Lengkapkan ayat menggunakan kata nafi
‘bukan’ atau ‘tidak’ dengan jawapan yang betul.
1. Pak Mat ________ penjual buah-buahan di pasar
malam itu .
2. Ming Jun ________ melukis lukisan pemandangan di
tepi sawah tetapi di tepi pantai.
3. Ikan yang dibeli oleh ayah pada hari ini
________ besar seperti semalam.
Oleh : Cikgu Syuhada
4. Siew Ling ________ murid yang belajar di
Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu.
5. Jambangan bunga yang dibeli oleh Tina ________
untuk dihadiahkan kepada Yanti.
6. Ranjini dan keluarganya ________ bercuti ke
Pulau Pinang tetapi Pulau Langkawi.
Oleh : Cikgu Syuhada
7. Nurafina ________ sahaja pandai dalam pelajaran
malahan sangat berbudi bahasa.
8. Airin ________dapat hadir ke sekolah kerana
dia batuk dan demam.
9. Suhana tetap tersenyum walaupun dia ________
mendapat hadiah dalam pertandingan menulis karangan.
10. Puan Lim tidak kenal budak lelaki itu kerana
dia ________ jirannya.
Oleh : Cikgu Syuhada