The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by natashasubang910, 2022-11-26 11:34:22

PENGARUH BUDAYA LUAR

PENGARUH BUDAYA LUAR

WRITTEN BY

NATASHA SUBANG ANAK TAWIE
ROSVELYN REUJOS

JOANNA LEMIE JAMES
DARREL DEAN JOSEPH

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu kami ingin megucapkan syukur

kerana telah dapat menyiapkan tugasan e-folio ini


dengan keupayaan kami. Hasil kerja ini dapat

disiapkan atas bantuan ahli kumpulan dan juga


rakan-rakan sekelas..



Dalam kesempatan ini, kami ingin mengucapkan

terima kasih kepada pensyarah pembimbing

kami.



Akhir sekali, kami berharap dapat mempelajari

banyak ilmu pengetahuan daripada tugasan ini.

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN
1.2 OBJEKTIF
1.3 FAKTOR PENGARUH BUDAYA

LUAR
1.4 KESAN PENGARUH BUDAYA

LUAR
1.5 LANGKAH MENGATASI

PENGARUH BUDAYA LUAR
1.6 ISU SEMASA BUDAYA LUAR
1.7 KESIMPULAN
1.8 AKTIVITI PENGUKUHAN
1.9 RUJUKAN

PENGENALAN

Perkembangan pesatnya teknologi maka semakin
majunya negara tersebut. Kita seringkali
dikejutkan atau digemparkan dengan masalah-
masalah yang melibatkan para remaja dan
pengaruh budaya luar. Dengan kepantasan
rangkaian yang 5G kini serta “Segalanya ada di
hujung jari” sangat memberi impak yang besar
kepada masyarakat. Sebagai contoh, penyebaran
maklumat tentang budaya luar sangat pantas
seakan sekelip mata. Oleh itu, para remaja
mudah terpengaruh dengan ideologi-ideologi
barat terutamanya dari segi pemikiran,
pemakaian dan sebagainya yang semakin
menjurus kepada budaya luar. Impaknya,
mereka akan kehilangan identity dan menghayati
budaya serta cara hidup barat dalam kehidupan
sehariannya.

OBJEKTIF



1. Mengenalpasti faktor pengaruh budaya luar
2. Menyelesaikan langkah-langkah untuk membendung

pengaruh budaya luar
3. Mengenalpasti kesan daripada pengaruh budaya luar
4. Mengkaji isu semasa tentang pengaruh budaya luar

dalam masyarakat

FAKTOR PENGARUH
BUDAYA LUAR

1 ) MEDIA MASSA

Masalah-masalah barat

memaparkan gejala-gejala

negatif seperti keganasan,

pornografi dan budaya hidup

yang tidak sihat seperti black

metal, punk dan sebagainya

2 ) DIRI SENDIRI

Mempunyai sikap ingin
tahu yang mendalam dalam
sesuatu hal

3 ) KURANG DIDIKAN AGAMA

Pegangan agama yang lemah

boleh mendorong kepada

remaja untuk terlibat sama

dalam pergaulan bebas.

4) RAKAN SEBAYA

Ajakan rakan paling banyak

mempengaruhi seseorang

individu itu kerana mereka

mempunyai persamaan

dari segi perasaan.

5) FAKTOR KELUARGA

Kurang kasih sayang akan
membuatkan remaja akan
berpaut dan mencari
pengganti yang lain untuk
meluahkan segala hal.

KESAN PENGARUH


BUDAYA LUAR




KESAN POSITIF

MAKANAN KESENIAN

Istilah fast food Muzik yang membawa
diperkenalkan oleh mesej yang positif yang
budaya luar merujuk berunsurkan nilai
kepada makanan yang kemanusian.
dapat disiapkan dengan
cepat dalam bentuk
paket untuk dibawa
pergi (takeaway/take-
out).

EKONOMI KOMUNIKASI

Sistem mata wang Alat untuk
diperkenalkan. berkomunikasi yang
Perubahan dalam lebih moden dan
ekonomi iaitu dari canggih. Perubahan
sistem barter ke sistem cara berkomunikasi dari
mata wang. Sistem kaedah surat-menyurat
barter ialah amalan ke telefon bimbit.
pertukaran barang
tanpa melibatkan mata
wang.

KESAN NEGATIF

FESYEN FILEM

Peniruan pakaian Budaya luar seringkali
budaya luar memaparkan emelen
terutamanya para pergaulan tanpa
remaja. Pakaian yang batasan ataupun aksi-
menjolok mata dan tdak aksi yang kejam yang
sopan seperti seksi dan memberi impak negatif
ketat. kepada pemikiran
masyarakat.

SOSIAL PEMIKIRAN

Pergaulan bebas yang Pemikiran masyarakat
semakin berleluasa. yang mudah
Hubungan atau dipengaruhi oleh
pergaulan yang tiada budaya luar.Sebagai
batas antara lelaki dan contoh, ibubapa yang
perempuan. Sebagai kurang prihatin
contoh, seks bebas dan terhadap anak-anak.
minum arak.

LANGKAH-LANGKAH

MENGATASI

DIRI SENDIRI/REMAJA

· Remaja perlu mengimbangkan keperluan emosi diri
seperti perasaan ingin tahu dan kehendak untuk
berpasangan. Individu haruslah ada matlamat hidup
iaitu untuk berjaya dalam pelajaran dan mencapai cita-
cita yang disemat sejak kecil lagi. Oleh yang demikian,
remaja amat memerlukan hubungan yang berkualiti
dan dipercayai dengan ahli keluarga , guru-guru dan
masyarakat disekeliling . Apabila hubungan tersebut
dapat disemai maka remaja akan memilih untuk
berkongsi setiap suka dan dukanya serta tidak
memerlukan individu lain bagi mengisi kekosongan
emosinya.

LANGKAH-LANGKAH

MENGATASI

RAKAN SEBAYA

Pemilihan rakan sebaya adalah penting bagi seorang
remaja untuk mendampingi rakan-rakan yang baik
untuk menjadikan diri sendiri menjadi lebih baik.
Rakan yang baik akan mengajak remaja untuk belajar
bersungguh-sungguh supaya berjaya dalam pelajaran,
mendengar nasihat ibubapa serta menjadikan guru-
guru sebagai idola untuk maju dalam kehidupan. Oleh
kerana itu, individu haruslah bijak dalam memilih
rakan

LANGKAH-LANGKAH

MENGATASI

PENYEDIAAN JADUAL WAKTU

Mengatur masa dengan baik merupakan kunci kepada
kejayaan. Pembahagian masa sangat membantu kita
untuk mencapai kesejahteraan dari segi fizikal, mental
dan emosi. Remaja yang dapat mengatur masa dengan
baik akan mendahulukan perkara-perkara yang penting
dan mengenepikan aktiviti yang tidak berfaedah seperti
bermain game dan sebagainya.

Pengaturan masa secara bertulis dapat memastikan
remaja mengenalpasti aktiviti yang dijalankan setiap
hari bermanfaat. Secara tidak langsung remaja akan
mengetahui apakah aktiviti-aktiviti yang berfaedah
untuk dilakukan tidak kira samada di hari persekolahan
atau hari cuti.

LANGKAH-LANGKAH

MENGATASI

KAWALAN TERHADAP MEDIA SOSIAL

Perkara ini memerlukan kerjasama yang padu di antara
individu, remaja , keluarga, sekolah, masyarakat serta
pentadbiran negara. Seperti yang diketahui, dunia
tanpa sempadan pada hari ini menyebabkan semua
maklumat yang tidak ditapis mampu sampai kepada
pengetahuan remaja. Nilai etika, moral, budaya serta
ideologi perlu ditapis sendiri oleh remaja sedangkan
pengetahuan mereka adalah terbatas dan kemahuan
untuk meneroka perkara-perkara baru adalah sangat
tinggi. Oleh yang demikian,semua pihak perlu
menggunakan sebaik mungkin kemudahan yang telah
disediakan pada masa kini untuk menjauhi portal-
portal media yang memberi pengaruh negatif kepada
fikiran dan emosi kepada semua pihak.

NILAI MURNI

1.RAKAN SEBAYA

Budaya luar yang kebanyakannya lebih terarah kepada
pergaulan bebas tidak kira sesama jantina dan berlainan
jantina menunjukkan sikap individu yang tidak
berhemah. Makanya sebagai seorangg individu itu akan
menunjukkan sikap sopan dan berbudi pekerti mulia
dalam kehidupan seharian yang dapat menunjukkan
sikap baik yang ada dalam diri seseorang itu dalam
usaha menghalang budaya luar untuk terus merebak di
dalam negara kita.

NILAI MURNI

2. RASIONAL

Untuk menghalang budaya terus bebas menular di
dalam negara, sesorang individu itu harus mengamlkan
nilai rasional. Individu yang mengamalkan nilai
rasional akan dapat berfikir dengan matang tentang
kesan-kesan jika diri mereka terikut menerapkan
budaya luar dalam kehidupan seharian mereka.
Individu yang rasional juga dapat memikirkan alternatif
lain untuk orang di sekeliling mereka daripada terikut-
ikut mengamalkan budaya luar dalam kehidupan
seharian mereka.

NILAI MURNI

3. HARGA DIRI

Budaya luar memang tidak dapat disangkal dan terbukti
dapat merosakkan maruah sesorang individu yang
mengamalkan budaya luar. Hal ini kerana, budaya luar
yang membuatkan masyarakat mereka menganggap
pakaian yang mencolok mata, merokok, seks bebas
serta hubungan sesama jantina tampak normal. Jika
individu mengamalkan nilai harga diri, mereka kan
mempunyai keupayaan untuk menjaga maruah diri
mereka bahkan dapat memuliakan diri serta maruah
mereka.

NILAI MURNI

4. KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

Nilai ini mempunyai kesan yang cukup besar dalam diri
individu untuk tidak terikut-ikut dengan budaya luar.
Seseorang yang percaya kepada Tuhan akan berpegang
kukuh kepada ajaran agama mereka, yang mana kita
sedia maklum setiap agama mengajar penganutnya
untuk menjaga tatatertib dan kelakuan mereka.
Sesorang yang berpegang kepada ajaran agama juga
akan mengelakkna diri daripada terikut-ikut dengan
buday luar yang mendatangkan kesan negatif bagi
menghalang perspektif busuk orang lain ke atas
penganut-penganut agama mereka

ISU SEMASA

1. KETAGIHAN

KETAGIHAN melampau remaja masa kini terhadap

media sosial dilihat pendorong kepada pembentukan

perilaku dan sikap agresif sehingga ada yang sanggup

bertindak membunuh diri

Tindakan sedemikian boleh terjadi ekoran terlalu

taksub, kecewa atau terpengaruh dengan kandungan di

media sosial sehingga gagal membuat pertimbangan

waja. Contohnya, kes pernah dilaporkan dalam akhbar.
Seorang pelajar perempuan tingkatan 4 di sekolah Johor

cuba membunuh diri kerana tidak tahan menjadi

mangsa buli kenalan Facebooknya yang ingin

menyebarkan gambar dia di media sosial.

ISU SEMASA

2. TRAGEDI HALLOWEEN ITAEWON

Pihak berkuasa metropolitan Seoul menerima 355

laporan individu hilang dipercayai menjadi mangsa

tragedi rempuhan ketika pesta Halloween di Itaewon,

malam kelmarin.

Memetik laporan Yonhap, pihak berkuasa Seoul,

menerusi satu kenyataan, berkata siasatan lanjut masih

dijalankan bagi mengenal pasti senarai mangsa yang

hilang.

"Kira-kira 60 pegawai diarah pergi ke 50 buah hospital

untuk memberi sokongan kepada ahli keluarga mangsa

yang terkorban, majoriti berusia lingkungan 20-an,"

menurut kenyataan terbabit.

ISU SEMASA

3. BUDAYA UNDERGROUND

Kes ini berlaku di Kuching, Sarawak. Remaja Sarawak
kini telah terdedah kepada bahaya muzik keras yang
berkonsepkan underground yang mengetengahkan
unsur-unsur pemujaan, budaya liar dan juga pergaulan
bebas.

ISU SEMASA

4. KETAGIHAN SEKS BAWAH UMUR

Kes ini berlaku pada 8 Ogos 2019 di Batu Gajah, Perak.
Isu ini adalah berkaitan kes di mana, kanak-kanak yang
berusia 12 tahun telah merogol kanak-kanak yang
berusia 4 tahun. Suspek yang merupakan anak kepada
pengasuh dan melakukan perbuatan tersebut kerana
ketagihan dengan video lucah yang ditontonnya.

ISU SEMASA

5. LGBT MEROSAKKAN IMEJ ISLAM

Kes yang terbaharu juga melibatkan seorang selebriti
lelaki yang berusia 40-an yang juga penceramah bebas,
pengcara dan pelakonan telah ditahan pihak berkuasa di
Selangor berikutan dakwaan amang seksual fizikal
terhadap kanak-kanak dan remaja. Ketua Polis
Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya
menerima laporan yang dibuat mangsa berusia dalam
lingkungan 17 hingga 18 tahum iaitu di Klang Selatan,
Shah Alam, dan di Kajang berhubung kejadian itu. Oleh
itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal
Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, golongan
pendakwah diingatkan agar tidak terjebak dengan
perbuatan tidak bermoral kerana ia boleh menyebabkan
mereka tidak lagi dipercayai oleh masyarakat.

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, berbagai krisis akhlak

dan moral terus menular dan menjadi wabak

dalam masyarakat kita khasnya dalam

kalangan remaja. Remaja yang diperkatakan

kini sudah hilang pegangan agama dan jauh

terpesong daripada budaya ketimuran yang

diangkat oleh masyarakat sejak lama lagi.

Pelbagai pihak perlu mengambil langkah bagi

membendung budaya negatif ini daripada

terus tersebar dan menjadi ikutan generasi

akan datang.

LATIHAN PENGUKUHAN

1. Apakah itu hedonisme?
2.Huraikan cara-cara memelihara budaya positif di
Malaysia.
3.Nyatakan nilai murni yang dapar diterapkan dalam
diri pelajar.

RUJUKAN

1. Rohana Yusof (2010), Asas Sains Sosial dari Perspektif
Sosiologu Kuala Lumpur Dewan Bahasa dan Pustaka

2. Syed Ismail Syed Mustapa, Ahmad Subki Maskon
(2010), Budaya dan Pembelajaran Ipoh, Malaysia
Penerbitan Multimedia 2012.

3. Halipah Hamzah, Muhammad Azizan & Noor
Shakirah Mat Akhir (2016), Konsep Budaya Hedoniseme
dan Latar Belakangnya dari perspektif ahli falsafah
yunani dan barat moden, Jurnal al-Tamadun Bil 11 (1).

4. Isu LGBT dalam kalangan agamawan rosakkan imej
Islam, September 25, 2022, Agenda Daily.

5. Zulfahmi Mohamad (2020), Sumayyah Budaya
Hedonisme Menurut al-Quran.

e-Book ini menjelskan pengaruh budaya luar yang
berlaku dalam masyarakat di Malaysia. Antara objektif
pengaruh budaya luar yang dibincangkan dalam e-book
ini ialah mengenalpasti faktor pengaruh budaya luar,
menyelesaikan iaitu langkah-langkah untuk
membendung pengaruh budaya luar, mengenalpasti
kesan daripada pengaruh budaya luar dan mengkaji isu
semasa tentang pengaruh luar dalam masyarakat.
Perbincangan tentang pengaruh budaya luar ini telah
disesuaikan dengan menghubungkaitkan isu semasa
yang semakin berleluasa disebabkan faktor-faktor
pengaruh budaya luar dari pelbagai sudut. e-Book ini
juga menjelskan kesan-kesan daripada pengaruh
budaya tersebut serta mengemukakan langkah-langkah
dalam membendung masalah tersebut daripada terus
menular.


Click to View FlipBook Version