HALANGAN DAN ISU
DALAM KETERAMPILAN
BERBAHASA
Halangan Semantik
Halangan semantik berlaku apabila salah satu penyampai
atau penerima maklumat kurang fasih dengan ayat, maksud,
dan perkataan yang digunakan. Keadaan ini akan
menyebabkan maklumat tidak disampaikan dengan efektif
apabila tahap kefahaman penerima berbeza dengan pemberi
maklumat. Penggunaakan ayat teknikal atau teminologi juga
antara faktor kepada halangan semantik.
CIRI-CIRI HALANGAN SEMANTIK
Perbezaan dalam pengendalian kod linguistik antara peserta pertukaran komunikatif. Perbezaan ini
menyebabkan salah tafsiran mesej yang dimaksudkan untuk berkomunikasi.
Secara umum, komunikasi dijalankan terutamanya melalui perkataan, sama ada dituturkan atau ditulis.
Bagaimanapun, kata-kata itu adalah polysemik; iaitu, mereka mampu menyampaikan pelbagai makna.
Oleh itu, jika penerima mesej tidak memberikan erti yang sama kepada perkataan sebagai pengirim,
akan ada kegagalan komunikasi.
Contohnya, pengunaan bahasa kolokal. Dalam linguistik, kolokialisme merujuk kepada penggunaan
ungkapan bahasa tidak rasmi atau sehari-hari. Ini secara amnya bersifat geografi, kerana ungkapan
bahasa kerap dimiliki oleh dialek serantau atau tempatan.
ISU DALAM KETERAMPILAN BAHASA
Isu penggunaan dialek dalam pengajaran dan pembelajaran
Definisi : Dialek merupakan satu bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau
oleh sesuatu kelas sosial yang berbeza daripada bahasa standard, loghat, pelat daerah. Selain
itu, dialek juga merupakan variasi bahasa yang dituturkan oleh sesuatu kumpulan sosial atau
lapisan masyarakat.
Kesan penggunaa dialek terhadap Pengajaran dan Pembelajaran di dalam kelas
Penggunaan dialek dapat memudahkan komunikasi antara penduduk
setempat.
Penggunaan dialek menyebabkan pencapaian bahasa Melayu murid
merosot.
Penggunaan dialek semasa proses pemelajaran dan pengajaran turut
mencalar kreadibiliti bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
Penggunaan dialek dalam pengajaran dan pembelajaran juga
menyebabkan murid tidak dapat bertutur dalam bahasa Melayu yang baku
dengan betul
ISU DALAM KETERAMPILAN BAHASA
Isu penggunaan bahasa rojak dalam kalangan masyarakat
Definisi : Bahasa rojak adalah dua jenis percakapan di Malaysia yang menakrifkan amalan
beralih kod (mencampurkan pelbagai bahasa dalam satu pertuturan) yang serupa. Walaupun
bagaimanapun, bahasa dasarnya ialah bahasa Melayu. Misalnya, percampuran bahasa Melayu
dengan bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahas India.
Isu: Kewujudan bahasa rojak acap kali hadir dalam situasi tidak rasmi seperti di dalam internet, facebook, twitter, dan
sms. Tapi, ia turut hadir di dalam program televisyen, radio, atau novel serta di dalam akhbar, komik majalah dan
sebagainya.
KESAN
Menurunkan kedudukan bahasa Melayu dan seterusnya negara memiliki bangsa yang gagal berkomunikasi dengan
baik.
Menjejaskan keberkesanan komunikasi dalam masyarakat sekaligus menimbulkan salah faham.
Mutu penguasaan bahasa Melayu terus merosot dan lemah serta terhakis, hal ini akan memberi kesan kepada
bahasa ilmu, bahasa pentadbiran, bahasa undang-undang, dan budaya.
Menjejaskan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah yang mendatangkan kesan negatif dalam jangka masa
panjang.
Penghayatan terhadap bahasa Melayu semakin berkurang. Bahasa Melayu adalah warisan karya yang menandai
ketinggian pemikiran dan estetika bangsa kita.
Penggunaan bahasa rojak Penggunaan bahasa rojak
dalam short message service dalam ruangan karikatur
dalam surat khabar, terutama
(sms).
Utusan Melayu.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, halangan semantik dan isu dalam keterampilan bahasa
yang telah dijelaskan tadi sangat berkait rapat yang merumuskan
bahawa halangan bahasa yang digunakan dalam sesebuah komunikasi
boleh mempengaruhi kefahaman penyampaian dimana makna ayat
boleh diintepretasi kepada maksud lain. Hal ini turut menjejaskan
komunikasi yang berlaku antara penyampai dan penerima atau guru dan
murid sehingga menjejaskan proses komunikasi tersebut.
Sumber rujukan
Fazreen Iqmal. (2017). Halangan dalam komunikasi. Prezi.
https://prezi.com/kqpnsd6pqcov/halangan-dalam- komunikasi/
Halangan semantik dalam ciri dan contoh komunikasi / Kesusasteraan. (2017). Thpanorama - Buat Diri Anda
Lebih Baik Hari Ini! https://ms.thpanorama.com/articles/literatura/barreras-semnticas-en-la-comunicacin-
caractersticas-y-ejemplos.html
Kee, L. (2018). Halangan dan gangguan komunikasi dalam pengajaran & pembelajaran di bilik darjah serta
cara menangani. IDEA’S Penulisan Ilmiah (Kolej Komuniti Tawau).
https://www.academia.edu/39082114/Halangan_dan_gangguan_komunikasi_dalam_pengajaran_and
_pembelajaran_di_bilik_darjah_serta_cara_menangani
Syahidatul Akmal Dunya & Ridauddin Daud. (2019). Bahasa rojak jadi cabaran besar kepada DBP.
Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/56259/BERITA/Nasional/Bahasa-rojak-jadi-cabaran-
besar-kepada-DBP
Suez Zulkifly. (2016). Pengaruh Dialek. https://www.scribd.com/doc/297097772/pengaruh-dialek
SEKIAN TERIMA KASIH