The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

UNIT 9 : BERHEMAH DI JALAN RAYA
(PAPAN TANDA JALAN RAYA)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nursyuhada.rusli, 2020-06-28 22:04:15

KATA SERU 3B

UNIT 9 : BERHEMAH DI JALAN RAYA
(PAPAN TANDA JALAN RAYA)

BAHASA MELAYU
TAHUN 3 SJKC

Oleh : Cikgu Syuhada

Unit 9 : Berhemah di Jalan Raya
(Papan Tanda Jalan Raya)

5.1.4 Memahami dan
menggunakan kata
tugas mengikut konteks.

(v) kata seru

Kata seru ialah kata yang digunakan untuk
menyatakan perasaan seperti takut,
gembira, marah, sedih dan sebagainya.

Contohnya, oh, cis, wah, eh,
amboi, aduh, dan hai.

Tanda koma (,) diletakkan selepas
kata seru.

Tanda seru (!) diletakkan pada akhir ayat
seruan.





Kata Seru

oh cis
wah eh
amboi
aduh
hai

Contoh ayat : oh
Oh, itu rumah awak!

Contoh ayat : cis

Cis, jangan berani
kamu datang ke sini!

Contoh ayat : wah

Wah, besarnya rumah
kamu!

Contoh ayat : eh

Eh, tadi buku saya
ada di sini!

Contoh ayat : amboi

Amboi, cantiknya
bunga yang awak beri!

Contoh ayat : aduh

Aduh, sakitnya kaki
saya!

Contoh ayat : hai
Hai, Kai Chun!



Eh
Wah




Click to View FlipBook Version