The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nursyuhada.rusli, 2020-07-16 00:28:47

KATA PERINTAH

NOTA DAN SOALAN

BAHASA MELAYU
TAHUN 3 SJKC

Oleh : Cikgu Syuhada

Unit 9 : Berhemah di Jalan Raya
(Warden Trafik Sekolah)

5.1.4 Memahami dan
menggunakan kata
tugas mengikut konteks.

(iv) kata perintah

Warden Trafik Sekolah

Kata perintah ialah perkataan

yang digunakan untuk

memberikan perintah, iaitu

suruhan, arahan ,

larangan , silaan atau

permintaan .

Contohnya, sila, harap, jangan, minta, tolong, usah,
jemput.

Kata perintah boleh ditambah partikel –lah di
belakang.

Kata perintah

1.Silaan
2.Permintaan
3.Larangan

Kata Perintah – 1.Silaan

sila jemput

Contoh ayat : sila

Sila duduk di sini.
Sila beratur.

Contoh ayat : jemput

Jemput makan kuih ini.
Jemput masuk ke
dalam rumah saya.

Kata Perintah – 2. Permintaan

minta tolong harap

Contoh ayat : minta

Minta tuan-tuan
bersabar.

Minta jelaskan yuran
makan.

Contoh ayat : tolong

Tolong tutup pintu.
Tolong buang sampah
ke dalam tong
sampah.

Contoh ayat : harap

Harap bertenang.

Harap murid -murid
mematuhi peraturan
di kantin.

Kata Perintah – 3.Larangan

jangan usah

Contoh ayat : jangan
Jangan berlari.
Jangan merokok.

Contoh ayat : usah
Usah menangis lagi.
Usah kamu risau.

`

Gariskan kata perintah yang betul.

1. ( Jangan , Harap ) membuang sampah merata-rata.

2. ( Usah , Jemput ) makan kek yang ibu saya buat
ini.

3. ( Jangan , Tolong ) tutup suis kipas dan lampu
sebelum kamu keluar dari kelas.

4. ( Harap , Usah ) bersabar dan mengikut giliran.

5. ( Jangan, Tolong ) ambilkan sepotong kek untuk
datuk.

6. (Jemput , Minta) makan ketupat dan rendang
yang disediakan oleh oleh nenek .

7. (Sila , Jangan) membuang masa dengan aktiviti
yang tidak berfaedah.

8. (Sila , Usah) lah datang ke majlis rumah
terbuka saya pada hari Ahad ini.

9. (Harap , Jangan) berlari semasa menaiki bas.

10. (Tolong / Jemput) ambilkan penyapu itu
kepada saya.


Click to View FlipBook Version