The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syamimizulkafli, 2021-11-18 09:20:13

BUKU CERITA KANAK KANAK

BUKU CERITA KANAK KANAK

Di sebuah kampung yang dikenali dengan nama Kampung Tersusun yang terletak di
Terengganu, terdapat sebuah keluarga iaitu keluarga Encik Zainal dan Puan
Maimunah yang mempunyai seorang anak yang bernama Muhammad Ali. Ali adalah
seorang budak yang berumur tujuh tahun dan merupakan anak tunggal kepada
pasangan tersebut. Selain itu Ali mempunya kawan-kawan yang bernama Aiman dan
Ehsan. Setiap hari mereka akan bermain bersama-sama pada setiap petang di
halaman rumah Ali.

Pada suatu hari, Ali mengajak Aiman dan Ehsan untuk bersiar-siar di dalam
kampungnya disebabkan mereka sudah bosan bermain di halaman rumah Ali.
Seterusnya cadangan tersebut dipersetujui oleh kedua-dua rakannya. Oleh hal yang
demikian mereka pulang ke rumah masing-masing untuk meminta izin kepada ibu
bapa mereka. Semasa di rumah, Ali memberitahu kepada ibu bapanya bahawa dia
ingin pergi bersiar-siar di kampung bersama-sama Aiman dan Ehsan kerana mereka
sudah bosan bermain di halaman rumah Ali.

Jommm. Aiman,
Ehsan. Jom
kita pergi

pusing
kampung

nak ?

Setelah Ali meminta izin kepada ibunya untuk bersiar-siar, dia menunggu
di hadapan rumah manakala Encik Zainal dan Puan Maimunah berbicara
sesama mereka untuk beberapa minit sebelum berbuat keputusan untuk
melepaskan Ali dan rakan-rakannya untuk pergi bersiar-siar di dalam
kampung mereka. Setelah membuat kata putus, Encik Zainal
mengizinkan untuk Ali dan rakan-rakannya pergi bersiar-siar di dalam
kampung mereka tetapi dengan menetapkan syarat supaya mereka tidak
pergi terlalu jauh dan pulang ke rumah sebelum maghrib.

Setelah mendapat persetujuan daripada kedua-dua ibu bapa mereka. Ali, Aiman dan
Ehsan berjanji untuk berjumpa di halaman rumah Ali sebelum mereka menaiki basikal
untuk bersiar-siar di dalam kampung. Ehsan memulakan kayuhan dengan membelok
ke arah kanan dan diikuti oleh Aiman dan Ali di belakangnya. Mereka sangat gembira
dan teruja kerana ini adalah kali pertama mereka bersiar-siar di dalam Kampung
Tersusun tersebut bersama-sama. Ali mengajak Aiman dan Ehsan untuk berlumba
basikal sehingga kehujung kampungnya.

Sesampai dihujung kampungnya, mereka pun berehat di sebatang pokok untuk
berteduh dan mengambil angin sebentar sebelum pulang ke rumah mereka semula.
Semasa mereka berehat Ali ternampak sebuah kawasan yang amat cantik. Lalu Ali
mengajak rakan-rakannya untuk masuk ke dalam gua tersebut untuk melihat apa di
dalamnya.

Hari kian gelap, awan menutup tirainya. Ali,
Aiman dan Ehsan masih tidak berganjak dari
kawasan tersebut disebabkan mereka
berjalan-jalan di dalam gua. Ibu bapa mereka
sudah mula risau terhadap anak mereka
kerana tidak pulang ke rumah. Lalu bapa Ali
iaitu Encik Zainal meminta bantuan penduduk
kampung untuk mencari anak mereka.
Penduduk kampung bekerjasama untuk
mencari Ali, Aiman dan Ehsan. Mereka juga
diagihkan bahagian tempat untuk mencari Ali
dan rakan-rakannya manakala para ibu
dinasihatkan untuk terus menunggu di rumah.

Manakala suasana di dalam gua pulak semakin gelap dan menyebabkan ali dan
rakan-rakannya membuat keputusan untuk berjalan ke hadapan untuk mencari jalan
keluar. Semasa dalam perjalanan untuk mencari jalan keluar, mereka ternampak
satu cahaya yang amat bersinar lalu mereka mendekati cahaya tersebut.

Wahh.. Eh, apa yang
bercahaya tu?

Mereka semua teruja disebabkan mereka menjumpai batu kristal yang bewarna
putih yang bersinar-sinar di hadapan mereka. Lalu Ali mengambil Kristal tersebut
dan membawanya bersama-sama. Namun demikian, mereka tidak perasan bahawa
terdapat penjaga kepada batu kristal tersebut yang melihat mereka secara diam. Ali
menggunakan batu Kristal tersebut untuk menyuluh jalan yang gelap di hadapannya.
Hari pun kian gelap dan mereka kepenatan lalu tertidur.

Di malam hari, semasa Ali tengah tengah
tidur, Ali bermimpi bahawa ia menjumpai
jalan keluar dari gua tersebut. Di dalam
mimpi tersebut terdapat penjaga kepada
Kristal tersebut yang memberitahu
kepadanya jalan keluar gua tersebut dengan
menunjukkan arah batu Kristal tersebut yang
menyinari jalan keluar kepada ali dan rakan-
rakannya. Keesokannya ali mengajak rakan-
rakannya untuk pulang dengan mengikuti
jalan yang dimimpi olehnya pada malam tadi.

Akhirnya Ali, Aiman dan Ehsan amat lega dan berasa selamat setelah keluar dari gua
tersebut. Mereka pun berjalan-jalan di dalam hutan tersebut dan dijumpai oleh
seorang penduduk kampung yang kebetulan terlalu di situ. Lantas mereka semua
dihantar pulang ke rumah masing-masing dengan selamat oleh lelaki tua tersebut.
Ibu dan Ayah Ali sangat berterima kasih kepada lelaki tersebut kerana menghantar
anaknya pulang dengan selamat.

Pakcik… kami sesat
di dalam hutan dan
tidak jumpa jalan

keluar.

Sesudah bapa Ali bersalaman dengan lelaki tersebut, bapanya naik kerumah dan
menanyakan kepada Ali apa sebenarnya yang terjadi kepada mereka bertiga
sehingga mereka sesat di dalam hutan tersebut. Ali pun bercerita kepada
keluarganya apa yang terjadi kepada dia, Aiman dan Ehsan semasa mereka sesat
di dalam hutan tersebut sehinggalah mereka terjumpa batu Kristal tersebut.

Setelah dinasihati ayah dan ibunya, Ali berjanji tidak akan mengulangi
perbuatanya lagi demi keselamatan diri dan rakan-rakanya. Ali juga
berjanji tidak akan bermain jauh daripada pandangan keluarganya
supaya ibu dan ayahnya tidak akan risau kepadanya lagi. Setelah
semuanya berlalu, Ali hidup bahagia bersama keluarganya dan
mendengar cakap kedua ibu bapanya dan kini Ali hidup bahagia
bersama keluarganya.




Click to View FlipBook Version