BULETIN APRIL PSS SESMA 1 BULETIN BULANAN APRIL PENDAFTARAN MURID TINGKATAN 1 MAJLIS KHATAM AL QURAN SHARING SESSION TINGKATAN 5 BERSAMA ALUMNI Caption MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN MURID SESI AKADEMIK 2024/2025 SESMA NEWS HOUSEKEEPING MURID TINGKATAN 1 JAMUAN IFTAR PERDANA PROJEK MENGGILAP XEOROUS PHOENIXHERS BONDING TIME DISIPLIN KUALITI DEDIKASI
BULETIN APRIL PSS SESMA 2 To add more photos, image galleries, audio clips, videos, charts or any of more than 700 customisable shapes, tap or click one of the insert buttons in the toolbar or drag and drop the objects onto the page. Pada 2 April 2024, Selasa bertempat di Dewan Utama SESMA telah diadakan Majlis Watikah Pelantikan Sesi 2024/2025. Dalam majlis ini, YB Kamsah @ Kamal Bin Mohamed, Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembangunan Murid Jabatan Negeri Terengganu telah menyampaikan Watikah Pelantikan kepada murid yang dilantik sebagai pengawas untuk sesi 2024/2025. Caption • Memberi amanah dan tanggungjawab kepada murid yang akan memainkan peranan penting dalam membantu pihak sekolah untuk memastikan peraturan dan pengurusan sekolah berjalan dengan lancar • Memberi contoh teladan dan motivasi kepada murid-murid yang lain untuk menjadi pemimpin Objektif MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN MURID SESI AKADEMIK 2024/2025
BULETIN APRIL PSS SESMA 3 JAMUAN IFTAR PERDANA Pada 3 April 2024, Rabu, Program jamuan iftar perdana ini diadakan di surau dan dewan makan SESMA . Program ini bermula pada jam 6.30 petang apabila semua murid dan guru mengambil tempat di surau. Majlis tahlil ringkas yang diketuai oleh Ustaz Mior diadakan sementara menunggu azan Maghrib dan semua guru dan murid dibenarkan menuju ke dewan makan untuk menjamu selera. Caption YDP PIBG sedang memberikan ucapan tentang kelebihan bulan Ramadhan Mengeratkan hubungan antara guru dan murid Menggalakkan interaksi di antara murid dan guru Diadakan sempena hari terakhir berbuka puasa di SESMA OBJEKTIF
BULETIN APRIL PSS SESMA 4 MAJLIS KHATAM AL QURAN DAN SUMBANGAN INFAK RAMADHAN 4 April 2024, Khamis Seramai 604 murid SESMA dan 61 guru SESMA yang hadir pada hari tersebut. Majlis ini diadakan di Dewan Utama SESMA pada 8.00 pagi. Penceramah yang hebat telah dijemput bagi menyempurnakan majlis ini. Penceramah itu ialah imam solat terawih iaitu Ustaz Menarik minat murid membaca dan berusaha mengkhatam Al-Quran. Sumbangan infak diagihkan bagi mengurangkan beban orang-orang tertentu. OBJEKTIF
BULETIN APRIL PSS SESMA 5 SHARING SESSION TINGKATAN 5 BERSAMA ALUMNI Pada 18 April 2024 , Khamis telah berlangsungnya program sharing session bagi pelajar Tingkatan 5 bersama Alumni SESMA dari Batch 92. Program ini telah diadakan di Bilik Seminar SESMA pada pukul 2.30 petang. Kehadiran Assoc. Prof Dr Mohd Fadil bin Mohd Yusof dari Universiti Malaysia Kelantan amat bermakna dan memberi impak yang besar bagi pelajar Tingkatan 5 yang bakal menghadapi SPM pada tahun ini. • - Memberi semangat kepada pelajar untuk belajar dengan lebih bersungguh untuk mencapai cita-cita. • • - Berkongsi pengalaman belajar di luar negara dan dijadikan sebagai contoh dan pembakar semangat pelajar. • • - Menceritakan kisah pahit dan manis sepanjang menghadapi SPM dan halatuju setelah SPM. OBJEKTIF
BULETIN APRIL PSS SESMA 6 ROAD TO CHAMPION BASKETBALL SESMA Khamis, 19 April 2024 telah diadakan program motivasi bersama MyWellness & Sportscience Consulting bertempat di Bilik Seminar. Program ini dianjurkan oleh Kelab Bola Keranjang SESMA dan United Green Global Sdn. Bhd. Seramai 40 orang murid dan semua guru penasihat kelab menyertai program ini. Antara aktiviti yang dijalankan adalah latihan pernafasan bagi menenangkan minda serta aktiviti berkumpulan. Impak bagi aktiviti ini dapat memupuk semangat kerjasama dan merapatkan hubungan . Meningkatkan ketahanan mental dalam menerima cabaran Mendapatkan motivasi demi meningkatkan skill sebagai persediaan hksbp OBJEKTIF SPORT PSYCHOLOGY WORKSHOP #risetogether
BULETIN APRIL PSS SESMA 7 PMX XEOROUS Pelaksanaan Projek Menggilap Xeorous (PMX) merupakan idea daripada ketua batch xeorous iaitu Muhammad Zafry Qusyairi. Kata beliau, “Dengan pelaksanaan projek ini batch kami mampu menandingi GPS sekolah-sekolah SBP SGE yang lain seperti MCKK". Setiap murid dibahagikan mengikut kategori tertentu dan terdapat guru muda yang akan memberi tunjuk ajar kepada mereka mengikut subjek tertentu. Sebagai persediaan untuk menghadapi ujian TOV 2024 Meningkatkan prestasi akademik setiap murid OBJEKTIF Guru muda sedang memberikan tunjuk ajar dalam subjek Matematik Tambahan 19 April 2024, Jumaat
BULETIN APRIL PSS SESMA 8 HALATUJU SPM TINGKATAN 4 Murid Tingkatan 4 terlibat dalam Program Halatuju SPM yang berlangsung pada petang Sabtu bertempat di Bilik Seminar. Program ini telah diketuai oleh Guru Kaunseling SESMA iaitu Cikgu Zuliani bagi memberikan pendedahan awal kepada pelajar Tingkatan 4 yang baru melangkah masuk ke alam menengah atas. 20 April 2024 , Sabtu • Pelajar dapat merancang halatuju setelah SPM dengan lebih teratur dan sistematik • Pelajar berkebolehan untuk menyuarakan halatuju SPM di hadapan pelajar lain dengan yakin • Pelajar bersemangat untuk belajar dengan lebih bersungguh bagi mengikut halatuju yang telah dirancangkan Objektif Caption Nazran membentangkan halatuju SPM Caption di hadapan semua pelajar Tingkatan 4
BULETIN APRIL PSS SESMA 9 DEMONSTRASI MEMADAM KEBAKARAN Unit Beruniform Kadet Bomba dan Penyelamat SESMA dengan kerjasama anggota Bomaba dan Penyelamat Kuala Nerus akan mengadakan ceramah Tatacara Penggunaan Pemadam Api dan demonstrasi Memadam Kebakaran - Latihan kebakaran ini adalah bertujuan untuk - Memberikan informasi tentang cara murid-murid menyelamatkan diri apabila berlaku kebakaran di sekolah OBJEKTIF 23 APRIL 2024
BULETIN APRIL PSS SESMA 10 - Murid dapat menguruskan diri dengan baik - Murid mengetahui cara menggunakan peralatan elektrik dengan cara yang betul - Mengenali lokasi bilik umum serta kemudahan lain 23 April 2024, badan pemimpin rakan sebaya (PRS) telah menjalankan sesi Housekeeping iaitu memberi tunjuk ajar tentang pengurusuan diri asrama. Program ini diadakan bagi murid tingkatan 1 yang baru memulakan pengalaman hidup di asrama. Antara perkara yang diajar adalah cara menggosok pakaian, cara pembersihan, sistem gotong-royong mingguan dan banyak lagi. Impak yang diperolehi dari program ini menjadikan murid lebih berdikari untuk menaikkan imej sekolah. HOUSEKEEPING MURID TINGKATAN 1 OBJEKTIF
BULETIN APRIL PSS SESMA 11 PHOENIXHERS BONDING TIME Objektif ‣ Merapatkan dan mengukuhkan semangat batch murid tingkatan 1 ‣ Mengasah dan memantapkan kemahiran berkomunikasi antara satu sama lain ‣ Menjadikan murid lebih aktif dan berusaha bersungguh-sungguh dalam menjayakan program ini 24 April 2024, Rabu Program ini telah diadakan di Dewan Kenangan yang dikendalikan oleh Pembimbing Rakan Sebaya. Mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk Team Building bagi mengukuhkan tali persahabatan dan persefahaman mereka. Hal ini kerana, mereka masih segan untuk berkomunikasi di antara satu sama lain. Oleh itu, program ini membuka peluang untuk mereka mengenali dan bermesra.
BULETIN APRIL PSS SESMA 12 PHOENIXHERS REHLAH MINDA April 24, 2024, Rabu, murid tingkatan 1 telah menjayakan satu program rehlah bagi merehatkan fikiran dan minda. Murid-murid berkunjung ke Payang Walk dan KTCC pada pukul 10.00 pagi hingga 1.30 tengah hari menaiki bas. Murid tingkatan satu ini diberikan tugasan berkumpulan untuk diselesaikan. Dengan ini, mereka akan memperoleh pengalaman baharu serta dapat menerokai tradisi rakyat Terengganu dengan lebih mendalam. ‣ Mengeratkan hubungan antara murid ‣ Mengenali budaya serta makanan tradisional di Terengganu ‣ Memupuk kerjasama pasukan Objektif
BULETIN APRIL PSS SESMA 13 KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSDKN Kejohanan Merentas Desa Tahunan diadakan pada 25 April 2024 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.Disertai oleh 17 orang murid terdiri daripada tingkatan 2 hingga tingkatan 4. Seramai 4 orang murid berjaya membawa pulang pingat kemenangan. Impak bagi program ini adalah menjamin kesihatan jasmani serta mencungkil bakat dalam bidang sukan. Objektif • Peluang melibatkan diri dalam aktiviti sukan terutamanya dalam acara larian jauh • Meningkatkan semangat kesukanan dan rasa kekitaan • Menggalakkan murid bersaing secara sihat demi mencapai kemenangan