The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by suveevashu1701, 2020-10-21 11:06:33

PENYEBARAN BERITA PALSU AKAN DIHUKUM

EBOOK PDF

Keywords: PENYEBARAN BERITA PALSU AKAN DIHUKUM

PENYEBARAN BERITA PALSU AKAN DIHUKUM

Oleh: Thiviyaa Loganathan (33DFO18F1013)

Suveetha Vashini Subramaniam (33DFO18F1016)

Usha S.Ramesh (33DFO18F1014)

Dharshini Balakrishan (33DFO18F1020)

DEFINISI BERITA PALSU

Berita palsu merupakan sejenis kewartawanan kuning atau propaganda yang
terdiri daripada penyebaran maklumat salah atau olok-olok secara sengaja melalui
media akhbar tradisional, media penyiaran mahupun media sosial dalam talian.
Berita palsu disiarkan dengan niat untuk mengaburi mata ramai untuk mengaibkan
pihak tertentu demi kepentingan kewangan atau politik sendiri,[1][2][3] selalunya
menggunakan tajuk berita yang sensasi, tidak jujur atau direka semata-mata untuk
menggalakkan pembacaan, perkongsian dalam talian, dan pendapatan klik internet
yang mana ia adalah serupa dengan tajuk berita "clickbait" dan bergantung pada
pendapatan iklan yang dijana daripada kegiatan ini tanpa mengira kebenaran cerita
yang disiarkan. Berita palsu yang sengaja mengaburi mata dan menipu adalah
berbea daripada satira atau parodi terang-terangan yang cuma bertujuan untuk
mencuit hati penonton.

Berita palsu makin relevan dalam politik pasca kebenaran. Dengan perluasan
teknologi, makin perlunya tontonan dan. Bagi penggiat media, kebolehan menarik
penonton kepada laman web mereka adalah perlu untuk memuaskan pengiklan.
Jika menerbitkan cerita dengan kandungan palsu akan menyebabkan kapsyen besar
dan menarik pembaca, maka berbaloilah berbuat demikian demi manfaat pengiklan
dan rating. Akses mudah kepada pendapatan iklan atas talian, meningkatnya
polarisasi politik dan populariti media sosial terutamanya facebook news feed,
semuanya terbabit dalam penyebaran berita palsu[4] yang timbul untuk menyaingi
berita sah. Ahli politik turut terbabit dalam menjana dan menyebarkan berita palsu,
khususnya sewaktu pilihan raya.[5]

Berita palsu juga menjejaskan liputan media benar dan menyukarkan wartawan
untuk meliputi bahan berita utama.[6] analisis oleh buzzfeed mendapati bahawa 20
bahan berita palsu tentang pilihan raya presiden as 2016 menerima lebih sambutan
di facebook daripada 20 bahan berita teratas mengenai tema yang sama daripada
19 buah penggiat media utama.[7] laman berita palsu yang tidak dikenali

penggiatnya juga terbabit dalam menyukarkan pendakwaan terhadap mereka atas
berita palsu dan fitnah.[8]

DEFINISI AKTA DAN MULTIMEDIA 1998

Akta komunikasi dan multimedia 1998 merupakan satu akta berkenaan undang-
undang siber dan dibentuk sebagai satu rangkakerja bagi campurtangan kerajaan
malaysia dalam memantau industri komunikasi dan multimedia. Aktiviti-aktiviti
dan perkhidmatan-perkhidmatan yang dikawal di bawah akta ini termasuk
penyiaran tradisional, telekomunikasi dan perkhidmatan atas talian, termasuk
kemudahan dan rangkaian yang digunakan dalam memberikan perkhidmatan
tersebut, serta kandungan yang dibekalkan menerusi kemudahan-kemudahan dan
rangkaian tersebut. Bagaimanapun, tiada peruntukan di dalam akta ini yang
membenarkan penapisan internet. Di bawah rang jaminan msc malaysia (msc
malaysia bill of guarantees), kerajaan malaysia berikrar tidak akan menapis
internet.

Akta ini merupakan undang-undang siber yang terpanjang antara keenam-enam
undang-undang siber yang digubal di malaysia setakat ini. Selain daripada akta ini,
lima akta lain berkaitan adalah akta jenayah komputer 1997, akta tandatangan
digital 1997, akta teleperubatan 1997, akta hakcipta pindaan 1997 dan akta
suruhanjaya komunikasi dan multimedia 1998.

FAKTOR FAKTOR MENYEBABKAN PENYEBERAN BERITA PALSU DI
KALANGAN MASYARAKAT

1. Zaman digital menghasilkan maklumat terpampang di hujung jari
termasuklah aktiviti membaca berita, namun dengan lambakan informasi
yang berlegar di internet mengakibatkan banyak berita palsu disebarkan.

2. Sikap pengguna internet yang gatal tangan pantas berkongsi berita terbabit
meskipun sumbernya masih belum disahkan atau diragui ternyata
membimbangkan.

3. Sama ada mahu menjadi wartawan tidak bertauliah di internet atau jenis
yang sentiasa mahu menjadi orang pertama menyebarkan berita
menyebabkan penyebaran berita palsu berleluasa sehingga menenggelamkan
berita sebenar.

4. Ditambah dengan platform sosial yang berada di atas internet seperti
facebook, whatsapp, telegram dan twitter membolehkan capaian berita
menjadi lebih pantas mengakibatkan maklumat terlalu mudah dikongsi
hanya pada sekali tekan butangnya.

5. Masyarakat di negara ini dilihat kurang peka bahaya berita palsu dalam
kehidupan seharian dan seronok berkongsi tanpa usul periksa.

6. Salah satu puncanya jelas apabila minda masyarakat yang semakin cetek
ilmu dan sudah tidak mengamalkan budaya membaca bahan yang bukan
bertuhankan internet

7. Internet seharusnya menjadi lubuk ilmu namun ilmu itu datang daripada
pemahaman dan akal fikiran yang didorong minda cerdas serta boleh
memisahkan logik atau tidak dengan kekuatan kandungan dalam otak
manusia itu sendiri.

8. Internet bukan platform mencapai maklumat di hujung jari tetapi
menyebabkan penggunanya menjadi narsisistik, terlalu leka dengan apa saja
yang disuap serta cepat terpedaya dengan berita ringkas dan sensasi.

CIRI CIRI BERITA PALSU

1. Rujukan tidak tepat
2. Tidak logik
3. Kerap diulang tayang
4. Jalan cerita menarik
5. Tiada sumebr yang jelas
6. Sumber disamarkan

CARA CARA MENANGANI PENYEBARAN BERITA PALSU

Mutakhir kini, dalam era globalisasi yang serba maju, seiring dengan kecanggihan
teknologi global, tidak menjadi satu perkara yang mustahil dan kesukaran bagi
seseorang untuk menyebarkan sesuatu maklumat yang disampaikan kepada
masyarakat. Tambahan pula, masyarakat kini lebih banyak berinteraksi kepada
alam maya yang terkumpul didalamnya limpahan berita yang diperoleh melalui
pelbagai saluran seperti surat khabar, majalah, media massa (whatsapp, facebook,
instagram, youtube) dan sebagainya.

1. Rujuk sumber yang dinyatakan
2. Rujuk sumber rasmi
3. Rujuk media arus perdana
4. Tunggu kenyataan rasmi
5. Jangan sebarkan

6. Jangan mudah terpedaya dengan e-mail, mesej dan maklumat yang diterima
7. Sentiasa periksa kesahihan e-mail, mesej dan maklumat tersebut
8. Pastikan e-mail, messed dan maklumat yang diperoleh adalah dari sumber

yang sahih
9. Siasat latar belakang pengirim e-mail, mesej dan maklumat atau penyebar

maklumat
10.Ingat! Bukan semua maklumat yang di internet dan laman sosial itu benar

Contoh- contoh artikel







KESIMPULAN

Dalam menerima atau menyampaikan sesuatu itu, untuk memastikan kebenaran
dan kesahihan sesuatu berita itu mestilah melalui beberapa proses supaya dapat
mengkaji dan meneliti khabar itu. Oleh itu, beberapa faktor-faktor yang patut
diambil berat termasuklah berhati-hati dalam menyampaikan sesuatu berita yang
diperolehi sebelum menyebarkannya supaya tidak berlaku salah faham dan
kesalahan fakta dalam sesuatu berita. Dalam usaha yang sama, setiap individu
perlu menanamkan prasangka yang baik terhadap sesuatu perkara dan seterusnya
ikatan sillaturahim terus terjalin dengan baik. Langkah secara paksaan, pembetulan
maklumat secara berterusan dan pembongkaran laporan palsu bukanlah
penyelesaian yang paling berkesan. Orang ramai mesti diberitahu dan diberi kuasa
untuk menggunakan pertimbangan dan akal mereka sendiri ketika menentukan
kesahihan sesuatu maklumat. Perbuatan menyebarkan maklumat salah dan separa
benar bukan satu perkara baharu dan telah berlaku sejak zaman berzaman dalam
bentuk semasa sembang petang dan bergosip, dengan kesannya mungkin hanya
menjejaskan hubungan sesama individu dan tidak memberikan sebarang impak
kepada kewangan atau ekonomi.Namun masa telah berubah. Kemajuan teknologi,
telefon pintar dan pelbagai platform media sosial, yang mana identiti palsu boleh
direka dengan mudah, telah mendorong kepada tabiat baharu menyebarkan
maklumat salah dan berita palsu. Tetapi tindakan itu kali ini, boleh menjejaskan
wang dan sumber kerajaan.

POSTER


Click to View FlipBook Version