The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nadiah.ahnal, 2021-10-10 00:10:24

Buku pengurusan sekolah SMKBC 2019

Buku pengurusan sekolah SMKBC 2019

BUKU PENGURUSAN SMK BUKIT CHANGGANG TAHUN 2019

SENARAI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KETUA PANITIA

BIDANG TUGAS
1. Bertanggungjawab dalam hal kurikulum dan pentadbiran yang berkaitan dengan
bidangnya.

2. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam perancangan dan pengurusan
kokurikulum yang berkaitan dengan bidangnya.

3. Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan pendidikan
yang berkaitan dengan bidangnya.

4. Mengadakan program untuk meningkatkan kecemerlangan akademik sahsiah
pelajar.

5. Nazir Sekolah, latihan mengajar bagi guru-guru pelatih / maktab / universiti dan
seumpamanya.

6. Mengajar sekurang-kurangnya 18 waktu seminggu.
SENARAI TUGAS
Kurikulum

1. Memimpin guru menentukan dan merancang Rancangan Pelajaran Penggal /
Mingguan dan lain-lain yang berkaitan bidangnya.

2. Mempengerusikan mesyuarat atau memimpin panitia mata pelajaran di bawah
kawalannya.

3. Menjalankan penyeliaan ke atas aktiviti Pengajaran dan pembelajaran.

4. Membimbing guru terlatih, guru baru dan guru sandaran dalam menjalankan tugas-
tugas mereka.

5. Menentukan bahan dan sumber pendidikan digunakan dan diselenggara dengan
berkesan.

6. Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan bidangnya serta mengambil
tindakan sewajarnya.

7. Menyelaraskan pengurusan dan perjalanan aktiviti-aktiviti bimbingan, pemulihan dan
pengayaan.

8. Membantu dalam perancangan program dan menyelaras kegiatan kurikulum yang
dijalankan oleh Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan.

Muka Surat 201 daripada 231

BUKU PENGURUSAN SMK BUKIT CHANGGANG TAHUN 2019

9. dMaenKmbEbaaThnaEtunT-dbAaalhPaamAn pNpeemnUdiliidNhiakInaTnbulKakiuOn tKekUs,RbaIhKaUn pLuUsaMt suTmAbeHr,UalaNt p2an0d1an8g dengar

1. KEKERAPAN MESYUARAT : Setiap unit mesti mengendalikan sekurang-kurangnya
2 kali mesyuarat setahun dan minit mesyuarat tersebut disimpan dalam fail unit
sebagai rujukan setelah disahkan oleh penyelaras unit penyelaras unit masing-
masing.

2. KEKERAPAN PERJUMPAAN:
Rujukan Takwim Kokurikulum

3. MASA PERJUMPAAN RUTIN KOKURIKULUM:
Setiap hari Rabu seperti yang ditetapkan di dalam jadual waktu persekolahan.
Tambahan waktu perjumpaan tertakluk kepada keperluan unit, kelab atau persatuan
masing-masing dengan mematuhi peraturan am sekolah.
Alatan yang dipinjam hendaklah dikembalikan sendiri oleh guru penasihat dan
direkod, Alatan terus dikembalikan setelah selesai diguna dalam keadaan sempurna
dan bersih. Alatan yang perlu dibersihkan seperti khemah dan jersi hendaklah
dikembalikan 3 hari setelah selesai sesuatu aktiviti.

4. PAKAIAN : Sesuai dan sopan mengikut aktiviti, Guru bertanggungjawab
memastikan murid berpakaian mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh pihak
sekolah.

5. FAIL UNIT : RPT yang telah dirancangan menjadi panduan, RPH, laporan aktiviti
dan kehadiran ahli dihantar kepada penyelaras setelah selesai setiap aktiviti. Fail
disimpan oleh ketua guru penasihat dan dipantau pada akhir bulan januari, April, Julai
dan Oktober.

Muka Surat 202 daripada 231

BUKU PENGURUSAN SMK BUKIT CHANGGANG TAHUN 2019

6. PAPAN KENYATAAN UNIT : Ajk unit masing-masing mesti mengemas

kini dan menceriakan papan kenyataan pada akhir bulan Januari. Segala kerosakan

hendaklah dilaporkan segera. Kunci papan kenyataan perlu disimpan oleh ketua

guru penasihat dan dikembalikan kepada setiausaha kokurikulum pada meinggu

akhir sebelum cuti sekolah akhir tahun.

7. BAWA PELAJAR KELUAR : Guru mesti mengikut prosedur yang telah

ditetapkan. Kepilkan jadual latihan beserta dengan surat kebenaran ibu bapa.

Senarai nama pelajar mesti dihantar kepada PK KOKO dan dimaklumkan dalam

group Info Guru Kelas supaya guru tingkatan maklum dengan kehadiran pelajar.

Sekiranya pelajar yang terlibat ramai dan menaiki bas, guru perlu hantar senarai

nama pelajar ke PPD dengan keterangan bas yang jelas.

Satu salinan nama pada PK KOKO dan pondok jaga.

KEHADIRAN

Semua guru wajib hadir. Guru perlu mendapatkan kebenaran Pengetua dan menyerahkan
bahan sokongan ketidakhadiran untuk simpanan dan rujukan PK Kokurikulum. Rekod
Kehadiran dicatatkan di Astaka.

Muka Surat 203 daripada 231

BUKU PENGURUSAN SMK BUKIT CHANGGANG TAHUN 2019

KETETAPAN KURIKULUM SMKBC TAHUN 2019

1.0. LATAR BELAKANG
Kurikulum adalah ’core business’ bagi setiap guru dan murid-murid yang belajar di sekolah ini. Penetapan
dasar ini mengambil kira keperluan pendidikan dan status sekolah sebagai sekolah harian biasa. Dasar yang
ditetapkan menjadi garis panduan kepada perjalanan dan pengurusan akademik sekolah ini.
2.0. OBJEKTIF
Penetapan dasar ini dilakukan bertujuan :

2.1 Menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah.
2.2 Memantapkan pengurusan kurikulum peringkat sekolah.
2.3 Memenuhi standard kualiti pengurusan akademik Jabatan Pelajaran Negeri.

3.0 DASAR

3.1 Dasar Kurikulum Sekolah sepanjang masa mestilah selari dengan arus perdana sistem dan dasar
pendidikan kebangsaan

3.2 Kurikulum yang dilaksanakan mestilah mematuhi kehendak Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran
Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah.

3.3 Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini mengenai pendidikan dan kurikulum semasa.
3.4 Pada sebilangan masa, program-program akademik diutamakan. Ini bermakna sekiranya program

akademik bertembung dengan program lain, laluan untuk program akademik diberikan keutamaan.

4.0 MESYUARAT

4.1. Jawatankuasa Kurikulum akan bermesyuarat minimum 3 kali setahun mengikut standard piawaian
jabatan.

4.2. Isi kandungan mesyuarat mengikut mengikut garis panduan yang diberikan.
4.3. Mesyuarat Panitia – minimum 3 kali setahun dan minit mestilah disediakan.
4.4. Surat Panggilan Mesyuarat diedarkan kepada guru 2 hari sebelum tarikh mesyuarat.
4.5 Pengurusan seperti mengikut tatacara dalam SPSK.

5.0 SISTEM FAIL

5.1. Fail Jawatankuasa Kurikulum diurus oleh Setiausaha dan dipantau oleh Ketua Panitia dan bagi panitia
yang terdiri daripada 2 atau kurang ahli,Penyelaras Panitia hendaklah menguruskan fail panitia.
5.2. Semua fail panitia diletakkan di ruang yang disediakan di pejabat sekolah.
5.3. Jumlah fail – satu fail surat menyurat dan empat folder mengikut SPSK (Pengurusan Panitia).

Muka Surat 204 daripada 231

BUKU PENGURUSAN SMK BUKIT CHANGGANG TAHUN 2019

6.0 PAKEJ MATA PELAJARAN

6.1. Menengah Rendah
8 mata pelajaran teras dan mata pelajaran wajib yang lain.

6.2. Menengah Atas
6.2.1 Aliran Sains Tulen

Bahasa Melayu ,Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah,Pendidikan Islam/Pendidikan Moral,
Matematik Tambahan ,Kimia,Biologi dan Fizik.
6.2.2. Aliran Sains Sosial/Teknikal
Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris,Matematik,Sejarah,Sains ,Pendidikan Islam/Pendidikan Moral,
Tasawwur Islam , Prinsip Akaun, Ekonomi Asas, PSV ,Perdagangan, ICT, , ERT dan Sains
Pertanian.
6.2.3. Aliran Teknik & Vokasional
Seni Reka Tanda, Pendidikan Vokasional Menengah Atas.

7.0. SUKATAN PELAJARAN DAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

7.1. Sukatan Pelajaran Terkini yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia hendaklah diperoleh
dan disimpan oleh setiap guru.
7.2. Salinan Panitia untuk setiap Tingkatan disimpan dalam Fail Panitia
7.3. Rancangan Pelajaran Harian mengandungi perkara seperti Surat Pekeliling Ihktisas Bil.3/1999

i) Tajuk/Isi Pelajaran

ii) Objektif

iii) Aktiviti

iv) Refleksi

7.4. Buku Rekod Mengajar dihantar setiap hari Jumaat persekolahan minggu berkenaan.

( tertakluk kepada perubahan)

7.5. Semua guru mesti membawa buku rekod persediaan mengajar setiap kali masuk ke kelas.

7.6. Menghabiskan Sukatan :

i) Tingkatan 3 – Sukatan dihabiskan pada bulan Julai

ii) Tingkatan 5 - Sukatan dihabiskan pada bulan Ogos

iii) Tingkatan 1,2, 4 – Sukatan dihabiskan pada bulan September

7.7. Pendidikan Bestari – kaedah pengajaran hendaklah kepada berpusatkan pelajar dan menggunakan
BM/ICT yang disediakan.Kualiti P & P dipertingkatkan dengan guru menguasai kaedah-kaedah terkini dan
pengamalannya dilaksanakan setiap masa melalui perkembangan profesionalisme berterusan (CPD)

8.0. JADUAL WAKTU

8.1. Jumlah waktu setiap mata pelajaran mengikut ketetapan Akta Pendidikan.
8.2. Tambahan waktu setiap mata pelajaran dibolehkan mengikut keperluan sekolah dengan persetujuan
mesyuarat kurikulum.
8.3. Dasar pengagihan mata pelajaran – keutamaan kepada guru opsyen dan kepakaran guru.
8.4. Jumlah waktu pengajaran maksima guru ialah 25 ke 28 waktu seminggu.

Muka Surat 205 daripada 231

BUKU PENGURUSAN SMK BUKIT CHANGGANG TAHUN 2019

9.0. GURU GANTI

9.1. Mana-mana guru yang CRK/ berkursus perlu merekod dan memaklumkan Pengetua,
PK Pentadbiran,Guru Kanan Matapelajaran dan Setiausaha Jadual Waktu serta mencatat pada
papan notis/Buku Kehadiran dan Buku Pergerakan Staf.

9.2. Guru yang dipanggil berkursus dengan surat panggilan diterima awal digalakkan menjual waktu
kepada guru-guru lain dengan membuat tawaran.

9.3. Mencari pengganti terlebih dahulu.
9.4. Menyediakan bahan untuk pengajaran guru ganti.
9.5. Menggantikan pelajaran yang tertingggal pada masa lain.
9.6. Penyediaan Guru Ganti disediakan dan direkod oleh PK/GKMP/Setiausaha Jadual Waktu dalam

Buku Guru Ganti.
9.7 Pengurusan seperti tatacara di dalam SPSK.

10.0. WAKTU PERSEKOLAHAN

Hari Sidang Pagi Sidang Petang

Isnin – Khamis 7.15 – 100 01.00 – 6.35

Jumaat 7.15 – 12.00 2.30 – 6.35

* Waktu berubah mengikut akta / Pekeliling Ikhtisas semasa.

11.0. PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN

11.1 Tingkatan 1 hingga 3
Pentaksiran Berasaskan Sekolah dilaksanakan sepanjang tahun.
Penilaian Summatif diadakan dua kali setahun pagi Semester 1 dan Semester 2.
11.2 Tingkatan 4 dan 5
Ujian Bulanan - 1 kali setahun
Peperiksaan Semester - 2 kali setahun (termasuk Peperiksaan Percubaan)

11.3 Format Peperiksaan
11.3.1.Ujian topikal - mengikut kesesuaian subjek dan topik semasa
11.3.2.Peperiksaan Penggal
11.3.2.1. Masa mengikut Kertas Sebenar Peperiksaan Awam

11.3.2.2. Format – mengikut format soalan kertas peperiksaan awam
11.3.2.3. Semua pengendalian mengikut Standard Peperiksaan Sebenar

11.4. Jadual Pengawasan

11.4.1 Jadual pengawasan mengikut jadual peribadi.
11.4.2 Masa mengikut keperluan peperiksaan awam.

Muka Surat 206 daripada 231

BUKU PENGURUSAN SMK BUKIT CHANGGANG TAHUN 2019

11.5 Rekod Markah

11.5.1 Sistem Analisis Peperiksaan (SAPS)
11.5.1.1 Markah Peperiksaan dimasukkan oleh guru matapelajaran secara atas talian yang ditetapkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia, Sistem Analisis Peperiksaan (SAPS) dalam tempoh seminggu selepas
peperiksaan.
11.5.1.2 Cetakan slip keputusan akan diuruskan oleh Setiausaha Peperiksaan Dalaman ,dibantu Setiausaha
SAPS/ HC serta guru-guru tingkatan.
11.5.1.3 Markah TOV dan ETR bagi semua pelajar hendaklah dikemaskinikan oleh guru matapelajaran bagi
setiap kelas dan subjek yang diajar.
11.5.1.4 Setiap guru bertanggungjawab mencetak analisi HC matapelajaran bagi kelas yang diajar bagi tujuan
membuat analisis.
11.5.2 Sistem pengurusan data Modul Perkembangan Pembelajaran Murid (Modul Offline)
11.5.1.1 Guru mata pelajaran (T1,T2,T3) memasukkan data dalam Modul Offline bagi Penggal 1 dan Penggal
2.
11.5.2.2 Guru mata pelajaran mencetak pelaporan pada bulan Mei (Penggal 1)dan akhir Oktober Penggal 2)
dan diserahkan kepada guru kelas untuk diserahkan pada ibubapa/penjaga murid

11.6. Syarat Lulus
11.6.1 Mengikut garis panduan Kementerian Pelajaran Malaysia

11.7 Jadual Spesifikasi Ujian
11.7.1 Semua penyedia soalan ujian / peperiksaan penggal diminta menyediakan JSU mengikut aras
kemahiran berfikir pada aras rendah, sederhana, tinggi , 5:3:2 (mengikut keputusan panitia) .
11.7.2 JSU yang disediakan akan dijadikan asas dalam penilaian pada ujian berikutnya.
11.7.3 Bagi soalan objektif ,adalah digalakkan untuk guru matapelajaran membuat analisis item bagi setiap kali
selepas ujian / peperiksaan bagi mengenalpasti tajuk-tajuk yang menjadi kesukaran kepada pelajar.
11.7.4 Semua soalan mesti disahkan oleh Ketua Panitia / Guru Kanan Mata Pelajaran atau Penolong Kanan
Pentadbiran sebelum dicetak.
11.7.5 JSU diserahkan bersama instrumen yang telah disediakan.

11.8 Post mortem Untuk Peperiksaan
11.8.1 Post Mortem secara bertulis disediakan oleh setiap guru mata pelajaran mengikut matapelajaran dan
kelas yang diajar selepas setiap kali keputusan peperiksaan Dalaman (Ujian Bulanan, Peperiksaan
Pertengahan Tahun , Peperiksaan Akhir Tahun, Percubaan SPM )dan Peperiksaan Awam dikeluarkan.
11.8.2 Kekuatan dan kelemahan hendaklah dikenal pasti secara individu.
11.8.3 Setiap guru ada fail/rekod “headcount” pelajar cemerlang dan pelajar kritikal untuk diambil tindakan
sewajarnya.
11.8.4 Maklumat terperinci pelajar berkenaan perlu disalurkan kepada HEM dan Kaunseling bagi tindak
susul.
11.8.5 Ketua Panitia bertanggungjawab mengumpul dan merumuskan postmortem yang dibuat oleh guru
matapelajaran dan bersama-sama panitia yang lain merancang tindak susul yang perlu diambil.

11.9 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
11.9.1 Guru mengajar mengikut RPT yang telah disediakan mengikut mata pelajaran Guru membina
dan menyediakan instrumen berpandukan standard prestasi yang telah disediakan oleh LPM .

Muka Surat 207 daripada 231

BUKU PENGURUSAN SMK BUKIT CHANGGANG TAHUN 2019

11.9.2 Guru mentaksir murid menggunakan instrumen yang telah dibina dan disediakan.
11.9.3 Pentaksiran dilakukan bila-bila masa sahaja sepanjang pembelajaran pengajaran. Guru
menggunakan Modul Perkembangan Pembelajarn Murid (MPPM) yang dimuat turun dari laman web LPM
mengikut mata pelajaran untuk merekodkan pencapaian murid dan merekodkan pelaksanaan PBS
sepanjang tahun.
11.9.4 Guru mata pelajaran mencetak pelaporan pada bulan Mei dan Oktober dan serah pada guru kelas
untuk diserahkan pada ibubapa/penjaga murid.

11.9.5 Rekod pencapaian Murid dan Rekod Pelaksanaan PBS yang telah diisi hendaklah diserahkan
kepada setiausaha pada hujung tahun untuk difailkan.

11.9.6 Guru mata pelajaran hendaklah membuat analisis data kelas yang diajar pada bulan Oktober
dan serah kepada Setiausaha untuk dibuat analisis keseluruhan.

11.9.7 Ketua Panitia perlu memastikan perlaksanaan PBS sama ada di Peringkat Menengah Rendah
dan Atas mengikut tempoh yang ditetapkan.

11.9.8 Jadual Kerja PBS sepanjang tahun hendaklah disediakan dan dipatuhi dan disimpan di dalam
fail pentaksir.

11.9.9 Mana-mana murid yang berpindah perlu dipastikan fail PBS dibawa bersama untuk mengelak
masalahdi sekolah baru murid berkenaan.Pastikan salinan dibuat bagi tujuan simpanan dan
rujukan pada bila-bila masa.

11.10. Pelaksanaan PT3 mengikut ketetapan yang dinyatakan dalam pekeliling dan surat siaran. Dokumen
bagi PT3 hendaklah disimpan sebaiknya sesuai sebagai dokumen SULIT.

12.0 PEMANTAUAN

12.1 Pengajaran dan Pembelajaran
12.1.1 Pengajaran dan Pembelajaran Guru/ murid di bilik darjah akan dicerap sekurang-kurangnya sekali
dalam setahun secara rasmi.
12.1.2 Guru-guru akan dicerap oleh Pengetua / Penolong-penolong Kanan / Guru-guru Kanan/Ketua
Panitia/Guru Cemerlang . Jadual Induk Pencerapan akan dikeluarkan setiap tahun.
12.1.3 Guru dinasihat berbincang untuk menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk dicerap.
12.1.4 Ketua-ketua Panitia juga digalakkan mencerap guru-guru di bawah panita masing-masing.
12.1.5 Semua Penolong Kanan dan Guru Kanan akan dicerap oleh Pengetua.

12.2 Pengurusan Panitia
12.2.1 Pengurusan Panitia diletakkan sepenuhnya di bawah pengawasan Guru Kanan Panitia Mata Pelajaran
berkenaan.
12.2.2 Penolong Kanan akan menyelia semua panitia 2 kali setahun
12.2.3 Semua Fail Pengurusan Panitia akan disemak dan diletakkan di pejabat sekolah.
12.2.4 Semua panitia perlu membuat Pelan Perancangan Strategik, Pelan Taktikal,dan Pelan Operasi panitia
masing-masing berasaskan Perancangan Strategik Sekolah.
12.2.5 Semua Panitia mesti menentukan sasaran tahunan berdasarkan TOV, ETR Kohort tertentu. Ini
termasuk mengambil kira OTI dan headcount murid.
12.2.6 Guru-guru Kanan perlu memastikan panitia di bawah mereka membelanjakan peruntukan

Muka Surat 208 daripada 231

BUKU PENGURUSAN SMK BUKIT CHANGGANG TAHUN 2019

PCG secara berkesan dan mematuhi peraturan kewangan.Bajet tahunan perlu disediakan dan
dibincangkan dalam mesyuarat pertama panitia setiap tahun.

12.3 Peperiksaan dan Penilaian
12.3.1 Penolong Kanan akan bertanggungjawab sepenuhnya membantu Pengetua dalam pengurusan dan
penyeliaan peperiksaan dan ujian.
12.3.2Jawatankuasa Unit Penilaian dan Peperiksaan sekolah dibentuk seperti dalam senarai tugas tahunan.

12.4 Bilik-bilik Khas
12.4.1 Semua bilik khas (seperti yang dinyatakan dalam Buku Pengurusan Sekolah) mesti diurus dengan
sempurna oleh guru yang bertanggungjawab berdasarkan Buku Panduan Pengurusan Sekolah.
12.4.2 Rekod penggunaan dan peraturan penggunaan serta jawatankuasa mesti diwujudkan.
12.4.3 Adalah diingatkan Bilik-bilik Khas bukanlah hak bagi penggunaan individu secara total. Jadual
Penggunaan bilik-bilik bagi tujuan P & P mesti disediakan dan dipamerkan dan semestinya
dipatuhi.
12.4.4 Keselamatan bahan dan peralatan hendaklah diutamakan pada sebilang masa.

12.5 Jawatankuasa Pemantauan
12.5.1 Jawatankuasa Tetap Pemantauan Kurikulum
12.5.1.1 Pengetua
12.5.1.2 Penolong Kanan Pentadbiran
12.5.1.3 Penolong Kanan HEM
12.5.1.4 Penolong Kanan Kokurikulum
12.5.1.5 Penolong Kanan Petang
12.5.1.6 Guru-guru Kanan Mata pelajaran

12.6 Penyediaan Buku Latihan Murid
12.6.1 Buku nota dan buku latihan hendaklah diasingkan bagi setiap matapelajaran. Lembaran kerja yang
diberikan sewaktu P&P atau tugasan kerja rumah hendaklah disimpan samada di tampal di dalam buku
latihan atau disimpan di dalam fail bagi tujuan semakan.
12.6.1 Tugasan murid akan dicerap oleh pihak pengurusan 2 kali setahun bagi memastikan
penyemakan dilakukan secara konstruktif.
12.6.2 Semua guru akan menyerahkan semua buku pelajar /fail dari setiap kelas yang diajar untuk
semakan Ketua Panitia/Guru Kanan Matapelajaran/Penolong Kanan/Pengetua.
12.6.3 Rekod Penyeliaan Buku Kerja Murid hendaklah diserahkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran.
12.6.4 Pengetua dan Penolong Kanan Pentadbiran memastikan tindak susul dibuat oleh Guru Kanan
Matapelajaran dan Ketua Panitia/Panitia Matapelajaran.
12.6.5 Pengurusan tugasan pelajar adalah mengikut seperti yang tersebut dalam pengurusan SPSK.

13.0 ANGGARAN PERBELANJAAN TAHUNAN PANITIA
13.1 Dasar perbelanjaan dan perolehan akan ditentukan semasa Mesyuarat Kewangan Sekolah. Setiap
Panitia boleh mengemukakan cadangan pembelian buku dan peralatan bantu mengajar kepada Guru Kanan
Matapelajaran.
13.2 Dasar perolehan, penggunaan, penyelenggaraan dan verifikasi tahunan mesti mengikut Arahan
Perbendaharaan yang sedang berkuat kuasa.
13.3 Peruntukan untuk tahun berkenaan perlu dibelanjakan untuk pembelian keperluan PdP bagi tahun

Muka Surat 209 daripada 231

BUKU PENGURUSAN SMK BUKIT CHANGGANG TAHUN 2019

semasa.
13.4 Bajet hendaklah berdasarkan peruntukan wang kerajaan dan wang suwa yang ada.

14.0 BUKU TEKS, PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN BAHAN BACAAN
14.1 Buku teks yang dibekalkan dimaksimumkan penggunaannya.
14.2 Komponen Sastera dalam bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris hendaklah diliputi semua
Pengajarannya dalam kelas.
14.3.Keselamatan dan keadaan buku teks hendaklah diselia 2 kali setahun.
14.4 PSS hanya dibenarkan penggunaannya pada waktu P & P bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris bagi Program NILAM.
14.5 Masuk ke PSS dengan tujuan pengajaran berfokus dibenarkan.
14.6 Waktu ketiadaan guru-guru ganti digalakkan membawa murid ke PSS untuk mencari maklumat atau
menonton video yang telah dirakam oleh guru PSS.
14.7 Program NILAM Pusat Sumber akan diselia sepenuhnya oleh Guru-guru Bahasa dan AJK yang dilantik.
14.8 Penyemakan buku NILAM murid dilakukan 2 kali setahun oleh Guru Bahasa dan Guru NILAM.
14.9 Jadual Penyemakan akan dikeluarkan oleh Guru Penyelaras PSS.
14.10 Buku-buku rujukan percuma (Naskah Guru) hendaklah dijadikan aset panitia.

15.0 PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK
15.1 Semua program utama yang berlangsung dalam P & P dibuat berdasarkan keperluan panitia.
15.2 Dasar Kurikulum menyokong penuh semua program peningkatan akademik yang bertunjang ke arah

kecemerlangan murid.
15.3 Jawatankuasa Kecemerlangan akademik adalah nadi membantu semua Panitia dalam merancang dan

melaksana program akademik.
15.4 Panitia diminta mengemukakan kertas cadangan yang relevan untuk program akademik

panitia berkenaan.
15.5 Penglibatan HEM, Kaunseling adalah wajib bagi penyelarasan Program Akademik.

16.0. PERKEMBANGAN STAF

16.1. Kursus Dalaman
16.1.1 Semua guru yang menghadiri kursus mesti memberikan taklimat ringkas kepada Pengetua

/Penolong Kanan Pentadbiran apabila pulang berkursus menggunakan format minit curai.
16.1.2 Kursus dalaman akan dianjurkan oleh guru berkenaan mengikut keperluan dan budi bicara

Pengetua / Penolong Kanan apabila dirasakan perlu atau atas arahan penganjur kursus.
16.1.3 Bahan kursus boleh diperbanyak untuk keperluan guru lain.

16.2 Kursus Perkembangan Staf / Konsultasi
16.2.1 Dirancang mengikut permintaan guru berdasarkan keperluan kursus dalam LNPT guru.
16.2.2 Lawatan ke sekolah yang cemerlang diadakan dalam kumpulan yang kecil untuk

mendapatkan maklumat dan perkongsian pintar.
16.2.3 Lawatan boleh diadakan oleh panitia.
16.3. Bahan-bahan Ilmiah Kursus
16.3.1 Diperbanyak untuk keperluan guru lain

Muka Surat 210 daripada 231

BUKU PENGURUSAN SMK BUKIT CHANGGANG TAHUN 2019

16.3.2 Disimpan untuk rujukan panitia

17.0KKEATJIEATNATPINADNAKHANAL EHWAL MURID SMKBC TAHUN 2019

17.1 Semua Panitia mata pelajaran diwajib membuat sekurang-kurangnya satu kajian tindakan setiap
tahun.
17.2 Semua guru gred DG 48 digalakkan untuk membuat kajian tindakan.
17.2 Kajian tindakan yang berkualiti akan dihantar ke jabatan untuk penyertaan sekolah.

18.0 DASAR PENGGUNAAN KERTAS UNTUK P& P DAN PEPERIKSAAN
18.1 Guru-guru dinasihatkan mengamalkan dasar penjimatan dengan menggunakan Font 9/10

Times New Roman, set-up kertas left & right 0.5 dan top & bottom pada 0.5.
18.2 Percetakan 100 helai ke bawah hendaklah menggunakan mesin fotostat.
18.3 100 helai ke atas direzo - tempoh serahan 3 hari sebelum penggunaannya.
18.4 Guru dilarang mencetak atau fotostat sendiri di bilik cetak.

19.0 SASARAN PEPERIKSAAN AWAM DAN DALAMAN
19.1 Mengikut Sasaran yang ditetapkan dalam penyediaan headcount sekolah .
19.2 STPM - Semua murid lulus setiap subjek (memperoleh Prinsipal)
19.3 SPM – Semua murid lulus semua subjek.
19.4 Peperiksaan Dalaman – semua murid lulus setiap subjek.
19.5 PBS semua pelajar ditaksir dan skor dikemaskinikan data pentaksiran.

20.0 PENYERTAAN PERTANDINGAN KO AKADEMIK
20.1 Meningkatkan penyertaan dalam pertandingan berbentuk akademik di peringkat Daerah, Negeri dan

Kebangsaan, mahupun antarabangsa.
20.2 Guru-guru dan murid juga digalakkan mengambil bahagian dalam pertandingan yang dianjurkan oleh

agensi-agensi luar ke arah memartabatkan nama sekolah.

21.0 PENENTUAN DAN PERUBAHAN DASAR KURIKULUM
21.1 Penentuan dasar yang ditetapkan tidak akan berubah sehingga berlaku keperluan pendidikan negara .
21.2 Perubahan boleh dilakukan dari semasa ke semasa mengikut keputusan pentadbir melalui mesyuarat
pengurusan dan mesyuarat kurikulum.

BULAT AIR KERANA PEMBETUNG

BULAT MANUSIA KERANA MUAFAKAT

KETETAPAN HAL EHWAL MURID SMK BUKIT CHANGGANG
Muka Surat 211 daripada 231

BUKU PENGURUSAN SMK BUKIT CHANGGANG TAHUN 2019

1. PENGENALAN

Unit Hal Ehwal Murid merupakan satu unit yang menjadi nadi perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran yang kini
memerlukan satu organisasi yang terancang dan tersusun. Dalam mengharungi liku-liku yang mendatang mendokong
Falsafah Pendidikan Negara, lantas menjadi teras untuk menghasilkan warga negara yang berwawasan. Keutamaan akan
ditumpukan kepada melahirkan anak didik yang mendapat penuh rasa kasih sayang daripada ibu bapa, guru dan komuniti
masyarakat. Harapan yang tinggi menjulang ini akan tercapai hanya dengan adanya komitmen dari pelbagai pihak
khasnya dari warga sekolah. Tidak ketinggalan juga peranan ibu bapa/ penjaga anak didik. Unit ini juga akan bekerjasama
sepenuhnya dengan pentadbir serta bahagian perancang sekolah.

2. MATLAMAT

Menjadikan Unit Hal Ehwal Murid sebagai suatu organisasi yang sentiasa prihatin dalam hal-hal pengurusan pelajar
merangkumi bidang disiplin, kebajikan, bimbingan, keselamatan, kesihatan dan pembinaan insan bagi merealisasikan
Falsafah Pendidikan Negara ke arah melahirkan pelajar yang berpendidikan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani,
mental dan sosial.

3. OBJEKTIF

Objektif utama Unit Hal Ehwal Murid ialah :
1. Memastikan semua murid mendapat layanan kemudahan dan kebajikan yang saksama ke arah peningkatan kualiti
pembelajaran di sekolah.
2. Menerap dan menyemai nilai-nilai murni dalam kalangan murid bagi melahirkan insan berilmu, beriman,
berakhlak mulia, bersopan santun, berdisiplin, bertanggungjawab, ramah mesra dan saling hormat menghormati.
3. Menentukan keselamatan murid terjamin dan dalam keadaan selesa semasa berada di sekolah.
4. Sentiasa bersikap terbuka dan menjalin hubungan mesra dengan ibubapa murid.

1. DASAR AM PENGURUSAN KELAS

1.1. BUKU REKOD KEDATANGAN MURID (BRKM) DAN RESIT E-KEHADIRAN
1.1.1. Semua butiran murid hendaklah dilengkapkan dalam bulan pertama persekolahan.
1.1.2. Tandakan BRKM pada setiap persekolahan sebelum pukul 9.00pagi.
1.1.2.1. * Sila ambil perhatian terhadap murid yang datang lewat dan murid ponteng sekolah.
1.1.2.2. Murid yang datang selepas 2 jam masih dikira hadir ke sekolah.
1.1.3. Tandakan BRKM seperti berikut:
1.1.3.1. Tandakan / sekiranya murid hadir.
1.1.3.2. Tandakan O sekiranya murid tidak hadir tanpa sebab.
1.1.3.3. Tandakan S dalam bulatan sekiranya tidak hadir bersebab (surat pengesahan daripada ibu

bapa/penjaga atau sijil sakit).
1.1.3.4. Tandakan L dalam bulatan sekiranya murid lewat sekolah (dikira hadir).
1.1.3.5. Tandakan K dalam bulatan sekiranya murid mewakili sekolah (dikira hadir).
1.1.3.6. Tandakan G dalam bulatan sekiranya murid digantung persekolahan (dikira tidak hadir tetapi

bukan ponteng). Elakkan budaya comot. Cecair pemadam tidak boleh digunakan. Segala kesilapan
hendaklah dipotong dan ditandatangan ringkas.
1.1.4. Semua BRKM hendaklah sentiasa berada di pejabat sekolah dan ditanda selewat-lewatnya pada jam 9.00
pagi setiap hari.
1.1.5. BRKM hendaklah ditutup tidak lewat dari 3 haribulan taip-tiap bulan berikutnya.
1.1.6. BRKM akan disemak oleh guru Jawatankuasa BRKM dan Pendaftaran Pelajar pada hujung bulan dan
menghantar data ke PPD sebelum 5 haribulan bulan berikutnya.

Muka Surat 212 daripada 231

BUKU PENGURUSAN SMK BUKIT CHANGGANG TAHUN 2019

1.1.7 Slip Kehadiran hendaklah diisi oleh Ketua Tingkatan / Penolong Ketua Tingkatan sebelum pukul 8.20 pagi dan
dihantar ke pejabat sekolah untuk diisi oleh Pembantu Tadbir secara on line.

1.2. FAIL PERIBADI MURID
1.2.1. Semua murid dari kelas Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 wajib mempunyai fail ini.
1.2.2. Guru Tingkatan perlu memastikan nama penuh murid, kelas, tahun dan nama Guru Tingkatan ditulis
pada helaian pertama fail. Sila pastikan setiap fail dilekatkan gambar pelajar.
1.2.3. Semua maklumat peribadi murid seperti salinan surat beranak, kad pengenalan, keputusan Peperiksaan
Dalaman , PBS, dan lain-lain disimpan dalam fail ini.
1.2.4. Buku Kesihatan Murid yang diuruskan oleh AJK Kesihatan akan disimpan di dalam fail
1.2.5. Fail ini hendaklah diserahkan kepada murid apabila murid telah menamatkan persekolahannya atau
bertukar sekolah.
1.2.6. Semua fail perlu disimpan dalam loker berlabel di bilik Kaunseling.
1.2.7 Fail ini perlu dikemaskini oleh guru tingkatan.

1.3. FAIL KELAS GURU TINGKATAN
1.3.1. Semua surat murid, sama ada sijil sakit atau surat ibu bapa/penjaga bagi memaklumkan ketidakhadiran
murid disimpan dalam fail ini.
1.3.2. Semua salinan surat amaran ponteng dan salinan surat gantung / buang sekolah yang dikeluarkan juga
disimpan dalam fail ini.
1.3.3. Fail kelas akan disemak pada oleh penyelaras tingkatan dengan menggunakan dokumen penyemakan fail
kelas dan difailkan.
1.3.4 Jika berlaku pertukaran guru tingkatan fail ini hendaklah diserahkan kepada guru tingkatan baru
Melalui Penyelaras Tingkatan.
1.3.4 Fail ini hendaklah diserahkan kepada kepada penyelaras tingkatan pada akhir sesi persekolahan tahun
berkenaan untuk disimpan oleh PK HEM.

1.4. PENDAFTARAN MURID BARU
1.4.1. Penyelaras Tingkatan mendaftarkan murid baru dengan memastikan Borang Maklumat Murid (Borang
SMM) dilengkapkan oleh ibu bapa/penjaga. Jika murid membawa bersama SMM dari sekolah asal, sila pastikan
maklumat adalah lengkap dan terkini. Penyelaras Tingkatan juga memastikan pelajar baru telah mengisi borang Akujanji
dihadapan Pengetua / PK HEM.
1.4.2. Guru tingkatan menerima murid baru daripada penyelaras tingkatan.
1.4.3. Guru Tingkatan akan memasukkan data pelajar-pelajar baru dan mengemaskini data kelas APDM secara online.
1.4.4. Guru tingkatan menyemak jika murid berkenaan menerima sebarang bentuk biasiswa dan melaporkan
kepada Guru Biasiswa.
1.4.5. Guru tingkatan mengenal pasti murid OKU yang berdaftar dan memaklumkan kepada PK HEM.
1.4.6. Guru tingkatan menyemak latar belakang murid jika anak yatim / pelajar miskin dan memaklumkan
kepada PK HEM.
1.4.7. PK HEM mendapatkan LAPORAN DISIPLIN, PLBS/ULBS, PEKA, Folio KH, PAFA, dll berkaitan kerja
kursus dari sekolah terdahulu.

1.5. BUKU TEKS
1.5.1. Semua murid warganegara Malaysia layak menerima SPBT.
1.5.2. Guru tingkatan membantu Guru SPBT semasa urusan penerimaan dan pemulangan buku teks.
1.5.3. Guru tingkatan membantu menyenaraikan nama murid yang tidak memulangkan buku teks.
1.5.4. Guru tingkatan memastikan setiap murid membalut buku teks dengan plastik lutsinar, nama serta kelas

dan murid yang tidak balut buku akan diminta membeli pembalut.

Muka Surat 213 daripada 231

BUKU PENGURUSAN SMK BUKIT CHANGGANG TAHUN 2019

1.5.5 Dalam Ops Balut. Guru tingkatan juga perlu mengingatkan semua murid agar tidak meninggalkan buku
teks di sekolah.

1.5.6. Satu set buku teks setiap murid akan diberi selewat -lewatnya pada hari pertama persekolahan.
1.5.7 Murid dan waris dikehendaki mennandatagani Surat Aku Janji Penerimaan Buku Teks serta

memperakui butiran yang terkandung didalamnya.

1.6. MURID KELUAR / BERTUKAR / BERPINDAH

1.6.1. Mempastikan surat kelulusan pertukaran telah diterima.

1.6.2. Mencatatkan maklumat / butiran dalam BRKM kelas.

1.6.3. Pertukaran keluar ke sekolah swasta :

1.6.3.1. Memastikan semua buku teks telah dipulangkan

1.6.3.2. Merekodkan judul buku yang dipulangkan.

1.6.3.3. Menyerahkan satu salinan borang ini kepada Guru SPBT.

1.6.4. Pertukaran Keluar ke Sekolah Menengah Kebangsaan

1.6.4.1. Merekodkan judul buku yang akan dibawa ke sekolah baru.( Sila guna borang khas di pejabat ).

1.6.5. Menyerahkan satu salinan borang ini kepada Guru SPBT.

1.6.6. Guru tingkatan menyediakan Sijil Berhenti Sekolah bagi murid murid yang akan melanjutkan pelajaran ke SBP,
MRSM dan Sekolah Teknik.

1.6.7. Guru tingkatan menyediakan Sijil Berhenti dan Surat Akuan Murid bagi murid-murid Tingkatan 5 yang

tamat belajar di SMKBC.

1.6.8. Segala dokumen dimasukkan ke dalam sampul surat yang dilakri dan diserahkan kepada murid

berkenaaan pada hari akhir persekolahan. (Bergantung kepada keadaan ).

1.6.9. Guru Tingkatan memastikan pelajar mengisi Memo Perpindahan Keluar.

1.7. PENGURUSAN & ORGANISASI KELAS:
1.7.1. Melantik Pemimpin pelajar bagi setiap Kelas:
1.7.1.1. Ketua Tingkatan
1.7.1.2. Penolong Ketua Tingkatan
1.7.1.3. Bendahari
1.7.1.4. AJK Kebersihan
1.7.1.5. AJK Papan Kenyataan
1.7.2. Jawatankuasa Kelas menyelaras penyediaan perkara berikut:

PAPAN KENYATAAN BELAKANG WHITE BOARD PAPAN KENYATAAN TEPI PINTU
MASUK DEPAN
MEJA GURU
1. Lencana sekolah
1. Lencana sekolah 2. Perkataan Selamat Datang ke
2. Nama Kelas
3. Nama Ketua kelas Tingkatan……
4. Nama Penolong kelas 3. Visi, Misi, dan watak kelas
5. Jadual P&P saiz A3 4. Carta Organisasi sekolah
6. Jadual bertugas keceriaan 5. Carta organisasi kelas
7. Senarai lengkap murid 6. Peta Laluan kecemasan sewaktu
8. Senarai perabut dalam kelas
kebakaran

Muka Surat 214 daripada 231

BUKU PENGURUSAN SMK BUKIT CHANGGANG TAHUN 2019

Info/maklumat kurikulum Maklumat Pengurusan Maklumat pengurusan / Aktiviti
kut subjek / Aktiviti HEM Kokurikulum

 Sudut Program Pencegahan Dadah
 Sudut Bacaan Kelas
 Alatan pembersihan
1.7.3. Bilangan kehadiran harian mesti ditulis di penjuru papan putih.
1.7.4. Memastikan semua kerusi dan meja mencukupi dan telah diberi nombor siri.
1.7.5. Menggantikan dan membawa turun mana-mana perabot yang rosak.
1.7.6. Kebersihan kelas:

 Memastikan kelas dibersihkan setiap hari persekolahan. Setiap guru yang masuk ke kelas mesti memastikan
keadaan dalam kelas sentiasa bersih dan teratur sebelum mula mengajar atau menggantikan guru dan juga sebelum
keluar dari kelas berkenaan.

 Memastikan sampah di dalam laci dan bakul sampah dibuang pada waktu akhir setiap hari. 5 minit sebelum
berakhir P&P, murid bertugas mesti membersihkan kelas di bawah penyeliaan guru. Semua murid
menyendengkan kerusi ke meja.

 Menutup lampu dan kipas serta pintu sebelum meninggalkan kelas. Memastikan pintu kelas dikunci.

1.7.7. Peralatan kebersihan akan dibekalkan pada awal tahun. Adalah menjadi tanggungjawab pihak kelas untuk
menggantikannya jika hilang atau rosak
1.7.8. Mengambil perhatian terhadap perkara berikut:

 Menentukan wayar elektrik, kipas dan lampu serta suisnya dalam keadaan baik dan selamat digunakan.

 Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada guru berkenaaan (Guru Perabot / Guru
Pembangunan).

 Membimbing dan menyelia Jawatankuasa Kelas yang dilantik menjalankan tugas dengan cekap dan penuh
dedikasi.

 Mengadakan tabung kelas dengan jumlah kutipannnya terpulang kepada budi bicara guru dan kemampuan murid.

(Diputuskan dalam mesyuarat kelas dan diminitkan. Satu salinan Minit Mesyuarat kelas hendaklah diserahkan
kepada PK HEM selewat- lewatnya pada minggu pertama).

 Tabung kelas ini perlu diwujudkan untuk tujuan berikut:

– Bahan-bahan keceriaan kelas.
– Tabung kelas /Jamuan akhir tahun, dan lain-lain.

1.8. SENARAI NAMA MURID DALAM KELAS (AWAL TAHUN)

1.8.1. Menyediakan senarai tersebut mengikut format yang disediakan. Serahkan senarai ini kepada Penyelaras
Tingkatan pada Minggu pertama sesi persekolahan .

1.9. SENARAI NAMA MURID YANG TIDAK MELAPORKAN DIRI / TIDAK HADIR
TANPA SEBAB

1.9.1. Mengisi borang senarai nama murid yang tidak melaporkan diri.Kumpulan murid ini adalah mereka
yang tidak hadir ke sekolah sejak hari pertama persekolahan sesi , tanpa sebarang surat daripada ibu
bapa / penjaga atau surat sakit.

1.9.2. Mengambil tindakan dengan menghantar surat-surat amaran ponteng sekolah dan surat buang sekolah
kepada ibu bapa atau penjaga mengikut tatacara yang telah ditetapkan.

2. DASAR AM PENGURUSAN DISIPLIN

Muka Surat 215 daripada 231

BUKU PENGURUSAN SMK BUKIT CHANGGANG TAHUN 2019

2.1. PONTENG SEKOLAH

2.1.1. Murid adalah dianggap ponteng sekolah sekiranya tidak hadir sekolah dan tidak membawa surat daripada ibu
bapa / penjaga atau surat sakit pada keesokan harinya.

2.1.2. Guru tingkatan hendaklah menandakan 0 dalam buku BRKM kelas (sila rujuk Nota 1.1.3).
2.1.3. Jadual penghantaran surat kes Ponteng sekolah adalah seperti berikut:

Tindakan Ponteng Berterusan PontengBerkala/Tidak Berurutan
3 hari berturut-turut 10 hari
Amaran 1 7 hari selepas Surat Amaran 1 10 hari selepas Surat Amaran 1
Amaran 2 7 hari selepas Surat Amaran 2 20 hari selepas Surat Amaran 2
Amaran 3 14 hari selepas Surat Amaran 3 20 hari selepas Surat Amaran 3
Buang Sekolah
31 hari 60 hari
Jumlah
Keseluruhan

2.1.4. Guru tingkatan hendaklah merekodkan semua proses tindakan di atas dalam borang Rekod Ponteng
Sekolah. Rekod hantaran surat kepada ibubapa / penjaga (dalam BRKM / fail kelas).

2.1.5. Semua surat amaran serta surat buang sekolah boleh didapati dari pejabat sekolah.
2.1.6. Surat Amaran 1, 2, dan 3 mesti diisi dalam 3 salinan dan ditandatangani oleh:

Amaran 1 Ditandatangani oleh Guru Tingkatan / GPKHEM
Amaran 2 Ditandatangani oleh Guru Tingkatan / GPKHEM
Amaran 3 Ditandatangani oleh Guru Tingkatan / GPKHEM
Buang Sekolah Ditandatangani oleh Pengetua

 Salinan 1 ( untuk ibu bapa / penjaga)
 Salinan 2 ( untuk dimasukkan ke dalam fail Rekod Salah Laku )
 Salinan 3 ( untuk dimasukkan ke dalam fail kelas guru tingkatan)
2.1.7. Surat Buang Sekolah mesti diisi dalam 4 salinan dan terus hantar kepada GPKHEM untuk tindakan

selanjutnya dan ditandatangani oleh Pengetua.

Nota:
Catatan dibuat dalam Buku Kedatangan untuk surat seperti berikut:
AP: Amaran Pertama
AK: Amaran Kedua
AT: Amaran Terakhir
BS: Buang Sekolah

2.1.8. Sekiranya murid hadir ke sekolah selepas sesuatu tindakan telah dibuat, peraturan berikut hendaklah
dipatuhi:

 Selepas surat Amaran 1, murid hendaklah membawa surat jawapan daripada ibu bapa /penjaga masing-masing.

 Selepas surat Amaran 2, murid hendaklah membawa surat jawapan daripada ibu bapa / penjaga masing-masing
berjumpa dengan GPKHEM terlebih dahulu.

Muka Surat 216 daripada 231

BUKU PENGURUSAN SMK BUKIT CHANGGANG TAHUN 2019

 Selepas Amaran 3, murid mestilah datang ke sekolah bersama sama ibu bapa / penjaga dan berjumpa dengan
pengetua.

 Murid yang digantung persekolahan hanya dibenarkan masuk ke kelas setelah Pengetua berpuas hati dengan
jaminan yang diberi oleh ibu bapa atau penjaga melalui surat akur janji. Selepas itu murid perlu dirujuk kepada
guru kauseling.

 Murid yang dibuang sekolah hanya boleh dibenarkan bersekolah semula setelah membuat rayuan dan diluluskan
oleh pihak JPN. Rujuk kepada guru kaunseling sebelum dibenarkan masuk ke dalam kelas.

2.2. BUKU KAWALAN KELAS ( BKK )

2.2.1. Semua guru tingkatan mesti memastikan kelas mereka mempunyai BKK setiap hari.
2.2.2. Ketua Tingkatan akan mengambil diwaktu pagi di Bilik Kaunseling. Adalah menjadi tanggungjawab setiap

Ketua Tingkatan untuk memulangkan BKK ke Bilik Kaunseling semula selepas tamat sesi persekolahan.
2.2.3. BKK hendaklah sentiasa berada dengan Ketua Tingkatan dan diserahkan kepada guru mata pelajaran
yang masuk pada setiap waktu.
2.2.4. Guru diminta mencatatkan bilangan murid yang berada di dalam kelas pada masa tersebut. Bagi kelas
yang bergabung seperti ERT, KHB dan Pendidikan Jasmani buat catatan berasingan..

2.2.5. Guru juga mestilah mencatatkan nama-nama murid yang keluar kelas / lambat masuk kelas / ponteng
kelas semasa guru mengajar.
2.2.5. Setiap guru yang memasuki kelas mesti memastikan keadaan kelas bersih dan teratur sebelum
menandatangani BKK.

2.2.7. Semua kes salah laku murid yang ringan mesti diambil tindakan oleh guru berkenaan semasa waktunya.
Hanya kes-kes sederhana berulang dan berat sahaja perlu dicatatkan dalam BKK untuk tindakan Guru
Disiplin pada keesokan harinya.

2.2.8. Jika kes berat yang memerlukan tindakan segera, buat catatan dalam BKK dan terus maklumkan kepada
Ketua Guru Disiplin / GPK HEM.
2.2.9. Ketua Guru Disiplin ( Penyelaras BKK ) akan menyemak BKK setiap hari dan mengambil nama murid
yang bermasalah untuk tindakan selanjutnya pada keesokannya / rujuk kepada guru kaunseling untuk
diberikan kaunseling.

2.2.10. Penyelaras BKK hendaklah menjaga BKK dengan baik dan sempurna mengikut susunan minggu dan
bulan dan diserahkan kepada GPKHEM pada setiap akhir semester 1 & 2.
2.2.11 Ketua Tingkatan atau Penolong Ketua Tingkatan mesti menanda borang pemantauan Ketua Tingkatan
dalam BKK

2.3. PAS KELUAR KELAS

2.3.1. Semua guru hendaklah mendapatkan pas kebenaran keluar daripada GPK HEM pada awal tahun.
2.3.2. Mana-mana murid yang ingin keluar kelas untuk ke tandas, berjumpa guru dan sebagainya mesti memakai pas
berkenaan.
2.3.3. Guru-guru berhak menegur, menahan dan meminta murid balik ke kelas untuk mendapatkan pas

daripada guru mata pelajaran (atau guru kelas sebelahnya jika tiada guru).

2.4. DISIPLIN MURID

2.4.1. SEMUA GURU ADALAH GURU DISIPLIN. Oleh itu, guru-guru mestilah memastikan murid mematuhi semua
peraturan sekolah setiap masa.
2.4.2. Guru-guru mestilah memberi nasihat dan teguran jika mereka dapati seseorang murid itu melakukan

kesalahan disiplin.

Muka Surat 217 daripada 231

BUKU PENGURUSAN SMK BUKIT CHANGGANG TAHUN 2019

2.4.3. Guru-guru mestilah memaklumkan kesalahan-kesalahan disiplin murid yang berat kepada Ketua Guru Disiplin
atau GPK HEM. ( Gunakan Kad Saman )
2.4.4. Guru hendaklah berpandukan kepada prinsip bahawa hukuman yang dikenakan mestilah berpatutan dan adil
serta setimpal dengan kesalahan murid serta bersifat mendidik . Ini bertujuan supaya murid tidak
terasa teraniaya dan akan menerima hukuman dengan rela hati.
2.4.5. Hukuman berganda(double punishment) tidak boleh dikenakan kepada murid untuk satu salahlaku yang
dilakukan.
2.4.6. Tiada sentuhan badan kepada murid atau tingkah laku negative guru yang boleh menimbulkan prasangka kepada
murid.
2.4.7 Guru perlu melapurkan kesalahan sederhana dan berat kepada Ketua Guru Disiplin / GPK HEM.

2.5. TANGGUNGJAWAB GURU

2.5.1. Guru mestilah bersikap penyayang . Justeru itu guru mestilah mengenali nama setiap pelajar.
2.5.2. Guru hendaklah fahami dan kenali mana-mana murid yang sering menimbulkan masalah disiplin dan

berikan tumpuan yang lebih terhadap mereka bagi mendapatkan kerjasama. Jika gagal kes ini perlu
dirujuk kepada GBKSM pelajar.
2.5.3. Jangan mulakan proses P d P jika murid-murid tidak memberi tumpuan atau sedang bising dan bercakap sesama
sendiri.
2.5.4. Jangan biarkan murid-murid berkumpul di hadapan meja guru sedangkan murid-murid lain dibiarkan
bising di tempat mereka atau di belakang kelas.
2.5.5. Sebelum memulakan PdP guru haruslah memeriksa kebersihan kelas termasuk bahagian kaki lima kelas
dan mengarahkan murid-murid mengemas dan membersihkannya dengan segera.
2.5.6. Guru-guru haruslah mengambil perhatian lebih terhadap murid-murid yang selalu tidak membuat kerja
rumah atau tugasan dalam kelas. Catatkan masalah ini di dalam BKK
2.5.7. Penyemakan buku nota dan latihan akan dilakukan sebanyak 2 kali setahun oleh pentadbir.

2.6. DASAR UMUM DISIPLIN

2.6.1. Setiap murid wajib memiliki buku peraturan sekolah dan mesti dibawa ke sekolah pada setiap hari.
2.6.2. Setiap murid wajib memiliki buku nota dan wajib dibawa bersama sewaktu perhimpunan.
2.6.3. Pada awal tahun permulaan semasa persekolahan, murid akan diberi penjelasan dan penerangan tentang

peraturan sekolah dan tindakan-tindakan disiplin yang dikuatkuasakan jika melanggar peraturan melalui
Perhimpunan Rasmi Sekolah.
2.6.4. Pemeriksaan dan Pemantapan Sahsiah Pelajar / Spot Check :
2.6.4.1. Pemeriksaan dan Pemantapan Sahsiah Pelajar / sport check akan dijalankan dari semasa ke semasa

ke atas murid semasa berada di bilik kelas atau tapak perhimpunan atas arahan pihak pentadbir.
2.6.4.2. Guru disiplin / guru bertugas bersama guru tingkatan atau guru mata pelajaran dengan bantuan

pengawas akan menjalankan sport check dengan disaksikan oleh murid berkenaan.
2.6.4.3. Barang larangan akan dirampas dan maklumat murid tersebut akan direkod oleh guru berkaitan

dalam Buku Rekod Salah Laku Barang Rampasan yang disimpan di dalam almari di bilik GPK
HEM / pejabat sekolah.
2.6.4.4. Barang larangan akan disimpan di dalam bilik GPK HEM / Pejabat sekolah.
2.6.4.5. Barang rampasan yang mahal (seperti telefon bimbit) hanya oleh dituntut balik oleh ibu bapa /
penjaga murid selepas berjumpa dengan GPK HEM dan menandatangani surat akurjanji dan
membayar denda.
2.6.4.6. Barang rampasan yang tidak dituntut selepas tiga tahun akan dilupuskan setelah dibawa mesyuarat
AJK Lembaga Disiplin & AJK PIBG.
2.6.4.7. Kehilangan barang-barang berharga adalah di bawah tanggungjawab murid-murid.

Muka Surat 218 daripada 231

BUKU PENGURUSAN SMK BUKIT CHANGGANG TAHUN 2019

2.6.4.8. Pelajar tidak dibenarkan menjalankan aktiviti sendiri di sekolah tanpa pengawasan guru.
2.6.4.9. Pelajar tidak dibenarkan berada di dalam kelas selepas sessi persekolahan dan ketika hari cuti,

melainkan bersama guru.
2.6.4.10. Aktiviti bersama pelajar lelaki dan perempuan sangat dilarang kecuali yang berkaitan

pembelajaran dibawah bimbingan guru.
2.6.4.11. Sebarang perbuatan yang menjolok mata seperti berdua-duaan lelaki-perempuan, merokok,

merempit, melepak dan sebagainya walaupun di luar kawasan sekolah dianggap menjatuhkan
nama baik sekolah dan diketegorikan sebagai kes berat.
2.6.4.12. Menjadi tanggung jawab semua guru dan pelajar untuk melapurkan sebarang kes salah laku
dalam kalangan pelajar kepada Unit Disiplin, Unit Bimbingan Dan Kaunseling, Penolong Kanan dan
Pengetua.
2.6.4.13. Setiap arahan Pengawal Keselamatan yang berkaitan tugasan mereka wajib dipatuhi oleh semua
pelajar dan menjadi kesalahan jika diingkari.
2.6.4.14. Penggunaan padang permainan , peralatan dan kemudahan perlu mendapat keizinan dari pihak
pengurusan sekolah.
2.6.4.15 Kategori kesalahan perlu dirujuk di dalam Buku Peraturan Sekolah SMKSM yang wajib dimiliki
oleh semua pelajar.

2.7. PENGURUSAN PERHIMPUNAN

.7.1. Perhimpunan rasmi pada hari Isnin (7.30 – 8.20 sesi pagi dan 5.50 – 6.30 sesi petang ) dan perhimpunan
biasa pada hari-hari Selasa, Rabu dan Khamis (7.30 – 7.40 Pagi dan 12.30 – 12.50 sesi petang) .Majlis Bacaan Surah

Yassin untuk pelajar Islam dan Pemantapan Sahsiah kepada pelajar bukan Islam di adakan pada setiap Jumaat
2.7.2. Diuruskan oleh Guru Bertugas. Mingguan dan dibantu oleh Badan Pengawas

2.7.3. Guru dan murid tidak dibenarkan bercakap semasa perhimpunan kecuali sedang bertugas atau dengan
kebenaran.

2.7.4. Perhimpunan perlulah ringkas dan padat.
2.7.5. Guru-guru juga diingatkan agar tidak bercakap semasa perhimpunan sedang dijalankan.Sekiranya perlu,

maka guru dibenarkan keluar sebentar daripada berada di perhimpunan tersebut.
2.8.6. Guru-guru yang menguruskan pengucapan awam perlu berada di belakang podium.Teks pengucapan

awam mestilah ditaip dan diserahkan satu salinan selepas selesai perhimpunan.
2.8.7. Bahan bacaan yang dibawa semasa perhimpunan boleh dirampas ( sekiranya murid membaca sewaktu

perhimpunan dijalankan )
2.8.8 Segala maklumat yang disampaikan oleh guru mesti dicatatkan di dalam Buku Laporan Mingguan oleh

Guru Bertugas Mingguan dan oleh pengawas bertugas di tapak perhimpunan di dalam Buku Laporan
Pengawas

3. DASAR AM KEBAJIKAN MURID
3.1. PENGURUSAN SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)

3.1.1. Memastikan semua murid mendapatkan buku teks yang mencukupi selewat-lewatnya hari pertama sesi
baru persekolahan.

3.1.2. Melaksanakan arahan perpindahan Murid Bersama Buku Teks Dalam Zon yang Sama.
(Ruj: K/P.BT.8945/Jld.28(24) 17Mac 2008).

3.1.3. Membantu ibu bapa atau penjaga yang hendak membeli sendiri buku teks di pasaran terbuka dengan
menghubungi penerbit.

3.1.4. Guru Tingkatan mesti memastikan semua buku teks yang diterima oleh murid dibalut kemas dan ditulis
nama.

3.1.5. Guru tingkatan juga mesti memastikan mana-mana muridnya yang ingin bertukar sekolah ke sekolah

Muka Surat 219 daripada 231

BUKU PENGURUSAN SMK BUKIT CHANGGANG TAHUN 2019

swasta, SBP atau Sekolah-sekolah dibawah anjuran MARA memulangkan semula buku SPBT tersebut
dengan mengikut tatacara yang telah ditetapkan.
3.1.6. Guru SPBT mestilah mengumpulkan semula buku teks pada akhir tahun mengikut tarikh yang
ditetapkan serta membuat senarai murid yang tidak memulangkannya.

3.2. PENGURUSAN BIASISWA

3.2.1. Guru-guru biasiswa mestilah memastikan murid yang berjaya menerima surat tawaran dan membuka
akaun simpanan di Bank Simpanan Nasional. Guru-guru tingkatan juga boleh meminta mana-mana
murid yang layak untuk memohon biasiswa.

3.2.2. Buku simpanan tersebut hendaklah diserahkan kepada guru biasiswa dan pengeluaran wang yang dibuat mestilah
dikawal agar tidak disalahgunakan oleh murid berkenaan. Ibubapa atau penjaga dilarang sama sekali mengambil buku
akaun murid.
3.2.3. Seorang murid hanya boleh menerima satu biasiswa sahaja. Jika mendapat lebih daripada satu biasiswa,

satu surat pemberitahuan perlu dihantar kepada pihak penaja.
3.2.4. Bagi penerima bantuan biasiswa Baitulmal, Guru Biasiswa berkenaan mestilah mengenalpasti jika ada

murid-murid baru terutamanya murid tingkatan satu yang pernah menerima bantuan tersebut semasa
mereka di sekolah rendah.
3.2.5. Walaupun murid-murid berkenaan pernah menerima bantuan, mereka mesti memperbaharuhi
permohonan mereka semasa di sekolah menengah dengan mengisi borang permohonan bantuan
Baitulmal.
3.2.6. Guru Tingkatan mesti memastikan bahawa murid-murid berkenaan dapat menyambung semula bantuan yang
diterima dengan menyerahkan borang permohonan mereka yang lengkap kepada Guru Biasiswa berkenaan.
3.2.7. Guru Tingkatan juga boleh mengenal pasti murid yang layak menerima sebarang bantuan yang lain dan
melaporkan kepada pihak PIBG
3.2.8. Guru biasiswa perlu menyimpan rekod prestasi akademik murid penerima biasiswa dan memastikan
mereka tidak ketinggalan.

3.3. KHIDMAT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

3.3.1. GBKSM mestilah memberikan galakan, motivasi dan merangsang minat murid terhadap akademik di
samping membantu serta membimbing murid menyelesaikan sendiri masalah emosi- sosial yang
dihadapinya.

3.3.2. Khidmat bimbingan dan kaunseling harus diuruskan mengikut etikanya, demi memelihara hak murid.
Segala maklumat murid adalah dianggap sulit dan hanya boleh didedahkan kepada pihak yang bersama
membantunya sahaja.

3.3.3. GBKSM boleh membantu murid-murid dengan memberi bimbingan dan saranan sama ada secara
individu atau kelompok.

3.3.4. GBKSM juga harus memainkan peranan aktif dalam merancang,mengelola dan menjalankan program-
program motivasi, kepimpinan, akademik dan kemahiran-kemahiran belajar kepada pada murid.

3.3.5. GBKSM harus membimbing murid dalam membuat pemilihan kerjaya mereka, terutamanya calon-
calon lepasan SPM yang ingin membuat pemilihan kursus di IPTA atau IPTS.

3.3.6. GBKSM mestilah mengatur masa untuk member khidmat kaunseling kepada murid yang telah diberi
surat amaran ponteng pertama, kedua dan ketiga. Bagi murid yang telah digantung/dibuang sekolah dan
diterima bersekolah semula, sesi kaunseling perlu dilakukan selama enam bulan dan laporannya dihantar
kepada PK HEM setiap bulan untuk tindakan susulan.

3.3.7. Guru Disiplin mahupun Guru Tingkatan boleh merujuk kepada GBKSM tentang murid yang
memerlukan bantuan kaunseling ataupun murid yang menghadapi masalah disiplin.

3.3.8 Setiap data kaunseling murid disimpan secara sistematik, sentiasa dianalisa dan dibuat pembaikan dari
masa kesemasa.

3.4. KEBAJIKAN MURID

3.4.1. Guru Tingkatan mestilah mendapatkan maklumat mengenai bilangan anak yatim atau murid yang terlalu

Muka Surat 220 daripada 231

BUKU PENGURUSAN SMK BUKIT CHANGGANG TAHUN 2019

rendah SES (Social Economic Status) agar mereka ini dapat diberikan bantuan. Sila dapatkan maklumat
ini pada minggu pertama sesi persekolahan dan isi borang maklumat berkenaan. Serahkan boring
tersebut kepada Penyelaras Tingkatan untuk rujukan GPK HEM
3.4.2. Guru Tingkatan hendaklah memaklumkan kepada PK HEM sekiranya ada di kalangan muridnya yang
menghidap penyakit denggi atau penyakit mudharat yang lain atau murid yang mendapat kemalangan /
kematian atau bencana dalam keluarganya.
3.4.3. Derma kilat akan dibuat oleh unit kebajikan sekiranya berlaku kematian / bencana seperti kematian
saudara terdekat (ibubapa) atau diri sendiri.

4. DASAR AM KEBERSIHAN DAN KESIHATAN
4.1. REKOD KESIHATAN MURID

4.1.1. Guru Tingkatan mestilah memastikan setiap muridnya mempunyai Buku Rekod Kesihatan di dalam fail
peribadi

4.1.2. Buku Rekod Kesihatan ini selalunya diperolehi sewaktu murid berada di sekolah rendah lagi. Ia akan
dibawa dan diteruskan penggunaannya sehinggalah ke sekolah menengah.

4.1.3. Jika Guru Tingkatan mendapati muridnya tidak mempunyai atau kehilangan buku tersebut, sila dapatkan
daripada koperasi sekolah..

4.1.4. Buku Rekod Kesihatan wajib dimiliki oleh setiap murid kerana buku ini diperlukan apabila pemeriksaan
kesihatan dibuat ataupun semasa suntikan imunisasi ATT (untuk Tingkatan Tiga sahaja) diberikan
kepada murid oleh pegawai kesihatan.

4.1.5. Buku Rekod Kesihatan wajib dibawa bersama oleh murid yang bertukar sekolah dan disertakan bersama
Fail Peribadi murid berkenaan.

4.2. KAD PERGIGIAN MURID

4.2.1. Setiap murid sekolah mempunyai kad pergigian yang dibekalkan setiap tahun, terutamanya kepada
murid-murid Tingkatan Satu.

4.2.2. Guru Tingkatan mestilah memastikan kad ini diedarkan kepada ibu bapa / penjaga murid untuk
mendapatkan kebenaran bagi menjalankan pemeriksaan gigi terhadap anak / anak jagaannya.

4.2.3. Kad ini hendaklah diserahkan kepada pegawai kesihatan yang berkenaan dan pemeriksaan akan
dijalankan pada satu tempoh yang ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan berkenaan.

4.3. SURAT RAWATAN MURID

4.3.1. Guru Tingkatan hendaklah memaklumkan kepada murid bahawa mereka boleh mendapatkan surat
rawatan ini di pejabat sekolah.

4.3.2. Surat rawatan ini hendaklah ditandatangani oleh Pengetua atau mana-mana Penolong Kanan.
4.3.3. Surat ini digunakan oleh murid apabila ingin mendapatkan khidmat rawatan di mana-mana hospital atau

klinik kerajaan.

4.4. MURID SAKIT

4.4.1. Sekiranya ada murid yang sakit pada sebelah pagi mereka perlu berhubung dengan Pejabat Sekolah dan
Guru Bertugas Mingguan akan dihubungi

4.4.2. Guru Bertugas akan menentukan tahap kesihatan murid samada perlu dihantar ke klinik, berehat di bilik
rehat atau menghubungi ambulan atau warisnya.

4.4.3. Kunci Bilik Rawatan (sekolah) akan disimpan setiap satu oleh Guru Bilik Rawatan dan di pejabat. Guru
yang mengambil akan menulis di buku pergerakan kunci. Murid lelaki perlu diasingkan dari murid
perempuan.

4.4.5. Guru Bertugas atau Guru Tingkatan boleh menghubungi ibu bapa / penjaga berkenaan untuk
menjemputnya di sekolah sekiranya perlu.

4.4.6. Guru Bertugas dan Guru Tingkatan tidak boleh membenarkan murid berkenaan pulang sendiri ke rumah

Muka Surat 221 daripada 231

BUKU PENGURUSAN SMK BUKIT CHANGGANG TAHUN 2019

walaupun rumahnya berhampiran dengan sekolah. Murid yang sakit boleh berada di Bilik Rawatan
sehingga rehat ditemani oleh rakan sekelas yang akan diganti pada setiap jam.
4.4.7. Jika berlaku kes-kes kecemasan atau kecederaan, Guru Bertugas mestilah menghubungi segera ibu bapa /
penjaga untuk menghantar murid berkenaan ke klinik atau hospital terdekat atau ke rumah murid
berkenaan. Pihak sekolah juga boleh memanggil ambulan sekiranya berlaku kecederaan serius yang
memerlukan rawatan segera.
4.4.8. Guru bertugas mestilah merekodkan butiran murid yang dibenarkan pulang dalam Buku Laporan
Bertugas dan Buku Rekod Keluar Murid.

4.5. KEBERSIHAN DAN KECERIAAN SEKOLAH

4.5.1. Semua guru bertanggungjawab bagi memastikan murid-murid menjaga kebersihan diri, kelas, tandas,
kantin, bilik-bilik khas,bangunan dan kawasan sekolah.

4.5.2. Guru-guru Tingkatan mestilah sentiasa mengingatkan murid-murid kelasnya supaya menjaga kebersihan
dan keceriaan kelas masing – masing.

4.5.3. Guru-guru Tingkatan bertanggungjawab mengambil inisiatif untuk menghias kelas mereka agar kelihatan
kemas dan teratur, ceria dan kondusif bagi memudah dan membantu dalam proses P & P.

4.5.4. Guru-guru Tingkatan bertanggungjawab memastikan kelas mereka dibersihkan pada setiap hari.
4.5.5. Guru-guru waktu akhir bertanggungjawab memastikan kelas atau bilik khas dibersihkan sebelum murid

keluar.
4.5.6 Ketua Tingkatan dan Penolong Ketua Tingkatan perlu memantau kebersihan kelas dengan mengisi boring

pemantauan di dalam Buku Rekod Mengesan Pergerakan Murid.
4.5.7. Pengurusan kelas juga dilakukan 5 minit sebelum waktu persekolahan berakhir. Murid-murid

dikehendaki menyandarkan kerusi ke meja.

4.6. KANTIN SEKOLAH

4.6.1. Guru AJK Kantin bertanggungjawab memastikan bahawa pengusaha kantin mengamalkan kebersihan
dalam penyediaan,penjualan dan menjaga seluruh kawasan kantin.

4.6.2. Guru AJK Kantin perlu membuat laporan harian kepada GPK HEM dengan menyemak Buku
Pemeriksaan Kendiri yang dibekalkan oleh JPN.

4.6.3. Guru AJK Kantin perlu membuat laporan kepada GPK HEM atau pentadbir lain jika berlakunya kes
keracunan makanan di kantin sekolah.

4.6.4. Guru-guru juga bertanggungjawab menasihatkan para murid supaya mengamalkan pemakanan
seimbang dan tidak menggalakkan murid membeli makanan daripada penjual di luar kawasan sekolah.

4.6.5. Guru Disiplin serta Guru Bertugas Harian mesti berada di kantin bersama-sama pengawas bertugas
untuk mengawal disiplin murid semasa waktu rehat.

4.6.6. Guru Disiplin serta Guru Bertugas Harian mesti memastikan murid menepati masa untuk beredar dari
kantin dan masuk kelas apabila loceng dibunyikan.

4.6.7. Murid tidak dibenarkan membeli makanan / minuman di luar waktu rehat kecuali dengan kebenaran
khas.

4.7. KEBERSIHAN KELAS

4.7.1. Murid mesti membersihkan kelas sebelum waktu pertama dan waktu terakhir.
4.7.2. Guru mata pelajaran memeriksa kelas sebelum waktu pertama bermula dan untuk waktu terakhir, 5 minit

sebelum tamat persekolahan dan menyediakan laporan untuk makluman.
4.7.3. Guru Bertugas harian membuat pemeriksaan setiap hari pada bila-bila masa sepanjang minggu bertugas.

5. DASAR AM KESELAMATAN SEKOLAH

5.1. Latihan Kecemasan / Kebakaran
5.1.1. Memastikan bahawa latihan kebakaran (fire drill) dijalankan 1 kali setahun.
5.1.2. Mengadakan demonstrasi cara-cara memadam api apabila berlakunya kebakaran kecil.
5.1.3. Memastikan alat pencegahan kebakaran mencukupi dan berfungsi.
5.1.4. Guru-Guru mestilah memastikan murid-murid meninggalkan kelas / bilik khas dengan segera,melalui

laluan yang ditetapkan secara teratur apabila isyarat kebakaran dibunyikan. Murid-murid khas atau OKU

Muka Surat 222 daripada 231

BUKU PENGURUSAN SMK BUKIT CHANGGANG TAHUN 2019

hendaklah dibantu keluar oleh guru mereka dan rakan-rakan.
5.1.5. Guru-Guru dan AJK Kelas mesti memastikan suis lampu, kipas atau peralatan elektrik yang lain serta

Bekalan gas ditutup sebelum keluar.
5.1.6. Buku Rekod Kedatangan Murid (BRKM) dibawa keluar dari pejabat oleh staf pejabat ke tempat

berkumpul.
5.1.7. Guru Tingkatan mestilah mengambil BRKM kelas masing-masing di tempat berkumpul dan mengira

Bilangan murid dengan segera. Mana-mana murid yang tiada hendaklah dimaklumkan kepada Pentadbir
dengan serta-merta untuk tindakan menyelamat.

5.2. POLISI SEKOLAH SELAMAT

5.2.1. Pihak sekolah mengamalkan tiga polisi utama dalam aspek keselamatan sekolah:
– Polisi Keselamatan Pergi dan Balik dari Sekolah
– Polisi Mengelakkan Gangguan Seksual
– Polisi Keselamatan Menjalankan Aktiviti kurikulum dan Kokurikulum.
5.2.2. Semua guru bertanggungjawab bagi memastikan polisi-polisi ini dipatuhi dan diamalkan setiap masa demi
mewujudkan iklim sekolah yang selamat kepada semua warga sekolah.

a. KETETAPAN ASRAMA
5.2.1. Pihak sekolah telah menetapkan kriteria untuk kemasukan ke asrama
- Tempat tinggal : Murid-murid dari sekitar Bukit Changgang, Olak Lempit, RTB dan BSE
- Akademik : Murid perlu memperolehi sekurang-kurangnya lulus semua matapelajaran
dan tiada gred D dan E
- Sosioekonomi : Keluarga yang berpendapatan sederhana dan rendah
- Sahsiah : Tiada rekod disiplin
- Kokurikulum dan Sukan : Penglibatan yang aktif
- Pengangkutan : Mengalami masalah pengangkutan untuk hadir ke sekolah

Muka Surat 223 daripada 231

BUKU PENGURUSAN SMK BUKIT CHANGGANG TAHUN 2019

PROGRAM-PROGRAM
PEMBENTUKAN JIWA,
SAHSIAH DAN ROHANI

SESI PETANG
SMK BUKIT CHANGGANG
42700 BANTING SELANGOR DE
2018

PROGRAM-PROGRAM DI SESI PETANG
SMK BUKIT CHANGGANG 42700 BANTING SELANGOR

Program-program yang disusun adalah untuk pembentukan sahsiah pelajar kearah peribadi mulia dan
mengurangkan masalah disiplin.Di samping itu dapat mengisi kekosongan jiwa dan rohani murid terutama
yang kekurangan kasih sayang di rumah.

1. BACAAN ASMAUL HUSNA SETIAP KALI PERHIMPUNAN RASMI HARI ISNIN.
TUJUAN:Murid dapat mengetahui nama-nama Allah yang 99.
Muka Surat 224 daripada 231

BUKU PENGURUSAN SMK BUKIT CHANGGANG TAHUN 2019

Kaifiat :Sesiapa yang menghafal nama-nama Allah akan masuk syurga.

2. BACAAN YAASIN BERSELANG SELI DENGAN PERHIMPUNAN MINGGUAN (2 MINGGU SEKALI).
TUJUAN:Murid dapat memohon kepada Allah mengikut niat masing-masing.Guru menyarankan
supaya murid bermohon agar dijadikan diri mereka sebagai anak yang soleh/solehah.
Kaifiat :Membersihkan hati murid dari sifat-sifat buruk.

3. MEMBACA SURAH AL-IKHLAS SEBANYAK 3 KALI SETIAP KALI MASA PERTAMA SAHAJA SETIAP
HARI.
TUJUAN:Murid dapat menghafal surah al-ikhlas dan dan membacanya dimana-mana sahaja serta
tahu kepentingannya.
Kaifiat :Membaca surah al-ikhlas sebanyak 3 kali diberi ganjaran pahala seperti membaca 30 juzuk
al-Quran.

4. MENJAWAB DAN MENGHENTIKAN SEMENTARA AKTIVITI YANG SEDANG BERJALAN SEWAKTU
AZAN DILAUNGKAN (AZAN WAKTU ZOHOR DAN ASAR).
TUJUAN:Mengingatkan murid tentang masuknya waktu solat zohor dan asar dan pentingnya
menunaikan solat.
Kaifiat :Orang yang mendengar dan menjawab azan akan dimasukkan ke syurga.

5. MEMBERI SALAM KEPADA GURU YANG MASUK KE KELAS DENGAN MENYEBUT NAMA GURU
TERSEBUT.
TUJUAN:Murid mengetahui nama guru yang mengajar dan tidak menggelar guru dengan gelaran-
gelaran tertentu.
Kaifiat :Menimbulkan perasaan sayang dan hormat kepada guru.

6. BACAAN HARIAN: SURAH AL MULK (ISNIN-RABU), SURAH ALKAHFI (KHAMIS-JUMAAT)
TUJUAN:Murid membiasakan lisan dengan ayat-ayat Allah SWT dan mendapat ketenangan jiwa..
Kaifiat :Orang yang menghafaz al Mulk akan terselamat daripada fitnah kubur, manakala
menghafaz surah al kahfi (1-10) akan terselamat daripada fitnah dajal.

7. ALUNAN LAGU-LAGU QASIDAH/NASYID SEWAKTU REHAT MELALUI RADIO SEKOLAH.
TUJUAN:Mengisi jiwa murid agar membiasakan lagu-lagu yang mendidik jiwa dan meninggalkan
yang lagho agar jiwanya bersih dan mudah menerima nasihat.
Kaifiat :Jiwa yang bersih akan mudah menerima pelajaran dan nasihat.

8. PROGRAM HAFAZAN SURAH-SURAH LAZIM,YAASIN DAN SURAH AL-MULK(HUJUNG TAHUN
SEWAKTU PEPERIKSAAN SPM)
TUJUAN:Mengisi masa luang murid selepas solat asar sehingga waktu balik dengan pengisian
rohani bagi mendidik jiwa agar sentiasa mengingati Allah.
Kaifiat: Orang yang hafaz Surah Al Mulk akan selamat dari fitnah kubur.

Muka Surat 225 daripada 231

BUKU PENGURUSAN SMK BUKIT CHANGGANG TAHUN 2019

9. PERTANDINGAN TAHSIN BACAAN AYAT-AYAT DALAM SOLAT, SURAH AL MULK DAN ALKAHFI
(AYAT 1-10)
TUJUAN:Mengisi masa murid selepas Peperiksaan Akhit Tahun(PAT)
Kaifiat:Solat menjadi lebih sempurna dan diterima Allah SWT, mendapat ketenangan jiwa dan
mendidik murid supaya bersedia menghadapi kematian.

10. PASCA PAT (PEMANTAPAN ROHANI & FIZIKAL)
TUJUAN:Membentuk murid yang mempunyai asas keimanan yang kukuh merangkumi bidang ibadat,
aqidah sama ada duniawi & ukhrawi. Di samping itu juga untuk menerap dan menghayati kandungan
& terjemahan al quran. Membentuk jiwa yang tenang dapat mengharungi situasi era akhir zaman
dengan penuh keimanan.
OBJEKTIF:
 Melahirkan murid yang beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT.
 Memberi peluang kepada murid untuk melazimi lidah dengan surah yasiin, al mulk dan al
kahfi.
 Melahirkan generasi yang cinta al quran.
 Melahirkan generasi yang sihat fizikal dan minda.

ANJURAN: Panitia Pendidikan Islam/ PJPK SMK Bukit Changgang
KUMPULAN SASARAN: Murid Tingkatan 1 dan 2
JANGKAMASA: 1.00-6.00 PETANG SETIAP HARI (NOVEMBER)
TEMPAT:Surau Annur / Padang SMK Bukit Changgang
AKTIVITI:

1.00-1.30 Tengah hari :Murid-murid berkumpul dilokasi yang ditetapkan
:Bacaan doa & 3 kul
:Asmaul husna
:SOLAT ZOHOR

1.30-3.00 Petang :Tazkirah, Bacaan Yasiin dan hafazan (rujuk borang hafazan)
3.00-3.40 Petang :REHAT
3.40-4.30 Petang :Sesi Kaunseling
4.30-5.00 Petang :SOLAT ASAR
5.00-6.35 Petang :Aktiviti sukan

KESIMPULAN:
Semoga program ini mencapai objektif yang digariskan dan mendapat sokongan serta kerjasama dari
semua pihak sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan program ini.
Diharapkan program ini dapat memberi impak positif kepada semua bagi melahirkan insan yang dapat
mengamalkan al quran dalam kehidupan seharian dengan sempurna meningkatkan ketaqwaan
kepada Allah SWT.

Muka Surat 226 daripada 231

BUKU PENGURUSAN SMK BUKIT CHANGGANG TAHUN 2019

11. AKTIVITI PELAJAR BUKAN ISLAM SEMASA BACAAN YASIN DAN PROGRAM BERCORAK
KEAGAMAAN
1. Origami
2. Ilusi Optik
3. Pertandingan Catur
4. Pertandingan Silang Kata
5. Pertandingan Trivia Sains
6. Membentuk ‘tower’menggunakan surat khabar lama
7. Mencipta bahan dari barangan terbuang
8. Eksperimen air dalam cawan yang terbalik tetapi air tidak tertumpah
9. Eksperimen jarum tidak tenggelam malah terapung dipermukaan air

12. PROGRAM PERMUAFAKATAN SAHSIAH

PENGENALAN:
Program Permuafakatan Sahsiah bertujuan untuk memperkenalkan satu bentuk kerjasama yang
dijalankan di antara pihak sekolah dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Kerjasama ini
mengambilkira usaha yang perlu diambil untuk menangani masalah disiplin dalam kalangan murid-
murid SMKBC terutamanya murid-murid sesi petang. Dengan adanya kerjasama yang jitu di antara
pihak sekolah dan PIBG, segala isu-isu yang berkaitan dengan masalah disiplin murid dapat
dibincangkan dengan lebih telus dan terbuka serta dapat diatasi dengan baik. Selain memberi
sokongan moral, PIBG juga berperanan menjadi pemudah cara di antara pihak sekolah dan ibu bapa.

OBJEKTIF:
 Membantu pihak sekolah mengawal disiplin murid terutamanya murid sesi petang
 Membantu pihak sekolah berdepan dengan ibu bapa/ penjaga yang mempunyai anak-
anak yang terlibat dengan masalah disiplin.
 Membantu pihak sekolah mengurangkan kes-kes disiplin sekolah.

KAEDAH PELAKSANAAN:
 Unit Disiplin mengenal pasti beberapa orang murid yang terlibat dengan kes-kes disiplin yang
berat seperti merokok, buli, bergaduh, mencuri, ponteng kelas, ponteng sekolah, ingkar
arahan guru, tingkahlaku musnah, berkelakuan lucah atau menyimpan bahan lucah dan
sebagainya.
 Semua murid yang terlibat dikumpulkan, diberi taklimat serta dikehendaki membuat
pengakuan bertulis.
 Perbincangan dengan pihak pengetua bertujuan untuk membuat pengakuan ketetapan hari,
tarikh dan masa yang sesuai sebelum perjumpaan di antara pihak sekolah, PIBG dan ibu bapa
dan penjaga dijalankan.
 Pada hari perjumpaan, murid-murid yang terlibat akan dihubungi dan dikumpulkan di
tempat perjumpaan serta diberi sedikit taklimat.
 Semua murid yang terlibat diberi fail peribadi yang mengandungi maklumat diri dan senarai
kesalahan disiplin yang dilakukan oleh mereka.

MASA: Berkala ( mengikut keperluan disiplin yang berlaku)

Muka Surat 227 daripada 231

BUKU PENGURUSAN SMK BUKIT CHANGGANG TAHUN 2019

13. CERAMAH TRAFIK JALAN RAYA

PENDAHULUAN:

Motirsikal merupakan salah satu alternative pengangkutan murid ke sekolah, sama ada dihantar oleh
penjaga atau menunggang sendiri ke sekolah. Walaupun had umur untuk murid memiliki lessen
motorsikal adalah bermula pada umur 16 tahun bagi motorsikal dan 17 tahun bagi kereta, namun
ramai murid yanag masih di bawah umur tersebut yang menunggang motorsikal di jalan raya. Justeru
itu, satu kempen kesedaran dan penyampaian maklumat yang betul mengenai peraturan trafik jalan
raya yang perlu diberi kepada murid khususnya bagi mengelakkan sebarang masalah sama ada kepada
murid mahu pun ibu bapa.

OBJEKTIF:
 Mengenal dan memahami peraturan jalan raya yang sebenar.
 Mempunyai sikap yantg baik dan menjadi pengguna yang berhemah semasa di jalan raya.
 Tidak mengambil resiko bahaya dengan menunggang motorsikal atau basikal secara
berbahaya.
 Sentiasa memastikan kenderaan yang ditunggang berada dalam keadaan selamat dan
sempurna.

ANJURAN:Unit Disiplin dan Pembangunan Sahsiah Murid (sesi petang)

KUMPULAN SASARAN:Tingkatan 1 dan 2

JANGKAMASA:5.00-6.30 Petang (febuari dan mac)

TEMPAT: Dataran Budi

AKTIVITI:

5.00-5.30 Petang : Sesi Ceramah

5.30-5.50 Petang : Mengenal ciri-ciri motorsikal yang selamat ditunggang

5.50-6.10 Petang :Tunjukcara menunggang mororsikal yang betul dan selamat

6.10-6.30 Petang :Kuiz Spontan

:Penyampaian Hadiah Kuiz & cenderahati penceramah

KESIMPULAN:

Adalah diharapkan dengan adanya program ini, murid sedar akan kepentingan mematuhi peraturan

trafik di jalan raya bagi memastikan kesedaran murid sama ada ketika pergi ataupun balik ke sekolah.

Semoga pematuhan peraturan di jalan raya terus dikekalkan sampai bila-bila.

6. PROGRAM SAHABAT SOLAT

PENDAHULUAN:
SAHABAT SOLAT merupakan satu aktiviti yang dicadangkan oleh Penolong Kanan Petang (Puan Hajah
Muolifah binti Wasis). Idea ini untuk memberi peluang kepada murid asrama menjalankan dan
memberi sumbangan khidmat sosial seperti yang dikehendaki di dalam Transformasi Asrama Harian
(2013-2020) yang memberi penekanan pada pembangunan sahsiah dan disiplin. Selain itu ia juga
sebagai media keperluan murid asrama dalam aktiviti khidmat sosial dalam memupuk kemahiran
kepimpinan dan softskill. Penglibatan ini juga memberi nilai tambah yang diperlukan di dalam
penilaian asrama. Secara tidak langsung perjalanan menunaikan solat asar dapat berjalan dengan baik
dan teratur.

Muka Surat 228 daripada 231

BUKU PENGURUSAN SMK BUKIT CHANGGANG TAHUN 2019

OBJEKTIF:
 Meningkatkan kualiti kepimpinan murid asrama.
 Melaksanakan salah satu khidmat sosial aktiviti asrama.
 Perkongsian pengalaman dan pengetahuan dalam mengendalikan sesuatu aktiviti.
 Melahirkan murid yang mempunyai rasa tanggungjawab dalam melaksanakan tugasan.

KUMPULAN SASARAN: Tingkatan 1 dan 2 (Islam)
JANGKAMASA:Setiap Isnin – Jumaat (6.15-6.35 petang)
TEMPAT:Surau Annur SMK Bukit changgang
PELAKSANA: Murid aspuri dan aspura SMK Bukit changgang Tingkatan 4 dan 5
JADUAL PEMANTAUAN:

 Isnin: Waktu bergantung kepada perhimpunan
 Selasa- jumaat:6.15-6.30 Petang
 Kecuali haru jumaat minggu balik-Tiada yang bertugas

PENUTUP:
Harapan program yang dirangka dan telah pun berjalan ini mendapat sokongan semua pihak. Tiada
yang diharapkan selain dapat menyumbang dan memberi input yang positif kepada murid-murid
seterusnya melahirkan insan yang berkualiti kepada agama, sekolah, masyarakat seterusnya Negara.

Muka Surat 229 daripada 231

BUKU PENGURUSAN SMK BUKIT CHANGGANG TAHUN 2019

5.3. KENDERAAN GURU , IBUBAPA DAN PELAJAR

5.3.1. Guru-guru mesti memastikan kenderaan diletakkan di tempat yang telah dikhaskan dan tidak
mengganggu laluan masuk.

5.3.2. Guru-guru dan pelajar diingatkan supaya berhati-hati apabila memandu kenderaan mereka dalam
kawasan sekolah untuk mengelakkan sebarang kemalangan.

5.3.3. Semua kenderaan guru-guru dan pelajar mesti mempunyai pelekat khas yang boleh dibeli di koperasi
sekolah.

5.3.4. Ibu bapa / penjaga yang menghantar dan mengambil pelajar tidak dibenarkan memasuki kawasan
sekolah untuk mengelak kesesakan.

5.4. PONDOK KAWALAN KESELAMATAN

5.4.1. Guru-guru hendaklah memaklumkan kepada pentadbir sekolah sekiranya mereka mendapati
pengawal keselamatan yang bertugas di pintu pagar sekolah.

5.4.2. Pintu pagar sekolah mestilah sentiasa ditutup. Mana-mana pelawat yang ingin berurusan dengan pihak
sekolah mesti menandatangani Buku Rekod Pelawat dan mendapatkan Pas Pelawat terlebih dahulu.

5.4.3. Pengawal keselamatan memastikan pelawat mematuhi carta alir keselamatan yang terpapar di pondok
kawalan keselamatan sekolah.

5.5. MENANGANI BENCANA

5.5.1. Menyelaras dan membekalkan data sekolah dan murid bila dikehendaki.
5.5.2. Menyediakan maklumat kemudahan yang terdapat di sekolah.
5.5.3. Menggubal dan melaksanakan panduan dan peraturan tindakan penggunaan bantuan kemudahan dan

tenaga.
5.5.4. Meningkatkan pemahaman bantuan pengurusan bencana alam.
5.5.5. Meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi bencana di sekolah

“BERFIKIR SEBELUM
BERKATA,

BERUNDING SEBELUM
DIBUAT”

Berfikir baik-baik dahulu
Kemudian baru bertindak…..

Muka Surat 230 daripada 231

BUKU PENGURUSAN SMK BUKIT CHANGGANG TAHUN 2019

Muka Surat 231 daripada 231


Click to View FlipBook Version