-3
Mesyuarat Agung Persatuan penduduk kampung Tambak Balai Panjang Melaka
Isi kandungan Muka Surat
2
Bil Perkara 3
1. Ucapan YB. Alex Seah Shoo Chin Adun KawasanKesidang 4
2. Ucapan Penasihat Persatuan Penduduk 5
3. Ucapan Pengerusi Persatuan Penduduk 6
4. Senarai Jawatankuasa Persatuan Penduduk 7
5. Notis Mesyuarat Agung 8
6. Aturcara Majlis
7. Aturcara Mesyuarat Agung kali ke tiga 9 - 11
8. Laporan Minit Mesyuarat Agung Tahun 2019 12
9. Laporan Penyata Berakhir Kewangan Tahun 2019
10. Laporan Aktiviti Persatuan Penduduk 13 - 26
11. Perlantikan AJK 2023-2024 27
Mesyuarat Agung Persatuan penduduk kampung Tambak Balai Panjang Melaka
Ucapan YB. Alex Seah Shoo Chin Adun Kawasan Kesidang
Yang Saya Hormati Saudara Pengacara Majlis;
Yang Berbahagia, Pengerusi JPKK Kampung Tambak Balai Panjang,
Yang Berbahagia Ahli Majlis , Bandaraya Melaka Bersejarah , Encik Clr
Juhari bin Ahmad Salleh, yang di kasihi Sidang Kampung.
Yang saya hormati Penasihat Persatuan Penduduk Kg. Tambak Balai
Panjang Melaka. Datuk Haji Isnin bin Haji Aman.
Pengerusi Persatuan Penduduk Encik Azeli bin Sarip. Barisan kepimpinan Persatuan
Penduduk Kg. Tambak Balai Panjang Melaka serta Para Pemimpin Masyarakat.
Tuan-tuan, Puan-puan; Hadirin Hadirat yang saya hormati sekalian; Salam Sejahtera,
Salam Melaka Berwibawa;
Pertamanya, pada hari ini, Isnin bersamaan 26 Disember 2022, Kampung Balai Panjang
dapat mengadakan “Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk kali ke 3.” Saya ucap
terima kasih kepada semua yang berkesempatan hadir pada petang ini.
Kita bersyukur kerana dapat meraikan majlis ini dalam suasana kampung kita aman
dan makmur. Kita juga dapat meneruskan kehidupan dalam suasana harmoni, bebas
mengamalkan agama masing-masing tanpa rasa bimbang kerana mempunyai
kerajaan yang stabil. Tahun hadapan 2023 adalah masa yang sesuai untuk kita
tingkatkan keazaman bagi memulakan rancangan baharu yang telah dirancang di
samping menyelesaikan rancangan lama yang belum tertunai. Mesyuarat agung
pada hari ini dapat menyumbang kepada pengkongsian tentang isu-isu semasa
dapat disalurkan kepada penduduk. Aktiviti ini adalah merupakan suatu aktiviti yang
sanga tbermakna untuk seluruh penduduk Kampung Tambak Balai Panjang Melaka
mengeratkan lagi hubungan masyarakat setempat bersama-sama dengan bagi
Pemimpin Masyarakat kawasan.
Saya amat bangga dengan kepimpinan kampung Balai Panjang yang merupakan
kampung yang ada persatuan penduduk dan menjalan prosedur setiap tahun
dengan mengadakan mesyuarat Agung. Saya yakin dan percaya selepas ini ada
kampung-kampung yang lain akan mengikut jejak langkah atau menjadikan platform
kampung ini yang merupakan satu aktiviti membuka peluang penduduk dengan
pemimpin masyarakat . Justeru itu Pengetahuan yang diperolehi oleh masyarakat
setempat dapat disebarluaskan kepada rakan-rakan mereka. Jaringan pengetahuan
juga dapat diperluaskan kepada warga Kampung Tambak yang tidak mempunyai
peluang untuk menghadiri majlis seperti ini. Semoga Masyarakat kampung dapat
menilai Gerak kerja bagi menjayakan pelbagai usaha yang telah, sedang dan akan
dilaksanakan oleh pihak kerajaan.
Saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir pada petang ini. Saya
yakin bahawa persatuan ini akan dapat berkerjasama dengan penduduk setempat.
Sekian.
Mesyuarat Agung Persatuan penduduk kampung Tambak Balai Panjang Melaka 2
UCAPAN PENAUNG PERSATUAN PENDUDUK
KAMPUNG TAMBAK BALAI PANJANG,
JALAN MALIM MELAKA
Y.Bhg DATUK HAJI ISNIN BIN HAJI AMAN
Hadirin Hadirat yang saya hormati sekalian;
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan
keizinan-Nya, maka kita dapat bertemu dalam majlis Mesyuarat Agung kali ke 3,
anjuran Persatuan Penduduk Kampung Tambak Balai Panjang Melaka.
Seperti biasa, saya ingin mengingatkan Penduduk kampung Tambak bahawa
persatuan Penduduk Kampung ini adalah amat penting bagi kita semua maka berilah
sokongan padu kepada persatuan ini dengan sama-sama melibatkan diri secara
lansung dalam apa jua kegiatan kerana ia menguntungkan ahli sendiri.
Kepada AJK Persatuan Penduduk saya ucapkan ribuan terima kasih kepada anda
semua kerana telah cuba untuk menjalankan tugas dengan cara yang terbaik.
Didalam segala tindakan , hendaklah sentiasa memikirkan kepentingan dan kebajikan
ahli kita khasnya.
Akhir sekali saya ucapkan selamat dan selamat maju jaya dalam memperkasakan
pertubuhan ini.
Mudah-mudahan segala usaha dan kerja kuat kita ini diberikan keberkatan oleh Allah
SWT.
Sekian.
DATUK HAJI ISNIN BIN HAJI AMAN
Mesyuarat Agung Persatuan penduduk kampung Tambak Balai Panjang Melaka 3
Ucapan Pengerusi Persatuan Penduduk
kAMPUNGg Tambak Balai Panjang Melaka
Yang Berhormat Encik Alex Seah Shoo Chin Adun Kawasan Kesidang,
YBhg Datuk Hj. Isnin bin Haji Aman Penaung Persatuan Kampung
Tambak Balai Panjang Melaka yang hadir pada hari ini sekali gus
menunjukkan sokongan pergerakkan kepada persatuan kita dan ini
sangatlah bermakna kepada kita semua.
Kepada barisan Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk
Kampung yang banyak membantu saya , saudara serta sahabat
yang sama-sama berkerjasama dengan saya jika tiada sokongan
dari anda semua Persatuan tidak akan bergerak sehingga hari ini.
Kepada Penduduk persekitaran kampung kita yang terdiri dari Pengerusi taman-
taman yang berdekatan, Pengerusi JPKK, Pengerusi Masjid, Pengerusi Surau-surau serta
orang perseorangan yang memberi sokongan membantu kami menganjurkan
beberapa program ditahun tahun lepas dan tahun ini , saya berharap dapat lagi
mengerakan lagi hubungan silaturahim disamping meningkatkan dan mengukuhkan
lagi semangat perpaduan di kalangan penduduk kampung kita.
Saya ingin menarik perhatian , aktiviti kebajikan ini berupaya untuk menyemarak
lagi semangat tolong menolong, hormat- menghormati dan menyemai semangat
cintakan kebersihan yang menjadi sebahagian daripada tuntutan dalam agama islam
itu sendiri.
Selain itu, program gotong royong juga berupaya membentuk persefahaman
dan sebagai tempat untuk kita menyemai semangat setia kawan dan semangat
kekitaan. Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan syukur dan berterima kasih
kepada MBMB, Jemaah masjid, penduduk persekitaran dan individu individu yang
kasihkan kampung kita. Justeru itu saya berharap hubungan yang akrab antara
taman-taman yang berdekatan dengan penduduk kampung ini mampu untuk
mewujudkan jaringan kerjasama kukuh bagi memudahkan pihak keselamatan
menjaga keselamatan daripada ancaman jenayah dikampung kita ini.
Wassalam
Azeli bin Sarip
Mesyuarat Agung Persatuan penduduk kampung Tambak Balai Panjang Melaka 4
AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN
PENDUDUK TAMBAK BALAI PANJANG JALAN MALIM
75250 MELAKA
Penaung
Y.BHG DATUK ISNIN BIN AMAN
Pengerusi
ENCIK AZELI BIN SARIP
Timbalan Pengerusi
ENCIK SHARIFIZAL BIN HAJI ABD. SAMAD
Setiausaha
ENCIK ZAMRI BIN HAJI ZAKARIA
Bendahari
ENCIK NOHAN BIN SELAMAT
Biro PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR Biro WANITA DAN KEROHANIAN
ENCIK MUALIM BIN HAJI AMAN PUAN NORIJAH BTE JALIL
Biro KEBAJIKAN Biro KEBERSIHAN
ENCIK ROSLI BIN YAHYA PUAN KAMSIAH BTE JANTAN
Biro KESIHATAN Biro KECERIAAN
ENCIK OSMAN BIN BAKAR PUAN MAZNI BTE MD.NOR
Biro SUKAN
ENCIK SUFFIAN BIN JAAFAR
Biro KESELAMATAN
ENCIK BAZIT BIN ABD JALIL
Mesyuarat Agung Persatuan penduduk kampung Tambak Balai Panjang Melaka 5
PERSATUAN PENDUDUK KAMPUNG TAMBAK BALAI PANJANG
JALAN MALIM MELAKA
Lorong 7, Batu 3, Balai Panjang 75250 Melaka
No : PPM-020-04-21052018
Ruj. Kami PPKTBPM bil 2/2022
Tarikh 19 Disember 2022
Ahli Persatuan penduduk Kg. Tambak Balai Panjang
Melaka
YBhg Datuk, Tuan /Puan:
NOTIS MESYUARAT AGUNG PERSATUAN PENDUDUK KG. TAMBAK BALAI PANJANG
MELAKA
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk,
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Persatuan penduduk Kg. Tambak
Balai Panjang Melaka akan diadakan seperti berikut.
Tarikh : 26 Disember 2022
Masa : 3.00 ptg
Tempat : Warong Pak Long
[ Kedai makanan dan minuman En. Hussin bin Ali ]
(Berhampiran dengan Pasaraya Econsave Malim Melaka)
2. Sehubungan itu, semua ahli kariah dijemput bersama-sama menghadirkan diri untuk
berbincang beberapa perkara demi meningkatkan kecemerlangan serta hala tuju Persatuan
kampung kita.
3. Minit Mesyuarat dan laporan kewangan akan diedarkan semasa pendaftaran di hari
Mesyuarat Agung nanti. Kerjasama tuan/puan menghadiri mesyuarat tersebut adalah amat
dihargai.
Sekian, Terima kasih,
Saya yang menjalankan amanah
(ZAMRI BIN HAJI ZAKARIA) PBM
Setiausaha, Persatuan penduduk Kg. Tambak Balai Panjang
Melaka
Agenda ;
1. Ucapan Pengerusi
2. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung yang lalu
3. Membentang dan mengesahkan Laporan tahunan Penyata Kewangan
4. Perlantikan Jawatankuasa baru bagi sesi 2023/2024
5. Hal-hal lain
6. Ucapan Penagguhan
Mesyuarat Agung Persatuan penduduk kampung Tambak Balai Panjang Melaka 6
- Aturcara Majlis -
2.30 petang
Kehadiran ahli kariah
Kg. Tambak Balai Panjang Melaka
Gotong Royong persiapan majlis
Pendaftaran Ahli
3.00 petang
Alu-aluan dari pengacara majlis
Bacaan Doa
Ucapan Pengerusi Penduduk Tambak Balai Panjang Melaka
Ucapan Perasmian Yang Berhormat Encik Alex Seah Shoo Chin
Adun Kawasan Kesidang
3.30 petang
Penyampaian Sumbangan oleh YB. Kawasan Kesidang
Pemberian SedekahJariah Ibu Tunggal,
Anak Yatim dan Golongan Kurang Upaya.
Majlis Minum Petang bersama YB. Kawasan Kesidang
4.00 ptg mesyuarat Agung Bermula
Mesyuarat Agung Persatuan penduduk kampung Tambak Balai Panjang Melaka 7
ATUCARA MESYUARAT AGONG
4.00 petang Ucapan Penasihat Persatuan Penduduk
Ucapan Pengerusi Persatuan Penduduk
֍ Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat
֍ Bangkitan Minit Mesyuarat Agung
֍ Membentang dan Mengesahkan penyata kewangan
֍ Bangkitan Penyata Kewangan
֍ Pembubaran Ahli Jawatankuasa Persatuan penduduk
֍ Perlantikan Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk yang baru
֍ Hal-hal lain
֍ Ucapan Penangguhan
Mesyuarat Agung Persatuan penduduk kampung Tambak Balai Panjang Melaka 8
Mesyuarat Agung Persatuan penduduk kampung Tambak Balai Panjang Melaka
Minit Mesyuarat Persatuan
Penduduk Kampung Tambak Balai Panjang
Melaka
Tarikh : 1 Mei 2019
Perkarangan Padang Sepak takraw
Balai Panjang Melaka.
Mesyuarat Agung Persatuan penduduk kampung Tambak Balai Panjang Melaka 9
MINIT MESYUARAT PERSATUAN PENDUDUK
KG TAMBAK BALAI PANJANG MELAKA
TAJUK / PERKARA STATUS
Makluman
1.0 Ucapan Aluan Pengerusi Majlis:
Pengerusi mengucapkan salam dan berterima kasih di atas
kehadiran ahli-ahli khairat Kematian yang berkelapangan
menghadiri pada hari ini. Beliau mengucapkan selamat datang
kepada Datuk Hj Isnin bin Hj. Aman selaku Penasihat Persatuan.
Pengerusi berharap Y. Bhg Datuk dapat memberi pandangan
yang bernas bagi merealisasikan kejayaan Persatuan Penduduk
Kampung kita ini.
2 Pengesahan Minit Mesyuarat bil 1/2019 makluman
.
Minit Mesyuarat telah disahkan oleh tuan Hj. Rahim bin Tamby
da0n disokong oleh Pn. Rohani bin Haji Aman.
3.0 Pengesahan Penyata Kewangan telah
Encik Norhan bin Selamat selaku Bendahari
membentangkan penyata kewangan 2018 .
3.1 Bangkitan Kewangan. Tindakan
Encik Hafiz bin Zaini meminta Penyata kewangan hendaklah Bendahari
dinyatakan perbelanjaan pada setiap tahun agar pergerakkan
wang keluar dan wang masuk hasil dari punggutan dan derma
orang ramai hendaklah dimasukkan kedalam bank .
Beliau juga meminta Bendahari menyediakan baucer bayaran
kerana setiap pembayaran perlu ada baucer bayaran dan perlu
dikepilkan bersama dokumen sokongan seperti resit rasmi,
borang tuntutan tunai runcit dan bil tunai dan lain-lain (invois dan
bil bayaran)
Selain daripada itu beliau memaklumkan bahawa agar
Bendahari merujuk panduan kewangan yang bersistematik
pada orang lebih arif tentang kewangan.
Mesyuarat Agung Persatuan penduduk kampung Tambak Balai Panjang Melaka 10
TAJUK / PERKARA STATUS
3.2 Pengerusi memohon agar penyata ini diterima dan Tindakan
diluluskan. Beliau juga mengingatkan Bendahari Bendahari
menguruskan kewangan dengan jujur dan amanah agar
tiada kekurangan dana bagi membolehkan aliran wang
tunai dapat diagihkan kepada penduduk yang amat
memerlukannya.
4. Hal-hal lain Tindakan.
4.1 Kerjasama menyelesaikan masalah longkang. MPKK dan
Persatuan
Encik Subuh bin haji Manap selaku pengerusi MPKK meminta Penduduk
masyarakat setempat mengambil perhatian dengan isu
seperti perparitan atau jalan raya yang rosak di Kampung ini
boleh diajukan terus kepada pihak berwajib atau saya
sendiri. Saya akan membantu penduduk untuk
menyelesaikan masalah mereka kerana saya ditugaskan
untuk berkhidmat kepada penduduk Balai Panjang.
Beliau akan cuba mengatasi masalah longkang ini apabila
masalah sistem perparitan yang tersumbat di kawasan itu
mendapat perhatian dan pembelaan sewajarnya daripada
pihak bertanggungjawab.
5.0 Penutup.
Yang DiPertua mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi
kepada yang hadir pada hari ini dengan memberi beberapa
maklumat yang bernas dan berguna bagi menjamin khairat
kita berada dilandasan yang betul.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.30 malam
Disediakan oleh Disahkan oleh
(Zamri Bin Zakaria) (Azeli Bin Sarip)
S/U Persatuan Penduduk) Pengerusi Persatuan Penduduk
Balai Panjang Melaka Balai Panjang Melaka
Mesyuarat Agung Persatuan penduduk kampung Tambak Balai Panjang Melaka 11
PENYATA KEWANGAN TAHUNAN 2019
Akaun Penerimaan dan Pembayaran bagi Tahun Berakhir 31 Dis 2019
PENERIMAAN PERBELANJAAN
BIL BUTIRAN RM BIL BUTIRAN RM
1 baki dibank 2019 500.00
Penerimaan 2714.05 1 13.4.2019 Majlis Kenduri Balai Panjang 650.00
15.3.2019 Sumbangan 3277.50
29.4.2019 Sumbangan 2 2.5.2019 Belanja Perbagai 800.00
2.5.2019 Lain-lain 1250.00
23.5.2019 YB Samsul 1000.00 3 3.5.2019 Infak utk org Kampung
30.5.2019 Sumbangan 7.00
10.7.2019 Sumbangan 500.00 4 30.5.2019 Belanja Bulan puasa 300.00
19.9.2019 ROS 120.00
31.12.2019 Faedah 5281.50 5 11.6.2019 Kenduri di Balai Panjang 4940.00
2410.00
2000.00 6 13.6.2019 Print Penyata Bank
4.00
200.00 2.8.2019 Tshirt Persatuan
450.00 Mesyuarat jawatankuasa
9940.00 Membeli Peralatan Aset Persatuan
10.16 Bayaran Aktiviti kemasyarakatan
Cas Bank
Baki H/B 8837.21
Jumlah keseluruhan 23095.71 Jumlah Besar Perbelanjaan 23095.71
1/1/2020 Baki B/B 8837.21 Wang ditangan Bendahari
baki di Bank
Pengesahan
……………………………….. ……………………………
AZELI BIN SARIP NOHAN BIN SELAMAT
Pengerusi Persatuan Bendahari Persatuan
Penduduk Kg. Tambak Balai Panjang Penduduk Kg. Tambak Balai
Panjang
Melaka Melaka
Mesyuarat Agung Persatuan penduduk kampung Tambak Balai Panjang Melaka 12
LAPORAN
PERBELANJAAN DAN PERLAKSANAAN
AKTIVITI GERAN KOMUNITI 2019
Kerja adalah satu ibadah.
Amanah yang akan dipersoalkan nanti
Mesyuarat Agung Persatuan penduduk kampung Tambak Balai Panjang Melaka 13
Pendahuluan Daripada Setiausaha
Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani,
Assalamualaikum Warahmatullah... dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, segala puji-
pujian kehadrat ILAHI kerana kita diberi peluang untuk bertemu dalam Mesyuarat
Agung Persatuan Penduduk Kampung Tambak Balai Panjang bagi kali ke 3
ALHAMDULILLAH dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada warga
penduduk yang telah memberi kepercayaan dan keyakinan yang tinggi kepada
barisan ahli jawatankuasa Persatuan Penduduk Kampung Tambak untuk mentadbir
dengan sebaiknya. Justeru, barisan ahli jawatankuasa sentiasa berusaha memastikan
objektif kami dapat direalisasikan.
Aktiviti kebajikan sentiasa dipertingkatkan dan dititikberatkan dan usaha dapat
kami laksanakan dengan Geran dari Komuniti 2019 Persatuan penduduk oleh Pejabat
Pendaftaran Pertubuhan Negeri Melaka Sebanyak RM9940.00 Selaku Setiausaha
persatuan penduduk Kampung tambak balai Panjang saya bersama ahli
jawatankuasa telah melaksanakan beberapa program dan juga pembelian
beberapa buah aset untuk Persatuan penduduk kita.
saya amat mengalu-alukan agar kesempatan di Mesyuarat Agung ini dijadikan
sebagai satu ruang untuk mencambah idea dan pandangan bagi mempelbagaikan
aktiviti ke arah pengukuhan keharmonian ahli dan juga warga penduduk Kampung
balai panjang .
Akhir kata, kelemahan dan kesilapan yang terlihat di mata dan terasa di hati,
bagi pihak barisan jawatankuasa memohon kemaafan. Idea, sokongan dan
komitmen adalah perlu daripada semua peringkat dan tempat.
Salam Hormat, dari saya Setiausaha Persatuan penduduk kampung Tambak
Balai Panjang Melaka.
Mesyuarat Agung Persatuan penduduk kampung Tambak Balai Panjang Melaka 14
Laporan Aktiviti 1-2
Program membenteras jenayah dan dadah
Tarikh : 9 Disember 2019
Perkarangan masjid Tambak Balai Panjang
Melaka
PENDAHULUAN
Pencegahan jenayah adalah satu aspek penting dalam memastikan kawasan
tempat tinggal sentiasa aman dan selamat. Walaupun menangani jenayah adalah
tanggungjawab pihak berkuasa, orang ramai boleh memainkan peranan penting
dalam melindungi diri, keluarga dan masyarakat. Jika ada menyaksikan sebarang
kejadian jenayah, kita perlu melapurkannya kepada Balai Polis yang berhampiran.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyediakan senarai nombor-nombor telefon untuk
memudahkan kita menghubungi balai-balai polis tempatan dan daerah. PDRM
juga menyediakan beberapa panduan dan petua berguna untuk mencegah
kejadian jenayah.
1.MATLAMAT
Memberi pendedahan kepada semua warga penduduk kampung Tambak Balai
Panjang Melaka tentang pencegahan Jenayah dan Dadah
2.OBJEKTIF
1. Memupuk Kesedaran dan Keinsafan dalam kalangan Penduduk.
2. Memberikan kesedaran awal tentang pencegahan jenayah
3. Mengurangkan masalah Disiplin anak2 remaja kampung.
4. Memupuk kesedaran kurangnya perhatian dari keluarga
Mesyuarat Agung Persatuan penduduk kampung Tambak Balai Panjang Melaka 15
ATURCARA CERAMAH JENAYAH DAN DADAH
8 00 -9.00 pagi TENTATIF
9.15-10.00 pg
10.15 -10.45 Ketibaan tetamu, Persiapan tempat, Sarapan pagi
11.00-11.45 Pg
Ceramah 1 ~ Dari Agensi Anti Dadah Melaka
12.00 tgh ~ Tuan Amir bin Fitri
12.30 tgh Sesi soal jawap
Ceramah 2 ~ Dari Ibu Pejabat Penjara Negeri Melaka
~ Tuan Azan Bin Mat Suhat
Ketua Inspektor Penjara
Sesi Soal jawap
Ceramah 3~ Dari Jabatan Polis Melaka Cawangan Balai Polis
Malim
Tuan Ansari bin Hassan
Timb. Ketua Balai , Balai Polis Malim
Sesi soal jawap
Bacaan Doa
Ucapan Penasihat Persatuan Penduduk
Ucapan Pengerusi Persatuan penduduk
Ucapan YB. Khoo Poay Tiong (Adun Parlimen Kota Melaka)
Majlis penyampaian Cenderahati, hadiah dan Majlis penutup
Makan tengahari
Mesyuarat Agung Persatuan penduduk kampung Tambak Balai Panjang Melaka
16
LAPORAN AKTIVITI BERGAMBAR
Mesyuarat Agung Persatuan penduduk kampung Tambak Balai Panjang Melaka 17
LAPORAN AKTIVITI BERGAMBAR
Laporan Aktiviti 3
P
Mesyuarat Agung Persatuan penduduk kampung Tambak Balai Panjang Melaka 18
rogram PERLAKSANAAN PEMBERSIHAN & PENYELENGGARAAN
Tarikh : 8 FebuariI 2020
Kawasan Persekitaran yang berpotensi banjir kilat serta pembuangan sampah yang
tidak teratur di kawasan Balai Panjang.
Pengenalan :
Projek ini merupakan aktiviti Biro Kebersihan dan Keceriaan Kampung Tambak Balai
Panjang Melaka dengan mengambil kira penglibatan semua warga penduduk
Kampung Tambak dan kawasan persekitaran bagi mengembeleng tenaga
melaksanakan kebersihan kawasan yang berpotensi berlaku pencemaran Bau, Banjir
Kilat dan Pembuangan Sampah yang tidak teratur dan masalah nyamuk Denggi.
Matlamat :
i. Menceriakan kawasan kampung Tambak Balai Panjang Melaka agar dapat
memberikan impak sihat, segar dan indah seterusnya menarik minat masyarakat
kampung untuk berkerjasama dalam usaha merealisasikan Melaka Bersih dan Indah.
Objektif :
i. Menanam semangat berkerjasama diantara penduduk setempat dengan
taman-taman yang berdekatan.
ii. Memohon agar kerjasama dari semua pihak untuk menjayakan projek ini untuk
kebaikan bersama.
iii. Membina dan memelihara diri, Persekitaran kampong yang bersih, sihat dan
selamat.
iv. Membenteraskan gejala kurang sihat dengan mengamalkan gaya hidup sihat
dengan adanya program gotong royong untuk membangunkan masyarkat yang
boleh berkerjasama.
Kumpulan sasaran :
Semua Komuniti penduduk kampung , Persatuan Penduduk Taman, pihak Majlis Hang
Tuah Jaya dan lain –lain agensi yang terlibat dengan memberi kerjasama bagi
menjamin kawasan yang bersih lagi selamat.
Mesyuarat Agung Persatuan penduduk kampung Tambak Balai Panjang Melaka 19
LAPORAN AKTIVITI BERGAMBAR
20
Mesyuarat Agung Persatuan penduduk kampung Tambak Balai Panjang Melaka
LAPORAN AKTIVITI BERGAMBAR
Mesyuarat Agung Persatuan penduduk kampung Tambak Balai Panjang Melaka 21
Laporan Aktiviti 4
Gotong Royong membersihkan masjid dan tanah kubur di Kampung Tambak Balai
Panjang Melaka
Tarikh : 11 April 2021
Masa : 8.00 pagi – 12.00 tgh.
Lokasi : Tanah Perkuburan Kampung Tambak Balai Panjang Melaka
dan Masjid Al Huda Tambak Balai Panjang Melaka
Skop kerja : 1.) Mencantas dahan dan pelepah Pokok
2.) Mencantas pokok-pokok renek,
3.) Memotong rumput
4.) Membersihkan Kipas dinding, Longkang dll.
5.) Membersihkan kayu-kayu reput
Kehadiran sekitar 50 orang
Program ini dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Kampung Tambak Balai Panjang Melaka
adalah bertujuan dapat mengeratkan Silatulrahim diantara masyarakat setempat dan
dengan adanya program gotong royong ini juga semua penduduk kariah kampung ini
termasuk penduduk taman dapat bersama turun padang beramai-ramai melakukan kerja
amal membersihkan masjid dan kubur.
Selain rasa tanggungjawab, usaha membersihkan kawasan perkuburan itu adalah untuk
memberikan imej lebih sempurna, menjaga kebersihan dan memberi suasana selesa kepada
ahli keluarga yang datang menziarah.
Di antara aktiviti sukarela yang di jalankan adalah mengemas dalam dan luar Masjid Al Huda
dan Perkuburan Islam Kampung Tambak ialah mengumpul ranting dan dahan-dahan reput,
Memesin rumput, mencantas pelepah pokok dan menyapu daun-daun kering di sekitar
kawasan tersebut.
Turut hadir membantu dalam gotong royong ini adalah terdiri daripada Jawatankuasa Masjid
dan komuniti setempat yang terlibat.
Program ini merupakan slot terakhir di dalam Program Geran Komuniti 2019 (G-2019) Persatuan
Penduduk yang telah memberi geran sebanyak RM10.000.00 oleh Jabatan Pertubuhan
Malaysia Negeri Melaka untuk menjalankan program pembangunan mengikut syarat
ditetapkan..
Kami dari Jawatankuasa Persatuan Penduduk Kampung Tambak Balai Panjang sekali lagi
berterima kasih kepada Jabatan Pertubuhan Negeri Melaka, Jawatankuasa Keselamatan
Kampung , Ahli Jawatankuasa Masjid Al Huda Tambak Balai Panjang, Pengerusi Taman-Taman
dalam kariah Balai Panjang dan orang perseorangan yang membantu kami menjalankan
program ini dengan harapan dapat memupuk semangat kerjasama dan meningkatkan aktiviti
kerja sukarela pada masa akan datang.
Wassalam Terima Kasih.
Mesyuarat Agung Persatuan penduduk kampung Tambak Balai Panjang Melaka 22
LAPORAN AKTIVITI BERGAMBAR
Mesyuarat Agung Persatuan penduduk kampung Tambak Balai Panjang Melaka 23
LAPORAN AKTIVITI BERGAMBAR
Mesyuarat Agung Persatuan penduduk kampung Tambak Balai Panjang Melaka 24
Pembelian Aset untuk penggunaan
Persatuan penduduk Kampung Tambak Balai Panjang
Melaka
DAFTAR HARTA PENYALURAN GERAN KOMUNITI (G-KOM 2019)
JABATAN PERTUBUHAN NEGERI MELAKA
Bil Butiran Kuantiti Seunit Jumlah Sebenar No. Siri Pendaftaran
1. Basikal RM2520.00
2. Lampu Suluh 4 630.00 PPKTBP/H-B/2019/1-4
3. Safety Vest(Security Collar) PPKTBP/H-B/2019/2-4
4 Wisel PPKTBP/H-B/2019/3-4
5. Walkie Talkie-10 km PPKTBP/H-B/2019/4-4
6. First Aid Kit
7. Safety Traffic Cone 30” 4 42.00 RM168.00 PPKTBP/H-LS/2019/1-4
8. Water Jet PPKTBP/H-LS/2019/2-4
PPKTBP/H-LS/2019/3-4
PPKTBP/H-LS/2019/4-4
4 36.00 RM144.00 PPKTBP/H-SV/2019/1-4
PPKTBP/H-SV/2019/2-4
PPKTBP/H-SV/2019/3-4
PPKTBP/H-SV/2019/4-4
4 12.00 RM48.00 PPKTBP/H-W/2019/1-4
PPKTBP/H-W/2019/2-4
PPKTBP/H-W/2019/3-4
PPKTBP/H-W/2019/4-4
4 350.00 RM1400.00 PPKTBP/H-WT/2019/1-4
PPKTBP/H-WT/2019/2-4
PPKTBP/H-WT/2019/3-4
PPKTBP/H-WT/2019/4-4
2 60.00 RM120.00 PPKTBP/H-F-AID/2019/1-4
PPKTBP/H-F-AID/2019/2-4
4 35.00 RM140.00 PPKTBP/H-TC/2019/1-4
PPKTBP/H-TC/2019/2-4
PPKTBP/H-TC/2019/3-4
PPKTBP/H-TC/2019/4-4
1 400.00 RM400.00 PPKTBP/H-Wjet/2019/1-1
RM4940.00
JUMLAH
BESAR
Mesyuarat Agung Persatuan penduduk kampung Tambak Balai Panjang Melaka
25
Pembelajaan Geran G-2019 Sepenuhnya
Bil Tarikh Aktiviti Jumlah
1. 4 Dis 2019 Perbelanjan
2 9 Dis 2019 Pembelian Aset Persatuan
Penduduk 4940.00
Aktivit 1 & 2 Membenteras 2410.00
Jenayah dan Dadah
3 8 Feb 2020 Aktiviti 3 Penyelenggaraan dan 1083.00
Pembersihan Kampung Tambak
Balai Panjang
4. 11 April 2021 Aktivit Gotong Royong Perdana 1507.30
Membersihkan kawasan Masjid
dan Tanah Perkuburan Islam
Balai Panjang Melaka
Jumlah Sebenar 9940.30
Mesyuarat Agung Persatuan penduduk kampung Tambak Balai Panjang Melaka 26
Perlantikan AJK Baru Khairat Kematian Mukim Balai Panjang
Bagi sesi 2023 – 2024
Pengerusi : _________________________________________________________________
Cadangan : _________________________________________________________________
Timb. Pengerusi : _____________________________________________________________
Cadangan : __________________________________________________________________
Bendahari : ___________________________________________________________________
Cadangan : __________________________________________________________________
Setiausaha : __________________________________________________________________
Cadangan : __________________________________________________________________
Ahli Jawatan Kuasa : ________________________________________
________________________________________
________________________________________
________________________________________
________________________________________
________________________________________
Pemeriksa Kira-kira 1 __________________________________________
Pemeriksa Kira-kira 2 ___________________________________________
Mesyuarat Agung Persatuan penduduk kampung Tambak Balai Panjang Melaka 27
Mesyuarat Agung Persatuan penduduk kampung Tambak Balai Panjang Melaka