BAHASA MALAYSIA
TAHUN 5 SJKC
Oleh : Cikgu Syuhada
Unit 13 : Kenali dan Fahami
(Semangat Perpaduan)
3.6.2 Menulis untuk
menyampaikan maklumat
berbentuk syarahan dan
laporan yang jelas
dengan menegaskan
bahasa yang santun.
Perenggan 1
1 (Pendahuluan)
Perenggan 2
(Isi 1)
2
Hadirin yang saya hormati,
Perpaduan bermaksud penggabungan atau
bersepakat. Untuk mengekalkan perpaduan,
kita mesti.....
Perenggan 2
2
Hadirin yang saya hormati,
Perpaduan bermaksud penggabungan atau
bersepakat. Untuk mengekalkan perpaduan,
kita mesti mengunjungi jiran kita. Kita juga
boleh bersalaman supaya hubungan menjadi erat.
Perenggan 3
(Isi 2)
3
Selain itu, kita haruslah saling bekerjasama
dan membantu jiran. Contohnya, kita boleh
membantu jiran mengangkat barang-barang
apabila mereka berpindah. Oleh itu, kita dapat
meringankan beban jiran kita.
Perenggan 4
(Isi 3)
4
Akhir sekali, kita perlulah saling
memahami budaya masyarakat yang terdiri
daripada pelbagai bangsa dan agama untuk
mengekalkan perpaduan. Sebagai contoh, kita
boleh berbincang dengan rakan sekelas pelbagai
kaum dan bangsa.Kesannya, kita dapat
menyelesaikan masalah dengan baik.
Perenggan 5
5 (Penutup)
Hadirin yang saya kasihi,
`
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang berusaha Encik Yau Yee Shin, Guru Besar SJKC
Taman Sepadu, para hakim yang arif dan hadirin yang dihormati. Salam perpaduan saya
ucapkan. Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah “Kekalkan Perpaduan”.
Hadirin yang saya hormati,
Perpaduan bermaksud penggabungan atau bersepakat. Untuk mengekalkan perpaduan, kita
mesti mengunjungi jiran kita. Kita juga boleh bersalaman supaya hubungan menjadi erat.
Selain itu, kita haruslah saling bekerjasama dan membantu jiran mengangkat barang-
barang apabila mereka berpindah. Oleh itu, kita dapat meringankan beban jiran kita.
Akhir sekali, kita perlulah saling memahami budaya masyarakat yang terdiri daripada
pelbagai bangsa dan agama untuk mengekalkan perpaduan. Sebagai contoh, kita boleh
berbincang dengan rakan sekelas pelbagai kaum dan bangsa. Kesannya, kita dapat
menyelesaikan masalah dengan baik.
Hadirin yang saya kasihi,
Kesimpulannya, amalan saling mengunjungi, bekerjasama dan memahami itu sangat
penting. Amalan ini dapat membina masyarakat Malaysia yang aman dan harmoni.
Sekian terima kasih.