PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PADANG, KOTA KINABALU
PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK
TAJUK PROJEK:
BIG BOOK KELUARGA SAYA
TARIKH PELAKSANAAN: 06 - 10 SEPTEMBER 2021
~ Belajar Dengan Gembira ~
‘HOME PROJECT’ MURID PPKI SK BUKIT PADANG:
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sempena PdPR bulan september ini, PPKI SK Bukit Padang telah merangka satu projek
khas bagi membantu ibu bapa dan penjaga dalam melakukan aktiviti bersama anak-anak di
rumah.
Tajuk Tugasan:
Membina Big Book Bertemakan Keluarga Saya
Arahan:
1. Murid diminta membina Big Book yang bertema ‘Keluarga saya’.
2. Big book dibina berukuran saiz kertas lukisan, setengah kad manila atau kotak yang
diubahsuai mengikut saiz yang sesuai.
3. Aktiviti membina big book adalah bebas dan mengikut kreativiti murid sendiri.
4. Setiap aktiviti harian yang dilakukan oleh murid sepanjang pelaksanaan projek perlu
didokumentasikan dalam bentuk gambar dan dihantar ke aplikasi telegram atau dalam
group whatsApp mengikut kelas masing-masing.
5. Tarikh akhir penghantaran video dokumentasi pada 20 September 2021
Isi Kandungan Big Book
BIL AKTIVITI CATATAN
1 Penyediaan alatan dan bahan yang digunakan untuk kertas lukisan, setengah kad manila
membina big book atau kotak yang diubahsuai mengikut
saiz yang sesuai.
2 Membina family tree, salasilah keluarga atau carta keluarga Mengikut kreativiti
3 Menulis penerangan, frasa, ayat maklumat setiap ahli Menggunakan dwibahasa
keluarga seperti Contoh:- nama/ name
nama, umur, Tarikh lahir, berat, tinggi, pekerjaan, hobi, Mengikut kreativiti
makanan atau minuman kegemaran, sikap dan sebagainya
4. Membina jadual waktu bagi aktiviti hujung minggu bersama Membina jadual menggunakan
keluarga. perisian WORD bagi tahap II.
Masa dan aktiviti atau jadual bergambar - Tampal di dalam big book mengikut
kreativiti
Isi Kandungan Big Book
BIL AKTIVITI CATATAN
5 Aktiviti bersama keluarga seperti membersihkan ruang atau Mengambil gambar aktiviti dan
Kawasan rumah, bapa mencuci kereta, emak memasak dan menampal di dalam big book mengikut
sebagainya. kreativiti
6 Aktiviti membuat menu sihat yang ringkas seperti sandwich, Mengambil gambar dan menampal di
fruit salad dan sebagainya. dalam big book mengikut kreativti
Contoh gambar: alat dan bahan,
langkah membuat menu dan
sebagainya.
7 Mencipta lirik lagu atau mencari lagu di laman sosial yang Menulis lirik lagu di dalam big book.
bertemakan keluarga. Rakaman video menyanyikan lagu atau
membuat tik tok nyanyian lagu
mengikut kreativti
Contoh jadual aktiviti hujung minggu bersama keluarga dengan menggunakan perisian WORD
*Jadual boleh dibina mengikut kreativiti dan dicetak serta ditampal dalam big book
SEKIAN DAN TERIMA KASIH
PPKI SK BUKIT PADANG, KOTA KINABALU
2021