"Jangan biarkan siapa pun menumpulkan kilauan Anda." Disediakan Oleh: SYAIFIZATUL ZAKIAH BINTI MOHD SARAIL (PIB23048) Disediakan Untuk: CIK SITI NURUL AIN BINTI MOHD YUSOFF Disediakan Oleh: SYAIFIZATUL ZAKIAH BINTI MOHD SARAIL (PIB23048) Disediakan Untuk: CIK SITI NURUL AIN BINTI MOHD YUSOFF AMALAN ASUHAN DAN DIDIKAN DI TASKA AMALAN ASUHAN DAN DIDIKAN DI TASKA
ISI KANDUNGAN - P E N G E N A L A N - K O N S E P A S U H A N & D I D I K A N - M O D E L M O N T E S S O R I - A M A L A N B E R S E S U A I A N P E R K E M B A N G A N - P E R B A N D I N G A N M O D E L M O N T E S S O R I & A M A L A N B E R S E S U A I A N P E R K E M B A N G A N - R U M U S A N - R U J U K A N 03 04-09 10-1 3 14-1 6 1 7 -18 1 9 20 MUKA SURAT
Pendidikan awal kanak-kanak merupakan pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak yang merujuk kepada urutan perubahan fizikal, bahasa, pemikiran dan emosi yang berlaku pada manusia bermula daripada kelahiran sehingga mencecah usia remaja. Pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak adalah ilmu yang penting untuk ibu bapa, penjaga dan mereka yang menguruskan kanak-kanak. tanpa ilmu dan kefahamannya, kita boleh mengundang konflik dan masalah kepada diri sendiri terutamanya ketika berhadapan dengan kanak-kanak. Oleh kerana kurangnya pengetahuan berkaitan perkara ini,tidak hairanlah kenapa kebanyakkan orang dewasa dibuli dan dimanipulasikan oleh kanak-kanak. Melalui Akta Pendidikan 1996, program pendidikan prasekolah telah dimartabatkan sebagai satu Sistem Pendidikan Kebangsaan. Dengan pemartabatan ini juga ia menunjukkan bahawa program pendidikan prasekolah merupakan satu usaha nasional yang perlu difikirkan oleh semua pihak secara bersama. Biarpun kepentingan terhadap pendidikan prasekolah atau pendidikan awal kanak-kanak telah diketahui penting secara umumnya. Namun begitu, masih terdapat banyak lagi halangan yang harus ditempuhi untuk menuju ke tahap kesempurnaannya yang disebabkan wujudnya segelintir ibu bapa, guru, mahupun agensi kerajaan yang belum mampu untuk memahami secara tuntas terhadap kepentingan pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti untuk diberikan kepada mereka. Pendekatan kepada kepentingan pendidikan awal kanak-kanak ialah membantu perkembangan maksimum otak yang berkaitan dengan deria dan bahasa berlaku sewaktu kanak-kanak menjangkaui tahun pertama usianya, dan perkembangan kognitif berlaku dengan pesat pada usia dua hingga tiga tahun. Selain itu, dengan adanya aktiviti seperti bermain ia dapat membantu perkembangan kanak-kanak mengenai dan memahami dunia sekelilingnya. Ia menggalakkan penguasaan kanak-kanak dalam melatih kemahiran tertentu. Sejak Imam AlGhazali, ramai ahli falsafah Islam yang terkenal menekankan aspek bermain. Menurut tokoh falsafah pendidikan awal kanak-kanak iaitu Friedrich Froebel (1782-1852) taman kanak-kanak perlulah dipenuhi dengan keindahan untuk menarik perhatian kanakkanak. Sekurang-kurangnya ia dicat dengan warna yang terang, mempunyai bilik yang senang dimasuki cahaya, dipenuhi dengan taman-taman, bintang dan gambar-gambar serta dilengkapi dengan kerusi meja yang sesuai untuk kanak-kanak. Hampir 90% perkembangan otak kanakkanak berlaku dengan pantas semasa mereka berumur 4 tahun. Ini membuktikan bahawa peringkat awal kanak-kanak adalah tempoh formatif dan merangkumi detik-detik kritikal dalam pembangunan seseorang individu. PENGENALAN
KONSEP ASUHAN DAN DIDIKAN "Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak ialah dasar yang komprehenif bagi memastikan perkembangan yang holistik bagi semua kanak-kanak dari lahir hingga 4 tahun. Ia menjadi asas kukuh kepada pembangunan potensi kanakkanak berlandasan acuan Malaysia. Dasar ini adalah untuk mengukuhkan serta menjadi pelengkap kepada Dasar Pendidikan sedia ada"
Kajian juga menunjukkan bahawa kejayaan masa depan kanak-kanak bergantung pada persediaan yang diterima semasa umur sebelum lima tahun. Pengalaman pembelajaran yang di terima oleh setiap kanak-kanak. Ibu bapa bertanggungjawab membentuk anak-anak mereka sebagai anak yang bersahsiah baik mahupun sebaliknya. Dalam ajaran Islam mengasuh dan membentuk peribadi anak agar patuh kepada perintah Allah SWT adalah suatu kewajipan mutlak. Asuhan yang kanak-kanak terima dengan baik dapat memberi kesan positif, di samping persekitaran emosi, fizikal dan intelektual yang ceria dan gembira akan memberikan impak ke atas perkembangan otak kanak-kanak. Hal ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW bermaksud setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (bersih), maka kedua ibu bapanya bertanggungjawab membentuk anak itu sama ada Yahudi, Nasrani, atau Majusi (Riwayat Abu Daud, 1387H). Anak-anak menjalani proses pembentukan akhlak mulia melalui tingkahlaku ibu bapa dan keluarga atau persekitaran rumah. Oleh itu, amalan asuhan yang mempunyai nilai dan norma positif dapat melahirkan kanak-kanak yang berketerampilan yang baik. Selain itu, konsep asuhan dapat menyediakan asas kepada pembangunan potensi insan yang seimbang dan optimum yang berlandasan acuan tersendiri dengan mengambil kira nilai-nilai tempatan dan bijak antarabangsa. KONSEP ASUHAN
Konsep didikan berperanan untuk menggalakkan kanak-kanak mendapat pendedahan awal yang berkualiti bagi merangsang perkembangan awal mereka yang bersesuaian mengikut kumpulan umur. Falsafah Pendidikan Negara yang diasaskan kepada hasrat serta aspirasi negara, memberi penekanan kepada usaha melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Hal ini, dapat meningkatkan kesedaran awam terhadap keperluan memberikan pendidikan awal kepada kanak-kanak dari lahir hingga ke 4 tahun yang bertujuan untuk memberi asas utama pembangunan holistik mereka sebelum memasuki alam persekolahan formal serta memastikan pewujudan dan pelaksanaan sistem pemantauan dengan penilaian terhadap keberkesanan program asuhan dan didikan awal kanak-kanak. Ibu bapa yang cemerlang sewajarnya dapat mengenalpasti pelbagai fitrah yang dimiliki oleh anak-anak mereka agar dapat memupuk mereka ke arah perkembangan fitrah tersebut terutamanya persekitaran mereka yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dari segi kejayaan, fizikal dan sebagainya. Institusi keluarga merupakan institusi yang penting dalam memikul tenggungjawab membentuk peribadi anak-anak dari segi akhlak, akidah, akademik, dan moral seseorang insan itu sendiri. Memiliki ilmu tentang didikan yang mantap dalm mendidik kanak-kanak membolehkan ibu bapa membantu perkembangan dan pertumbuhan mereka selaras dengan fitrah kejadiannya. Kemahiran dalam keupayaan ini ibu bapa dapat mengenalpasti dan memahami keperluan kanak-kanak, antaranya keperluan asas seperti makan, minum, tempat tinggal yang selesa dan selamat, pakaian, pendidikan secara berterusan yang perlu diberikan kepada mereka dengan sempurna. Oleh itu, didikan yang sempurna bukan sahaja memberi kesan kepada perkembangan emosi anak-anak, malah turut mempengaruhi personaliti mereka sendiri. KONSEP DIDIKAN
Kumpulan sasaran bagi dasar ini adalah kanak-kanak di bawah umur 4 tahun khususnya bagi kanak-kanak dari keluarga yang berpendapatan rendah dari kawasan luar bandar dan pinggir bandar. Dianggarkan juga daripada 8,841 buah TASKA ini hanya 30% atau 2,653 buah TASKA (berdaftar dan tidak berdaftar) terletak dikawasan luar bandar yang memberikan perkhidmatan pengasuhan kepada 80,000 orang kanak-kanak bawah umur 4 tahun. Berdasarkan kepada statistik di atas, hampir 90% atau seramai 2,816,200 orang kanak-kanak bawah umur 4 tahun tidak mendapat pendedahan kepada apa-apa program ECEC yang mana amat kriktikal bagi merangsang perkembangan awal pembangunan minda mereka. GOLONGAN SASARAN
02 03 04 Menggalakkan kanak-kanak dibawah umur 4 tahun mendapat asuhan dan didikan yang berkualiti bagi merangsang perkembangan awal mereka yang bersesuaian mengikut kumpulan umur. 01 Menyediakan asas kepada pembangunan potensi insan yang seimbang dan optimum berlandasan acuan tersendiri dengan mengambil kira nilainilai tempatan dan amalan bijak. Meningkatkan penglibatan dan hubungan yang teguh antara ibu bapa, kerajaan, pihak swasta dan juga badan bukan kerajaan masyarakat setempat di dalam pengasuhan dan pendidikan awal kanakkanak. Memastikan pewujudan dan pelaksanaan sistem penilaian keberkesanan program asuhan dan didikan awal kanak-kanak. OBJEKTIF DASAR DAN DIDIKAN
Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak ini Mempunyai 4 Kompenan Utama Iaitu: Mempunyai kurikulum Asuhan & Didikan Kemudahan fizikal Tenaga pendidik Penglibatan ibu bapa
MODEL MONTESSORI & AMALAN BERSESUAI PERKEMBANGAN
Montessori merupakan wanita yang pertama berkelulusan dalam bidang perubatan dari sebuah universiti di Itali. Pada tahun 1909, beliau telah menubuhkan satu sekolah untuk kanak-kanak istimewa, yang dikenali sebagai Sekolah Montessori. Montessori menyokong pendapat Froebel bahawa kanak-kanak belajar melalui bermain. Mengikut beliau, dalam keaadaan bermain kanak-kanak sebenarnya 'berkerja' bersungguhsungguh bagi menguasai sesuatu kemahiran seperti Pestalozzi. Beliau juga menyarankan agar kanak-kanak didedahkan dengan menggunakan alat deria yang sedia ada bagi membantu mereka untuk menerokai persekitaran sekaligus menambah pengetahuan mereka. Montessori mempercayai kanak-kanak akan menunjukkan minat kepada sesuatu aktiviti pembelajaran apabila mereka cukup matang dan bersedia mempelajarinya. Oleh itu, persekitaran yang lengkap perlu disediakan supaya kanak-kanak dapat menerokai pada masa dan tahap yang sesuai. Guru merupakan pemudah cara dalam proses pembelajaran kanak-kanak. Guru menyokong kanak-kanak apabila mereka menunjuk kesediaan mempelajari sesuatu secara menjawab soalan dan membantu mereka ketika memerlukan bantuan. Guru merupakan pemudah cara sahaja, bukan penentu bentuk ataupun jenis pengajaran yang harus diterima oleh kanak-kanak. PENDEKATAN MONTESSORI Gambar 1.1: MARIA MONTESSORI (1870-1952)
Minda yang mudah menyerap. - Minda kanak-kanak mudah menyerap sesuatu maklumat yang diterima melalui deria mereka, sebelum mereka bersedia untuk diajarkan konsep tersebut. Seseorang kanak-kanak dapat menilai sesuatu pengalaman ini sejak daripada kelahiran lagi. Contohnya, mereka banyak melihat bentuk dalam proses membesar. Persekitaran yang tersedia. - Persekitaran yang menggalakkan perkembangan kanak-kanak adalah persekitaran yang lengkap dengan pelbagai bahan yang menyokong pembentukkan konsep dan pengetahuan kanak-kanak apabila kanak-kanak memerlukannya. Didikan diri. - Kanak-kanak berkebolehan menyusun pengetahuan mereka apabila mereka terlibat dalam sesuatu aktiviti pembelajaran. Guru tidak perlu mengajar kanak-kanak secara formal, guru hanya perlu menunjuk ajar dan membimbing mereka dalam pemilihan bahan dan aktiviti. Montessori telah mengemukakan beberapa konsep asas dalam pembentukan kurikulum kanak-kanak pada peringkat awal. Antaranya adalah berikut: 1. 2. 3.
Bahan latihan dalam kemahiran hidup. Penjagaan fizikal diri dan persekitaran dapat membina kemahiran diri dalam membentuk peribadi kanak-kanak, berdikari, dan penghargaan kendiri melalui aktiviti yang teratur dan lengkap. BAHAN PEMBELAJARAN MONTESSORI Bahan Sensori. Menggalakkan penggunaan alat deria bagi meningkatkan kecerdasan kanak-kanak melaluai aktiviti penyusunan dan mengumpul,seperti membezakan saiz objek, jenis kain, dan mengenalpasti bentuk objek yang diberikan. Bahan Akademik . Memberi pendedahan dengan bahan abjad yang mudah bagi menggalakkan kanak-kanak mengenal huruf dan membentuk perkataan. Bahan Seni dan Budaya . Membantu kanakkanak menghayati muzik, ritma, lagu dan irama serta mempelajari pengawalan pergerakkan badan dalam aktiviti menari. Mereka juga dapat mempelajari alat muzik dan bahan lukisan.
Setiap pendidik perlu memahami bahawa pengasuhan memberi impak kepada pendidikan yang cemerlang. Pengasuhan yang lengkap dan berkualti memainkan peranan yang penting dalam menentukan keberkesanan perkhidmatan sesebuah TASKA. Pemakanan yang seimbang, keselamatan, kebersihan, dan penjagaan serta amalan pengasuhan yang sempurna merupakan aspek penting dalam pengasuhan kanak-kanak. Dengan itu, dalam membangunkan modal insan Negara, pendidikanlah wadah utamanya agar masa hadapan sesebuah Negara bergantung kepada pembangunan modal insan yang berkebolehan. Dari itu, pembangunan modal insan haruslah dimulakan pada peringkat awal kerana proses perkembangan mental dan emosi. Aspek pendidikan awal yang diterapkan kepada anak-anak yang berada di TASKA ini agar mereka dapat berkembang dengan menyeluruh, baik dalam semua aspek iaitu aspek intelek, rohani, jasmani, sosial dan komunikasi. Kanak-kanak pada usia 0 hingga 4 tahun sudah boleh didedahkan kepada proses pembelajaran peringkat awal yang mampu memberi kesan positif kepada pembesarannya. Pada usia ini mereka diibaratkan seperti span yang mampu menyerap apa sahaja dengan cepat di persekitarannya. Nilai-nilai murni dan kemahiran berkembang dengan begitu cepat dalam tempoh tersebut. Memberi penekanan kepada kombinasi antara aspek jagaan, asas asuhan dan harapan dengan elemen pendidikan, merangsang perkembangan holistik kanak-kanak, pendekatan belajar melalui bermain, penyediaan persekitaran yang kondusif dan selamat serta kolaborasi ibu bapa dan komuniti. Secara umumnya, semua kurikulum asuhan dan didikan awal kanak-kanak adalah berfokuskan kepada membangunkan dan mengembangkan kualiti diri kanak-kanak serta membentuk keperibadian dan ketinggian jati diri yang akan membantu mereka menjadi modal insan yang berkualiti dan dapat menyumbang kepada negara pada masa hadapan. PENDEKATAN AMALAN BERSESUAI PERKEMBANGAN
Guru-guru yang efektif mengaplikasikan ilmu untuk membangunkan proses rancangan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) terhadap kanak-kanak bermula daripada perancangan, pelaksanaan dan seterusnya pentaksiran. Pengajaran bermula daripada pemahaman guru tentang apa yang perlu diajar dan bagaimana pengajaran itu diajar. Oleh itu, aktiviti sebelum, semasa dan selepas PdP adalah penting untuk melihat mutu pengajaran guru. Perkara ini sedikit sebanyak membantu guru mencapai objektif pengajaran dan dapat melakukan refleksi selepas pembelajaran terhadap kanak-kanak berlaku. Kebanyakan guru selesa menggunakan pendekatan kaedah tradisional yang mana guru mengajar dan kemudiannya memberikan latihan, lembaran kerja atau buku kepada kanak-kanak. Oleh kerana ingin mengejar masa untuk menghabiskan silibus (Zamri 2012), guru lebih fokus kepada ujian atau peperiksaan dan mengukur tahap prestasi kanak-kanak berdasarkan pendekatan tersebut. Pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran boleh dianggap sebagai menyokong aktiviti kanak-kanak dalam pembelajaran pranumerasi. Ini termasuk pengurusan bilik darjah, dengan mengambil kira sumbangan guru baik kepada perancangan dan pengajaran sebenar, isu kurikulum dan interaksi di dalam kelas. Swan (2007) mengatakan bahawa semasa merancang pengajaran dan pembelajaran, guru harus mengambil kira nilai dan tujuan pembelajaran pranumerasi itu dijalankan. Kajian lepas menunjukkan bahawa dalam menghasilkan perancangan dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, guru perlu fokus pada persiapan pelan pengajaran, pelaksanaan pengajaran di dalam kelas mereka, membincangkan semula pengajaran mereka dengan guru yang lain atau pihak yang bertanggungjawab dan membuat penilaian diri mereka sendiri bagi mereka bentuk semula pengajaran mereka mengikut kesesuaian (Efi Paparistodemou et al. 2014). Penilaian terhadap kanak-kanak perlu dijalankan dengan cara formatif seiring dengan sumatif dan guru perlu mempunyai kemahiran dalam melakukan pemerhatian kepada kanak-kanak supaya penilaian dapat dilakukan dengan telus. Kajian Mohamad (1993) mendapati bahawa guru-guru mengetahui aspek-aspek penilaian perkembangan kanak-kanak tetapi mereka menghadapi kesukaran dan halangan dalam mengendalikannya akibat kekurangan kemahiran. Kajian di prasekolah awam seperti KEMAS dan Perpaduan juga dilakukan untuk melihat sejauh mana kepercayaan guru tentang penilaian dalam pendidikan prasekolah.
Kajian ini menunjukkan guru prasekolah mempunyai kepercayaan yang tinggi tentang penilaian dalam aspek tujuan, teknik, penggunaan dan keperluan latihan dan perkembangan keperluan profesional (Zaharah Osman 2008). Guru memerlukan cara yang cepat dan sah dalam menilai setiap kemahiran pranumerasi kanak-kanak supaya mereka boleh merancang kumpulan kecil dan arahan individu serta mengukur perkembangan kanakkanak sepanjang pengajaran. Seterusnya, di dalam kajian yang dijalankan oleh Nordin (2000), beliau menyatakan bahawa masalah yang dihadapi sepanjang melaksanakan penilaian terhadap kanak-kanak adalah dalam merekod prestasi kanak-kanak seringkali hanya berpandukan kepada buku laporan kemajuan kanak-kanak sahaja dan guru-guru kurang pendedahan, latihan dan kursus mengenai penilaian dan pentaksiran. Selain itu, disebabkan oleh beban tugas yang banyak, kekangan masa, bilangan kanak-kanak yang ramai serta campur tangan ibu bapa terhadap tujuan penilaian turut menghalang keberkesanan penilaian dan pentaksiran berlaku. Perancangan pengajaran dan pembelajaran perlu dilakukan untuk memenuhi masa yang diperuntukkan, menepati kehendak objektif dan matlamat yang ingin dicapai, memberi kesan sepanjang tahun kepada kanak-kanak dan dapat menarik perhatian kanak-kanak supaya tidak membosankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Selepas merancang, pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran akan berlaku berdasarkan apa yang telah dirancang guru yang selalunya akan dicatat di dalam buku rekod mengajar sama ada dilakukan mengikut tahunan, bulanan atau harian. Tujuan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran adalah untuk merangsang aliran pemikiran dan merangsang minat kanak-kanak agar dapat memberi perhatian kepada pengajaran yang akan berlaku. Selepas pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan, guru boleh melakukan penilaian atau pentaksiran terhadap kanakkanak berdasarkan pengajaran yang telah disampaikan sama ada ianya sesuai diamalkan atau perlu melakukan perubahan agar dapat disesuaikan dengan kanakkanak. Namun begitu, menurut kajian daripada Senk et al. (1997), guru menganggap bahawa penilaian dan pentaksiran adalah suatu proses yang tidak termasuk dalam proses pembelajaran dan pengajaran sedangkan proses pengajaran dan pembelajaran berkait rapat antara perancangan, pelaksanaan dan pentaksiran.
PERBANDINGAN PENDEKATAN MONTESSORI DAN AMALAN BERSESUAIAN PERKEMBANGAN PdP Bahan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan adalah secara perancagan,pelaksanaan dan pentaksiran bagi menilai perkembangan kanak-kanak sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Bahan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh montessori lebih kepada bahan sensori. Iaitu mengalakkan penghalusan penggunaan alat deria yang bertujuan untuk meningkatkan kecerdasan kanakkanak melalui aktivti menyusun, mengumpul. Dengan pendekatan ini kanak-kanak akan lebih mahir dalam membezakan pelbagai bentuk, warna, saiz dan sebagainya. Perancangan pengajaran dan pembelajaran perlu dilakukan untuk memenuhi masa yang diperuntukkan, menepati kehendak objektif dan matlamat yang ingin dicapai, memberi kesan sepanjang tahun kepada kanakkanak dan dapat menarik perhatian kanak-kanak supaya tidak membosankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku Guru hanya menunjuk ajar cara yang "betul" bagaimana menggunakan bahan tersebut selepas kanak-kanak memilih aktiviti pembelajarannya secara bebas dan sukarela. MONTESSORI AMALAN BERSESUAIAN PERKEMBANGAN CARA PELAKSANAAN
OBJEKTIF Memberi kesan kepada kanakkanak dan dapat menarik perhatian kanak-kanak supaya tidak membosankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dan merangsang aliran pemikiran dan merangsang minat kanak-kanak agar dapat memberi perhatian kepada pengajaran yang akan berlaku. Memberikan pendekatan tentang minat kanak-kanak kepada sesuatu aktivti pembelajaran apabila mereka cukup bersedia mempelajarinya. Pengurusan bilik darjah, dengan mengambil kira sumbangan guru baik kepada perancangan dan pengajaran. Suasana harmoni dan kondusif. Ruang yang mempunyai meja, kerusi yang sesuai mengikut saiz kanak-kanak. Ruang bilik darjah yang mempunyai corak dan warna yang harmonis. Ruang pembelajaran yang mengalakkan perkembangan kanak-kanak dengan mempunyai pelbagai bahan yang menyokong pembentukan konsep dan pengetahuan kanak-kanak apabila mereka memerlukannya. Meja dan kerusi perlu bersaiz kanak-kanak yang memberikan keselesaan semasa digunakan. Peranan guru perlu memberikan suasana yang harmoni dan mempunyai pelbagai seni di sekitar ruang pembelajaran agar kanak-kanak tidak mudah berasa bosan sewaktu menjalankan aktiviti. MONTESSORI AMALAN BERSESUAIAN PERKEMBANGAN RUANG PEMBELAJARAN
Idea dan pendekatan pengasas pendidikan negara barat adalah akar rujukan kepada kita. Antara konsep yang dikemukakan seperti potensi dan kaupayaan kanak-kanak berkembang bersama persekitaran mereka, permainan sebagai peranan penting dalam proses pendidikan (Froebel), belajar melalui pengalaman manipulatif (Montessori), menyediakan kanak-kanak kepada realiti (Pendekatan amalan bersesuaian perkembangan), mengenal pasti keunikan potensi setiap kanak-kanak dan menyediakan persekitaran yang sesuai kepadanya (Ibn Khaldun). Pendekatan ini digubah dan diaplikasikan ke dalam kurikulum pembelajaran kanakkanak. Selain itu, rancangan mengajar perlu menitikberatkan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh. Setiap pengajaran boleh dihubungjalinkan dan tidak terhad hanya kepada satusatu subjek sahaja. Rancangan mengajar juga perlu dimuatkan dengan objektif pengajaran, pendekatan yang ingin digunakan, kaedah yang ingin diguna, teknik yang sesuai seperti menyanyi diambil kira dan alat bantu mengajar yang sesuai juga perlu ada. Selain itu, guru perlu juga mencatat hasil pengajaran dan pembelajaran supaya pentaksiran dapat dilakukan dan PdP boleh ditambah baik jika terdapat kekurangan. Setiap tadika juga perlu ada aktiviti yang dapat merangsang minda kanak-kanak dan melibatkan perkembangan mereka secara menyeluruh. Aktiviti ini tidak hanya terhad di dalam bilik darjah atau di dalam tadika tetapi juga diluar tadika. Ruang-ruang persekitaran tadika boleh diubahsuai supaya persekitaran kanak-kanak tidak tertutup malah dapat lebih membantu mengembangkan perkembangan menyeluruh kanak-kanak. Oleh itu, diharapkan agar kajian ini dapat menjadi panduan dan rujukan kepada pihak-pihak yang terlibat seperti pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menangani masalah yang timbul di pihak guru. Pelaksanaan dan menaksir pengajaran dan pembelajaran di tadika. Mengaplikasikan amalan yang sewajarnya dalam perancangan, pelaksanaan dan pentaksiran pengajaran dan pembelajaran pranumerasi dapat ditingkatkan dengan adanya sokongan dan kerjasama khususnya daripada pihak pentadbiran tadika dan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Akhir sekali, diharapkan kajian ini dapat memberikan sumbangan kepada peningkatan kualiti pendidikan negara serta misi dan visi falsafah pendidikan nasional dapat dicapai. RUMUSAN
RUJUKAN Abdullah Nashih Ulwan (1996). Pedoman Pendidikan Anak-anak Dalam Islam.Jilid1-2. Terjemahan Saifullah Kamalie dan Hery Neor Ali. Kuala Lumpur: Victory Agencie. Abdullah Nashih Ulwan (2005). Pendidikan Anak-anak dalam Islam (Jilid1). (terjemahan Syed Ahmad Semait). Singapura: Pustaka Nasional Pte. Ltd. Official URL: : http://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1124 Alkharusi.H.Aldhafri.S.Alkalbani.M.2012.Educational assesment attitudes competence, knowledge, and practice: an exploratory study of muscat teachers in the Sultanate of Oman. Journa of Education and Learning 1 (2) Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak. (n.d.). Https://www.slideshare.net/normalaprasekolah/amalan- bersesuaian-dengan-perkembangankanakkanak Latar belakang model pendidikan montessori. (n.d.). Scribd. Https://www.scribd.com/doc/223185784/latar-belakang-model- pendidikan-montessori