AWAL MUHARRAM BULETIN SUMUR 1445H
Awal Muharam merupakan suatu hari penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari kota Mekah ke kota Madinah. Pengenalan Awal Muharram
Amalan Sunnah Bulan Muharam Perbanyakkan Puasa Puasa Sunat Tasu'a (9 Muharam) dan Puasa Sunat Asyura (10 Muharam) "Sebaik-baik puasa setelah Ramadan adalah puasa di bulan Allah, al-Muharam " (Riwayat Abu Daud) Muhasabah Diri “Berpuasa pada hari Asyura, sesungguhnya aku mengharapkan kepada Allah supaya ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya. (Riwayat Ibn Majah) Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan," Surah al-Hasyr: 18
1 Rabiulawal - Tiba di Quba dan mendirikan masjid - Meneruskan perjalanan ke Madinah - Tiba di Madinah untuk solat Jumaat 12 RabiulAwal 8 RabiulAwal 22 RabiulAwal - Pindah dari Masjid Quba ke Madinah MADINAH Tarikh Hijrah bermula dari zaman pemerintahan Saidina Umar R.A. pada tahun 638 iaitu setelah 17 tahun peristiwa Hijrah 26 SAFAR - Meninggalkan rumah di Mekah - Bersembunyi selama tiga hari di Gua Thur Hijrah Rasulullah S.A.W
6 Fakta Hijrah Rasullullah HIJRAH Nabi Muhammad SAW berlaku pada 12 Rabiulawal Sebelum baginda memulakan perjalanan hijrah, rumah baginda telah dikepung oleh 11 pembesar Quraisy yang bertujuan membunuh baginda Rasullullah SAW berhijrah bersama-sama Abu Bakar Al-Siddiq dan Abdullah bin Uraiqit Al-Lait (sebagai petunjuk jalan) Khalifah ke-2 iaitu Umar Al-Khattab telah memilih bulan Muharam sebagai permulaan tahun baru Islam Perjalanan hijrah baginda dan Abu Bakar Al-Siddiq dari Mekah ke Yathrib (Madinah) sejauh 475 KM adalah dengan menaiki unta Rasullullah SAW mengasaskan masjid pertama yang dibina oleh orang Islam yang dikenali sebagai Masjid Quba
DISEDIAKAN OLEH : SITI IRDINA BINTI HASKIMIN NUR DANIA DARWISYA BINTI AZALI NUR FIKRIYAH HANIS BINTI SAIFUL AZLI NURUL NAZIFA BINTI YAZIK DIBIMBING OLEH : PUAN SITI NURATHIKAH BINTI SHAARI BULETIN SUMUR 2023