INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN
BATU PAHAT, JOHOR
TUGASAN KERJA KURSUS
GWP1092 WACANA PENULISAN
NAMA PELAJAR : NURLAILA HUMAIRA BINTI HAI ROL PAUZI
ANGKA GILIRAN : 2021292310238
NOMBOR KAD PENGENALAN : 031116-01-0406
KUMPULAN/ UNIT : PPISMP/ PA4
KOD DAN NAMA KURSUS : GWP1092 WACANA PENULISAN
NAMA PENSYARAH : Pn. ZURAIDA BINTI TALIB
TARIKH HANTAR : TUGASAN 2 : 21 OKTOBER 2021
Pengakuan Pelajar
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
Tanda tangan Pelajar : Laila Tarikh : 21/10/2021
INSTITUT PENDIDIKANGURU
KAMPUS TUN HUSSEIN ONN
BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS
Nama : NURLAILA HUMAIRA BINTI HAI ROL Angka Giliran: 2021292310238
PAUZI
Kod: GWCP 1042 Nama Kursus: WACANA PENULISAN
AKADEMIK
Pensyarah : PN. ZURAIDA BIN
Tarikh Hantar : 21/10/2021 Tarikh Terima Diisi oleh pensyarah
Pengakuan Pelajar
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
Tanda tangan Pelajar : Laila Tarikh: 21/10/2021
Perincian Maklum Balas Kerja Kursus Moderator (jika berkaitan)
Pemeriksa Kekuatan:
Kekuatan:
Aspek yang boleh diperbaiki: Aspek yang boleh diperbaiki:
Tanda tangan: Tarikh: Tanda tangan: Tarikh:
Pengesahan Pelajar
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan
fahami.
Catatan (jika ada)
Tanda tangan Pelajar : Laila Tarikh : 21/10/2021
ISI KANDUNGAN
Kandungan Muka
Surat
Borang Maklum Balas Kerja Kursus
PENGHARGAAN 4
1.0 PENDAHULUAN 5
2.0 CARA-CARA EFEKTIF PEMBELAJARAN ATAS TALIAN 6
7
3.1 Guru menggunakan kepelbagaian platform dalam mengajar 7
3.2 Penggunaan media sosial dalam pembelajaran
3.3 Menggunakan kaedah pentaksiran
3.0 PENUTUP 8
BIBLIOGRAFI 9
LAMPIRAN 10
3
CARA-CARA PEMBELAJARAN DALAM TALIAN YANG EFEKTIF UNTUK PELAJAR
DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU
Oleh:
Nurlaila Humaira Binti Hai Rol Pauzi
PENGHARGAAN
Alhamdulillah saya ingin merafakkan syukur ke hadrat ilahi kerana atas limpah
kurnia-Nya, saya telah dapat menyelesaikan tugasan ini dengan sempurna. Saya juga
ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada pensyarah penulisan
akademik di Institusi Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn iaitu Pn Zuraida Binti
Talib, yang telah banyak meluangkan masa untuk membantu saya menyiapkan kajian ini
sehingga selesai. Kepada rabbi, saya memohon agar beliau diberikan balasan yang
sebaik-baiknya. Saya juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada informan-informan
untuk kajian ini yang turut membantu saya secara langsung mahupun yang tidak
langsung. Tidak dilupakan juga, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu
bapa saya yang telah memberikan banyak sokongan moral dan membantu saya tetap
bersemangat untuk menyelesaikan esei ilmiah ini. Akhir kalam, semoga usaha ini dapat
memberikan sumbangan kepada pertambahan dokumen kajian dalam Penulisan
Akademik ini, khususnya dalam bidang yang berkaitan dengan kajian cara-cara efektif
pembelajaran diatas talian.
4
1.0 PENDAHULUAN
Proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) kini terpaksa menghadapi cabaran
norma baharu dalam dunia pendidikan disebabkan oleh pandemik Covid-19 yang
melanda seluruh dunia, tidak terkecuali negara kita. Kini, dunia pendidikan telah pun
menerima sedikit sebanyak impak daripada pandemik ini. Antaranya, para pelajar dan
guru terpaksa untuk melakukan pengajaran dan pembelajaran secara atas talian (PdPr).
Hal ini membuatkan para pelajar menerima kejutan budaya belajar iaitu daripada
bersemuka telah berganti kepada atas talian. Oleh hal yang demikian, penulisan ini
dikarang untuk memberikan langkah-langkah mudah dan memberikan pelajar di Institut
Pendidikan Guru (IPG) untuk tetap skor dalam peperiksaan walaupun hanya belajar
secara atas talian, malah, pada masa yang sama, penulisan ini juga ditulis untuk
membantu mereka yang masih buntu dengan pembelajaran secara dalam talian ini.
Pembelajaran Atas Talian merupakan peluang pembelajaran yang fleksibel dari segi akses
pembelajaran dan kepelbagaian platform mencapai pelajaran. Menurut Kementerian
Pendidikan Malaysia (2021), pembelajaran pdpr adalah melaksanakan PdP di rumah atau
pusat komuniti atau di mana-mana lokasi yang sesuai. Selain itu, pembelajaran atas talian ini
juga kebiasaannya menggunakan pelbagai media elektronik dan mempunyai faedah seperti
akses ke bahan pendidikan agar dapat menggalakkan interaksi antara murid, rakan sebaya
dan guru (Lundin, 2014). Dalam penulisan ini, penulis akan memfokuskan penjelasan
tentang cara-cara pembelajaran dalam talian yang efektif untuk pelajar di IPG yang boleh
diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
5
2.0 CARA-CARA PEMBELAJARAN ATAS TALIAN YANG EFEKTIF
2.1 Guru menggunakan kepelbagaian platform dalam mengajar
Impak daripada pandemik Covid-19 yang melanda negara kita ini, kesemua IPG di
Malaysia terpaksa diarahkan tutup oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi
meredakan kes jangkitan virus ini yang dilihat semakin bertambah bilangan kes positif
saban hari. Oleh hal yang demikian, warga pensyarah dan pelajar perlu menyambung
proses pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian (PdPr) dan tidak lagi
bersemuka seperti kebiasaannya. PdPr ini dapat dijalankan secara efektif sekiranya
metode atau platform digital yang digunakan bagi menyampaikan pengajaran di
pelbagaikan. Platform dapat didefinisikan sebagai wadah digital yang mendatangkan
banyak faedah dan digunakan kebanyakan masyarakat khususnya pelajar dan pensyarah
untuk mencari sesuatu rujukan atau melangsungkan pembelajaran. Sebagai contoh,
aplikasi Google Meet, Microsoft Teams, Zoom, Youtube dan Google Classroom boleh
digunakan mengikut kesesuaian pensyarah sebagai metode pengajaran kepada pelajar.
Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin (2020), memberitahu bahawa amalan
baharu iaitu PdPr perlu diadaptasi oleh setiap pihak terutamanya pelajar dan guru dalam
usaha memastikan setiap murid dan pelajar tidak ketinggalan pendidikan. Dengan adanya
platform yang pelbagai ini, pelajar mampu untuk memilih platform yang paling digemari
sekaligus mampu memberikan komitmen yang terbaik dalam pembelajaran. Justeru,
pensyarah di IPG perlu memainkan peranan dengan sebaiknya dalam merancang
platform yang terbaik semasa proses pengajaran demi mencapai keberkesanan
pembelajaran atas talian ini.
2.2 Penggunaan media sosial dalam pembelajaran
Perkataan media sosial ini memang sudah tidak asing lagi dengan masyarakat
moden kini. Apatah lagi kini, rakyat Malaysia terpaksa menghadapi pandemik Covid-19
yang menyebabkan rakyat Malaysia perlu duduk di rumah dan tidak dibenarkan keluar
tanpa sebarang alasan yang muhasabah, membuatkan masa mereka kebanyakannya
dihabiskan dengan media sosial. Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi
dan Multimedia (KKMM), Datuk Seri Mohammad Mentek (2020), hal ini dapat dibuktikan
apabila Malaysia merekodkan 28 juta pengguna media sosial atau 86 peratus daripada
penduduk negara ini sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diperintahkan pada
6
tahun 2020. Tamsilnya, penggunaan media sosial seperti WhatsApp dan Telegram adalah
antara aplikasi yang amat membantu dalam proses pembelajaran dalam talian. Hal ini
kerana, dengan adanya aplikasi ini pensyarah tetap mampu untuk berkomunikasi dengan
pelajar walaupun secara maya untuk menyampaikan objektif pembelajaran. Oleh hal yang
demikian, pelajar mampu menjawab dan membuat tugasan yang telah diberikan guru
mahupun pensyarah melalui kaedah media sosial ini dengan mudah dan efektif.
Tambahan pula, aplikasi WhatsApp dan Telegram ini bukanlah aplikasi yang mempunyai
storage yang besar untuk dimuat naik dalam setiap gadget pelajar dan guru, juga, aplikasi
ini amat mudah dipakai dalam setiap peringkat umur. Oleh itu, sudah terang lagi bersuluh,
kaedah penggunaan media sosial dalam pembelajaran atas talian amat membantu para
pelajar dan guru untuk mendapatkan keberhasilan yang mantap.
2.3 Menggunakan kaedah pentaksiran
Pentaksiran merupakan proses mendapatkan maklumat menggunakan pelbagai
kaedah dan pendekatan mengumpul evidens dan seterusnya membuat penghakiman
tentang sesuatu produk pendidikan. Di IPG, maklum balas kemajuan siswa didik melalui
proses pentaksiran bertujuan menentukan prestasi dan pencapaian mereka bagi tujuan
penganugerahan ijazah dan penghasilan siswa didik yang berketerampilan mantap dalam
profesionnya. Pentaksiran ini dapat dibuat melalui kerja kursus, kuiz, ujian amali dan
peperiksaan. Sebagai contoh, pensyarah boleh untuk membuat kuiz secara dalam talian
sahaja dan dikongsikan dengan para pelajar bagi menguji tahap pencapaian mereka
dalam suatu kriteria ataupun standard pelajar tersebut. Menurut Kamus Dewan Bahasa
dan Pustaka edisi keempat, kuiz ini dapat didefinisikan sebagai ujian tentang
pengetahuan seseorang dengan mengemukakan soalan-soalan yang akan dijawab.
Kebiasaannya, sebelum kuiz ini dilakukan, para pensyarah akan mengumumkan dahulu
kepada pelajar agar mereka lebih bersedia dan boleh menjawabnya dengan penuh
integriti. Selain itu, pensyarah juga boleh memberikan pelajar tugasan tutorial sejurus
sahaja selesai menghabiskan sesuatu topik tersebut. Hal ini kerana, dengan tutorial yang
diberikan, pensyarah dapat mengetahui tahap kefahaman pelajar mengikut sesuatu topik
tersebut. Oleh itu, dengan adanya alternatif pendidik untuk membuat kuiz dan tutorial ini
mampu memberikan rangsangan kepada pelajar untuk terus berusaha dalam mencapai
matlamat mereka walaupun terpaksa dilakukan secara dalam talian sahaja.
7
3.0 PENUTUP
Sistem pembelajaran atas talian telah berjaya menyokong pelajar Program Ijazah
Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda
Perguruan (PPISMP) dalam sepanjang pengajian mereka dengan membolehkan mereka
berinteraksi dengan pensyarah atau pelajar. Di samping bertukar pendapat, maklumat
dan pandangan,pembelajaran atas talian juga dapat menggalakkan pembelajaran kendiri.
Strategi motivasi memainkan peranan yang penting dalam pembelajaran ini. Menurut
Fedelina Chavez (2013), strategi motivasi dalam pembelajaran dapat meramalkan
persepsi pelajar terhadap cara pengajaran yang sesuai dan seterusnya meningkatkan
kepuasan pelajar. Kaedah dan alternatif haruslah menepati piawaian pembelajaran atas
talian, agar pelajar serta guru dapat menikmati keberkesanan pembelajaran atas talian ini
dari masa ke masa. Dengan itu, guru boleh merancang dengan lebih sempurna untuk
melaksanakan pengajarannya supaya lebih berkesan sekaligus dapat menarik minat
pelajar dan menambahkan motivasi pelajar untuk tidak berputus asa dalam pembelajaran
mereka. Pelajar pintar berbakat dapat menerima PdPR secara atas talian dengan baik
sungguhpun banyak cabaran yang harus dilalui oleh para pelajar mahupun para guru
dalam melaksanakannya sepanjang pandemik Covid-19 ini. Oleh yang demikian, amat
penting bagi para guru, kaunselor dan ibubapa memberi galakan serta rangsangan
kepada para pelajar dalam pelaksanaan PdPr secara atas talian ini khususnya dalam
penyediaan peranti, data internet dan juga pemahaman dalam penggunaan medium
pembelajaran yang digunakan. Oleh hal yang demikian, diharapkan pada masa akan
datang penambahbaikan pembelajaran atas talian ini akan terus maju dan maju saban
tahun.
( 1040 patah perkataan )
8
BIBLIOGRAFI
Abdul Aziz Ishak, Aida Zuraina & Mir Ahmad Talaat (2020). Pembelajaran atas talian:
tinjauan terhadap kesediaan dan motivasi dalam kalangan pelajar diploma logistik dan
pengurusan rantaian bekalan. Jurnal Dunia Pendidikan, 2(4), 69-71.
Amin. (2017, March 8). Kesediaan Belajar, Persepsi dan Penanggapan – EDUP3033.
Aminteach.com.http://edup3033.aminteach.com/2017/03/08/kesediaan-belajar-persepsi-d
an-penanggapan/
Kok Boon Shiong & Santana Rajan Perumale. (2016). Sistem pembelajaran atas talian
untuk pelajar dalam perkhidmatan. Jurnal Penyelidikan Kent , 1, 80.
Madiha Abdullah (2021, Januari 17).'PdPR satu-satunya pilihan yang ada'. Astro Awani.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pdpr-satusatunya-pilihan-yang-ada-278229
Magesvaran, U., & Mahamod, Z. (n.d.). International Conference on Business Studies and
Education (ICBE) Aplikasi Google Meet sebagai Medium Pembelajaran Bahasa Melayu
Secara dalam Talian di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah.
https://www.icbe.my/wp-content/uploads/2021/07/Ugartini-Magesvaran4-1.pdf
Mohamad Idham Md Razak (2020, April 9). Pembelajaran atas talian suatu keperluan ke
arah menuju Malaysia maju. Astro Awani.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid19-pembelajaran-atas-talian-suatu-kepe
rluan-ke-arah-menuju-malaysia-maju-237496.
Mohd Najib Abdul Ghafar & Choong Yoon Weng (2002). Perkaitan antara pengurusan
masa dengan pencapaian akademik pelajar Utm. Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi
Mara, 8, 71-92
Norfiza Apfandi, Nurul Hafizah Maarof, Nor Syamilah, Md Zin Nurul & Suzaina Joli
Rorlinda Yusof. (2021). Kajian amalan penggunaan medium atas talian oleh pelajar bagi
proses pembelajaran di rumah. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(3), 286.
Putut Wijaya, S.T. (2021, February 11). Platform Adalah; Pengertian, Fungsi, dan Jenis
Platform. Materi Sekolah & Ide Bisnis. https://www.ukulele.co.nz/platform-adalah/
Wong Kiet Wah, Norlia Mat Esa, Tan Ai Lee & Ridza Ahmad Nizam Abd. Rauf. (2020).
Kemahiran Belajar. Oxford Fajar.
9
LAMPIRAN
10