.coursehero.com/file/42991216/STM-1042docx/ https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=kamus%20online https://www.mkn.gov.my/web/ms/2021/04/23/buli-siber/ https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/01/800032/buli-siber-dalam-kalangan-belia-malaysi a-kedua-tertinggi-di-asia https://www.malaysiakini.com/news/606934 https://www.astroawani.com/gaya-hidup/malaysia-negara-ke9-paling-aktif-media-sosial-ke5-pali ng-ramai-guna-edagang-laporan-166998 http://www.myhealth.gov.my/cyberbullying/ https://www.islam.gov.my/en/e-penerbitan/2499-tadabbur-kalamullah-3-syawal-1441h-kukuhkan -hubungan-dengan-allah-dan-sesama-manusia https://mt961013.livejournal.com/tag/zalim