BERFIKIRAN POSITIF GURU BERTUGAS CIK MARIAMMAL 24 JULAI 2023 HINGGA 28 JULAI 2023 TAJUK MINGGU KE - 17
Apa itu Berfikir Positif? ● Berfikir secara positif adalah cara pemikiran yang menjuruskan kepada keupayaan melihat pada aspek kebaikan dan perkara yang berlaku secara membina. ● Seseorang yang berfikiran positif akan melihat masalah yang dihadapinya sebagai satu cabaran. Kita perlu menerima apa yang berlaku dengan seadanya , kerana andaian yang buruk akan menyebabkan hidup lebih sengsara. ● Yakinkan diri anda dengan kata-kata semangat yang boleh membantu melakukan tugas dengan lebih baik.
● Pada lumrahnya setiap hari kita berhadapan dengan pelbagai masalah mahupun kecil ataupun besar, yang memerlukan jalan penyelesaian. Situasi ini boleh menyebabkan fikiran kita terganggu dan mendorong pemikiran yang negatif. ● Sebaliknya jika kita menguasai kemahiran untuk menyelesaikan masalah, ia boleh menjadi kita lebih aktif & produktif.
● Untuk mengekalkan pemikiran positif, kita perlu menetapkan matlamat yang boleh dicapai dan munasabah. Bersyukurlah dengan apa yang telah kita capai dan bukannya berkeluh kesah dengan apa yang tidak kita miliki. ● Kerana setiap kemajuan yang berlaku walaupun kecil merupakan satu langkah ke hadapan. ● Setiap kali dilanda fikiran negatif, senaraikan perkara yang anda sukai mengenai diri anda dan dapat melakukannya dengan baik.
Cara Berfikir Positif ● Kisah inspirasi dari orang- orang yang mengatasi kesulitan dengan berfikir positif ● Berkawanlah dengan orang-orang yang berfikiran positif. ● Elakkan diri dari mendengar gosip yang tidak menentu.
Keuntungan Berfikir Positif ● Peningkatan kesihatan mental dan fizikal ● Meningkatkan produktif dan kreativif ● Membantu mengatasi masalah dengan lebih baik ● Menjadi manusia yang bermoral dan berakhlak tinggi. ● Disayangi dan disenangi oleh orang lain. ● Wajah nampak berseri kerana sentiasa membawa aura positif. ● Penuh dengan nilai simpati dan empati. ● Hidup tenang dan bahagia.
TERIMA KASIH Berfikiran positif membolehkan kita berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata. Kerana pada masa yang sama membantu kita mencari jalan penyelesaian pada masalah yang kita hadapi.