The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Hala Tuju Sepakat SABAH HEBAT 2023-2025

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by amir.amirudin, 2023-01-29 12:47:40

PSO JPN Sabah

Hala Tuju Sepakat SABAH HEBAT 2023-2025

Keywords: SSH 2023-2025

KEMENTERIAN PENDIDIKAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH HALA TUJU 2023 - 2025 SEPAKAT SABAH HEBAT (SSH) JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH https://jpnsabah.moe.gov.my/


HALA TUJU SEPAKAT SABAH HEBAT (SSH) JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH 2023 - 2025


KEMENTERIAN PENDIDIKAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH


Hala Tuju Sepakat Sabah Hebat (SSH) Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah yang dibangunkan untuk tempoh tiga (3) tahun iaitu bagi tahun 2023 hingga 2025 adalah merupakan pelan tindakan untuk menyokong Pelan Strategik JPN Sabah agar perancangan dan pembangunan untuk membentuk kemenjadian murid dan sekolah berkualiti dapat direalisasikan. Selaras dengan inisiatif yang terdapat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025 dan Hala Tuju Sabah Maju Jaya, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah telah mengenal pasti tujuh (7) isu strategik yang perlu ditangani dalam tempoh tiga (3) tahun. Lima (5) daripada tujuh (7) isu strategik melibatkan prestasi Gred Purata Negeri yang masih di atas 5.0, masalah murid pemulihan di Tahun 6, enrolmen murid aliran STEM yang masih rendah, kebolehbacaan al-Quran murid Tahun 6 dan kebolehpasaran Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) berada dalam Teras Peningkatan Pencapaian Kurikulum. Sementara itu, dua (2) lagi teras terlibat iaitu Teras Pembangunan Kokurikulum dan Sukan serta Teras Pembangunan Sahsiah Murid masingmasing mempunyai satu (1) isu dalam pelibatan murid di acara antarabangsa dan kehadiran murid. Teras keempat iaitu Teras Memantapkan Sistem Sokongan pula secara langsung berhubung dengan tujuh (7) isu strategik tersebut. Jabatan Pendidikan Negeri Sabah boleh mencapai objektif dengan menyediakan strategi yang berfokus kepada empat (4) elemen utama dalam Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) iaitu Pemimpin Berkesan, Guru Berkualiti, Sokongan PIBG dan Komuniti dan Persekitaran PdPc Bermakna. Empat elemen ini dinyatakan sebagai tonggak utama dalam Hala Tuju Sepakat Sabah Hebat (SSH) Jabatan Pendidikan Negeri Sabah 2023-2025 yang perlu ditangani agar empat (4) teras tersebut lebih mantap seterusnya mencapai kemenjadian murid dan sekolah berkualiti yang menjadi hala tuju JPN Sabah dapat dicapai dengan jayanya. Bagi memastikan pelan ini menghasilkan kejayaan yang diingini, kesepakatan warga Jabatan Pendidikan Negeri Sabah sama ada bertugas di Ibu Pejabat, PPD dan juga sekolah dalam merancang dan melaksanakan program dituntut seperti dalam slogan “Sepakat SABAH HEBAT”. i RINGKASAN EKSEKUTIF


i 02 01 03 06 07 26 11 43 44 iv 35 Kandungan Ringkasan Eksekutif Falsafah Pendidikan Kebangsaan Prakata Pengarah Visi dan Misi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) Maklumat Ringkas Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Tujuh Teras KPM Hala Tuju Sepakat Sabah Hebat (SSH) Jabatan Pendidikan Negeri Sabah 2023-2025 Analisis Persekitaran Pelan Komunikasi Jawatankuasa Induk Jawatankuasa Pelaksana ii Pelan Strategik muka surat


KEMENTERIAN PENDIDIKAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH YBhg. Datuk Tah Nia binti Haji Jaman Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah iii


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera, Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas nikmat dan limpah kurniaNya serta keizinan-Nya, dokumen Hala Tuju Sepakat Sabah Hebat (SSH) Jabatan Pendidikan Negeri Sabah 2023-2025 berjaya direalisasikan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga pendidikan negeri Sabah yang terlibat dalam penyediaan dokumen ini. Semoga segala usaha murni ini akan dapat melahirkan modal insan yang unggul dan sekolah yang berkualiti melalui kepimpinan yang berkualiti dan berkesan, guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi, persekitaran pembelajaran yang kondusif dan komitmen komuniti yang padu selaras dengan kehendak Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dan Hala Tuju Sabah Maju Jaya. Penyediaan Hala Tuju ini telah mengambil kira isu kritikal yang dihadapi dan mengambil kira agenda penting Kementerian Pendidikan serta negeri Sabah yang merangkumi Peningkatan Pencapaian Kurikulum, Pembangunan Sahsiah Murid, Pembangunan Kokurikulum dan Sukan serta Memantapkan Sistem Sokongan di semua peringkat Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah. Keunikan Pelan Strategik Sepakat Sabah Hebat ini berbanding dengan yang sebelumnya ialah konsep kesepakatan diterapkan iaitu semua isu strategik dan strategi dibincangkan dan ditetapkan bersama oleh semua sektor secara konsensus. Di samping itu, semua sektor yang berkaitan terlibat menyediakan dan melaksanakan intervensi, program dan pelan operasi untuk menyokong dan mendokong KPI yang telah ditetapkan. Saya amat mengharapkan agar dokumen Hala Tuju Sepakat Sabah Hebat JPN Sabah 2023-2025 ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya dan semua objektif serta sasaran program akan sentiasa difahami dan dihayati oleh semua pelaksana serta dapat menjadi pemangkin kepada semua warga Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah dalam memastikan pelaksanaan inisiatif, intervensi dan aktiviti berjalan dengan lancar dan sistematik bagi mencapai Hala Tuju yang kita tetapkan secara sepakat dan konsensus. PRAKATA PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH Datuk Tah Nia binti Haji Jaman Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah iv


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Kurikulum sekolah Malaysia bermatlamat membangunkan generasi secara holistik dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Falsafah Pendidikan kebangsaan untuk Malaysia telah digubal pada 1988 dan disemak semula pada 1996. "Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara". 01


VISI DAN MISI VISI Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera MISI Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara 02


Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 merupakan dokumen strategik disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia yang menggariskan hala tuju pendidikan untuk tempoh 13 tahun bermula dari 2013 sehingga 2025. la adalah kesinambungan daripada kajian semula Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 - 2010 yang bertujuan untuk meningkatkan dan memartabatkan sistem pendidikan negara. Bagi mencapai matlamat tersebut, kementerian telah menggariskan 11 anjakan yang perlu dilaksanakan seperti berikut: PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (2013-2025) 03


Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia berhasrat untuk mencapai lima keberhasilan bagi sistem pendidikan Malaysia secara keseluruhan iaitu Akses, Kualiti, Ekuiti, Perpaduan dan Kecekapan. Di samping itu, tahap kualiti yang perlu ada pada setiap individu murid perlu dipertingkatkan untuk persediaan murid di Malaysia menerajui pembangunan ekonomi dan dunia global masa hadapan. Tahap kualiti tersebut melibatkan enam Aspirasi Murid iaitu Pengetahuan, Kemahiran Berfikir, Kemahiran Memimpin, Kemahiran Dwibahasa, Etika dan Kerohanian serta Identiti Nasional. PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (2013-2025) 04


Enam ciri utama yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing pada peringkat global 6 ASPIRASI MURID 05


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menggariskan tujuh teras utama dalam meneruskan kecemerlangan pendidikan di Malaysia. Tujuh teras tersebut juga sebagai usaha menjadikan komunikasi antara kementerian dan sekolah lebih cekap dan telus. TUJUH TERAS KPM 06


KEMENTERIAN PENDIDIKAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH MAKLUMAT RINGKAS JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH 07


KEMENTERIAN PENDIDIKAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH Datuk Tah Nia binti Haji Jaman Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Mohd Zaini bin Yanin Timbalan Pengarah Sektor Perancangan & Pengurusan PPD PENGURUSAN TERTINGGI JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH Abidin bin Marjan Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah Dr. Mohd Kassim bin Tusin Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran Muddin bin Beting Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid Siti Hamni @ Ani binti Hashim Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pentaksiran & Peperiksaan Roslan bin Diming Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pendidikan Islam Piluh @ Mathilda Osong Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pendidikan Khas Ajijah @ Azizah binti Haji Baba Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pengurusan Farzi bin Ahmad Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Infrastruktur & Perolehan Ag Ahmad Zaki bin Abu Bakar Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Sumber Manusia Alimah @ Halimah binti Haji Ismail Ketua Kaunselor Pendidikan Negeri Sektor Psikologi & Kaunseling Salleh bin Linggam Ketua Penolong Pengarah Sektor Sumber & Teknologi Pendidikan Hayati binti Sabdin Menjalankan Tugas Ketua Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Maklumat (SICT) Abd Jamal bin Abd Malik Ketua Penolong Pengarah Sektor Integriti 08


Penolong Pengarah 153 Anggota Kumpulan Pelaksana 133 Lain-lain 80 Ketua Penolong Pengarah Kanan 20 MAKLUMAT JPN, PPD & SEKOLAH Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Pengurusan Tertinggi Pejabat Pengarah : 1 Sektor : 14 Sektor Terdiri daripada 1 orang Pengarah, 14 orang ketua sektor iaitu 4 orang Timbalan Pengarah, 6 orang Ketua Penolong Pengarah Kanan, 1 orang Ketua Kaunselor dan 3 orang Ketua Penolong Pengarah Pejabat Pendidikan Daerah 24 Pejabat Pendidikan Daerah Pegawai PPD : 19 Timbalan PPD : 88 Penolong Pegawai PPD : 758 Anggota Kumpulan Pelaksana : 558 Sekolah Sekolah Rendah : 1075 Sekolah Menengah : 222 09 Bilangan Guru : 43225 Bilangan AKP : 6798 Bilangan Murid : 513368 Ketua Penolong Pengarah 18 Guru, AKP & Murid Kakitangan Ibu Pejabat JPN Sabah 404 orang (DATA PADA 31 DISEMBER 2022)


1 Mengemukakan laporan penuh siasatan aduan awam kepada Pengarah dalam tempoh lima belas (15) hari bekerja dari tarikh surat arahan siasatan dikeluarkan kepada pegawai penyiasat Mengeluarkan surat arahan penempatan guru ke sekolah tidak lewat daripada empat belas (14) hari bekerja setelah menerima senarai guru daripada Kementerian Pendidikan 2 3 Memberikan kelulusan dan penempatan belajar kepada kanak-kanak warganegara di sekolah kerajaan ataupun sekolah bantuan kerajaan mengikut kohort umur dalam tempoh tujuh (7) hari dari permohonan lengkap diterima Menyampaikan penataran kurikulum kepada guru di semua daerah dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh arahan diterima daripada Kementerian Pendidikan 4 5 Memastikan semua murid menerima set buku teks pada hari pertama persekolahan Memastikan pendaftaran semua calon berdasarkan SOP diselesaikan dalam tempoh tiga puluh (30) hari bermula hari pertama pendaftaran dibuka 6 7 Melaksanakan Program Pembangunan Adab dan Nilai kepada murid dalam tempoh empat belas (14) hari selepas mendapat arahan Kementerian Pendidikan Melaksanakan Penilaian Bidang Khusus kepada kanak-kanak dan remaja berumur 5 hingga 19 tahun dalam tempoh tiga puluh (30) hari 8 9 Membuat pembayaran bil/invois/tuntutan kepada syarikat/pelanggan dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh dokumen lengkap diterima Memproses perolehan bekalan dan perkhidmatan secara pembelian terus dalam tempoh lima (5) hari, sebut harga dalam tempoh satu (1) bulan dan secara tender dalam tempoh empat (4) bulan selepas penerimaan permohonan lengkap diterima 10 11 Memastikan permohonan persaraan lengkap diproses dan dihantar ke JPA Pencen dalam tempoh tiga (3) bulan sebelum bersara wajib Memberikan perkhidmatan kaunseling dan psikologi kepada klien baharu dalam kalangan guru dan bukan guru dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima 12 13 Memberikan maklum balas bertulis permohonan penggunaan premis ILA dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh permohonan diterima Maklum balas bertulis terhadap semua permohonan rasmi (surat/e-mel) berkaitan ICT JPNS/PPD/sekolah dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh penerimaan 14 15 Memastikan prosedur tatatertib dilaksanakan dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas dokumen lengkap diterima Kami warga Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpuhkan seluruh tenaga dan usaha kami untuk : PIAGAM PELANGGAN 10


HALA TUJU SEPAKAT SABAH HEBAT (SSH) JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH 2023-2025 11


Hala Tuju Sepakat Sabah Hebat (SSH) Jabatan Pendidikan Negeri Sabah 2023-2025 dirangka untuk membangunkan dan memperkasakan pendidikan khususnya di peringkat sekolah. Hala Tuju SSH ini adalah kesinambungan daripada Pelan Strategik 2020-2022 dengan menampilkan idea yang lebih segar dan relevan dengan keperluan pendidikan dan tuntutan negara agar mudah difahami dan dijadikan rujukan oleh warga pendidikan di negeri Sabah. Jabatan Pendidikan Negeri Sabah sebagai peneraju utama Hala Tuju Sepakat Sabah Hebat (SSH) 2023-2025 yang mempunyai peranan sangat besar dalam membantu merancang, melaksana, membimbing dan menilai semua strategi serta program yang telah dikenal pasti sepanjang tempoh tersebut. Dalam masa yang sama, peranan Pejabat Pendidikan Daerah amat dituntut dalam membantu merealisasikan Hala Tuju ini melalui penataran, bimbingan dan pemantauan. Dalam pada itu, pihak sekolah yang memainkan peranan penting selaku pemegang tanggungjawab dalam melaksanakan program yang telah dirancang dalam Pelan Taktikal dan Pelan Operasi yang akan diberikan sokongan dan bimbingan bagi memastikan Hala Tuju SSH dapat dimanifestasikan melalui kemenjadian murid dan sekolah berkualiti. 12


Kerangka Penyediaan Dasar dan Hala Tuju Jabatan Pendidikan Negeri Sabah bagi tahun 2023 hingga 2025 ini adalah adaptasi daripada Model Kaplan 2010. Namun begitu, rujukan model ini telah disesuaikan dengan keperluan dan kemampuan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dalam menyelesaikan isu-isu strategik yang telah dikenal pasti. 13


14


U s a h a b a gi p e n g u m p ula n in p u t d ala m p e n y e dia a n H ala T u j u S e p a k a t S a b a h H e b a t ( S S H ) J a b a t a n P e n didik a n N e g e ri S a b a h 2 0 2 3 - 2 0 2 5 d a rip a d a s e tia p s e k t o r di Jabatan Pendidikan Negeri Sabah telah bermula pada 11 Ogos 2022 dan telah melalui beberapa fasa perbincangan. Selain sesi bersemuka yang dilaksanakan, platform sesi libat urus dan pengumpulan data juga disediakan melalui laman web, portal, facebook dan lain-lain. Perbincangan dan sesi libat urus di peringkat awal telah melibatkan Pegawai Pengurusan Tertinggi JPN Sabah, Pegawai Penyelaras Perancangan Strategik Organisasi (PSO) setiap sektor, wakil SIP+, wakil SISC+ dan pasukan pemikir Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Hasil daripada analisis persekitaran serta perbincangan dan sesi libat urus pasukan ini yang dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Datuk Tah Nia binti Haji Jaman, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah telah mengenal pasti tujuh (7) isu strategik yang perlu ditangani dalam tempoh tiga (3) tahun bermula dari tahun 2023 dan berakhir pada tahun 2025. Tujuh (7) isu strategik ini perlu ditangani bagi membangunkan dan memantapkan 4 teras yang dikenal pasti. 1 5


01 02 03 04 05 06 07 Gred Purata Negeri (GPN) dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) masih di atas 5.30 Murid pemulihan khas masih berada di Tahun 6 Enrolmen murid aliran STEM masih rendah Pencapaian kebolehbacaan murid Tahun 6 dalam Model al-Quran bagi Program j-QAF masih rendah Kebolehpasaran Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) masih belum mencapai KPI Kementerian Pendidikan Pelibatan murid dalam bidang sahsiah, sukan, kokurikulum dan kesenian di peringkat antarabangsa masih rendah Peratus kehadiran murid masih rendah ISU-ISU STRATEGIK JABATAN PENDIDIKAN NEGERISABAH 2023-2025 KEMENTERIAN PENDIDIKAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH 16


Tumpuan kepada kemenjadian murid yang mencakupi aspek akademik, peningkatan kualiti kemenjadian dalam peperiksaan awam dan sekolah. Selain itu, isu berkaitan kompetensi guru seperti pedagogi dan kaedah penyampaian PdPc berkesan akan diberikan keutamaan 1 2 3 4 Memberikan tumpuan kepada kemenjadian murid yang lebih menyeluruh, memberi fokus selain akademik, khususnya berkaitan aktiviti yang menggalakkan penyertaan murid dalam bidang ko-akademik meliputi program sukan, persatuan dan permainan dengan menetapkan sasaran sehingga penyertaan dan pencapaian sehingga ke peringkat antarabangsa Tumpuan kepada perkara berkaitan Hal-Ehwal Murid (HEM) yang memberikan penekanan kepada pembinaan modal insan dengan memberikan tumpuan kepada pembangunan sahsiah yang mencakupi pembinaan disiplin dan jati diri yang mapan Menyediakan satu kerangka sistem sokongan kepada persekitaran program dan aktiviti pendidikan yang lebih efisien, menarik dan mampu menyediakan sokongan yang inklusif serta komprehensif untuk mencapai aspirasi pelanggan PEMBANGUNAN KOKURIKULUM DAN SUKAN PEMBANGUNAN SAHSIAH MURID MEMANTAPKAN SISTEM SOKONGAN PENINGKATAN PENCAPAIAN KURIKULUM EMPAT TERAS HALA TUJU SEPAKATSABAH HEBAT 2023-2025 17


Untuk menangani tujuh (7) isu strategik dalam Hala Tuju SSH, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah telah menyediakan beberapa strategi dengan berfokus kepada 4 elemen penting dalam TS25 iaitu Pemimpin Berkesan, Guru Berkualiti, Sokongan PIBG dan Komuniti serta Persekitaran PdPc Bermakna. Keempat-empat (4) elemen ini menjadi tonggak utama yang perlu diperkasakan bagi menangani tujuh (7) isu strategik untuk merealisasikan aspirasi Hala Tuju Sepakat Sabah Hebat. 18


EMPAT TONGGAK UTAMA MENYOKONG TERAS HALA TUJU SEPAKAT SABAH HEBAT 2023-2025 (Selaras dengan 4 elemen Program Transformasi Sekolah) (TS25) Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP). PEMIMPIN BERKESAN Menjadi pemimpin instruksional yang cemerlang dan bertindak sebagai agen perubahan. Mendapat akses yang lebih besar terhadap latihan kepimpinan serta amalan terbaik daripada rakan sejawat. GURU BERKUALITI SOKONGAN PIBG DAN KOMUNITI Mengukuhkan pelibatan ibu bapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid. PERSEKITARAN PdPc BERMAKNA Membangunkan persekitaran pembelajaran yang lebih bermakna dengan menyediakan suasana bilik darjah dan sekolah yang kondusif dan fleksibel, teknik PdP yang kreatif dan berkesan, pengurusan sekolah yang cekap dengan mengutamakan kemenjadian murid. 19


Warga pendidikan memainkan peranan yang penting dalam menggalas misi dan visi Kementerian Pendidikan Malaysia selaras dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, serta menyediakan pendidikan terbaik untuk warisan generasi akan datang, iaitu 'Anak yang Baik lagi Cerdik' (ABC). Wawasan ini diperkenalkan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM), YBhg. Dato’ Haji Pkharuddin bin Haji Ghazali sejurus beliau dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 23 September 2022 untuk melahirkan generasi yang mewariskan ABC. JPN Sabah melalui tujuh (7) isu strategik yang telah dikenal pasti menggunakan pendekatan yang sama dengan memberikan fokus kepada kemenjadian murid. Justeru itu, menjadi harapan bahawa dokumen Hala Tuju Sepakat Sabah Hebat 2023 - 2025 ini akan menjadi rujukan utama dalam merealisasikan impian untuk mengatasi cabaran dalam dunia pendidikan, khususnya untuk melahirkan generasi yang terpuji dan cemerlang. 20 PENERAPAN ABC DALAM KEMENJADIAN MURID


SEKOLAH HALA KEMENJADIAN MURID SEKOLAH BERKUALITI TUJU JJAABBAATTAANN PPEENNDDIIDDIIKKAANN NEGERI SABAH 21


WAWASAN KPPM 22 Bila kita bercakap tentang warisan, apa yang kita ingin wariskan adalah Anak yang Baik lagi Cerdik (ABC) yang menjadi impian setiap ibu bapa dan masyarakat. Didiklah anak murid kita dengan cara yang sesuai, apapun anak yang kita didik mampu melahirkan generasi yang mempunyai sahsiah diri yang tertinggi. - YBhg. Dato’ Haji Pkharuddin bin Haji Ghazali (Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia)


MODEL HALA TUJU SEPAKATSABAH HEBAT (SSH) JABATAN PENDIDIKAN NEGERISABAH 2023-2025 22


2 3 Menggunakan 4 elemen daripada TS25 sebagai tonggak yang menyokong 4 Teras 5 8 JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH Peneraju utama dalam memacu pengurusan JPN Sabah bagi mematuhi dan melaksanakan dasar-dasar Kementerian Pendidikan PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH 24 PPD di Sabah perlu seiring dengan JPN dalam mengurus sekolah secara lebih berkualiti 4 TONGGAK UTAMA HALA TUJU 2023-2025 Kemenjadian Murid dan Sekolah Berkualiti 7 (dikaitkan dengan Hala Tuju KPPM - ABC) INSTRUMEN KENDIRI/VERIFIKASI Penggunaan instrumen kendiri untuk penilaian pengurusan (SKJPN - JPN, PKPPD - PPD, SKPM Kualiti @ Sekolah - Sekolah) HURAIAN MODEL HALA TUJU SEPAKAT SABAH HEBAT JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH 2023-2025 4 SEKOLAH Mengambil tanggungjawab yang diamanahkan untuk kemenjadian murid 4 TERAS UTAMA 4 Teras yang memberi fokus tujuh (7) isu strategik 6 perlu ditangani dalam tempoh tiga (3) tahun Menggunakan 4 elemen daripada TS25 sebagai tonggak yang menyokong 4 Teras BENTUK BULAT 1 Kesepakatan 24


PelanPembangunanPendidikan Malaysia (PPPM)2013-2025 PelanStrategik JabatanPendidikan NegeriSabah2020-2022 ProgramTransformasiSekolah2025 (TS25) PelanPembangunanSabah MajuJaya2021-2025 SKPMg2/SKPM Kualiti@Sekolah StandardKecemerlanganJabatanPendidikan Negeri (SKJPN) PenarafanKecemerlanganPejabatPendidikan Daerah(PKPPD) DasarPendidikan Bahan-bahanrujukanyangsesuaiberkaitanpendidikandan HalaTuju 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. SUMBERRUJUKAN Bagi memastikan Hala Tuju Sepakat Sabah Hebat (SSH) 2023-2025 menjadi rujukan yang berimpak kepada JPN, PPD dan sekolah, maka Penyediaan dokumentasi Hala Tuju Sepakat Sabah Hebat (SSH) ini menjadikan beberapa dokumen yang penting dalam pendidikan sebagai sumber rujukan. Antara dokumen rujukan utama dalam penyediaan Hala Tuju SSH ini adalah seperti berikut: 25


26


ANALISISPERSEKITARAN GRED PURATA NEGERI (SPM) Prestasi GPMP Bahasa Melayu SPM dalam tempoh dua (2) tahun adalah di bawah 5.0. Bengkel format peperiksaan SPM telah ditatarkan kepada semua guru. Semua pemimpin sekolah telah mendapat bimbingan berkaitan kepimpinan instruksional. Semua PPD mempunyai SIP+ dan SISC+ 1. 2. 3. 4. yang kompeten. 5. Infrastruktur asas sekolah mencukupi. 6. Semua sekolah dilengkapkan dengan kemudahan internet. 1.Prestasi GPS 35 buah sekolah masih berada di atas 6.0. 2. Bahasa Inggeris dan Matematik merupakan subjek kritikal di 35 buah sekolah yang dikenal pasti GPS di atas 6.0. 3. Guru baharu kurang dibimbing untuk mengendalikan kelas peperiksaan SPM. 4. Kekurangan guru cemerlang di setiap daerah. 5. Kekurangan guru pemeriksa kertas SPM. 6. Kurang penyeliaan dan bimbingan pemimpin sekolah kepada guru. 7. Kehadiran murid rendah. 8. Capaian internet yang kurang stabil. 9. Kurang program jaringan antara sekolah yang berprestasi tinggi dengan berprestasi rendah. T S O W Kekuatan (Strengths) Kelemahan (Weaknesses) Ancaman (Threats) Peluang (Opportunities) PIBG kurang berkeupayaan memberi sokongan secara langsung berkaitan akademik. Kurang jalinan berbentuk akademik. 1. 2. Semua sekolah ada PIBG. Semua sekolah mempunyai jaringan. 1. 2. 3. Semua sekolah mempunyai jalinan dengan komuniti. 4. Sokongan padu daripada kerajaan negeri Sabah. 27


Program PLAN telah dilaksanakan. Majlis Guru Pemulihan Khas Sabah telah ditubuhkan. Setiap PPD mempunyai sekurang-kurangnya dua orang Pegawai Pemulihan Khas. Semua sekolah yang ada murid pemulihan khas 1. 2. 3. 4. mempunyai guru pemulihan khas. 5. Bengkel berterusan diberikan kepada guru pemulihan khas. 6. Terdapat Jurulatih Utama Kebangsaan. Masih terdapat murid pemulihan khas di Tahun 6. Kurang keyakinan guru untuk memberi pelepasan dalam Ujian Saringan. 1. 2. 3. Bebanan tugas-tugas lain kepada guru pemulihan. 4. Hanya terdapat tiga orang guru cemerlang pemulihan khas. 5.Program pemulihan khas yang dilaksanakan kurang berimpak. 6. Masih terdapat sekolah mempunyai murid pemulihan khas di Tahun 6. ANALISISPERSEKITARAN PEMULIHAN KHAS T S O W Kekuatan (Strengths) Kelemahan (Weaknesses) Ancaman (Threats) Peluang (Opportunities) Program-program secara langsung daripada Kementerian Pendidikan. Modul Pemulihan Khas daripada Kementerian Pendidikan. 1. 2. Bilangan guru pemulihan khas masih kurang. Pengisian 93.51% 1. atau (937/1002). 2. Terdapat ibu bapa yang tidak memberi kerjasama dalam pemeriksaan murid berkeperluan khas. 3. Kurang pelibatan komuniti terhadap program pemulihan khas di sekolah. 28


Bilangan guru STEM mencukupi. Taklimat pemilihan pakej mata pelajaran STEM telah dilaksanakan. Terdapat inisiatif pengukuhan pendidikan STEM sedia ada dari Kementerian Pendidikan. Ruang perkongsian inovasi guru STEM dalam 1. 2. 3. 4. kolokium. 5. Terdapat banyak pilihan mata pelajaran elektif STEM boleh ditawarkan. 6. Program rintis kepimpinan STEM telah dilaksanakan di negeri Sabah. 1. Guru Matematik Tambahan kurang. 2. Bilangan murid yang mengambil mata pelajaran elektif STEM menurun. 3. Asas murid dalam mata pelajaran STEM di peringkat menengah rendah lemah. 4. 3.6% (8) sekolah tidak menawarkan pakej STEM. 5. Kurang guru opsyen bagi mata pelajaran pakej STEM C1. 6. Data psikometrik murid kurang dimanfaatkan. ANALISISPERSEKITARAN ENROLMENMURID STEM T S O W Kekuatan (Strengths) Kelemahan (Weaknesses) Ancaman (Threats) Peluang (Opportunities) Agensi luar banyak membantu dalam mempromosikan STEM. 1. 4. Syarat kemasukan ke kolej matrikulasi yang telah dilonggarkan. 1. Kurang keyakinan ibu bapa terhadap pencapaian anak dalam bidang STEM. 2. Kurang keyakinan ibu bapa terhadap peluang kerjaya anak dalam bidang STEM. 3. Kos penyelenggaraan menyelenggara makmal, bengkel dan bilik khas yang tinggi. 29 2. UMS melalui UScience memberi sokongan padu. 3. Sokongan kerajaan negeri dalam mempromosikan STEM.


1. Peruntukan masa PdPc yang mencukupi. 2. Penggunaan modul alternatif pengajaran al-Quran yang disediakan oleh Sektor Pendidikan Islam. 3. Pengurusan data pencapaian al-Quran lengkap dan kemaskini (setiap bulan). 4. Pengisian perjawatan di Unit Pendidikan Islam mencukupi di setiap Pejabat Pendidikan Daerah. 5. Pengurusan data guru yang kemaskini dan semasa. 6. Guru Pendidikan Islam kreatif dan inovatif. 7. Dua (2) orang Jurulatih Utama Iqra Negeri. 8. Guru Pendidikan Islam yang mengajar di sekolah merupakan guru terlatih. 1. Kurang kepelbagaian metodologi al-Quran (Kemahiran Pedagogi). 2. Tiada pendedahan pentaksiran kepada guru baharu. 3.Kekurangan Jurulatih Iqra Daerah. 4. Tiada kursus pembugaran pedagogi kaedah (Iqra). 5. Kurang aktiviti pemerkasaan pengurusan kelas Tasmik. 6. Bengkel profesionalisme Guru Pendidikan Islam yang terhad. ANALISISPERSEKITARAN KEBOLEHBACAANMURID TAHUN 6 DALAM MODEL AL-QURAN BAGIPROGRAMj-QAF T S O W Kekuatan (Strengths) Kelemahan (Weaknesses) Ancaman (Threats) Peluang (Opportunities) Kekurangan bekalan Guru Pendidikan Islam di seluruh Sabah mencapai 1000 orang. 1. Sokongan PIBG dan komuniti. Terdapat kelas pengajian alQuran di luar jadual waktu (KAFA, SAN dan lain-lain). 1. 2. 3. Jalinan yang kuat dengan JAKIM dan PPIM. 5. Hubungan kerjasana erat dengan guru inovasi kebangsaan. 30


1. T S O W Kekuatan (Strengths) Kelemahan (Weaknesses) Ancaman(Threats) Peluang (Opportunities) Sistem pentaksiran yang standard dan sistematik. Pusat Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) sebagai Pusat Bertauliah Cawangan (PBC). Guru yang mengajar mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Komitmen guru pendidikan 1. 2. 3. 4. khas yang tinggi. 1.Jalinan dengan sektor awam dan swasta kurang berfokus kepada isu kebolehpasaran. 2. Peluang guru memperoleh SKM masih terhad. 3. Penataran kepada pemimpin sekolah tentang kebolehpasaran masih belum meluas. Terdapat guru yang masih belum menguasai sepenuhnya konsep pentaksiran. Bilangan guru yang mempunyai SKM tidak mencukupi. 1. 2. 3. 69 daripada 80 buah PPKI SMK yang menawarkan KVS belum menjadi PBC. 4. Peralatan dan alat sokongan PdPc yang diterima oleh SPK dan PPKI masih belum mencukupi. Bahagian Pendidikan Khas menyediakan bahan / alat sokongan PdPc. 1. 2. Terdapat hubungan Jaringan dan jalinan yang baik dengan agensi awam berkaitan dan rakan strategik. 3. Wujud kolaboratif yang baik dengan NGO. ANALISISPERSEKITARAN KEBOLEHPASARANMURID BERKEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS (MBPK) 31


1. ANALISISPERSEKITARAN PELIBATANMURID DALAMBIDANGSAHSIAH,SUKAN, KOKURIKULUMDAN KESENIAN DIPERINGKAT ANTARABANGSA T S O W Kekuatan (Strengths) Kelemahan (Weaknesses) Ancaman (Threats) Peluang (Opportunities) Pegawai JPN yang kompeten. Pelibatan guru yang sangat menggalakkan dalam program membangunkan potensi murid. 1. 2. 2. Banyak program antarabangsa yang ditawarkan dari luar negara untuk disertai. Pemimpin sekolah lantikan baharu kurang pengalaman dalam pengurusan kokurikulum dan sukan. Guru tidak mempunyai sijil kelayakan berkaitan kejurulatihan sukan, kesenian dan pendidikan luar. 1. 2. 3. Kurangnya maklumat yang diterima oleh guru tentang program pengantarabangsaan. 4. Data Unjuran Pelibatan Murid di peringkat antarabangsa kurang tepat bagi setiap daerah. Kebergantungan kepada program anjuran Kementerian Pendidikan di peringkat antarabangsa. 1. 2. Capaian internet yang lemah di beberapa buah sekolah menyekat penyertaan pertandingan dalam talian. 3. Ibu bapa kurang pendedahan berkaitan program pengantarabangsaan. 3. Pusat Kokurikulum Negeri dan dewan sekolah disediakan untuk aktiviti. 4. Kehadiran murid yang menggalakkan semasa aktiviti kokurikulum. 1. Agensi luar membantu dari segi kepakaran dan kewangan. 32 3. Sokongan ibu bapa yang sangat baik dalam bidang kokurikulum, sukan dan kesenian.


1. ANALISISPERSEKITARAN BERKAITAN KEHADIRANMURID T S O W Kekuatan (Strengths) Kelemahan (Weaknesses) Ancaman (Opportunities) Peluang (Threats) Semua guru adalah guru disiplin. JPN/PPD menyediakan program pengurusan disiplin dan pembangunan sahsiah murid. Penyebaran maklumat berkaitan pengurusan HEM kepada pemimpin sekolah secara berterusan oleh pegawai JPN/PPD. 1. 2. 3. 1.Data psikometrik murid kurang dirujuk. 2. Program menangani masalah ketidakhadiran murid masih kurang berimpak. 3. Penilaian keberkesanan pengurusan disiplin dan pembangunan sahsiah murid oleh JPN/PPD belum menyeluruh. 1.Masalah pengangkutan kerana rumah murid jauh dari sekolah. 2. Pengaruh rakan sebaya menjurus kepada peningkatan murid ponteng. 3. Kurang jalinan dengan komuniti berkaitan sahsiah murid. 33 Hubungan yang baik antara sekolah dan pihak PDRM (Pegawai Perhubungan). 1. 2. 100% sekolah mendapat sokongan padu dari PIBG. 3. Kementerian Pendidikan telah menyediakan program berkaitan sahsiah untuk dilaksanakan oleh sekolah.


STRATEGI PELAKSANAAN 34


PELAN STRATEGIK 35


Peningkata n Pencapaian Kurikulum Teras Strategik Gred Purata Negeri (GPN) dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) masih di atas 5.30 Isu Strategik Meningkatkan pencapaian GPN dalam SPM Matlamat Strategik Memantapkan kemahiran kepimpinan instruksional Pengetua/SLT Strategi Peningka tan GPN KPI 5.35 (2021) TOV 5.25 2023 5.20 2024 5.14 2025 Meningkatkan kompetensi guru dalam PdPc yang berpusatkan murid Meningkatkan pelibatan PIBKS ke arah peningkatan akademik sekolah Menyediakan dan melengkapkan bahan sokongan PdPc yang berkesan dan bermakna SASARAN PELAN STRATEGIK2023-2025 SektorPeneraju :SektorPembelajaran SektorPendokong :SektorPengurusanSekolah SektorPembangunanMurid SektorPendidikanKhas 36


Peningkata n Pencapaian Kurikulum Teras Strategik Bilangan murid pemulihan khas yang masih ramai di Tahun 6 Isu Strategik Mensifarkan murid pemulihan khas Tahun 6 Matlamat Strategik Memantapkan kemahiran kepimpinan instruksional Guru Besar Strategi Penguranga n peratus murid pemulihan khas Tahun 6 KPI 341 murid pemuli han khas Tahun 6 (43.7% (Ogos 2022) TOV 10% 2023 5% 2024 0% 2025 Meningkatkan kompetensi guru dalam PdPc yang berpusatkan murid Meningkatkan kesedaran dan pelibatan PIBKS dalam akademik sekolah Menyediakan dan melengkapkan bahan sokongan PdPc yang berkesan dan bermakna SASARAN PELAN STRATEGIK2023-2025 SektorPeneraju :SektorPembelajaran SektorPendokong:SektorPengurusanSekolah SektorPembangunanMurid 37


Peningkata n Pencapaian Kurikulum Teras Strategik Enrolmen murid STEM masih rendah Isu Strategik Meningkatkan peratus enrolmen murid STEM Matlamat Strategik Memantapkan kepimpinan Pengetua dalam aspek STEM Strategi Peratus Enrolmen murid STEM (Ting. 4) KPI 26.72% TOV 32% 2023 37% 2024 42% 2025 Meningkatkan kemahiran pedagogi dan penguasaan kurikulum STEM dalam kalangan guru Meningkatkan kesedaran dan pelibatan PIBKS ke arah peningkatan enrolmen murid STEM Menyediakan dan melengkapkan bahan sokongan PdPc yang berkesan dan bermakna SASARAN PELAN STRATEGIK2023-2025 SektorPeneraju :SektorPembelajaran SektorPendokong:SektorPengurusanSekolah SektorPembangunanMurid 38


Peningkata n Pencapaian Kurikulum Teras Strategik Pencapaian Kebolehbacaan Murid Tahun 6 dalam Model alQuran bagi Program j-QAF masih rendah Isu Strategik Meningkatkan peratus pencapaian kebolehbacaan murid Tahun 6 dalam Model alQuran bagi Program j-QAF Matlamat Strategik Memantapkan kepimpinan sekolah dalam mengurus program yang menyumbang kepada pencapaian kebolehbacaan Strategi Peratus murid boleh membaca al-Quran di Sekolah Rendah KPI 65% TOV 75% 2023 85% 2024 95% 2025 Meningkatkan kompetensi dan profesionalisme Guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah Memperkasa jaringan dan jalinan dengan pihak-pihak berkepentingan dalam pemantapan programprogram yang menyumbang kepada kebolehbacaan Mengambil tindakan susulan pelaporan murid dalam kebolehbacaan SASARAN PELAN STRATEGIK2023-2025 SektorPeneraju :SektorPendidikanIslam SektorPendokong:SektorPengurusanSekolah 39


Peningkata n Pencapaian Kurikulum Teras Strategik Kebolehpasaran Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) masih belum mencapai KPI Kementerian Pendidikan Isu Strategik Memastikan peratus Kebolepasaran mencapai sasaran KPM Matlamat Strategik Meningkatkan kefahaman pemimpin di peringkat Jabatan, PPD dan sekolah tentang kebolehpasaran MBPK Strategi % Kebolehpasaran KPI 61.76 % TOV 68% 2023 75% 2024 80% 2025 Meningkatkan kompetensi guru bagi melahirkan MBPK yang boleh dipasarkan Meningkatkan kepedulian masyarakat dan komuniti berkaitan keperluan MBPK Memperkasa Pusat Bertauliah yang diiktiraf oleh Jabatan Kemahiran Malaysia bagi Persijilan Kemahiran Malaysia SASARAN PELAN STRATEGIK2023-2025 SektorPeneraju :SektorPendidikanKhas SektorPendokong:SektorPengurusanSekolah 40


Pembangunan Kokurikulum dan Sukan Teras Strategik Pelibatan murid dalam bidang sukan, kokurikulum dan kesenian di peringkat antarabangsa masih rendah Isu Strategik Meningkatkan pelibatan murid dalam bidang sukan, kokurikulum dan kesenian di peringkat antarabangsa Matlamat Strategik Memantapkan Program Pembangunan Sukan, Kokurikulum dan Kesenian dalam kalangan kepimpinan sekolah dan institusi pendidikan Strategi peratus pelibatan murid di peringkat antaraban gsa KPI 0.26% (956 orang / 368,716 orang) TOV 0.75% (2765 orang) 2023 1.25% (4609 orang) 2024 2 % (7374 orang) 2025 Meningkatkan kompetensi guru dalam pengurusan Sukan, kokurikulum dan kesenian Meningkatkan jalinan dan jaringan dengan PIBKS dan pihak berkepentingan Mewujudkan akses ruang dan peluang dalam meningkatkan pelibatan murid di peringkat antarabangsa SASARAN PELAN STRATEGIK2023-2025 SektorPeneraju :SektorPembangunanMurid SektorPendokong:SektorPengurusanSekolah 41


Pembangunan Sahsiah Murid Teras Strategik Peratus kehadiran murid masih rendah Isu Strategik Meningkatkan peratus kehadiran murid Matlamat Strategik Memperkasa pemimpin pendidikan dalam meningkatkan literasi kehadiran murid Strategi % kehadiran murid KPI 86.12 % TOV 89.12% 2023 92.12% 2024 95.12% 2025 Meningkatkan keupayaan guru dalam mengaplikasi data psikometrik murid untuk menyediakan program sahsiah/ akademik Memperkasa jalinan dan jaringan PIBKS dan pihak berkepentingan Memantapkan kepelbagaian sistem sokongan bagi peningkatan kehadiran murid SASARAN PELAN STRATEGIK2023-2025 SektorPeneraju :SektorPembangunanMurid SektorPendokong:SektorPengurusanSekolah 42


Program/ Aktiviti Objektif Komunikasi Kumpulan Sasaran Mesej utama hendak disampaikan Kaedah Komunikasi Frekuensi & Tarikh Pengukuran Bengkel Sepakat Sabah Hebat (Bengkel Hala Tuju Sepakat Sabah Hebat (SSH) Jabatan Pendidikan Negeri Sabah 2023-2025) Memberi maklumat kepada warga JPN Sabah berkaitan Hala Tuju dan Pelan Strategik JPN Sabah 2023-2025 Pengurusan Tertinggi JPN Sabah, PPD, TPPD, SIP+, SISC+, KPPK/KPP Hala Tuju SSH JPN Sabah 2023-2025 dapat difahami dan menjadi panduan kepada warga pendidikan Sabah dalam merancang dan melaksanakan program Bengkel/ Taklimat 05-08 Februari 2023 Perutusan Awal Tahun Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (Pelancaran Hala Tuju Sepakat Sabah Hebat Jabatan Pendidikan Negeri Sabah 2023-2025) Semua warga JPN Sabah, PPD, PGB Portal JPN Sabah Ucapan Bersemuka Pengarah youtube Berita RTM sabah 09 Februari 2023 300 peserta memahami Hala Tuju SSH 2023- 2025 Jerayawara PPD Warga PPD, PGB dan guru Rerayap, Portal JPN Sabah, Media sosial JPN Perhimpunan Sepanjang tahun PELAN KOMUNIKASI 43


Click to View FlipBook Version