IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHAT
TUGASAN KERJA KURSUS
BMMB 1074 : SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
NAMA : NUR AINNA ARIESSA BINTI SHARIFFUDIN AMRY
: 2021292310048
ANGKA GILIRAN : 0139739941
NO. TELEFON : BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH
OPSYEN : JUN 2021
AMBILAN : BMMB 1074
KOD KURSUS : SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
NAMA KURSUS : ENCIK MOHAMED SHAHREN BIN ABDULLAH
NAMA PENSYARAH : JABATAN PENGAJIAN BAHASA MELAYU
JABATAN/UNIT : 8 NOVEMBER 2021
TARIKH SERAHAN
Pengakuan Pelajar:
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini ialah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.
Catatan (jika ada):
Tandatangan pelajar: __________________________ Tarikh: 8 NOVEMBER 2021
Menurut Prof. Dato’ Awang Had Salleh, dalam Laporan Jawatankuasa Mengkaji
Penggunaan Bahasa Malaysia menegaskan bahawa bahasa Melayu ialah bahasa ibunda
kepada orang-orang keturunan melayu. Bahasa Melayu juga salah satu bahasa yang amat
dihormati oleh masyarakat di Malaysia. Namun, ia juga tidak ketinggalan dalam menghadapi
cabaran serta isu terutamanya pada zaman kini.
Cabaran-cabaran bahasa Melayu dalam bidang pendidikan termasuklah pengajaran
dan pembelajaran bahasa Melayu. Kajian oleh Juriah Long et al. (2002) mendapati beberapa
kekangan ditemui dalam proses pengajaran dam pembelajaran antaranya tidak semua guru
yang mengajar bahasa Melayu mendapat latihan khusus dalam bidang bahasa. Ini akan
menjejaskan kualiti pembelajaran murid terhadap proses mendalami bahasa Melayu. Selain
itu, Murid bersikap negatif terhadap mata pelajaran bahasa Melayu berbanding bahasa
Inggeris. Hal ini demikian kerana mereka merasakan bahasa Melayu merupakan bahasa kuno
yang sudah lapuk untuk digunakan pada masa kini. Seterusnya, guru bergantung kepada
penggunaan buku teks. Sikap ini dapat menunjukkan bahawa guru tersebut tidak memiliki
pengetahuan yang luas terhadap bahasa Melayu kerana hanya mengajar murid apa yang ada
di dalam buku teks sahaja. Seorang guru juga perlulah memiliki pengetahuan yang mantap
tentang bahasa Melayu supaya murid dapat menambah pengetahuan mereka tentang ilmu
bahasa melayu secara am dan bukan sahaja bergantung pada maklumat yang ada di dalam
buku teks.
Seterusnya, bahasa Melayu juga menghadapi cabaran apabila akta pendidikan 1996
dan akta IPTS 1996 diluluskan untuk membenarkan semua Institut Pengajian Tinggi Swasta
(IPTS) untuk menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa Pengantar. Pengiktirafan IPTS
sebagai sebahagian daripada Sistem Pendidikan Kebangsaan dibuat melalui seksyen 16 akta
1996 maka IPTS mempunyai kebebasan untuk menetukan penggunaan bahasa pengantar
yang akan digunakan di institusi mereka. Dengan wujudnya keloggaran seperti ini, martabat
bahasa Melayu dipandang rendah. Sesetengah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) juga
mewajibkan proses pembelajaran dan pengajaran dijalankan sepenuhnya dalam bahasa
Inggeris. Sebagai gedung ilmu IPTS dan IPTA sewajarnya mengusahakan beberapa Langkah
untuk memantapkan dan memperluaskan lagi perkembangan bahasa Melayu.
Selain itu, menurut Hootsuite and We Are Social dalam laporan terkini digital 2019,
penggunaan internet di Malaysia kini pada tahap 80 peratus. Oleh itu, seperti yang dapat
dilihat dalam internet atau media sosial penggunaan bahasa rojak merupakan cabaran
terbesar dalam kehidupan masyarakat di Malaysia. Campuran penggunaan bahasa
kebiasaanya berlaku antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris atau disebut sebagai
‘Manglish’. Perkara ini dapat mengelirukan sesetengah masyarakat di Malaysia bahawa
bahasa yang digunakan itu merupakan bahasa Melayu asli.
Cabaran dan isu di peringkat antarabangsa juga tidak kurang hebatnya kerana dengan
adanya perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang sedang berkembang
dengan pesat yang mana bahasa Melayu digunakan di ruangan Siber. Dalam usaha untuk
memartabatkan bahasa Melayu, pengguna bahasa Melayu tidak boleh merosakkan bahasa
dengan menggunakan singkatan perkataan seperti pk (fikir) dan Aslm (Assalamualaikum) dan
lain-lain serta penggunaan simbol bukan verbal seperti emoji juga perlu dielakkan
penggunaannya di ruang siber. Penggunaan bahasa Melayu seumpama ini harus dielakkan
kerana apabila sesuatu kosa kata dan ungkapan yang salah mula mendapat tempat dalam
media sosial, maka penggunaan ini menjadi satu konvension dan mula digunakan secara
meluas (Supyan Hussin, (2018) ). Perkara ini amat dibimbangi akan mencemarkan nilai asli
dalam bahasa Melayu. Ayat-ayat yang terbentuk juga tidak mematuhi hukum tatabahasa
bahasa Melayu dan bentuknya juga agak janggal. Oleh itu, pengguna bahasa Melayu tidak
seharusnya menggunakan bahasa Melayu sesuka hati tanpa memperlihatkan peraturan
bahasa yang sedia ada.
Selain itu, cabaran dan isu berkenaan dengan penggunaan bahasa rojak juga berlaku
di peringkat antarabangsa. Sebenarnya, isu peminggiran di media sosial tidak berlaku secara
menyeluruh kerana masih menggunakan bahasa Melayu sebagai medium utama tetapi yang
menjadi isunya adalah penggunaan bahasa rojak atau bahasa pasar yang digunakan oleh
sesetengah penulis blog peribadi secara sesuka hati. Media Sosial tiada sempadan, tiada
polis, tiada pemantau dan tiada penguat kuasa yang boleh mengawal dan menghalang
penggunaan bahasa yang kotor, kesat, jijik serta boleh melanggar nahu dan laras bahasa
(Zaidi Ismail, 2012).
Di samping itu, bahasa Melayu yang dahulunya pernah diangkat sebagai lingua franca
dalam urusan pentadbiran tetapi hanya terhad di kawasan Nusantara. Hal ini jauh berbeza
dengan bahasa Inggeris yang dijadikan lingua franca sedunia untuk hampir kesemua aspek
kehidupan manusia. bahasa Melayu tidak memiliki sokongan sumber untuk meluaskan
pengaruhnya dari segi geografi dan penggunaannya sedangkan negara-negara besar terus
menerus membekalkan sumber yang dieprlukan untuk usaha memperluaskan penggunaan
bahasa mereka sendiri dalam urusan perdagangan. Oleh itu, semakin banyak sumber untuk
menyokong sesuatu bahasa, semakin tinggilah nilai ekstrinsik bahasa tersebut.
Bahasa Menyediakan Murid lebih
Inggeris kelas bahasa mahir
Inggeris berbahasa
kepada murid- Inggeris
murid yang berbanding
kurang fasih di bahasa Melayu
sekolah-
sekolah
Kesimpulannya, bahasa Melayu perlulah dijaga kesucian keunikkannya kerana
bahasa Melayu juga merupakan bahasa yang melambangkan keharmonian masyarakat
Melayu serta berupaya untuk menjadi bahasa antarabangsa dan juga bahasa perpaduan
rakyat Malaysia. Perpaduan atau solidariti dapat dapat ditafsirkan sebagai satu proses
menyatupadukan rakyat dan seluruh masyarakat serta negara supaya setiap anggota
masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai Bersama serta perasaan cinta dan
bangga akan tanah air. Kamus Dewan (1994).
RUJUKAN
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu. (n.d). M.6.2 Isu dan cabaran bahasa
Melayu di Malaysia. https://www.coursehero.com/file/76270408/M62-ISU-DAN-
CABARAN-BAHASA-MELAYU-DI-MALAYSIApptx/
Laila Wati Johari ( 2015, Mac 24). Cabaran Bahasa Melayu. Slideshare.
https://www.slideshare.net/lailawati/cabaran-46222440?from_action=save
Rozali bin Rajab ( 2011, Jun 12). Cabaran Bahasa Dalam Menghadapi Abad Ke-21. Afiiit’s
blogspot. https://afiiit.blogspot.com/2021/02/isu-dan-cabaran-bahasa-melayu-di.html
Ku Hasnita Ku Samsu, Adlina Ab Halim & Mohd Hafiz Sulaiman (2013). Keupayaan Bahasa
Melayu di Persada Antarabangsa. International Journal of the Malay World and
Civilisation, 1(1), 55-65. http://journalarticle.ukm.my/6393/1/IMAN1_4.pdf
Twillight (2020, Mac 26). Isu dan Cabaran Bahasa Melayu. Scribd.
https://www.scribd.com/presentation/453404669/Isu-Dan-Cabaran-Bahasa-Melayu
Jilian Weber (2014, November 10). Isu dan Cabaran Bahasa Melayu Masa Kini. Scribd.
https://www.scribd.com/doc/246113389/Isu-dan-Cabaran-Bahasa-Melayu-Masa-Kini-
docx
Supyan Hussin. Bahasa Melayu di Media Sosial Mencabar Akal Budi Melayu. Muat turun
melalui https://www.kosmo.com.my/jurnal/bahasa-melayu-di-media-sosial-mencabar-
akal-budi-melayu-1.643449
Amirul Azwan (2017, Februari 7). Situasi Penggunaan Bahasa Rojak.
http://amirulazwanbahasarojak.blogspot.com/2017/02/situasi.html
Alice Genevavo @ Maxcimus & Mursyida Nazihah A. Muttalib (2014, Ogos 28).
Penggunaan-penggunaan kata-kata kesat.
http://kesantunan00.blogspot.com/2014/08/penggunaan-kata-kata-kesat-dalam.html
Kamus Dewan (1994) Perpaduan atau solidariti dapat dapat ditafsirkan sebagai satu proses
menyatupadukan rakyat dan seluruh masyarakat serta negara supaya setiap
anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai Bersama serta
perasaan cinta dan bangga akan tanah air.
Shamsul A. N., Suhasni D., & Zurihan Y. (2020). Pengenalan Sejarah Perkembangan
Bahasa Melayu. Global Mediastreet Sdn Bhd.
Prof. Dato’ Awang Had Salleh, Laporan Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa
Malaysia menegaskan bahawa bahasa Melayu ialah bahasa ibunda kepada orang-
orang keturunan melayu.
Zaidi Ismail. (2012). Bahasa Melayu dalam Media Baharu: Sejauh manakah Diutamakan?
Dewan Bahasa. Jun 2012. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
LAMPIRAN