PERMAINAN PETANQUE
SEJARAH SUKAN PETANQUE
NAMA : DEVESH A/L RICHARD
KELAS: 6RS1
NAMA SEKOLAH: SMK SULTAN YUSSUF,
BATU GAJAH ,PERAK.
PENGENALAN PERMAINAN PETANQUE
Pentaque adalah sejenis sukan yang dimainkan di tempat yang
lapang menggunakan boule yang diperbuat daripada logam
dan dimainkan dengan mengikut peraturan- peraturan tertentu.
Boule akan dibaling dengan mengikut cara – caranya untuk
menghampiri jack yang berupa sebiji bola kayu ,saiznya lebih
besar daripada guli membolehkan pemain mendapat mata
permainan.Mata penamat bagi permainan pentaque adalah 13
mata.Permainan pentaque boleh dimainkan antara tiga pemain
lawan dua pemain dan satu pemain lawan satu pemain.
OBJEKTIF:
• Dapat menjelaskan serba sedikit tentang sejarah sukan
pentanque .
• Dapat menghuraikan tentang cara cara permainan
pentanque dan syarat syarat pertandingan pentanque .
• Dapat menyenaraikan jenis peralatan yang digunakan
dalam sukan pentanque.
ASAL USUL SUKAN PETANQUE
Petaque adalah sejenis sukan yang telah berkembang
berabad-abad lamanya dan dimainkan dengan pelbagai
cara.Pada awalnya dimainkan semasa kerajaan Yunani
lebih 2000 tahun yang lampau.Ianya bermula dengan
pemain-pemain mengutip ketul-ketul batu bulat dari
gunung ganang ,pesisir pantai dan cara ianya dimainkan
ialah sesiapa yang melontar dengan tepat dan paling jauh
adalah pemenang bagi pertandingan petanque.
SEJARAH SUKAN PETANQUE DI PERANCIS
Pada abad ke-17,bangsawan Perancis menjadikan
permainan ini sebagai permainan bangsawan .Raja Louis
XIV telah meletakkan peraturan permainan tersebut
kepada 14 mata. Baginda telah mengisytiharkan dan
memperkenalkan sukan ini dalam kalangan orang
kenamaan dan hanya dibenarkan dimainkan di Kawasan
istana sahaja.Semua rakyat jelata dibenarkan bermain
sukan ini dengan bebas .Bermula dari situ,sukan ini
semakin digemari ramai dan dipermodenkan.
Sejarah moden permainan petanque bermula di Clotat
,Perancis pada tahun 1910 apabila seorang lelaki cacat
yang baru sembuh dari kemalangan sewaktu
menyaksikan sukan ini telah berdiri .Sukan ini telah
berkembang ke semua arah tanah jajahan Perancis iaitu
Afrika, Pasifik Selatan dan Eropah Barat.
SEJARAH SUKAN PETANQUE DI MALAYSIA
Permainan petanque di Malaysia mula diperkenalkan pada
pertengahan tahun 1989 oleh Professor Diraja Ungku
Aziz,Yang Dipertua ANGKASA.Setelah beberapa dimainkan,
akhirnya sukan petanque telah dirasmikan sebagai salah satu
acara sukan negara.Upcara perasmian diberikan oleh Menteri
Belia dan Sukan pada masa itu.
Sejak permainan petanque dibawa masuk ke dalam negara
Malaysia ,ANGKASA telah memainkan peranan yang penting
untuk memperkenalkannya.Antara usaha- usaha yang telah
dijalankan oleh ANGKASA ialah:
• Mengadakan demonstrasi permainan petanque di
seluruh negara dari semasa ke semasa.
• Mengadakan kursus khas untuk permainan dan
peraturan- peraturan petanque .Kos untuk kursus ini
dibiayai sepenuhnya oleh ANGKASA.
• Menganjurkan kejohanan permainan petanque antara
koperasi peringkat negeri dan peringkat kebangsaan
sempena Hari Koperasi Antarabangsa setiap tahun.
PERALATAN PETANQUE
1.BOULE
-Berbentuk bulat diperbuat daripada dan berongga di bahagian
dalam bola.
-Boule mempunyai garis pusat antara 70.5mm sehingga 80mm
dan beratnya adalah 650 gram sehingga 800 gram.
-Boule mempunyai jenama yang tertentu ,angka penunjuk berat dan
nombor siri tertera padanya.
-Boule yang digunakan dalam pertandingan mestilah yang
telah diluluskan oleh Persekutuan Petanque Kebangsaan.
2.JACK
-Berbentuk bulat tetapi diperbuat daripada kayu keras .
-Jack mempunyai garis pusat antara 25 mm sehingga 35mm.
-Boleh diwarnakan tetapi warnanya mestilah boleh dilihat
dengan jelas di atas permukaan gelanggang.
3.ALAT PENGUKUR JARAK
-Meliputi alat- alat seperti “tape measure”, “telescopic
measure”, “calliper”, dan “tappet gauge”
- Digunakan untuk mengukur jarak boule yang terdekat
dengan kedudukan jack.
4.KAIN ATAU TUALA KECIL
-Digunakan untuk membersihkan boule semasa pertandingan.
5.BEG
-Mempunyai saiz yang sesuai untuk mengisi dan membawa
peralatan petanque.
CARA PERMAINAN PETANQUE
1.TARGET PERMAINAN
-Melontar bola paling hampir dengan jack berbanding
pasukan lawan.
2.KOMPOSISI PASUKAN
-Setiap peserta dalam permainan petanque akan dipisahkan
kepada 2 pasukan iaitu:
• 3 pemain melawan 3 pemain(triples),setiap pemain
menggunakan 2 boules.
• 2 pemain melawan 2 pemain (doubles),dan
1 pemain melawan 1 pemain (single), akan menggunakan
3 boules.
3.PENENTUAN MEMULAKAN PERMAINAN
-Permainan petanque ini boleh dimulakan dengan melambung
syiling untuk menentukan pemain atau pasukan yang akan
melontar jack yang berukuran 25mm sehingga 35mm.
-Sebagai contoh,pemain pasukan biru menang dalam
lambungan syiling dan mereka yang akan memulakan
permainan .
4.MEMULAKAN PERMAINAN
- Pemain daripada pasukan biru akan melakarkan bulatan
yang berukuran (35-50cm) di dalam gelanggang.Pemain akan
melontar jack dengan jarak 6- 10 meter daripada bulatan
tersebut.Semasa melontar boules,kedua -dua kaki peserta
mesti berada di dalam bulatan tanpa mengangkat kedua-dua
kaki sehingga boules pemain menyentuh gelanggang.
5.LONTARAN BOLA PERTAMA
-Pasukan biru akan melontar bola pertama ke arah jack
seberapa dekat yang boleh.Pemain pertama daripada pasukan
biru pula masuk ke dalam bulatan untuk membuat lontaran
boules kea rah jack untuk mengatasi pasukan lawan .
6.POINTING
-Pemain hendaklah melontar bola secara pointing (rolls,half
lob,high lob, dan lob penuh)dengan mengikut mengikut skill
untuk mendekatkan boules mereka dengan jack berbanding
pihak lawan.
7.SHOOTING
-Pemain hendaklah menggunakan kaedah memukul(shoots)
boules pihak lawan yang berada dekat dengan jack supaya
beredar jauh dari jack.
8. JIKA BERJAYA
-Sekiranya pasukan merah Berjaya mengubah kedudukan,
pasukan biru pula akan membuat lontaran.
9.JIKA TIDAK BERJAYA
- Pemain pasukan merah akan memainkan bola lagi sehingga
kedudukan berubah dan selagi bola masih ada.Setelah habis
bola untuk dimainkan ,pasukan lawan akan mengambil tempat
untuk mengutip seberapa banyak mata sehingga habis.
10.PENENTUAN MATA
- Pemain pasukan akan mendapat mata berdasarkan
bilangan bola pasukannya berada dekat jack berbanding
pasukan lawan.(Paling kurang 1 mata dan maksimum 6 mata
).
- Sebagai contoh ,pasukan biru mendapat 3 mata. Pasukan
yang menang tersebut akan melakarkan bulatan bagi
memulakan permainan seterusnya.
11.AKHIR PERMAINAN (PEMENANG)
- Pasukan yang dahulu mendapat 13 mata adalah dikira
pemenang.
SYARAT- SYARAT PERTANDINGAN PETANQUE
1.Komposisi Pasukan
- 3 pemain melawan 3 pemain (Bertiga)
- 2 pemain melawan 2 pemain (Berdua)
- 1 pemain melawan 1 pemain (Perseorangan)
Untuk “bertiga”, tiap-tiap pemain akan menggunakan dua biji
boules .
Untuk “berdua” dan “ perseorangan” setiap pemain akan
menggunakan tiga biji boules.
Tiada versi lain selain daripada tiga kategori di atas
dibenarkan untuk membentuk satu pasukan.
2.Kreteria- kreteria bola yang diluluskan
Permainan ini perlu menggunakan bola yang diluluskan oleh
FIPJP dan memeuhi kreteria-kreteria berikut:
• Bola mestilah diperbuat daripada logam.
• Garis pusat bola mestilah antara 7.05cm(minimum)
hingga 8.0cm (maksimum).
• Berat bola mestilah antara 650 gram (minimum)
hingga 800 gram (maksimum).Tanda pengeluar dan berat
hendaklah tertera di atas bola dan sentiasa dapat dilihat
dengan jelas.
• Bola sama sekali tidak boleh dibuat sebarang bentuk
pengubahsuaian ke atasnya selepas pengeluarannya
disahkan oleh pengeluar yang diberi kelulusan .Walau
bagaimanapun nama pemain,logo,akronim atau “initial”
boleh diukir di atasnya.
3.Denda jika bola tidak memenuhi syarat
Pemain yang didapati bersalah kerana tidak mematuhi
peraturan dipara(iv) akan dibatalkan daripada menyertai
pertandingan dengan serta merta, bersekali dengan rakan-
rakan sepasukan.
Jika bola yang diubahsuai adalah pinjaman dan pemiliknya
telah dikenalpasti, pemilik bola itu juga boleh dikenakan
tindakan yang serupa.
Jika bola itu tidak diubahsuai,tetapi berubah dari bentuk
asalnya kerana terlalu lama usianya,atau berubah bentuk
asalnya akibat proses pengeluaran,tidak lulus pemeriksaan
atau tidak mematuhi mana- mana syarat seperti di
para(i),(ii),dan (iii) diatas,pemain boleh menukarkan bola
tersebut .Pemain perlu menukarkan keseluruhan set bola.
Sebarang bantahan mengenai peraturan(i),(ii) dan (iii) di atas
hanya boleh diterima sebelum permainan atau perlawanan
bermula .Oleh itu ,setiap pemain perlu memastikan bola
mereka dan bola pihak lawan mematuhi syarat- syarat
berkenaan sebelum perlawanan bermula.
Bantahan berkaitan peraturan (iv) pula boleh dibuat bila-bila
masa ketika perlawanan sehingga akhir perlawanan yang
kedua .Namun pada atau selepas perlawanan yang ketiga ,jika
didapati bantahan terhadap bola pihak lawan adalah tidak
berasas pemain berkenaan atau pasukannya akan dikenakan
denda 3 mata dan mata tersebut akan ditambah kepada jumlah
pungutan mata pihak lawan.
Pengadil atau juri boleh pada bila- bila masa ketika
perlawanan memeriksa bola mana-mana pemain.
4.Jek yang diluluskan
Jek (COCHONNETS) adalah sejenis bola yang diperbuat
daripada kayu atau bahan sintetik,mempunyai tanda
pengeluar dan diperakui oleh F.I.P.J.P. bahawa bahan itu
boleh dan selamat digunakan serta sesuai dan memenuhi
segala spesifikasi.
Garis pusatnya mestilah antara 25mm hingga 35mm .
Jek boleh diwarnakan dengan apa- apa warnayang
memudahkannya dilihat.
5.Lesen
Lesen hendaklah mematuhi Peraturan Pentabiran FIPJP,
khasnya hendaklah menunjukkan gambar ahli yang terbaru,
dicop dan ditandatangani oleh ahli berkenaan.
Sebelum perlawanan dimulakan tiap-tiap pemain perlu
menunjukkan permitnya .Pengadil dan pihak lawan juga boleh
meminta pemain menunjukkan lessen masing – masing
kecuali jika lesen- lesen tersebut disimpan oleh pihak
penganjur.
TEKNIK PERMAINAN PETANQUE
1.TEKNIK ASAS MEMEGANG BOLA
• Menggunakan 4 jari rapat tanpa menggunakan ibu jari
• Menggunakan kelima-lima jari dengan sokongan ibu
jari pada sisi tepi.
• Menggunakan kelima-lima jari dengan sokongan ibu
jari pada sisi depan.
• Menggunakan kelima-lima jari dengan sokongan ibu
jari pada sisi belakang.
2.TEKNIK ASAS POSISI KAKI
• Kedudukan kaki separuh ke depan dan separuh ke
belakang.
• Kedudukan kaki sama atau selari.
• Kedudukan kaki setengah di hadapan dan setengah di
belakang dan sedikit terbuka di bahangian belakang.
3.TEKNIK ASAS POSISI POINTING
• Paras kedua-dua lutut sama tinggi.
• Paras lutut kanan lebih tinggi.
• Hayunan bola dari paras bahu.
• Hayuan bola dari aras bawah.
4. TEKNIK ASAS POSISI SHOOTING
• Pastikan posisi kaki,lutut,badan,jari dan tangan dalam
keadaan betul dan selesa.
Tumpukan perhatian kepada target(bola atau jack)
• Hayunkan tangan ke belakang dengan pergerakan
seluruh badan dengan lembut.
Bongkokkan sedikit badan untuk menambah kekuatan
kepada Teknik “Back swing”.
• Ketika melepaskan bola,pastikan:
-Tangan lurus.
-Pergelangan tangan bengkok ke atas.
-Kelima-lima jari rapat.
-Lutut dan pinggang terkunci.
-Setkan minda-bukan “Shoot” tapi “put”.
LAMPIRAN
TERIMA
Kasih