3 ISI KANDUNGAN MEMBINA KECEMERLANGAN DENGAN JIWA DAN RAGA 04 Mantan Naib Canselor 05 Nilai-nilai bersama 07 Objektif UUM 08 ‘Empat Dekad Pemacu Transformasi: Pengurusan Pendidikan, Teknologi dan Komuniti’ 09 Dasar Polisi Pertama : Dasar / Polisi Pengurusan Pendidikan 09-19 Hala Tuju 1 : Mencapai keunggulan global Hala Tuju 2 : Memperkasa kerjasama strategik antarabangsa Hala Tuju 3 : Mentransformasi sistem pengajaran dan pembelajaran Hala Tuju 4 : Memantapkan pengurusan kewangan Hala Tuju 5 : Memperkukuh pengurusan sumber manusia Hala Tuju 6 : Membangunkan kapasiti bakat masa depan dan memperkasakan mahasiswa Hala Tuju 7 : Memperkasa penyelidikan, inovasi, penerbitan dan pengkomersilan Kedua : Dasar / Polisi Pengurusan Teknologi 20-22 Hala Tuju 8 : Memperkukuh ekosistem digital dan infrastruktur UUM secara menyeluruh Ketiga : Dasar / Polisi Pengurusan Komuniti 23-24 Hala Tuju 9 : Memperluas akses program pembelajaran sepanjang hayat bagi melahirkan masyarakat berilmu/ berpengetahuan Kebajikan 25-26 Sambutan 40 Tahun dan Tahun Melawat UUM 2024 27-28 Penutup 29
4 MEMBINA KECEMERLANGAN DENGAN JIWA DAN RAGA Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. 1. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT, kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, kita semua diberikan kesihatan tubuh badan dan kekuatan akal, ruang dan kesempatan untuk sama-sama berhimpun pada pagi ini sama ada secara fizikal atau secara dalam talian bagi menghayati hala tuju Universiti bagi tahun 2024. Pada kesempatan ini, saya mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2024 kepada semua warga UUM walau di mana jua anda berada. Sama-sama kita berdoa agar tahun ini akan menjadi tahun yang lebih baik, lnsyaAllah. Hadirin yang dikasihi sekalian, 2. Tahun 2023 telah membawa seribu satu kenangan manis kepada UUM. Kita telah berjaya meraih pencapaian di pelbagai peringkat, dalam bidang melibatkan akademik mahupun bukan akademik, sama ada di dalam negara ataupun di luar negara. Saya ucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan semua warga dalam mengusahakan kejayaan tersebut. Tahniah kepada yang mencipta nama sepanjang tahun 2023. Marilah kita berikan tepukan yang gemuruh atas kejayaan yang telah dibuktikan oleh seluruh warga dan Pusat Tanggung Jawab yang terlibat. 3. Kejayaan kita hari ini sebenarnya bukanlah dicapai dengan menggosok lampu aladin yang tercipta dalam sekelip mata. Pastinya kejayaan yang diperolehi hari ini seperti mana kata-kata Perdana Menteri ke 5 – Tun Abdullah Ahmad Badawi “....sesungguhnya, segala kejayaan yang dicapai hari ini ditunjangi oleh usaha dan pengorbanan penjuang-pejuang kita yang terdahulu..” 4. UUM akan menyambut ulang tahun ke-40 pada tarikh pengasasannya iaitu pada 16 Februari 2024. Hargailah mereka kerana tanpa mereka, siapalah kita. Sama-sama kita menghargai titik peluh dan usaha gigih generasi UUM terdahulu sehingga kita mampu mengecapi manfaat pada masa kini. Terima kasih dan setinggi penghargaan kepada semua barisan kepimpinan UUM bermula dari Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Canselor, Tuanku ProCanselor, Pengerusi LPU dan khususnya kepimpinan Naib Canselor yang telah menerajui dan memacu UUM sebelum ini:
5
6 5. Penghargaan juga kepada semua staf yang menjadi perintis dan peneroka pembangunan UUM di Tanah Merah yang berjumlah 490 orang dengan nombor pekerjanya bermula dari angka 01- 490 ketika itu yang juga secara hakikinya akan dan telah meninggalkan perkhidmatan dengan berpencen. Jasa bakti mereka amat kita hargai. Terima kasih kepada mereka semua. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan penghargaan kepada 3 orang staf kita yang telah berkhidmat selama 40 tahun. 1. Encik Bistomi Ismail, No Staf 55, Bersara 17 Julai 2024 2. Puan Umisofian Md Yusof, No Staf 77, Bersara pada 8 Mac 2024 3. Encik Ismail Ali, No staf 91, Bersara pada 3 November 2024 Warga UUM yang dikasihi sekalian, 6. Ucapan saya pagi ini bertajuk, MEMBINA KECEMERLANGAN UUM KE ARAH PEMACU TRANSFORMASI PENGURUSAN, TEKNOLOGI DAN KOMUNITI. Saya ingin memulakan bicara saya dengan sepotong ayat al-Quran, Surah Al-Qasas ayat 77: (Surah Al-Qasas ayat 77) Ertinya: “Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bahagian-bahagian di dunia; dan berbuatlah baik (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu; dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi. Sesungguhnya, Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan.” 7. Saya menukilkan maksud ayat ini dengan rasa penuh keinsafan bahawa setiap tindakan dan perbuatan kita akan ada implikasinya, bukan sahaja atas dunia ini, bahkan sampai ke alam yang akan datang. Sama-samalah kita berusaha untuk melakukan sebanyak-banyak kebaikan yang boleh memberi manfaat kepada orang lain.
7 8. Justeru, marilah kita terus menjiwai dan meresapi 7 nilai murni UUM yang telah dipaksikan sejak penubuhannya iaitu: • Saling Menghormati dan Penerimaan • Komunikasi • Kesyukuran • Pembelajaran Berterusan • Integriti • Muhasabah diri • Kecemerlangan
8 9. Sesungguhnya, ikatan nilai murni bersama itu boleh menjadi benteng kepada kita untuk terus menyumbang Ilmu Budi Bakti ke pada UUM. 10. Sebagai universiti pengurusan terkemuka yang bercita-cita melahirkan pemimpin berperwatakan holistik untuk kemudiannya berbakti kepada komuniti global, hala tuju UUM berasaskan tiga objektif penubuhannya, iaitu: 11. Sesungguhnya, objektif penubuhan UUM tidak bercanggah dengan lima (5) fokus utama Kementerian Pendidikan Tinggi bagi tahun 2024. Lima (5) teras berkenaan telah dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir pada 12 Januari lalu iaitu: • Penyediaan bakat terbaik negara • Pengukuhan Ekosistem penyelidikan dan inovasi • Pelaksanaan pendekatan baharu program pemindahan & perkongsian ilmu • Pengantarabangsaan pendidikan tinggi • Pemantapan ekosistem pemboleh daya 12. Saya ingin berkongsi hala tuju UUM untuk tahun 2024 dan 2025, yang merupakan sebahagian pelan strategik fasa 3, iaitu fasa terakhir sebelum memasuki pelan strategik baharu untuk 2026 hingga 2030. Hasrat dan hala tuju untuk 2024 adalah hala tuju bersama-sama kita. Kata Pepatah Melayu: Bulat Air Kerana Pembentung Bulat Kata Kerana Muafakat
9 Warga UUM yang dikasihi sekalian, 13. Penyampaian saya pada hari ini didasari dengan tema ‘Empat Dekad Pemacu Transformasi: Pengurusan Pendidikan, Teknologi dan Komuniti’, seperti yang tertera dalam Logo 40 tahun UUM. Kita akan meneruskan usaha mencapai kegemilangan dan mengungguli bidang tersebut serta meningkatkan keupayaan yang bakal memberi impak kepada negara. 14. Bagi meneruskan kecemerlangan UUM sebagai universiti pengurusan terkemuka, sempena juga usia UUM mencapai usia 40 tahun, sembilan (9) hala tuju bersama-sama sasaran dan inisiatif ditetapkan untuk dicapai pada tahun 2024 dan 2025. PERTAMA : DASAR / POLISI PENGURUSAN PENDIDIKAN Hala Tuju 1 : Mencapai keunggulan global Hala Tuju 2 : Memperkasa kerjasama strategik antarabangsa Hala Tuju 3 : Mentransformasi sistem pengajaran dan pembelajaran Hala Tuju 4 : Memantapkan pengurusan kewangan Hala Tuju 5 : Memperkukuh pengurusan sumber manusia Hala Tuju 6 : Membangunkan kapasiti bakat masa depan dan memperkasakan mahasiswa Hala Tuju 7 : Memperkasa penyelidikan, inovasi, penerbitan dan pengkomersilan KEDUA : DASAR / POLISI PENGURUSAN TEKNOLOGI Hala Tuju 8 : Memperkukuh ekosistem digital dan infrastruktur UUM secara menyeluruh KETIGA : DASAR / POLISI PENGURUSAN KOMUNITI Hala Tuju 9 : Memperluas akses program pembelajaran sepanjang hayat bagi melahirkan masyarakat berilmu/ berpengetahuan
10 15. UUM cemerlang pada tahun 2023: Tempat Pertama Universiti Awam di THE World University Rankings untuk universiti bawah umur 50 tahun. Ada 10 tahun lagi kita dalam kategori ini. Maka untuk terus kita pertahankan kedudukan ini, tujuh (7) hala tuju telah ditetapkan: PERTAMA : DASAR / POLISI PENGURUSAN PENDIDIKAN HALA TUJU 1: MENCAPAI KEUNGGULAN GLOBAL
11 16. Untuk mencapai keunggulan global, Universiti Utara Malaysia, sesuai dengan fokus sebagai universiti pengurusan, mestilah berusaha memastikan berada di kedudukan Nombor Satu dalam Top Business School di Malaysia. Sasaran UUM juga untuk meletakkan UUM berada di kedudukan nombor 20 di Asia dan kedudukan top 200 dalam QS World MBA Ranking, selain meneruskan usaha meletakkan UUM mendapat triple crown dalam akreditasi. UUM kini telah mendapat akreditasi AACSB dan AMBA, dan dalam usaha bagi mendapatkan akreditasi E-QUIS. HALA TUJU 2: MEMPERKASA KERJASAMA STRATEGIK ANTARABANGSA 17. Untuk memperkukuh keterlihatan UUM di peringkat global, hala tuju kedua ini diletakkan bagi memperkasa kerjasama strategik antarabangsa. Kita menyasarkan seramai 3,000 enrolmen baharu pelajar antarabangsa pada tahun ini. Sasaran ini dapat dicapai melalui inisiatif berikut: iaitu meningkatkan penglibatan dalam pameran, persidangan, dan acara perekrutan antarabangsa, mengembangkan perkongsian strategik dengan sekolah-sekolah tinggi antarabangsa, agensi pendidikan dan organisasi kerajaan untuk mengenalpasti dan menarik pelajar yang berkelayakan, mengembangkan perkongsian strategik dengan agen perekrutan dan UUM Holdings (jenama baru untuk memberikan imej yang lebih bermakna – Uniutama Holding), mewujudkan pakej biasiswa dan bantuan kewangan khas untuk pelajar antarabangsa, memperkuat sistem sokongan kepada pelajar antarabangsa dan berkolaborasi dengan rakan kongsi untuk mengembangkan program pensijilan profesional yang disasarkan untuk pasaran antarabangsa. Kita juga akan meneroka model dan strategi universiti awam yang telah berjaya dalam pengantarabangsaan seperti UKM Shape untuk diguna pakai.
12 18. Program Offshore di Indonesia juga akan dimulakan dengan kerjasama bersama UKM seperti mana yang dilakukan oleh USIM, UMK dan Sunway University. 19. UUM selama ini telah mempunyai rantaian atau networking di peringkat global. Dengan Indonesia, contohnya, UUM telah menjalin kerjasama dengan 101 institusi pendidikan tinggi di sana: UUM COLGIS: 40 UUM CAS: 27 UUM COB: 34 20. Saya berharap kerjasama ini akan dimanfaatkan sepenuhnya pada tahun 2024, supaya UUM berada di persada nusantara dan dapat menarik pelajar Post-Grad ke UUM dengan jumlah yang lebih ramai. Begitu juga di China dan timur tengah. Ayuh kita perkasakan lagi UUM di tahap global 2024 di Pakistan, Libya dan Uzbekistan. Hadirin yang dikasihi sekalian, HALA TUJU 3: MENTRANSFORMASI SISTEM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
13 21. Bagi memastikan UUM sentiasa releven untuk 10 tahun mendatang, kita sewajarnya memulakan langkah mulai sekarang seiring dengan perkembangan zaman dan teknologi, mentransformasi sistem pengajaran dan pembelajaran bagi melahirkan bakat kalis masa depan. 17 program ODL (Open and Distance Learning) akan mula ditawarkan pada tahun 2024, selain kursus microcredential dan penawaran MOOC (Massive Open Online Course). 22. Antara lain, pada tahun 2024 akan menyaksikan: • Penawaran Program Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dan Sarjana Muda Pengurusan Awam secara Mod ODL mulai Julai 2024, serta menawarkan dua (2) program Sarjana Pengurusan Awam dan Sarjana Sains (Pengurusan Pendidikan) mulai Mei 2025. • Membantu pusat pengajian, PACE dan UECSB untuk menawarkan program sarjana muda secara ODL. • Menetapkan 1 school – 1 ODL kepada pusat pengajian. • Membantu pusat pengajian untuk proses penawaran program sarjana secara ODL dengan cepat dan berkesan. • Membangunkan platform living campus sebagai platform utama bagi program ODL. • Mengangkat Self-Instructional Materials (SIM) sebagai suatu bentuk karya ilmiah yang inklusif dan boleh capai. Warga UUM yang dikasihi sekalian, HALA TUJU 4: MEMANTAPKAN PENGURUSAN KEWANGAN
14 23. Pertamanya saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada tiga (3) pusat pengajian yang telah mencapai penjanaan kewangan tertinggi dengan pencapaian melebihi RM 5 Juta pada tahun 2023. Syabas diucapkan kepada: • Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM) • Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan (SEFB) • Pusat Pengajian Pendidikan (SOE) 24. Untuk memastikan kemampanan kewangan, UUM perlu menjana melalui sumber dalaman sebanyak 25 peratus iaitu sekitar RM90 juta. Ini kerana sumbangan geran kerajaan biasanya sekitar 75 peratus atau kira-kira RM300 juta. Ini bermakna untuk tahun 2024 ini, kita menyasarkan penjanaan sebanyak RM97 juta. 25. Untuk itu, kita akan pertingkatkan lagi sumbangan zakat / wakaf / endowmen. Kita menyasarkan sebanyak 10 juta ringgit untuk endowmen baru pada tahun 2024. 26. Kejayaan kita pada dua tahun lalu mendapatkan endowmen sebanyak RM15 juta daripada syarikat FWD Takaful patut dibanggakan. Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada IBS atas kejayaan ini. Sebagai perbandingan, dalam laporan dua tahun lalu, Universiti Malaya (UM) mempunyai jumlah endowmen RM1.37 bilion diikuti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) RM84 juta dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) RM74 juta. 27. Saya yakin networking atau hubungan pensyarah-pensyarah kita dengan pembuat keputusan di industri boleh dimanfaatkan untuk tujuan ini. 28. Selain itu, untuk mencapai hala tuju keempat ini, pada tahun 2024 dan 2025 akan diteruskan penjanaan kewangan seperti berikut: • Menambah bilangan pelajar PG • Pensijilan Profesional ESG (Alam sekitar, sosial dan tadbir urus) • Program Latihan Eksekutif-Asosiasi Perguruan Tinggi Swasta Indonesia (APTISI) • Program Latihan Eksekutif Perbankan dan Kewangan Islam - Akademi Perbankan dan Kewangan, Uzbekistan • Program Tahun Melawat UUM • Edutourism UUM • Summer Cultural XChange @UUM • Mobility – France, Japan, Indonesia, China, Uzbekistan • BSD akan perkenalkan kursus dan latihan TVET Pengurusan • BSD akan menguruskan pemasangan solar
15 Warga UUM yang dikasihi sekalian, HALA TUJU 5: MEMPERKUKUH PENGURUSAN SUMBER MANUSIA 29. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada rakan-rakan yang telah dinaikkan pangkat sepanjang tahun 2023. Pada tahun lalu, seramai 15 pensyarah telah dinaikkan pangkat ke pangkat Profesor VK7, 46 orang dinaikkan ke pangkat Profesor Madya manakala 12 orang dinaikkan ke jawatan DS52. 30. Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pegawai tadbir dan pelaksana yang telah dinaikkan pangkat secara fleksi dan berdasarkan waran pada tahun 2023. Seramai 25 pegawai tadbir dinaikkan pangkat pada tahun lalu, manakala 80 orang staf pelaksana dinaikkan pangkat secara TBK atau time-based berasaskan kecemerlangan. Syabas dan tahniah. 31. Untuk tahun 2024 ini, setakat ini, insyaAllah sejumlah 30 pegawai tadbir akan dinaikkan pangkat secara fleksi. Untuk staf pelaksana pula, dijangkakan sebanyak 80 kenaikan pangkat secara TBK dan waran. Begitu juga untuk kategori Pengurusan dan Profesional, akan diberikan ruang yang seluas-luasnya berdasarkan kelayakan yang telah dicapai. 32. Mulai tahun ini, laluan kerjaya bagi staf akademik di UUM berpandukan kepada empat laluan kerjaya (Four Track) yang dirangka iaitu Regular Track, Accomplished Researcher Track, Inspiring Lecturer Track dan Institutional Leadership Track akan dijalankan secara percubaan untuk tahun 2024, sebelum dijangka dillaksanakan sepenuhnya pada tahun 2025.
16 33. Untuk penilaian staf pentadbiran, mulai tahun ini akan dibangunkan rangka CBTM (Competency Based Talent Management). CBTM berfokuskan 3 strategi utama iaitu: • Performance Management System (PMS), • Learning Management System (LMS) dan • Succession Management System (SMS) 34. Melalui model CBTM ini, staf pentadbiran akan melalui Dasar Penilaian 360 Darjah di mana penilaian adalah berasaskan kompetensi dan keserakanan dalam tugas. Warga UUM yang dikasihi sekalian, HALA TUJU 6 : MEMBANGUNKAN KAPASITI BAKAT MASA DEPAN DAN MEMPERKASAKAN MAHASISWA 35. Pada Tahun 2023, Pelajar-pelajar UUM telah banyak mencipta kecemerlangan dan kejayaan yang membanggakan. Memenangi 4 kategori Tokoh Siswa peringkat kebangsaan merupakan aspirasi yang dijelmakan hasil usaha yang dilaksanakan oleh HEPA. Sesungguhnya, mahasiswa bukanlah satu produk yang dihasilkan di dalam satu kilang yang dinamakan universiti, tetapi mereka merupakan modal insan yang bakal mewarisi tampuk kepimpinan dan kemajuan negara.
17 36. Oleh itu, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) akan terus memberikan tumpuan terhadap tiga (3) fokus pemerkasaan mahasiswa: • Pertama: Merealitikan Digital Native; sentiasa membina inovasi pelajar untuk mencuba sesuatu yang baru, suka belajar secara kreatif, interaktif, menyeronokkan serta berfikir di luar kotak selari dengan perkembangan teknologi. Kita mengimpikan suatu hari nanti ada di kalangan pelajar kita seperti Melanie Perkins yang mengasaskan Canva semasa usia muda. • Kedua: Keusahawan Pelajar; Langkah ini untuk memastikan pembentukan ekosistem keusahawanan lebih menyeluruh, kondusif dan lestari. Dengan gabungan dan kerjasama yang sepadu antara HEPA, Pusat Pengajian dan CEDI, UUM mampu menzahirkan sekurang-kurangnya lima (5) Jutawan Pelajar untuk tahun 2024. • Ketiga: Khidmat Mobiliti/ kesukarelawanan; pelajar dapat mempelajari pelbagai kemahiran baharu dalam bidang mereka sebagai nilai tambah kepada ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi di negara kita. UUM akan mula memperkenalkan satu Inasis satu Universiti di Thailand. 37. Penerapan tumpuan sebegini diharapkan akan dapat dalam memenuhi misi UUM untuk melahirkan pemimpin berperwatakan holistik. UUM mensasarkan tahap kebolehpasaran graduan (GE) berada pada tahap 95 peratus ke atas. Untuk GE tahun 2022, kita mencapai 94.4 peratus. Kita juga menyasarkan enam peratus graduan itu mendapat gaji premium, iaitu memulakan kerja dengan bergaji permulaan sebanyak RM4,000 sebulan. Kedudukan semasa graduan UUM bergaji premium sekitar empat peratus. 38. Untuk menjayakan hala tuju dan sasaran ini, kita menetapkan beberapa pendekatan untuk tahun 2024, antaranya: • School of Hard Knocks (SoHK) • Kolaborasi bersama penaja biasiswa untuk program pemerkasaan bakat sebelum pelajar bergraduat dan bekerja bersama penaja. • Penawaran program bridging antara UUM - Agensi Sokongan Keusahawanan atau Usahawan Berjaya semasa melalui projek khas, inkubator, pementoran dan perantis usahawan. 39. Selain daripada itu, UUM sangat komited untuk meneruskan agenda negara dan KPT terutamanya untuk membantu golongan B40. Justeru, UUM pada tahun 2024 akan meneruskan program SULUNG yang melibatkan 388 pelajar dengan perbelanjaan RM960,000. 40. UUM juga akan sentiasa prihatin dan mengambil berat akan saudara pelajar kita dari negara Palestin. UUM juga akan meneruskan polisi dengan mengenakan kadar yuran tempatan kepada saudara kita tersebut. Moga usaha UUM ini akan membantu mereka berjihad dalam akademik hingga berjaya.
18 Warga UUM yang dikasihi sekalian, HALA TUJU 7: MEMPERKASA PENYELIDIKAN, INOVASI, PENERBITAN DAN PENGKOMERSILAN 41. Penyelidikan menjadi asas penting dalam menjana aktiviti-aktiviti seperti penerbitan, pengajaran, jaringan dengan industri, pihak kerajaan, komuniti tertentu dan masyarakat keseluruhan. 42. Untuk 2024, UUM sewajarnya mewarnai ekosistem baharu dalam penawaran geran-geran ke arah berimpak tinggi. Penyelidik akan berpeluang merasai proses perkembangan from idea to impact. Geran dalaman akan disusun daripada bersifat fundamental hinggalah kepada idea yang matang untuk dimanfaat masyarakat. 43. Latihan berstruktur yang merangkumi fasa-fasa dalam RICES akan diperkenalkan bagi membantu penyelidik meningkatkan kualiti penyelidikan dan inovasi. 44. Penyusunan dan permerkasaan CoE akan diberikan tumpuan serius dari aspek pencapaian output dan impak yang disasarkan kepada universiti, masyarakat dan industri. 45. Untuk Inovasi dan Pengkormesialan, pihak ICC akan melaksanakan program pemecutan yang dinamakan SYNtok Business Technology Xcelerator (Syntax) yang merupakan suatu program inkubasi dari peringkat idea sehingga ke pasaran secara berstruktur. Ini akan membantu penyelidik dan pelajar bagi menubuhkan syarikat terbitan universiti seperti syarikat spin-off atau Business Sandbox.
19 46. Sehubungan itu, UUM secara serius memberikan fokus untuk penyelidikan tahun 2024. Sebanyak RM3.5 juta disediakan berupa dana geran dalaman untuk memperkasakan penyelidikan pada tahun 2024 (berbanding RM750,000 untuk 2023). Pecahan jumlah itu adalah seperti berikut: • Geran fundamental untuk pensyarah muda • Inter atau Trans-disiplin • penyelidikan kajian kes. 47. Pihak RMC pastinya akan menyusun atur agihan tersebut bagi memastikan KPI yang ditetapkan akan dapat dicapai. Untuk memastikan UUM menjadi peneraju utama di peringkat Kebangsaan bidang kajian kes, pihak LPU telah bersetuju untuk menjenamakan IMBRe ke Pusat Kajian Kes Pengurusan dan Kepimpinan (PKKPK). 48. Untuk tahun 2023, saya ingin merakamkan setinggi tinggi tahniah kepada tiga (3) pusat pengajian yang mendapat pencapaian yang tinggi dalam dana penyelidikan iaitu: • Pusat Pengajian Undang-undang (SOL) • Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS) • Pusat Pengajian Pengkomputeraan (SOC) Manakala Bagi Jumlah Dana Perundingan pula, Pusat Pengajian yang tertinggi adalah: • Pusat Pengajian Pengkomputeraan (SOC) (RM2.6 juta) • Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM) • Pusat Pengajian Kerajaan (SOG) 49. Tahniah dan Syabas diucapkan kepada Prof. Madya Dr Mohd Faizal Omar kerana mendapat geran penyelidikan tertinggi pada tahun 2023. Manakala Prof. Dr Fauziah Baharom pula tertinggi dalam jumlah Dana Perundingan. Moga pada tahun 2024 ini, penyelidik UUM akan terus berusaha gigih untuk mendapatkan jumlah geran yang telah disasarkan. PENERBITAN 50. Mengenai penerbitan pula, Imbuhan secara Tunai akan diberikan kepada sarjana UUM bagi menggantikan imbuhan berbentuk geran. Langkah ini merupakan satu wahana penting untuk memotivasikan para sarjana di UUM agar terus aktif menghasilkan penulisan berkualiti untuk mengembangkan intelektualisme terutamanya berasaskan pengurusan dan teknologi yang diterbitkan dalam pelbagai jurnal ilmiah yang mempunyai high impact.
20 Warga UUM yang dikasihi sekalian, KEDUA: DASAR / POLISI PENGURUSAN TEKNOLOGI HALA TUJU 8 : MEMPERKUKUH EKOSISTEM DIGITAL DAN INFRASTRUKTUR UUM SECARA MENYELURUH 51. Saya ingin berkongsi beberapa perkembangan terkini dalam usaha meningkatkan kualiti infrastruktur, teknologi, dan pengurusan dalam usaha memperkukuhkan ekosistem digital UUM yang dirancang pada tahun 2024 dan menjadi sasaran UUM menjadikan UUM sebagai Universiti Pintar Tahun 2026. Setinggi tinggi tahniah dan terima kasih kepada Team UUMIT di bawah Prof. Madya Dr. Muhamad Shahbani Abu Bakar yang telah menyediakan framework yang holistik bagi menjamin UUM terkehadapan dalam bidang ini. Dengan menggunakan peruntukan RMK12-RP4 sebanyak RM24.7 Juta dan Peruntukan Dalaman UUM RM1.72 Juta melalui penjimatan kos, beberapa projek pendigitalan telah dirancang dengan teliti untuk dilaksanakan pada tahun 2024 seperti berikut: (a) Menaiktaraf Infrastruktur Rangkaian Fiber Optik dan WiFi Bridge: Menaik taraf infrastruktur rangkaian fiber optik di Kampus Sintok, Perumahan Sisiran Sintok, dan Taman Universiti. Ini akan memberikan akses yang lebih pantas dan stabil kepada komuniti universiti. Penggantian WiFi Bridge di Taman Universiti juga akan memastikan cakupan yang lebih luas dan kebolehcapaian yang lebih baik. (b) Menaiktaraf Peralatan Rangkaian Penginapan: Penggantian peralatan rangkaian usang di Inasis Kampus Sintok dan pemasangan rangkaian baharu di Taman Universiti, serta Perumahan Sisiran Sintok memastikan
21 pelajar dapat menjalani PdP dengan sempurna dan memberikan pengalaman penginapan yang terbaik. (c) Menaiktaraf Sistem Telekomunikasi IPABX System, Pemantauan Sistem Audio Visual, dan Perolehan Makmal PdP: Menaiktaraf PABX System, integrasi sistem audio visual, dan perolehan makmal PdP adalah langkah penting untuk menyokong pembelajaran dan komunikasi yang efektif yang memberikan manfaat seoptimum mungkin kepada komuniti pentadbiran, akademik dan pelajar. (d) Menaiktaraf Infrastruktur Rangkaian Dewan MAS, Bangunan Canselori, dan Student Lounge: Kita juga sedang memfokuskan usaha untuk menaiktaraf infrastruktur rangkaian di Dewan MAS, Bangunan Canselori, dan Student Lounge. Ini akan memastikan kelancaran perkhidmatan digital untuk pelbagai acara, pencapaian tahap akses rangkaian yang baik dan memenuhi keperluan pelajar menggunakan fasiliti internet yang baik di Inasis. (e) Pembangunan Aplikasi: Pembangunan Platform HyFlex dan Pengurusan Fasiliti UUM akan memperkukuhkan keupayaan kita dalam menyelaraskan pembelajaran dalam talian dan fizikal. Projek AR/VR dan Metaverse akan membawa dimensi baru dalam pengajaran dan pembelajaran. Pembangunan Aplikasi Pengurusan Data UUM (Dashboard) secara analitik dan aplikasi CBTM UUM akan menyediakan platform perisian yang efektif untuk pengurusan dan pemantauan. (f) Pembangunan Kompetensi, Bakat, dan Kemahiran Insaniah Staf UUMIT: Dalam usaha pembangunan fizikal seperti diatas, saya menyarankan supaya usaha dalam meningkatkan kompetensi, bakat, dan kemahiran insaniah di kalangan staf UUMIT juga dipertingkatkan. Kemajuan dan perubahan pesat teknologi ICT memerlukan kemahiran baru di kalangan staf untuk memastikan penyegaran dan ketangkasan dalam menghadapi cabaran teknologi yang terkini. 52. Saya menggalakkan kerjasama daripada semua pihak terlibat dalam melaksanakan projek-projek ini dengan cekap dan teliti. Kejayaan kita dalam memajukan infrastruktur, aplikasi, dan kompetensi staf akan memberikan impak positif kepada pengalaman pelajar dan reputasi UUM secara keseluruhannya.
22 53. Selain itu, usia bangunan dan infrastruktur lebih 30 tahun menyebabkan UUM memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk memulihkan bangunan kita. Alhamdulillah, Kementerian Pendidikan Tinggi meluluskan peruntukan sebanyak RM61.5 juta dalam rolling Plan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12), termasuk peruntukan sebanyak RM36.8 juta untuk menaik taraf bilik-bilik pelajar, tandas dan bumbung bangunan. 54. Untuk tahun 2024, sebanyak RM3 juta diperuntukkan untuk menaik taraf kemudahan di zon penginapan pelajar. Sebanyak RM3 juta juga untuk penggantian dan perolehan sistem pencegah kebakaran dan sistem penggera usang. Selain itu, dalam surat kuasa pelaksanaan projek baru RMK12 RP4 bertarikh 16 Januari 2024 itu turut meluluskan peruntukan sebanyak RM1 juta untuk kajian bagi mengurangkan risiko banjir dan kerosakan terhadap infrastruktur, yang meliputi kawasan di sekitar sepanjang Sungai Sintok, Sepanjang Sungai Badak, tasik dalam kawasan kampus dan kolam tadahan air di luar kampus.
23 Warga UUM yang dikasihi sekalian, KETIGA: DASAR / POLISI PENGURUSAN KOMUNITI HALA TUJU 9: MEMPERLUAS AKSES PROGRAM PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT BAGI MELAHIRKAN MASYARAKAT BERILMU/ BERPENGETAHUAN 55. Sasaran UUM untuk menyediakan setiap pusat pengajian mempunyai satu program pembelajaran sepanjang hayat. Untuk menjaya dan memantau sasaran ini, Jawatankuasa Induk Pembelajaran Sepanjang Hayat ditubuhkan yang dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa). Program seperti micro-credential, sijil-sijil eksekutif dan EDBM akan diperluaskan lagi. Promosi dan perluasan untuk PACE sebagai pusat APEL akan diperkukuhkan tahun 2024. Ini semua untuk memberikan peluang serta ruang komuniti untuk menambah pengetahuan dan melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. 56. UUM akan terus bergerak memberi dan membangunkan komuniti seperti dalam objektif ketiga penubuhannya. Justeru itu, projek atau program Satu Pusat Pengajian satu Daerah akan diteruskan bagi menjadi saluran transfer knowledge yang terbaik antara universiti dan masyarakat. 57. Projek Cyntok Bhatik yang telah di laksanakan bermula pada September 2019, oleh Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif & Seni Persembahan (SCIMPA), kini telah menunjukkan impak dan progres yang baik kepada komuniti atau masyarakat yang terlibat. Genap 5 tahun projek komuniti dengan jenama Cyntok Bhatik ini diusahakan dan kini ianya telah menjadi satu signature kepada UUM dari segi segmen penyelidikan, Perundingan dan Pengkomersialan.
24 58. Baru-baru ini (24 Jan 2024), saya sempat berkunjung ke tapak projek yang kini di kenali dengan nama “Lebai Saman Creative Village”, dan meninjau sendiri program Karnival Semarak Kasih STF-IBS,UUM dan turut serta dalam program Lawatan Tapak Komuniti Cyntok Bhatik sempena sambutan 40 Tahun UUM. Hasil lawatan tersebut, saya merasakan sudah sampai masanya, projek ini dinaiktaraf sebagai Projek Komuniti Berimpak Tinggi, Universiti Utara Malaysia dan mengharapkan keterlibatan dari semua Pusat Pengajian untuk turun padang dan membantu komuniti dari perspektif bidang masing-masing. 59. Lebai Saman Creative Village, ini juga boleh kita jadikan sebagai Nidus Inkubator Penyelidikan & Perundingan Projek Komuniti, rasmi UUM. Program ini pastinya kita akan dilebarluaskan di peringkat Batik Kota Tinggi dan Batik Pangkor bagi menyerlahkan lagi sumbangan UUM terhadap komuniti. Warga UUM yang dikasihi, 60. Dalam mengatur rancang pencapai misi dan visi yang berpaksikan 3 dasar/Lantai (Pengurusan Pendidikan, Teknologi dan Komuniti), dengan 9 landasan Halatuju 2024, yang telah saya utarakan di atas, saya percaya dan yakin bahawa pihak Universiti turut perlu menitikberatkan hal berkaitan kesejahteraan dan kebajikan kakitangan. HAL KEBAJIKAN 61. Ketika saya dilantik sebagai Naib Canselor, perkara utama dan pertama saya ialah hal kebajikan warga UUM. Saya meletakkan perkara ini sebagai agenda utama dan berkongsi dengan pihak pengurusan tertinggi UUM. 62. Berdasarkan suara hati rakan-rakan melalui wakil-wakil persatuan, kesatuan dan kelab yang dikemukakan dalam mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ), Jawatankuasa Pengurusan Universiti pada 15 November 2023 bersetuju menetapkan kadar baru skim perkhidmatan perubatan kakitangan UUM yang sebelum ini, hanya RM500 seorang. Kadar baru adalah seperti berikut:
25 63. Untuk ini sahaja, UUM berbelanja sebanyak hampir RM2 juta. Perkara ini akan dibentangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti tidak lama lagi. 64. Untuk kakitangan pentadbiran juga, pada tahun 2024 ini kita perkenalkan WBF atau Waktu Bekerja Fleksible. Mereka yang masuk 7.30 pagi boleh pulang pada 4.30 petang. Mereka yang masuk kerja pada jam 8.00 pagi boleh pulang pada 5.00 petang, manakala yang clock-in pada 8.30 pagi boleh pulang pada jam 5.30 petang. Janganlah ada lagi yang clock in selepas jam 8.30 pagi atau pulang ke rumah sebelum jam 4.30 petang. 65. Selain itu, Mesyuarat Lembaga Majlis Kebajikan, Sukan dan Kebudayaan (MKSK) pada 18 Oktober 2023 memutuskan ketetapan berikut: • Syarat bantuan persekolah ditetapkan kepada isi rumah berpendapatan di bawah RM4,000, diperluaskan kepada isi rumah berpendapatan RM8,000. Ini bermakna lebih ramai berpeluang mendapatkan bantuan persekolahan untuk anak-anak secara tahunan. Jumlah sebelum ini RM100 seorang anak dinaikkan ke RM150 seorang. • Kelayakan untuk anak-anak yang melanjutkan pengajian ke peringkat universiti termasuk pra universiti yang sebelum ini diberikan kepada isi rumah berpendapatan di bawah RM6,000 diperluaskan kepada mereka yang isi rumah berpendapatan di bawah RM15,000 sebulan. Kadar bayaran sama seperti sebelum ini iaitu di antara RM200 – RM500. • MKSK juga membuat keputusan baru untuk skim pemeriksaan kesihatan. Sebelum ini skim ini sebanyak RM80 atau RM120 bagi staf UUMKL, hanya diberikan kepada staf isi rumah berpendapatan RM6,000 ke bawah diperluas kan kepada semua staf. Tiada lagi had pendapatan isi rumah. 66. Saya yakin banyak lagi jenis-jenis kebajikan yang boleh kita ubah suai untuk kebaikan staf UUM. Walau bagaimanapun, perubahan lain yang akan dibuat perlu melihat juga dengan pendapatan UUM. Jika kita semua bekerja keras untuk menambah pendapatan universiti, lebih banyak lagi kebajikan boleh kita berikan.
26 Warga UUM yang dikasihi, SAMBUTAN 40 TAHUN DAN TAHUN MELAWAT UUM 2024 67. Lebih 40 Program Utama dirancang untuk meraikan sambutan 40 tahun UUM sepanjang tahun 2024. Sempena dengan tarikh pengasasan yang penuh bermakna ini, pihak universiti akan menubuhkan Tabung Sumbangan 40 Tahun UUM yang setiap sumbangan serta jualan yang diperolehi dalam aktiviti, disalurkan ke tabung tersebut. Hasil sumbangan ini akan disalurkan untuk membantu pelajar-pelajar UUM khususnya, dan staf yang berkeperluan. 68. UUM ditubuhkan pada 16 Februari 1984, dan kita menyambut Hari Pengasasantahun ini dalam usia 40 tahun. 69. Majlis Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Setia (PPS) pula akan diadakan pada sama ada 22 April atau 29 April nanti. Anugerah itu untuk staf UUM yang sudah berkhidmat lebih 25 tahun. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah selaku Canselor UUM akan menganugerahkan pingat ini di EDC Hotel. 70. Pada 6 hingga 14 September 2024 pula, akan diadakan Program Sukan Institusi Pengajian Tinggi atau SUKIPT, yang dijangka akan dihadiri 10,000 atlet IPT dan staf di UUM. Sebelum sukan terbesar ini, Kejohanan Sukan Asasi Malaysia 2024 (SAM24) akan turut diadakan di UUM pada awal 1 hingga 3 Mac 2024. Selain daripada itu, UUM akan juga menjadi tuan rumah Sukan Bomba Malaysia (SUKBOM) pada 11 hingga 16 Julai 2024 dan Sukan Kebangsaan LHDN ( 26 hingga 30 September 2024). Ini merupakan sebahagian usaha untuk penjanaan 2024. 71. Program Homecoming Mega bersama alumni akan diadakan secara berterusan hingga kemuncaknya pada awal pertengahan November tahun ini, dengan pelbagai aktiviti menarik. Saya menyeru semua Pusat Pengajian dan Inapan Siswa - Inasis untuk bergerak aktif menjayakan program ini. 72. Kita juga akan mengadakan aktiviti berbentuk karnival seperti seni dan budaya, untuk menarik minat orang ramai dan industri untuk berkunjung ke UUM.
27 73. Program akademik seperti simposium dan seminar yang memberi impak besar kepada masyarakat dan warga akademia, akan turut dilaksanakan tahun 2024. Saya juga mahukan program mobiliti bersama rakan kerjasama dibuat secara besar-besaran tahun ini. Budak sekolah berebut guni, Berlari hingga ke hujung desa, Berkunjunglah ke UUM ini, Buat memori sepanjang masa. PENUTUP 74. Sebelum mengakhiri ucapan ini, saya ingin mengingatkan diri saya dan semua bahawa: kita selalunya diberi pilihan untuk berubah atau untuk tidak melakukan apa-apa. Walau bagaimanapun, perubahan adalah sesuatu yang pasti. Jika kita tidak berubah, persekitaran kita tetap akan berubah. Teknologi juga bergerak begitu pantas. Kata seorang penulis prolifik, George Bernard Shaw: “Progress is impossible without change, and those who cannot change their minds cannot change anything.” Sekian. Wabillahitaufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
28 Hak cipta terpelihara 2024. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta. Diterbitkan oleh: Unit Penerbitan, Jabatan Komunikasi Korporat Universiti Utara Malaysia, 06010, UUM Sintok Kedah Darul Aman