PRESENTED BY: FLORISCA ALDINA BAB 1 PENYELESAIAN MASALAH SECARA INVENTIF
#1 Mengenalpasti Masalah Bukan Inventif dan Masalah Inventif #2 Menerangkan Proses Penyelesaian Masalah Bukan Inventif dan Masalah Inventif 1.1 PENGENALPASTIAN MASALAH
MASALAH BUKAN INVENTIF
MASALAH BUKAN INVENTIF Masalah yang tidak mempunyai kesan sampingan apabila usaha penambahbaikan dilakukan. Contoh: Masalah : Pisau tumpul untuk memotong sayur Penyelesaian : Pisau diasah menjadi tajam Keadaan penyelesaian masalah: Pisau dapat memotong sayur dengan mudah dan tidak mewujudkan kesan sampingan
CONTOH-CONTOH MASALAH BUKAN INVENTIF Masalah : Tayar kereta yang pancit Penyelesaian : Menampal bahagian yang bocor Keadaan penyelesaian masalah: Tayar dapat digunakan semula dan tiada kesan sampingan berlaku.
CONTOH-CONTOH MASALAH BUKAN INVENTIF Masalah : Mentol lampu terbakar Penyelesaian : Menukar mentol yang baru Keadaan penyelesaian masalah: mentol menyala seperti biasa dan tiada kesan sampingan berlaku.
AKTIVITI Kenal pasti 1 masalah bukan inventif selain dari contoh yang diberikan. Masalah : ? Penyelesaian : ? Keadaan Penyelesaian Masalah : ?
MASALAH INVENTIF
MASALAH INVENTIF Masalah yang mempunyai kesan sampingan apabila usaha penambahbaikan dilakukan. Masalah : Pensil yang tumpul Penyelesaian : Pensil diasah Kesan : Pensil semakin pendek Contoh:
MASALAH INVENTIF Menggunakan formula Jika, Maka, Tetapi Jika pensil tumpul, Maka pensil diasah menjadi tajam, Tetapi pensil menjadi semakin pendek.
CONTOH MASALAH INVENTIF Masalah : Penutup balang tidak ketat (biskut lemau) Penyelesaian : Tutup penutup balang dengan kuat Kesan : Penutup balang sukar dibuka
CONTOH MASALAH INVENTIF Menggunakan formula Jika, Maka, Tetapi; Jika penutup balang tidak ketat, Maka tutup penutup balang dengan kuat, Tetapi penutup balang sukar dibuka.
SEKTOR YANG BANYAK MELAKSANAKAN PROSES PENYELESAIAN MASALAH SECARA INVENTIF Sektor Perkilangan
SEKTOR YANG BANYAK MELAKSANAKAN PROSES PENYELESAIAN MASALAH SECARA INVENTIF Sektor Pembuatan
AKTIVITI Kenal pasti 1 masalah inventif selain dari contoh yang diberikan. Masalah : ? Penyelesaian : ? Kesan : ? Menggunakan formula jika, maka, tetapi:?
PROSES PENYELESAIAN MASALAH BUKAN INVENTIF 2. Menyenaraikan pilihan untuk menyelesaikan Masalah 3. Membuat pilihan 1. Mengenal Pasti Masalah 4. Melaksanakan Pilihan 5. Menilai penyelesaian masalah
CARTA ALIR PROSES PENYELESAIAN MASALAH BUKAN INVENTIF 43251 Tid a k Y a M ula 1. M e n ge n al p a sti m a s ala h 2. M e n y e n a r aik a n pilih a n u n t u k m e n y ele s aik a n m a s ala h 3. M e m b u at pilih a n 4. M ela k s a n a k a n Pilih a n 5. M e nilai p e n y ele s aia n m a s ala h s a m a a d a b e rja y a ata u tid a k S ele s ai
PROSES PENYELESAIAN MASALAH INVENTIF 2. Memodelkan masalah (Percanggahan Fizikal) 3. Kaedah penyelesaian (Pemisahan Ruang / Masa) 1. Mengenalpasti punca masalah (Analisis Fungsi) 4. Memodelkan penyelesaian spesifik (Prinsip Inventif)
PENENTUAN KAEDAH PEMISAHAN Soalan Ya Tidak Adakah percanggahan berlaku pada masa yang sama? ? ? Jawapan Pilih Kaedah pemisah ruang Pilih Kaedah pemisah masa
PERBEZAAN Masalah biasa yang dialami dalam kehidupan seharian. Tiada kesan sampingan apabila usaha penambahbaikan dilakukan. Mempunyai 5 langkah proses kerja. Masalah Bukan Inventif Masalah yang lebih rumit dan berlaku dalam sektor jurutera dan rekabentuk produk. Mempunyai kesan sampingan apabila usaha penambahbaikan dilakukan. Mempunyai 4 langkah proses kerja. Masalah Inventif
TERIMA KASIH