The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by akmaabla, 2021-08-09 03:59:23

PANTUN

PANTUN

PANTUN 1

Cantik bergugus buah papaya,
Masak dipetik satu per satu;
Walaupun berlainan bangsa budaya,
Kerana muhibah hidup bersatu.

PANTUN 2

Pergi ke hutan memburu rusa,
Dapat seekor di bagi rata;
Eratkan perpaduan tak kira bangsa,
Menjaga keamanan bumi tercinta.

PANTUN 3

Emas perak intan suasa,
Cantik bersinar cahaya berkilauan;
Biar berbeza agama dan bangsa,
Ayuh bersama kukuhkan perpaduan.

PANTUN 4

Tumbuh melata buah bidara,
Didalam acuan berbagai warna;
Elakkan sengketa demi negara,
Barulah perpaduan dapat dibina.

PANTUN 5

Beras segantang sudah disukat,
lalu disimpan di atas para;
Andai seluruh masyarakat muafakat,
Negara damai rakyat sejahtera.

PANTUN 6

Harum sungguh bunga melati,
Hiasan sanggul amat memikat;
Bertolak ansur hormat menghormati,
Mengukuhkan perpaduan ikatan muafakat

PANTUN 7

Beli gula barang sekati,
Untuk manisan waktu berbuka;
Rakyat setia sentiasa berbakti,
Negara aman kekal merdeka

PANTUN 8

Indah permai suasana desa,
Hati yang rawan terasa gembira;
Perpaduan kaum dipupuk sentiasa,
Harapan menggunung pemimpin negara.

PANTUN 9

Dari Kedah ke Kuala Kubu,
Tunai hajat bersuka ria;
Banyak hikmah hidup bersatu,
Seluruh rakyat berasa bahagia.

PANTUN 10

Buah salak di dalam kantung,
Kulitnya keras isinya kelat;
Bulat air kerana pembentung,
Bulat manusia kerana muafakat.


Click to View FlipBook Version