The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SILA BACA UNTUK RUJUKAN PROGRAM BERMULA 20/01/2021 HIMGGA 25/03/2021.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Yusofzubaidah, 2021-01-18 10:02:09

KERTAS KERJA PROGRAM TRANSISI SK.LUBOK TEMIANG 2021

SILA BACA UNTUK RUJUKAN PROGRAM BERMULA 20/01/2021 HIMGGA 25/03/2021.

PENGENALAN
Program Transisi Tahun Satu merupakan satu program yang bertujuan untuk membantu murid

menghadapi perubahan daripada pendidikan tidak formal di rumah atau tadika kepada pendidikan lebih
formal di Tahun Satu sekolah rendah. Dalam masa yang sama program ini juga dapat memastikan agar
semua murid Tahun Satu yang datangnya dari latar belakang, pengalaman dan sosio ekonomi yang
berbeza akan dapat memulakan proses pembelajaran di Tahun Satu pada tahap pencapaian yang hampir
sama.
Matlamat Program
Program Transisi Tahun Satu akan dapat :
1. Membimbing murid melalui fasa alam tadika kepada alam persekolahan secara formal.
2. Menyediakan dan membantu murid-murid menyesuaikan diri dengan situasi persekitaran, guru-

guru dan kawan-kawan baru dalam masa yang singkat.
3. Menarik minat murid untuk berasa seronok untuk datang ke sekolah untuk belajar.

Objektif
Di akhir program, murid-murid dapat:

1. Mengembangkan sosio-emosi dan menyesuaikan diri kepada persekitaran pembelajaran yang
formal.

2. Dapat mengenalpasti potensi dan minat murid dari awal sesi persekolahan dari segi kognitif,
kebolehan, kecenderungan dan keupayaan murid dalam sesuatu bidang atau mata pelajaran.

3. Membimbing murid Tahun 1 berkaitan amalan, budaya dan adab ketika berada di sekolah.
4. Mengeratkan hubungan dengan para guru supaya proses pembelajaran dapat dilaksanakan

dengan lancar dan berkesan.

2

TEMA PROGRAM

MINDA CERGAS MATA BERCAHAYA

MINDA CERGAS
Kemampuan murid-murid Tahun Satu membina dan mengaplikasikan kemahiran berfikir secara aktif

melalui aktiviti berkumpulan dan saling bantu membantu di antara satu dengan lain serta
penglibatan yang menyeluruh dalam aktiviti-aktiviti yang dirancang awal lagi menunjukkan
Minda Cergas. Dalam masa yang sama, murid-murid juga diharapkan dapat meningkatkan
perasaan ingin tahu mereka melalui aktiviti-aktiviti yang mencabar serta bersesuaian dengan
tahap umur dan pencapaian sedia ada. Selain dari itu melalui aktiviti-aktiviti tersebut akan wujud
proses komunikasi yang dapat meningkatkan tahap keyakinan diri di kalangan murid di samping
dapat memantapkan pemupukan nilai-nilai murni yang ada atau yang dibawa dari pra sekolah.

MATA BERCAHAYA
Murid-murid Tahun Satu ini dapat merasakan satu keseronokan untuk terus belajar bersama-sama

dengan kawan-kawan, suasana, persekitaran dan guru-guru yang baru. Semangat dan minat
mereka akan terus meningkat dari masa ke semasa melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan tanpa

menimbulkan sebarang permasalahan kepada sekolah, guru mahupun ibu bapa atau penjaga
mereka. Keadaan ini dapat diterjemahkan melalui mata bercahaya mereka yang sentiasa

bercahaya pada setiap masa dan ketika untuk meneruskan proses pembelajaran mereka di Tahun
Satu.

3













AHLI JAWATANKUASA
PROGRAM TRANSISI
TAHUN SATU 2021

PENGERUSI: HAJI ADAM BIN ABDUL RAHIM
( GURU BESAR )

NAIB PENGERUSI 1: PUAN ZUBAIDAH BINTI YUSOP@YUSOF
( PENOLONG KANAN PENTADBIRAN )

NAIB PENGERUSI 2: PUAN SUNAH BINTI TAHIR
( PENOLONG KANAN HEM )

NAIB PENGERUSI 3: ENCIK RAHMAN BIN JAFFAR
( PENOLONG KANAN KOKURIKULUM )

PENYELARAS / SETIAUSAHA: PUAN ROZLIN SINIT

BENDAHARI: PUAN BABY HANITA BINTI HJ KUANDIK

PENGURUS LDK / MODUL:
1. PUAN ROHAIMEE BINTI SAMSU ( MATEMATIK )
2. PUAN HJH DAYANG ROSNAH BINTI MATAIP (SAINS )
3. PUAN DGKU ROHANA BINTI PG ADDANAN ( BAHASA MELAYU )
4. PUAN KATHERINE OCHONG@ JOANNES ( PEND. MORAL )
5. CIK SITI ZUHAIRAH BINTI MOHD SUPURI ( BAHASA ARAB )
6. ENCIK MOHD. KUDAT BIN KANYO (PJPK )
7. PUAN EFFERESIA M. ONONG (BAHASA INGGERIS )
8. CIK VENESSA JOSEPH SAGAR SINGH ( SENI MUZIK )
9. PUAN ROZLIN SINIT ( SENI VISUAL )
10. USTAZ MD FARHANUDDIN BIN MD YUSOF ( PAI )

AJK PENDAFTARAN: PUAN FOJIAH BINTI SALLEH
PUAN JUNAINAH BINTI YAHYA

PENGACARA MAJLIS: CIK VENESSA JOSEPH SAGAR SINGH

SENARAI GURU KELAS DAN PEMBANTU

KELAS GURU KELAS PEMBANTU GURU KELAS
ENCIK RAYDERREN BIN BENANTA
1 ALIM PUAN ROHAIMEE BINTI SAMSU USTAZAH RAZIDAH BINTI ABD. GHAFAR
MOHD.NAZRI BIN DATUK HJ. ABD.RAHMAN
1 AQIL PUAN ROZLIN BINTI SINIT

1 ARIF CIK VENESSA JOSEPH SAGAR SINGH

GURU MATA PELAJARAN TAHUN 1
1. PUAN ROHAIMEE BINTI SAMSU
2. PUAN JUNAINAH BINTI YAHYA
3. PUAN DK ROHANA BINTI AK ADNAN@ PG. ADANAN
4. PUAN HJH. DAYANG ROSNAH BINTI MATAIP
5. CIK VENESSA JOSEPH SAGAR SINGH
6. PUAN ROZLIN BINTI SINIT
7. CIK RATNA PUSPAWATI BINTI MAJUNI
8. PUAN KATHERINE OCHONG @ JOANNES
9. PUAN EFFERESIA M.ONONG
10. ENCIK MIDZMAR BIN HARUN
11. PUAN FOJIAH BINTI HJ. SALLEH
12. USTAZAH SITI ZUHAIRAH BINTI MOHD SUPURI
13. ENCIK MOHAMAD KUDAT BIN KANYO
14. USTAZAH RAZIDAH BINTI ABDUL GHAFAR
15. USTAZ RITZWANDY FAEZY BIN MOHAMAD SAMSI
16. USTAZ MD FARHANUDDIN BIN MD YUSOF

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA HARGA KUANTITI JUMLAH
1. TALI NAME TAG RM 1.00 91 RM 91.00
2. PLASTIK NAME TAG RM 1.50 91 RM 136.50
3. HADIAH MURID TERBAIK LELAKI RM 15.00 1 RM 15.00
4. HADIAH MURID TERBAIK PEREMPUAN RM 15.00 1 RM 15.00
RM 257.50
JUMLAH:

BIDANG TUGAS GURU BAGI

PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU 2021

BIDANG TUGAS GURU-GURU MATAPELAJARAN

⮚ Memahami konsep dan tujuan Program Transisi
⮚ Menggunakan pelbagai pendekatan terhadap murid yang berbeza.
⮚ Membantu merancang aktiviti yang memenuhi keperluan JERI murid.
⮚ Merekod dan mengemaskinikan rekod pembelajaran 3M dan dalam aktiviti pra huruf, pra nombor

dan pra warna.
⮚ Membuat laporan dari semasa ke semasa kepada jawatankuasa mengenai perkembangan setiap

murid dalam mata pelajaran mereka.
⮚ Merangka strategi untuk menyelesaikan tahap penguasaan 3M murid yang berbeza.
⮚ Menyimpan hasil keputusan penilaian, pemerhatian dan ujian sepanjang tahun.
⮚ Menjaga dan mengemaskini sudut dan ruang mata pelajaran masing-masing.
⮚ Membuat dan membaiki ABM untuk dipamerkan di sudut atau ruang mata pelajaran.
⮚ Menyediakan rancangan tahunan bertema dan rangka aktiviti untuk minggu transisi.

BIDANG TUGAS GURU KELAS

⮚ Memahami konsep dan tujuan Program Transisi.
⮚ Menyediakan persekitaran kelas yang ada persamaan dengan tadika.
⮚ Melukis pelan bilik darjah.
⮚ Menyediakan sudut ruang mata pelajaran.
⮚ Menjaga dan memantau keceriaan dan kebersihan kelas berdasarkan garis panduan yang diberikan.
⮚ Prihatin dan sentiasa menjaga kebajikan murid semasa di sekolah dan bertanggungjawab kepada ibu

bapa dan penjaga murid.
⮚ Menyediakan senarai bahan dan peralatan untuk kegunaan bilik darjah
⮚ Mengumpul maklumat untuk tujuan pengrekodan daripada ibu bapa atau penjaga murid.
⮚ Menyimpan rekod profil dan rekod kesihatan murid.
⮚ Membahagikan murid kepada kumpulan mengikut kecerdasan dan tahap kemampuan murid selepas

minggu transisi.
⮚ Mengumpul dan menyediakan laporan murid tentang penguasaan nilai, rutin dan peraturan dalam

bilik darjah secara berterusan.
⮚ Mengutip dan merekod yuran daripada ibu bapa dan penjaga.

BIDANG TUGAS GURU PENYELARAS TAHUN SATU

⮚ Merangka dan menyelaras aktiviti untuk tiga minggu (sepanjang Program Transisi dijalankan).
⮚ Merancang aktiviti untuk hari pendaftaran, Majlis Suaikenal Tahun Satu 2021 dan Majlis Penutupan

Minggu Transisi 2021.
⮚ Mencari sumber kewangan untuk melaksanakan aktiviti yang hendak dirancang.
⮚ Mengumpul rekod serta laporan untuk dirumuskan kepada pihak pentadbir.
⮚ Mengemaskini fail perlaksanaan program transisi secara berterusan.
⮚ Membantu menyedia dan mengedar bahan edaran kepada ibu bapa penjaga.
⮚ Membantu memantau sepanjang perlaksanaan program.
⮚ Bertindak sebagai pakar rujuk.

BIDANG TUGAS SETIAUSAHA AJK KERJA

⮚ Mencatat minit mesyuarat dan taklimat yang dilakukan secara formal atau tidak.
⮚ Membantu merancang aktiviti untuk hari pendaftaran, minggu transisi, majlis suai kenal murid

Tahun Satu dan Majlis Penutup Minggu Transisi.
⮚ Menyedia dan mengedarkan aturcara bagi setiap majlis formal sepanjang program diadakan.
⮚ Mengedar surat edaran dan jemputan kepada pihak yang berkenaan.
⮚ Memastikan maklumat disampaikan jelas dan mendapat maklumbalas seperti yang dikehendaki.
⮚ Menyimpan fail dan rekod perlaksanaan program.
⮚ Menyediakan laporan bertulis mengenai perlaksanaan program di akhir tahun.

SENARAI NAMA MURID TAHUN 1





PELAN TINDAKAN PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU 2021

BIL PERKARA TARIKH CATATAN
Rujuk Carta
1. *Menubuhkan Jawatankuasa Induk dan JANUARI 2021
AJK Program Transisi
Pelaksana Program Transisi JANUARI 2021
2. *Mesyuarat Transisi kali – 1 Penolong Kanan
Kurikulum / Guru
*Merancang Aktiviti Program Transisi oleh Tahun 1
Semua Guru Tahun 1
Jawatankuasa Pelaksanaan Aktiviti
Pentadbir, Semua
Minggu Orientasi Guru Kelas Tahun 1
Semua Guru dan Staff
3. *Proses penyediaan Fizikal JANUARI 2021
Semua Guru Tahun 1
- Bilik Kelas Tahun 1
Semua Guru Tahun 1
4. *Mesyuarat AJK Program Transisi Tahun 1 JANUARI 2021

Kali yang Pertama

5. *Pendaftaran Online Murid Tahun 1 16hb -17hb Januari 2021

6. *Mesyuarat Guru Kali Pertama bagi Tahun JANUARI 2021

2021 20 JANUARI –
7. *Program Transisi Tahun 1

25 MAC 2021

8. *Penutup Program Transisi Tahun 1 25 Mac 2021



MINGGU PERTAMA
HARI: RABU ( 20 JANUARI 2021 )

MASA PERKARA / AKTIVITI CATATAN
RUTIN KELAS Guru Kelas

- Guru kelas mengambil kehadiran Guru mata pelajaran
menggunakan Google Form - BM
- Bahasa Arab
PERBUALAN AWAL

- Topik: Diri Saya

- Guru menggalakkan murid-murid bercerita
tentang diri sendiri dengan menghantar
rakaman cerita melalui telegram.

AKTIVITI PEMBELAJARAN Guru mata pelajaran

Kenali Malaysiaku - Muzik
- Seni Visual
- Perkenalkan Jalur Gemilang
- Nyanyian Lagu Negaraku

Lembaran kerja

- Menyambung titik lirik lagu
Negaraku

- Mewarnakan Jalur Gemilang
Modul ( halaman 16 )

MINGGU PERTAMA CATATAN
HARI: KHAMIS ( 21 JANUARI 2021 ) Guru kelas

MASA PERKARA / AKTIVITI Guru mata pelajaran
RUTIN KELAS - BI
- Sains
- Guru kelas mengambil kehadiran
Menggunakan Google Form Guru kelas

PERBUALAN AWAL

- Topik: My Family

- Guru menggalakkan murid-murid bercerita
dengan menghantar rakaman cerita melalui
telegram

AKTIVITI SUAI KENAL

- Gambar / video Barisan Pentadbir dan
guru-guru

- Memperkenalkan barisan pentadbir dan
Guru-guru SK. Lubok Temiang, W.P. Labuan

MINGGU PERTAMA
HARI: JUMAAT ( 22 JANUARI 2021 )

MASA PERKARA / AKTIVITI CATATAN
RUTIN KELAS Guru kelas

- Guru kelas mengambil kehadiran menggunakan
Google Form

PERBUALAN AWAL Guru mata pelajaran

Kenali SK Lubok Temiang - Muzik
- Perkenalkan lencana sekolah - Pend. Moral

- Nyanyian lagu sekolah

AKTIVITI PEMBELAJARAN Guru mata pelajaran

Numerasi Awal - Matematik

- Memperkenalkan nombor

- Sambung titik nombor
Modul ( halaman 13 – 14 )

MINGGU KEDUA CATATAN
HARI: ISNIN ( 25 JANUARI 2021 ) Guru kelas

MASA PERKARA / AKTIVITI Guru mata pelajaran
RUTIN KELAS - Sains
- Guru kelas mengambil kehadiran
menggunakan Google Form Guru mata pelajaran
- PJPK
AKTIVITI PEMBELAJARAN
- Belajar bunyi haiwan
- Teka bunyi haiwan
- Murid menyiapkan modul
( halaman 23, 24 )

AKTIVITI FIZIKAL
- Belajar tentang anggota badan
Lembaran kerja

MINGGU KEDUA CATATAN
HARI: SELASA ( 26 JANUARI 2021 ) Guru Kelas

MASA PERKARA / AKTIVITI Guru Disiplin
RUTIN KELAS Guru UBK
- Guru kelas mengambil kehadiran
menggunakan Google Form Guru mata pelajaran
- BM
AKTIVITI SUAI KENAL
- Peraturan Sekolah
- Budaya dan peraturan sekolah

AKTIVITI PEMBELAJARAN
Literasi Awal

- Memperkenalkan huruf
- Sambung titik ABC

Modul ( halaman 11)

MINGGU KEDUA
HARI: RABU ( 27 JANUARI 2021 )

MASA PERKARA / AKTIVITI CATATAN
RUTIN KELAS Guru Kelas

- Guru kelas mengambil kehadiran Guru SPBT
Menggunakan Google Form
Guru mata pelajaran
PERBUALAN AWAL - BI

Pengenalan SPBT

- Cara penjagaan buku teks

- Peraturan-peraturan SPBT

AKTIVITI PEMBELAJARAN
Literasi Awal

- Memperkenalkan huruf
- Trace the letters

MINGGU KEDUA
HARI: KHAMIS ( 28 JANUARI 2021 )

MASA PERKARA / AKTIVITI CATATAN
RUTIN KELAS Guru Kelas

- Guru mengambil kehadiran Guru perpustakaan dan media
menggunakan Google Form

AKTIVITI SUAI KENAL

Video Pengenalan PSS

- Pengenalan Guru PSS

- Peraturan-peraturan PSS

- Cara peminjaman dan pemulangan bahan
bacaan

AKTIVITI PEMBELAJARAN Guru mata pelajaran
Pengenalan kepada Bahasa Arab - Bahasa Arab

- Perkataan asas
- Cara perkenalkan diri
- Lembaran kerja

MINGGU KEDUA
HARI: JUMAAT ( 29 JANUARI 2021 )

MASA PERKARA / AKTIVITI CATATAN
RUTIN KELAS Guru Kelas
Guru UBK
- Guru kelas mengambil kehadiran
menggunakan Google Form Guru mata pelajaran
- PAI
AKTIVITI SUAI KENAL

Video Pengenalan Bimbingan dan Kaunseling

- Pengenalan Guru Bimbingan dan
Kaunseling

- Pengenalan perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling

AKTIVITI PEMBELAJARAN

Pengenalan huruf hijaiyah

- Sambung titik huruf hijaiyah
Modul ( halaman 12 )

FASA KESEDIAAN ( 2 FEBRUARI – 25 MAC 2021 )

2 Februari 2021 – 5 Februari 2021

TEMA: SAYA SIHAT SAYA SELAMAT
SUBTEMA: KITA JAGA KITA

MATA PELAJARAN AKTIVITI
*BAHASA MELAYU
KITA JAGA KITA

*BAHASA INGGERIS - Menerangkan cara jangkitan dan pencegahan Covid-19

*MATEMATIK - Mengaplikasikan langkah penjagaan keselamatan dan
kesihatan diri
*SAINS
- Menunjukkan sifat bertanggungjawab terhadap diri
*PENDIDIKAN ISLAM /
BAHASA ARAB - Mendengar dan memberi pendapat berdasarkan subtema

*PENDIDIKAN MORAL - Membaca perkataan / frasa / ayat

*PJPK - Menulis perkataan / frasa / ayat

*PENDIDIKAN SENI - Menzahirkan idea dalam penghasilan lukisan / catan
VISUAL

*PENDIDIKAN SENI MUZIK

8 Februari 2021 – 12 Februari 2021

TEMA: SAYA SIHAT SAYA SELAMAT
SUBTEMA: MAKANAN PILIHANKU

SUBTEMA: KATAKAN “TIDAK”

MATA PELAJARAN AKTIVITI
*BAHASA MELAYU
MAKANAN PILIHANKU

*BAHASA INGGERIS - Menyatakan kepentingan makanan berkhasiat dan
*MATEMATIK seimbang
*SAINS
- Memperihal dan mengaplikasikan langkah keselamatan
dan kebersihan semasa menyediakan makanan

*PENDIDIKAN ISLAM / - Bertutur dan memberi pendapat dengan yakin
BAHASA ARAB
- Menyalin / menulis perkataan / frasa / ayat dengan
*PENDIDIKAN MORAL cara yang betul

*PJPK - Membuat pengukuran menggunakan unit bukan
*PENDIDIKAN SENI VISUAL piawai / piawai
*PENDIDIKAN SENI MUZIK
- Menunjukkan sikap bertanggungjawab dan bekerjasama
dalam melaksanakan tugasan

KATAKAN “TIDAK”

- Mengenal pasti sentuhan selamat, tidak selamat
dan tidak selesa

- Mengaplikasikan kemahiran berkata “Tidak” kepada
sentuhan tidak selamat dan tidak selesa

- Mengenali anggota badan termasuk anggota seksual

- Menyanyi dan melakukan pergerakan kreatif

- Berinteraksi dengan yakin

- Membaca dan memahami cerita

- Menulis perkataan

15 Februari 2021 – 19 Februari 2021

TEMA: MARI FIKIRKAN
SUBTEMA: RINGGIT MALAYSIA

MATA PELAJARAN AKTIVITI
*BAHASA MELAYU
RINGGIT MALAYSIA

*BAHASA INGGERIS - Menggunakan wang dalam kehidupan harian

*MATEMATIK - Mengecam nilai mata wang Malaysia dalam bentuk
*SAINS syiling dan wang kertas

*PENDIDIKAN ISLAM / - Menyusun nilai mata wang mengikut urutan
BAHASA ARAB
- Menggunakan kemahiran motor halus dalam
*PENDIDIKAN MORAL pelbagai aktiviti

*PJPK - Menghasilkan karya kreatif menggunakan bahan
kitar semula

*PENDIDIKAN SENI VISUAL - Menceritakan dengan yakin hasil kerja sendiri

*PENDIDIKAN SENI
MUZIK

22 Februari 2021 – 26 Februari 2021

TEMA: MARI FIKIRKAN
SUBTEMA: SIAPA PALING TINGGI

SUBTEMA: TIK TOK TIK TOK

MATA PELAJARAN AKTIVITI
*BAHAASA MELAYU
SIAPA PALING TINGGI

*BAHASA INGGERIS - Menambah dalam lingkungan fakta asas

*MATEMATIK - Membilang objek

*SAINS - Menulis dan menyatakan ayat matematik dengan
menggunakan symbol (+) dan (=)
*PENDIDIKAN ISLAM /
BAHASA ARAB - Mengaplikasikan koordinasi mata dan tangan serta
kemahiran motor halus
*PENDIDIKAN MORAL
TIK TOK TIK TOK
*PJPK
- Menyatakan waktu dalam sehari
*PENDIDIKAN SENI
VISUAL - Menyusun peristiwa mengikut urutan masa

*PENDIDIKAN SENI - Menyatakan hari dalam seminggu mengikut urutan
MUZIK - Menyebut waktu dalam jam menggunakan jam analog

- Menghubungkaitkan waktu dengan peristiwa yang telah
berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku

- Menyanyikan lagu dengan sebutan yang betul

- Menyatakan pendapat dan idea dengan yakin

- Menulis ayat berdasarkan idea / peristiwa

1 MAC 2021 – 5 MAC 2021

TEMA: DETEKTIF ALAM
SUBTEMA: MISTERI CUACA

MATA PELAJARAN AKTIVITI
*BAHASA MELAYU
MISTERI CUACA

*BAHASA INGGERIS - Menceritakan keadaan cuaca yang berbeza

*MATEMATIK - Mengenali warna

*SAINS - Bercerita dan memberi pendapat dengan yakin

PENDIDIKAN ISLAM / - Mengelas objek mengikut satu ciri
BAHASA ARAB
- Menyatakan pemerhatian melalui hasil kerja atau
*PENDIDIKAN MORAL secara lisan

*PJPK - Mengeksplorasi media menggunakan pelbagai warna

*PENDIDIKAN SENI VISUAL - Menghasilkan karya kreatif melalui aktiviti menggambar

*PENDIDIKAN SENI MUZIK - Menulis cerita pendek

8 MAC 2021 – 12 MAC 2021

TEMA: DETEKTIF ALAM
SUBTEMA: MISTERI ALAM RIMBA

SUBTEMA: MISTERI DI TAMAN

MATA PELAJARAN AKTIVITI
*BAHASA MELAYU
MISTERI ALAM RIMBA

*BAHASA INGGERIS - Menamakan haiwan dan bahagian tubuh haiwan

*MATEMATIK - Mengenal pasti tempat tinggal / habitat haiwan

*SAINS - Mengecam dan meniru bunyi haiwan

*PENDIDIKAN ISLAM / - Meniru pergerakan haiwan
BAHASA ARAB - Membuat binaan dan lingkungan mengikut kreativiti
- Membaca bahan bacaan
*PENDIDIKAN MORAL - Menyalin / menulis ayat
MISTERI DI TAMAN
*PJPK

*PENDIDIKAN SENI
VISUAL

*PENDIDIKAN SENI - Mengenal pasti bahagian tumbuhan
MUZIK
- Mengecam bentuk segi empat sama, segi empat tepat,
segi tiga dan bulatan

- Mengenal pasti bentuk dua dimensi yang terdapat di
persekitaran

- Membuat pemerhatian menggunakan deria

- Menghasilkan karya seni menggunakan bentuk dua dimensi

15 MAC 2021 – 19 MAC 2021

TEMA: HIDUP BERSAMA
SUBTEMA: KITA RAIKAN
SUBTEMA: SELAMAT HARI LAHIR

MATA PELAJARAN AKTIVITI
*BAHASA MELAYU
KITA RAIKAN

*BAHASA INGGERIS - Mengetahui pelbagai kaum di Malaysia

*MATEMATIK - Menyatakan perayaan di Malaysia

*SAINS - Meluahkan idea dengan yakin

*PENDIDIKAN ISLAM / BAHASA - Menulis perkataan / ayat mudah
ARAB
- Menghasilkan kraftangan menggunakan pelbagai
*PENDIDIKAN MORAL bahan

*PJPK SELAMAT HARI LAHIR

*PENDIDIKAN SENI VISUAL - Menamakan bulan dalam setahun

*PENDIDIKAN SENI MUZIK - Menyebut tarikh lahir sendiri

- Bercerita dan memberi pendapat dengan yakin

- Menghasilkan karya seni mengikut kreativiti

- Menyanyi lagu mengikut sebutan yang betul

- Menulis frasa dan ayat mudah

22 MAC 2021 – 25 MAC 2021

TEMA: HIDUP BERSAMA
SUBTEMA: JAGA PERSEKITARAN KITA

SUBTEMA: KITA GUNA KITA JAGA

MATA PELAJARAN AKTIVITI
*BAHASA MELAYU JAGA PERSEKITARAN KITA

*BAHASA INGGERIS - Menghargai keindahan alam sekitar

*MATEMATIK - Menghasilkan karya kreatif daripada bahan kitar semula

*SAINS - Menyanyi dengan sebutan yang betul

*PENDIDIKAN ISLAM / - Bermain alat perkusi ciptaan sendiri
BAHASA ARAB - Memberi pendapat dengan yakin
- Menulis ayat mudah
*PENDIDIKAN MORAL

*PJPK

*PENDIDIKAN SENI VISUAL KITA GUNA KITA JAGA

*PENDIDIKAN SENI MUZIK - Mengenal symbol kemudahan awam dalam komuniti

- Menerangkan kepentingan menjaga kemudahn awam

- Menyatakan cara menjaga kemudahan awam

- Menyatakan tingkah laku selamat dan tidak selamat
semasa menggunakan jalan raya

- Membaca dengan lancar

_ Menulis dengan betul

PENUTUP
Program Transisi Tahun 1 pada tahun2021 ini diharap dapat berjalan dengan baik hasil
kerjasama daripada semua pihak. Pihak sekolah berharap semua ibu bapa / penjaga
dapat menghantar anak-anak mereka yang telah cukup umur untuk mendaftar di kelas
pendidikan prasekolah supaya mendapat pendidikan awal kanak-kanak secara
menyeluruh. Justeru, segala perancangan yang telah dirancang oleh pihak sekolah dapat
dijalankan dengan jayanya.

Disediakan oleh;
_______________
( ROZLIN SINIT )
Penyelaras Program Transisi Tahun 1

Disemak oleh;

________________
( ZUBAIDAH BINTI YUSOP@YUSOF )
GPK Pentadbiran
SK Lubok Temiang,
W.P.Labuan

Disahkan oleh;

________________
( HAJI ADAM BIN ABDUL RAHIM )
Guru Besar
SK Lubok Temiang,
W.P.Labuan


Click to View FlipBook Version