The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-11212227, 2021-04-22 23:19:13

BUKU SKRAP DIGITAL TOKOH PEMIMPIN JOHOR-TUN HUSSEIN BIN DATO' ONN

Pertandingan Mencipta Buku Skrap Digital Tokoh Pemimpin.

Keywords: Tokoh Pemimpin Johor

BUKU SKRAP DIGITAL
TOKOH PEMIMPIN JOHOR

Tun Hussein bin Dato' Onn

Perdana Menteri Malaysia ketiga

DISEDIAKAN OLEH:
CHOY YUN EN

SJKC CHONG HWA 3, KLUANG

Nama Choy Yun En

Kelas 5Z
[email protected]
Alamat
E-mail SJKC Chong Hwa 3

Nama SJKC Chong Hwa 3, Jalan Balau ,
Sekolah 86000 Kluang , Johor.

Alamat
Sekolah

İ

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

1.0 PENDAHULUAN 1
2.0 BIODATA 2-3
2.1 GAMBAR-GAMBAR TUN HUSSEIN BIN DATO
ONN

3.0 PENDIDIKANTUN HUSSEIN BIN DATO ONN 4
5- 7
4.0 KERJAYATUN HUSSEIN BIN DATO ONN
4.1 GAMBAR-GAMBAR TUN HUSSEIN BIN DATO 8 - 12
ONN
13 - 14
5.0 SUMBANGAN TUN HUSSEIN BIN DATO ONN 15 - 16
5.1 GAMBAR-GAMBAR TUN HUSSEIN BIN DATO
ONN

6.0 NILAI KEPIMPINAN TUN HUSSEIN BIN DATO
ONN YANG BOLEH DICONTOHI OLEH GENERASI
SEKARANG

7.0 KESIMPULAN

8.0 SUMBER RUJUKAN 17

İİ

❖ Tun Hussein bin Dato' Onn merupakan Perdana Menteri Malaysia ketiga yang berkhidmat dari
tahun 1976 sehingga 1981.

❖ Beliau perjuangan untuk mencapai perpaduan kaum dan mempunyai reputasi untuk bertindak
keras kepada sesiapa yang mencuba membangkitkan kekacauan perkauman di dalam negara.

❖ Beliau berusaha dalam pemupukan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia dan dikenang
sebagai "Bapa Perpaduan".

1

❑ Nama sebenar ialah Tun Hussein bin Dato Onn
❑ Dilahirkan pada 12 Februari 1922, di Johor Bahru dan telah kembali kerahmatullah pada 29

Mei 1990 (berumur 68 tahun) di Kuala Lumpur
❑ Cahaya mata kepada Dato' Onn bin Jaafar dan Datin Halimah Hussein
❑ Anak sulung daripada 8 orang adik beradik
❑ Berkahwin dengan Toh Puan Suhaila binti Tan Sri Haji Mohd Noah
❑ Dikurniakan enam orang anak iaitu dua anak lelaki dan empat anak perempuan
❑ Salah seorang anak lelakinya ialah Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Menteri Luar

Negara)
❑ Berasal daripada sebuah keluarga yang begitu mendalam semangat nasionalismenya dan

akar politik yang mendalam

Gambar Tun Hussein
bin Dato Onn dengan
Datin Suhaila binti Tan
Sri Haji Mohd Noah dan
anak-anak mereka.

2

Tun Hussein bin Dato
Onn dengan Datin
Suhaila

Keluarga Tun Hussein
bin Dato Onn dengan
Datin Suhaila.

Tun Hussein bersama
rakannya, General Ibrahim
Ismail ketika mengikuti
latihan tentera.

3

➢ Beliau menerima pendidikan awal di Singapura dan di English College (kini
digelar "Maktab Sultan Abu Bakar"), Johor Bahru hingga lulus Senior
Cambridge. Malangnya pendidikan beliau tidak dapat diteruskan selepas
menamatkan Senior Cambridge kerana meletusnya Perang Dunia Kedua.

➢ 1940 - berkhidmat sebagai kadet dalam Pasukan Timbalan Setia Negeri Johor
➢ 1941 - dihantar ke Indian Military Academy di Dehra Dunn, India
➢ 1958 - Lulus Ijazah Undang-undang dari Lincoln's Inn, London.

English College (kini digelar "Maktab Sultan Abu Bakar")
4

Tahun Kerjaya

1942 menyertai Regimen Hyderabad (Tentera India) dan berkhidmat di Timur
Tengah (Mesir) semasa meletusnya Perang Dunia Ke-2 - selepas peperangan,
British telah mengambil beliau sebagai jurulatih di Pusat Rekrut dan Latihan
Polis Malaya di Rawalpindi

1945 Komandan Depot Polis Johor Bahru - Selepas enam bulan perkhidmatan
dalam tentera di Malaya, beliau memasuki Perkhidmatan Pentadbiran
Melayu sebagai Penolong Pegawai Pentadbir di Segamat, Johor - kemudian
ditugaskan sebagai pegawai daerah di Kelang dan Kuala Selangor

1946 Masuk Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu UMNO bersama ayahnya

1949 menjadi Ketua Pemuda (UMNO) yang pertama

1950 Setiausaha Agung UMNO - menjadi Ahli Majlis Undangan Negeri Johor dan
Majlis Undangan Persekutuan

1951 keluar dari UMNO dan menubuhkan Independent of Malaya Party (IMP)
bersama bapanya

5

Tahun Kerjaya
1968 kembali menyertai UMNO

1969 Ahli Jawatankuasa Kerja UMNO (kini Majlis Kerja Tertinggi
22 September 1970 UMNO)
Menteri Pelajaran

1972 Timbalan Presiden UMNO

13 Ogos 1973 Timbalan Perdana Menteri

15 Januari 1976 Perdana Menteri Malaysia Ketiga (berkhidmat dari tahun 1976
1981 sehingga 1981)

bersara menarik diri dari politik serentak meletakkan jawatan
sebagai Perdana Menteri Malaysia.

6

7

Tun Hussein Onn termasyhur dalam penegasannya terhadap persoalan
perpaduan melalui dasar-dasar yang bertujuan semata-mata untuk membetulkan
ketidakseimbangan ekonomi antara kaum masyarakat. Ketika menjadi Perdana
Menteri, Tun Hussein Onn telah meneruskan agenda pembangunan yang telah
digariskan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak khususnya dalam menggerakkan
`Dasar Ekonomi Baru’.

Sepanjang perkhidmatannya sebagai Perdana Menteri, beliau banyak

menyumbang terhadap perkembangan masyarakat Bumiputera. Dasar Ekonomi Baru

telah diberi nafas baru di bawah terajunya. Tun Hussein Onn sentiasa mencuba

meningkatkan taraf hidup kaum Melayu. Usahanya yang paling ketara adalah apabila

beliau melancarkan Skim Amanah Saham Nasional pada 20 April 1981, iaitu satu

dana amanah Bumiputera yang bertujuan untuk meningkatkan ekuiti Bumiputera

dalam ekonomi negara. Skim ini melibatkan pemindahan berjuta ringgit saham milik

Kerajaan ke Amanah Saham Nasional (ASN) yang dikuasai oleh Permodalan

National Bhd (PNB). Kemudian, berjuta-juta unit di dalam Skim ASN ini dijual

kepada golongan Bumiputera bagi membolehkan mereka melabur secara tidak

langsung di dalam saham-saham tersebut. Dengan dana yang terhasil daripada jualan

ini, PNB menjadi sumber utama bagi kerajaan untuk menguasai kepentingan di

dalam syarikat-syarikat asing.

8

Sebagai seorang perwira, Tun Hussein Onn fasih tentang hal ehwal
keselamatan. Tun Hussein Onn juga memberi penekanan kepada konsep Rukun
Tetangga dan perjuangan terhadap ancaman dadah. Di bawah pentadbirannya,
angkatan bersenjata Malaysia telah diperbesarkan dan dipermodenkan apatah lagi
di rantau Asia Tenggara yang ketika itu gempar ekoran jatuhnya Vietnam Selatan
ke tangan komunis dan termasyhurnya cita-cita `Teori Domino’ komunis. Semasa
pentadbirannya, usaha membanteras pengganas komunis di hutan dan di bandar-
bandar semasa tempoh darurat telah diperhebatkan.

Setelah persaraannya sebagai Perdana Menteri, Tun Hussein Onn masih
kekal aktif di dalam beberapa inisiatif lain dan masih meneruskan sumbangannya
kepada pertubuhan-pertubuhan kebajikan.. Sebagai contoh, pada bulan Mei tahun
1983, beliau telah dilantik sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa.
Manakala pada 22 Februari tahun 1983 pula, beliau terpilih sebagai Penasihat
kepada Petronas dan pada 9 Jun tahun 1983 beliau telah dilantik sebagai Pengerusi
Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS). Tun Hussein juga dilantik
sebagai Presiden Persatuan Orang-orang Buta Malaysia. Kini, sebuah Hospital
Mata telah mengabdikan namanya dan dikenali sebagawi Hospital Mata Tun
Hussein Onn.

9

Tahun Sumbangan
1970
Memajukan Kementerian Pelajaran (semasa menjadi
Menteri Pelajaran)

1974 Menekankan konsep Rukun Tetangga
1975
Mempermodenkan dan memperbesarkan Angkatan
bersenjata Malaysia

1976 Menubuhkan PEMADAM
1978
Meneruskan agenda pembangunan Tun Abdul Razak
(Dasar Ekonomi Baru)

10

Tahun Sumbangan
1981 Melancarkan Rancangan Malaysia Keempat

1981 Melancarkan Skim Amanah Saham Nasional (ASN)

1983 Menjadi pengerusi Institut Kajian Strategik dan
1986 Antarabangsa (ISIS) dan penasihat Petronas

Menubuhkan Hospital Mata Tun Hussein Onn

11

Tuan Saddam Husain
mengiringi Perdana
Menteri, Tun Hussein
Onn ke kapal terbang di
Lapangan Terbang, Kota
Baghdad, Iraq semasa
beliau berangkat pulang
ke tanah air dari lawatan
di Iraq.

Perdana Menteri, Datuk
Hussein Onn semasa lawatan
beliau ke Pejabat TDC dan
Makmal Tun Razak di
London, England. Disember
1977.

Tun Hussein Onn
bersama barisan
Kabinetnya
ketika menjadi
PM.

12

Sebagai pemimpin yang baik mempunyai daya fikiran jauh ke hadapan atau
berwawasan. Mereka akan sentiasa dipandang oleh masyarakat sekeliling sebagai
seorang yang mempunyai nilai dan diyakini. Oleh itu, nilai kepimpinan Tun
Hussien Bin Dato Onn yang bolah dicontohi oleh generasi sekarang amat dihargai
untuk mengahadapi cabaran lebih hebat pada masa depan.

Antara niali-nilai kepimpinan Tun Hussein Bin Dato Onn yang boleh diterapkan
dalam generasi diri sekarang ialah :
❑ Bersikap terbuka menerima pendapat dan pandangan orang lain untuk

memimpin negara ke arah kemajuan.
❑ Berdisiplin dan mementingkan ketepatan masa semasa menjalankan tugas.
❑ Beliau ialah seorang yang berani dan tegas pendiriannya, contohnya beliau telah

mengambil beberapa tindakan bagi menghapuskan perbuatan rasuah dalam
Kerajaan ataupun parti. Di samping itu beliau telah menerima desakan dari ahli-
ahli supaya menghapuskan elemen-elemen yang disyaki terlibat dalam
kegiatan-kegiatan pro-Komunis.

13

❑ Beliau mengamalkan nilai muafakat bagi memupuk semangat perpaduan
berbilang kaum yang lebih erat dalam masyarakat Malaysia. Oleh itu, beliau
ikhlas dalam perjuangan untuk mencapai perpaduan kaum dan mempunyai
reputasi untuk bertindak keras kepada sesiapa yang mencuba membangkitkan
kekacauan perkauman di dalam negara. Beliau juga dikenali sebagai 'Bapa
Perpaduan’ .

❑ Beliau terkenal dengan sifat merendah diri serta jujur dalam meningkatkan
prestasi pentadbiran.

14

Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Onn merupakan Perdana Menteri Malaysia ketiga
yang berkhidmat dari tahun 1976 sehingga 1981. Kita boleh mengatakan bahawa era Tun
Hussien Onn merupakan zaman yang agak stabil.Beliau berusaha perjuangan untuk
mencapai perpaduan kaum di dalam negara. Oleh sebab usahanya dalam pemupukan
perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia, Tun Hussein Onn telah dikenang sebagai
"Bapa Perpaduan". Selain itu,dalam pergerakan UMNO, Tun Hussein Onn berusaha
sedaya upaya bagi mengekalkan perpaduan di kalangan ahli-ahli dan pemimpin-
pemimpin supaya parti dapat menghadapi cabaran-cabaran yang timbul.

Tun Hussein Onn merupakan pemimpin yang tegas , beliau menerajui pucuk
pimpinan negara dengan menerapkan nilai murni yang diperlukan untuk membina sebuah
negara yang teguh dan tidak terdedah kepada sebarang unsur yang boleh menggugat
kedudukannya. Pada pandangan beliau, setiap individu yang mengiktiraf diri mereka
sebagai warganegara Malaysia perlu memelihara kesejahteraan dan kedamaian bagi
memastikan keharmonian hidup.

Tambahan pula , Tun Hussein Onn telah berusaha merealisasikan hasrat dan matlamat
DEB untuk merapatkan jurang ekonomi yang menjadi punca perbalahan. Selain itu ,
Beliau telah memperkemaskan pelbagai agensi yang dapat membantu mempercepatkan
pertumbuhan ekonomi dan menaik taraf hidup rakyat.

15

Akhir sekali, sumbangan beliau yang terbesar ialah menegakkan tiang keamanan
yang kukuh dan sentiasa dikenang sebagai ‘ Penyambung Warisan Yang Terbilang’.
Selepas persaraannya sebagai Perdana Menteri, beliau meneruskan sumbangannya kepada
pertubuhan-pertubuhan kebajikan. Oleh itu , kita sebagai generasi sekarang haruslah
menghargai jasa beliau dan belajar nilai kepemimpinan beliau supaya negara kita menuju
kemajuan dan keamanan.

16

https://www.slideshare.net/mobile/layyinulharir184/kumpulan-4-tun-hussien-onn
https://umno-online.my/
https://www.slideshare.net/mobile/HazrulHafizyaniAbdHalim/tun-hussein-bin-dato-
onn-12278475
http://noorkhaery-citarasasantai.blogspot.com/2009/11/tokoh-tun-hussein-
onn.html?m=1
http://noorkhaery-citarasasantai.blogspot.com/2009/11/tokoh-tun-hussein-
onn.html?m=1
http://pelajarpolitekniknilai.blogspot.com/2014/09/tun-hussein-bin-dato-
onn.html?m=1
https://ms.wikipedia.org/wiki/Hussein_Onn

17




Click to View FlipBook Version